tinggalkan jejak anda di sini

How Old I am ^_^

Daisypath Happy Birthday tickers

The Age Of MY Opened Dairy

Daisypath Happy Birthday tickers

bismillahirahmanirohim..
salam dan selawat buat junjungan besar s.a.w. 
jom sama2 zikir jap sebelum mulakan baca entry terbaru hazirah..

subhanallah
alhamdulillah
walaillah
haillallah
Allahuakhbar.... ^_^

ALHAMDULILLAH.. ALHAMDULILLAH...
terima kasih kerana mulakan bacaan entry hazirah dengan zikir...

maaf kerana lama menyepi...
dah berhabuk dah blog hazirah nie sebab lama tak update.. alhamdulillah.. kali nie berkesempatan untuk update.. :)

terima kasih kerana setia menanti post terbaru..
walaupun seringkali hazirah mendapat mesej daripada sahabat readers yang menantikan post terbaru hazirah...
cuma yang hazirah boleh jawab, sabar ye... :)

sebenarnya, hazirah tak ada laptop..
alhamdulillah.. sekarang dah dapat laptop untuk update..

ok... nak cakap, ALHAMDULILLAH..
hazirah sekarang sudah pun menjadi seorang siswi...
Alhamdulilllah.. di sebuah institusi yang sanagt islamik dan sangat menjaga batas di antara lelaki  dan perempuan..
dan hazirah sangat3 bersyukur kerana di beri kesempatan untuk melanjutkan pelajaran kat sini...

kat mana tu hazirah..???
teka ya.. xnak cakap... he3...

hazirah mendaftar 20hb baru nie.. alhamdulillah dah 3 hari bergelar siswi...

alhamdulillah... first day,
Allah gave me a gift such as temporary paralyse.. alhamdulillah..
kifarah dosa..

macam mana boleh berlaku..???
Alhamdulillah...
ketika pendaftaran, hazirah melakukan pertukaran kos..
hazirah perlu melalui interview...

want know something..???
ustaz interviewer asked me to be fokus with my hafazan..
then sambung overseas sampai phd... he3..
macam mana tu..???
kata us, ingatan hazirah pantas untuk mengingat.. ALhamdulillah...
tapi, pilihan hazirah, hazirah nak imbangkan dunia dan akhirat..
dan hazirah decide untuk teruskan bidang pengajian islam.. ALHAMDULILLAH..

dan us bagi satu kos yang mungkin bersesuai dengan hazirah..
insha Allah.. nanti hazirah berkongsi ye bila dah belajar.. :)

tapi ketika proses temuduga, hazirah duduk terlalu lama sebelum masuk ke dewan untuk proses pendaftaran..
dan didalam dewan jugak duduk terlalu lama..
hazirah tak boleh duduk terlalu lama...
jarak di antara mahallah dengan fakulti agak jauh...
terlalu banyak berjalan.. dan terlalu lama duduk di atas simen dan jubin ketika hari pertama orientasi...

selepas itu. hazirah berjalan  ke masjid dengan seorang sahabat syurga hazirah..
ketika berjalan, hazirah dah cakap yang hazirah dah mula rasa tak selesa pada badan hazirah..
sekejap2 sahabat syurga hazirah memegang tangan hazirah, sekejap2 peluk...
ketika dalam masjid, hazirah mula semakin dah tak selesa dengan belakang...
ketika itu, hazirah cuba menelan painkillers pertama..

hazirah dah jamak solat..
jadinya, ketika masing2 solat asar, hazirah ke belakang dan duduk di atas jubin.. ketik itu, kesakitan semakin menyengat.. nak tak nak, hazirah ambik lagi satu kapsul painkillers.. namun tak menjadi apa...
bila dah duduk dalam kelompok, hazirah dah mula semakin tak tahan..
hazirah angkat kaki dan peluk lutut untuk bagi tegang belakang...
namun, semua tak jadi apaa sehingga menangis...

alhamdulillah... suasana di tempat baru hazirah penuh dengan tarbiah dan saling berkasih sayang..
ramai yang bagi perhatian dan bantu ketika hazirah mula menangis kerana tak mampu tahan lagi sakit...
mereka cuba baringkan atas jubin, namun kerana tulang belakang hazirah agak timbul, bila di baringkan, hazirah semakin sakit.. dan selepas tu, mula tak rasa kaki kiri...
dan berlarutan sehingga hari nie.. dan ianya dinamakan sebagai temporary paralyse..

dan terpaksa menggunakan kerusi roda untuk bergerak ke sana dan ke sini..
alhamdulillah.. ramai yang tulus dan ikhlas hatinya.. walaupun baru ajew kenal, walaupun tak sempat taaruf, mereka bergilir2 menolak wheelchair yang hazirah pinjam dengan pihak kolej.. :)

sekarang, tengah usaha untuk dapatkan kembali kaki..
mungkin, kebanyakan pergerakan hazirah di kampus, hazirah akan menggunakan kerusi roda bagi mengelak mengalami kelumpuhan teruk...

silap2, hazirah tolak sendiri wheelchair hazirah kalo hazirah nak jalan.. he3..
kalo dah tak larat jalan baru naik wheelchair..
pahtu, orang2 mula confius hazirah sakit ke tak... ^_^

kawasan mahallah dengan fakulti agak jauh...
kaki hazirah bukan kaki manusia normal yang bebas berjalan sejauh mana pun dan sebanyak mana pun...
kaki hazirah agak terhad untuk berjalan tapi apa2 pun hazirah syukur sebab masih boleh berjalan walaupun sekarang hazirah alami lumpuh sementara..

kelas pertama hazirah akan mula 25hb nanti..
doakan hazirah kuat meneruskan perjuangan hazirah sebagai seorang siswi ye.. 

kak syikin.. senior di tempat belajar yang sangat baik dan mesra...
wheelchair nie kampus punya.. insha Allah.. selepas nie guna wheelchair sendiri yang lebih kecik dan ringan untuk
di handle hazirah yang pendek nie.. ^_^



salam sayang untuk semua...


0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...