tinggalkan jejak anda di sini

How Old I am ^_^

Daisypath Happy Birthday tickers

The Age Of MY Opened Dairy

Daisypath Happy Birthday tickers



bismillahirohmanirohim...

beberapa hari lepas saya ada mengaktifkan status saya dengan satu berita dan kenyataan ringkas dari seorang syabab..

setelah mendapat kepastian dari beberapa ahli perbincangan yang master mengenai hal ini, hari ini saya membuat keputusan untuk menulis kenyataan penuh dan jawapan balas...

STATEMENT..:

"TAKE NOTE MUSLIMAH,

PURDAH/NIQAB full= ialah penutupan seluruh muka, tapi fuqaha mazhab syafie membenarkan buat lubang di kain di bahagian mata agar boleh melihat jalan. kalau rasa mata boleh menimbulkan fitnah, afdhal untuk menutup mata dengan kain yang samar2 agar boleh melihat jalan(burqa)

PURDAH/NIQAB HALF= ialah niqab ialah niqab pelacur pada zaman arab jahiliyyah.. pada zaman itu ia dipakai oleh pelacur untuk menggoda lelaki agar datang bayar duit dan baru boleh tengok muka then bayar lebih untuk khidmat ZINA..
mereka akan make up mata dan kening secantik yg boleh untuk menggoda para lelaki untuk langgan mereka.. sebab niqab half menampakkan kening dan mata yang sangat menggoda membuat para LELAKI TERGEDIK2 NAK TENGOK MACAM MANA RUPA PEREMPUAN TU..

** sebab tu fuqaha mazhab syafie suruh tutup WAJAH bukan tutup mulut dan hidung n biarkan kning terdedah...


HASIL PERBINCANGAN DENGAN YANG PAKAR DAN PERBINCANGAN DI FB:

pertama sekali perlu faham hukum berniqab yang sebenar... sebahagian ulamak menggalakkan niqab tapi tidak mewajibkannya.. sebahagian ulamak mewajibkannya..

so, wearing the niqab is khilaf thing between ulamak...
perkara khilaf tak boleh diperdebatkan..

'alkhuruj minal khilaf mustahabbun..'

setelah perbincangan, majoriti di antara kami menyatakan tidak pernah menjumpai hujah atau bukti yang menunjukkan larangan terhadap pemakaian niqab half..

dan pemakaian niqab half adalah boleh TAPI dengan syarat tidak berhias pada bahagian kening dan mata.. contohnya dengan memakai celak, lens berwarna dan membentuk kening..

pemakaian celak dan lens berwarna lagi ketara menggoda bila niqabis itu mengenakan niqab full kerana mata saja yang menonjol..

setelah perbincangan, statement yang dinyatakan tidak betul sama sekali..

menurut seorang alimi @ ustaz @ al-hafiz @ yg mahir,
pelacur pada zaman arab jahiliyyah tidak memakai tudung dan hanya menutup muka sahaja...rambutnya terdedah..
sepenuhnya tidak sama dengan pemakai niqab half yang menutup aurat...
al-fadhil us mengatakan kekecewaan terhadap perngeluar statement ini kerana menyamakan pemakai niqab half menyerupai pelacur jahiliyyah...

ini kerana kenyataan sebegini menunjukkan kedangkalan ilmu dalam mengkaji..
sepatutnya ia perlu merujuk kepada al quran, hadis, sirah dan pendapat para ulamak.. bukan ta'sub kepada satu ulamak sahaja...
perkara seperti ini perlu berhati2...

************************************************

pesanan saya buat niqabis2 yang saya cintai kerana ALLAH...

"luruskan niatmu sayang..
kerana apa dikau menggunakan niqab sebagai penutup wajahmu...
kerana ALLAH kah, atau kerana ingin di tonjol kecantikkan matakah...

ya..! pakai celak adalah sunnah...
tapi pernah tak terfikir, bila pakai niqab tambah pulak dengan celak yang bgitu jelas, ianya menghasilkan mata yang menggoda...???

begitu juga yang memakai lens..
tak salah... sungguh tak salah kalau nak pakai lens..
tapi DENGAN SYARAT, pakai LENS yang TAK berwarna..
lens berwarna jelas MENONJOLKAN bahagian mata...!

jika berniqab, berhias di bahagian mata,
tolong, saya merayu, jangan di rendahkan martabat kami yang benar2 menjaga keadaan niqabis...
bukaklah niqab... dan terpulanglah nak buat apa tapi jangan tapi jangan tampil sebagai niqabis...

ini akan mendatangkan tempias fitnah kepada kami...

fikirkanlah..
kerana antum, kami yang tak bersalah turut di palit dengan kotoran yang tak pernah kami buat...

semuanya bermula dengan niat...

niat kerana Allah, semuanya akan terjaga..

dan jaga jugalah cara pemakaian, cara bergambar, cara berikhtilat...

kita rasa benda nie mudah tapi kerana kita TERLALU berbeza, masyarakat mudah melihat setiap inci kesalahan kita waima kesalahan kita sebesar KUMAN pun orang boleh nampak dan perbesarkan...

hasil perbincangan juga berpendapat semua ini berlaku mungkin disebabkan niqabis itu sendiri yang tidak terlalu menjaga apa yang patut di jaga..

sama2 kita renung2kan


copied and pasted from Al-Aliya Qatrunnada

bismillahirahmanirohim...

salam dan selawat buat junjungan besar s.a.w.
subhanallah,alhamdulillah, walaila hailallah allahuakhbar...!
haa... apa khabar iman dan hati..???
sihat tak..???

subhanallah...
pejam celik rupa2nya sudah masuk bulan ramadhan.. so first of all, i gonna say to all of u 'SELAMAT BERPUASA DAN SEMOGA PUASA PADA KALI INI LEBIH BAIK DARIPADA SEBELUMNYA'

macam mana seminggu sudah berpuasa..???
perfect tak..??? ke dah ada yang ponteng2 nie..??? hmmm..??? ^__^

Alhamdulillah...
kasih Allah takkan pernah berbelah bagi untuk hamba2NYA..



teringat hazirah pada bicara seorang sahabat... jika tidak silap hazirah umar al-khattab atau abu bakar as-siddiq.. macam tula.. hazirah lupa... !_!
tapi bicaranya hazirah ingat sangat3..

"aku takut sangat apabila tiada ujian yang datang dalam hidupku kerana aku khuatir Allah tidak memandangku.. dengan adanya ujian, aku yakin Allah sedang memandangku.."

subhanallah... tabarakallah...!

kata2 ini sangat menyuntik semangat kepada hazirah tatkala badan melawan segala arus kesakitan..
ditambah lagi dengan kisah nabi ayub yang tidak mahu mendoakan kesembuhannya kerana kesyukurannya kepada Allah.. ketabahan hatinya... dan hanya berdoa kepada Allah minta disembuhkan selepas dipujuk isteri tercinta dan doanya dikaburkan Allah lalu sembuh dari penyakit yang dideritai bertahun2...


menyambut bulan ramadhan dengan penuh kesyukuran, kegembiraan, keterujaan dan macam2 lagi perasaan yang hadir...
tahun lepas sentiasa diingatkan agar tidak memaksa diri untuk berpuasa jika sudah tidak mampu kerana dikhuatiri penyakit semakin droping.. tapi hazirah tetap memaksa diri untuk berpuasa sehingga ke akhirnya dengan hati yang penuh yakin, usaha, doa dan tawakal pada Allah...
dan al hasilnya, hazirah berpuasa seperti mereka yang sihat tanpa sebarang masalah cuma tidak banyak membantu mama dalam menyediakan juadah berbuka kerana lumpuh yang menjadi teman ketika itu...

dan

alhamdulillah.. for this year, hazirah dapat puasa seperti biasa.. bangun sahur, bantu mama masak, hidang makanan... kejutkan abang2...
sahur pada hari pertama puasa sangat perfect..!
wah3... banyak sangat makan pagi tu.. tak pernah2 makan banyak tapi pagi tu banyak ja makannya... sampai perut rasa sendat.. nak duduk pun rasa penuh perut...(adei...)
teruja sangat dapat puasa..

namun, disangka panas sampai ke petang rupanya hujan di tengahari...
kita takkan pernah tahu apa yang telah Allah rencanakan untuk kita..
kita rasa semuanya ok namun kita tak tahu apa yang akan berlaku pada waktu yang seterusnya...

pagi hazirah masih ok...
bermain dengan si kecil hanis najihah.. dukung dia ke sana ke mari, layan adik kecilnya yang baru berusia beberapa hari.. semuanya masih ok sehinggala melepasi waktu zuhur, badan hazirah mula drop...
terasa lain sangat... kaki tak gagah.. mungkin tenaga semua digunakan untuk melayan si kecil..(i think..)
selepas menunaikan solat dan bertadarus, sementara menunggu pukul 4 untuk masuk ke dapur,hazirah rehatkan badan.. baring2.. dan tidur buat seketikaa..

namun, tidak sampai 10 minit, tidur mula terganggu..
muscle bahu sakit2, sangkar rusuk seperti dicucuk, spine terasa ditarik2...
tak tahu nak ucap macam mana...

hari pertama masih boleh bertahan...
hari ke dua dan seterusnya, keadaan makin drop...
semakin kerap keletihan...

sehinggalah 2 hari lepas,
hazirah tidak boleh membongkokkan badan... terasa bagaikan tulang dipatah2kan...
ketika jemur kain dengan mama, hazirah minta bantuan si kecil hanis najihah untuk hulurkan kain2 pada che sunya..
mujur saja si kecil berusia 2 tahun 6 bulan itu sangat ringan tulang dan cerdik..

apa yang orang minta dia pantas menuruti... dan that's mean dia faham apa yang orang cakap...
kerajinannya agak berbeza dengan kanak2 yang seusia dengannya yang lebih gemar bermain2...
dia sangat gemar masuk ke dapur untuk mengacau periuk, ke kawasan ampaian untuk jemur kain.. kalau angkat kain jemuran pun dia kalut nak angkat juga...

well, she's still a child.. so hazirah yang bagi kain sehelai demi sehelai untuk dia masukkan ke dalam bakul....
she's so brilliant..! dia kemain lagi seronok bila hazirah bagi dia kain untuk dimasukkan ke dalam bakul..

since berpuasa, kesakitan tu makin hmmmmmmmmmm.....
tapi Alhamdulillah... bila solat, pergerakan dalam solat banyak melegakan kesakitan tu walaupun tak lama...
sebab tu hazirah cakap.. dalam hazirah duk melawan harus kesakitan itu, selain cuba membaca selawat syifa', hazirah kenang balik kisah nabi ayub, ketabahan siti maryam, bicara sahabat rasulullah..
semua itu sangat menyuntik semangat kepada hazirah...

pejam mata rapat2.. cuba tenangkan hati walaupun sakit tu rasa bagaikan nak mati je...
istighfar, mengucap, selawat...
pujuk hati ini adalah hadiah yang paling istimewa yang Allah bagi tatkala berada di dalam bulan yang mulia ini...
disamping berpuasa, Allah bagi lagi hadiah untuk jadikan diri lebih tenang dan sabar dalam menghadapi segala kesakitan demi kesakitan....

bila tiba waktu malam, sebelum tidur, teman setia hazirah buka.. 
belek punya belek, terjumpa kembali date di mana hazirah tidak digalakkan berpuasa...
lama hazirah termenung..
cuba mengamati kembali kenapa pesanan itu diberikan sedangkan hazirah begitu yakin mampu dan mampu...

bila bermuhasabah, mungkin pada tahun yang lalu Allah kuatkan hazirah dan sentiasa mudahkan puasa hazirah. namun pada tahun ini mungkin Allah nak tunjuk pada hazirah kenapa hazirah diberi pesanan seumpama itu pada tahun lalu...
subhanallah..!
sungguh..!! kalau hazirah bukan seorang yang tekad dan nekad dalam melakukan sesuatu perkara, pasti sudah awal2 lagi hazirah berbuka semata2 untuk menelan segala bagai ubat untuk menampung kesakitan yang cukup berbisa menyengat seluruh badan...

muscle, tulang semua ada rasa yang teramat2...
baring tak kena, duduk tak kena, berdiri lagila tak kena...
biasanya bila dah sakit terlampau2 macam nie, memang hazirah telan 2,3, bijik painkiller..
walaupun ianya bersifat sementara sekurg2nya ianya melegakan buat seketika..

seorang hazirah yang gemar berjalan laju2, tiba2 jalan selangkah demi selangkah kerana pergerakn demi pergerakan yang mendatangkan bisa setiap kesakitan... kadang2, berjalan bertongkat dinding untuk lawan arus kesakitan... kadang2 pegang spine.. ketuk2 spine.. tampal panaflex banyak2 dekat otot2 tertentu..
semuanya inisiatif untuk mengurangkan sakit...

kesakitan yang dilalui pada kali ini terasa lain sekali..
sangat2 lain sehinggakan hazirah tak tahu bagaimana nak jawab bila sahabat2 bertanya sejauh mana sakit...

dengan keadaan mata yang mungkin kembali neuritis...
namun masih dibiarkan begitu saja...

kakak occupational hazirah sempat menguji mata hazirah 2 minggu yang lalu...
minta di tumpu pada sesuatu namun ianya sangat menyakitkan pada pergerakan mata...
terasa seperti objek itu bergerak2.. kepala terasa nak pecah...
kekuatan jemari hazirah juga drop...

up and down...
sekejap ok sekejap tak...
tapi i take all it as positive thing.. yang boleh membuatkan hazirah muhasabah lagi dan lagi...

dan buat hazirah selalu fikir

"ajalku semakin dekat barangkali..."

peringatan sebegini membuatkan hazirah merendahkan segala pengharapan hazirah terhadap sesuatu...
yang menjadi fokus haazirah adalah hafalan hazirah...
memperingati dengan selancar mungkin..
melakar kehidupan yang lebih menjurus kepada kehidupan akhirat...

hmmmm ^_^
senyumlah... namun, kadang2 saya seorang yang agak degil...
dalam saya menahan sakit, saya masih boleh berlari lari anak kerana emergency.. selepas itu mulala berkerut dahi.. ketap bibir tahan segala rasa yang bertandang...
daaan... dalam hazirah mengalami masalah pengelihatan, hazirah masih boleh drive seperti biasa...he3... (gedikkan hazirah nie..???^^,)

mama sempat mengusik

"berbukala lagi dengan air sejuk.. kamu tahu yang kamu sakit saraf dengan tulang bermasalah tapi kamu berbuka juga dengan air sejuk.. jangan samakan kamu dengan orang lainla... kan dah sakit2.."

!_! !_!
salah diri sendiri.. that's totally correct...!!!!
orang berbuka dengan minuman sejuk, tergedik2 nak air sejuk jugak..
reason..??? dahaga....

pang sebijik....
sengaja cari penyakit... sekarang sendiri buat sendiri tanggung ok...

tapi sungguh hazirah cakap, semua ini cukup mentarbiah diri hazirah...
made myself being more and more and more patient...


seandainya tidak sempat direalisasikan semua impian ini.. Allah lebih tahu apa yang terbaik untuk hamba yang hina ini...



bila sakit2 dah tak manja2 dah...
eh2.. memang tak manja pun.. i mean dah tak minta tolong mama gosokkan...
cuba release dan lalui kesakitan tu sendiri cumanya mama tahula anak dia sdang tahan sakit...
dengan ini, hazirah akan lebih berdikari...

sekurang2nya bila hazirah di takdir Allah untuk melanjutkan pengajian ke tempat yang jauh daripada keluarga terutamanya mama, bila sakit tak adalah terlalu mencari2..
bila dah biasa, everything going to be smooth right..???

tipulah kalau tak ada lintasan bayangan ibubapa bila sakit ketika berjauhan kan..???
mesti ada tapi at least bila dah berdikari semuanya akan lebih mudah walaupun minda di hadiri kerinduan kepada mereka...

sehingga ke hari ini, keyakinan pada Allah yang menguatkan hazirah...

ohyea...
sebelum hazirah menamatkan penulisan hazirah pada kali ini...
Alhamdulilah.. hazirah ingi berkongsi dengan readers semua orang baru dalam keluarga hazirah...
dilahirkan pada 4 julai baru2 ini...
seorang bidadari yang in sha Allah akan memperjuangkan agama suatu hari nanti...

nama: HUSNA ZAKIRAH BINTI YUSRI HERMAN
date born: 4 JULAI 2013
clock : 9.25p.m(kalau x salah)
place : KPJ PERDANA kota bharu
weight: 2.8kg

Ahlan wasahlan sayang..

after hour out of womb
today...!
13 hari dah boleh angkat kepala dan mengiring... so smart..! <3

selamat berpuasa buat readers yang di kasihi Allah sekalian..
semoga sentiasa berada dalam lindungan Allah...






LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...