tinggalkan jejak anda di sini

How Old I am ^_^

Daisypath Happy Birthday tickers

The Age Of MY Opened Dairy

Daisypath Happy Birthday tickers

Bismillahirahmanirahim...

Assalamualaikum.. w.b.t.

Salam sayang dan salam lebaran buat semua readers yang dikasihi..




pejam celik, berakhir sudah ramadhan yang dirindui.. bertandang si syawal memberi nikmat bahagia kepada semua..
bagaimana dengan syawal sahabat2 hazirah nie..?? meriah tak sayang..???^_^ harap meriah ya.. pasti semua seronok menyambut lebaran inikan.. anak2 di rantauan pulang ke desa untuk menyambut lebaran bersama keluarga yang di kasihi... macam mana dengan aktiviti ziarah kalian...??? harap berada dalam keadaan baik ya.. kalau tersekat dalam traffic jam tu biasalah sebab, kan ramai yang menggunakan jalan raya untuk beraya.. ^_^

how about me..???
^_^.. lebaran kali ini terasa istimewa dengan keadaan yang jauh lebih istimewa berbanding dengan keadaan2 yang sebelum ini.. hazirah hanya beraya di rumah, namun hazirah tak pernah sepi beraya dirumah kerna saban hari, ada saja orang datang berziarah.. dan Alhamdulillah.. ziarah mereka lebih kepada pertemuan untuk melihat keadaan hazirah sendiri bagaimana...

airmata abah mengundang sendu di hati hazirah..



wali ku.. takkan pernah aku membelakangi waliku ini dalam apa jua tindakan ku.. dia punca redha Allah ke atasku.. andai dia redha, maka Allah jgk akan redha padaku.. dialah kekasih mama^_^



1 syawal, 
pagi itu kebangkitan dari tidur agak terlajak dari biasa sebab letih.. hazirah tidur lewat, bangun pagi itu pun kalau kakak x kejutkan confirm tak bangun...hu3..
abah dah pergi kubur dah dan mama dah siap2 nak gi semayang sunat raya dah...
hanis najihah dah cantik berbaju kurung..
sedih lorh sebab ammar zafran tak beraya dengan che su sebab ammar zafran balik kampung dia kat terian pahang...

baju raya hazirah tak siap.. sedihnya.. tapi tak mengapa lagipun hazirah hanya berada  di rumah saja.. hazirah tengok family abang long sedondon pakai baju kurung ungun gelap, setahu hazirah, hazirah ada jubah ungu gelap, hazirah cari2 n jumpa. Alhamdulillah.. sedondon 100% ngan dak kecil najihah... ^_^

pagi tu jugaklah baru nak iron baju, punyalah last minute buat kerja.. pastu cari2 tudung pula, hmm.. jilbab hitam tak sampai lagi, jadi pakai tudung bidang 60 sajalah.. pusing satu rumah hazirah mencari tudung tak jumpa padahal tudung tu ada dalam almari sendiri je.. biasalah bila penyakit lupa datang... jenuh mencari tau.. padahal duk depan mata je tudung tu.. bila jumpa, hazirah buka dan layangkan, ya Allah, macam mana boleh ada cop nie(kesan hangus kena stareka)..
lama hazirah duk pikir, hu3.. nie mesti ada kes hazirah tak ingat nie p tetap gak hazirah ambik tudung tu.. pandai2lah hazirah adjas yng ada cop tu...


najihah kena peluk ke che su.. haa.. nak lari mana..!^_^


pagi raya semuanya ceria nak2 dengan karenah si kecil najihah yang agak melucukan.. bermacam ragam di keluarkan si comel tu.. gelepar hanis najihah kena peluk ke che su pagi tu.. si kecil, bila dah dapat kaki pasti nak berlari, seperti budak nielah.. duk main kejar2.. mula2 ajak che su, p che su tak mampu nak berlarilah sayang, tapi che da dia pula ambil alih.. kejar2 najihah.. sampai letih kawan tu..

tengahari sikit, mula ramai yang datang.. huhuhu.. awal sekali yang serbu pak zuan.. adik ma.. hmm.. takut nak pergi salam mula2 tapi abah panggil n desak suruh pergi salam.. kata abah itu pak saudara.. Allahurabbi.. rasa takut sangat.. takut tersalam dengan orang yang haram pula...

abah sempat bertanya either kenal atau ingat tak dekat pak saudara tu.. glurrpp.. otak jadi blurr.. xtahu nak tafsir camne yang pasti memang tak boleh ingat apa2 pun..
la ke tengahari, 2 rombongan datang beraya.. masa tu dah pecat tudung dah.. aduh...! baru nak tidur masa tu..uhuhu
cepat2 bangun masuk bilik(ingat nak sambung tidur balik..he3) masuk je bilik, kakak datang kata dorang semua nak jumpa hazirah.. hah..???
aduh.. xtahu nak saut tudung mana, last2 hazirah ambik je tudung alya sarah..hi3(nie promote secara percuma..he3) tudungnya labuh tp xdelah selabuh jilbab tapi cukup untuk menutup apa yang islam suruh tutup ^_^

keluar je terus pergi salam.. hati2 meniti setiap anak tangga takut tergelincir sebab hazirah pakai jubah, takut terpijak jubah, ha naya tu.. salam ngan semua, hazirah nampak baby..! ya Allah.. sihat sangat2 baby tu... comel pula tu.. baby boy.. juz 3 month.. ^_^.. ingat dekat ammar...
hazirah salam2, semua orang duk pushed hazirah tanya hazirah ingat tak, ingat tak.. betul nie tak ingat..??? betul nie..??? selalu jumpa nie... betul tak ingat...???

ya Allah, bertakung airmata hazirah menahan rasa sebak.. hazirah betul2 tak mengenali mereka.. ada yang menitislan airmata.. hazirah sempat tengok abah, abah kesat matanya bila hazirah mengungkapkan 'tidak mengenali'.. abah menangis..! abah.....
ni pertama kali hazirah melihat abah menangis..

masa petang pula, adik abah juga yang datang.. kus.. garangnya muka.. tenung hazirah macam nak telan, takut hazirah nak pi salam sampai abah datang n tarik hazirah.. abah duk tepi hazirah.. hazirah salam ngan pak teh. dia pegang tangan hazirah tak nak lepas, hazirah takut.. hazirah rasa lain.. hazirah rasa macam hati hazirah ketakutan dengan genggaman itu.. cepat2 hazirah tarik tangan hazirah dari genggaman adik abah..

banyak yang disoalkan.. hazirah hanya jawap dengan elengan... abah menepuk2 belakang hazirah.. bila hazirah kat dapur, abah tanya lagi either kenal atau tak, bila hazirah eleng, abah menepuk bahu hazirah n cakap 'xpew'...hmmmm

hari raya pertama dan kedua suasana hampir sama..
saudara mara tak seorang hazirah kenali.. even tok sendiri pun hazirah tak kenal.. che wo menangis sebab cucu dia dah tak kenal orang.. pak ngah datang, lengan mama kemas hazirah pegang sebab ketakutan.. mama pujuk2, abah pun pujuk2.. pak ngah sendiri pun duk cakap 'pak saudara awaklah.. pak ngah awak nie'..

aduh... rumitnya...
dua hari berhari raya, malam raya kedua, hazirah demam mengejut.. batuk mengejuk, selsema secara mengejut.. semuanya mengejut./.. mungkin otak pressure.. 
raya ketiga, sahabiah datang pun tak dapat nak layan sangat.. hu3.. finally, dapat peluk si kembar... comel sangat anak2 hazirah tu...^_^ dorang baik.. dengar cakap.. main ngan hazirah pun elok2 je tak buas2..
faham keadaan ummi ye sayang..

walaupun keletihan kerana suhu badan terlalu tinggi, tapi as for me, bayi adalah penawar kepada semua penyakit yang hazirah hadapi... boleh sembuh sekelip mata je walaupun ianya cuma sementara...
badan rasa sakit2 sepanjang demam, spine lagilah sampai hazirah rasa macam struktur spine dah bengkok.. hmm.. wanauzubillah... minta2 tak... x senang duduk hazirah.. nak berbaring atas lantai atau jubin kat umah, langsung tak boleh sebab badan akan makin sakit, last2 port terbaik, hazirah landing atas sofa yang paling tersembunyi agar kalau2 orang datang, tak nampak...

hu3...
macam2 kan.. dah xlarat dah nak taip.. masih dalam keadaan demam.. tapi much better.. ^_^

ohyea. siapa tiz zaqyah ye..??? masih tertanya-tanya...he3.. dia ambik muka saya..! xboleh...! saya xpakai make up, mana boleh samakan saya dan dia.. saya tetap saya tau..!

gambar2 kami..^_^


ngan mama ketika masih sihat^_^

kenangan ketika di mana ek.. lupa..hu3.. tapi sebelum sakit teruk^_^

'ustaz segera'..hu3.. my abang long.. my second wali.. inilah yang akan tapis sape2 yang datang pinang saya..^_^
otaknya bergeliga.. always inginkan yang terbaik untuk adik2.. ^_^

najihah buat muka chumill....! che su geram...!

baiknya najihah.. duk ngan aki(tok ki) ye sayang....


keluarga sakinah.. najihah terbek posing...^_^

kak ipar tersayang.. sedondon tak kami..??^_^

minal aidil wa fa izin untuk semua..^_^
doakan kesembuhan hazirah ye..doakan hazirah punya badan jadi normal balik..^_^
dah kurus n terlampau kurus.. otot dah xboleh cekam spine...





salam lebaran untuk semua pembaca blog hazirah ye.. doakan hazirah dipermudahkan untuk jawab exam..
cepat boleh berjalan.. ha.. lupa nak cakap.. hazirah dah mula bertatih dah.. dah mula belajar berdiri tanpa tongkat dah dan sekarang dah mula guna tongkat sebelah dah..^_^
xlama lagi bolehla jalan balik kan..??? 

salam sayang..

Hazirah Al-Hafizah^_^
Bismillahirahmanirahim...

Salam penghujung ramadhan buat semua..
pejam celik pejam celik,rupa2nya dah beberapa bulan berlalu...
skop ingatan semakin mengecil dan semakin ramai yang tidak dikenali..
tapi, hazirah cuba mencabar minda untuk mengingati kembali sahabiah2 yang sentiasa bersama hazirah dari dulu sehingga sekarang..



sebak hati hazirah, saban hari ada panggilan dan mesej yang masuk bertanyakan khabar hazirah dan bertanyakan kepada hazirah sama ada hazirah masih mengingati mereka ataupun tidak.. hazirah tak boleh terlalu mencabar minda hazirah untuk ingat balik the past tapi hazirah akan cuba untuk ingat..
hazirah tahu, ramai yang dah menintiskan airmata bila hazirah mengatakan 'tidak ingat'..
walaupun kalian cuba sembunyikan, namun pendengaran hazirah masih boleh mentafsirnya dengan baik cara kalian bersuara.. kehampaan hati kalian juga hazirah boleh baca bila hazirah cakap hazirah tak ingat apa2 tentang memori lalu kita bersama..

hazirah sedang mencuba dari semasa ke semasa.. nerve hazirah terganggu, sebab itu ia menganggu ingatan hazirah.. percayalah dengan kekuasaan KEKASIH yang AGUNG, hazirah akan ingat kembali kalian walaupun masanya masih tidak diketahui bila..
hazirah banyak merujuk dairy hazirah.. and i found my old dairy that has said a lot about the past..
when i readen back about the past, i'm tried to been understood why must been like that also like that..
somememory made me been embrassed with myself.. oh.. begitu rupanya hazirah dulu.. teruk juga tu..hehehee
dah tak nak ulang dah.. enough.. enough... bila hazirah buat perbandingan perwatakan dulu dan sekarang, bagai langit dengan bumi..hu3..
Allahurabbi.. mudah2an, sikap hari ini lebih baik dari semalam, dan esok lebih baik dari hari ini dan begitulah seterusnya..

hurrmm.. beberapa hari lepas, hazirah dapat incall dari jordan.. pada awalnya hazirah ingat mak sdara hazirah yang call, cerialah hazirah jawap panggilan tu tapi rupa2nya bila suara di belah sana kedengaran, ianya bukan mak saudara hazirah..! hazirah tak tahu kenapa, dah tak mampu bersuara dah bila dengar suara orang lain yang hazirah tak kenal..

dia muslimah tapi cara dia bercakap buat hazirah terkejut dan gubra.. hazirah tak tahu nak mencelah kat mana.. tak tahu titik noktah kat mana.. bila hazirah diam seribu bahasa baru dia senyap n bagi laluan pada hazirah untuk cakap pula.. hanya masa tu je hazirah bagitahu direct yang hazirah tak ingat banyak orang dah dan hazirah juga tak ingat dia walaupun dia kata dia salah seorang sahabiah yang rapat dengan hazirah...
mungkin hazirah bertindak tak beradab sikit masa tu, hazirah tak tahan di paksa, jadi hazirah tutup macam tu phone..

hazirah cuba ingat.. tapi tetap tak ingat.. beberapa hari selepas tu, ada mesej masuk dari seorang kawan yang hazirah juga tak berapa nak ingat tapi banyak rujuk pada dairi.. dia cuba buat hazirah ingat tentang sahabiah dekat jordan.. minta hazirah angkat jika sahabiah itu call.. dia kata hazirah sangat rapat dengan sahabiah hazirah.. hazirah inginkan kebenaran..! sejak hazirah tak ingat bermacam macam jenis orang yang muncul.. hazirah keraguan tentang statements tu.. jalan terbaik, hazirah rujuk dairi hazirah.. benarlah.. dia sahabiah hazirah yang rapat dengan hazirah dan yang paling awal nikah.. banyak yang tercatat dalam dairi hazirah mengenai pernikahannya.. 
perkongsian hari bahagianya lebih banyak bersama hazirah daripada suaminya sendiri.. semuanya kerana dia berkahwin atas pilihan keluarga.. tapi kejap je tak suka tu,lepas akad nikah terus fallen in love dengan suami dia..





subhanallah..! walaupun hazirah tak ingat tapi hazirah dapat rasakan sesuatu..dia 'diambil' dengan cara yang terhormat dan terus kepada restu ibubapa, bukan membelakangkang ibubapa.. hazirah juga ingin 'diambil' dengan cara yang terhormat juga kelak(jika peluang itu ada ^_^).. tak nak 'diambil' secara membelakang ibubapa..he3.. berangan pula hazirah niekan..
Alhamdulillah.. sahabiah hazirah dah ada anak kembar dah.. dia call hazirah buat kesekian kalinya, hazirah angkat dan cuba untuk bermesra dengannya.. Alhamdulillah..dia tak banyak memaksa kali ni tapi lebih menceritakan memori kami bersama dulu.. sangat indah..!
sempat hazirah dengar pekikan dari anak kembarnya.. katanya anak2 kembarnya nak phone, nak cakap dengan hazirah.. kata sahabiah, dorang panggil hazirah dengan gelaran 'ummi' sebab hazirah mak angkat si kembar..oh begitu rupanya.. hazirah dah ada anak angkat rupanya... ^_^
ok pe dah ada anak tu walaupun bukan dari rahim sendiri.. comel pula tu..! tak sabar nak jumpa anak2 hazirah if dorang balik melaysia..

hari2 sahabiah hazirah dari jordan menghantar sms kepada hazirah dengan harapan hazirah akan ingat kembali tentang dia.. insyaAllah sayang,, yus akan cuba untuk balik.. berkat bulan ramadhan, siapa tahu akan ingat balik dalam masa terdekat.. kan4...??
sahabiah2 yang lain juga ramai yang menghubungi hazirah.. ada yang menangis dari pagi lepas baca blog hazirah dan dapat tahu hazirah dah tak ingat apa2.. hazirah minta maaf.. usahlah bersedih.. hazirah tak meninggal tau hazirah cuma tak ingat.. kalian nangis macam hazirah dah nak mati pula.. ^_^.. insyaAllah.. nanti akan ingat... maaf andai ada yang hazirah tak layan.. menurut sahabiah hazirah, hazirah tak kawan dengan lelaki, tapi sejak hazirah tak ingat, ramai pula kaum muslimin mesej hazirah cakap kawan hazirah.. gprrrrppp...~~~~~~

semalam, kakak hazirah mengutarakan 3 nama muslimin.. hazirah sedang menidurkan baby ammar ketika tu.. hazirah kepelikan.. hazirah hanya angkat kening saja tanda tak faham kenapa nama 3 orang muslimin tu harus di sebut2kan.. kak tanya, dalam 3 nama nie, hati hazirah lebih memberat kepada siapa..???
hurmmm...??? macam mana nak memberat sedangkan tuannya hazirah tak kenal dan tak ingat sama sekali.. kakak hazirah kata hazirah pernah berkongsi sesuatu dahulu.. like kakak cuba menguji daya ingatan hazirah.. 
pada awalnya hazirah hanya masuk telinga kanan keluar kiri jadi nama2 yang di sebut hany sepintas lalu..

bila di mention kali kedua, dua nama awal yang di sebut, tak memberi kesan apa2 pada hazirah namun nama yang ketiga, sekali disebut cukup memberi getaran hebat pada jantung hazirah..huh.. curious.. kenapa ya..??
ada rasa bahagia menyelinap ke seluruh ruang hati bila nama itu di sebut juga ada rasa tenang yang sangat.. hazirah tertanya-tanya kenapa rasa macam nie.. hazirah belek dairi hazirah balik..




subhanallah.. begitu rupanya.. menurut diari hazirah, hazirah tak terlalu mengenalinya namun hazirah kenal seungkap nama miliknya.. agama yang ada padanya membuatkan hazirah rasa sesuatu.. tapi, bagaimanakah rupanya..?? hazirah tak tahu...  hazirah pernah buat istikharah dan ianya memberat pada seungkap nama yang hazirah tak kenali/tak ingat bagaimana tuannya..

banyak yang tercatat dalam dairi hazirah mengenainya.. ada hazirah cuba untuk ingat2 tapi tetap tak ingat.. biarlah.. pasti ada hikmahnya.. cukuplah andai nama itu saja yang hazirah tahu pada masa ini.. belum masa yang tepat untuk hazirah cuba ingat sesuatu yang lebih jauh...

KU TUNGG KAU DI BATAS WAKTU, DI SAAT AKU SUDAH BERSEDIA DAN KEADAANKU SUDAH JAUH LEBIH BAIK DARIPADA SEKERANG..

sama2 berjuang di medan ILMU, moga kehidupan mendatang akan tersuluh dengan cahaya ILMU...
mungkinkah 'dia' jodohku..??
ha3.. hazirah ingin gelak.. namun satu suara berbisik

 " ingatan semakin lupus, namun kata hati tak dapat menipu.. percaya pada istikharah yang lalu..tetap menanti dengan kalimah ILahi dan mengharapkan kerdhaan dariNya"

banyak yang mula terungkai dan mula memberi jawapan..
kalau boleh, hazirah tak nak ingat memori yang pahit2 tapi hazirah nak ingat sahabiah2 jew... ^_^

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...