tinggalkan jejak anda di sini

How Old I am ^_^

Daisypath Happy Birthday tickers

The Age Of MY Opened Dairy

Daisypath Happy Birthday tickers

bismillahirahmanirahim..
salam dan selawat buat junjungan besar nabi muhamad s.a.w.
subhanallah.. moga kerinduan di hati pada KEKASIH yang hakiki berkekalan sehingga ke syurga yang ABADI..


Allah uji tanda CINTA



kai faha lakum..??
lama tak menulis..hu3
aci kan penulis blog ambik cuti dari menulis..???he3.. >.<

hazirah harap, semua readers hazirah nie berada dalam keadaan sihat walafiat belaka..
rindu betul nak menulis..
lama nak menulis namun setiasa ada kekangan..

subhanallah..
tu maknanya, ada masanya Allah tak mengizinkan seseorang itu menulis walaupun blogger tu aktif je dengan setiap penulisan..
kadang2, blog berjalan agak laju.. kadang2 juga sesuatu blog tu kelihatan 'berehat' lama..

Alhamdulillah...
hari ni, masih berkesempatan untuk menulis lagi..
berkongsi dan terus berkongsi dengan readers apa yang lahir dari hati.,.
menulis dengan AIM kerana Allah semata bukan kerana inginkan penghargaan dan sanjungan manusia.. baiki niat ye semua.. insyaAllah.. semoga Allah redho dengan setiap penulisan para bloggers dan novelis..

Subhanallah..!
perasaan hati sukar untuk di tafsirkan.. mungkin untuk post ini, hazirah akan menulis panjang..
ada beberapa perkara yang hazirah ingin kongsikan bersama dan agar menjadi renungan kita bersama..

semoga bersabar ye menghayati penulisan hazirah kali ini...

Alhamdulillah..
baru2 ini, sekali lagi hazirah admitted ward..
optic neuritis of multiple sclerosis punya kerja.. dan suspected leukimia.. >.< mujur dop.. hanya kuman dalam darah and penghasilan darah putih yang terlebih-lebih aktif sehingga menyebabkan keadaan hazirah pucat mayat.. tangan yan menunjukkan seakan-akan tak ada darah, wajah yang putih mayat(doktor cakap pas request untuk tengok.. mujur doktor pompuan yang request.. he3.. lau doktor lelaki, Allah.. memang xla..)


see.. inilah sebab doktor cakap saya tak ada darah merah.. any doctor who read my writing, do u have any comment with my hand..??



cepat je doktor pakar tu cakap

"yus, saya pun putih tau.. tapi cuba awak bandingkan tangan saya dengan awak.. saya ada jugak merah.. awak nie apa.. ada darah merah ke tak awak nie..??"

hu3.. doktor pakar yang agak sporting.. suka benar bergurau.. >.<
hazirah hanya tergelak.. tak tahu nak cakap apa.. sebab i'm not a doctor.. hazirah hanya belajar sikit-sikit saja.. melalui sahabat2 dan pembacaan..

hazirah tidak mengetahui secara praktikalnya..
bukan takat tengok tapak tangan, dan wajah.. bila doktor pakar perempuan cakap macam tu, seorang doktor lelaki yang berada di belakang hazirah request untuk tengok jugak.. >.< (ketap bibir..)
mujurlah ada nurse yang memahami. dia minta hazirah memakai kembali purdah hazirah dan cuba menelitik pada bahagian mata..

tak perlu lihat wajah.. tengok tapak tangan n kulit mata pun dah boleh baca yang saya nie kekurangan darah marah..
since that, hazirah di ambil darah setiap hari..
first day at ward, ambik darah untuk 14 tabung uji.. >.< glurrrp... banyaknya..!
sampai sempat hazirah berseloroh..

"habisla darah saya doktor.."

tapi betul.. after ambil darah, half of my body got numbness.. bahagian kanan badan suddenly jadi lemah.. sampaikan  nak makan, mama yang suapkan..he3..(malu....hu3)
 pi bestla juga.. sebab ibu sendiri yang suap..hu3.. my sister sampai jealous.. last2 dia pun minta mama suapkan dia sekali..hu3

first days admitted ward, actually hazirah hanya mempunyai appointment dengan pakar. tapi tula.. badan hazirah nie main2 pulak.. time tak jumpa doktor, ok je.. tapi, bila berhadapan dengan doktor tiba2 je suhu badan naik mendadak... >.<

pagi tu ok je padahalnya..
mungkin Allah nak hazirah menerima rawatan kot sebab tu ditakdirkan demam panas ketika berjumpa doktor..

jujur, beberapa minggu nie hazirah asyik demam panas tengah malam..
asal masuk tengah malam je mesti demam panas.. sampai sakit dekat semua sendi..
backpain pun boleh tahan.. sampai asyik nak baring je..
asyik nak tekan je dengan tangan kat spine.. asyik nak letak bantal je bila menyandar n baring.. nak bagi backpain tu berkurang..

hazirah langsung tak menyedari akan tahap kesihatan yang makin drop..
doktor melakukan fully check up bila hazirah demam n terus cakap nak hazirah admitted ward agar keadaan hazirah boleh dikawal sebaik mungkin daripada terus drop..

masa tu hazirah berbelah bagi. sebab hazirah ada amanah yang perlu dilaksanakan..
hazirah cuba memujuk doktor pakar tu agar bagi hazirah balik dulu and berjanji akan kembali ke hospital dan masuk ward..
namun, keadan pujuk memujuk berlaku..
hazirah persuade doktor,doktor persuade hazirah..hu3

sampai doktor cakap cegini pada hazirah

"yus, awak nak teruskan amanah awak atau awak nak kesihatan awak makin drop..??"

dengan selamba hazirah jawab

"amanah lebih utama doktor..."

"tapi kesihatan awak makin drop nie.. kalau awak makin tangguh, awak akan makin drop.. amanah tu awak boleh bagi pada orang lain.. masuk ward ye..??"

** terdiam.. berkira-kira seorang diri.. sebab abah tak ada.. abah drop hazirah kat hospital then pergi service kereta.. lagipun hazirah pun memang tak nak abah tunggu sebab kesian dekat abah.. berjam2 tunggu.. tak apa.. bagi abah hilangkan boring menunggu.. ^_^

jadinya, hazirah jumpa doktor bersendirian..
bermain-main dengan jari sambil fikir.. fikir punya fikir, sampai doktor habis tulis report pun hazirah duk fikir lagi..he3 >.<

mahunya di renung mata hazirah.. adei.. saya kalah doktor.. saya kalah..
ok.. masuk ward.. call abah dalam bilik doktor tu jugak.. hu3..
bila abah dah cakap 'ok'.. no reason hazirah, u must go to the ward..!

memangla.. 
masa tu kereta abah duk service lagi..
niela first time urus semuanya sendiri.. dari daftar ward sampailah masuk dalam bilik ward.. >.<
mujurlah ada seorang sahabat hazirah dari shah alam ada datang tidur di rumah hazirah.. jadi, dia menemani hazirah ke hospital. dan dialah yang menemani hazirah mendaftar ward, dekat ward sampai ma abah datang..

sabar je dia tunggu hazirah.. hazirah tidur pun, dia duduk dengan setia di sisi hazirah.. hazirah rasa numbness, dia urut2kan.. tangan hazirah terketar-ketar, dia genggam kuat2.. syukron sayang..! nanti datang lagi ye.. ^_^ <3

maaf ye sebab tak dapat layan na baik2.. tak sangka akan admitted ward.. di luar jangkaan.. ingatkan dah sihat dah.. hu3..
insyaAllah.. pasnie, sihat betul2.. ^_^

sebenarnya hazirah admitted ward nie memang lebih kepada masalah pengelihatan.. semuanya adalah.. 
hazirah suka dengan doktor2 mata.. sebab dorang semua lembut2.. beradab n bertanggungjawab.. hu3..

hazirah rasa lucu..
sebaik saja hazirah menyerah resit pendaftaran ward kepada seorang nurse, nurse tu pantas mengenali hazirah..

"neuritis lagi..??"

hazirah tersenyum.. dia masih mengenali diriku..!hu3.. >.<

hazirah hanya mengangguk.. haa.. nak cakap.. berat hazirah naik tau.. dulu 40kg.. tapi hari first masuk ward, di timbang.. agak2 berapa..??
jeng3.. he3.. ni ha..---->42kg.. ok x..?? ok kan berat nie dengan ketinggian 154cm..hu3.. >.<

masa timbang berat, seorang lagi nurse datang..
dia mengamati hazirah..
pastu dia pun cakap

"dulu, dalam bilik 8 nie ada seorang patient macam awak.. sentiasa pakai purdah.. tapi dia lumpuh.. kesian tengok dia.. nak sembahyang mak dia tolong pakaikan telekung.. bantu dia buat apa2.. masuk waktu je sembahyang.. tak tahu bagaimana dia sekarang.."

hazirah..??? senyum...hu3..

nurse lagi sorang tersenyum.. nurse yang bercakap tu teruskan bicaranya.. dia menanyakan masalah kenapa hazirah admitted ward..

"optic neuritic of multiple sclerosis"..

pastu, terus nurse tu teka.. "ke awak yang lumpuh hari tu..??"

tawa yang di tahan, akhirnya pecah jua.. hu3.. tapi tak adalah nak gelak sungguh2.. cukup sekadar gelak kecil dan senyum.. hazirah mengangguk manakala nurse lagi seorang mengiyakan..

mereka terkejut hazirah dah boleh berjalan.. ^_^

sampaikan bila hazirah masuk ke bilik hazirah pun nurse tu tetap cakap

"saya tak puas hatilah dengan awak.. macam mana awak boleh sihat macam nie..?? padahal keadaan awak teruk sangat dulu..??"

hazirah hanya mampu memandang sahabiah hazirah dan menyatakan KEBESARAN ALLAH dan JANGAN PUTUS ASA.. SENTIASA USAHA UNTUK PULIH DAN TAK BERTAWAKUL SEMATA-MATA..

nurse tu tersenyum.. dia sempat bercerita kepada hazirah yang ada sahabatnya sehingga kini masih lumpuh.. katanya kesian.. masih muda.. dia minta tips hazirah agar boleh diberikan kepada sahabatnya.. hazirah kelu.. tak tahu nak cakap pe.. sebab hazirah tak ada tips apa2 melainkan berdoa,berusaha untuk berjalan walaupun sukar, sentiasa solat hajat,tahajud, hafaz quran dan baca quran, dan sentiasa muhasabah diri..
cuba sentiasa berfikiran positif dan berfikir 'aku masih boleh untuk berjalan seperti biasa'..
tak pernah terfikir untuk putus asa dari kehidupan nie..
sentiasa fikir yang Allah uji tanda sayang.. Allah takkan bagi seandainya diri ini tidak mampu melaluinya..

mata yang memandang menzahirkan simpati kepada hazirah.. namun, bagi hazirah tak perlu untuk bersimpati kepada hazirah..
yes..! most of people have said that i'm young but I had to bear this worse test..

**senyum..

kan Allah dah cakap..

"takkan di uji seseorang itu melampui batas kemampuannya.." (al-Baqarah).. 

just ambil apa yang hazirah lalui sebagai muhasabah diri untuk terus mensyukuri nikmat kehidupan yang antum lalui..
setiap orang, cara hidupnya berbeza.. 

ok.. back to the story..
selepas result pertama darah di keluarkan.. doktor mengesahkan darah hazirah tidak 'cantik'.. mean ada masalah..
katanya kuman.. 

hazirah jadi confius..
kawan hazirah cakap kuman dalam darah normal, tak bahaya tapi doktor yang treat hazirah pulak cakap bahaya..
nak2 dengan kuantiti kuman yang semakin meningkat dari hari ke hari..
and red blood count yang semakin sikit dari white blood count..

hu3..
bior jela.. doktor2, dorang tahula tu.. kan..??
yang pasti, treatment hazirah untuk cronic optic neuritis di tahan sehingga hari ke lima..
doktor mengambil risiko untuk meneruskan rawatan dalam keadaan kuantiti kuman yang agak banyak dalam badan..

ubat anti-biotik di masukkan dalam badan untuk kawal kuman..
kata doktor, jika masukkan ubat rawatan neuritis, kuman akan semakin banyak.. tapi nak atau tak, rawatan tak boleh di tangguh kerana neuritis yang semakin worse dari hari ke hari..

alhasilnya, setiap hari.. tiga kali sehari, bertimbun ubat2 diberikan kepada hazirah.. >.<
dahla ubat besar gajah.. sampai asyik tersedak je bila telan ubat.. sebab besar2 semuanya.. besar tu okla.. yang kecik2 tu, Allah.. pahitnyeeeeeeeeeeeeer..!

sampaikan asyik nak termuntah.. sampai mama standby coklat yang manis lepas hazirah menelan ubat2..

hari yang kelima hazirah di hospital baru hazirah mula di masukkan ubat untuk treat neuritis..
waktu petang.. punyala ganas hazirah nie.. tak sampai sejam pun jarum pasang, dah nak tercabut.. >.< hu3.. hazirah mula masuk ubat tu masa kakak hazirah yang jaga hazirah.. my beautiful sister..!


see.. masa nie pukul 12 malam.. tidurku di ganggu doktor.. !_! masuk ubt dik masuk ubat.. masa nie dose kedua.. tangan dah mula bengkak.. jarum kat tangan pun nampak timbul.. sebab doktor kata, saya terlalu kurus n kecik.. >.< ok.. tengah tahan sakit sebab ubat tu tengah mengalir.. leyh rasa ubat tu berebut2 nak masuk dalam salur darah.. sakit itu penghapus dosa.. ^_^



sebelum tercabut, hazirah cepat2 pergi jumpa nurse..
then al-hasilnya, dia cabut plaster n letak pelekat plastik..hu3.. bila letak pelekat plastik tu barula tahan lama.. tu pun nak tercabut jugak..pi boleh tahanla.. 


what is is..?? niela dia cara doktor masukkan ubat tu.. campuru sodium cloride.. may u imaging, ubat tu di campur dengan sodium cloride nie pun boleh rasa lagi sakitnya, apatah lagi kalau ubat tu je yang masuk withour apa2 campuran.. >.<



dose pertama..
nurse dah pesan

"dik, sakit nie.. tahan ye.."

dengan selamba mengangguk.. hu3.. yus..! please la.. he3.. selambala ingat tak sakit.. ambik tah.. sekali ubat tu di alirkan.. berkerut2 dahi.. ubat disalurkan pada tangan kiri, tangan kanan mengurut tangan kiri sebab sakit.. gosok2 dekat jarum..
boleh rasa ubat tu bergerak naik ke bahu.. Allah.. Allah.. kifarah dosa..!Alhamdulillah..
sampaikan pernah hazirah genggam kuat2 tangan nurse n tersalah menjerit..>.<
sampai nurse gosok2 belakang suruh sabar n tahan kesakitan tu..
memang sakit sangat.. xtahu nape jadi sakit sangat..
tapi Alhamdulillah..
after that treatment, memang banyak sangat perubahan..
perubahan yang positif ye..

memang diakui, bahagian kanan paling teruk.. n kiri Alhamdulillah.. 
kifarah dosakan..??

alhamdulillah..
Alhamdulillah.. 
Alhamdulillah..

AURAT.. AURAT.. AURAT..


aurat.. peliharalah selagi boleh..



why must i repeat that word..??
because, most of patients selalu memandang ringan soal aurat..

kadang2 sedih gak nengok..
pi tak terdaya nak menegur.. cuma mampu berdakwah melalui penampilan diri sendiri je..
cuba untuk menutupi segala aurat sebaik mungkin.. dan sedaya upaya mencuba untuk menjaga..

kadang2, orang akan terpikat dengan cara kita..
bila orang melihat kita menjaga sebaik mungkin aurat, secara tak langsung kita akan menyentuh hati kecilnya..
kan..???

pernah hazirah mendapat persoalan sebegini

"hazirah, berniqab jugak ke dalam niqab..?? nak jaga macam mana..??"

yes my dearest..!
hazirah memang tetap berniqab bila berada dalam ward..
kuatkan hati untuk istiqamahkan apa yang telah kita putuskan..
jujur hazirah cakap,
kalau kita berusaha untuk menjaga aurat kita, Allah akan bantu menggerakkan banyak hati agar turut membantu kita menutupi aurat2 kita..

am i have the prove..??
of course i have..

hazirah boleh ceritakan pengalaman hazirah sendiri..
sepanjang hazirah berada dalam ward, bila nurse ingin mengambil darah hazirah, mereka akan tutup lengan hazirah dengan badan mereka agar tidak di lihat pesakit lain..

pernah satu malam nie, hazirah menarik langsir di bahagian katil hazirah sebab hazirah perlu bukak jilbab dan niqab.. tiba2, nurse tarik.. cepat2 hazirah cakap

"saya tak pakai tudung"

pada peringkat awalnya nurse muda tu cakap "tak pe.."

tapi 2 minit lepas tu dia tutup pintu bilik and tarik sedikit langsir..
"maaf.. aurat.. dosa.."

hazirah tersenyum.. hati bertasbih.. subhanallah..

Allah pandu hatinya untuk turut membantu menutupi aurat hazirah.. suka2.. ^_^

contoh lain pula..
dalam ward baru2 nie, hazirah mengalami numbness.. half body.. berjalan pun slow je macam orang dalam pantang pun ada.. -_-

seorang doktor lelaki di arah untuk menjalan pemeriksaan ke atas hazirah..

erk...

terkebil-kebil hazirah di buatnya..

hazirah gemuruh, doktor tu pun gemuruh..

adei.. doktor oh doktor.. control la sedikit nervous tu sampai jelas ngat nampak tremors doktor.. saya pun tak dak la sampai nampak ketar2..

tapi solute dengan doktor tu.. sebab dia check up hazirah pun tak adalah sampai nak selak lengan baju hazirah sebab nak ketuk sendi2.. and tak ada la sampai nak tengok lutut..
mean berlapikla.. semuanya terjaga..

setiap sendi yang di ketuk semuanya berlapik dengan baju dan kain.. bahagian kaki, berlapik dengan sarung kaki.. cuma bahagian pergelangan tangan sedikit bersentuhan.. dan ketika cuba menguji tahap fokus hazirah jari telunjuk hazirah perlu menyentuh jari telunjuk dia..
nak tengok hazirah boleh fokus and boleh menyentuh dengan tepat tak bila dia mengalih jarinya secara tiba2..

and at that time la, hazirah mula terketar-ketar sebab the doctor asked me to make it in fast..
jujur, tangan hazirah tak boleh bergerak pantas.. tapi, kalau menaip, bolehla laju sebab hazirah memang menaip hari2..hek3

sebenarnya, hazirah tak boleh nak ambil something yang bersize agak kecil..tak boleh nak pegang..
TAPI, bila hazirah melakukan physical treatment, my physiotherapist memang selalu je treat hazirah dengan benda2 kecik.. he3.. insyaAllah.. one day, boleh ambik benda2 kecik tu balik.. nothing impossible right..???

yang penting USAHA.. dan ber TAWAKAL.. bukan TAWAKUL..!

Alhamdulillah.. sepanjang hazirah kat hospital, memang sangat terjaga.. tak satu pun aurat hazirah di lihat doktor lelaki. ^_^ Alhamdulillah.. terpelihara lagi hak seorang suami.. (nakal bunyi..hu3.. tpi sungguh.. nak kena jaga.. kan..??takkanla senang2 nak bagi orang tengok.. tak rela.. tak rela.. sungguh tak rela..! masa buat MRI pun, kena pakai topi saja, leher terdedah(mujur pakai baju hospital lengkap tak pakai baju x-ray yang SEKSA) rasa macam.. macam.. hmmm... sungguh..! namun, berfikirkan ia darurat je walaupun hati berat seperti menanggung berat sebuah gunung..! )

"dan baginda SAW pernah berkata kepada saidina ali r.a.. "janganla kamu melihat paha seseorang, sama ada yang masih hidup mahupun yang telah meninggal.."
(diriwayat oleh abu daud)

dan Baginda SAW juga pernah bersabda : 'jika salah seorang di antara kamu hendak di tikam di kepalanya, itu adalah lebih baik baginya daripada dia menyentuh seorang perempuan yang tidak dibolehkan dia menyentuhnya(bukan mahram)."(diriwayatkan oleh imam tabrani)


woah.. how much cute this baby is..?? <3



kesimpulannya, aurat tu kena jaga betul2..
no matter what, if u do something cause Allah, u will do it willingly..takkan rasa berat dan sukar.. 
keikhlasan akan membatasi semua perasaan tu.. 

hazirah teringat kata seorang doktor wanita.. perwatakannya lembut sangat penuh dengan sifat keibuan.. bercakap pun lembut je dan berlapik.. tak main lepas je.. dia pernah cakap pada hazirah bila melihat hazirah sentiasa bertutup

"teruskanlah tutup aurat.. sakit bukan penyebab untuk awak bukak aurat awak.. teruskan..! doktor bangga ngan awak.." >.<

alhamdulillah.. insyaAllah.. akan sentiasa jaga..

kadang2, saya memikirkan soal keadaan zaman sekarang yang penuh dengan fitnah..
hazirah sentap..
wajah menjadi fitnah kepada tuannya sendiri..

kadang2 hazirah keliru..
berniqab salah, tak berniqab pun salah..
tak tahula.. rasanya kafankan teruslah hazirah nie.. baru tak salah apa2 kot..

sedih sangat.. sedih sesangat.. tapi tak pela.. mama pandai protect anak dia..

benda nie berlaku kat hospital baru2 nie..

mama memahami hazirah.. sebab hazirah selalu pesan dekat mama, if apa2 berlaku pada hazirah, jaga aurat hazirah.. jaga aurat hazirah.. 
once i'm admit ward in i used the niqab, thats mean i would use it.. hazirah ditempatkan dalam sebuah bilik beraircond..
dalam bilik tu, i'm not alone.. ada dua orang mak cik sekali.. seorang kedudukan di sebelah hazirah dan lagi seorang di hadapan hazirah.. kami di pisahkan dengan langsir katil.. mak cik-mak cik nie tak pernah tengok wajah hazirah sebab bertutup..

kalau hazirah berbicara dan bergurau dengan mereka pun, hazirah tak bukak purdah depan mereka.. bila hazirah bersendirian dengan mama je baru hazirah buka.. mama pun tak marah n tak minta buka sebab mama dah faham dah perangai anak dia yang degil nie..

"till one night, makcik2 nie akhirnya dapat tgk jugak.."


masa tu hazirah hanya tersenyum.. namun, tak sangka rupa2nya mak cik-makcik nie punya mind setting terus setting hazirah nie BERCINTA... sedihnya.. bila pula saya bercinta mak cik.. saya tak nak cinta fitnah.. saya nak cinta halal je.. cinta fitnah boleh buat saya sengsara je nanti.. baik cinta halal, boleh buat saya bahagia n tenang lagi..

hazirah tahu lepas mama bercerita..

yang jelasnya hazirah dengar masa hazirah discharge ward.. hazirah ada dalam bilik air sebab nak baiki jilbab.. kadang2 telinger hazirah nie telinger arnab tau.. boleh tangkap..

hazirah dengar salah seorang mak cik tu tanya

"ada orang tak lagi anak tu..??"

mama diam... 

** terdiam.. >.< kenapa...?? kenapa..??? kenapa..???

dalam hazirah terdiam, hazirah tak tahu mama menjawab rupanya.. nie pun hazirah tahu lepas hazirah tanya mama dalam kereta..
mama cakap dia jawab n hazirah tanya mama jawab apa..

jawapan back up anak.. yang pasti, memang mama back up la hazirah tak bercinta.. yeay..! sayang mama..! sesungguhnya memang saya tak BERCINTA..

kenapa ya mind setting masyarakat begitu..?? pelik..! 

masa tu memang terfikir sangat kenapa islam menggalakkan purdah walaupun ia bukanlah wajib..
galakan niqab sebab tak nak wajah menjadi fitnah pada tuannya sendiri.. betul..! sokong..!

yuh.. berniqab yap.. ^_^

ok.. stop pasal nie..

next..! he3..

18 march, tarikh yang sangat bermakna bagi pelajar2 batch akhir STPM..
tarikh di mana result di umumkan..
sebulan sebelum result di umumkan, memang hazirah dah mula resah.. berdebar sampai sakit dada.. kritikal sangatla keadaan kali nie.. setiap kali nak solat, jantung berdegup makin kuat.. sampai sebelum solat tu, hazirah kena duduk dulu sambil menekan dada..

debaran yang cukup hebat..!
asyik terfikir je.. sebab sandaran harapan yang cukup tinggi di letakkan pada peperiksaan besar nie..
impian nak mama abah tersenyum..

tapi Allah tahu apa yang terbaik bagi hamba2NYA>..

malu..??
tidak.. hazirah tak malu untuk menyatakan di sini..
17 hb dan 18 hb.. tarikh hari berturutan hazirah perlu ke hospital untuk melihat perkembangan kesihatan selepas rawatan..

alhamdulillah.. 17hb, result MRI di keluar.. ini kali 4 hazirah melalukan MRI..
Alhamdulillah.. hebat..! doktor cakap otak hazirah hanya ada sedikit saja kelainan pada sisi atas namun pada sisi crossed, symptons MS pada otak cured..! and my brain looked normal..! subhanallah..! hebat..!
17hb nie hazirah berappointment dengan neuro department..

18hb, 
hazirah date dengan ofthalmology department..
sampai kat hospital around 10 am.. tunggu turn ambik no saja sejam lebih.. pi sejam tu tak rasa sebab ada baby boy yang comey dekat depan hazirah... uhhh.. geramnya tengok.. >.< comey betul.. bam2..

at the same time, jantung sentiasa berdebar sebab mata duk tengok jam sokmo mengira detik jam 12 tengahari..
memang hazirah tak dapat ambik result at that day tapi hazirah boleh check through phone..

banyak sangat perkara yang berlaku pada hari yang sama..
selesai mengambil no di bahagian pendaftaran, hazirah melangkah terus ke ofthal department.. mama menemani saja.. dia tahu anaknya sangat berdikari(yeke..??hi3.. tarik pipi sendiri..) jadi di biarkan anak gadis dia nie buat semua sendiri...

well3.. sampai bila nak bergantung kepada mak ayah kan..???
mama dah teman tu pun dah cukup bagus dah tu.. jadi, thing else, i think i should do it myself..! mama menanti di luar deparment sebab orang terlalu ramai.. ramai rupanya ada masalah mata nie.. >.<

menyerahkan buku rawatan, tak sampai 5 minit duduk, nama di panggil and di arah untuk check up sejauh mana tahap pandangan..

di sebabkan hazirah nie going to be 20 in november, mean hazirah nie sweet lagilah.. jadinya, kena mengalah ngan yang lebih tua.. hu3.. (perasan kuat je hazirah nie.. padahal diri sendiri tak kuat nak berdiri lama pi saja.. ego..! hu3.. >.<) kerusi yang ada kat situ, hazirah tak duduk sebab hazirah tengok ada beberapa orang pak cik dan mak cik yang lebih memerlukannya berbanding hazirah..
so, i choose to stand up..! menyandar pada dinding sambil baca buku nie----> nikah muda(hu3.. ehem..)

duk baca2, hazirah di lintasi dua orang mak cik.. adik dan kakak.. tapi pangkatnya dengan hazirah mak and anak..
yang adik menemani kakak.. adik mak cik tu pangkat mak jugak dengan hazirah.. tapi seronok sembang dengan dia mesra..!

dia suka bercerita, dan hazirah gemar mendengar..
tutup buku and layan achik nie cakap2.. pada peringkat i call her as 'kakak' sebab tak tahu umur dia berapa sehinggalah dia tanya umur hazirah..

when i say i was 20 year old.. dia terus bahasakan dirinya 'achik'.. mean mak ciklah..
then dia tanya 'belajar lagi..??'

he3.. nie lagi satu soalan.. he3..
mak cik, mak cik, pak cik pak cik, tok2, wan2,
nak cakap.. pakai purdah zaman sekarang ramai yang dah belajar tinggi.. bukan takat nikah muda , jadi ibu muda and duk umah je.. tapi zaman sekarang nie kebanyakan niqabis belajar lagi.. adei.. ubahla persepsi yang nie jugak.. >.< selalu je dapat soalan " belajar lagi..??" "dah kawen ke belum" hanya kerana pernampilan..

hazirah jawabla soalan makcik tu.. hazirah cakap tengah tunggu result and pukul 12 result akan keluar.. takut sangat.. nak tercabut rasa jantung..

mak cik tu cepat menangkap that is STPM..
mak cik tu cuba tenangkan hazirah yang berdebar..
dia persuade hazirah, how much A's or pointer i got is, life must go on.. approve je.. setiap semuanya telah di tetapkan.. jangan sampai berputus asa dengan Allah hanya kerana tak result cemerlang..

dia juga ada bercerita tentang seorang sahabatnya pada zaman dia mengambil STPM dulu..
sahabatnya itu best student.. setiap kali exam always dapat 4.0.. tapi bila dekat exam, orang lain belajar dia tak belajar.. maybe she's think dia dah pandai kot sebab trial dia 4.0(makcik tula yang cakap.. betul tak Allahua'lam)... tapi 2 minggu terakhir peperiksaan baru nampak dia pulun habis2 belajar..

bila result keluar, semua orang cari dia.. sebab dia pelajar harapan.. orang nak tahu result dia.. tak siapa pun nampak dia till ada orang bagitahu dia duk belakang tandas menangis.. slip keputusan hancur sebab dia kecewa..
kekecewaan dia tidak berakhir di situ tapi dia sampai sanggup mengelar lengan dia sebab nak bunuh diri.. astaghfirullah.. 

terkebil-kebil hazirah dengar cerita achik tu.. terkejut.. sampai macam tu sekali..?? subhanallah..!

masa tulah, hati hazirah mula reda.. berdebar pun tak dalah sampai sakit dada.. 
debaran biasa2 je..

masa tu, otak hazirah ligat berfikir.. 

'aku tak nak jadi macm tu.. tu tak redho namanya.. tak bertawakal pada allah.. putus asa dengan Allah'

tu je hazirah fikir masa tu...

bila hazirah habis buat pemeriksaan pandangan, hazirah terserempak sekali lagi dengan achik tu.. hazirah salam and achik tu peluk erat sangat sambil bisik 'walau berapa pun pointer yang adik dapat, redho je.. terima.. Allah dah tetapkan begitu.. pasti ada sebab kenapa.. lagipun adik sakit.."

hazirah hanya mampu menganggukkan kepala je.. sambil menghadiahkan sebuah senyuman yang terzahir pada mata..

sementara menanti untuk berjumpa doktor pula, hazirah menanti dengan sabar.. tak sekadar menunggu, ada buku di tangan, jadi, hazirah bacalah buku.. namun, mata tak pernah nak statik pada buku sebab kejap2 tengok jam.. kejap2 tengok jam..

sampailah jam tepat pukul 12, rancangan kat tv yang dipasang dah bertukar kepada pengumuman result peperiksaan.. 
glurrpp.. masa tu, hati mula berdebar balik..
tak tahu macam mana nak buat.. dan tak boleh baca buku dah sebab dada mula rasa sakit.. hazirah ambil handset dan mesej cikgu hazirah.. 

hazirah lupa cara check result melalui phone.. jadi hazirah tanyala cikgu..
lama gakla baru dapat respon dari cikgu sebab cikgu yang hazirah mesej tu cikgu yang bertanggungjawab untuk ambil result..

bila dapat mesej balas dari cikgu, hazirah ingat cikgu ajar hazirah cara nak check melalui internet..
rupa2nya, cikgu bagitahu terus pointer hazirah..

terdiam.. segala debaran hilang sekelip mata.. hanya kalimah subhanallah meniti di bibir.. 
masa tu tak tahu nak tafsir rasa hati.. zerro..!
perasaan kosong.. at that time, hazirah terus tanya cikgu cara nak mengulang..

berapa hazirah dapat..?? ok.. i'm only got 2 point something.. Alhamdulillah masih berkelayakan untuk masuk universiti namun dapat atau tak itu rezeki dari Allah..

bila hazirah dapat tahu pointer tu, hati dah nekad dan bulat.. as back up, ambik balik STPM..

malu..??? NEVER..!
buat apa nak malu.. hazirah bukan meniru pun semasa peperiksaan.. i answer all of question with myself without anyhelp from my friends.. 

bagi hazirah macam nie je.. lebih baik dapat rendah asalkan jawab dengan penuh kejujuran sebab di situ mungkin ada keberkatan nak di bandingkan dengan result yang tinggi namun penuh dengan peniruan..

lebih baik dapat rendah daripada seumur hidup tak berkat..

sebenarnya hazirah dah jangka macam akan mengulang sekali lagi je sebab masa tu hazirah down dengan sepaper nie.. hazirah sendiri ada bagitahu cikgu directly..
tapi tak sangka pulak paper yang hazirah down tu dapat elok je..hu3.. >.<
rezeki yang tak di duga..

paper yang hazirah rasa killer semua dapat elok je.. 

masa hazirah down and cakap pada cikgu rasa di hati seperti bakal mengambil kembali je STPM, cikgu hazirah bagi kata2 nie pada hazirah

"gagal sekali tak bermakna akan gagal selamanya.. sebaliknya, sekali gagal ini bermakna awak semakin menghampiri kejayaan.. "

ini kata2 cikgu ketika hazirah down.. dan ini mesej cikgu ketika hazirah bermesej dengan cikgu apabila hazirah menyatakan nekad hazirah untuk mengambil kembali as back up plan..

"kunci kejayaan adalah 'KESABARAN',orang yang sabar akan menjadi manusia yang hebat pada masa akan datang.. kita gagal.. berusaha.. dan gagal lagi.. berusaha..
berkat kesabaran akhirnya insyaAllah akan berjaya.. thomas edison.. menjadi manusia hebat kerana kesabarannya.. beratus kali mencuba akhirnya berjaya mencipta lampu..
rasulullah s.a.w. menyebarkan islam bertahun-tahun dan berapa ramai yang mengikut baginda.. di hina.. di baling batu dll.. rasulullah tak pernah membalas kerana kesabaran.. lihat sekarang macam mana islam berkembang....................(ada lgi tapi yg lakang2 xboleh la letak sini..he3)"

malu..??
buat apa nak malu.. menuntut ilmu tak perlu malu..
lama..?? biarlah. asalkan ilmu semakin banyak yang di perolehi..

apa yang perlu dirisaukan tentang usia..??
bukan Allah pernah cakap tuntutlah ilmu selagi masih ada..

bak kata pujangga 
"tuntutlah ilmu sehingga ke negara china.."

yes..! memang akan mengambil masa yang lama about one year and 6 month.. sebab kami mungkin akan mengulang dengan melalui sistem baru kerana kami pelajar batch akhir yang menggunakan sistem lama.. jadinya, apabila nak mengulang, perlu ambik balik selama setahun setengah..

orang cakap, usia akan tua di sekolah..
TAK KISAH..! asalkan ilmu tu boleh diperbaharui..
ramai je yang bantah hazirah untuk ambil balik kerana tempoh yang panjang..

habis tu, takkan nak berhenti takat nie..?? 
selagi termampu, ingin sekali mencari ilmu dan terus mencari..

dengan result yang hazirah dapat sekarang.. walaupun tak mencapai 3, hazirah dah cukup bersyukur sebab hasil ini adalah hasil pecutan dua minggu terakhir peperiksaan..
sebelum2 itu, hazirah mengalami masalah untuk belajar.. apa yang hazirah pelajari bagaikan aliran air di atas daun keladi..tidak lekat sama sekali walaupun memahami kerana masalah ingatan..

2 minggu terakhir, result sebegini, ini sudah cukup membanggakan.. ^_^
tak kisahla apa orang nak fikir bila tahu hazirah nie result tak cemerlang..

yang penting, hazirah tak menipu result hazirah..
takat ini je rezeki hazirah buat masa ini.. kita tak tahu rencana Allah pada masa akan datang..
mungkin, dengan pointer above 2 tapi bellow 3, peluang untuk ke universiti pada tahun ini agak tipis, namun tiada yang mustahil jika DIA mengizinkan..

sebab tu hazirah nak back up dengan mengambil kembali STPM..
masuk je dulu, belajar dan bila keputusan universiti keluar, kalau dapat pergi, kalau tak dapat teruskan STPM.. and ye, ketika usia 22 baru menyambung ijazah bila sekali lagi menduduki STPM..

tak kisahla orang nak fikir apa bila hazirah ambil balik..kan..??
apa je yang ada pada pandangan manusia.. lagi penting pandangan Allah.. 
so.. tenang je..

semalam, adalah chat dengan sahabat hazirah.. dia minta hazirah renungkan di sebalik perkara2 yang berlaku..
dan terlihat..

pertama-kesihatan hazirah makin membaik sebab walaupun for this time hazirah mengalami cronic optic neuritis of multiple sclerosis, tapi keadaan tu semakin membaik dan membaik sehinggakan ujian yang ingin doktor jalankan kepada hazirah pun terpaksa di batalkan kerana keadaan hazirah yang semakin membaik.. jadi ujian itu tidak dapat di jalankan..

kedua-peperiksaan.. walaupun hazirah mendapat banyak tu. tapi itu dah dikira ok dengan keadaan hazirah yang sepanjang tahun berada dalam keuzuran dan kesukaran.. Alhamdulillah..

aturan Allah dah cantik..!
sungguh..! hazirah langsung tak menangis.. cumanya, bila melihat sahabat2 yang dapat cemerlang, terdetik sedikit rasa hati namun hazirah tahu syaitan sengaja cuba mengusik manja.. (gedik je syaitan nie.. men jauh2..pergi2..)
istighfaar bebanyak.. takut nanti berputus asa dengan Allah..

kita tak tahu maha hebat rencana Allah kan..??

hidup niekan umpama roda..
kejap kita ada di atas, kejap ada di bawah..

semalam, ketika menemani mak saudara kesayangan online, hazirah menyandarkan kepala pada bahu mak saudara(well2..he3.. saya sangat manja dengan adik bongsu abah saya.. >.<) sambil cakap

"m.ti, i feel something when i saw SPM students got their result. they're got excellent but i......."

buat2 muka sedih.. sebab sebenarnya masa tu hazirah baru je sudah tengok berita tentang adik2 SPM nie.. memang betul.. hati rasa lain sedikit ketika.. perlukan pencerahan rohani and my auntie is the best one yang boleh brainwash hazirah...hu3.. cepat je insaf kalau dia menegur.. >.<

and my auntie said

" dunia nie kan ibarat roda.. kejap kkita kat atas, kejap kita kat bawah.. belum niekan biasa duk atas, mungkin sekarang giliran kamu duk bawah pulak.. redho.. insyaAllah.. nanti allah permudahkan urusan.. doa banyak2.."

***lega..he3

sekarang, kesabaran sedang di uji.. sejauh mana redho dengan apa yang Allah berikan..

jujur hazirah katakan, hazirah tak kisah apa pandangan orang pada hazirah.. 
hazirah yakin, rizkum mi nallah.. Allah akan bagi bila dah tiba masanya..

sekarang pun hazirah makin membaik..
Alhamdulillah..
this year, mungkin bermula balik tahun untuk hazirah pulun habis2..
he3.. kalau dapat universiti and dapat sambung degree pada tahun nie, Alhamdulillah.. kalau tak, nak buat macam mana.. semuanya ketentuan Allah..

TAPI, i never stop here but i will continou next n next...

senyum dan tenang... demi redho allah.. bekalan akhirat..! ^_^

dah panjang sangat kowt menaip nie..
ok.. insyaAllah.. next time lak menulis.. he3.. doakan kejayaan hazirah dunia dan akhirat ye..

salam sayang....












LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...