tinggalkan jejak anda di sini

How Old I am ^_^

Daisypath Happy Birthday tickers

The Age Of MY Opened Dairy

Daisypath Happy Birthday tickers

Bismillahirahmanirahim..
salam sayang sepenuh hati buat semua sohabat yang mengikuti perkembangan diri ini...

nak senyum dulu boleh ^_^
Alhamdulillah..lepas hajat bila dapat senyum kepada semua pembaca sekaligus sahabat2 hazirah nie..
Alhamdulillah.. berlalu sudah minggu pertama peperiksaan.. subject killer semua dah lepas.. Alhamdulillah..

sobar hazirah, balanced for 1 week je lagi before my examination completely..
he3.. boleh dikatakan agak kepenatan sepanjang tempoh exam nie.. apa taknya, apabila subjek killer rapat tempoh waktunya and in the same day, dua hari tak tidur sebab cuba untuk menjawab soalan2 lepas as preparationn...

dalam suasana yang sepi, desiran kipas angin setia menemani..
gambar2 di dalam lappy hazirah renungi, tersenyum..!
betapa indah perjalanan hidup ini..
penuh liku namun masih mampu untuk tersenyum lantaran diri masih bersisa sifat seorang muslimah yang gemarkan senyuman dan happy2..^_^
kata sohabiah hazirah, hazirah dulu even tengah nangis, masih boleh untuk gelak2 tau.. jenis happykan hazirah ni if tengah2 sedih boleh gelak lagi..^_~

that's meant, lau hazirah nangis senang di pujuklah tu..he3
by the way, i'm not the one who easy to cried.. but after i gotten the disease, my heart more 'sensitif'..
pantang ada something yang buat hazirah rasa.. hmmm..hmmm.. xlama lepas dari tu mesti akan nangis..Allah...

terasa teruk sedikit.. tapi bila direnungi, hmm.. menangis itu best sebenarnya..
segala rasa hati bagaikan terluah dengan sendiri.. segala apa yang kita simpan sorang, bagaikan terhambur kuar bersama titisan airmata..

maknanya, alternatif terbaru, jom nangis lau rasa hati terbeban..hu3

Subhanallah.. sayang, aku mencemburui kebahagiaanmu.. ^_^
he3.. cemburu ini cemburu positif tau..
sohabiah tersayang gemar berkongsi cerita tentang perkahwinan di status FBnya.. almaklum, antara wanita yang telah berjaya memenuhi 2 ciri2 wanita syurga..




1) kawen di saat usia masih muda(18 tahun even she is the one of excellent student
2) cepat melahirkan(in the same year, got the twins.. Alhamdulillah)

kadang2 membaca status FB nya buat hazirah tertawa sesorang.. oh.. begini rupanya bernikah muda ya..adoi..
usah digelakkan orang hazirah, awak pun kalau dapat kawen muda macam dia, mungkin awak akan jadi macam dia n maybe akan jadi lagi 'angau' dari dia..( iman menemplak pula dah..he3.. tula, gelakkan orang sangat kan dah kena dengan iman sendiri)

^_^... sweetnya kehidupannya.. dengan kehadiran sepasang kembar yang sangat2 comel, itu lagi menambahkan kebahagiaan mereka.. hazirah suka juga view blog2 sohabiah2 yang kawen muda nie..
wah... sweet je macam tak pernah gaduh..he3..
gaduh between hubby n wife is the normally thing.. takkan nak tunjuk depan umum gaduh kan..??^_^
tak kurang, hazirah kunjungi blog ukhti dena kamarul bahrain, kata sohabiah dia cucu kepada seorang seniwati.. Allahua'lam.. hazirah tak mengenali artis pas kena amnesia..hu3.. syukur..!

congrate, mabruk alaik kepada kak dena(20 tahun usianya.. bertunang seawal usia 19 tahun ketika di asasi UIA nilai) di atas ke hamilannya yang mencecah 4 month after 4 month kawen..
nani, like you la sayang.. 9 bulan kawen, lepas 9 bulan dah ada twins.. murah rezeki kalian..^_^
ni hazirah nak cakap, couple after married is more berkat tau.. penuh rahmat n mawaddah.. tengok dua2 ibu n bakal ibu muda ni penuh kebahagiaan.. walaupun terpaksa menjadi ibu dalam usia yang muda, ianya tak pernah menjadi halangan..
cayalah..!


new born

already 8 month


hazirah solurt dengan kalian..
hazirah juga ingin berkongsi dengan kalian bagaimana cara sohabiah hazirah mendidik mujahid dan mujahidahnya.. terbaiklah.. he3.. maaf2, tak jumpa gambar mujahid nya.. kedua-duanya nama syeikh aqil farhan syeikh muhamad adib, manakala si kakak syarifah anisya farhah syeikh muhamad adib..
dorang ni anak kacuk.. hazirah tak ingat kacuk berapa jenis negara tapi yang pasti arab, cina n melayu memang ada.. adoi.. confirm, anak2 kalian sangat bijak orangnya kerna menurut kajian sosiology, perkahwinan campur mampu melahirkan generasi yang bijak2.. cantik, hensem dan lain2.. yang penting, mak ayah kena pandai guide si kecillah kan..^_^ aci tak hazirah cari keturunan syed/syeikh juga..?? kot2 anak lawa camnie juga nanti..he3

wake up hazirah.. wake up..! dah jauh merapu nie..
well, kedinginan malam buat hazirah rasa nak menulis sambil senyum,
menaip sambil meluahkan apa yang hazirah saved dalam mind..

sayang, how you give the best of guidance to ur twins..?? im really wanna know.. so suprised apabila si kembar sangat gemar mendengar kisah2 dari al Quran dan kisah2 nabi..
pada awalnya hazirah ada juga apu2 je dekat nani

'ye ke nani nie..??'

hu3.. saja je sebenarnya sebab hazirah pun tahu tentang itu.. that's why kita kena faham psychology kanak2 bagaimana..
sohabiah tunjuk pada hazirah the proof.. sayang, i believed it.. it's so amazing thing..! rasa nak rakam n upload dekat sini je masa hazirah tengok..
si kembar bagaikan inginkan 'kebebasan' ketika sohabiah meletakkan kedua2nya di atas lantai.. seorang ringan badan, boleh berdiri bila bergantung pada apa2 tapi tak boleh merangkak, yang lagi seorang boleh merangkak tapi takut untuk bangun berdiri...

ke-dua2nya mencuit hati hazirah..
Allah, tak sangka sohabiah seusia ada anak2 dah.. comel sangat2..!
dah mak ayah lawa n hensem, pastilah anak2nya juga comel..
si mujahid, rupanya iras cina yang amat.. si mujahidah pula, ada iras melayu tapi kemancungan hidung tetap masih ikut ibunya yang mempunyai rupa arab...

serious, tipula kalau cakap tak terdetik sesuatu bila melihat situasi tu^_^,
tapi saya punya cita2 yang harus di dahulukan dengan keadaan saya yang tak berapa menentu sekarang ni...
bila si mujahid dan mujahidah mula meronta2 minta ibunya melayan mereka, si ibu mula merenung lembut pada anak2nya, si abi pula mula mengangkat salah seorang dari mereka..

yang hazirah tahu, babies nie as long as dorang tak dapat apa yang dorang nak, pasti akan mengamuk punya..^_^
seingat hazirah, si mujahid mula mengetuk ngetuk meja dengan tangannya.. bekas yang ada di atas meja sofa itu mula di capai dan di hentak2 di atas meja.. hazirah biarkan saja sebab hazirah nak uji kemampuan dan kecekapan sohabiah dalam menjaga adab anak2nya di rumah orang(sekarang ni bolehla nak uji orang, tengoklah hazirah, nanti tiba giliran awak, ada anak kecil bawak g rumah orang n anak buat perangai, apa pula awak buat..hu3.. nothing to say..he3)..

hazirah memerhati, suami sohabiah membawa si mujahidah mengambil angin tapi tupun si mujahidah meronta agar di biarkan dirinya meneroka sendiri.. melihatkan keadaan kedua2 si kembar, tiada riak marah pada wajah sohabiah(niqabnya di buka).. sebaliknya dia memanggil zauj nya agar dekat2 ke dua2 si kembar.. hazirah memerhati lagi apakah yang akan di lakukan dia..

kedua2 si permata hati macam dah tak terkawal.. setahu hazirah, kalau ibubapa lain pasti dah kelihatan keluh kesah bagaimana nak buat nie.. nak marahkan, rumah orang..^_^ situasi yang biasa2..

sohabiah hazirah mendekati si mujahid dan meminta suaminya meletakkan si mujahidah di bawah juga..
sohabiah mula merangsang minda si permata hati dengan mengatakan

'anak2 ibu nie cintakan Rasulullah tak nie..??? baginda sedang tengok tau apa yang anak2 ibu buat nie.. Allah pun tengah tengok permata2 hati ibu mengamuk kat rumah orang nie.."

hazirah terkedu.. nadanya langsung tak tinggi tapi selembut mungkin.. matanya merenung si kecil.. hazirah terpandang suaminya, si suami tersenyum memerhati.. mungkin bahagia+ bangga+ syukur kerana di anugerahkan seorang zaujah yang cukup pintar dalam mendidik anak2nya.. ^_^
ok.. sambung.. he3..
si kecil terus berhenti membuat bising sebaliknya mengambil posisi masing2 dengan kedua2nya cuba menghampiri ibu mereka dan cuba untuk duduk di riba..
subhanallah..! hebat..!

 belum sempat hazirah bertanya, syeikh adib dah lebih dahulu menjawab yang kedua2 anaknya mengambil posisi kerana ingin mendengar kisah nabi atau kisah dari al Quran..
Allah...! hebat.. subhanallah...!
kelebihanmu sayang..^_^
sohabiah memandang hazirah dan bertanya sama ada ingin mencuba 'mendidik' anak2nya..
hazirah segan..he3..
alamak..! saya xda ilmu tentang menjadi seorang ibu.. but i'm tried.. ^_^

salah seorang hazirah ambil.. hazirah ambil yang ringan sebab yang berat, pergelangan hazirah akan sakit+backpain akan makin teruk.. tapi, bila hazirah ambil yang adik, si kakak merangkak duduk di hadapan hazirah.. ya Allah..! hebat..!
first situation yang hazirah pernah jumpa setakat hazirah mula mencipta memory baru..^_^
hazirah gemuruh.. he3..
macam masuk competition je gemuruh.. p seriously, hazirah gemuruh.. dengan situasi itu.. i'm not a mom yet..! but, when i'm started to be story teller for the twins, opened about our prophet S.A.W., sambil merenung ke dalam mata ke dua2 si kecil, Allah.. perasaan apakah ini..?? don't tell to them that you dont know what the meaning is..ha3.. yes.. i knew what the kind of that feeling.. hadirnya perasaan seorang ibu..??
yes..! perfect answer..hi3..

hati hazirah sempat berbicara dan bertanya benarkah ini perasaan seorang ibu..??
iman bagaikan mengiakan.. Alhamdulillah..
the twins are my adopted son n daugther.. they called me 'ummi'..

sohabiah hazirah ada cakap, bila dah ada anak sendiri, pasti akan rasa perasaan yang lagi berbeza tapi yang pasti, andai kita ikhlas mengandungkannya, melahirkannya, menyayangi dan mendidiknya, perasaan itu akan hadir..ha3..
haiya.. kamu terlalu banyak memberiku ilmu mengenai rumahtangga..
sedangkan benda itu sudah yus ungkapkan ingin dilupakan sampai bila2.. tapi kamu bagaikan persuade me so that don't erase it..

ok2.. tak padam tapi tetap akan singkirkan juga buat sementara nie.. please, nak belajar dulu..^_^
kamu buat saya rasa macam nak jadi macam kamu tapi seriously, walaupun hadir perasaan itu namun ianya masih belum mampu mematahkan egoku..hu3..

ok.. kembali kepada tentang si kecil, mereka sangat kusyuk mendengar setiap butir bicara hazirah.. bila hazirah mencubit lembut pipi gebu milik mereka, kedua2nya menayangkan kepada hazirah ukiran senyuman yang cukup mendamaikan.. hati kecil tersentuh lagi...>_<
kadang2 bila hidung mereka hazirah cuit, kedengaran gelakan manja mereka..
Allah...!
hebatnya penangan si kecil kepadaku..

pasni kerja kat tempat yang ada ramai babiesla..hu3...^_^
selesai menceritakan, mereka segera bertepuk tangan.. hazirah memandang sohabiah, katanya itu memang cara mereka if cerita yang di sampaikan mereka faham dengan baik.. hasilnya, mereka sangat tertib.. bermain dengan hazirah pun, tak buat hazirah rasa letih.. hazirah tersenyum saja sepanjang melayan mereka..^_^

hebat cara didikan mu sohabiah..!

hari ini, hazirah hanya mampu tersenyum bila sohabiah kelas hazirah menyatakan

"tengok.. even sakit masih ada orang nak dekat dia... orang sihat macam kita nie xde pun.."

hazirah pura2 menjenggilkan mata hazirah sehingga sohabiah tersenyum n menutup mulutnya..
sohabiah, kamu tak tahu apa yang pernah saya lalui sebelum ini.. semua benda terasa amat pahit sayang.. ^_^.. tidak nikmat pun andai diri diminati, andai diri di sukai.. ianya langsung tak bagi apa2 rasa bahagia atau tenang atau apa2 saja.. ianya hanya mengundang resah bila iman mula menguatiri diri ini menyebabkan kelalaian kepada seorang lelaki..

sohabiah, jika benar ada yang menyukai insan lemah seperti diri ini,
ketahuilah, aku takut andai rupaku yang menjadi taruhannya..
aku takut andai lembutku menjadi tarikkan untuknya..
aku takut andai senyumku yang menjadi teman mimpinya..
aku juga takut andai diriku membawa kelalaian yang parah kepadanya..

sohabiah, hatiku sangat resah bila di renungi even ianya sekadar pandangan rahsia.. namun iman ku sentiasa berbicara..
hatiku resah bilamana ada yang mengharapkan suatu sinar dariku agar peluang untuknya dibuka..
hatiku resah andai diriku di harapkan mampu bersama..

keresahan ini hanya aku saja yang mengetahuinya sahabiah..!
ianya amat menakutkan diriku...

jujur,.! hazirah cemburu..! nak juga..^_^
taaaaaapi, bersabar hazirah.. kan sekarang tengah bercinta dengan DIA..
la.. takkan nak lupakan DIA.. DIA kan jauh lagi hebat..


yang lama^_^

yang terbaru.. haa.. yang nie, kalau sekali makan cukup2 kenyang^_^


seriously, memang sangat hebat..!
bila hazirah tertekan,hazirah rindu pada DIA, bicaraNya bagaikan terlayang di ruangan mata, hazirah rasa jauh lebih tenang..
sepanjang tempoh exam, sehari ini terpaksa hazirah mengambil painkiller yang kuat untuk menampung sakit belakang dan kepala yang datang serentak..
hampir menangis, namun suara iman terus memujuk..

'sabar hazirah, dah tak lama dah nak habis nie.. sikit lagi.. sikit lagi.. kan nak masuk U.. kuat3'

kepala di pegang sekuat hati, sebelum jemari kanan perlahan lahan cuba meneruskan penulisan jawapan..
kedudukan hazirah yang paling hujung menyebabkan hazirah berjaya menyembunyikan segala kesakitan hazirah.. waktu pulang, hazirah cuba berwajah tenang di sebalik diri yang masih menahan backpain n headpain..

beberapa hari ini, hazirah dapat rasakan kelainan.. bagaikan mata hazirah mula menjadi lebih teruk.. namun, hazirah abaikan saja.. semalam, Allah.. hazirah yakin sangat dapat jawab paper microeconomi, namun hazirah tak pernah tahu cara hazirah menulis dah mula slow.. hazirah rasa dah cukup laju hazirah menulis dan mengira.. 3 hour is enough for me to complete the whole of questions..
tapi, how can..?? 20 mark kat bahagian D burn macam tu saja tanpa sempat menjawabnya padahal, pada awalnya hazirah yakin di situ banyak mark yang boleh di sumbangkan..

namun, apa daya hazirah..
hazirah pasrah.. sementara menunggu abang datang ambil, hazirah termenung, merenung keadaan diri..
Allah, kuatkan aku.. kuatkan aku.. kuatkan aku...
kekadang jemari menjadi keras dengan sendirinya...

kuat semangat hazirah..!
mungkin di sebabkan keadaan diri yang semakin kurus.. banyakk rambut yang berguguran..
semakin ramai yang menegur, tangan semakin menampakkan tulang saja, wajah menjadi semakin cekung dan kebiruan..

hazirah ingin menyambung pengajian dalam bidang psycho di oversea.. teringin sangat2.. kalau boleh nak pergi negara 4 musim.. nak rasa main salji, nak rasa berada di bawah daun2 dan bunga yang meluruhkan diri mereka di saat musim luruh dan banyak lagi..
kehadiran status sohabiah yang mention nama hazirah di FB menyatakan JUST mula mengambil pelajaran without basic arab ketika exam, n ada course psycho buat hazirah punya hati melonjak happy.. Alhamdulillah..

TUHAN, moga ada kesempatan itu untukku.. menjejakkan kaki di bumi Sham.. bumi para nabi.. bumi para wali...

merindui kaki menjejakkan kaki ke sana..

jam hampir menunjukkan angka dua, hazirah perlu undurkan diri sebab dah mula rasa sakit dekat spinal cord.. kat sini hazirah sertakan beberapa gambar...

ambil ia sebagai muhasabah ya..
renungi di mana langkahmu di saat waktu sihatmu masih ada..


inilah kalam ketenangan dunia akhirat yang akan sentiasa bersama hazirah sampai bila2..

kat situ ada dua alat banruan pernafasan yang perlu hazirah pakai di saat boleh dikatakan di ambang kematian...>.<

while i taken the chemotherapy medicine of MS.. satu tangan dorang belit dengan 'gam' tak nak bagi tercabut...  sakit lorh.. sebelum ubat MS di masukkan, ubat steroid akan di masukkan terlebih dahulu.. dan akan di masukkan sekali lagi selepas dose habis..
the first of chemo is dose yang paling sedikit.. pasnie akan meningkat dari semsa ke semasa..

kat tepi glucose adalah botol yang di gunakan untuk 'upload' ubat MS.. dan di campur dengan glucose agar tak terlalu sakit.. tapi tetap gak rasa sakit.. boleh rasa ubat tu gerak2 dalam setiap pembuluh darah.. sampai sekrang, even kulit dah kembali cerah, tangan yang di gunakan untuk upload ubat tu sedikit gelap dari tangan lagi satu..hu3..

live well the medicine was said to me..^_^
my live will be as well..insyaAllah..
be strong..!

salam sayang buat semua..

HAZIRAH AL-HAFIZAH..^_^



BIsmillahirahmanirahim...

Assalamualaikum w.b.t

terasa jemari ini ingin menulis dah berbicara...
beberapa hari ini terasa sensitif saja.. tidak tahu mengapa.. 'kunjungan' mesej dari seorang sahabiah yang membahasakan dirinya sebagai 'achik' buat hazirah rasa sesuatu..
sukarnya untuk mentafsirkan.. 

pada mulanya terasa ntah apa2 je nak balas mesej sebab antara buku dan sahabiah... hmmm.. which one that important for us..???
hazirah ada paper economi untuk hari yang seterusnya.. as for me, makroeconomi is the killer subject./.. main jawab je bila dapat paper tu.. sebab apa..???sebab soalan susah lorh.... tak faham soalan... hazirah terpaksa study last minute untuk bab2 yang hazirah tak faham... hmmm.. ekonomi, if tak belajar dari awal, dari bab asas, n terus buka je bab yang tengah2 n belakang, sohih...! memang takkan fahamnya.. jadi, hazirah ambil masa yang agak lama untuk belek balik bab2 asas untuk makroeconomi..





jadinya, for paper economi, lebih kepada tawakal tu Alallah.. ^_^(jawapan biasa dengar dari seorang pelajar).. tak pew2.. kita back up balik dengan paper microeconomi pula... 
hazirah teringat dengan satu kata2, even tak tahu dari siapa tapi mampu di manfaatkan dengan baik..

'seorang sahabat itu perlu dirai apabila dia berbicara.. harus di rai bila mengunjungi kita dan jua harus di rai bila menghubungi kita.. even sesibuk mana kita, layanlah even hanya untuk seminit cuma..'

hmmm...^_^.. sebenarnya, hazirah lebih kepada tak berapa nak ingat sebenarnya achik yang mana.. tried to remember.. Alhamdulillah.. mind catch about one day of eidul yang ada kunjungan dari sahabiah2.. salah seorang darinya adalah achik...

tak sahih, hazirah minta gambar dengan achik..
Alhamdulillah.. achik tak begitu susah untuk memberi gambarnya kepada hazirah, maybe she believe me as well...^_^ syukron achik..
comel betul achik...^_^ dah saved gambar achik sekali letak nama 'achik' lagi even tak ingat nama penuh achik..

bermesej dengan achik membuatkan hazirah yang tengah depress dengan belajar terasa terhibur.. terasa tenang.. benarlah, sahabat itu pembawa rahmat.. ^_^
hazirah membalas mesej2nya dengan senang hati, ada juga achik request gambar hazirah..
alamak...! muka dah tomban dah sekarang.. achik pun kata macam tu, namun begitu hanya muka saja yang tomban sebab hazirah dah sedia maklum doktor pernah cakap yang after i got multiple sclerosis if medicine, yang ubatnya bertoksid tinggi seperti ubat chemotherapy, muka hazirah akan sembat tapi badan semakin kurus...

saban hari ada saja yang menegur

' kenapa yang semakin kurus nie..?? tengok tangan tu..'

hazirah hanya mampu lontarkan kepada mereka yang bertanya sebuah senyuman yang hazirah cuba ukirkan semanis mungkin...
how i can give them my answer..???
sekadar menjawab mungkin kesan dari ubat2an kowt...
he3.. ada 'kot' kat belakang meant hazirah sendiri tak tahu apa puncanya..

hazirah mesej2 dengan achik, achik secara tak sengaja terkeluar topik tentang 'makan'.. katanya time sihatlah nak makan banyak2..^_^
tersenyum hazirah dengan bicaranya.. sungguh..! hazirah tidak terluka kerna memang benar, bila dah sakit macam hazirah, selera makan sudah semakin berkurang.. deria rasa juga agak strange dari orang..
achik. seriously, makan banyak deh.. he3.. ^_~

hazirah langsung tak pernah perasan.. namun hazirah sudah sering kali diingatkan bahawa maybe suatu hari nanti, lidah hazirah juga tak dapat merasa makanan dengan baik.. orang rasa lain, hazirah akan rasa lain..
namun, kini hazirah menyedarinya.. deria rasa hazirah agak pelik sekarang..
orang lain rasa makanan itu sedap, p hazirah rasa tak.. orang rasa makanan tu dah elok, tapi hazirah rasa agak kemasinan dan banyak lagi.. bila hazirah menjamah masakan mama, hazirah sering kali mengomel sehingga mama cakap

"apa kena ngan budak nie nie.. makanan dah ok lah.."

??? bagaikan muncul tanda soal di kepala hazirah.. since the day, hazirah dah tak mengomel lagi sebab hazirah sedar yang sebenarnya makanan tu dah ok cuma lidah hazirah saja yang terasa pelik.. hmmm.. Alhamdulillah... masih lagi boleh rasa walaupun rasa yang hazirah 'dapat' itu agak pelik dari orang lain...




kembali tentang mesej dengan achik, achik memberikan kata2 semangat kepada hazirah.. katanya, nanti dia n kawan2 nak cipta kenangan2 indah dengan hazirah.. nak pergi ke tempat yang hazirah nak pergi.. kumpul kenangan2 indah sebanyak mungkin.. ^_^
kerap juga kedengaran keluhan dari sahabiah2 yang kini hazirah jauh lebih pendiam dari sebelum nie..
walaupun masih gemar untuk tersenyum(tak boleh tinggal tabiat nie rasanya), tapi bila berbicara, hazirah rasa agak kekok dan no point to talk.. hmmm

tak tahu mengapa, suddenly menitiskan airmata ketika achik mengatakan dia, ida, yana, dan ayu akan sentiasa ada bersama hazirah di saat hazirah memerlukan..
dear, 
i felt alone.. i need someone on myside to hear my cry n give me some calmness..

nak ida, nak yana, nak ayu, nak achik... uhuk...
sebak sangat rasa nie... please2.. appear on my eye.. hug me please.. 
walaupun hazirah tak mengingati kisah2 lalu kami, tapi hazirah dapat rasakan kami rapat sangat2 sebenarnya..
achik selalu ingatkan yang hazirah sangat rapat dengan ida.. ayu juga sama.. mengatakan itu.. diantara mereka berempat, hazirah paling rapat dengan ida.. 

bila hazirah buka dairy hazirah, ida pernah mengatakan ketika pertemuan berlaku di antara kami beberapa bulan yang lalu, hazirah menangis ketika berjumpa mereka, juga menangis ketika Allah mentakdirkan perpisahan berlaku..

bila hazirah renungi, mungkinkah tangisan itu suatu petanda hazirah akan mengalami amnesia..???
banyak kemungkinannya...
dulu dan sekarang sangat jauh berbeza situasinya..
tengahari, mungkin achik menghubungi ida yang hazirah perlukan dia.. 
ida menghubungi hazirah.. dia kat matrix.. Allahu..
camna boleh tak ingat juga tentang nie..???
hmmmm

ida tanya khabar hazirah.. tanya itu dan ini... i'm cried again n again..
p nangis sorang2 je tapi Allah ada kat sisi sebenarnya..
tarbiah rindu seorang sahabiah kepada sahabiahnya kot..
hazirah rasa sangat, sangat2 merindui mereka.. 
walaupun kehilangan upaya untuk mengingati the past, tapi bagaimana Allah begitu jaga hubungan kami.. persahabatan kami.. kami bersahabat kerana ALlah, kami berkasih sayang juga kerana DIA..

kami sama2 menangis kot dulu, sama2 ketawa, sama2 derita, sama2 susah senang..
ada orang tak dapat gantikan kalian..???
no one...! till the end no one can be replacer...
ukhuwah fillah ila jannah sohabiah...!

rindu kalian sangat3...
ida, jangan nangis tau... tak sukalah ida nangis sebab ita sakit..^_^
senyum tau.. doakan ita kuat..!
tahun depan moga2 kita dapat U yang sama ek sayang... ^_^

comelkan kakak hazirah..???^_^ like youngest sister like sister la...hu3(P/s:dah ada yang  punya so tak boleh kacau)


bercakap tentang U,uhuk..
sedihnya.. kakak yang sering bergaduh, gelak2, gurau2 dah masuk U dah..
dah tinggal hazirah sorang2 dah..
kalau ada dia, boleh je dengar dia berleter ke hazirah tiap2 hari..he3..
bolehlah kenak ke dia selalu...
hazirah jahat tau..
sehari sebelum dia pergi, hazirah raging dia.. hazirah suruh dia buat tu, buat nie...he3...
kakak pula, dia tahu dia dah nak pergi belajar, jadi segala permintaan adik bongsu nie di turuti jew...he3..

hazirah saja buat macam tu..
sunyi pula tak ada dia.. sebelum dia pergi, hazirah yang usik2 dia cakap dia akan merindui hazirah nanti, alih2 hazirah yang merindui dia dulu...
tak pernah pisah lorh..
selalu kongsi apa2 dengan dia... bergaduh pun dengan dia dan macam2 lagi...

tak pewlah.. next year, I pula masuk U ye.. kita fight dua ok kak..??he3..^_^
about marrige pula, I akan pastikan u dulu sebelum I.. he3 sebab I nak belajar dulu.. banyak benda nak genggam nie..
sakit bukan penghalang tau..

cakap pasal sakit bukan penghalang, hazirah sedih sangat sebab ramainya orang minta hazirah berhenti belajar..
minta mama berhentikan hazirah daripada belajar.. kata mereka hazirah tak boleh belajar juga..

siapa cakap saya tak boleh belajar..!?
justeru itu, saya semakin gigih untuk belajar...! 
saya ada cita2.. saya takkan pernah tunduk pada sakit saya.. even doktor kata umur saya hanya 10 tahun saja, tapi saya bukan seorang manusia yang tewas pada takdir..!
saya bukan seorang manusia yang mudah berputus asa..!

ye..! saya merindui saat indahnya pertemuan dengan DIa..
tapi, sekurang kurangnya, sya ingin kembali kepadaNYa dalam keadaan saya mempunyai ilmu, dan seorang yang tak putus asa...
kan hazirah dah cakap, sakit nie amanah ALlah..

Allah bukan tak nak bagi hazirah bahagia macam kalian, tapi Allah nak bagi hazirah agar sentiasa ada dalam madrasah iman..
menikmati manisnya saat merasai cintaNya..

sentiasa merasai tarbiah cintaNya..
hazirah tahu, hazirah juga punya fitrah.. he3..
jujur, hazirah takut kalau sihat nanti hazirah hanyut untuk merasai perasaan mencintai dan dicintai..hi3

nak2 dengan situasi sohabiah2 yang sudah ramai berumah tangga demi menjaga hati daripada maksiat cinta fitnah..^_^
madrasah iman ini penuh dengan tarbiah cinta..
yela.. memanglah tak 'seindah' cinta fitnah tapi ianya menjadi jauh lebih indah bagi mereka yang sentiasa mensyukuri dan mencari cintaNya,..

dengan madrasah iman,
perasaan fitrah hazirah juga berbalas..
haa.. dengan siapa..???
cu try guess...he2

sape lagi kalau bukan DIA..
DIA bagi hazirah senyuman dalam kepahitan,
DIA bagi hazirah tenang dalam keresahan,
DIA bagi hazirah bahagia dalam penderitaan,
DIA bagi hazirah nikmat cinta dalam kepayahan...

jangan cemburu tau...
semarakkan cintamu kepada DIA yang SATU...
hazirah juga ingin berkongsi dengan sahabat2 hazirah..
minggu lepas, hazirah mengalami kesakitan yang teruk kat pinggang dekat ngan kidney..
sukar untuk hazirah duduk diam..
hazirah mengadu dekat mama..

mama terus bagitahu abah agar hazirah di bawa berjumpa doktor secepat mungkin..
Alhamdulillah.. hazirah dapat doktor perempuan, cantik +baik...!
dia tersenyum bila melihat hazirah...
hazirah bercerita dengannya.. dia tanya even hazirah ada demam tak..

of course ada.. sepanjang seminggu raya hazirah demam..
doktor minta hazirah tarik niqab.. muka hazirah diperhatikan.. hazirah diperiksa dengan teliti..

Ya Allah,
betapa hebat KASIHMU kepadaku..
doktor cakap ke dua2 belah buah pinggang hazirah di jangkiti kuman.. berkemungkinan daripada penyakit MS.. bukan itu saja, katanya wajah hazirah kelihatan pucat, tapak tangan hazirah di teliti, seluruh badan di periksa dengan sangat teliti..
hazirah hanya mampu tersenyum saja bila doktor menyatakan kuantiti red blood cells hazirah tak normal..
darah putih lebih banyak dari darah merah..
penghasilan darah merah tidak normal dan sempurna..
akankah ia menuju ke arah penyakit leukimia..???
wallahua'alam..
wanauzubillah...
minta jauh dari penyakit itu...

harapnya hanya sekadar kekurangan darah merah saja dan tidak larat sehingga kepada kanser..
treatment seumur hidup..???
layan sajalah..he3..
tapi kalau rasa dah sihat, break kot dari treatment..
yang penting, mengaji jangan sekali-kali tinggal..
boleh jadi, setiap patah kalam ilahi yang lahir di bibir hazirah, sedikit demi sedikit memberikan keadaan yang membaik kepada hazirah..

hazirah sangat bersyukur di kurnikan sakit ini..
sekurang kurangnya, even xleyh cured, tapi masih ada ubat untuk lambatkan progress penyakit ini..
ye..! memang badan semakin susut, rambut semakin banyak yang luruh, kulit menjadi hangus sekelip mata(Boleh balik asal je^_^), tapi keadaan ini jauh lebih baik daripada yang di hadapi sahabiah hazirah..

dia penghidap trombocytosis.. dimana platelet(confius ejaan) increased count.. boleh menyebabkan kematian mengejut, darah beku di kepala dan tak ada ubat untuk lambatkan.. tak tahu dapat cured tak.. tapi dari pembacaan hazirah, ubat jenis aspirin sangat membantu pengidap penyakit nie..
kuat ye sahabiah...! ^_^

doaku, kasih dan sayangku bersama kalian...

salam sayang...

ikhlas dari hati
Hazirah Al-HAfizah ^_^


Bismillahirahmanirahim...

Assalamualaikum.. w.b.t.

Salam sayang dan salam lebaran buat semua readers yang dikasihi..




pejam celik, berakhir sudah ramadhan yang dirindui.. bertandang si syawal memberi nikmat bahagia kepada semua..
bagaimana dengan syawal sahabat2 hazirah nie..?? meriah tak sayang..???^_^ harap meriah ya.. pasti semua seronok menyambut lebaran inikan.. anak2 di rantauan pulang ke desa untuk menyambut lebaran bersama keluarga yang di kasihi... macam mana dengan aktiviti ziarah kalian...??? harap berada dalam keadaan baik ya.. kalau tersekat dalam traffic jam tu biasalah sebab, kan ramai yang menggunakan jalan raya untuk beraya.. ^_^

how about me..???
^_^.. lebaran kali ini terasa istimewa dengan keadaan yang jauh lebih istimewa berbanding dengan keadaan2 yang sebelum ini.. hazirah hanya beraya di rumah, namun hazirah tak pernah sepi beraya dirumah kerna saban hari, ada saja orang datang berziarah.. dan Alhamdulillah.. ziarah mereka lebih kepada pertemuan untuk melihat keadaan hazirah sendiri bagaimana...

airmata abah mengundang sendu di hati hazirah..



wali ku.. takkan pernah aku membelakangi waliku ini dalam apa jua tindakan ku.. dia punca redha Allah ke atasku.. andai dia redha, maka Allah jgk akan redha padaku.. dialah kekasih mama^_^



1 syawal, 
pagi itu kebangkitan dari tidur agak terlajak dari biasa sebab letih.. hazirah tidur lewat, bangun pagi itu pun kalau kakak x kejutkan confirm tak bangun...hu3..
abah dah pergi kubur dah dan mama dah siap2 nak gi semayang sunat raya dah...
hanis najihah dah cantik berbaju kurung..
sedih lorh sebab ammar zafran tak beraya dengan che su sebab ammar zafran balik kampung dia kat terian pahang...

baju raya hazirah tak siap.. sedihnya.. tapi tak mengapa lagipun hazirah hanya berada  di rumah saja.. hazirah tengok family abang long sedondon pakai baju kurung ungun gelap, setahu hazirah, hazirah ada jubah ungu gelap, hazirah cari2 n jumpa. Alhamdulillah.. sedondon 100% ngan dak kecil najihah... ^_^

pagi tu jugaklah baru nak iron baju, punyalah last minute buat kerja.. pastu cari2 tudung pula, hmm.. jilbab hitam tak sampai lagi, jadi pakai tudung bidang 60 sajalah.. pusing satu rumah hazirah mencari tudung tak jumpa padahal tudung tu ada dalam almari sendiri je.. biasalah bila penyakit lupa datang... jenuh mencari tau.. padahal duk depan mata je tudung tu.. bila jumpa, hazirah buka dan layangkan, ya Allah, macam mana boleh ada cop nie(kesan hangus kena stareka)..
lama hazirah duk pikir, hu3.. nie mesti ada kes hazirah tak ingat nie p tetap gak hazirah ambik tudung tu.. pandai2lah hazirah adjas yng ada cop tu...


najihah kena peluk ke che su.. haa.. nak lari mana..!^_^


pagi raya semuanya ceria nak2 dengan karenah si kecil najihah yang agak melucukan.. bermacam ragam di keluarkan si comel tu.. gelepar hanis najihah kena peluk ke che su pagi tu.. si kecil, bila dah dapat kaki pasti nak berlari, seperti budak nielah.. duk main kejar2.. mula2 ajak che su, p che su tak mampu nak berlarilah sayang, tapi che da dia pula ambil alih.. kejar2 najihah.. sampai letih kawan tu..

tengahari sikit, mula ramai yang datang.. huhuhu.. awal sekali yang serbu pak zuan.. adik ma.. hmm.. takut nak pergi salam mula2 tapi abah panggil n desak suruh pergi salam.. kata abah itu pak saudara.. Allahurabbi.. rasa takut sangat.. takut tersalam dengan orang yang haram pula...

abah sempat bertanya either kenal atau ingat tak dekat pak saudara tu.. glurrpp.. otak jadi blurr.. xtahu nak tafsir camne yang pasti memang tak boleh ingat apa2 pun..
la ke tengahari, 2 rombongan datang beraya.. masa tu dah pecat tudung dah.. aduh...! baru nak tidur masa tu..uhuhu
cepat2 bangun masuk bilik(ingat nak sambung tidur balik..he3) masuk je bilik, kakak datang kata dorang semua nak jumpa hazirah.. hah..???
aduh.. xtahu nak saut tudung mana, last2 hazirah ambik je tudung alya sarah..hi3(nie promote secara percuma..he3) tudungnya labuh tp xdelah selabuh jilbab tapi cukup untuk menutup apa yang islam suruh tutup ^_^

keluar je terus pergi salam.. hati2 meniti setiap anak tangga takut tergelincir sebab hazirah pakai jubah, takut terpijak jubah, ha naya tu.. salam ngan semua, hazirah nampak baby..! ya Allah.. sihat sangat2 baby tu... comel pula tu.. baby boy.. juz 3 month.. ^_^.. ingat dekat ammar...
hazirah salam2, semua orang duk pushed hazirah tanya hazirah ingat tak, ingat tak.. betul nie tak ingat..??? betul nie..??? selalu jumpa nie... betul tak ingat...???

ya Allah, bertakung airmata hazirah menahan rasa sebak.. hazirah betul2 tak mengenali mereka.. ada yang menitislan airmata.. hazirah sempat tengok abah, abah kesat matanya bila hazirah mengungkapkan 'tidak mengenali'.. abah menangis..! abah.....
ni pertama kali hazirah melihat abah menangis..

masa petang pula, adik abah juga yang datang.. kus.. garangnya muka.. tenung hazirah macam nak telan, takut hazirah nak pi salam sampai abah datang n tarik hazirah.. abah duk tepi hazirah.. hazirah salam ngan pak teh. dia pegang tangan hazirah tak nak lepas, hazirah takut.. hazirah rasa lain.. hazirah rasa macam hati hazirah ketakutan dengan genggaman itu.. cepat2 hazirah tarik tangan hazirah dari genggaman adik abah..

banyak yang disoalkan.. hazirah hanya jawap dengan elengan... abah menepuk2 belakang hazirah.. bila hazirah kat dapur, abah tanya lagi either kenal atau tak, bila hazirah eleng, abah menepuk bahu hazirah n cakap 'xpew'...hmmmm

hari raya pertama dan kedua suasana hampir sama..
saudara mara tak seorang hazirah kenali.. even tok sendiri pun hazirah tak kenal.. che wo menangis sebab cucu dia dah tak kenal orang.. pak ngah datang, lengan mama kemas hazirah pegang sebab ketakutan.. mama pujuk2, abah pun pujuk2.. pak ngah sendiri pun duk cakap 'pak saudara awaklah.. pak ngah awak nie'..

aduh... rumitnya...
dua hari berhari raya, malam raya kedua, hazirah demam mengejut.. batuk mengejuk, selsema secara mengejut.. semuanya mengejut./.. mungkin otak pressure.. 
raya ketiga, sahabiah datang pun tak dapat nak layan sangat.. hu3.. finally, dapat peluk si kembar... comel sangat anak2 hazirah tu...^_^ dorang baik.. dengar cakap.. main ngan hazirah pun elok2 je tak buas2..
faham keadaan ummi ye sayang..

walaupun keletihan kerana suhu badan terlalu tinggi, tapi as for me, bayi adalah penawar kepada semua penyakit yang hazirah hadapi... boleh sembuh sekelip mata je walaupun ianya cuma sementara...
badan rasa sakit2 sepanjang demam, spine lagilah sampai hazirah rasa macam struktur spine dah bengkok.. hmm.. wanauzubillah... minta2 tak... x senang duduk hazirah.. nak berbaring atas lantai atau jubin kat umah, langsung tak boleh sebab badan akan makin sakit, last2 port terbaik, hazirah landing atas sofa yang paling tersembunyi agar kalau2 orang datang, tak nampak...

hu3...
macam2 kan.. dah xlarat dah nak taip.. masih dalam keadaan demam.. tapi much better.. ^_^

ohyea. siapa tiz zaqyah ye..??? masih tertanya-tanya...he3.. dia ambik muka saya..! xboleh...! saya xpakai make up, mana boleh samakan saya dan dia.. saya tetap saya tau..!

gambar2 kami..^_^


ngan mama ketika masih sihat^_^

kenangan ketika di mana ek.. lupa..hu3.. tapi sebelum sakit teruk^_^

'ustaz segera'..hu3.. my abang long.. my second wali.. inilah yang akan tapis sape2 yang datang pinang saya..^_^
otaknya bergeliga.. always inginkan yang terbaik untuk adik2.. ^_^

najihah buat muka chumill....! che su geram...!

baiknya najihah.. duk ngan aki(tok ki) ye sayang....


keluarga sakinah.. najihah terbek posing...^_^

kak ipar tersayang.. sedondon tak kami..??^_^

minal aidil wa fa izin untuk semua..^_^
doakan kesembuhan hazirah ye..doakan hazirah punya badan jadi normal balik..^_^
dah kurus n terlampau kurus.. otot dah xboleh cekam spine...





salam lebaran untuk semua pembaca blog hazirah ye.. doakan hazirah dipermudahkan untuk jawab exam..
cepat boleh berjalan.. ha.. lupa nak cakap.. hazirah dah mula bertatih dah.. dah mula belajar berdiri tanpa tongkat dah dan sekarang dah mula guna tongkat sebelah dah..^_^
xlama lagi bolehla jalan balik kan..??? 

salam sayang..

Hazirah Al-Hafizah^_^
Bismillahirahmanirahim...

Salam penghujung ramadhan buat semua..
pejam celik pejam celik,rupa2nya dah beberapa bulan berlalu...
skop ingatan semakin mengecil dan semakin ramai yang tidak dikenali..
tapi, hazirah cuba mencabar minda untuk mengingati kembali sahabiah2 yang sentiasa bersama hazirah dari dulu sehingga sekarang..



sebak hati hazirah, saban hari ada panggilan dan mesej yang masuk bertanyakan khabar hazirah dan bertanyakan kepada hazirah sama ada hazirah masih mengingati mereka ataupun tidak.. hazirah tak boleh terlalu mencabar minda hazirah untuk ingat balik the past tapi hazirah akan cuba untuk ingat..
hazirah tahu, ramai yang dah menintiskan airmata bila hazirah mengatakan 'tidak ingat'..
walaupun kalian cuba sembunyikan, namun pendengaran hazirah masih boleh mentafsirnya dengan baik cara kalian bersuara.. kehampaan hati kalian juga hazirah boleh baca bila hazirah cakap hazirah tak ingat apa2 tentang memori lalu kita bersama..

hazirah sedang mencuba dari semasa ke semasa.. nerve hazirah terganggu, sebab itu ia menganggu ingatan hazirah.. percayalah dengan kekuasaan KEKASIH yang AGUNG, hazirah akan ingat kembali kalian walaupun masanya masih tidak diketahui bila..
hazirah banyak merujuk dairy hazirah.. and i found my old dairy that has said a lot about the past..
when i readen back about the past, i'm tried to been understood why must been like that also like that..
somememory made me been embrassed with myself.. oh.. begitu rupanya hazirah dulu.. teruk juga tu..hehehee
dah tak nak ulang dah.. enough.. enough... bila hazirah buat perbandingan perwatakan dulu dan sekarang, bagai langit dengan bumi..hu3..
Allahurabbi.. mudah2an, sikap hari ini lebih baik dari semalam, dan esok lebih baik dari hari ini dan begitulah seterusnya..

hurrmm.. beberapa hari lepas, hazirah dapat incall dari jordan.. pada awalnya hazirah ingat mak sdara hazirah yang call, cerialah hazirah jawap panggilan tu tapi rupa2nya bila suara di belah sana kedengaran, ianya bukan mak saudara hazirah..! hazirah tak tahu kenapa, dah tak mampu bersuara dah bila dengar suara orang lain yang hazirah tak kenal..

dia muslimah tapi cara dia bercakap buat hazirah terkejut dan gubra.. hazirah tak tahu nak mencelah kat mana.. tak tahu titik noktah kat mana.. bila hazirah diam seribu bahasa baru dia senyap n bagi laluan pada hazirah untuk cakap pula.. hanya masa tu je hazirah bagitahu direct yang hazirah tak ingat banyak orang dah dan hazirah juga tak ingat dia walaupun dia kata dia salah seorang sahabiah yang rapat dengan hazirah...
mungkin hazirah bertindak tak beradab sikit masa tu, hazirah tak tahan di paksa, jadi hazirah tutup macam tu phone..

hazirah cuba ingat.. tapi tetap tak ingat.. beberapa hari selepas tu, ada mesej masuk dari seorang kawan yang hazirah juga tak berapa nak ingat tapi banyak rujuk pada dairi.. dia cuba buat hazirah ingat tentang sahabiah dekat jordan.. minta hazirah angkat jika sahabiah itu call.. dia kata hazirah sangat rapat dengan sahabiah hazirah.. hazirah inginkan kebenaran..! sejak hazirah tak ingat bermacam macam jenis orang yang muncul.. hazirah keraguan tentang statements tu.. jalan terbaik, hazirah rujuk dairi hazirah.. benarlah.. dia sahabiah hazirah yang rapat dengan hazirah dan yang paling awal nikah.. banyak yang tercatat dalam dairi hazirah mengenai pernikahannya.. 
perkongsian hari bahagianya lebih banyak bersama hazirah daripada suaminya sendiri.. semuanya kerana dia berkahwin atas pilihan keluarga.. tapi kejap je tak suka tu,lepas akad nikah terus fallen in love dengan suami dia..





subhanallah..! walaupun hazirah tak ingat tapi hazirah dapat rasakan sesuatu..dia 'diambil' dengan cara yang terhormat dan terus kepada restu ibubapa, bukan membelakangkang ibubapa.. hazirah juga ingin 'diambil' dengan cara yang terhormat juga kelak(jika peluang itu ada ^_^).. tak nak 'diambil' secara membelakang ibubapa..he3.. berangan pula hazirah niekan..
Alhamdulillah.. sahabiah hazirah dah ada anak kembar dah.. dia call hazirah buat kesekian kalinya, hazirah angkat dan cuba untuk bermesra dengannya.. Alhamdulillah..dia tak banyak memaksa kali ni tapi lebih menceritakan memori kami bersama dulu.. sangat indah..!
sempat hazirah dengar pekikan dari anak kembarnya.. katanya anak2 kembarnya nak phone, nak cakap dengan hazirah.. kata sahabiah, dorang panggil hazirah dengan gelaran 'ummi' sebab hazirah mak angkat si kembar..oh begitu rupanya.. hazirah dah ada anak angkat rupanya... ^_^
ok pe dah ada anak tu walaupun bukan dari rahim sendiri.. comel pula tu..! tak sabar nak jumpa anak2 hazirah if dorang balik melaysia..

hari2 sahabiah hazirah dari jordan menghantar sms kepada hazirah dengan harapan hazirah akan ingat kembali tentang dia.. insyaAllah sayang,, yus akan cuba untuk balik.. berkat bulan ramadhan, siapa tahu akan ingat balik dalam masa terdekat.. kan4...??
sahabiah2 yang lain juga ramai yang menghubungi hazirah.. ada yang menangis dari pagi lepas baca blog hazirah dan dapat tahu hazirah dah tak ingat apa2.. hazirah minta maaf.. usahlah bersedih.. hazirah tak meninggal tau hazirah cuma tak ingat.. kalian nangis macam hazirah dah nak mati pula.. ^_^.. insyaAllah.. nanti akan ingat... maaf andai ada yang hazirah tak layan.. menurut sahabiah hazirah, hazirah tak kawan dengan lelaki, tapi sejak hazirah tak ingat, ramai pula kaum muslimin mesej hazirah cakap kawan hazirah.. gprrrrppp...~~~~~~

semalam, kakak hazirah mengutarakan 3 nama muslimin.. hazirah sedang menidurkan baby ammar ketika tu.. hazirah kepelikan.. hazirah hanya angkat kening saja tanda tak faham kenapa nama 3 orang muslimin tu harus di sebut2kan.. kak tanya, dalam 3 nama nie, hati hazirah lebih memberat kepada siapa..???
hurmmm...??? macam mana nak memberat sedangkan tuannya hazirah tak kenal dan tak ingat sama sekali.. kakak hazirah kata hazirah pernah berkongsi sesuatu dahulu.. like kakak cuba menguji daya ingatan hazirah.. 
pada awalnya hazirah hanya masuk telinga kanan keluar kiri jadi nama2 yang di sebut hany sepintas lalu..

bila di mention kali kedua, dua nama awal yang di sebut, tak memberi kesan apa2 pada hazirah namun nama yang ketiga, sekali disebut cukup memberi getaran hebat pada jantung hazirah..huh.. curious.. kenapa ya..??
ada rasa bahagia menyelinap ke seluruh ruang hati bila nama itu di sebut juga ada rasa tenang yang sangat.. hazirah tertanya-tanya kenapa rasa macam nie.. hazirah belek dairi hazirah balik..




subhanallah.. begitu rupanya.. menurut diari hazirah, hazirah tak terlalu mengenalinya namun hazirah kenal seungkap nama miliknya.. agama yang ada padanya membuatkan hazirah rasa sesuatu.. tapi, bagaimanakah rupanya..?? hazirah tak tahu...  hazirah pernah buat istikharah dan ianya memberat pada seungkap nama yang hazirah tak kenali/tak ingat bagaimana tuannya..

banyak yang tercatat dalam dairi hazirah mengenainya.. ada hazirah cuba untuk ingat2 tapi tetap tak ingat.. biarlah.. pasti ada hikmahnya.. cukuplah andai nama itu saja yang hazirah tahu pada masa ini.. belum masa yang tepat untuk hazirah cuba ingat sesuatu yang lebih jauh...

KU TUNGG KAU DI BATAS WAKTU, DI SAAT AKU SUDAH BERSEDIA DAN KEADAANKU SUDAH JAUH LEBIH BAIK DARIPADA SEKERANG..

sama2 berjuang di medan ILMU, moga kehidupan mendatang akan tersuluh dengan cahaya ILMU...
mungkinkah 'dia' jodohku..??
ha3.. hazirah ingin gelak.. namun satu suara berbisik

 " ingatan semakin lupus, namun kata hati tak dapat menipu.. percaya pada istikharah yang lalu..tetap menanti dengan kalimah ILahi dan mengharapkan kerdhaan dariNya"

banyak yang mula terungkai dan mula memberi jawapan..
kalau boleh, hazirah tak nak ingat memori yang pahit2 tapi hazirah nak ingat sahabiah2 jew... ^_^

Assalamualaikum w.b.t.

hu3.. finally hazirah terpaksa langgar kata-kata hazirah untuk tak menulis sehingga bulan december.. hazirah teringin sangat nak menulis lagi, nak berkongsi lagi cerita dengan readers hazirah semua..

hazirah rindukan kalian even hazirah dah tak kenal siapa yang pernah hubungi hazirah yang datang dari kalangan readers hazirah..

i'm so sorry because i can't remember many of you.
hazirah tak pernah sedar yang tahap ingatan hazirah semakin lemah dari hari ke hari..
3 week i dont attended to my class, when i gone, i been like someone else.. 
the enviroment looked very strange.. when i arrive, the one of my muallim asked me eihter i'm gotten ok or not..
i dont remember him.. i juz gave he my smiles as my answer.. 
i dont know what should i tell him.. i dont know him.. totally forget..! i dont remember all of my muallim and mualliam except one, she is my economi's teacher.. i dont remember her name but i can remember the little thing about her...

apa yang hazirah type pada hari ini adalah yang hazirah rujuk kepada diary hazirah sepenuhnya kerana hazirah tak berapa ingat apa yang dah hazirah lalui..
sepanjang hazirah tak updated blog nie, hazirah admitted in the ward about 2 times.. 1 weeks at hospital setiu, then discharge for several days, before i'm admitted again and for this times at HSNZ, hazirah sempat pergi gerik perak..

hazirah jumpa kakak angkat hazirah.. kak SYA.. ^_^.. kak SYA is the one people that i'm really remember as well, also her husband abang hafiz, their daugther NUUR AISYAH ZAKIYYAH and parents abang hafiz.. hazirah pun tak tahu kenapa hazirah begitu boleh ingat tentang kak sya sedangkan yang lain hazirah dah lupa.. mungkin keakraban di antara hazirah dan kak sya yang dah macam adik beradik kandung buatkan minda hazirah set kak sya as kakak kandung hazirah..
hazirah juga dapat ingat dengan jelas keluarga kandung hazirah even abang long, kak ja dan bidadari hanis najihah yang menetap di port dickson, yang hazirah jarang jumpa pun hazirah masih ingat.. maybe, Allah wanna i remember my family as well..
di saat hazirah nak balik, hazirah gi perak balik hari.. hu3.. dasyat..!
nielah bidadari kecil kak Sya dan Abang Hafiz..
NUUR AISYAH ZAKIYYAH

hazirah rasa sedih sangat nak pisah dengan kak sya dan aisyah..

nak menitis airmata di saat perpisahan berlaku.. tapi hazirah cuba untuk jadi tenang.. tak nak nangis depan kak sya.. masa tu dah pukul 12 tengah malam dah.. aisyah tidur dah bangun balik dah..
hazirah pergi gerik sebab kak sya inform pada hazirah tentang seorang ustaz yang boleh treat orang yang paraplegic(lumpuh).. kata kak sya, ada satu malam nie, ada seorang pak cik nie dah lumpuh 10 tahun, tapi lepas sapu lemak burung unta dan ustaz tu baca beberapa kalamullah, tak sampai lima minit, dengan izin Allah pak cik tu dah mula menampak..! hebat kuasaMU ya ALLAH..!

hazirah bagitahu mama and mama bagitahu abah.. hazirah ingatkan abah tak nak pergi sebab perak kan jauh juga dari terengganu..
keesokkannya, hazirah terkejut + happy sangat abah suruh hazirah inform pada kak sya yang kami nak pergi.. hu3.. tapi, kesian kak sya, dinihari pada hari kami pergi perak, kak sya dan abang hafiz baru je balik ke penang, tapi petang tu terpaksa balik lagi ke gerik sebab hazirah ke sana.. kalian memang baik..! sayang kak sya..! 

petang tu, pas asar hazirah and family sampai kat rumah keluarga abang hafiz.. hazirah dulu yang sampai..hehehe.. dan sempat jumpa aisyah, aisyah ingat hazirah ummi dia tapi bila hazirah ambil, dia terus kenal yang hazirah bukan ummi dia.. he3.. aisyah2.. pandailah si bidadari kecil nie..!

finally, setelah sekian lama hazirah ingin peluk kak sya, hazirah dapat juga peluk kak sya dan aisyah sekali.. package tu..hu3..(tersenyum nie tau.. rasa bahagia sangat).
sebaik sampai, kak sya salam2 ngan family hazirah dulu then hazirah the last one yang kak sya salam.. kak sya peluk erat sangat,.! tenang sangat kak..! harap dapat peluk akak lagi.. ^^,


sebelum hazirah bertolak ke perak, hazirah attended to my class first, it's my second days after 3 weeks i'm not attended to my class.. 1st days i'm gone, i'm only know about several of my friends.. they're Che yah, Wani, Ja, dan Che Ain.. the 1st one yang tahu hazirah tak ingat semua orang adalah wani.. wani hampir menangis bila mendengar setiap persoalan yang keluar dari bibir hazirah..

tapi wani banyak membantu hazirah untuk ingat sahabiah2 yang lain.. 
sehari sebelum hazirah attended, seorang muallim datang bersama classmate hazirah yang lelaki(i know this after i came to the class).. masa tu hazirah takut2 nak keluar jumpa dorang.. hazirah tak kenal.. mama dan kak ngah 'pujuk' suruh keluar sebab dorang datang nak tengok... lastly, hazirah keluar juga tapi hazirah bersembunyi di sebalik pintu hazirah sempat bertanya pada diri hazirah

"hish.. siapa dorang nie..???"

hazirah lebih memilih untuk berdiam diri saja sebab hazirah takut untuk berkata-kata dengan dorang.. hazirah betul2 tak kenal..!
hazirah bagitahu kak sya, dan kak sya kata mungkin ada sel dekat brain dah dead sebab tu memory loss..

selang sehari selepas pergi perak, hazirah kembali ke HSNZ..
at early, i'm only appointment but i should admitted again because my progress of MS been really faster..! i'm admitted becaused the ofthalmology want it.. grrr..

hazirah tak tahu apa nama doktor tu.. doktor lelaki lagi but doktor lain..sabar saja lah..
doktor tu nampak malu2 tapi i'm really respect to him.. sangat jaga..! dia nak sentuh mata hazirah pun, dia tolak jilbab hazirah yang atas ke dahi, kalau tak silap hazirah, jari telunjuk doktor tu dekat dahi n jari ibu dia letak pada purdah.. tapi dia terpaksa gak sentuh kelompak mata hazirah sebab nak celikkan lagi mata hazirah yang tak berapa besar nie kepada lebih besar..

after check up, he gotten that i'm got ' NEURITIS C MULTIPLE SCLEROSIS'..  atau dengan kata lain saraf-saraf mata membengkak terlalu cepat sehingga menyebabkan pengelihatan terjejas dan kabur..
kata doktor, progress MS terlalu cepat dan hazirah terpaksa admitted in the ward again, again and again..! grrrrp..
admitted hazirah di HSNZ pada kali nie adalah disebabkan doktor ingin hazirah mulakan pengambilan ubat MS yang kuat.. ubat itu di masuk melalui tangan.. Ya Allah, 1st time masuk, hazirah menitis airmata sebab setiap aliran ubat yang masuk tu menyakitkan saraf2 hazirah yang lain terutamanya di bahagian lengan  di mana jarum di masukkan..

nurse memahami dan cuba menenangkan hazirah.. dos yang pertama di masukkan, mama tak ada.. mama balik ambil baju.. masuk ward masa tu langsung tak di duga.. on the spot..
kata nurse, dia faham, memang sesetengah orang akan rasa sakit bila di masukkan ubat tu... di sebabkan ubat tu juga muka,tangan dan kaki akan jadi sembat.. hurrmm.. 
nak tahu, di sebabkan ubat tu juga berat badan hazirah dari 42kg turun ke 35kg..! dengan ketinggian 158cm.. but kata seorang doktor wanita "underdos" hu3...

hazirah di masukkan ubat MS sebanyak 12 dos.. 4 dos sehari.. yang paling menyakitkan adalah dos yang terakhir.. dan ada satu botol lagi ubat juga di masukkan melalui tangan tapi tak tahu ubat pe.. ubat tu di masukkan masa hazirah dah di pindahkan ke ward medikal..
ya Allah..! masuk ward medikal kesihatan hazirah makin down..! blood pressure down and be 60/40.. can u imaging..??? ~~~~
dan juga ubat last yang di masukkan menyebabkan darah berlembang keluar dari tangan.. habis katil di cemari darah.. ubat tu di masukkan ketika hazirah sedang tidur mama kata.. tapi tidur hazirah terganggu sebab rasa tangan semakin sakit.. sampai hazirah tak boleh tidur.. hazirah sampai berulang-ulang kali minta mama bagitahu nurse agar buang ubat tu.. sakit sangat.. nak pegang tangan sebelah yang di masukkan pun sangat sakit.. bila nurse datang, mama bagitahu and nurse datang tengok, then asked me so that been patient.. ya Allah.. nak menitis airmata.. masa tu kalimah "ALLAH dan sakit" silih berganti..
dari Allah aku datang, dan kepada Allah lah aku akan gembali..
pemilik seluruh hati dan jiwaku...


sehinggalah hazirah rasa something mengalir kat tangan.. hazirah tengok, darah dah mula keluar sedikit demi sedikit sehingga habis tangan hazirah berlumuran dengan darah sendiri.. masa tu mama cepat2 panggil nurse, pada awalnya nurse suruh sabar juga lagi sebab nak habiskan ubat tu tapi melihatkan darah yang keluar tak berhenti, dia ambik kapas and buang jarum kat tangan hazirah.. can you imaging, about 1 weeks i can't touch my hand..! Allah... nak pegang tongkat pun tak boleh..

ohyea, pasti antumna tertanya-tanya kenapa sebut pasal tongkat lagi sedangkan post yang lepas hazirah cakap hazirah dah boleh jalan balik even tak normal, actually i got 2nd attacked of MS.. that's why i'm admitted in the hospital setiu.. but hospital setiu tak boleh buat apa2 melainkan sekadar memantau begitu sahaja kerna kes hazirah adalah kes yang tahap tinggi dah patut di refered terus ke HSNZ.. 

disebabkan itu jugalah daya ingatan hazirah makin teruk.. after i got 2nd attacked, my memory become deficit.. skop yang hazirah ingat makin mengecil.. mungkin bila antum mesej hazirah, hazirah masih reply tapi masa kat HSNZ baru hazirah sedar yang hazirah dah mula tak cam orang..
terjadi pada seorang kakak yang rapat juga dengan hazirah namanya "kak Hani".. dia mesej jew dengan hazirah and bagitahu dah nak datang visited hazirah.. tapi bila hampir dengan katil hazirah dan mama tanya

"kenal tak../???"

hazirah hanya memandangnya dengan pandangan yang kosong dan mengeleng pada.. can you imaging hazirah baru je mesej dengan dia n walhal gambar dia naik setiap kali mesej dia hantar tapi hazirah tetap tak cam dia.. sedih sangat..
untunglah kak hani memahami dan mengenali hazirah yang masa tu mengenakan niqab.. hazirah segan nak buka niqab.. sebab wad midekal wad open tak macam wad mata, privasi siap ada aircond lagi.. hu3.. kata nurse  tu bilik yang paling selesa.. dan memang sangat selesa sampai hazirah banyak betul tidur..

Pengecutan saraf tunjang yang terlalu aktif  dan cepat boleh menyebabkan potensi hazirah untuk mengalami paraglegia(lumpuh kekal) dalam masa yang terdekat menjadi lebih besar.. hazirah tak nak..! 
masih tergiang-giang bicara doktor-doktor neuro yang treat hazirah.. disebabkan progress terlalu cepat, dorang nak buat LP(ambik air tulang belakang).. hazirah ok je tapi bagi ma abah, mereka tak mengizinkan sebab dah banyak kejadian lumpuh berlaku selepas ambil air tulang belakang.. dan orang2 disekeliling kami yang mengetahui tentang itu juga melarang ma abah daripda membenarkan buat LP.. as for me, paraglegia(lumpuh) atau tak,semua itu aturan Tuhan.. JIka Allah mengatakan tidak, benda itu takkan mungkin terjadi.. semua yang berlaku itu disebabkan ketentuan Ilahi yang ingin menguji sejauh mana sabarnya hati seorang hamba dalam menempuh setiap dugaanNya..
apa2 pun, just look ahead.. doktor nak buat LP sebab nak kesan dengan lebih cepat di bahagian mana MS akan sentiasa menyerang.. tapi bagi abah pula, better one by one.. minggu depan bersamaan 5 ogos, hazirah akan jalani ujian saraf.. bagaimana caranya ujian itu di lakukan, hazirah sendiri masih belum pasti..

tapi apa yang tercatat dalam diary hazirah, hazirah ada tulis yang doktor neuro menyatakan even i'm decided to do anothers test first, finally, dorang akan tetap buat LP tu.. ntah..hazirah pun dah naik pening.. tersempit di tengah2.. bagi hazirah sekarang, surrenders je.. ikut je apa orang nak buat..
oh yea, masa hazirah di ward mata, sempat hazirah berkongsi dengan pakar mata tentang masalah hazirah yang mula mengalami lupa2 nie, masa tu hazirah bagitahu dekat doktor pompuan.. doktor yati.. dia kata MS memang akan menyebabkan IQ berkurang tapi be strong..!
dan doktor lelaki tadi pula cuba menceriakan hazirah dengan kata even disease nie takkan boleh cure menurut sejarah perubatan moden, tapi telah ramai yang bukti yang dorang boleh hidup sampai tua padahal jangka hayat jangkaan doktor terhadap mereka juga tak lama..

cumanya, ada doktor tu bagitahu hazirah, penyakit MS nie sangat unik sebab sekali dia serang, memang akan betul2 sakit n weak tapi akan cure but not totally cure.. peratus untuk cure secara sepenuhnya semakin deficit.. daripada hundred percent grown down to 90% or 80 %.. begitulah setiap kali kena serangan. sehingga peratusan untuk cure jadi 0% di mana pesakit dah jadi lumpuh sepenuhnya.. di sebabkan itu, penyakit MS perlu di kesan dengan cepat agar treatment then dapat di lakukan as soon as possible... treatment tu bukan untuk menyembuhkan sebab memang dunia perubatan moden masih belum jumpa lagi medicinenya tapi treatment tu boleh membantu untuk melambatkan progress.. contohnya sepatutnya seseorang itu akan mengalami masalah lumpuh dalam masa 2 bulan saja lagi, dengan treatment yang diberikan, insyaAllah dengan izin Allah dapat melambatkan 'benda' itu.. mungkin dari 2 bulan boleh di anjak kepada bertahun-tahun akan datang..
hope coming..... (happy n smiles)..

masa hazirah dalam ward, hazirah teringat kepada kak naseem.. even hazirah tak kenal dia, tapi kak naseem memperkenalkan kepada hazirah yang dia merupakan seorang neurologist hospital ampuan rahimah sebelum dia berpindah ke germany.. ^____________^
kak naseem ada berkongsi dengan hazirah tentang pesakitnya kak faradina yang berusia 21 tahun sekarang nie n dah kaween dah.. dah ada seorang ulama' yang di beri nama Aqeef.. sangat hensem..!
kak fara mengetahui dia ada MS while she's only 17 year.. tahun peperiksaan penting..!
kata kak naseem, kak fara juga mengalami kesukaran untuk berjalan pada awalnya tapi dia tabah, sekarang dia dah boleh berjalan macam biasa dah.. kak fara pernah guna wheelchair, sekarang dah sihat dah malah sedang mengandung anak kedua dan ketiga dah(twins)..
walaupun diuji Allah dengan menjadi salah seorang pengidap MS pada tahun peperiksaan, ia nya bukan penghalang kepada kak fara untuk mendapatkan result cemerlang dalam peperiksaan itu.. dengan kecemerlangannya, dia berjaya melanjutkan pelajaran ke united kingdom dalam bidang perubatan tapi dia kawen dulu sebelum pergi.. kak faradina, you're my idole now..!
cara kak fara menjadi contoh untuk yus.. yus harap ada kesempatan untuk yus berbual2 dengan akak agar yus dapat kutip sedikit sebanyak apa yang akak lakukan di saat menghadapi saat genting.. ^_^

bukan itu saja, apa yang buat hazirah kagum adalah, Allah memberi kelebihan kepada kak fara dengan dapat mengkhatamkan hafalan al quran hanya mengambil masa setahun.. so exciting..!
kak fara, i'm so proud of you..! kak fara membuktikan yang pengidap MS tak semestinya akan mengalami gangguan ingatan seperti yang yus alami.. yus ada juga bagitahu kak naseem tentang nie, kata kak naseem, insyaAllah lambat atau cepat, ingatan hazirah akan kembali.. insyaAllah...




ada sesuatu kelainan selepas hazirah mengalami gangguan ingatan.. hazirah lupa pada siapa kawan2 hazirah, tapi hazirah mudah untuk ingat apa yang hazirah baca terutamanya alquran dan buku2 pelajaran hazirah.. Alhamdulillah.. syukron ya Allah.. memang pada awalnya hazirah mengalami kesukaran untuk menyebut huruf2 ALlah.. sampai menitis airmata hazirahkerana ingat hazirah dah tak mampu mengaji dah..(menangis lagi.. berapa banyak kali menangis tak tahu nie..he3)..
al-Quran tafsir yang seingat hazirah, hadiah untuk perkahwinan abang long tapi abang long bagi pada hazirah, hazirah kucup sepenuh hati.. memohon moga dipermudahkan untuk menyebut.. hazirah ingat hazirah juga lupa cara menyebut kalam Allah.. HUSNUZHON..! Allah nak uji tu.. ^_^.. Alhamdulillah.. ianya tak lama.. selang 2 hari, hazirah kembali lancar menyebut kalam2 Allah dan rasa tenang sangat.. lau hazirah rasa dahaga atau lapar, hazirah pasti baca Quran sebab Baca Quran boleh buat dahaga kita hilang tau.. (peace.. rahsia nie ku kongsi bersama teman2 rahsia dari Ilahi^_^..amalkan jika lapar dan dahaga..!)

ubat MS buat hazirah berselera untuk makan.. balik je rumah bertimbun makanan hazirah makan..he3..(malu2).. sehari nak puasa, semakin bertimbun hazirah makan.. dari buka mata sampai tutup mata baru berhenti mengunyah..! aduh..! dasyat..! dan di sebabkan itu 1st and 2nd days fasted, hazirah fight dengan perasaan lapar.. perut mengelegak minta di isi.. tapi, bacaan Al Quran mampu 'mengenyang'..cu buat kalau tak percaya..^_^

hari yang keseterusnya, mungkin perut hazirah dah nak balik asal dah kowt.. kuantiti makanan yang hazirah ambil kembali menjadi semakin sedikit.. tapi, penangan daripada makan banyak selama about 1 week, semalam hazirah timbang dekat neuro, naik 10KG..! mak datuk..! apa hazirah makan nie sampai naik banyak macam tu sekali.. dari 35kg dah jadi 45kg dah..hu3.. cepat je cakap dekat ma nak diet..hi3...

bila dengar berat badan hazirah 45kg, seorang mak cik menegur 

"is it true..??"

hazirah hanya mengangguk dan tersenyum even di sebalik niqab..
dia tak percaya n cakap tak sesuai untuk badan hazirah that looked small.. small..???
toing..toing(nie bunyi tanda soal naik kat kepala tau)hu3..
kecil sangat ke..??? dahlah kata kecil tambah dengan halus..hu3.. can't imaging how i looked..xpewlah mak cik, nanti hazirah turunkan berat badan hazirah..he3..
keramahan mak cik nie membuatkan hazirah selesa berbual dengan dia.. kata abah dia wife wakil rakyat tapi dia low profile, tak menunjuk.. wow..! hazirah solute dengan wanita nie.. istiqamah ye mak cik..

hope, one day coming, i will walk again, again and again..
i have my own dream.. i dont want my disease be the hinder for my dream..
i wanna be a solehah daugther for my parents,
i wanna be a best student in my studies,
i wanna be a good psychologist for all of malaysian,
i wanna be a good wife for my hubby soon
and
i wanna be a good mom for my walad(daugther n son)

may i be soon..???
only Allah that's know.. just surrender to HIM..
love to Allah is everything..!
be happiness is something the best in our life..
smiles always ila jannah..!
don't be give up but be strong...

kepada sesiapa yang menghadapi penyakit yang sama macam hazirah, jadi kuat tau..! jangan putus asa.. penyakit nie takkan membunuh kita, cumanya kita kena kuat kalau tak nak progressnya jadi makin cepat..! ikut apa doktor kata.. ok..??
jom kongsi dengan hazirah jika ada apa2(kepada semua readers, tak khusus kepada pengidap MS saja^_^)..
jangan risau, demi Allah, hazirah takkan rasa di bebani.. malah ianya satu kebahagiaan bagi hazirah if hazirah dapat membantu meringankan beban kalian..

salam sayang buat semua... <3 <3 <3 




Assalamualaikum w.b.t.

bulan ramadhan yang mulia nie, hazirah nak update kisah tauladan je.. boleh..???
lau nak tahu what were be happened to me, juz waiting for in december keyh..???

bismillahirahmanirahim..

alkisah disebutkan bahawa di kota Array terdapat Qadhi yang kaya-raya. suatu hari kebetulan hari as-Syura', datanglah seorang miskin meminta sedekah.
berkata si miskin tadi,

"wahai tuan Qadhi, adalah saya seorang miskin yang mempunyai tangguungan keluarga. demi kehormatan dan kemuliaan hari ini, saya meminta pertolongan daripada tuam, maka berikan saya sedekah sekadar berupa sepuluh keping roti, lima potong daging dan duit dua dirham."

Qadhi menjawab

" datanglah selepas waktu zohor!"

selepas menunaikan solat zohor, orang miskin itu pun datang demi menuntut janjinya. sayangnya Si Qadhi yang kaya-raya  itu tidak menepati janjinya dan menyuruh si miskin datang lagi selepas solat asar. apabila dia datang selepas waktu yang dijanjikan buat kali kedua itu, ternyata si Qadhi tidak memberikan apa-apa. maka beredarlah si miskin dari rumah si Qadhi dengan penuh kecewa.

di waktu si miskin jala mencari-cari, ia melintas di depan seorang kristian yang sedang duduk-duduk di hadapan rumahnya. kepada  orang kristian itu si miskin minta sedekah

"tuan, demi keagungan  dan kebesaran hari ini, berilah saya sedekah untuk menyara keluarga saya."

si kristian bertanya

" hari apakah  hari ini..???"

"hari nie hari as-syura'"

kata si miskin, sambil menerangkan keutamaan dan kisah-kisah hari asyura'. rupanya orang kristian itu sangat tertarik mendengar cerita si peminta sedekah dan hatinya berkenan untuk memberi sedekah.

berkata si kristian

"katakan apa hajatmu padaku..!"

berkata si peminta sedekah,

"saya memerlukan sepuluh keping roti, lima ketul daging dan wang dua dirham saja."

dengan segera ia memberi si peminta sedekah semua keperluan yang dimintanya. si  peminta sedekah pun pulang dengan gembira kepada keluarganya. adapun Qadhi yang kedekut telah bermimpi di dalam tidurnya.

"angkat kepalamu..!"

kata satu suara dalam mimpinya. sebaik saja ia mengangkat kepala, tiba-tiba tersergam di hadapan matanya dua buah bangunan yang cantik. sebuah bangunan diperbuat dari batu bata bersalut emas dan sebuah lagi diperbuat daripada yaqut yang berkilau-kilauan warnanya. ia bertanya,

"ya Tuhan, untuk siapa bangunan yang sangat cantik ini..??"

terdengar jawapan

"semua bangunan ini untuk kamu andaikan saja kamu mahu memenuhi hajat si peminta sedekah itu. kini bangunan itu dimiliki oleh seorang kristian.."

apabila Qadhi bangun dari tidurnya, iapun pergi kepada kristian yang dimaksudkan dalam mimpinya.

Qadhi bertanya kepada si kristian,
"amal apakah gerangan yang kau buat semalam hingga kau dapat pahala dua buah bangunan yang sangat cantik..??"

si kristian itu pun menceritakan tentang amal yang di lakukannya bahawa ia telah bersedekah kepada fakir miskin yang memerlukannya pada hari ayura' itu.

kata Qadhi

"juallah amal itu kepadaku dengan harga seratus ribu dirham."

kata si kristian

"ketahuilah wahai Qadhi, sesungguhnya amal baik yang diterima Allah tidak dapat diperjual-belikan sekalipun dengan harga bumi dan seisinya."

kata Qadhi

"mengapa anda begitu kedekut, sedangan anda bukan seorang islam.."

ketika itu juga orang kristian itu membuang tanda salibnya dan mengucapkan kalimah syahadat serta mengakui kebenaran agama yang dibawa oleh Nabi Muhammad S.A.W.

kesimpulannya di sini, janganlah kita menjadi terlalu kedekut dan sayangkan harta yang kita ada sehingga tidak mahu berkongsi dengan yang memerlukan..
ingatlah, setiap rezeki yang Allah kurniakan kepada mungkin di dalamnya ada amanah ALlah yang inginkan kita berkongsi rezeki itu dengan yang memerlukan..
ingatlah, harta yang kita ada tidak akan pernah boleh dibawa ke liang lahad..

Wallahua'lam...
Dalam sebuah riwayat menyatakan bahawa ada seorang lelaki tua sedang berjalan-jalan di tepi sungai, sodang dia berjalan-jalan dia terpandang seorang anak kecil sedang mengambil wudhu' sambil menangis.

Apabila orang tua itu melihat anak kecil tadi menangis, dia pun berkata

"wahai anak kecil, kenapa kamu menangis..???"

maka  jawap si anak kecil itu

"Wahai pak cik, saya telah membaca al-Quran sehingga sampai kepada ayat yang berbunyi ' Yaa Ayyuhal Ladziina Aamanuu Quu Anfusakum' yang bermaksud 'Wahai orang-orang yang beriman, jagalah olehmu sekalian akan dirimu' saya menangis sebab saya takut akan di masukkan ke dalam neraka"

berkata orang tua itu

"wahai anak, janganlah kamu takut, sesungguhnya kamu terpelihara dan kamu tidak akan dimasukkan ke dalam api neraka."

berkata si anak kecil itu pula

"Wahai pak cik, pak cik adalah orang yang berakal,tidakkah pak cik lihat kalau orang yang menyalakan api maka yang pertama sekali yang mereka akan letak  ialah ranting-ranting kayu yang kecil dahulu kemudian baru mereka letakkan yang besar. jadi tentulah saya yang kecil ini akan dibakar dahulu sebelum dibakar orang dewasa "

berkata orang tua itu  sambi menangis

" sesungguhnya anak kecil ini lebih takut kepada neraka berbanding orang yang dewasa maka bagaimanakah keadaan kami nanti..??"

Wallahua'lam...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...