tinggalkan jejak anda di sini

How Old I am ^_^

Daisypath Happy Birthday tickers

The Age Of MY Opened Dairy

Daisypath Happy Birthday tickers
bismillahirahmanirohim...

selawat dan salam buat junjungan besar s.a.w.
assalamualaika ya rasulullah..
assalamualaika ya habiballah..
assalamualaika ya nabiyallah...

ya rabbi..
rupa2nya dah lama blog ini bersawang tanpa dibersih...
benar apa orang kata.. once awak dah jadi pelajar universiti, awak dah xsempat nak buat apa2 yang awak biasa buat sebelum nie..
hari2 awak akan sibuk dengan tanggungjawab sebagai siswa/i....

sebab tu boleh dikatakan majoriti blogger yang berada di universiti jarang mengupdate blog masing2 sebaliknya gemar update di instagram, fb, twitter dan yang bersekutu dengannya..

alhamdulillah...
cuti semester sudah pun berada di penghujungnya.. dan sebulan lebih bercuti di rumah.. alhamdulillah.. berjaya tambah berat badan dengan jayanya... (sebenarnya sedih.. sebab banyak sangat naik weh... uhuk.. pasnie masaklah nak turunkan balik.. campur pulak dengan stress.. aku jenis yang semakin stress n kuat study, mulut makin nak mengunyah je.. >.<)

tapi.. tapi.. apa2 pun aku dah syukur dengan keadaan sekarang.. BMI dah normal dah dengan ketinggian semasa(ceh... macam boleh tinggi lagi je ayat).. sebelum nie mesti underweight.. kontra sangat underweight.. sebab yela under 41kg kan... so sekarang Alhamdulillah.. kalau aku pengsan, masak jugakla orang nak angkat aku kali nie...

oh yea, alhamdulillah.. buka semester baru nie aku dah semester 6..which mean end 3rd year... then balance lagi 1 year before graduate.., Alhamdulillah.. masa berlalu dengan pantas sekali dan aku sememangnya tak sabar nak habis dan keluar dari tempat aku belajar sekarang.. terlalu banyak duka yang perlu dilalui namun suka yang aku perolehi kat sini sememang sangat2 buat aku appretiate...

antaranya, aku dapat bestfriend budak melaka yang berjaya ubah aku dari nerd n 'solehah' sangat nie kepada spesies gila macam dy.. apa xnya,, 3tahun satu bilik.. hari2 ada je benda nak gaduh(gaduh2 manja,, ala.. biasa.. dak melaka.. kasau sikit..) ada je benda nak mengusik...

aku sangat sayang dekat sahabat aku sorang...
dia berlainan kos dengan aku.. aku dari fakulti peradaban islam, dia pulak dari fakulti pembangunan potensi insan.. aku nie ala2 ustajah yang x brape nak ustajah sangat.. dia jenis yang agak gila2 gak.. depan2 orang ramai boleh dia melalak.. hadoi.... 
awal2 persahabatan kami, aku sejujurnya banyak terasa dengan dia.. sebab aku nie hati jenis lembut kit sejak2 sakit nie.. mudah sangat nak berkecik hhati.. yet aku tak faham orang melakau nie kasau gila..
sampaikan kakak roomate kami(sekarang dh habis) slalu pesan dekat aku "yus kena faham tau.. oranng melaka nie kasar sikit.. kena keraskan hati sikit.. kalau x nanti slalu terasa.."

aha! sejak dari tu aku cuba keraskan hati aku dengan budak malakau nie.. dia kasar, tapi dia sangat baik... dia nampak mengarah tapi sebenarnya dia nak jaga aku...
masa aku demam teruk, dia jaga sungguh2.. dia tuam tuala basah dekat badan aku n muka aku dari semasa ke samasa sampai demam aku kebah...
dia paksa aku bercerita bila dia nampak mood aku tak ok sebab dia tahu aku tengah ada masalah...
dia marah n larang aku minum ais once dy memang tahu aku ada penyakit kronik... sampaikan kami pernah gaduh.. dia tak tegur aku sebab aku degil.. dia kata jangan minum ais! tapi sebab superb hot weather aku nak juga ais.. memang seharian kami tak bertegur.. haha.. sayang jugak dia kat aku nie.. 

dia banyak tolong aku.. tolong aku angkat barang, belikan makanan n barang n banyak lagi.. kalau nak tulis satu2 kat sini memang xboleh... sebab terlalu banyk..
memang.. memang ada ketikanya aku ada perasaan x puas hati pada dy.. tapi aku simpan jela sebab kebaikan dia terlalu banyak.. takkanlah aku nak biarkan sekecil kuman punya kesalahan tu menghapuskan beribu kebaikan dia pada aku.. kan?? bila dah jumpa kawan yang terbaik, hargaila selagi ada.. ok?!

pasal kegilaan tu, haa.. memang... sejak sem lepas aku dah mula dah jadi gila macam dy... cara bercakap pn kadang2 kasau macam dia.. kalau dia tengah study aku suka kacau dia.. aku pergi selongkar loker dia.. ambik buku dia.. haha.. sekarang dia siapkan spray air as senjata if aku datang dekat dia akan spray aku dengan benda tu sebab xnak bagi aku kacau dia... tapi tu takat aku dan dia la.. kalau dengan yang lain, xdenya aku nak macam tu.. you know what, kita hanya boleh jadi gila dengan orang betol2 boleh buat kita gila sama naik macam dia dan yang kita betul2 percaya serta dah begitu selesa... dialah yang suka buat aku gelak... tapi time dy tido n bangun asar atau dy tengah migraine, aku tak berani nak kacau sebab dia akan berubah menjadi SINGA....huhuhu(sorry yunk.. mengata hang)...

ubat2an yang menjadi makanan harianku selama 4tahun tanpa henti

huhuhu.. panjang pulak iklan kan sebelum story about HARAPAN...
aku nak share yang sekarang aku dah BERJAYA tinggalkan e-wheelchair aku... Alhamdulillah..
start semester lepas, Allah izinkan aku membaik dengan begitu banyak sekali sampai doktor pun terkejut dengan perubahan aku... Alhamdulillah...
 sebenarnya, doktor sahkan keadaan aku semakin teruk... mereka minta aku untuk mulakan penggunaan interferon(self injection) untuk mengawal penyakit aku... tapi,aku menolak sebab self injection tu terlalu mahal.. 3-4 k permonth.. aku minta untuk teruskan dengan drugs yang ada.. 

dalam masa yang sama aku dah mula jemu dengan drugs.. berat aku tak nak naik.. aku dah alami banyak kesan sampingan dari pengambilan drugs nie...
dari hari ke hari... aku tanya sahabat2 dari bidang perubatan.. pendapat mereka if aku tinggalkan drugs nie.. boleh dikatakan kebanyakan mereka tak bersetuju kerana ia akan menggalakkan symptons aku menjadi lebih aktif..

tapi seorang kakak nie perkenalkan aku dengan ibu saudaranya yang merupakan seorang doktor di kelantan..
doktor nie bagi a lot of hope to me.. dan dia jugak bagi aku sejenis supplement untuk menggantikan drugs yang aku ambik...

so far, alhamdulillah.. semester lepas Allah nak tunjuk how the supplement work to my chronic illness..wheelchair aku tiba2 rosak.. aku tak ada pilihan.. nak tak nak aku kena berjalan pergi kelas.. seminggu pertama adalah minggu yang sangat sukar sebenarnya sebab badan aku tak biasa...

namun, dari semasa ke semasa, minggu ke dua, aku dah semakin selesa berjalan.. sehinggalah perubahannya kawan2 tegur yang cara aku berjalan semakin lama semakin baik... ALHAMDULILLAH...
pensyarah2ku juga terkejut dengan perubahan nie..

selepas dari tu memang aku consume dengan supplement nie la.. rasa sangat sihat.. fatigue aku under control.. aku dah boleh mengatasi masalah "hard to sleep at the night, hard to wake up at the morning"

cumanya kadang2 symptons biasa itu masih ada dan berterusan macam migraine, alah pada cuaca, spasm, mudah terkena infection.. but then, it is ok for me.. asalkan aku dah boleh berdikari dalam sume hal, itu dah cukup syukur bagi aku...

selain supplement nie, aku juga mencuba sejenis minyak yang di jual oleh pensyarahku sendiri.. nak cuba sebenarnya.. sebab kadang2, masa aku berjalan tu, spasm suka sangat nak singgah.. n its really pain to me.. aku guna untuk redakan spasm, migraine n angin dalam badan.. rasa loya n tak ada selera... alhamdulillah.. minyak nie juga berkesan untuk kegunaan luar... migraine reduce, spasm reduce, angin keluar, rasa loya n xde selera pun recover bila sapu... alhamdulillah... setakat ini, aku dah guna over than 10 bottle... nampak x betapa kerapnya aku alami benda2 nie..kemana2 pun aku bawak... sebab lega sangat bila pakai... alhamdulillah...

bermula semester 5, Allah izinkan aku membaik dan terus membaik.. sekali tengok orang tak tahu aku pesakit kronik dan aku pemegang kad OKU...
mungkin, inilah peluang dan harapan yang Allah berikan kepada aku untuk aku capai apa yang aku cita2kan... Alhamdulillah..
aha! bukan tu aje.. brain fog aku pun cam recover.. aku dah makin pick up bila belajar.. dah x delay sangat dah.. cuma aku masih xboleh di tanya on the spot... Alhamdulillah.. aku syukur.. current pointer n cgpa pun quite excellent.. Alhamdulillah...

see.. hikmah kan disebalik kedukaan dan keperitan selama nie.. Alhamdulillah....
semoga di waktu akan datang aku akan lebih membaik dan cemerlang dalam pelajaran dan hidup...

aku harap, pesakit2 kronik yang baca tulisan aku akan terus positif.. if aku boleh membaik dengan sentiasa positif dan optimis, why not u???
Allah uji kejap je sebab Allah nak bagi hikmah yang cukup indah.. agar kita menghargai kehidupan dan menilai dunia ini sebaik mungkin...
manfaatkan waktu yang ada untuk persiapan ke alam sana... ^_^

nie supplement yang aku ambik hari2 sehingga ke harinie.. aku minum cellmaxx untuk gantikan drugs.. Alhamdulillah..


iv mist.. nie yang aku dapat dengan lect aku.. aku guna untuk spasm, migraine, loya, x selesa etc..

niela dua benda yang jadi sahabat aku hari2 yang banyak membantu aku dengan izin Allah.. Alhamdulillah...
kalau rasa nak cuba benda2 nie cari facebook UMMU FURQAN.. pm me.. n i will tell u there.. ^_^

salam sayang...

0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...