tinggalkan jejak anda di sini

How Old I am ^_^

Daisypath Happy Birthday tickers

The Age Of MY Opened Dairy

Daisypath Happy Birthday tickers

bismillahirahmanirohim...
salam dan selawat buat junjungan besar s.a.w.
salam penuh kerinduan kepada KEKASIH yang satu..

assalamualaika ya rasulullah..
assalamualaika ya habiballah..
assalamualaika ya nabiyallah...

subhanallah..
alhamdulillah..
walailla..
haillallah..
Allahuakhabar...

apa khabar kepada semua readers yang hazirah kasihi kerana Allah sekalian.. ^_^
hmmmm.. bila ya hazirah updated post terbaru..?? in couple weeks right..???

pasti semua terfikirkan bagaimana keadaan hazirah sekarang setelah post terbaru menunjukkan hazirah kembali berkerusi roda...

tiada yang dapat menjangka apa yang Allah telah catatkan di luh mahfuz..
sama juga dengan hazirah...
post yang lalu menunjukkan hazirah sudah pun kembali terumbang ambing dalam berjalan...
SEPATUTnya, hazirah awal2 lagi sudah perlu menyerah diri ke hospital terdekat TAPI oleh kerana i thought that my date at HSNZ really  closed, jadi hazirah tangguh dulu.. fikir... dah nak balik teganu jumpa doktor...

tapi last2, penyakit hazirah attack ketika hazirah dalam hall..  sedang menanti pensyarah untuk memulakan kelas...
tak expect benda tu berlaku tapi semuanya dah Allah tetapkan untuk berlaku...


akak2 senior yang cantik dan baik.. ^_^ .. setia membantu walaupun baru kenal.. terima kasih sangat2..!



hazirah bangkit dari tidur dalam keadaan biasa.. without weird feltt like before just a bit tired...
bersiap seperti biasa.. sarapan dengan roti.. hafal vocab arab sedikit...
bersiap pergi kelas.. adik roomate tolong tolakkan wheelchair ke bawah.. seorang sahabat dan setia menanti untuk bantu hazirah handle kereta kebal nie...
everything goes ok...

sehinggalah masuk ke dalam hall yang menggabungkan ke semua kos di bawah fakulti akademi islam, mungkin dalam keadaan hall yang agak ramai dengan siswa/i, saluran pernafasa hazirah terasa sempit dan terhad...
hazirah terasa debar yang sangat kuat.. terasa bagaikan jantung yang nak terkeluar dari tempatnya..
tapi hazirah mencuba.. mencuba untuk mengawal pernafasan yang semakin laju... tenangkan diri.. namun, makin lama semakin sukar.. sehingga hazirah mengambil langkah menurunkan niqab...
at that times, nafas hazirah terus berbunyi..
dan hazirah tak tahu apa yang berlaku..
apa yang hazirah tahu, sedar2 sahaja dah berada di klinik kesihatan..

banyak sangat kalau nak story.. hu3..
tak menang tangan nak menaip...
what happened at KK...

hmmmmm.....
dari KK, hazirah di kejarkan ke hospital serdang kerana  hazirah memaklumkan hazirah ada multiple sclerosis..
doktor di KK mennyatakan hazirah perlu ke hospital..
ketika jumpa doktor di KK, hazirah dah sedar penuh...
tapi entah macam mana, bila berada dalam ambulance, keadaan makin kritikal...

hazirah tak sedar apa yang berlaku,.. 
sedar2, mulut hazirah dah di tekap dengan alat bantuan pernafasan..
doktor2 mengeliling.. menyeru nama hazirah.. minta hazirah sahut panggilan dorang.. but can't..!
hazirah dengar apa doktor kata, mata hazirah terbuka tapi hazirah tak dapat bagi respon.. masa tu memang agak progresif dan kritikal keadaan hazirah...
hazirah hampir menangis kerana tidak mampu menjawab seruan doktor walhal hazirah sedar...

hazirah cuba menggerakkan kepala...
pada peringkat awal percubaan, memang agak susah....
namun alhamdulillah.. akhirnya hazirah dapat mengeleng dan mengangguk..
doktor2 tanya hazirah sama ada hazirah dapat merasai badan hazirah ataupun tak..
rasanya macam sayu je pandangan hazirah masa tu.. sebab memang hazirah tak mampu langsung untuk rasa badan hazirah... hanya kepala yang dapat di gerakkan.... 
seorang doktor india ajar hazirah mengucap.. terkejut...!

he said "miss, u're muslim.. please trying to say selawat... istighfar...."

terus terpejam mata... mencari hati..
mengumpul kekuatan dari yang hakiki...
benar kata dia... Allah.. ALlah sedang menanti aku menyeru namaNYA...

Alhamdulillah...
akhirnya, hazirah dapat bersuara walaupun agak perlahan...
doktor india tu mengambil kesempatan itu untuk bertanya lebih lanjut tentang keadaan hazirah sebelum nie..
hazirah cuba bagi jawapan yang semampu mungkin...
bila keadaan hazirah semakin positif, doktor india tu panggil seorang doktor china untuk ambik darah.. memang langsung tak rasa walaupun kulit di tenggelam dengam jarum...
pastu, terus panggil pakar sebab keadaan macam teruk...

doktor check up apa sume..
then d0rang masukkan dadah jenis morfin ke dalam badan hazirah..
masa tu macam bergegar katil sebab macam badan terkejut... but better..
after beberapa jam, tangan mula bagi respon..
dapat digerakkan walaupun memang tak ada rasa...

dua orang pakar perubatan yang datang tengok then mereka arahkan untuk admitted on the spot for treatment sebab kata doktor agak progresiff sebab in a week dah boleh jadi teruk macam tu...
sebelum hazirah di pindahkan ke ward, hazirah di letakkan dalam ward pemerhatian selama 2 hari...
dekat dengan doktor...
hmmmm.. sejukk u olls... aircond terlalu kuat.. sampai hazirah di bekalkan 3 helai selimut untuk cover sejuk tu...

kat luar malam atau siang, hazirah memang tak tahu..
hazirah hanya tahu melalui jam... tengok jam...

after two days, baru hazirah di pindahkan ke ward... Alhamdulillah...
tapi Alhamdulillah... in that room, hazirah dipertemukan dengan seorang kakak yang jugak pengidap MS sama macam hazirah..
dia attack yang ke lima dah...
kakak tu usianya dua tahun lebih tua dari hazirah...
dia banyak bagi nasihat dan kata2 semangat pada hazirah... ya Allah.. jujur, dia sangat faham apa yang hazirah rasa dan alami...

dia pernah cakap pada hazirah,
walaupun kami pengidap MS, kami perlu sentiasa tersenyum dan positif..
orang takkan faham kami.. orang hanya mampu bersimpati dengan kami tapi untuk faham tu macam mustahil sangat...
kadang2, orang boleh meragui keadaan kami yang selalu on off...
kejap ok kejap tak ok....
kerana itu, kami perlu sentiasa senyum...




hazirah tersentuh dengan kata2 dia...
katanya dia sentiasa nampak tersenyum di hadapan semua orang tapi pada hakikat dia sudah terlalu banyak menangis..
menangis bersendirian...
mengharapkan orang faham, itu bagaikan tak mungkin..
betul..!
hazirah sangat setuju dengan apa yang kakak nie cakap...
kerana hazirah juga begitu..;
gemar tersenyum...
apa2 pun senyum... walau nak menangis pun hazirah tahan2.. sehinggga i'm alone, i will cry as long as i want..
kadang2 sampai basah lengan baju dan buku sebab airmata yang menitis di celah2 lengan...


kenapa tak kongsi..???
hmmmm...

entah... sebab rasa macam orang takkan faham kowt apa yang ada dalam hati nie...
plusssss,, emosi hazirah tika ini sangat sensitif..
mudah menangis.. mudah tertekan dan keliru...
usaha untuk didik emosi nie agar lebih terkawal dan teratur...
lebih tenang....

ok.. back to story...
hazirah menjalani rawatan untuk masukkan ubat methyllpred yang pekat tu selama seminggu...
2 days earlier, menangis hazirah sebab sakit sangat....
hazirah sampai pandai2 je gi main buka tutup wayar ubat tu sebab sakit sangat...
tiap kali kesakitan menyengat, hazirah tutup sampai hilang sakit tu.. bila dah hilang hazirah buka balik... begitula sampai habis botol yang ke 2...
botol yang keseterusnnya, hazirah biarkan je kesakitan tu meratah pembuluh darah hazirah... dah xlarat nak main buka tutup, buka tutup....
sampai bengkak tangan...

bila doktor datang tutup pun hazirah terjerit sikit... sampai doktor tu terkejut n cakap
"saya tutupla yus.." 


"sakit doktor..." >_<

sebelum rawatan bermula, doktor ambik darah dekat nadi..
masa tu Allah sahaja yang tahu bagaimana hati hazirah memujuk untuk menahan sakit...
selesaai ambik darah, nadi terus bengkak on the spot je...

left hand touch cuba meredakan kesakitan tu..
Alhamdulillah.. kheir...

banyak sangat test2 lain yang hazirah dapat...
buat MRI lagi... ambik darah tiap2 hari...
semua tu tanda apa..??
semua tu tanda Allah sayang...!

setiap sakit menghapus sedikit demi sedikit dosa2 hazirah yang menggunung tinggi...
Alhamdulillah...

jujur, hazirah bersyukur dengan apa yang hazirah lalui...
hazirah istimewakan..?????
Allah pilih hazirah untuk lalui semua ini walaupun saban waktu mungkin akan mengundang simpati ramai....

Alhamdulillah...
dengan jumlah patiets MS yang tak ramai, itupun sudah cukup untuk maklumkan betapa istimewanya diriku ini apabila di pilih Allah untuk lalui semua ini...

yes..!
although the doctor was telling me that I most likely will never again be able to run normally...
mungkin, kalo boleh berjalan pun dah takkan ada rentak... berterabur... takkan laju... ^_^

bak kata kak ipar hazirah
"at least masih ada kaki.. ada orang tak de kaki langsung.. terus tak boleh jalankan..???"

ahah..! betul..!
jadi, bersyukurlah dengan apa yang ada...
doktor2 di hospital serdang jugak ada cadangkan hazirah buat kad OKU untuk mudahkan pergerakan dan urusan hazirah selepas nie..
bila hazirah dengar perkataan OKU, kosong... hati tak detect apa2 feeling... heartless... he3...
tapi minda seakan2 sedang memikirkan relevannya ada kad OKU atau mendaftar sebagai OKU...

yes..!
mungkin akan rasa humble sedikit tapi xpewla...
kehidupan must go on walaupun keadaan hazirah sebenarnya sangat sempurna berbanding yang lain... ^_^
Allah hadirkan hazirah insan2 yang baik..
insan2 yang banyak membantu hazirah..
sahabat2 kampus yang tak putus bagi sokongan...




haa... jangan jeles tau.. hazirah dapat doktor yang baik sangat...
dia layan hazirah macam kawan...

pernah one night, dia datang dekat hazirah..
datang pegang hazirah sambil cakap

"yus, kita tak janji yus boleh keluar esok..." (Buat muka comel..)

hazirah pulak

"ala akak... dah penat duduk hospital nie "(after 9hari duk hospital..)

"kita pun penat tengok yus je hari2..." >_<

hu33.. friendly sangat doktor nie.. sampai hazirah tergelak.. dia senyum je...
 dia cuba buat hazirah senyum...
hazirah suka doktor macam nie..
walaupun dia penat... kerja berlambak2 sampai tak sempat balik...
tapi senyuman tak pernah hilang dari bibir dia.. sentiasa senyum...
sampai hazirah rasa sihat je tiap kali nampak dia...

^________^

bertuah sape dapat jadi suami dia...

she's soft,care,loving,beautiful....

eh3... gi promote doktor pulak... he3...

^_^...

banyak sangat dah tulis nie...
next time hazirah sambung lagi ye...

doakan hazirah boleh rasa balik kaki hazirah ye....
lower limb masih bermasalah...
tak rasa.. tapi ada improvement sebab hazirah dah boleh guna tongkat daripada tak boleh guna langsung...

dan kerana keadaan yang nie agak flare up, doktor buat MRI ada something weird untuk kes hazirah sehingga terpaksa menjalani prosedur ambik air tulang belakang @ lumber puncture...

nak tahu apa jadi..????

jengg2... tunggu for next episode... ^_^

salam sayang buat semua...

0 comments:

Post a comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...