tinggalkan jejak anda di sini

How Old I am ^_^

Daisypath Happy Birthday tickers

The Age Of MY Opened Dairy

Daisypath Happy Birthday tickers

buat sahabiahku humaira' maaf kerana lambat memberi responed untuk persoalan yang humaira' kemukankan kepada hazirah... lantaran diri yang selalu menghadapi kekangan,tiada kesempatan untuk melampirkan curahan yang baru...


humaira' ku sayang,
hazirah akan ceritakan dari awal hingga akhir bagaimana hazirah boleyh kenal A,berkawan dan membimbing dye... 

kisahnya bermula disini.. masa itu kami berada di tingkatan empat.. kawan hazirah datang kepada hazirah dan meluahkan masalahnya pada hazirah.. kawan hazirah dye comey,dye cakap yang A datang nak kawan dengan dye tanpa dye tahu apa tujuan A yang sebenarnya.. mereka berkawan macam biasa.. tanpa hazirah sedar kawan hazirah ada cerita dekat A tentang hazirah.. malah gambar hazirah tanpa purdah jugak pernah di tunjuknya pada A.. pada posted "muslimah berniqab" hazirah ada nyatakan yang hazirah x pernah tunjuk wajah sebenar hazirah pada A tapi secara tulusnya A pernah tengok wajah hazirah melalui gambar dari kawan hazirah sendiri.. masa tu hazirah memang xtahu.. hazirah tahu selepas A berubah.. pengakuan jujur dari A dan kawan hazirah sendiri.. ape pun hazirah x marah sebab A bukan rijal yang hazirah segan seandainya wajah hazirah diperlihatkan tapi A adalah seorang nisa' jadi sebab tulah hazirah x marah n husnuzhon jew...

ok.. kawan hazirah datang pada hazirah dan cerita segalanya pada hazirah dan minta hazirah tolong dye.. dye xnak terlibat dengan percintaan sejenis..  dye cakap A awakan tertarik dengan hazirah selepas segala perwatakan hazirah  telah diceritakan kawan hazirah padanya dan gambar hazirah pun dye dah tengok.. sahabiah humaira' yang humaira' nyatakan pada hazirah mencari sinar untuk kembalikan..?? tetapi A x.. dye di awang2an.. dye xnampak sedang mencari sinar untuk kembali pada landasan sebaliknya dye seperti terus hanyut dan hanyut memandangkan sahabat2nya ramai dari golongannya.. walaupun sahabiah hazirah hadir sebagai sahabat sebelum nie,ia x mampu mengugat hatinya supaya berubah malah siap ajak sahabiah hazirah bercouple dengan dye lagi.. sahabiah hazirah dah xsanggup n katanya dye dah xkuat untuk terus bersahabat dengan A lantas A disuruh menghubungi hazirah..
pagi sebelum A hubungi hazirah, kawan hazirah dah bagutahu hazirah siap2 yang A akan hubungi hazirah bila2 masa... hazirah menanti dengan tenang.. cuma haz rasa berdebar jugak nak jawab panggilan dari A.. pertama kali A hubungi hazirah adalah di saat hazirah sedang bercuti.. bila satu no naik pada petang tu,hazirah rasa hazirah tahu tu sape.. dan apa yang hazirah rasa dalah betul.. petang itu A yang hubungi hazirah.. hazirah pada awalnya keliru nada apa yang harus hazirah guna sama ada tegas seperti hazirah bercakap dengan rijal atau lembut seperti hazirah berbicara dengan nisa' ataupun usrah.. lastly hazirah menggunakan nada lembut.. 


tersenyum hazirah dibuatnya.. responed A menghiburkan hati.. hazirah tahu waktu tu hazirah berdepan pelbagai risiko.. tapi hazirah decide,demi Allah hazirah akan teruskan sehingga berjaya.. perkataan pertama yang A kuarkan sebek hazirah bersuara adalah "lembutnya suara awak.." masa tu hazirah hanya tersenyum lantas bertanya khabar dengan A.. A se akan2 segan dengan bicara hazirah.. katanya hazirah terlalu lembut.. ntah.. hazirah pun xtahu hazirah lembut macam mana.. hazirah rasa hazirah dah jadi diri hazirah seadanya hazirah x suka jadi owg len kerana bagi hazirah itu hypokrit semata..

dari bicara, A nampak agak x sopan sebagai nisa'.. dengan hilai tawa yang xde batasannya dan carany bercakap seperti tidak beradab.. apa pun hazirah x pandang negetif.. husnuzhon.... mungkin A dah biasa begitu.. tapi di saat berbicara dengannya, hazirah ada tegur caranya ketawa 


"A,anak dara x elok ketawa macam tu".. 

A terus senyap n 

"cakap susahlah nak ketawa macam perempuan.. saya biasa ketawa macam nie.. lagipun saya x suker laki.. saya suker pompuan jew..'

ayat nie membuatkan hazirah telan airliur.. hazirah berdepan dengan risiko dye jugak x mustahil akan ajak hazirah couple.. apa2 pun husnuzhon dahulu... yakin diri kuat dan yakin diri xkan dipengaruhi oleh A..


bila hazirah kembali ke sekolah,sahabiah hazirah semua dah tahu tentang persahabatan hazirah dengan A,mungkin tahu daripada kawan hazirah yang minta hazirah bantu dye.. sahabiah hazirah semuanya x suka hazirah dekat dengan A sebab katanya dowg xnak hazirah 'rosak'.. dowg xnak hazirah berubah menjadi seorang yang di laknat Allah.. waktu tu hazirah xtahu apa nak jawab.. hazirah hanya bagi sebuah senyuman pada sahabiah hazirah agar mereka memberi sokongan kepada hazirah bukan satu halangan seperti ini.. ini demi islam dan demi anak adam..

selepas dari tu, hazirah dapatkan nasihat dari ummul hazirah yang merupakan ustazah yang paling rapat dengan hazirah dekat maahad..

"ummul,apa pandangan ummul seandainya hazirah bersahabat dengan sowg yang mempunyai hati yang songsang..??"

ini soklan hazirah pada ummul masa tu..

" seandainya hazirah kuat,hazirah teruskan untuk bimbing dye,tapi seandainya hazirah x kuat n xyakin mampu,ummul sarankan hazirah jangan teruskan..." 

jawapan daripada ummul membuatkan hazirah termenung.. pada malam itu, sebelum hazirah kembara ke alam mimpi yang tenang,hazirah beristikharah moga dapat petunjuk yang terbek,dan dini hari hazirah bangun qiam seperti biasa dan dihadapanNya hazirah berfikir dan meminx petunjuk.. lama hazirah bertafakur di atas tikar sejadah memikirkan yang terbek... akhirnya ketenangan hati hazirah dapat yang hazirah kuat untuk teruskan.. jadi hazirah teruskan.. bila berhadapan dengan sahabiah hazirah,hazirah bagitahu apa yang dah hazirah decide.. mereka memang masih membangkang tapi apa2 pun dowg fikir kehadapan dan cakap dekat hazirah yang mereka sokong hazirah dari belakang..

humaira' ku sayang,
untuk pengetahuan humaira',hazirah dengan A jugak duduk berjauhan.. berselang beberapa daerah dari tempat hazirah belajar.. jadi kami banyak bermesej.. A slalu panggil hazirah 'sayang',hazirah berdebar jugak.. tapi hazirah husnuzhon dulu sebab hazirah sendiri selalu panggil adiq2, sahabiah dan kakaq2 dengan panggilan 'sayang'.. hazirah jugak ada panggil A sayang.. tujuannya ingin menyemai mahabbah di dalam persahabtan yang terjalin kerana Allah bukan kerana ingin menyemai cinta bagi hubungan sejenis.. hazirah tahu itu semua adalah dilaknat Allah dan hazirah xnak di laknat...
lama hazirah bermesej dengan A, hingga satu hari nie hazirah call A memandangkan celcom amat 'bermurah' hati bagi kreadit panggilan percuma waktu tu.. waktu tu hazirah di asrama... sahabiah yang len semua kuar untuk ke pasar malam berdekatan tapi hazirah malas nak kuar masa tu sebaliknya hazirah ambik peluang untuk call A..


sewaktu bersembang dengan A.hazirah cuba menggali sedikit demi sedikit rahsia hati A.. bermula dengan


'apa pandangan A tentang muslimah berjilbab labuh..??'

'nur nak saya nilai nur atau muslimah2 yang berjilbab yang len.."

"pandangan A tentang muslimah berjilbab labuh bukan nu..'

hazirah xnak dye bagitahu penilaian dye tentang hazirah sebab hazirah tahu apa yang dye nilai hazirah melalui kawan hazirah...

"bagi sayakan wak, xde beza pun yang berjilbab dengan x nie.."

"sebab..??"

"sebab kalau nur nak tahu,umah sya dekat dengan sebuah maahad tahfiz.. sowg pernah tau ajak saya couple dengan dowg..bukan saya yang ajak p dowg yang ajak..?? tu bukan kew dah terbalik dah namanya tu.. dowg kata saya comeylah wak sebab tu dowg nak couple dengan saya.. tapi saya x kata awak pun sama tapi x mustahilkan..??"

terkesima hazirah dengan jawapan A masa tu.. hurm.. x sangka laq ada jugak yang hafaz quran jadi terpesong.. hurrmmmmm.. apepun hazirah x salahkan A atas persepsinya mungkin dye bagitahu mengikut pengalamannya jadi husnuzhon adalah yang terbaik....

hazirah bermesej dengan A dikala hazirah free.. memang x dinafikan A sering menghantar sms pada hazirah x kira waktu tapi hazirah xmampu membalas semua sms dye cuma ada kelapangan waktu,hazirah akan balas mesej dye.. setiap kali mesej hazirah akan berselang selikan dengan agama.. hazirah banyak bagitahu indahnya hidup dalam cahayaNYA.. tenang sangat... n hazirah kerap jugak cakap dekat dye yang hazirah dah xnak dye simpan rambut cam laki, xnak dah tengok dye berpakaian macam laki n nak sangat tengok dye berbaju kurung n bertudung...
hazirah bagitahu berulang ulang sehingga A pernah cakap yang dye jemu bila hazirah duk sebut sokmo.. 

tapi hazirah x putus ase.. hazirah cuba dan terus cuba.. 
satu hari nie A bagi tahu hazirah yang dye nak jumpa hazirah.. dye cakap dye yang akan datang dekat dengan kawasan hazirah belajar bukan hazirah yang pergi dekat dye.. hazirah berdebar jugak.. xtahu nak decide camne.. hazirah minx waktu sehari untu berfikir..

malam tu sebelum tido, sahabiah satu dorm dengan hazirah semuanya berkumpul atas katil hazirah.. rasanya penuh katil..hu3.. hazirah duk tengah2.. dowg fokus dengan setiap butir bicara hazirah.. hazirah cerita dekat dowg tentang pertemuan yang A harapkan.. 'twins' hazirah yang hazirah namakan B dan N sarankan hazirah menerima jew ajakan tu dan dowg akan temankan.. sahabiah yang len jugak bersetuju.. akhirnya setelah berbincang 6 owg yang bersetuju untuk ikut sama.. 

kami berjumpa di satu tempat yang agak strategik..he3..
ramai owglah.. sahabiah hazirah bila dah sampai ada yang berbunyi sebab takut owg pandang negatif pada kami tapi hazirah yakinkan dowg Allah ada bersama kami..insyaAllah xkan terjadi apa2 n owg xkan pandang negatif pada kami

dari jauh hazirah dapat lihat A sedang bersantai atas moto jew dengan sahabat2nya.. jujur, A xtahu hazirah seowg gadis yang berpurdah justeru kehadiran hazirah bersama beberapa owg sahabiah hazirah yang sebahagiannya jugak turut berpurdah menghadirkan beberapa garisan kerutan pada dahi A yang jelas terkejut.. dye xdapat mengesan yang mana satu hazirah msa tu... hazirah tampil dan menghulurkan tangan untuk bersalaman dengan dye lantas dirinya hazirah tarik kedalam pelukan sebagai saudara seislam dan muslimah..

A nampak terkejut dengan tindakan hazirah memeluk dye.. apa2pun hazirah x kisah apa owg nak fikir.. lagipun hazirah peluk seowg nisa' bukan rijal..!
kalau owg tengok A dengan sekilas pandang, A memang nampak macam laki,tapi bila ditilik betul2 dye sebenarnya seowg nisa'..
kami berjalan beramai2.. sahabiah hazirah memang secara jujurnya dowg nampak x selesa tapi berpegang pada tali persahabtan, kami tetap bersama...


hazirah berjalan bersama dengan A.. terkadang ada jugak tangan A hazirah pegang.. hu3.. memang cari penyakitkan hazirah nie.. apa nak buat.. hazirah xnka dye janggal dengan hazirah... hazirah nak dye rasa yang diri dye seowg nisa' bukan rijal...!


balik dari pertemuan tu, A hantar mesej(masih tersimpan dalam phone lama)(copy n paste jew nie) berbunyi begini


" saya xtahu awak berpurdah.. awak xcakap.. dan saya x sangka awak len dari y len.. lembut awak berserta dengan perbuatan dan suara.. awak pandai melentur owg.. saya x sangka awak seberani tu.. awak berani pegang tangan saya.. awak berani peluk saya.. malah pelukan awak sangat erat bagaikan xde kejanggalan dalam diri awk dgn owg mcm saya.. kalu puan len dowg x seberani awak termasuk kawan awak dulu... saya rasa  macam nak ikut jew cakap awak lepas jumpa awak... best jew tengok cara pemakaian awak n perbuatan awak.. tenang sangat.."

mesej A malam tu membuatkan hazirah tersenyum kesyukuran.. hazirah mula nampak sinar yang A masih boleyh di bimbing dan di bentuk... 
tapi tulah.. terkejut pun ada.. selang beberapa hari, A bagitahu hazirah yang dye 'mencintai' hazirah...fuuh.. parah nie... tapi hazirah xnak mengundur lagi sebaliknya hazirah khabarkan pada A yang hazirah xboleyh membalas perasaan tu sebab secara jujur hazirah xnak dilaknat Allah.. perkataan di laknat tu hazirah besarkan dalam mesej yang hazirah bagi dekat A.. hazirah hanya cakap yang hazirah boleyh mencintai dye tapi hany sekadar sahabat dan saudara seislam bukan sebagai 'kekasih'..
lepas dari tu, A macam melarikan diri dari hazirah,tapi hazirah xpernah cuba untuk berputus asa sebaliknya hazirah terus mencuba untuk menghubungi A...
setiap kali hazirah hantar mesej dekat A,hazirah bagi dalil2 dan hadis berselang seli... sehingga ia tertanam didalam hati A..
sehinggalah A hantar lagi satu sms dekat hazirah yang hazirah posted dekat posted 'muslimah berniqab'..
dye hantar gambar dye bertudung dan berbaju kurung menampakkan wajah keperempuanannya yang cukup comey dan ayu.. masa tu xde apa yang dapat hazirah lakukan melainkan bersyukur dan terus bersyukur seterusnya berdoa moga A terus beristiqamah...
Alhamdulillah.. untuk pengetahuan humaira' A sekarang telah pun masuk kew sebuah pondok untuk mendalami agama.. baru2 nie hazirah ada jumpa dye.. ALHAMDULILLAH... dah berjilbab labuh dan berjubah.. spm baru nie pun dye dapat result yang cukup cemerlang.. hazirah ada tanya nak sambung mana tapi katanya dye nak kekal di pondok.. dye nak dalami ilmu agama sehingga ia betul2 sebati dengan dirinya... dye nak ke bumi para nabi katanya untuk mencari lagi ilmu agama dan beristiqamah dengan apa yang ada...

semasa hazirah jumpa dye, dye menangis teresak esak sambil peluk hazirah.. dye cakap dye betul2 insaf.. dye cakap Allah masih memberinya kesempatan untuk dye bertaubat sebelum dye kembali padaNya..
dye ada jugak cakap yang hatinya kini tenang sekali.. tidak seperti dulu sewaktu dye tersasar...
dye syukur dapat hidup dalam cahayaNya..
kat sini,hazirah nak pesan dekat humaira'
yang utama sekali humaira' mesti kuat.. walau apa pun yang terjadi humaira mesti kuat... hazirah dulu pernah dihina dan dicaci angkara fitnah yang menyatakan hazirah bercinta dengan A,memang hazirah menangis jugak sebab terasa sakitnya apapun hazirah serahkan pada Allah.. hazirah yakin hazirah ada ALLAH... kerana itu hazirah masih mampu berdiri walaupun terkadang masih ada goyangnya...
humaira' kene cuba tarbiah kawan humaira' melalui sms seandainya kalian berjauhan..
humaira ku sayang,
ingatlah perbuatan. perwatakan dan pemakaian yang terjaga secara tidak langsung boleyh berdakwah.. seandainya ada owg terpengaruh dengan tingkah,pemakaian dan akhlak kita dan ingin jadi macam kita jugak, kita dikira berdakwah dan pahalanya jugak akan kita perolehi.. insyaAllah...
oleh tu,seandainya ada kelapangan teruskan berhubungan dengan kawan humaira.. bgi dekat dye kata2 tentang islam agar tertanam di dalam hatinya bahawa islam itu indah dan indahnya hidup dalam cahayaNya..

pondok yang sesuai ye,hazirah x tahu sangat cuma nie yang hazirah senaraikan..
-pondok kubang bujuk manir terengganu
-pondok pulau manis kerteh
-pondok syeikh malik terengganu
- pondok pasir tumbuh kelantan
-pondok lubuk tapah kelantan
-pondok seligi kelantan
-pondok geting kelantan
-pondok tunjung kelantan
-pondok beta hilir kelantan

paling bagus pondok pasir tumbuhlah.. pondok tunjung laq tyme cuti jew ada program...
 
decide yang mana yang terbek.. humaira, nak berdakwah nie banyak caranya tau..hazirah doakan 
humaira' berjaya mentarbiah sahabiah humaira'.. ^_^ 

0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...