tinggalkan jejak anda di sini

How Old I am ^_^

Daisypath Happy Birthday tickers

The Age Of MY Opened Dairy

Daisypath Happy Birthday tickers

Bismillahirahmanirahim... usai study, ada sedikit waktu untuk menulis lagi..
syukron kak sya atas peneguran bahasa.. hu3..
dah agak dah dari awal yang mungkin akan ada yang tak faham sebab ada ayat yang hazirah tak boleh nak translated, hazirah guna khidmat 'pak cik google' yang memang lurus tu...

how i could know..???
how i can't know, sedangkan bila baca balik, hazirah pun naik terpusing untuk faham apa yang hazirah tulis..
hu3...
learn from mistaken...
insyaAllah.. will have the improvement...

hazirah ada tinggalkan email pada satu blog international health..
memberitahu secara jelas yang i'm one of individual that have the MS..
banyak email2 kesihatan yang yang masuk.. terkadang, yang tidak berkaitan dengan hazirah pun turut masuk..
tapi, tidak mengapa, ilmu perlu sentiasa di carikan..??? ^_^

APAKAH YANG DI MAKSUDKAN DENGAN MUTIPLE SCLEROSIS(MS)..???


: MS adalah penyakit kronik yang menyebabkan kerosakan pada saraf di dalam spinal cord, otak dan saraf optic(saraf mata). sistem saraf pusat terletak di otak yang ni, ramai yang salah anggap yang menyatakan saraf pusat terletak di spinal cord. Sclerosis mean scarring, dan ini menyebabkan pengidap MS mengalami tindak balas tisu2 di dalam badan seterusnya membawa kepada kerosakan saraf.  MULTIPLE mean tak semua tempat terkena serangan MS.. kata doktor hazirah, MULTIPLE ini merujuk kepada tempat2 yang tertentu sahaja.. bergantung pada bahagian mana berlaku, symptons seperti masalah dengan kawalan otot2 badan, keseimbangan badan, pengelihatan atau kesukaran untuk bercakap akan berlaku.

SYMPTONS MS-WEAKNESS/NUMBNESS-


: kerosakan saraf boleh menyebabkan pesakit itu terasa lemah pada bahagian lengan atau kaki(like me), sering mengalami kebas2(sesiapa sering mengalami kekebasan, dont take easy ok.. terus jumpa doktor. mungkin disebabkan oleh saraf), hilang keseimbangan badan( contohnya, bila tengah syok je berjalan2, tiba2 je terjatuh atau terbabas nak jatuh), pesakit jugak akan sering mengalami kekejangan otot dan ketar2 (ala2 parkinson gitu).. symptons ini, seandainya tidak di awasi dengan baik dan teliti, boleh menyebabkan pesakit kerap tersandung atau mengalami kesukaran untuk berjalan normal seperti manusia biasa yang lain2..^_^

SYMPTON : MASALAH PENGELIHATAN

jelas x imej camne saraf mata bersambung ngan NSC..??

: lebih daripada 50% dari pengidap MS seluruh dunia mengalami masalah pengelihatan.. atau lebih dikenali sebagai radang pada saraf mata. atau dengan istilah para doktr, OPTIC NEURITIS OF MULTIPLE SCLEROSIS. optic neuritis menyebabkan pengelihatan menjadi kabur, sakit mata, buta, dan kehilangan kemampuan untuk membezakan warna. kebiasaannya, optic neuritis adalah bersifat sementara tapi sangat cenderung untuk meningkatkan kadar neuritis dalam masa beberapa minggu sahaja.  kebanyakan kes yang di tunjukkan oleh pengidap MS, masalah pengelihatan merupakan 1st sympton yang menunjukkan serangan MS.

SYMPTON MS : KESUKARAN UNTUK BERCAKAP


: menurut kajian yang di jalan, jumlah pesakit MS yang mengalami kesukaran untuk bercakap adalah kurang daripada yang mengalami masalah neuritis, sesetengah pesakit MS (yang terpilih ^_^) akan mengalami masalah pertuturan yang tidak jelas. misalnya, dia bercakap,dia rasa dah sampai pada point dan jelas, tapi orang yang mendengar apa yang dia katakan langsung tak faham kerana kedengaran setiap patah yang di ungkapkan adalah tidak jelas.
masalah ini berlaku apabila MS menyerang pada saraf  yang membawa ucapan dari otak kepada mulut. sesetengah orang juga, akan mengalami masalah untuk menelan dan disebabkan itu juga hazirah dipesan dari awal agar berhati-hati setiap kali makan, minum dan menelan air liur.. kerana tersedak boleh membahayakan nyawa pengidap MS.

SYMPTONS LAIN

: MS boleh menyebabkan ketajaman minda seseorang pesakit menjadi tumpul atau dengan istilah lain adalah lembap. hu3
berdasarkan pengalaman hazirah, hazirah mengambil masa yang agak lama untuk berfikirkan jalan penyelesaian untuk satu soalan yang mudah. mengikut teory perubatan juga sama, hampir separuh daripada pengidap MS mengalami masalah ini.. tapi, masalah ni tak kekal lama. alah,Allah nak main jentik2 je ngan kita.. sabarlah.. cewah.. senang je cakap sabar, hakikatnya menangis juga pada peringkat awal apabila mula perasan otak ini mula lembap. tapi semua tu tak lama. sikap yang suka mencabar kemampuan diri menyebabkan lama2 otak semakin 'terasah' dan semakin pick up.
gejala2 lain ada, hilang ingatan..
haa.. nie nak tegaskan di sini. bila hazirah mengalami lost memory, ramai yang cuba uji hazirah dengan ingat hazirah dah lupa tentang solat, hukum2, apa yang di baca dalam solat, kalam2 Allah..
hakikatnya, lost memory yang di alami pengidap MS adalah tidak begitu teruk sebenarnya..  fakta doktor juga begitu.. sering kali doktor ungkap 'awak jangan risau. it's will be much better soon'..
sebagai contoh, yang hazirah alami sendiri.. hazirah hanya lupakan kisah lampau dan orang2 yang hazirah tak jumpa dalam masa yang terdekat dengan hazirah sakit dulu.. itu sahaja.. namun, bila cuba untuk ingat kembali, ianya agak sukar. nama2 orang yang ingin hazirah ingat mereka kembali pun hazirah perlu hafaz balik..
bukan itu sahaja, MS boleh menyebabkan pesakit itu sukar untuk menumpukan perhatian ketika melakukan sebarang pekerjaan..

tiada siapa yang tahu ketententuan dari ILahi..
andai aku perlu mengulang lagi, aku redha dan pasrah..
semuanya beranggapan aku bakal mengulang kembali pembelajaranku selama 2 tahun di  PRA-U lantaran diri mengalami
masalah daya ingatan..
walaupun hati sedih tatkala mendengar perkataan 'mengulang lagi 2 tahun',
aku cuba untuk ikhlas kan hati..
aku cuba memujuk hati untuk menerima ketentuan yang INDAH dari ILAHi..
seandainya benar aku cintakan ilmu,
kenapa perlu malu..???
malu dengan pandangan manusia..??
ahhh.. persetankan...! pandangan manusia tidak membawa kesyurga,
sebaliknya, pandangan Allahlah bakal membawaku ke syurga andai aku redha dan pasrah dengan takdirNYA..
kuatkan aku dalam menempuhi hidup penuh ranjau ini YA ALLAH...!

misalnya belajar.. hmmmm
hazirah sendiri akui, even hazirah memahami apa yang hazirah belajar, tumpuan hazirah kerap beralih kepada sesuatu yang lain.. walaupun sentiasa mencuba untuk fokus, fokus tu bagaikan di curi2 oleh sesuatu.. kadang2, even dah faham sesuatu yang di pelajari, hazirah perlu ulang2 banyak kali untuk pastikan apa yang di pelajari lekat di dalam minda as preparation untuk menghadapi peperiksaan bulan hadapan.. namun, kegusaran itu sentiasa ada bila setiap kali hazirah cuba belajar lebih masa dan kurang tidur, badan hazirah mula tunjukkan feedback negative iaitu, kaki yang sudah semakin kuat, menjadi lemah.. tangan mengalami kekejangan, dan mata menjadi kabur..
semuanya hazirahh serahkan kepada Allah.. andainya ditakdirkan relapse, apa boleh hazirah buat, mungkin tempoh untuk ke alam universiti akan menjadi jauh balik seandainya takdir menyatakan hazirah perlu relapse kembali 2 tahun..
malu andai perlu relapse..??? pada awalnya memang fikir begitu, tapi hazirah tahu itu hanya bisikan syaitan.. dush2.. pergi main jauh2.. (i said to the evil). kenapa perlu malu dalam menuntut ilmu../??? mungkin tempohnya menjadi panjang namun pahalanya juga akan menjadi makin banyak jugakkan jika kita ikhlas..??? ^_^

STROK VS MS


cuba bezakan sendiri perubahan pada otak oleh pengidap MS dan STROKE..

: kekeliruan, pertuturan kurang jelas, dan kekejangan otot, boleh menjadi sympton2 MS.. namun, sympton2 ini boleh juga menjadi sympton2  untuk serangan strok. sesiapa sahaja yang mengalami masalah pertuturan dan masalah untuk menggerakkan badan secara tiba2, sila berjumpa dengan doktor secepat mungkin ya untuk mengambil beberapa ujian untuk mengenal pasti tanda2 itu adalah tanda2 attack dari MS atau strok. strok,seandainya di berikan rawatan awal, boleh memberi peluang yang agak cerah kepada pesakit untuk sembuh.. namun, untuk pengidap MS, even di beri rawatan , ubat yang di berikan hanya untuk melambatkan serangan yang seterusnya sahaja..

BAGAIMANA MS MENYERANG..???

kemusnahan myelin..

: di dalam badan pengidap MS, sistem imun badan sendiri yang menyerang gentian / myelin yang mengeliling saraf di otak.,spinal cord(saraf tunjang) dan saraf optic.. myelin bertindak sebagai penebat kepada saraf dan membantu menghantar isyarat yang berfungsi untuk menggerakkan anggota badan, percakapan,  dan lain2. apabila myelin dimusnahkan, tisu yang terbentuk dan isyarat dari otak tidak dapat dihantar dengan betul.

APAKAH YANG MENYEBABKAN MS..???

: pokok pangkalnya, apakah yang menyebabkan MS masih menjadi misteri.. tapi mengikut teory terbaru yang hazirah baca pagi tadi, doktor2 melihat kepada beberapa trend yang sangat mengejutkan.. ia melibatkan kawasan2 yang jauh dari khatulistiwa termasuk scandinavia dan bahagian2 utara eropah. mengikut pembacaan hazirah yang lepas2, bahagian utara eropah kurang mendapat cahaya matahari(i thinkla.. kalau salah betulkan.. ^_^) mungkin kekurangan vitamin sihat daripada matahari kot..?? sape2 belajar biology mesti ingat lagikan..??? matahari juga menghasilkan vitamin yang sihat untuk badan.. p/s, mentari pagi sahaja ok.. yang tengahari dan petang tu, dah boleh bawa kepada penyakit dah tu..he3
ha3.. baru buat teory sendiri, buka tab theory MS, ye sungguh.. masalah kekurangan vitamin D dan menyebabkan gangguan pada autoimun.. namun begitu, theory yang lebih kuat adalah menyatakan masalah MS berpunca daripada genetic..

SIAPAKAH LEBIH CENDERUNG UNTUK DAPAT MS..???

: theory kali ini jugak tetap sama.. betapa Allah begitu sayangkan hambaNya yang bernama wanita.. theory yang hazirah jumpa kali ini juga menyatakan yang perempuan 2 kali lebih cenderung untuk dapat MS berbanding lelaki.. istimewakan perempuan di sisi Allah..??? dalam al-Quran pun ada cakap tentang nie...
theory yang baru menyatakan, walaupun ia menyerang semua kaum, namun MS lebih cenderung untuk menyerang bangsa yang berkulit putih (like jepun, US dll)..
pesakit yang cenderung untuk dapat MS adalah berusia 20 hingga 50 tahun...

hmmm.. teringat pada seorang kakak yang berusia 23 tahun.. 1st attack MS, dia macam hazirah.. terus tak dapat jalan.. terus 'manja'kan diri untuk tidak berusaha melawan balik lumpuh yang bagi hazirah bersifat sementara.. sedih bila teringatkan kakak tu.. if dia berusaha sikit lagi dengan sabar dan diiringi doa, hazirah yakin, dia boleh untuk berjalan balik seperti hazirah dan kak fara.. tapi, kakak tu putus asa sebelum berjuang..! impaknya, anggota badannya dari pinggang ke bawah mula mengecil dan potensi untuk kembali berjalan pasti semakin kecil.. menurut doktor yang merawat hazirah, sekarang nie, kakak tu hanya mengharapkan sebuah kematian kerana hidupnya sepenuhnya pada kerusi roda.. T_T
dia letih berusaha kata doktor.. semoga akak masih ada ruang dan peluang untuk sembuh ya kak..

DIAGNOSIS MS

nak masuk 'gua ajaib' nie, hazirah perlu diberikan ubat tidur sebelum masuk.. trauma pada tempat kecik.. hehe

: beberapa ujian sering digunakan untuk di kaitkan dengan sejarah perubatan dan pemeriksaan neurologi untuk diagnosiskan MS.(ayat macam poning jewp.. nie pemahaman saya ye.. xafaham boleh tanya.. hehe)
lebih daripada 90% pengidap MS boleh di lihat secara jelas melalui MRI mengalami 'scar tissue' . keadaan spine boleh diperiksa melalui MRI juga untuk melihat ketidaknormalan pada saraf tunjang. ujian untuk melihat impuls saraf juga boleh membantu untuk buat diagnosis.. tu kalau ujian tu dilakukan ketika, weakness n numbness tengah menyerang, kalau tidak n badan tengah kuat, ujian tu takkan menjadi jugakkan..???

BAGAIMANA PROSES MS..???

:  corak proses MS berbeza mengikut pesakit.. tak semestinya, bila mengalami penyakit pelik yang sama, keadaannya juga sama.. theory perubatan menyatakan keadaannya berbeza mengikut keadaan2 pesakit..
wlaupun berbeza, kebanyakan dari pengidap MS dapat mengawal penyakitnya dengan cepat mendapatkan rawatan.. ^_^ seperti hazirahlah.. bila kena kali kedua, terus dapat treatment.. he3.. tupun, beberapa kali menangis sebab sakit tau.. makan tak lalu sebab lidah terasa sangat pahit.. sebab tulah berat badan terus turun secara mendadak.. nurse sampai kesian.. tapi nak buat macam mana.. perut tak lapar pun sebab semasa steroid di masukkan, glucose di masukkan sekali..

selebihnya, theory nie menceritakan tahap2 yang sama seperti post yang lepas.. he3

MS DAN CUACA

: kajian yang dijalankan menunjukkan yang penyakit ini akan lebih aktif ketika musim panas.. Alhamdulillah.. untunglah hazirah di malaysia.. beriklim khatulistiwa dan sederhana.. tidak terlampau panas dan sejuk..
glurrrp... haba dan kelembapan yang tinggi yang bersifat sementara juga boleh memburukkan lagi keadaan...
err.. betul ke..????
agak2 malaysia begitu ke keadaan cuaca..??/ he3
suhu yang sangat sejuk dan berubah secara tiba2 juga boleh menyebabkan keadaan pesakit MS menjadi semakin teruk.. alamak, nanti, bila dah ada rumah sendiri tak bolehla nak ada aircond.. alamak..! kalau macam tu, tak bolehla nak g negara 4 musim... T_T

apa hazirah kisah semua tu.. selagi rasa diri mampu, yup cabar diri kita keyh..
jangan rasa lemah kerana hanya 'diiktiraf' sebagai pengidap sakit kronik..  sakit tu, as ticket dari Allah untuk kita buat persediaan secukupnya untuk menghadapi saat PERTEMUAN YANG ABADI..

TREATING MS ; MEDICATION

: walaupun sudah di nyatakan dalam kebanyakan theory penyelidik2 yang MS tidak mempunyai sebarang penawar sehingga kini, tapi 'mengubahsuai ubat-penyakit' telah berlaku untuk mengurangkan tempoh serangan MS terhadap seseorang pesakit. penggunaan ubat2an berkenaan boleh mengurangkan kerosakan pada saraf otak dan saraf tunjang.. tapi setahu hazirah boleh bagi side effect pada buah pinggang pula..
apabila serangan berlaku, sejenis ubat yang hazirah ambil dulu, namanya corticosteroids yang berdos tinggi akan di berikan untuk mengawal attack dan memanjangkan tempoh attack..
hazirah bermula dengan 12 dos.. uhu.. doktor kata mungkin boleh jarakkan sehingga bertahun baru akan 'dapat' attack seterusnya, tapi hazirah rasa attack hazirah setiap 6 bulan.. uhu.. mata dah mula blurred balik... adeh.. T_T
sabarlah.. sikit lagi.. lepas exam next month akan pergi 'serah diri'..
banyak ubat2an lain dibekalkan kepada pesakit MS untuk mengawal kekejangan dan kesakitan pada tulang belakang..

MS nie menyababkan sakit belakang teruk tau.. hazirah sendiri sampai hari ini dan detik ini sering sakit, tapi mampu bertahan lagi.. kadang2 bila tak tahan, hazirah telan celebrex untuk kurangkan kesakitan.

TREATING MS : THERAPY PHYSICAL

: seandainya MS menjejaskan kekuatan kaki, menyebabkan kehilangan pada imbangan badan dan sering kekejangan otot, pesakit MS perlu mendapatkan khidmat physiotherapist untuk membantu mengembalikan kekuatan kaki, imbangan badan dengan cara2 yang sepatutnya..
terapi pekerjaan boleh membantu pesakit mengekalkan penyelarasan di tangan untuk berpakaian dan menulis. Dan jika pesakit mempunyai masalah bercakap atau menelan, terapi pertuturan boleh membantu. semuanya ada penyelesaian..
setiap masalah, ada solusinya.. jadi, yakinlah..!

COMPLEMENTARY FOR MS

: akupuntur dapat membantu melegakan kekejangan otot dan back-pain.
maklumat2 lain  ada yang menyatakan manfaat daripada suntikan lebah racun. satu kajian yang dijalankan  selama 24 minggu, tidak menunjukkan peningkatan dalam kecacatan, keletihan, atau bilangan serangan MS.
betul atau tidak, ALLAHUA"LAM.. he3...

MS DAN KEHAMILAN..

terasa gambar ini agak 'nakal'.. he33.. adeh.. segan2...


: glurpp.. sensitif rasanya tajuk yang nie.. hu3...
Alhamdulillah.. secara umum, banyak doktor bersetuju seandainya pengidap MS mengandung.. ^_^
kajian yang dijalankan  menunjukkan tiada peningkatan dalam komplikasi ketika mengandung dan MAHA HEBAT DAN SAYANGNYA ALLAH, kajian jugak menunjukkan, ketikapengidap MS mengandung, dan ramai wanita mendapati diri mereka tidak mengalami begitu banyak symptons MS ketika mengandung.. Allah.. Allah... sayangnya Allah...
tahap hormon dan protein yang tinggi may suppress the immune system, dan ini boleh mengurangkan jumlah attack..^_______^
tetapi, kepada pengidap MS yang dah kawen, it's better u meet ur neurologist before u get the pregnancy.. sebab ubat2an MS tidak boleh di gunakan ketika mengandung dan menyusukan anak.. sebab ia boleh bagi side effect pada janin dan baby..
tapi, kena sentiasa alert ya sebab potensi untuk attack selepas bersalin sangat tinggi..

salam ukhuwah ila jannah fay sayang.. seronok dapat kawan dengan fay.. ^_^

teringat pada sohabiah tersayang.. Fayyadhah 'Aqidah.. cantik namanya secantik tuannya.. Allahurabbi.. indah sekali ciptaan Allah...
fay pelajar perubatan tahun dua di JUST IRBID.. terasa rapat jalinan ukhuwah bersamanya.. semalam cakap2 dengan fay.. pukul 7 lebih dekat jordan, pukul 12 lebih dekat malaysia.. lama kami bercakap2..
ya Allah.. seronok sangat dapat cakap dengan fay..
walaupun agak malu2 pada awalnya, keramahan fay buat hazirah cepat selesa dengannya.. ^_^ syukron sayang...
fay call sebab hazirah nak tanya sesuatu tentang perubatan.. Alhamdulillah.. fay tak lokek dengan ilmu.. ilmu perubatannya di kongsi bersama-sama..

sebenarnya, hazirah ada dapat inbox dari kak fara yang memberi 'nasihat awal' kepada hazirah about pregnancy.. adeh.. malunya nak catat kat sini.. luruskan niat kerana perkongsian ilmu hazirah...
walaupun hazirah rasa pernikahan itu suatu perkara yang jauh dari perancangan hazirah, tapi tidak salah seandainya persiapkan diri untuk apa yang akan berlaku pada masa akan datangkan..???

kata kak fara, bila hazirah berkawen kelak n di takdirkan mengandung.. ehem.. adeh...
kak fara minta hazirah melakukan procedure mengira cromosome janin.. seawal trimester pertama.. kerana bayi yang di lahirkan sangat berpotensi untuk mengalami masalah spine atau kecederaan spine.. glurrpp..
agak ngeri jugak dengar tu..
tapi, kenapa perlu takut..?? yakin pada Allah... kalau cromosome tak cukup, doktor akan minta abort sebelum bayi yang dilahirkan ada apa2 masalah..

seandainya ditakdirkan kembar, potensinya menjurus kepada satu janin sahaja.. dan satu janin lagi akan sempurna dan boleh teruskan kehamilan even perlu berdepan dengan berita kematian salah satu janin.. 6^_^ hanya mampu tersenyum bila meneliti nasihat2 kak fara.. kak fara sangat alert juga dengan hazirah memandangkan hazirah juga muda..

banyak yang tak sampai pada minda hazirah dan hazirah meminta bantuan fay untuk menerangkan.. pada awalnya ingin chatting jew, tapi fay called.. he3..
segannya bertanya secara terus, tapi fay bijak memujuk dengan menyatakan ilmu, dan tak perlu malu..^_^ syukron sekali lagi fay sebab pandai menenangkan yus...
hazirah cuba buka minda dengan cuba bertanya dan cuba singkirkan perasaan malu..

hazirah tanyakan tentang pengiraan cromosome mengikut kaedah perubatan..
diceritakan satu persatu.. Alhamdulillah.. dapat lagi satu ilmu di situ.. selesai soal yang haziah tanya, fay pula tanya camna hazirah attack MS.. he3..
untung baca balik sejarah camna kena MS, jadi bolehla cerita balik ke fay...

terkejut.. fay nangis.. sensitifnya nilai persahabatan yang ada dalam diri fay.. sahabat seperti inilah yang sangat hazirah perlukan.. boleh nangis sama2, suka2 sama2.. kan fay..??
tapi kita dipisahkan antara garisan medditeranean.. persahabatan kita terlalu jauh jaraknya tapi yus yakin, hati kita sangat dekat...

segan juga bila fay kata sahabatnya bertanya 'seandainya sekarang, dalam tempoh hazirah dalam keadaan kritikal lagi sebagai pengidap MS, ada yang datang pinang, hazirah terima tak..??'

soalan itu agak menyentap jantung.. hu3..
segan mendengarnya namun cuba jawab sedaya termampu..hu3.. lidah kelu untuk mengatakan apa2 jawapan.. kesudahan, melalui mesej hazirah jawab..

TERUSKAN BERUSAHA UNTUK BERJALAN DENGAN MS..

: mejoriti pengidap MS boleh terus berjalan even mengalami lumpuh atau ketidakimbangan badan..
seperti hazirah sendiri, di saat doktor menyarankan hazirah menggunakan kerusi roda untuk membantu pergerakan, tapi hazirah langsung tak tergerak hati untuk menggunakan kerusi roda.. it;'s better menggunakan bantuan tongkat kerana itu boleh membantu menstabilkan imbangan badan..
mengikut fakta yang hazirah dapat, kebanyakan pengidpa MS menggunakan bantuan kasut orthotic(kasut apa nie hazirah tak tahu..he3) dan tongkat.. seperti hazirah, kaki sebelah kiri sangat lemah dan sebelah kanan agak kuat.. dulu, hazirah menggunakan bantuan tongkat untuk kuatkan kaki sebelah kiri...

walau bagaimanapun, if keadaan dah agak teruk dah.. gunalah wheelchair yang ada elektrik tu untuk memudahkan pergerakan..
jangan terlalu paksa diri jika tak mampu.. tapi berusahalah selagi mampu.. ^_^

PEMERHATIAN TERHADAP MS..

: hazirah nak senyum sampai ke pipi.. dulu, dktor jangka hayat hazirah cuma 5 tahun since hazirah dapat tahu hazirah pengidap MS.. tapi fakta ini buat hazirah lega...! tersenyum n happy..!

menurut fakta ni, kebanyakan pengidap MS mampu hidup dalam jangka hayat yang normal atau hampir normal..walaupun keadaan persekitaran menyukar pengidap MS untuk menyelesaikan sebarang tugasan, tapi dimana ada kemahuan di situ ada jalannya..! yang pastinya lagi, semua itu tidak akan membawa kepada situasi yang teruk...

terima kasih kepada ubat-ubatan yang berkesan, terapi pemulihan, dan alat-alat bantuan, ramai pengidap MS kekal aktif, mampu bekerja, dan bahagia dengan keluarga mereka dan aktiviti-aktiviti kegemaran.

Alhamdulillah.. maha HEBat kuasa ALlah..
betapa Allah sayang kita..!

kuat semangat semua...!

salam sayang... ^__________^










LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...