tinggalkan jejak anda di sini

How Old I am ^_^

Daisypath Happy Birthday tickers

The Age Of MY Opened Dairy

Daisypath Happy Birthday tickers

Bismillahirahmanirahim..
Assalamualaikum w.b.t. kepada semua follower blog hazirah..


rindu kalian semua.. ^_^
Alhamdulillah.. setelah lama menyepi, akhirnya masih berkesempatan untuk menulis dan membuang 'habuk-habuk' dari open dairy hazirah nie..he3


jatuh,bangun, jatuh dan bangun...
itulah yang ana alami selama hampir empat bulan ini..
phisiotheraphist yang treat ana pernah cakap yang ana nak berjalan balik sangat mengambil masa yang agak lama..
mungkin bertahun-tahun..
nak2 setelah mereka menguji jemari ana yang mula ada an effect dari penyakit yang menjadi teman setia ana..
dari situ, phisiotheraphist hanya mampu mengeleng-gelengkan kepalanya dan menyatakan bahawa ana akan semakin susah untuk berjalan jika kesannya sudah mula kena pada bahagian tangan...


ana hanya mendengar tenang saja..



tak ada apa yang perlu ana sedihkan kerana semua itu hadir kerana amanat dari Allah..
kini, diari adalah teman setia ana setiap hari.. sebelum terlelap, pasti ana akan menulis satu helaian sekurang-kurangnya..
walaupun dah sepanjang hari ana menulis, tapi rehabilitation penulisan dalam diari tetap akan di teruskan..


dulu, phisiotheraphist pernah bagitahu apa-apa kesan yang akan ana alami.. jika dulu tidak ana alami lagi kecuali kesukaran untuk berjalan, tapi kini semuanya sudah pun ana alami..
menitis airmata ini apabila mengenangkan semuanya telah ana lalui.. adakah keadaan ana semakin teruk..??
ana menangis bukan kerana tidak redha, cuma ana terkejut sebab kesan begitu cepat sekali..
dulu hanya kehilangan upaya untuk berjalan,
selepas dari itu, ana mengalami kesukaran untuk menulis dan memegang sesuatu(pada part2 tertentu), lepas tu, ana mula jadi lambat pick up apa yang ana belajar.. pada awalnya ana buat tak endah je tapi bila subjek yang minat pun ana semakin sukar untuk faham, ana mula merasai ana mula lambat untuk faham apa yang ana belajar..
bila belajar sorang2 kat rumah, ana jadi depression.. jika dulu ana belajar sorang2 tanpa gangguan mudah saja ana nak faham, tapi kini, semua itu tidak lagi.. ana rasa begitu tertekan bila tak boleh nak faham dengan baik.. 


dua minggu yang lepas, ana mula mengalami masalah hilang fokus ketika belajar.. 
sewaktu ana fokus pada skrin LCD, pada awalnya mata ana dapat melihat dengan jelas, tapi semakin lama, ana semakin tak mampu untuk melihat apa yang dipancarkan sehingga sahabiah di sebelah yang membacanya untuk ana..
pelbagai cara ana lakukan untuk kembalikan pengelihatan ana tapi tetap tak nampak..
ana hampir menangis, tapi sahabiah yang duduk di tepi ana cuba tenangkan ana dengan mengatakan mungkin mata ana letih..


ana terima apa yang di ucapkan.. ana tahan diri.. walaupun ianya terlalu sukar untuk melalui kehidupan tanpa mata yang mampu fokus dengan baik.. keesokkannya, mata ana kembali seperti sedia kala.. tapi feedbacknya macam apa yang berlaku pada tahap kefahaman ana..
ada tempohnya mata hilang fokus secara mengejut dan ada masanya ia tidak nampak..


ana hanya mendiamkan diri saja..
ana tahu, Allah sedang menguji kesabaran ana..
walaupun mata hilang fokus, telinger ana pasang sebaik mungkin agar setiap patah penerangan daripada pengajar dapat di serap dengan baik ke minda untuk ana kembali mengulangkaji di rumah...


walaupun semua kesannya ana lalui, tapi ana tahu Allah nak bagi ana satu kenikmatan.. apa dia..??? cuba teka...he3...


baiklah.. Alhamdulillah.. setelah mengalami demam panas pada minggu lepas, sembuh dari demam, ana tergerak hati untuk menggunakkan crosier sebelah kiri saja.. tak ana sangka, jika sebelum ini ana akan jatuh jika menggunakan sebelah saja, kini, selepas demam, dah tak jatuh dah.. dah ringan sedikit.. Alhamdulillah...


pun begitu, ana kadang2 terasa rendah diri.. cara ana jalan nampak pelik.. pernah ada remaja lelaki dalam lingkungan usia 14 dan 15 tahun gelakkan ana kerana melihat cara ana berjalan yang agak pelik.. ana sempat menangkap apa yang mereka ucapkan.. mereka cakap ana berjalan macam robot..



hampir menangis ana di buatnya tapi ana tahan sebab ana tak nak menangis di hadapan sahabat2..


dalam keadaan ana macam nie,
ana dapat merasai dengan jelas sekali apa yang orang kelainan upaya alami selama ini..
kemana sahaja pergi, orang pasti melihat dengan pandangan penuh tanda tanya dan pelik.. tak kurang jugak ada yang melemparkan pandangan kurang senang..


nak2 jika mereka melihat ana..
dengan berniqab, mereka semakin pelik dan sering memandang ana..
jika ana pergi ke kedai makan dengan keluarga, sebaik saja ana melangkah ke dalam kedai, pasti semua mata akan tertumpu pada ana.. terasa sangat kerdil ketika itu..
rasa ingin lari saja..


melihatkan situasi itu, apabila ana mengikuti abah dan mama pergi ke bandar, ana lebih senang untuk tetap di dalam kereta saja walaupun berjam-jam..
ana tak nak mama dan abah mendapat malu bila berjalan dengan ana walaupun ana tahu bahawa hati mama dan abah tak pernah rasa malu jika berjalan dengan ana..


ana juga berjalan agak lambat, ana tak nak membazirkan masa mereka yang perlu menunggu.. walaupun abah sering bertanya "nak keluar tak..???"


hanya ungkapan 
"tak pe lah.. orang tunggu dalam kereta je.."


itu saja yang mampu ana jawap..
kadang2 tersentuh hati ini.. 
mungkin sudah lumrah mereka yang berkeadaan macam ana bertemankan airmata..
tapi guguran airmata itu membuatkan kami semakin kuat..


dengan keadaan sedemikian, tanpa pengetahuan sahabat2 dan keluarga, ana berusaha untuk berjalan tanpa tongkat..
walaupun dah banyak kali jatuh, tapi tetap mencuba untuk bangun kembali setelah jatuh..
ya..! ana tahu jika ana semakin kerap jatuh, semakin sukar untuk ana kembali berjalan.. tapi, ana takkan berpegang pada itu sebab ana tahu semakin banyak ana jatuh, semakin mudah untuk ana kembali berjalan..


pernah ana jatuh meniarap, terduduk, dan banyak lagi..
tapi, dari kesakitan akibat jatuh membuatkan ana semakin nekad untuk tak nak jatuh lagi, justeru itu, ana perlu kuat untuk bangun dan berdiri kembali..


kerana tak menampakkan harapan untuk ana kembali berjalan, phisiotherapist meletkkan temu janji selama selang 2 minggu sekarang ini..
ana terkejut dengan apa yang di katakan ahli phisiotheraphist lelaki tu.. ana tak pula bagitahu mama dan abah sebab ana tak nak mereka sedih..


kerana itu, ana semakin kuat untuk berjuang agar ana boleh buktikan pada ahli phisiotheraphist tu yang ana akan boleh berjalan.. bertentangan dengan apa yang dia cakapkan..


hakikatnya, lihatlah sekarang, setelah demam, ana boleh berjalan dengan menggunakan sebelah tongkat saja walaupun ianya kelihatan pelik pada pandangan orang2..


walaupun kerap demam sejak sakit2(selang seminggu atau dua minggu sekali), tapi ana tahu ada hikmah yang bersembunyi di sebaliknya..
yakin pada janji Allah adalah yang terbaik..





doa pada Allah takkan pernah putus di ungkapkan dibibir juga di hati yang sentiasa pasrah dengan ketentuan yang telah di tetapkan... 


sayang kalian kerana Allah..

Bismillahirahmanirahim..


tautan kasih bersama sayang,
cinta pertama tetap di kenang,
limpahaan redha mengundang tenang,
selamanya kan tetap dalam ingatan...




sering kali hati ini bermain dengan madah.
kala bersendirian, ianya pasti mengalunkan madah2 indah..
kadang2 tidak tertangkap oleh minda untuk di 'upload' ke dalam buku catatan harian.


is it diary..???
sure..! it is my daily diary.. before this, i'm not really like to write down something to my diary, but after my doctor asked i did that, whethet want or not i must did it.. it's my rehabilitation... my fingers rehabilitation... ^_^


sometimes, my finger is not really strong, but i always try to make sure my finger can became like before..  i need to be strong..! always..! i can't weak with my disease.. it's my killer.. if i just let it 'eat' myself, that's mean i'm give up person.. tak nak jadi macam tu.. ana kuat semangat kan..??? he3...


Alhamdulillah.. hikmah satu demi satu di perlihsaatkan kepada ana.. sahabiah-sahabiah sering menhubungi ana untuk melihat sejauh mana improvement yang berlaku.. Alhamdulillah.. ada sedikit improvement.. kaki mula rasa kekejangan.. even menyakitkan tapi ianya memberi positive feedback pada ana iaitu at least kaki ana mula ada deria rasa.. walaupun ianya tak kuat, tapi lama kelamaan ianya akan jadi seperti biasa.. insyaAllah..

sahabat kesayang
Alhamdulillah... ana belum di sahkan sebagai seorang pengidap spinocerebellar degenerative.. ini bermakna, tak semestinya ana ada sakit yang sedikit teruk dari ini.. ana ada dua kemungkinan sebagai pengidap spinocerebellar digenerative atau multiple sclerosis.. kebanyakkan ujian yang di jalankan, kata doktor, ianya lebih menunjukkan kepada multiple sclerosis.. tak kisah sakit apa kerna kata doktor, dua2 disease tiada ubat.. tapi.. multiple sclerosis, if ana always strong n selalu berlatih n lakukan rehabilitation, insyaAllah.. ana akan boleh kembali berjalan seperti biasa even sakit itu akan sentiasa menjadi 'teman' setia sepanjang usia, peluang untuk melakukan apa yang orang normal lakukan itu ada..
jadi, kuat semangat...! caiyok..!he3

sahabat sesama ABIM
bebola anjal di 'hadiah' oleh kakak fisioterapi kepada ana.. katanya itu adalah salah satu cara untuk merangsang saraf jemari.. kuat!.. kata kakak fisio itu, ana perlu menggenggam bola itu sekuat seperti ana sedang marahkan orang.. di uji oleh kakak itu, katanya jemari ana tak begitu kuat.. just be cool.. ana dengan kakak fisioterapi, dua2 dah macam adik beradik.. terlalu rapat.. si kakak sering berkongsi cerita dengan ana.. mungkin kerana ana terlebih 'spoting' kot..he3..

bertarikhkan 7 april 2012..
ana menerima kunjungan dari sahabiah tersayang.. hampir setahun tidak bersua akhirnya kami bersua tatkala ana tidak mampu untuk berjalan dengan sendiri.. ^_^
kata sahabaiah, ana tak nampak macam orang sakit tapi jelas nampak macam orang sihat saja.. apa taknya, asyik senyum jew...he3..

bahagia menyelubungi bila dapat berjumpa sahabiah tersayang.. lepas rindu dapat jumpa fathiyah, khadijah dan jenny tapi masih mempunyai impian dan keinginan untuk bersama dengan mizah, dibah, illa, farhana, athirah,ida, ayu, yana, adik ainul basyirah, adik amiara adibah dan lain2.. 

nak sangat bersua dengan kakak angkat tersayang.. kak ain, kak azi, kak nuriyah, kak isma, kak sya dan lain2...
especially you my personal doctor.. kak sya sayang.. kalau bukan kerana akak, nur pasti tak tahu apa itu spino dan apa itu multiple..
akak memang doktor nur..

sahabiah sesama anggota ABIM besut
perjumpaan dengan sahabiah tersayang pada hari jumaat lepas mengundang bahagia.. ana ingat ana nie dah besar.. rupa2nya bila di ambil gambar bersama, ana yang paling kecil.. aish... 
jeny, sahabiah satu ABIM.. kenal dengannya hampir setahun ketika ana pertama kali menyertai program yang di anjurkan ABIM tahun lalu.. namun nilai sahabat yang di dalam dirinya membuatkan ana tersentuh.. persahabatan yang terjalin dengan sahabat2 ABIM membuatkan ana betul2 terharu.. even persahabatan kami tak begitu lama iaitu setahun, tapi bersama dengan mereka bagaikan sudah bertahun tahun lamanya sudah kenal..
jeny sedih tapi cepat2 ana ungkapkan jangan sedih kerna ianya akan buat ana sedih..

honestly, jika ana boleh menerima takdir ana dengan tenang dan bahagia, tolonglah jangan sedih kerna ianya boleh membuatkan ana turut sedih dengan keadaan ana sekarang ini..

please...! if u love me, don't be upset..^_^
jeny ada menceritakan kepada ana yang sahabat2 ABIM telah pun mengetahui keadaan ana dan mereka mendoakan so that ana cepat cure.. insyaAllah sahabat2 ku sayang.. yus janji akan berusaha untuk cepat sembuh dan kembali bersama kalian.. sembuh dan berusaha untuk melibatkan diri dalam aktiviti yang di anjurkan oleh ABIM..

my adopt sister.. ada lagi sorang.. my 'personal' doctor kak sya tapi xde gambarnya pakai niqab.. 
dua minggu sakit, berat badan turun secara mendadak.. dari 43kg kepada 36/37kg.. aduh.. kurus sangatkah..??? ada ana bertanya kakak fisio, kakak fisio hanya mengangguk dan menyatakan yang keadaan badan yang susuk secara mendadak hanya di sembunyikan oleh pakaian besar dan tudung labuh ana saja.. 
hikmah pakai baju besar.. tak nampak kecik dan kurus..

my bestfriend forever.. love azilla... love farhana...

dua kali dirisik sepanjang tempoh sakit..
ianya mengundang tanda tanya pada diri ana.. 
seorang melamar secara direct tapi ana menolak kerna caranya salah di sisi islam.
dan lagi seorang menggunakan orang tengah tapi ana tidak memberi jawapan yang memberi harapan ataupun tidak tapi, ana memberitahu kepada orang tengah itu jika benar muslimin itu benar2 ingin menghantar keluarganya untuk bersilaturahim dengan keluarga ana, sila lepasi abang sulong ana dulu.. jika 'lulus' dengan abang long, silalah tackle mama dan abah.. kenapa ana suruh lepasi abang long ana dulu..?? kerna ana tahu abang long ana nak yang terbaik  untuk adik2nya.. jika dia tidak suka, maka mungkin ada sebabnya.. ana tak tahu dia menghubungi abang ana belum.. jika dia berjaya minta alamat rumah ana dengan abang, mungkinkah dia jodoh ana even ana tak kenal..??? tapi ntah.. ana tak rasa macam tu.. apa2 pun, kata sahabiah tersayang, jika dia berjaya melepasi abang ana, ana kena buat istikharah.. hurmm.. kena betul2 buat istikharah kerana ana tidak mengenali siapa muslimin itu.. kerjakah atau masih belajar..?? berapa umornya..??? tinggal mana..??? darimana dia kenal ana..???
sudahkah dia mempunyai 3 kunci untuk membina sebuah 'mahligai'..?? semuanya menjadi tanda tanya..

walaupun begitu, ana tidak mengambil berat tentang semua itu.. yang ana fikirkan hanya pelajaran.. itu sangat penting untuk ana dan masa depan ana..
ana nak jadi seorang yang berpendidikan.. even kahwin sekalipun,ana nak jadi macam kak ipar iaitu surirumah yang mempunyai ijazah dalam tangan,.. stay di rumah mendidik anak dengan didikan yang sempurna.. menjadikan hanis najihah yang cukup pintar dari usianya.. usianya baru setahun dua bulan,tapi si kecil itu yang mengajar ana macam mana nak main dengan ipad.. he3.. lawakkan..??? malu je jadi mak sdara..

ana sedikit tertanya-tanya, dia merisik ana, tapi dia tahukah keadaan sebenar ana..??? ana tak rasa dia tahu yang ana tak boleh berjalan saat ini..
dan ana yakin, abang juga akan menolak memandangkan keadaan ana yang tidak sihat dan ana masih belajar..
kak ipar jugak sedia membantu ana untuk memberikan yang terbaik untuk ana.. katanya dia akan berkerjasama dengan abang.. so proud it.. semua nak yang terbaik..

lagipun, tak ramai yang boleh menerima diri kita seandainya.. mungkin, mereka propose ana sebab mereka rasa ana cukup 'sempurna'.walhal, ianya tidak sama sekali..
belajar, mesti kena belajar sampai habis..
no others..
berusaha untuk berjalan balik, jadi kuat dari yang lain, mencari ilmu dan graduate as a psycologist.. insyaAllah.. belajar sampai habis dan sambung untuk master.. after that baru ana rasa abang ana akan bersetuju dan merestui.. ^_^
bukan abang saja, jika pandai mendekati abah, abah juga akan merestui sebelum ana sendiri yang menerima mana2 muslimin untuk menjadi imam ana di dunia dan insyaAllah untuk di akhirat kelak.. ameen..












LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...