tinggalkan jejak anda di sini

How Old I am ^_^

Daisypath Happy Birthday tickers

The Age Of MY Opened Dairy

Daisypath Happy Birthday tickers

Bismillahirahmanirahim..

Alhamdulillah.. masih diberi kesempatan untuk berkongsi sesuatu di laman diari terbuka ni...
ana sekarang sedang meniti bahagia...
Alhamdulillah.. walaupun sulit tapi bahagia tetap ada..

Alhamdulillah..setelah seminggu kembali menjadi penghuni hospital, ana dibenarkan pulang..
sepanjang di hospital, mungkin ana patient yang paling mencabar kesabaran seorang doktor..
tenang...tenang.. jangan sangkakan ana tak dengar cakap doktor ya. 
ana sentiasa mengikuti apa kata doktor(good patient nie..he3(masuk lif tekan sendiri))..

pada awalnya, ana hanya 'ber'appoinment dengan doktor pakar untuk melihat keadaan kesihatan berada di tahap mana..
ya Allah.. garangnya pakar pembedahan orthopedik.. doktor perempuan.. sampai menangis ana di buatnya...
ana tak sempat nak statik kat tepi doktor tu lagi terus kena jerkah...
ya Allah.. kecut perut rasanya..doktor tu berganda jauh lebih besar dari ana.. sekali tolak rasanya terus jatuh macam nangka buruk je..

menyayangi mamaku selamanya..(waktu sihatku.. bulan disember tahun lepas..) selamanya menyayangi mamaku sayang.. sabar saja da melayani karenahku spanjang berada didalam wad.. sabar saja dirinya mengurut badanku yang kesakitan... sepatutnya, aku yang melakukan itu pada ibuku, tapi terbalik pula.. sedangkan aku puteri bongsunya.. jika aku pulih nanti, pasti akanku balas segala jasamu ibu...

mula2 ana cuba tersenyum padanya walaupun disebalik niqab, tapi dah kena marah tanpa sebab terus mati angin nak senyum. tunduk je.. x berani nak tengok muka doktor.. aduh.. rasa dipermalukan dan diaibkan kerana di dalam bilik yang sama ada muslimin...
tapi, ana redha.. bila doktor tu melihat ana menangis, barulah nadanya berubah lembut.. 
ntahlah.. mungkin kurang etika komunikasi atau apa ana xtahu yang pasti dia guna percakapan 'aku mu' dengan patient.. 


saat nie hati sedikit sensitif dan mudah tersentuh.. xtahu mengapa.. slalunya ana sangat sukar untuk terasa tapi... hurmm..
seminggu di wad, ana dibenarkan keluar.. Alhamdulilah..


ohyea, pasti tertanya tanyakan mengapa pada awal penulisan ana tadi ana katakan ana adalah cabaran seorang doktor.. pembetulan sekali lagi, cabaran kepada para doktor muslimin..
melihatkan keadaan ana yang berniqab dan menutup semuanya sekali, doktor2 muslimin kelihatan segan untuk menyentuh ana walaupun berlapik...


yang paling lucu adalah ketika ana di 'ziarah' oleh doktor pakar neurology.. kelihatan masih muda mungkin dalam peringkat akhir 20-an kowt... 
doktor itu sangat tertib dan menjaga batasnya di antara ana dan dia..
sebelum menyentuh kaki ana, dia meminta izin terlebih dahulu.. (ana solurt doktor yang macam nie)..


then, selepas itu, dia ingin melihat kekuatan jemari ana..
masa nie lah nampak gelisah doktor tu sampai ana dan mama tergelak.. ana tenang saja sebab ana teringat kata2 kak ipar ana.. katanya, kalau dalam keadaan darurat,izinkanlan.. memang ana x suka bersentuhan x berlapik tapi nak atau x, ana terpaksa..


gelagak doktor muda itu masih segar dalam ingatan ana.. sampai beliau menggaru-garu kepalanya yang x gatal memikirkan bagaimana dia nak buat untuk menguji tahap kekuatan jemari ana...
last2, nak atau x terpaksa buat..


doktor muda itu mengunjukkan ana dua jemarinya.. jemari telunjuk dan jemari manis.. di suakan.. berkerut dahi ana pada awalnya.. then doktor terus cakap dia nak ana genggam jarinya sekuat yang mungkin. subhanallah.. nasib baik hari tu ana tergerak untuk memakai handsock sehingga menutupi tapak tangan.. berdebar bagai nak luruh jantung.. terpaksa menggenggam jemari seorang ajnabi.. subhanallah...!


tapi apa yang boleh ana buat adalah husnuzhon..
setelah melakukan segala pemriksaan, ana di arah melakukan MRI scanning.. bukan sekali tapi dua kali.. kecuaian doktor membuatkan ana terpaksa di beri ubat tido sebanyak dua kali kerana terpaksa melakukan MRI sebanyak dua kali...

sepatutnya, mereka melakukannya sekaligus, mungkin mereka lupa kowt...
keputusan Mri keluar.. Alhamdulillah.. spine ok.. but saraf tunjang have problem..
ana ingat biasa2 saja.. bila doktor katakan diagnose yang mengatakan ana ada jantung berlubang salah dan mungkin tersilap, ana menyambutnya dengan kesyukuran.. tapi selang beberapa hari, doktor mengatakan kepada ana dengan riak wajah yang bagaikan ingin menangis..

ana berkerut2 sampai dahi.. yelakan.. x pasal2 doktor pula nak nangis.. 
masih ana ingat kata2nya selepas melakukan ujian menguji 'rasa' ke atas pinggang ke bawah..
diltakkannya air panas yang baru mendidih di dalam sebuah plastik  dan di letakkan ke atas belakang ana.. ana xtahu dia guna apa lagi satu then dia tanya " rasa tak dik..???"
ana mengangkat wajah dan berpaling padanya also ask her " rasa apa..???"


apabila keluar persoalan'rasa apa' dari mulut ana, maka tahulah doktor tersebut yang kaki ana xboleh detect kepanasan air panas tu... doktor yang membahasakan dirinya kakak, meninggalkan ana bersendirian didalam sebuah bilik dengan keadaan air panas itu masih ada di belakang ana.. sebelum mninggalkan ana, kakak itu ada cakap, kalau panas, panggil nah.


hampir setengah jam kowt ana kat dalam.. ana x rasa panas pun.. cuma suam2 jew.. bahkan ianya menyebabkan ana sedap je tido sementara tunggu kak tu datang balik...he3
bila kak tu datang balik, kak tu pula terkejut tengok ana sedap je tido..

"dik..! x rasa panas ke..????"

ana hanya membalas dengan gelengan.. kkak tu akui yang xpernah ada patient yang x rasa panas apabila di letakkan air panas.. ana adalah patient pertamanya...
dia kluar dan meminta ana baring sementara menunggu dia datang balik.. aku hanya menurut...

dia datang kembali dengan wajah sedih dan nak nangis...
toing..toing.. bagaikan ada tanda soal muncul kat atas kepala ana nie masa tu..he3..
kot2lah kakak tu nak kongsi masalah dia dengan ana kan..???ana sentiasa terbuka jika ada yang ingin berkongsi cerita dengan ana..

lama tu dengarlah dia mengeluarkan kata semangat..

"kak harap adik kuat semangat tau.. jangan lemah semangat.. lawan sakit adik nie.. sakit adik kena lawan dengan kekuatan dan semangat untuk hidup... tabah nah..."

masih ana ingat bicaranya.. ana bangun dan menyandar.. bertanya.. kenapa..???

" penyakit adik jarang2 orang yang kena.. semua report adik akak hantar ke bahagian neurology.. adik, kuat ye. sakit adik makan dalam senyap.. selalu tulis diari, kalau boleh hari2.. berlatih berjalan.. kalau sakit pun, lawanlah.. jangan ikut keadaan yang sakit.. adik sekarang mungkin hilang deria rasa dan imbangan badan.. lama2 nanti sakit nie makin buat adik teruk sehingga adik lumpuh.. bila adik dah lumpuh bahagian pinggang ke bawah, sakit nie akan 'makan' bahagian pinggang ke atas pula...."

mata kakak tu nampak berair.. ana yang mendengarnya ntahkan mengapa, langsung x rasa sebak atau sedih walaupun ana berdepan dengan risiko yang boleh menggelapkan masa depan ana kelak..
ana hanya rasa tenang, bahkan boleh tersenyum ceria ketika mengetahui itu.. ana di arah melakukan fisioterapi sekali seminggu.. tapi sekali buat memakan tempoh masa 2 hingga 3 jam..

bila balik, ana khabarkan statement doktor tu kepada kakak angkat ana yang mengambil bidang perubatan.. katanya itu penyakit "SPINOCEREBELLAR DEGENERATION / CEREBELLAR ATAXIA"..

kak sya kelihatan sedih dan terkejut.. katanya sakit tu xpernah ada ubat.. tapi kuat semangatlah untuk lawan bagi expandkan penyakit tu daripada buat ana lumpuh..
ana hanya tenang mendengarnya.. xtahu knapa.. x terlintas untuk sedih.. hati berpegang pada hikmah Allah di sebalik semua yang berlaku...
ianya masih dalam kajian doktor pakar.. semua mengharapkan akan ada penemuan kesilapan sebagaimana penyakit jantung berlubang dulu... ana hanya senyum... begitu Allah menyayangi ana... sangat menyayangi..

dengan keadaan ini, ana langsung x terlintas untuk fikir benda lain kecuali pelajaran, hidup dan mati..  dunia dan akhirat... sekarang, tengah berusaha untuk berjalan balik.. walaupun susah rasanya nak imbang badan, tapi ana yakin, satu hari nanti, pasti boleh jalan...! pasti...!
nak belajar lagi... nak sangat belajar sehingga berjaya menggenggam pHD...

mama pun selalu bagi kata2 semangat.. !




LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...