tinggalkan jejak anda di sini

How Old I am ^_^

Daisypath Happy Birthday tickers

The Age Of MY Opened Dairy

Daisypath Happy Birthday tickers
Assalamualaikum...

untuk post ini,ana tidak mahu menggarap terlalu panjang... sekadar pemberitahuan bahawa URL blog Meniti Mencari Sinar CINTA telah ditukar dari http://hazirah-alhafizah.blogspot.com kepada http://hazirah-alhafizah93.blogspot.com..

pertukaran link berlaku kerana ana xdapat bukaq blog nie kerana kecuaian ana semasa mengupdate post terbaru...
mahu atau x,ana terpaksa membuka link baru untuk menjadi satu medan penulisan...
terima kasih kepada semua sahabat2 kerana telah membaca blog ana...
Assalamualaikum w.b.t
bissmillahirahmanirahim...

terlebih dahulu sebelum bait bicara terus menari nari bersama rentak jemari yang lancar berpijak pada papan kekunci , ana ingin memohon seribu kemaafan kepada semua muslimah2 niqabi yang membaca coretan pada kanvas ini yang terasa hati dengan ayat2 yang terlukir pada kanvas yang tidak bernyawa nie..(ayat macam berbelit belit je..^^,)

"dan hendaklah kamu tetap diam di rumah kamu serta janganlah kamu mendedahkan diri seperti yang dilakukan oleh orang2 jahiliyah zaman dahulu dan dirikanlah sembahyang serta berikanlah zakat dan taatlah kamu kepada Allah dan rasulNya. sesungguhnya Allah (perintahkan kamu dengan semuanya itu) hanyalah kerana hendak menghapuskan perkara2 yang mencemarkan diri kamu wahai "ahlulbait" dan hendaklah membersihkan kamu sebersih bersihnya (dari segala perkara yang keji)"


-surah al-ahzab:33



sebetulnya sebelum ini penulis kanvas blog nie mempunyai akaun laman sosial facebook seperti kebanyakan remaja yang len.. tapi kerana masalah tertentu akaun facebook yang mempunyai lebih seribu orang sahabat itu telahpun deactivekan... bercakap tentang sahabat di laman sosial yang berjumlah lebih daripada seribu orang itu,mejoritinya adalah muslimah dan yang dominan di antara muslimah itu adalah niqabi nisa'(gadis berpurdah)...

ana bukan nak cari kesalahan kalian sebenarnya tapi ana berkongsi mengikut pengalaman dan mengikut luahan hati niqabi nisa' yang betol2 menjaga syariatnya..
sewaktu ana masih mempunyai laman sosial itu,pada awalnya ana mengupload gambar ana sbg profile, kerana gambar y di upload sebagai pic profile adalah mempamerkan 'kesolehan' diri,ramai yang add na sebagai friends tanpa perlu ana mengadd mereka...
semakin berjalan waktu,semakin dapat ana perhatikan yang mejoriti yang cuba menjadi sahabat ana di fb adalah golongan muslimin.. yang kebanyakannya sedang menuntut di mesir,jordan dan negara2 para nabi yang len... di samping itu jugak dari pondok2 dan pelajar aliran dari aliran agama dan juga tahfiz...

kerana gambar yang terpamer adalah gambar yng menampakkan 'kesolehan' diri, sampai ada yag berani melamar ana di dalam laman sosial fb nie dan ada yang sampai terlalu obses.. semakin lama ana semakin sedar bahawa memasukkan gambar ke dalam fb adalah satu tindakan yang kurang bijak dan itu seolah2 sengaja merendahkan martabat diri sebagai seorang niqabi...
kerana peristwa demi peristiwa itu,ana menjadi khilaf dan mengambil tindakn untuk memprivtekan semua album dan jugak memadamkan gambar agar tiada yang mampu melihatnya lagi...

selepas itu ana merujuk kepada ustaz ana... dan ustaz kata ana telah berbuat sesuatu yang salah apabila memasukkan gambbar ke dalam akaun sosial macam tu kerana ia akan mempengaruhi diri ana sebagai seorang yang hafaz...
boleh jadi ana boleh terjebak didalam perkara maksiat seperti zina hati dan mata.. apabila ajnabi melihat gambar itu,walaupun gambar tu tertutup rapi dengan aurat yang terjaga,muslimin yang berkeinginan untuk memperisterikan seorang niqabi boleh jadi akan merenung gambar itu kerana perasa hati yang mula teruji dek kerana sekeping gambar...

justeru itu,selepas ana memadam semua gambar ana di dalam laman itu,Allah tunjukkan kepada ana bagaimana rasa kecewanya apabila niqabi nisa' dengan sesuka hatinya memasukkan gambar ke dalam laman sosial tanpa di privatekan gambar itu.. malah sampai ada muslimin2 yang puji melambung tinggi...

sedar ataupun tidak,apbila ada muslimin yang memuji muji keadaan niqabi itu dengan menyatakan

"anti nampak solehah"
"ana menginginkan zaujah seperti ni"
"sejuknya mata memandang"
"tenangnya melihat kamu"

dalam sedar mahupun x,hati niqabi yang mendapat kata2 nie dari seowg muslimin akan menlonjat lonjat gembira kerana diri telah berjaya menarik perhatian ajnabi yang mungkin pada pandangan muslimah itu tergolong dalam kalangan 'soleh'...
oleh itu,mereka akan semakin rancak untuk meng'upload'kan gambar2 mereka semata mata ingin mendapatkan lagi kata2 seperti itu...

malah apabila ada niqabi yang rasa bertanggungjawab untuk menegur silapnya muslimah itu,pada awalnya niqabi yang ditegur seolah olah mampu menerima teguran itu tapi pada hakikatnya hatinya langsung x terusik walaupun muslimah yang menegur itu mengatakan "martabat anti menjadi rendah apabila mempamerkan dengan sengaja"...

itulah hakikat kehidupan sekarang.. ramai yang mula tergerak untuk berniqab tapi sedarkah mereka apa tujuan niqab yang sebenar...????
berniqab sekarang nie bagaikan menjadi satu trend dan ikutan bukan dipakai kerana ingin mngelak daripada di pandang ajnabi...

adakah kalian berniqab kerana ingin dipandang sebagai muslimah solehah...???
adakah kalian berniqab kerana ingin menarik perhatian ajnabi soleh..????
adakah kalian berniqab kerana mahukan pandangan yang bek di kaca mata manusia..???

seandainya kalian menjawab ya untuk semua soalan di atas,sebaiknya kalian jangan meneruskan niat kalian untuk berniqab kerana kesannya akan menimpa sama mereka yang berniqab kerana Allah S.W.T..

tindakan kalian akan membuatkan pandangan negative masyarakat kepada golongan yang berniqab..

"dan apabila kamu ingin meminta sesuatu daripada isteri2 nabi,maka minta di sebalik tabir"
-Al ahzab-

firman diatas merujuk kepada para sahabat... perkataan 'isteri2' nabi merujuk kepada semua wanita yang ada.. ingatlah wahai muslimah sekalian,kalian x sepatutnya mempamerkan diri kalian kerana apabila ia dilakukan dengan sengaja semua itu akan jatuh hukuum HARAM...

inginkan kalian seandainya ada adam yang tewas kerana kalian..????
inginkah kalian seandainya keimanan mereka tergugat dek melihat dan menatap gambar kalian dengan penuh minat..????

pastinya xnak bukan..???
seandainya xnak,kenapa perlu mempamerkan gambar solehah kalian di dalam laman sosial dan sebagainya..???

fikir2kanlah jauh kehadapan duhai niqabi sekalian...
apabila kalian tersedar dari mimpi ini,kalian akan terasa sangat menyesali tindakan kalian ini...

duhai niqabi sekalian,
ana ingin berkongsi pendapat seorang ustaz ana yang sangat soleh orangnya...
Alhamdulillah beliau telah dikurniakan seorang zaujah yang sangat solehah kerana kesolehan dirinya...
ana berbincang panjang dengannya tentang niqabi nisa' sekarang dan bagaikan berteka teki beliau tanya kembali kepada ana..

"antara permata yang terdedah dan permata yang tersembunyi,yang mana anti nak beli..???"

xberfikir panjang,pastinya ana menjawab permata yang tersembunyi...
bila ana menjawab sedemikian ada sebaris senyuman terukir di bibir ustaz dan zaujahnya...
lantas dye menjawab

"seandainya itu jawapan anti,begitu jugaklah jawpan kami"

ana bagaikan terpinga pinga.. xmampu menangkap mksd bicara ustaz ana masa tu...
bila dahi ana kelihatan berkerut2,us dan zaujahnya mampu  meneka yang ana masih x mampu memahami lantas us terus bersuara

"permata yag terdedah sering dilihat owg manakala permata yang tersembunyi sangat sukar dilihat owg.. maknenya permata yang tersembunyi itu sangat tinggi nilainya berbanding permata yang terpamer... justeru itu permata yang terdedah dengan pemata yang tersembunyi boleh dikaitkan dengan niqabi yang mempamerkan diri dengan sengaja dan yang sangat menyembunyikan dirinya..
niqabi yang mempamerkan dirinya dengan sengaja seperti didalam laman sosial itu dirinya sendiri sebenarnya telah membuatkan ajnabi yang betul2 menjaga imannya menganggap nisa' itu tidak begitu bernilai walaupun berniqab sebaliknya walaupun mempunyai akaun sendiri namun dirinya x pernah dibiarkan terpamer di dunia realiti apatah lagi di dunia maya,itulah permata dan nisa' yang sangat tinggi nilaiannya... mungkin ya akan ada yang menyatakan mereka 'solehah' tapi sbagai seorang muslimin,ana tahu bagaimana hati muslimin tu berbicara..percayalah,lebih baik tersembunyi daripada terdedah kerana kelak nisa' yang tersembunyi itulah yang menjadi idaman semua muslimin daripada yang terpamer.. mana ada muslimin yang inginkan seorang zaujah yang suka menonjolkan diri kerna bagi setiap muslimin seandainya zaujahnya terlalu menonjol,kelak hati mereka sendiri akan sengsara kerna si jantung hati mempunyai ramai peminat...  dan ingatla, seandainya berniqab tapi mempamerkan diri sesuka hati tanpa memikirkan kesannya,mereka itu bukanla golongan muslimah sebaliknya perempuan.. fahamila perempuan dan muslimah adalah dua kelompok nisa' yang berbeza... kalau x berniqab dan x berjilbab labuh tapi dye jaga apa yang telah islam tetapkan,nisa' itu tergolong dalam kelompok muslimah tapi seandainya berniqab,berjilbab labuh semuanya jaga kecuali suka mempamerkan diri di hadapan khalayak terutamanya di laman maya,nisa; itu sudah pun tergolong dalam kalangan perempuan sahaja bukan muslimah yang dinyatakan..."

apabila us selesai berbicara,hati ana bagaikan di sentak.. bagaikan ada manik2 jernih mula menakung di persisiran 'pantai'..
YA ALLAH... begitu rupanya.. terasa sangat insaf dan begitu khilaf...
Allah telah menyedarkan ana sebelum ana hanyut diulik bisikan syaitan yang terus membisik dan meracuni anak cucu cicit adam dan hawa...

dengarilah duhai anak2 solehah....
muhasabahkanla kembali apa tujuan kalian berniqab...
sedih ana melihat gambar kalian terpampar begitu sahaja..
gelisah ana pabila ada muslimin yang memberi bicara....

dengarilah wahai mujahidah..
tiada guna diri terpamer cantik dihadapan masyarakat tapi x cantik di hadapan Allah...
pandangan manusia sekadar di dunia tetapi pandangan Allah membawa kesyurga.. renung2ilah...

akhir qalam dari ana sebagai seorang hamba Allah yang dhoif, maafkan ana seandainya bicara ini mengguris hati.. maafkan ana seandainya bicara ini terlalu lancang.... tujuan ana hanya ingin kalian berfikir panjang... kalian sebenarnya merendahkan martabat diri kalian sebagai niqabi kerana mempamerkan dengan sengaja.. kalian seorang gadis,sepatutnya ia di jaga rapi bukan di dedah sesuka hati... seandainya kalian seorang zaujah,ana xkisah kerana hak kebenaran untuk mempamerkan itu ada pada zauj kalian.. dan renungilah sedikit sebanyak bicara ustaz ana.. mahukah kalian tergolong didalam kalangan berniqab tapi bukan muslimah..???
 renung2kanla...

Ingatan tulus ikhlas dari ana : Srikandi Khalilullah(Hazirah Al-Hafizah)

buat sahabiahku humaira' maaf kerana lambat memberi responed untuk persoalan yang humaira' kemukankan kepada hazirah... lantaran diri yang selalu menghadapi kekangan,tiada kesempatan untuk melampirkan curahan yang baru...


humaira' ku sayang,
hazirah akan ceritakan dari awal hingga akhir bagaimana hazirah boleyh kenal A,berkawan dan membimbing dye... 

kisahnya bermula disini.. masa itu kami berada di tingkatan empat.. kawan hazirah datang kepada hazirah dan meluahkan masalahnya pada hazirah.. kawan hazirah dye comey,dye cakap yang A datang nak kawan dengan dye tanpa dye tahu apa tujuan A yang sebenarnya.. mereka berkawan macam biasa.. tanpa hazirah sedar kawan hazirah ada cerita dekat A tentang hazirah.. malah gambar hazirah tanpa purdah jugak pernah di tunjuknya pada A.. pada posted "muslimah berniqab" hazirah ada nyatakan yang hazirah x pernah tunjuk wajah sebenar hazirah pada A tapi secara tulusnya A pernah tengok wajah hazirah melalui gambar dari kawan hazirah sendiri.. masa tu hazirah memang xtahu.. hazirah tahu selepas A berubah.. pengakuan jujur dari A dan kawan hazirah sendiri.. ape pun hazirah x marah sebab A bukan rijal yang hazirah segan seandainya wajah hazirah diperlihatkan tapi A adalah seorang nisa' jadi sebab tulah hazirah x marah n husnuzhon jew...

ok.. kawan hazirah datang pada hazirah dan cerita segalanya pada hazirah dan minta hazirah tolong dye.. dye xnak terlibat dengan percintaan sejenis..  dye cakap A awakan tertarik dengan hazirah selepas segala perwatakan hazirah  telah diceritakan kawan hazirah padanya dan gambar hazirah pun dye dah tengok.. sahabiah humaira' yang humaira' nyatakan pada hazirah mencari sinar untuk kembalikan..?? tetapi A x.. dye di awang2an.. dye xnampak sedang mencari sinar untuk kembali pada landasan sebaliknya dye seperti terus hanyut dan hanyut memandangkan sahabat2nya ramai dari golongannya.. walaupun sahabiah hazirah hadir sebagai sahabat sebelum nie,ia x mampu mengugat hatinya supaya berubah malah siap ajak sahabiah hazirah bercouple dengan dye lagi.. sahabiah hazirah dah xsanggup n katanya dye dah xkuat untuk terus bersahabat dengan A lantas A disuruh menghubungi hazirah..
pagi sebelum A hubungi hazirah, kawan hazirah dah bagutahu hazirah siap2 yang A akan hubungi hazirah bila2 masa... hazirah menanti dengan tenang.. cuma haz rasa berdebar jugak nak jawab panggilan dari A.. pertama kali A hubungi hazirah adalah di saat hazirah sedang bercuti.. bila satu no naik pada petang tu,hazirah rasa hazirah tahu tu sape.. dan apa yang hazirah rasa dalah betul.. petang itu A yang hubungi hazirah.. hazirah pada awalnya keliru nada apa yang harus hazirah guna sama ada tegas seperti hazirah bercakap dengan rijal atau lembut seperti hazirah berbicara dengan nisa' ataupun usrah.. lastly hazirah menggunakan nada lembut.. 


tersenyum hazirah dibuatnya.. responed A menghiburkan hati.. hazirah tahu waktu tu hazirah berdepan pelbagai risiko.. tapi hazirah decide,demi Allah hazirah akan teruskan sehingga berjaya.. perkataan pertama yang A kuarkan sebek hazirah bersuara adalah "lembutnya suara awak.." masa tu hazirah hanya tersenyum lantas bertanya khabar dengan A.. A se akan2 segan dengan bicara hazirah.. katanya hazirah terlalu lembut.. ntah.. hazirah pun xtahu hazirah lembut macam mana.. hazirah rasa hazirah dah jadi diri hazirah seadanya hazirah x suka jadi owg len kerana bagi hazirah itu hypokrit semata..

dari bicara, A nampak agak x sopan sebagai nisa'.. dengan hilai tawa yang xde batasannya dan carany bercakap seperti tidak beradab.. apa pun hazirah x pandang negetif.. husnuzhon.... mungkin A dah biasa begitu.. tapi di saat berbicara dengannya, hazirah ada tegur caranya ketawa 


"A,anak dara x elok ketawa macam tu".. 

A terus senyap n 

"cakap susahlah nak ketawa macam perempuan.. saya biasa ketawa macam nie.. lagipun saya x suker laki.. saya suker pompuan jew..'

ayat nie membuatkan hazirah telan airliur.. hazirah berdepan dengan risiko dye jugak x mustahil akan ajak hazirah couple.. apa2 pun husnuzhon dahulu... yakin diri kuat dan yakin diri xkan dipengaruhi oleh A..


bila hazirah kembali ke sekolah,sahabiah hazirah semua dah tahu tentang persahabatan hazirah dengan A,mungkin tahu daripada kawan hazirah yang minta hazirah bantu dye.. sahabiah hazirah semuanya x suka hazirah dekat dengan A sebab katanya dowg xnak hazirah 'rosak'.. dowg xnak hazirah berubah menjadi seorang yang di laknat Allah.. waktu tu hazirah xtahu apa nak jawab.. hazirah hanya bagi sebuah senyuman pada sahabiah hazirah agar mereka memberi sokongan kepada hazirah bukan satu halangan seperti ini.. ini demi islam dan demi anak adam..

selepas dari tu, hazirah dapatkan nasihat dari ummul hazirah yang merupakan ustazah yang paling rapat dengan hazirah dekat maahad..

"ummul,apa pandangan ummul seandainya hazirah bersahabat dengan sowg yang mempunyai hati yang songsang..??"

ini soklan hazirah pada ummul masa tu..

" seandainya hazirah kuat,hazirah teruskan untuk bimbing dye,tapi seandainya hazirah x kuat n xyakin mampu,ummul sarankan hazirah jangan teruskan..." 

jawapan daripada ummul membuatkan hazirah termenung.. pada malam itu, sebelum hazirah kembara ke alam mimpi yang tenang,hazirah beristikharah moga dapat petunjuk yang terbek,dan dini hari hazirah bangun qiam seperti biasa dan dihadapanNya hazirah berfikir dan meminx petunjuk.. lama hazirah bertafakur di atas tikar sejadah memikirkan yang terbek... akhirnya ketenangan hati hazirah dapat yang hazirah kuat untuk teruskan.. jadi hazirah teruskan.. bila berhadapan dengan sahabiah hazirah,hazirah bagitahu apa yang dah hazirah decide.. mereka memang masih membangkang tapi apa2 pun dowg fikir kehadapan dan cakap dekat hazirah yang mereka sokong hazirah dari belakang..

humaira' ku sayang,
untuk pengetahuan humaira',hazirah dengan A jugak duduk berjauhan.. berselang beberapa daerah dari tempat hazirah belajar.. jadi kami banyak bermesej.. A slalu panggil hazirah 'sayang',hazirah berdebar jugak.. tapi hazirah husnuzhon dulu sebab hazirah sendiri selalu panggil adiq2, sahabiah dan kakaq2 dengan panggilan 'sayang'.. hazirah jugak ada panggil A sayang.. tujuannya ingin menyemai mahabbah di dalam persahabtan yang terjalin kerana Allah bukan kerana ingin menyemai cinta bagi hubungan sejenis.. hazirah tahu itu semua adalah dilaknat Allah dan hazirah xnak di laknat...
lama hazirah bermesej dengan A, hingga satu hari nie hazirah call A memandangkan celcom amat 'bermurah' hati bagi kreadit panggilan percuma waktu tu.. waktu tu hazirah di asrama... sahabiah yang len semua kuar untuk ke pasar malam berdekatan tapi hazirah malas nak kuar masa tu sebaliknya hazirah ambik peluang untuk call A..


sewaktu bersembang dengan A.hazirah cuba menggali sedikit demi sedikit rahsia hati A.. bermula dengan


'apa pandangan A tentang muslimah berjilbab labuh..??'

'nur nak saya nilai nur atau muslimah2 yang berjilbab yang len.."

"pandangan A tentang muslimah berjilbab labuh bukan nu..'

hazirah xnak dye bagitahu penilaian dye tentang hazirah sebab hazirah tahu apa yang dye nilai hazirah melalui kawan hazirah...

"bagi sayakan wak, xde beza pun yang berjilbab dengan x nie.."

"sebab..??"

"sebab kalau nur nak tahu,umah sya dekat dengan sebuah maahad tahfiz.. sowg pernah tau ajak saya couple dengan dowg..bukan saya yang ajak p dowg yang ajak..?? tu bukan kew dah terbalik dah namanya tu.. dowg kata saya comeylah wak sebab tu dowg nak couple dengan saya.. tapi saya x kata awak pun sama tapi x mustahilkan..??"

terkesima hazirah dengan jawapan A masa tu.. hurm.. x sangka laq ada jugak yang hafaz quran jadi terpesong.. hurrmmmmm.. apepun hazirah x salahkan A atas persepsinya mungkin dye bagitahu mengikut pengalamannya jadi husnuzhon adalah yang terbaik....

hazirah bermesej dengan A dikala hazirah free.. memang x dinafikan A sering menghantar sms pada hazirah x kira waktu tapi hazirah xmampu membalas semua sms dye cuma ada kelapangan waktu,hazirah akan balas mesej dye.. setiap kali mesej hazirah akan berselang selikan dengan agama.. hazirah banyak bagitahu indahnya hidup dalam cahayaNYA.. tenang sangat... n hazirah kerap jugak cakap dekat dye yang hazirah dah xnak dye simpan rambut cam laki, xnak dah tengok dye berpakaian macam laki n nak sangat tengok dye berbaju kurung n bertudung...
hazirah bagitahu berulang ulang sehingga A pernah cakap yang dye jemu bila hazirah duk sebut sokmo.. 

tapi hazirah x putus ase.. hazirah cuba dan terus cuba.. 
satu hari nie A bagi tahu hazirah yang dye nak jumpa hazirah.. dye cakap dye yang akan datang dekat dengan kawasan hazirah belajar bukan hazirah yang pergi dekat dye.. hazirah berdebar jugak.. xtahu nak decide camne.. hazirah minx waktu sehari untu berfikir..

malam tu sebelum tido, sahabiah satu dorm dengan hazirah semuanya berkumpul atas katil hazirah.. rasanya penuh katil..hu3.. hazirah duk tengah2.. dowg fokus dengan setiap butir bicara hazirah.. hazirah cerita dekat dowg tentang pertemuan yang A harapkan.. 'twins' hazirah yang hazirah namakan B dan N sarankan hazirah menerima jew ajakan tu dan dowg akan temankan.. sahabiah yang len jugak bersetuju.. akhirnya setelah berbincang 6 owg yang bersetuju untuk ikut sama.. 

kami berjumpa di satu tempat yang agak strategik..he3..
ramai owglah.. sahabiah hazirah bila dah sampai ada yang berbunyi sebab takut owg pandang negatif pada kami tapi hazirah yakinkan dowg Allah ada bersama kami..insyaAllah xkan terjadi apa2 n owg xkan pandang negatif pada kami

dari jauh hazirah dapat lihat A sedang bersantai atas moto jew dengan sahabat2nya.. jujur, A xtahu hazirah seowg gadis yang berpurdah justeru kehadiran hazirah bersama beberapa owg sahabiah hazirah yang sebahagiannya jugak turut berpurdah menghadirkan beberapa garisan kerutan pada dahi A yang jelas terkejut.. dye xdapat mengesan yang mana satu hazirah msa tu... hazirah tampil dan menghulurkan tangan untuk bersalaman dengan dye lantas dirinya hazirah tarik kedalam pelukan sebagai saudara seislam dan muslimah..

A nampak terkejut dengan tindakan hazirah memeluk dye.. apa2pun hazirah x kisah apa owg nak fikir.. lagipun hazirah peluk seowg nisa' bukan rijal..!
kalau owg tengok A dengan sekilas pandang, A memang nampak macam laki,tapi bila ditilik betul2 dye sebenarnya seowg nisa'..
kami berjalan beramai2.. sahabiah hazirah memang secara jujurnya dowg nampak x selesa tapi berpegang pada tali persahabtan, kami tetap bersama...


hazirah berjalan bersama dengan A.. terkadang ada jugak tangan A hazirah pegang.. hu3.. memang cari penyakitkan hazirah nie.. apa nak buat.. hazirah xnka dye janggal dengan hazirah... hazirah nak dye rasa yang diri dye seowg nisa' bukan rijal...!


balik dari pertemuan tu, A hantar mesej(masih tersimpan dalam phone lama)(copy n paste jew nie) berbunyi begini


" saya xtahu awak berpurdah.. awak xcakap.. dan saya x sangka awak len dari y len.. lembut awak berserta dengan perbuatan dan suara.. awak pandai melentur owg.. saya x sangka awak seberani tu.. awak berani pegang tangan saya.. awak berani peluk saya.. malah pelukan awak sangat erat bagaikan xde kejanggalan dalam diri awk dgn owg mcm saya.. kalu puan len dowg x seberani awak termasuk kawan awak dulu... saya rasa  macam nak ikut jew cakap awak lepas jumpa awak... best jew tengok cara pemakaian awak n perbuatan awak.. tenang sangat.."

mesej A malam tu membuatkan hazirah tersenyum kesyukuran.. hazirah mula nampak sinar yang A masih boleyh di bimbing dan di bentuk... 
tapi tulah.. terkejut pun ada.. selang beberapa hari, A bagitahu hazirah yang dye 'mencintai' hazirah...fuuh.. parah nie... tapi hazirah xnak mengundur lagi sebaliknya hazirah khabarkan pada A yang hazirah xboleyh membalas perasaan tu sebab secara jujur hazirah xnak dilaknat Allah.. perkataan di laknat tu hazirah besarkan dalam mesej yang hazirah bagi dekat A.. hazirah hanya cakap yang hazirah boleyh mencintai dye tapi hany sekadar sahabat dan saudara seislam bukan sebagai 'kekasih'..
lepas dari tu, A macam melarikan diri dari hazirah,tapi hazirah xpernah cuba untuk berputus asa sebaliknya hazirah terus mencuba untuk menghubungi A...
setiap kali hazirah hantar mesej dekat A,hazirah bagi dalil2 dan hadis berselang seli... sehingga ia tertanam didalam hati A..
sehinggalah A hantar lagi satu sms dekat hazirah yang hazirah posted dekat posted 'muslimah berniqab'..
dye hantar gambar dye bertudung dan berbaju kurung menampakkan wajah keperempuanannya yang cukup comey dan ayu.. masa tu xde apa yang dapat hazirah lakukan melainkan bersyukur dan terus bersyukur seterusnya berdoa moga A terus beristiqamah...
Alhamdulillah.. untuk pengetahuan humaira' A sekarang telah pun masuk kew sebuah pondok untuk mendalami agama.. baru2 nie hazirah ada jumpa dye.. ALHAMDULILLAH... dah berjilbab labuh dan berjubah.. spm baru nie pun dye dapat result yang cukup cemerlang.. hazirah ada tanya nak sambung mana tapi katanya dye nak kekal di pondok.. dye nak dalami ilmu agama sehingga ia betul2 sebati dengan dirinya... dye nak ke bumi para nabi katanya untuk mencari lagi ilmu agama dan beristiqamah dengan apa yang ada...

semasa hazirah jumpa dye, dye menangis teresak esak sambil peluk hazirah.. dye cakap dye betul2 insaf.. dye cakap Allah masih memberinya kesempatan untuk dye bertaubat sebelum dye kembali padaNya..
dye ada jugak cakap yang hatinya kini tenang sekali.. tidak seperti dulu sewaktu dye tersasar...
dye syukur dapat hidup dalam cahayaNya..
kat sini,hazirah nak pesan dekat humaira'
yang utama sekali humaira' mesti kuat.. walau apa pun yang terjadi humaira mesti kuat... hazirah dulu pernah dihina dan dicaci angkara fitnah yang menyatakan hazirah bercinta dengan A,memang hazirah menangis jugak sebab terasa sakitnya apapun hazirah serahkan pada Allah.. hazirah yakin hazirah ada ALLAH... kerana itu hazirah masih mampu berdiri walaupun terkadang masih ada goyangnya...
humaira' kene cuba tarbiah kawan humaira' melalui sms seandainya kalian berjauhan..
humaira ku sayang,
ingatlah perbuatan. perwatakan dan pemakaian yang terjaga secara tidak langsung boleyh berdakwah.. seandainya ada owg terpengaruh dengan tingkah,pemakaian dan akhlak kita dan ingin jadi macam kita jugak, kita dikira berdakwah dan pahalanya jugak akan kita perolehi.. insyaAllah...
oleh tu,seandainya ada kelapangan teruskan berhubungan dengan kawan humaira.. bgi dekat dye kata2 tentang islam agar tertanam di dalam hatinya bahawa islam itu indah dan indahnya hidup dalam cahayaNya..

pondok yang sesuai ye,hazirah x tahu sangat cuma nie yang hazirah senaraikan..
-pondok kubang bujuk manir terengganu
-pondok pulau manis kerteh
-pondok syeikh malik terengganu
- pondok pasir tumbuh kelantan
-pondok lubuk tapah kelantan
-pondok seligi kelantan
-pondok geting kelantan
-pondok tunjung kelantan
-pondok beta hilir kelantan

paling bagus pondok pasir tumbuhlah.. pondok tunjung laq tyme cuti jew ada program...
 
decide yang mana yang terbek.. humaira, nak berdakwah nie banyak caranya tau..hazirah doakan 
humaira' berjaya mentarbiah sahabiah humaira'.. ^_^ 

malam yang sepi bertemankan bunyian cengkering manghaburkan kedamaian bunyi. 
purnama menjelang di saat awan mendung berarak pergi. mungkinkah hujan x kan jadi untuk menurunkan rintiknya..?? jendela kamar ku kuak agar mampu ku mencari penghias  langit yang hitam.. mencari penghias malam yang membuatkan aku terfikir dan termenung buat seketika.. ku merenung

jauh,apakah akan berlaku pada keesokan hari pabila malam mula berlalu pergi..?? bila bersendirian di dalam kelam malam di saat yang lain masih lena dibuai mimpi2 indah mungkinnya hatiku berteka teki dan mungkin bermain dalam silang kata takdir azali yang x aku ketahui.. kenapa harus dia,dia, dan dia hadir..?? hadir membawa kekeliruan dan kegusaran di hatiku ini..kehadiran yang xpernah aku kehendakinya apakah lagi mencari..tidak pernah sama sekali terlintas di fikiranku untuk berbuat demikian... siapakah yang sebenarnya yang selama ni wujud di alam mimpi lantas menghulurkan tangan dan memimpinku untuk berjalan di atas jalan lurus dengan penuh tabah dan sabar,.???apakah benar dye orangny..???ataukah ia sekadar bayangan di antara 7 wajah yang telah Allah tetapkan hampir sama..?? namun memang x mampu ku halang pagi pastikan menjelmakan diri bila mentari mengamit pergi dan membawa sinaran pelangi indah.. kenapa hati yang sentiasa tenang ini harus di gugat begini..?? gundahnya hanya Dia yang tahu pabila dia,dia dan dia yang x pernah ku undang hadir mempamerkan diri.. bayangan sedih mula menjadi teman apabila diri mula kehilangan keyakinan yang pernah hadir sebelum ini dan mengharungi dugaan Ilahi ini.. sesungguhnya hanya DIA lebih tahu segalanya...


aku keliru,keliru bermain dengan teka teki ini... ntahkan mengapa.. kerana hadirnya mereka tanpa di undang dan menghaburkan segala kegusaran dan kekeliruan kedalam hati kecilku, aku semakin cuba menolak golongan yang  berlawanan jantina denganku jauh dari hidupku sehinggakan aku mula bertindak 'kejam' dengan melepaskan segala perasaan benci,marah dan geramku kepada seorang insan yang x pernah buat apa2 kesalahan pada diriku ini... betapa aku kejam kerana  tidak bertindak adil ke atas seorang hamba Allah.. kenapa mesti begini..?? kenapa aku mesti jadi begini..??? kenapa kesalahan segelintir yang lain hatiku menghukum kesemuanya...! Allahurabbi..


xpernah ku pinta untuk jadi begini.. aku hanya pinta hatiku terpelihara.. tak juga ku pinta untuk membenci golongan yang berlawanan jantina denganku kerna ku tahu apa padahnya.. namun.. aku tahu hidup itu akan sentiasa di uji.. mungkin ya hatiku mampu ku jaga tapi pasti akan hadirnya ujian demi ujian demi menguji tahap kkuatan hatiku untuk terus bertahan.. benarla kata orang apabila usia semakin menginjak dan terus menginjak yang paling diuji adalah hati.. hati diuji untuk melihat betapa ia mampu bertahan ataupun akan tewas di pertengah pendakian kew puncak ke bahagiaan yang di redhai Allah... hampir berminggu aku kekeliruan dan kegusaran.. ntah apa kah yang harus ku lakukan demi menghilangkan kegusaran ini...

soalanku padamu wahai anak adam,
adakah salah segala tindakanku..??? adakah salah seandainya aku menolak..???  kenapa mesti memusuhi aku sebegini rupa di atas langkahku yang telah ku pilih..??? betapa hatiku akan menjadi gusar tatkala aku mengetahui ada yang cuba memusuhiku dan membenciku di atas langkahku.. tahukan kalian kenapa aku bertindak begini,..??? tahukah kalian..??? semestinya xkan..?? seandainya kalian tahu,kalian xkan memperlakukan aku begini...! kalian pastinya akan menerima dengan hati yang penuh redha.. adakah kalian yakin dengan janji2 ILAHI.. kalau kalian kata ya bermakne kalian bohong..! kalian menipu diri kalian sendiri sebenarnya.. hanya bicara kalian sahaja yang memberitahu kalian percaya dengan janji Ilahi tapi hakikat sebenar perbuatan kalian tidak menggambarkan yang kalian percaya dengan janji ILAHI..! kenapa kalian sengaja ingin mengugat ketenangan ini,.. satu persatu yang kalian timbulkan..
telahku pertegaskan di antara dua kasih di antara cinta kalian dengan cinta yang ESA,cintaNya yangku pilih sejak azali lagi.. ! kerana dengan mendapat cinta yang ESA,segalanya akan ku perolehi selepas itu..! kenapa x kalian jugak memilih cinta yang ESA..???!


tahukah kalian dengan perbuatan kalian aku semakin takut dengan kalian,..?? tahukah kalian dengan tingkah kalian,kalian membuatkan perasaan fobiaku pada golongan kalian semakin bertambah tebal..! tahukah kalian..???  di saat aku cuba mengawal perasaan takutku pada golongan kalian,kalian hadir menambahkan lagi perasaan takut itu sendiri... 



Allahurabbi..
syukur kepadaNya kerana telah mendengar segala rintihan hatiku...
hatiku didalam kekeliruan Dia hadirkan seorang insan yang cukup memahami keadaanku iaitu kakak iparku... selepasku mengadu padaNya,hati ku digerak oleyhNya untuk mengadu kepada kakak iparku..sesungguhnya aku memang seorang pendengar yang setia tapi x ditakdirkan untukku menjadi seorang pencerita yang baik kerna sejakku kecil,aku lebih memilih untuk menyimpannya sendiri kerna dari dulu aku khuatir sekali seandainya setiap curahan maslahku pada orang len akan membebankan orang itu sendiri tetapi untuk kali nie hatiku sangat tergerak untuk berkngsi lantaran diri yang sudah tidak mampu untuk menyimpannya sendiri lagi... disaat berdua,aku xtahu bagaimana ingin ku susun bicara.. kak ipar di sebelah menanti dengan penuh kesabaran menanti butir bicara yang akan keluar dari bibirku.. lama ku termenung.. ntah xtahu bagaimana harus ku luahkan kerana keadaan diri yang biasa memendam sesuatu membuatkan aku sukar untuk meluahkan apa yang tersurat di hati... akhirnya selepas lama ku mendiamkan diri,aku mula menyusun bicara untuk mencurahkan segalanya yang selama ini ku pendam sendiri kepada kakak iparku.. tidak dapat aku nafikan kerana kegusaran di hati,airmataku mudah sekali untuk menitis ke pipi di saat meluahkan kepadanya.. air mata di seka lembut oleyh kak iparku.. diriku dipeluk bagi menenangkan hati yang gundah kerana perkara yang

sering dielakkan.. x aku lupakan untuk memberitahu kepada kak iparku bahawa aku telah pun bertindak melepaskan segala amarah,benci dan geramku kepada insan yang x bersalah.. dan jugak turutku selitkan tentang 'mimpi' yang sering hadir bersama persoalan di dalam lenaku..

di saat tangisanku mula reda,kak ipar mula menyusun bicara.. bicara yang membuatkan hatiku secara perlahan mula kembali tenang,bicara yang membuatkan aku mula meneroka ke alam pemikiran sekali lagi...
kata2 kak iparku cukup bermakna dan sangat bernas sekali.. segala nasihatnya dapat ku serap ke minda ku dengan tenang tanpa mampu di tepis dan di buang.. sebaliknya terus ke minda untuk di analisis.. 
kak iparku memberiku butir bicara yang sangat meyakinkan.. dan ada dye menyembut seandainya benar mimpi itu petunjuk dari ILAHI,akan ada petunjuk2 yang lain akan menyusul selepas ini... persoalan yang Dia hadirkan melalui mimpi pasti akan diberi jawapan secara perlahan lahan tanpa kita sedari.. bila semua persoalan telah terjawab,masa tu akan kita fikir kembali petunjuk demi petunjuk yang kita perolehi.. 
dan sebelum pembincangan diantara kami berakhir kak ipar sempat berpesan kepadaku agar memohon maaf kepada hamba Allah yang telah ku zaliminya... sebelum diriku di tinggalkan sendirian,kakak  iparku sekali lagi memelukku mungkin ingin memberi semangat pada diriku yang sedang sarat dengan kegusaran...


kembali bersendirian membuatkan aku kembali berfikir,aku harus kembali tenang.. tenang dan tenang.. jangan di biarkan emosi mempengaruhi ketenangan.. walau apapun yang terjadi ana berikrar pada diri sendiri ana akan tampil tenang..! waima hati yang sedang gundah gulana sekali pun,ana akan cuba untuk tenang.. segala apa yang akan berlaku ana serahkan segalanya pada Dia kerna sesungguhnya Dia lebih tahu..!



ucapanku untuk hamba Allah yang telah ku kasari,bicara ini untukmu:


"demi Allah ku mohon seribu kemaafan pada dirimu ke atas segala kekasaran yang telah ku lepaskan padamu... kerana tidak tahan dengan apa yang telah terbuku lama di hati,kamu yang menjadi mangsanya.. mungkin kerana kelembutanmu yang sukar untuk marah dan gemar tersenyum membuatkan aku begitu mudah untuk melepaskan segalanya padamu..mungkin tanpaku sedarinya,aku telah pun mengambik kesempatan di atas kelembutan mu.. demi Allah,aku tidak sengaja melakukannya.. demi Allah,ku mohon seribu kemaafan darimu.. sahabat sepertimu mungkin satu dalam seribu.. terima kasih sangat2 kerana hadir sebagai sahabat yang cukup baik.. sesungguhnya aku sangat menghargai dirimu sebagai sahabat kerana tidak pernah menyimpan sebarang dendam atau amarah di atas segala bicaraku yang mungkin sedikit sebanyak telah melukakan hatimu tanpaku sedari.. demi Allah,maaf sangat2... demi Allah,ku berharap persahabatan ini terus kekal berpanjangan di atas landasanNya... semoga Allah merahmatimu slalu dan tegurlah aku seandainya aku berbuat sesuatu yang salah... ukhuwah ini sangatku hargai..syukron.."

demi Allah.. tidak pernahku pinta segalanya.. 
di antara dua kasih..
antara cinta manusia dan cinta Ilahi,
cinta Ilahi adalah pilihanku sejak azali..
kerna dengan cinta itu ku perolehi segalanya...
kebahagiaan yang xkan pernah di miliki tanpa hadirnya cinta Dia...
salamualaikum pembuka bicara
ucapan bismillahirahmanirahim sebagai permulaan wadah..



PENGALAMAN DIRI BERNIQAB

kali nie ana cukup terpanggil untuk berkongsi dengan sahabiah sekalian tentang pengalaman ana berpurdah dan jugak berkenaan dengan purdah...

sekarang umur ana sudah pun semakin menginjak ke usia 18 tahun(5 nov nanti genaplah 18 tahun).. bila di hitung punyer hitung lebih kurang 2 tahun dah ana hidup sebagai muslimah berpurdah... bukan nak riak tetapi ini sekadar perkongsian... ana sendiri pun x sangka yang ana akan berpurdah seperti sekarang.. hidayah dari Allah.. insyaAllah... pada awalnya ana x pernah terdetik pun ingin berpurdah lantaran didalam keluarga xde seorang pun yang berpurdah waima mak2 sdare yang beberapa orang turut bergelar Al-Hafizah.. didalam ahli keluarga sendiri yang terdiri dari mama, dan kakak2 pun xde sorang yang berpurdah n only me that user the large jilbab... jadi pada awalnya just wanna istiqamah it.. p ntahla... mungkin lepas khatam hafalan quran,ana hayati balik bait2 ayat ILAHI yang terkandung didalam kitabnya..

"dan berkatalah kepada perempuan2 yang beriman itu supaya menyekat pandangan mereka(daripada yang diharamkan) dan memelihara kehormatan mereka: dan janganlah mereka menzahirkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya: dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka,atau bapa mereka,atau bapa mertua mereka,atau anak2 mereka,atau anak2 tiri mereka,atau saudara2 mereka atau anak bagi saudara mereka yang lelaki atau bagi anak saudara mereka bagi yang perempuan,atau perempuan2 islam, atau hamba2 mereka,atau orang gaji dari orang lelaki yang telah tua dan tidak mempunyai keinginan terhadap perempuan,atau kanak2 yang belum mengerti apa itu aurat perempuan,dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka,dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah,wahai orang yang beriman semoga kamu berjaya"

                                                                                                               (an-Nur{24};31)

" dan apabila kamu meminta sesuatu yang harus diminta dengan isteri2 nabi,maka mintala dengan mereka di sebalik tabir"

                                                                                                             (al-Ahzab[33]:53)
 
ana merenung kembali peristiwa demi peristiwa yang pernah terjadi dalam hidup ana yang xkan pernah ana lupakan sampai bila2.. di ingat2 kembali pesan2 asatizah "humaira seeloknya anti berpurdah.."  sebelum tu.. ana ingin menghuraikan dekat maahad ana memang dikenali dengan nama humaira tau hazirah.. asatizah yang memberi ke dua2 nama nie kepada ana walhalnya nama asal ana memang jauh lari daripada yang diberi.. kata asatizah,nama asal ana membawa maksud yang agak 'berat' dan x sesuai untuk muslimah yang berpewatakan seperti ana.. sejauh mana kebenarannya,ana sendiri pun xtahu.. ok kembali pada cerita tadi ye..

bila direnung dan difikirkan kembali,di muhasabah lama2,hati ana mula terdetik "kenapa x aku berpurdah..??bukan ke pakaian sunnah isteri2 nabi..??" lepas ana terdetik macam tu,ana decide nak cakap dekat ustazah yang banyak menyokong ana yang ana bersetuju dengan cadangannya untuk berpurdah... lepas ana bagitahu dekat ustazah,bila bersendirian ana terfikir pula macam mana ana nak buat ayat nie nak bagitahu dekat mama.. khuatir juga takut2 mama x bersetuju memandangkan sekarang nie dah terlalu jarang dah muslimah yang mengenakan purdah.. fikir punyer fikir,bila buat musyawarah dengan mama memang berdebar sangat2 sebab dalam hati nie macam dapat mengagak jew yang mama xkan bagi.. masa tu mama duk relaks2 jew sambil2 baca akhbar(seingat anala) rasanya masa tu memang x senang duduk.. cuba mencari kekuatan untuk bagitahu mama tentang keinginan untuk berpurdah... ayat pertama yang kuar seingat anala 

"ma,ustazah sarankan orang pakai purdah.."  


masa tu dah mula rasa berdebar dah bila mama dah mula angkat wajah dye.. takut sangat masa tu.. adoyai... memang seperti yang di jangkakan ana masih ingat lagi jawapan mama masa pertama kali ana menyatakan keinginan ana untuk berniqab.


"dop payohla.. zaman skarang xdop doh yang paka(pakai) purdah.. kalau che su paka,dalam 4 buah kg tepi2 pata(pantai) nie,che su sorangla hok pakanya.. dohla yang pakai jilbab labuh dalam kg nie pun che su jew.. dop(tak) rasa pelik kew.. che su dop rasa malu kew kalau sorng2 jew hok(yang) paka bende tu..??"

ayat nie lengkap xde ubah2.. memang macam nie yang mama cakap masa tu.. adoyai.. xboleyh lupa lagi.. memang agak kecewala masa tu.. takut jugak nak pujuk lagi sebab mama bila dye dah kata A,maka A la jawapannya... xde bantah2 dah..                                                                                                           

ana masa tu dah nekad memang ingin berpurdah dah.. ana doa tiap masa pada ILAHI moga Dia permudahkan jalan ana untuk berniqab...  lama jugak ana berikhtiar nak cari jalan untuk lembutkan hati mama.. ana memang dah serik dah nak pamer wajah sesuka hati dekat umum.. dah xnak dah ia menjadi tatapan umum..! ana xsuker sangat2.. lama berikhtiar,Allah memanjangkan 'akal' ana..he3... jeng3.. mungkin ada hikmahnya... setiap kali buat jilbab,mama akan beli kain lerang 60 sepanjang 2 meter.. walhal untk buat jilbab hanya semeter setengah je... Alhamdulillah.. berkat ilmu menjahit yang x seberapa nie,lebihan kain jilbab yang ada ana ambik secara senyap2 daripada simpanan mama.. bila ana bangun untuk bertahajud,ngulang hafalan n study,sedikit waktu lebihan yang ada ana guna untuk untuk jahit purdah tu sendiri...! bayangla betapa nekadnya ana masa tu.. adoyai.. memang benar kata asatizah, muslimah seperti ana mempunyai nekad yang cukup kuat.. seandainya inginkan sesuatu,ana akan cuba sedaya upaya ana untuk mencapai apa yang ana ingini.. bila direnung nakal jugak ana nie...^_^

memang banyak jugakla cabarannya.. dahla ana memang x pandai menjahit tapi ok gak.. cantik gak purdah buatan tangan sendiri..he3... memang tangan rasanya banyak kali jugak berdarah sebab tercucuk jarum kerana kecuaian diri sendiri.. al maklum mata empat..terkadang memang x dapat lihat dengan jelas.. nak2 memang rasanya mata nie rabun malam.. bila gelap sikit mula ter raba2... P/S- xmakan sebarang sayur dan buah inilah akibatnya...

ana pernah try pakai purdah tu n ambik gambar then tunjuk dekat mama n tanya mama "percaya x anak ma pakai purdah.." .. mama just tersengih n eleng.. haiyayaya.. x percaya...! last2 masa mama n abah ajak keluar,ana ambik kesempatan nie nak tunjuk dekat mama dan abah kesungguhan ana untuk berpurdah.. berdoa sangat moga Allah lembutkan hati mereka untuk membenarkan ana berpurdah.. bila mama panggil n said that dah nak bertolak,ana cepat2 keluar dengan keadaan ana berpurdah.. mama n abah tengok penampilan ana.. mereka nampak terjeda.. mama n abah tengok ana dari atas sampai bawah... adoyai.. then dowg saling tengok sesama sendiri.. soklan pertama abah msa tu "che su betul nak berpurdah nie..??" 

ana just angguk masa tu.. x berani tengok wajah abah yang sememangny nampak garang dari luar p dalaman dye cukup lembut sebetulnya...  ana xtahu nak cakap apa masa tu just doa moga Allah beri keizinan.. Alhamdulillah.. x ana duga yang mama dan abah membiarkan ana berniqab..! cuma mama dan abah risau ana nak makan macam mana kalau makan kat kedai..??? sebab ana x pernah lagi try makan dalam keadaan berniqab.. nak seribu daya x hendk seribu dalihkan... waktu makan kat kedai memang ana akan elak daripada makan makanan yang basah2 sebaliknya ana lebih gemat order makanan2 yang kering macam nasi goreng or so on... nak minum laq x susah.. juz user the straw.. masukkan straw tu kebawah purdah n minum...! 


akhirnya,mama dan abah memberi restu kepada ana untuk ana berhijab... ya Allah..! syukur sangat2 masa tu.. sukar sangat nak di ungkapkan dengan kata2.. perjuangan demi perjuangan untuk menggunakan hijab akhirnya Allah permudahkan... selepas dari tu,bila mama nak buat jilbab,mesti mama akan buat niqab jugak^_^

DUGAAN MUSLIMAH BERHIJAB

jangan diingat menjadi muslimah berniqab itu mudah... nak cakap,nak berubah itu tersangatla senang dan mudah sekali,lau nak pakai jilbab labuh kew purdah kew, pakai jew...tapi kene ingat,nak istiqamah dan kekalkan tu memang tersangatla susah.. bermula ana sebagai muslimah berpurdah,disitu maka bermula ujian demi ujian yang baru yang mungkin sedikit sebanyak seandainya x kuat akan meruntuhkan tekad untuk berpurdah tu kepada x memakai lagi purdah.. tapi gitula ana.. dah memang ana nie jenis yang nekad,ana cara apa.. dah ana decide nak pakai macam nie,datangla gajah kew,rimau kew,singa kew, ana takkan lari dari medan jihad sebagai seorang muslimah yang berpurdah...! xkan sama sekali..! sekali ana dah tetapkan maka ana akan perjuangkan sehingga hembusan nafas ana yang terakhir..!

pada awal ana berpurdah,macam ia memberi kejutan pada orang kampung sebab kampung ana mama kata memang xpernah ada yang berpurdah dan ini adalah pertama kalinya 'muncul' seorang nisa' yang berniqab.. bila keluar jew dari umah n seandainya ana berselisih dengan orang kg pasti akan dilihat pelik n x kurang anak2 muda yang perli "labuhnyer jilbab dye boleyh buat selimut.." "awak2,nak pinjam jilbab boleyh..sejukla" "awak eh,baru balik dari mesir kew..?? orang sekarang dop paka purdah doh.."

itula diantara kata2 yang dilemparkan kepada ana.. p ana x layan kata2 dowg.. ana tahu dowg sengaja menguji kesabaran ana sebenarnya.. ana telan kata2 dowg demi DIA... ana tahu ana kene kuat.. jalan nie yang ana pilih,jadi ana kene sabar dan sabar... 
hari meniti hari,bulan demi bulan kian berlalu,semakin lama dowg semakin boleyh menerima keadaan diri ana.. ke mana ana pergi ana akan di tegur.. x kurang ada yang 'puji' mama dan abah sebab berjaya bentuk anak jadi macam nie... Alhamdulillah.. syukur sangat perjuangan semakin dimudahkan waima sering di uji...

SAHABIAH INGIN BERHIJRAH

Alhamdulillah.. Allah memudahkan jalan ana untuk berdakwah.. bersahabat dengan semua rangkaian jenis sahabat.. sama ada yang berpurdah,only user the jilbab,bertudung arini n so on.. semuanya ana kawan.. x tengok pun yang ana kawan tu macam mana... sesetengah orang,bila dah berpurdah,dah berjilbab labuh,dowg berkwan sesama golongan dengan dowg jew... tapi x bagi ana.. ana yakin ana kuat.. kuat kerana ana yakin DIA sentiasa ada didalam hati ana dan di samping ana.. seandainya ana tersilap langkah pasti Dia akan gerakkan hati ana.. mudah2an Dia terus melindungi diri ana.. ameeen... 

-bersahabat dengan 'lesbian'(kasar jew bunyi)
 
ana ingin mulakan dengan sahabiah yang x bertudung.. jangan terkejut seandainya ana katakan ana pernah bersahabat dengan nisa' yang boleyh di golongkan dalam golongan lesbian.. hadirnya ana sebagai seorang sahabat... pada awalnya nisa' nie agak terkejut... ana hadir kedalam hidupnya sebagai sahabat setelah seorang sahabat ana 'mengalah' dah xnak berkawan dengannya kerana xkuat untuk terus berhadapan dengan nisa' seperti nisa' nie.. n meminta ana untuk membimbing nisa' nie.. ana namakan nisa' nie sebagai A,sebelum salam  perpisahan diucapkan oleyh sahabat ana kepada A,sahabat ana banyak bercerita tentang ana pada A,dan kata sahabat ana A tertarik untuk berkenalan dengan ana dan meminta no ana dari sahabat ana n i gave her my permission.. selepas sahabat ana menghulurkan salam perpisahan,sahabat ana pesan dekat ana yang A akan hubungi ana.. berdebar jugak... sahabat baik ana ada yang menentang keputusan ana untuk bersahabat dengan A tapi ana terus berpegang dengan pendirian ana untuk bersahabat dengan A.. ada jugak ana minx nasihat ustazah tentang nie dan ustazah cakap kalau x kuat bek jangan teruskan,kalau kuat,teruskan.. ana ada juga terfikir selepas tu,kuatkah ana untuk berhadapan dengan semua tu nanti dengan keadaan A yang agak 'istimewa' tu.. ana beristikharah dan akhirnya hati ana lebih membert untuk cuba membimbing A... salam perkenalan yang di hulurkan A kepada ana,ana sambut dengan baik kerana Allah.. setelah lama bermesej, A minta nak jumpa ana.. pada awalnya ana keliru jugk sama ada nak penuhi permintaan A ataupun x,ana berbincang dengan sahabat2 baik ana di maahad dan mereka cakap mereka akan teman ana.. kami decide untuk bertemu dekat satu tempat nie(dirahsiakan), ana pergi bertemankan lebih kurang 6 orang sahabat ana dua darinya sahabat baik ana, sampai di tempat yang di janjikan,kami dapat lihat A sedang setia menunggu ' dengan 2 orang sahabat yang sama 'jenis' dengannya.. A pada awalnya xtahu ana macam mana,selepas salam ana hulurkan, A nampak betul2 terkejut dan bertanya sama ada betul kew yang berpurdah itu ana.. ana mengiakan... tangan ana hulurkan untuk bersalaman, dye nampak ter agak2 untuk menyambutnya dan meliht telatah sahabat2 ana.. x ana akui sahabat2 ana nampak agak x selesa tapi x bagi ana selagi ana berpegang teguh dengan ayat2Nya ana akan terus tenang..! akhirnya huluran tangan ana bersambut dirinya ana peluk seperti ana peluk sahabat2 ana yang len.. melagakan pipi dari kanan ke kiri dan

kembali ke kanan balik bagi mengukuhkan ukhuwah kerana Allah.. pada awalnya dye agak canggung dengan kami tapi dirinya ana x pernah anggap 'lain' sebaliknya ana anggap dye seperti nisa' yang sama sahaja macam kami.. ana layannya sebagai sahabat dan ada jugak masa berjalan ana cuba memimpin tangannya(memang nie risiko sebenarnya).. kami bermesej seperti biasa... dye ada tanya khabar2 ana dan di samping mesej2 tu ada ana selit tentang agama sedikit demi sedikit.. x ana sangka rupanya layanan ana padanya di salah ertikan dan pernah di akui dye 'suka' ana... pengakuan 'suka' tu memang buat ana  terkejut sebab memang x sangkala dengan keadaan ana yang pakai purdah macam nie(dye memang xpernah tengok wajah ana sebab memang ana slalu elak)  pun dye boleyh suker... sama umonya dengan ana nisa' nie.. pengakuan 'suka'nya itu ana sambut.. tapi jangan salah faham dulu... bukan sambut untuk ber'couple' dengan nisa' nie.. xkan sama sekali... ! tapi ana sambut sebagai sahabat.. ana cakap dekat dye yang ana xboleyh sambut 'suker' dye tapi ana hanya akan sambut sebagai teman baik.. teman untuk dye luahkan segala msalah2 dye... pd awalnya nisa' nie macam xleyh  terima jew.. p makin lama dye makin boleyh terima.. ana cuba bagi nasihat demi nasihat tentang Allah dengan dye.. tentang betapa indahnya bercinta denganNya.. xpernah ana mengenal erti putus asa untuk mengucapkan "A,nur nak sangat tengok A pakai tudung,pakai baju kurung n dah xnak dah tengok nur pakai macam tu" setiap kali kami bermesej ana akan cuba untuk ungkapkan ayat nie... semakin lama dye semakin dapat terima sehinggala satu hari nie dye buat pengakuan,pengakuan yang ana masih simpan hingga ke detik nie..


"nur, saya nk jujur dgn awak.. memang sy sk awak.. sy ingt awk sk saya jgk sbgaimna saya sk awak.. saya nak jujur dengan awak,sy suka sangat bila awak peluk saya.. saya rasa len sangat.. saya suka sangat sebab saya rasa tenang.. saya ingat awak sama dengan hafizah2 dekat maahad dekat ngan umah saya(p/s-dye xtahu ana hafaz quran) dowg tu nama jew hafizah quran tapi suka dengan saya siap ajak saya couple dengan dowg lagi... saya ingat awk pn sama.. saya tunjuk gmbr awak y saya ambik curi2 dekat geng2 macam saya nie.. dowg solurt ngan saya sebab saya dapt puan macam awk.. tapi dowg xtahu y saya x bercinta pun dgn awak sebaliknya saya mengiakan j lau dowg kata awk 'awek' saya,.. bl sy makin lama saya kenal awak,n makin lama saya teliti balik tarbiyah awk,sy memang salh dengan awak.. nur,awak bimbinglah saya balik.. saya nak kembali ke pangkal jalan.. saya memang benci lelaki sangat2.. tapi saya tahu nur boleyh ubah saya nanti..."

nie diantara pengakuan dye yang msih ana simpan.. xdapat ana salin semua sms dye dekat sini takut mengaibkan... sebahagian sahaja dapat ana kongsikan di sini.. ana rasa bagaikan ingin menitiskan airmata betapa Allah maha kaya.. maha memberi petunjuk dekat nisa' nie.. syukur sangat...  apatah lagi suatu hari nie tetiba ana dapat satu MMS,ana xtahu apa isinya.. bila ana buka MASYAALLAH..! gambar A..! mahu ajew ana menangis kesyukuran.. A memakai tudung dan berbaju kurung.. cantik sekali..! Allahurabbi... betapa Dia maha kaya dalam segalanya... lepas dari tu ana dapat lagi satu mesej.. nie mesejnya yang ana masih simpan..^_^(untuk perkongsian..)


"nur, A dah nekad untuk berubah.. ma nampak gembira sangat bila A ckap dekat mama yang A kawan dengan nur.. mama nampak gembira sangt bila tengok A bertudung dan berbaju kurung seperti perempuan yang len.. A satu2nya anak perempuan dalam keluarga jadi mama sangat mengharapkan A.. A ucapkan terima kasih sangat2 pada nur sebab dah pimpin A kembali pada jalanNya.. walaupun A pernah salah sangka dengan layanan nur sebelum nie tapi A akui A memang sayang nur.. dulu A sayng nur 'lebih' tapi sekarang A sayang nur sebagai sahabat A yang terbaik...jangan tinggalkan A bersendirian,A takut x kuat..."

Allahurabbi.. terharu sangat saat nie.. x ana akui ana memang ambik risiko yang cukup tinggi bila sanggup bersahabat dengan glongan yang dilaknat Allah..tapi sape lagi yang akan membimbing mereka seandainya msing2 ingin menjauhkan diri dari mereka.. x ana nafikan an berdepan dengan tentangan hebat pada awalnya sebab x mudah sebenarnya nak harungi semua tu kalau x kuat... ana pernah dipandang serong oleyh masyarakat sekeliling dengan mengatakan "harap jew diri pakai purdah tutup semua tapi bercinta dengan lesbian..

Allah laknat jugak nanti kalau tutup semua tu pun.." inilah diantara kata2 yang dilemparkan kepada ana yang xkan ana lupakan sampai bila2.. cukup bisa,cukup pedih,cukup menikam kalbu,x ana nafikan ana pernah jugak hampir putus asa.. ana pernah menangis sampai mata x mampu rasanya untuk di celikkan kembali, tapi demi Dia,ini jalan yang ana pilih jadi ana harus teruskan sehingga berjaya.. semua kata2 yang sangat pedih dan berbisa tu ana telan sorang2.. ana xmampu untuk meluahkan pada sahabat2 ana.. cukupla seandainya Dia jadi tempat untuk ana berkongsi segala kepayahan semasa membimbing seorang hamba Allah.. berkesempatan mempunyai blog sendiri membuatkan ana tertarik untuk berkongsi dengan sahabi dan sahabiah sekalian...^_^

harapan ana pada A seandainya A membaca blog nie n tahu dirinya yang di maksudnya di sini

"sahabatku sayang, xde apa yang dapat nur ungkapkan melainkan ucapan syukur kepadaNya kerana akhirnya Dia membuka hati A untuk berubah dan kembali kepada landasan kebenaran dan syariat islam yang sebenarnya.. A,teruskan istiqamah ye.. nur sentiasa akan ada di belakang A di saat A sedang berjihad merubah diri ke jalan Ilahi.. waima sekarang keadaan kita yang jauh kerana dipisahkan negeri2 yang berbeza, dekat atau jauh,nur sentiasa ingat A dan sentiasa doakan moga A terus kuat.. kuat dalam mengharungi segala liku2 kehidupan nie... salam sayang dariku... NUR HUMAIRA(nama yang di ubah^_^) 

-bersahabat dengan golongan bertudung biasa 

 bersahabat  dengan yang bertudung biasa nie xla banyak ragam sangat tapi terkadang ada jugakla masalahnya.. masalahnya dorang terlalu berfesyen fesyen..he3.. p x salah seandainya nak berfesyen p berfesyen pada kadarnya sahajala.. apa2 pun ana memang ramai kawan dari

kerabat yang nie..he3 
dowg nie memang spoting habis.. ana masih ingat semasa ana ikut trip ke cameron dengan sahabiah dari smk biasa, waima hanya ana yang agak 'lain' pada awalnya ana canggung tapi ana x malu atau apa sebab ana bersahabat kerana Allah.. demi Allah,sepanjang trip tu dowg niela yang jaga ana.. siap back up ana lagi bila ana di ganggu oleyh 'buaya2 jalanan' yang agak gatal mengganggu.. berjalan pun siap pimpin2 tangan lagi..he3.. dowg memang spoting habis.. thanz a lot for all of my fren at smk penarek..most of them are so spoting,,he3
kalian x pernah segan pun untuk berjalan dengan ana yang satu2nya insan 'pelik' nie..

ok.. tentang penghijrahan sahabiah yang dari golongan nie pulaq.. Alhamdulillah.. ramai yang mula mengikut jejak untuk berjilbab.. memang seandainya sekali dipandang oleyh

masyarakat yang dowg nie macam terikut ikut jew untuk pakai jilbab tapi sebenarnya masyarakat itu sendiri x mampu menilai keinginan itu datang dari hati mereka sendiri..  tapi begitula masyrakat.. kenapa x menilai mereka dari hati.. kenpa menilai dari pandangan mata yang mungkin boleyh menipu kita.. sebagai contoh,ana ingin berkongsi dengan sahabiah sekalian tentang penghijrahan sahabat baik ana.. dye dari sekolah kebangsaan biasa... namanya ila(bukan nama sebenar).. dye memang pada awalnya hanya bertudung biasa2 sahaja.. tapi dye pandai menjaga auratnya..  xpernah memakai tudung sehingga menampakkan dada.. semuanya tertutup.. dye pakai pakaian mengikut aturan islam yang sebetulnya... dye pernah cakap hidup dikelilingi dengan sahabiah yang berjilbab membuatkan hatinya terdetik                                                         untuk berjilbab pulaq.. as her bestfriend i'm oweys gv her my support.. cuma ana harap dye semakin kuat dan beristiqamah... hidup xkan terasa indah seandainya x diujikan..??^_^ nak2 bila usia sudah meningkat ke angka 18 tahun.. semua itu mematangkan diri sebenarnya... terus kuat ye sayang..!kami sentiasa doakan yang terbaik untuk ila.. p perubahan jangan terlalu mendadak.. perlahan lahan.. moga ia kekal berpanjangan sehingga akhir hayat..!


-bersahabat dengan golongan berjilbab labuh dan berpurdah


x dinafikan untuk sahabiah golongan nie ana memang ramai sangat2 nak2 yang datangnya dari smka n maahad also.. hurm... hurm.. banyak jugak ragamnya.. bersahabat dengan pelbagai aneka rangkaian sahabat membuatkan ana mampu membeza dan menilai bagaimanakah dan di manakah beza di antara yang berjilbab,berpurdah dan bertudung biasa nie...dulu masa ana kecik(lam darjah 5 dan 6) ana ingat yang berjilbab labuh n berpurdah nie semua alim2,warak2 n hafizah quran semuanya(sebab terpengaruh tengok mak2 sdare n kawan2nya yang hafizah semua pakai macam nie.. )ingatkan yang berjilbab n berpurdah nie semua hafizah..p upenya x...

 stop cakap tentang tuh..kembali kepada cerita asal.. yang ana nak kongsikan di sini bukan nak burukkan sesape atau memperlekehkan sesiapa sebaliknya ini perkongsian dan teguran serta peringtan pada diri ana sendiri jugak... bersahabat dengan sahabiah dari rangkaian 'alim' macam nie membuatkan ana terfikir dan bermuhasabah.. betul kata orang.. janganla menilai orang daripda luarannya serta cara pemakaiannya kerana luarannya itu belum tentu lagi mempamerkan dalamannya yang sebenarnya... sebaliknya nilailah manusia itu melalui hati dan pacaran sinar pada wajahnya.. seandainy dye permata,maka cahaya dari sinar permata itu pasti akan terpamer pada wajah seandainya sebaliknya maka kita pasti mampu membacanya jugak... bila di fikir2 balik dan dilihat serta dinilai,hurm terkadang golongan 'alim' nie xde beza pun dengan yang bertudung biasa...(maaf seandainya ada sahabiah yang terasa..ini cuma dari penilaian.. dan mungkin jugak apa yang dikatakan di sini terkene dengan diri ana sendiri..peringtan untuk ana jugak ) yang beza cuma cara pemakaian.. kenapa mesti berpakaian begini seandainya tingkah tidak kalian jaga..???! kenapa kalian mesti mempamerkan yang kalian sedikit pun xde beza dengan yang berpakaian biasa..??? kenapa terkadang kalanya tingkah kalian lebih 'melampau' dari nisa'2 yang biasa..??? ingatlah sahabiahku sekalian bila anda memilih jalan untuk mengikut sunnah,tingkah xperlu dijaga.. sebaliknya semuanya perlu dijaga dengan rapi terutamanya tingkah kita.. ingatla setapak kita tersalah langkah masyarakat mula akan memandang serong pada golongan yang pemakaian yang mengikut sunnah.. ingatla kerana nila setitik habis satu belanga susu tu rosak nanti.. bila dah decide nak pakai macam nie,perlulah bersedia dari segi fizikal dan mental.. kita perlu sentiasa beristiqamah sayangku... seandainya kita memakai pakaian macam nie hanya kerana dahagakan pujian baik dari masyarakat,xde gunanya jugak kerana kita akan menjadi hina di hadapanNya.. ingatla tujuan utama kita berpakaian macam nie.. tujuan kita yang utama adalah kerana Dia.. kerana ingin berjihad di atas jalan yang diredhai Allah.. demi rahmatNya,demia mahhabahNya,demi keredhaanNya,dan demi maghrfirat Nya.. ingatla.. perempuan dan muslimah itu dua rangkaian kata yang sangat berbeza.. jangan sahabiahku sayang sekalian ingat bila dah berjilbab labuh,dah berpurdah antum dah termasuk dalam golongan muslimah,x sama sekali seandainya semua yang sepatutnya antum jaga p antum x menjaganya... yang utama kalian perlu jaga


1- jagaila hati kalian daripada ternoda dengan kepalsuan cinta rijal yang xpasti..
2- jagaila perilaku kalian sebagai mujahidah.. demi keredhaanNya...
3- jagaila setiap tutur biacara kalian..
4-letakla Dia sepenuhnya didalam pemandangan kalian..



GADIS IDAMAN


gadis itu
wajahnya berona NUR IMAN,
Mahkotanya dilitupi tanda KEHORMATAN.
maruah diri dipagari dengan KESOPANAN,
dialah puteri indah RUPAWAN.

tika gadis lain sibuk menghiasi diri,
dia hias NUR ILAHI pada WAJAHNYA,

tika gadis lain sibuk mencari SANG PUTERA,
dia selesa bersama cinta-Nya.

tika gadis lain sibuk BERMADAH PUJANGGA,
dia tekun dengan BAIT kata TUHANnya..

tika gadis lain menangisi pemergian ARJUNA,
dia tangisi KEHINAAN DIRI sebagai hamba..

gadis itu seperti MAWAR BERDURI,
INDAH dipandang namun sangat sukar untuk DIPEGANG,
MULIANYA kerana KETAQWAAN..
cantiknya kerana keperibadian AKHLAK MULIA..


Sahabiahku sayang,
mahukah kalian menjadi gadis idaman ini..??? seandainya benar,jagaila semuanya wahai sahabiahku sayang... yang kita harapkan adalah keredhaanNya sayangku.. bukan pandangan baik dari masyarakat dan bukan jugak kerana ingin menjadi pujaan si arjuna.. cukup seandainya hidup kita tersuluh dengan Nur-Nya.. kita akan sentiasa tenang...

pesanku padamu wahai sahabiahku sayang,
janganla kerana ikutan atau trend kamu berpakaian seperti ini,sebaliknya lakukanlah semuanya kerana Dia..
sahabiahku sayang,
DIA terlalu penting didalam kehidupan kita,
tanpaNya kita lemah,
tanpaNya kita pasti kan tewas...
sahabiahku sayang,
ingatla kerana dengan 'belaian2Nya'lah kita bangkit,
bangkit menjadi nisa' yang kental di medan jihad,
bangkit menjadi nisa' yang tabah mengharungi segala onak duri,
bangkit menjadi nisa' yang penuh dengan kesabaran demi keredhaanNya,
bangkit menjadi nisa' yang sangat mensyukuri segalanya...

sahabiahku sayang...
hidupla keranaNya..
hidup ini x semudah disangkakan
dan x jugak seindah yang di gambarkan...
bangkitla menjadi seorang mujahidah solehah...!

demi Allah, hazirah sangat mencintai kalian..! 

















malam yang hening bertemankan sepi
dari pembaringan ku bangun berdiri..
langkahku atur ke kamar mandi
untuk membersihkan diri lantas mengadap Ilahi..
bertahajud itula rutin harianku,
bertasbih sambil berzikir
itulah lumrahku...

terduduk sepi merenung hiasan indah
indahnya ia di atas tikar sejadah yang menjadi tempatku bersujud..
ku bertimpuh sambil merenung...
merenung sayu ke tempatku bersujud..

kepala yang kian memberat membuatkan aku melentokkan kepalaku ke birai katil dengan dudukku masih setia di atas tikar sejadah..
teman setiaku dikala ku menangis dan ketawa, 
ku bawa kedalam dangkapan ku..
ku peluk erat dengan tangan kanan setia memegang butiran tasbih...

disaatku memeluk 'teman' setiaku iaitu quran di samping mataku terus merenung tempatku bersujud,
hatiku kian sayu....
kolam mataku kian dipenuhi air jernih...
menunggu saat untuk merembes ke pipi...
memikirkan betapa hinanya diriku ini sebagai hamba...
betapa aku dapat rasakan yang diriku begitu kerdil..
kerdil sekali dihadapanNya...



















Allahurabbi...
disaat airmata ini mengalir ke pipi,
betapa aku mengetahui betapa diriku bertuah
kerana sering hidup didalam belaian2 kasihMu..
betapa diriku bertuah dengan ujian2Mu yang telah membuatkan aku semakin kuat..
kuat menempuh segala onak dan duri..
Ya Rabb...
dengan sakit yang KAU berikan kepadaku,
pernah terlintas difikiranku kenapa aku di uji begini..??
namun,aku tahu diriku KAU cintai lantas persoalan di hatiku ini KAU jawab dengan ayat2 cintaMu..
terasa indah.. terasa bahagia.. terasa tenang...
YA RABBI..
ku merenung jauh lukiran kaabah...
terasa indah sekali..
ku menyentuh
terasa ingin sekali aku mendekati kaabah itu...
mengelilinginya sambil berzikir ke atasMu...
betapa aku sangat merindui itu ya RABB...
kurniakan la aku kesempatan itu.. kesempatan untukku melihat kiblat semua umat islam di atas muka bumi ini dari jarak yang dekat ya Allah...



















YA RABBI..
betapa disaat ku merenung kehinaanku sebagai hambaMu,
aku menemui segalanya..

aku menemui apa itu erti ketabahan
aku menemui apa itu erti kesabaran
aku menemui apa itu erti kecekalan
aku menemui apa itu erti kasih dan sayang
dan
aku menemui apa itu erti kehidupan...

disaat aku kesepian,
aku tahu KAU ada di sisiku..
disaat aku keseorangan,
aku tahu KAU sentiasa menemaniku,
disaat aku kedukaan,
aku tahu KAU menjadi teman yang setia bersamaku,
disaat aku kegembiraan,
aku tahu KAU juga bersamaku...

kini,
disaat diriku sedang meniti usia remaja,
disaat diriku menghitung hari mengira usia,
disaat diriku sedang memikirkan bila saatnya aku akan kembali ke pangkuanMu,
aku menyedari betapa aku perlu meneruskan kehidupan ini untuk mencari bekalan...
bekalan untuk ke alam sana...
alam yang kekal abadi...
alam yang menentukan keadaan hidupku sama ada bahagia ataupun sengsara...



xda apa yang dapat aku katakan...

betapa aku tahu indahnya hidup disebalik senyuman yang penuh rahsia...
rahsia diantara aku dan ENGKAU...
betapa indahnya hidup bertemankan airmata,
kerana airmata itu yang akan menghapus bara Mu,..
betapa indahnya hidup bertemankan ayat2Mu,
kerana ayat2 itula yang meyakinkan aku...
kebahagiaan didunia bukan satu taruhan bagiku tapi kebahagiaan di akhirat itula taruhannya sebagai balasan ke atas setiap langkahku didunia nie...

doaku...
semoga aku selalu didalan sinaran mahabbahNya...
semoga hidupku terus tenang dengan ayat2Nya dan nurNya yang AGUNG...
rahmati setiap langkahku ya RABB...

Ameeen.. Ameen..Ameen..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...