tinggalkan jejak anda di sini

How Old I am ^_^

Daisypath Happy Birthday tickers

The Age Of MY Opened Dairy

Daisypath Happy Birthday tickers

bismillahirohmanirohim..
salam dan selawat buat junjungan besar s.a.w.

assalamualaka ya rasulullah... 
assalamualaka ya nabiyallah..
assalamualaka ya habiballah..

subhanallah
alhamdulillah
wala illa
haillallah
Allahuakhbar...

terima kasih kepada semua kerana memulakan bacaan kalian dengan salam dan selawat..
ok...
dah nak mula guna nickname ummu furqan... >_<

my noughty friend asked me when i would use this nickname..
ok.. i used it..! <3

for this post, kenapa ummufurqan gunakan label yang baru...??

'LIFE AND I'..

anyone may guess it..????
up ur hands please.. he3..(macam budak2..)

ok.. fine..
let's start the story..

for past post, ummufurqan ada cakap yang ummufurqan perlu menjalani prosedur lumbar puncture atau mengambil sample air tulang belakang untuk ujian penting for multiple sclerosis sickness..
so, i'm done..!

ummufurqan menjalani prosedur tu around 2weeks ago..
prosedur tu..???
hmmm.. Alhamdulillah.. so far, xlah sakit sangat... (yeke ummufurqan..??? bukan sampai bergegar ke katil pegang sebab rasa sakit tu..???hu3)..
ok.. i'm not deny for it.. but it is my mistakes... sepatutnya sebelum prosedur tu berlangsung, ummufurqan perlu berpuasa but i'm not..
jam 6 pagi ummufurqan hentam makan nasi goreng daging masak merah satu polisterin.. licin..!
prosedur tu berlangsung pukul 8.30 pagi..

ok.. akui.. bila makankan badan kita jadi kuat..
so, ummufurqan tak imun dengan bius yang dorang bagi..
jadi ummufurqan boleh rasalah tusukan jarum bius dan jarum lumbar puncture tu... >.< 

tolakan pertama jarum LP tu,
ummufurqan rasa kaki kiri bagaikan terkena renjatan elektrik..
tolak kedua ummufurqan rasa seperti terkena saraf bladder.. 
memang terasa sakitnya..
sampai doktor tepuk n gosok belakang minta bertenang...
minta tarik nafas..
n tanya rasa ke sakit..???
of course doktor.. sangat2..
sangat2 rasa sakitnya...
rasa bertaubatlah nak operation... esok2 kalo Allah izin ummufurqan jadi ibu pun, ummufurqan akan menolak jika doktor suggest untuk buat caeser.. sebab kesan selepas tu lagi teruk sebenarnya.. better normal... ^_^

pengalaman buat LP memang bagi ummufurqan satu ruang untuk berfikir lebih jauh...
and i'm really can't seen people who choose to born their babies with caeser...
and i hope, mana ibu atau bakal ibulah.. kalau boleh melahirkan secara normal, it's much better than u choose caeser...

kesan bius tu boleh buat antumna dapat migrain teruk..
dan migrain itu sangat3 menyeksakan...

ohyea, before ummufurqan sambung lagi cerita, ummu nak cerita sikitlah..
doktor2 dekat hospital serdang memang thumbs up..! bagus sangat..
semuanya tersangat friendly..
and dorang membuktikan yang dorang bekerja as doktor betul2 sebab nak bantu masyarakat...
it too different dengan doktor kat hospital lain yang kdang2nya adaa yang bekerja dengan penuh keangkuhan kerana status sebagai seorang doktor..

well.. status as a doktor sangat di pandang tinggi pada mata masyarakat...
sebab apa eh..???
entah... ummufurqan sendiri pun xtahu...


my coursemate@classmate of dakwah... gambar lagi satu, akak who same like me.. jugak pengidap MS.. dia banyak bagi support...

ok.. proceed...
lepas prosedur LP, ummufurqan diminta berbaring tanpa gerak selama 6-8 jam sebab nak bagi tekanan dalam tulang belakang back to normal..
Alhamdulillah...
sepanjang kerehatan tu, ramai akak2 perubatan datang melawat walaupun mereka sebenarnya sudahpun di larang oleh pakar kerana didalam bilik berkenaan(bilik ummufurqan ditempatkan) mempunyai patient yang baru selesai menjalani LP..

tapi dorang bagus...hu3..
dorang datang tanya khabar, salam2.. sembang2 jap then pergi sebab xnak ganggu rehat ummufurqan...
half of them pelajar transfer creadit dari universiti cairo(senior awak.. >.<)
mula2 tak tahu.. pahtu, dorang try2 speaking arab.. eh..???
terus terlintas nak tanya..

"akak2 dari mesir ke..???"

"ha'a.. kitorang dari uni cairo... pindah sini..."

hu3.. ok fine...
malu sekejap... ok..disebabkan dorang pompuan, bukalah niqab... 
please jangan request untuk tengok muka saya, let's me open myself... kalo tak ummufurqan akan rasa malu yang amat2....

apa yang ummufurqan boleh cakap, dorang sangat kakak2...
baik... dorang tanya2 pun macam kawan.. bukan macam doktor..
a'ha.. ummufurqan teringat kata2 seorang akak nie jugak.. dorang bertiga.. jugak transfer creadit from cairo uni.. dorang nak buat assigment.. hu3. dorang cakap first time kowt buat assigment nie.. jadi terkial2 sedikit.. tapi i'm sure that they can do.. ^_^
moga kerjasama yang yus bagi membantu ye akak2 semua.. (love...)

keyh..
back to my story...
biasalah.. hospital serdang is hospital tumpuan pelajar2 perubatan UPM terutamanya...
so, wajarlah jika ramai pelajar perubatan yang datang berziarah.. tambah2 lagi kes MS adalah kes yang sangat rare dan nisbah yang terlalu sedikit sahaja pengidapnya..
see that wire.. itulah salur ubt steroid saya.. yang saya duk main buka katup sebab sakit...
punca..???
jawapan doktor UNKNOWN...
masih tidak diketahui punca penyakit ini terjadi...
tapi tidak akan diwarisi...(ceh ummufurqan macam nak sedapkan hati sendiri je)...
husnuzhon.....
insha Allah.. bakal anak2ku(insha Allah) takkan mewarisi penyakit umminya ini.. >_<

after prosedur LP,
ummufurqan di benarkan balik.. Alhamdulillah...
rehat kat rumah..
tapi siyesly, habis je prosedur tu, ummufurqan memang nak makan apa yang ternampak kat mata..
break dekat R@R minta coolblog... hu3.. pahtu KFC.. uhh.. sedapnya....... ayam3....
suka benor ke ayam...
suka benor ke coolblog...

kerana keadaan ummufurqan yang masih tak berapa sihat, what i want, i got it.. <3
tapi, dalam perjalanan, kereta kadang2 bergegar dan berhentak..
n itu kadang2 menyakitkan ummufurqan apatah lagi ummufurqan baru je selesai buat LP tu...
setiap kali kereta berhentak, setiap kali tulah dahi ummufurqan berkerut menahan rasa sakit sekitar kawasan buat LP...

siyesly, 1st day memang terasa seksa...
solat pun sambil baring...
xboleh nak duduk...

tapi 2nd day, dah terasa terlebih sihat pulak..
tak rasa sakit apa2..
sooooooo, ummu furqan duduk lama2..
so effectnya, 3rd day, mula sakit belakang balik.. kronik..!
headache teruk but still cuba bertahan...

hari berganti hari, headache makin teruk..
sampai terpaksa ke hospital.. n doktor cakap komplikasi dari kesan LP...
terus ke kecemasan...
memang tak tahan sangat headache sampai basah niqab menangis...
last2 nurse bagi morfin.. dadah tu kuat tau.. sampai bila di masukkan, ummufurqan terus jadi sedar tak sedar...
separa sedar...
bila jumpa doktor, dengar tak dengar ap doktor cakap..
doktor tanya tak dapat nak jawab dengan baik...

Allahu Allah..
disebab ianya kesan LP, doktor refer kepada pakar bius.. untuk check up balik apa sebab..
perjumpaan dengan pakar bius pulak masalah..
sian mama.. satu hospital kena tawaf...
sebab pakar bius cakap bukan kes dorang.. n my headache memang tak tertahan..
kembali ke ER... then refer balik ke medical team...
then medical team cakap that headache di sebabkan penyakit ummufurqan teruk radangnya pada bahagian otak dan mata.. itu yang menyebabkan kesakitan tu... 

in same day, ummufurqan jugak refered pakar mata..
sebab ada eye's pain..
di check up apa sume..
mata ok.. taapi doktor cakap, my nerve,.. atau my saraf.. itu yang kelihatannya bermasalah dan menyebabkan kesakitan tu...

my own wheelchair.. tapi dah kena tukar sebab rosak... sekarang guna wheelchair lagi ringan.. he... Alhamdulillah... istimewa sungguh..!
i love doktor mata..
penuh keibuan.. doktor sendiri yang angkat ummufurqan dari wheelchair untuk duduk atas kerusi untuk check mata... 
dia banyak bagi kata2 semangat pada ummufurqan..

katanya, ummufurqan muda.. ummufurqan kena kuat mental.. kena lawan emosi ummufurqan yang kadang2 terganggu di sebabkan ubat2an highdose dan kerana penyakit itu sendiri...
kata doktor,  walau apa pun suggestion daripada doktor, terima jew sebab penyakit nie terlalu rare  dan apa yang doktor suggest adalah yang terbaik untuk prevent penyakit nie daripada agresif...

kerajaan juga berbelanja berjuta-juta untuk mendapatkan bekalan ubat MS.. kata doktor, ubat2 MS adalah antara ubat yang berkos paling mahal.. kerajaan boleh support separuh je sebab terlalu mahal... and if i need beta interferon bagi menggantikan steroid highdose untuk jaga tulang dari osteoporosis (suntikan sendiri like suntikan insulin) kerajaan just boleh bagi percuma beberapa bulan awal je selepas dari tu, ummufurqan kena keluarkan belanja sendiri yang memakan belanja around RM4k per month... (Allahu Allah...)
and i need it untill mylife end....

seumur hidup..??? yes...
seumur hidup... tapi kesan sampingan dia tak seteruk steroid...
kerana itu jugak, doktor2 suggest pada ummufurqan untuk join group for pengidap MS.. sebab group tu ada peruntukan sendiri untuk ahli2 dia.. dan juga suggestion untuk mendaftar sebagai OKU sebab dengan kad tu ianya dapat mengurangkan sedikit beban...

insha Allah.. in proceed...

apa pun jalan yang Allah bagi pada ummufurqan, ummufurqan yakin ianya penuh dengan hikmah dan pasti ada sebab kenapa Allah takdirkan ianya berlaku...
soal masa depan...
jujur,
ummufurqan tak pernah berharap pun.. sekadar impian dan angan2 yang mungkin boleh di capai dan mungkin juga tidak..
sebab..???
sebab ummufurqan tahu keadaan ummufurqan dengan sangat2 baik... 
setiap orang inginkan yang terbaik...
dan ummufurqan tidak mampu untuk jadi yang sempurna...
cukup apa adanya dan menjadi yang terbaik untuk diri sendiri dan ummah...

dakwah..???
yes...
mungkin this is one way yang Allah bagi pada ummu untuk berdakwah pada masyarakat..
tak semestinya sempurna baru dapat berdakwah...
tak semestinya sihat, baru dapat berdakwah...
mungkin sisa2 hidup yang masih ada walaupun kadang2 terasa sukar adalah satu ruang untuk dakwah...

ummu furqan, 
anda seorang da'e.. ^_^
pikul tanggungjawab yang Allahh bagi sebaik mungkin..
demi akhirat.. insha Allah...

salam sayang....

bismillahirahmanirohim...
salam dan selawat buat junjungan besar s.a.w.
salam penuh kerinduan kepada KEKASIH yang satu..

assalamualaika ya rasulullah..
assalamualaika ya habiballah..
assalamualaika ya nabiyallah...

subhanallah..
alhamdulillah..
walailla..
haillallah..
Allahuakhabar...

apa khabar kepada semua readers yang hazirah kasihi kerana Allah sekalian.. ^_^
hmmmm.. bila ya hazirah updated post terbaru..?? in couple weeks right..???

pasti semua terfikirkan bagaimana keadaan hazirah sekarang setelah post terbaru menunjukkan hazirah kembali berkerusi roda...

tiada yang dapat menjangka apa yang Allah telah catatkan di luh mahfuz..
sama juga dengan hazirah...
post yang lalu menunjukkan hazirah sudah pun kembali terumbang ambing dalam berjalan...
SEPATUTnya, hazirah awal2 lagi sudah perlu menyerah diri ke hospital terdekat TAPI oleh kerana i thought that my date at HSNZ really  closed, jadi hazirah tangguh dulu.. fikir... dah nak balik teganu jumpa doktor...

tapi last2, penyakit hazirah attack ketika hazirah dalam hall..  sedang menanti pensyarah untuk memulakan kelas...
tak expect benda tu berlaku tapi semuanya dah Allah tetapkan untuk berlaku...


akak2 senior yang cantik dan baik.. ^_^ .. setia membantu walaupun baru kenal.. terima kasih sangat2..!



hazirah bangkit dari tidur dalam keadaan biasa.. without weird feltt like before just a bit tired...
bersiap seperti biasa.. sarapan dengan roti.. hafal vocab arab sedikit...
bersiap pergi kelas.. adik roomate tolong tolakkan wheelchair ke bawah.. seorang sahabat dan setia menanti untuk bantu hazirah handle kereta kebal nie...
everything goes ok...

sehinggalah masuk ke dalam hall yang menggabungkan ke semua kos di bawah fakulti akademi islam, mungkin dalam keadaan hall yang agak ramai dengan siswa/i, saluran pernafasa hazirah terasa sempit dan terhad...
hazirah terasa debar yang sangat kuat.. terasa bagaikan jantung yang nak terkeluar dari tempatnya..
tapi hazirah mencuba.. mencuba untuk mengawal pernafasan yang semakin laju... tenangkan diri.. namun, makin lama semakin sukar.. sehingga hazirah mengambil langkah menurunkan niqab...
at that times, nafas hazirah terus berbunyi..
dan hazirah tak tahu apa yang berlaku..
apa yang hazirah tahu, sedar2 sahaja dah berada di klinik kesihatan..

banyak sangat kalau nak story.. hu3..
tak menang tangan nak menaip...
what happened at KK...

hmmmmm.....
dari KK, hazirah di kejarkan ke hospital serdang kerana  hazirah memaklumkan hazirah ada multiple sclerosis..
doktor di KK mennyatakan hazirah perlu ke hospital..
ketika jumpa doktor di KK, hazirah dah sedar penuh...
tapi entah macam mana, bila berada dalam ambulance, keadaan makin kritikal...

hazirah tak sedar apa yang berlaku,.. 
sedar2, mulut hazirah dah di tekap dengan alat bantuan pernafasan..
doktor2 mengeliling.. menyeru nama hazirah.. minta hazirah sahut panggilan dorang.. but can't..!
hazirah dengar apa doktor kata, mata hazirah terbuka tapi hazirah tak dapat bagi respon.. masa tu memang agak progresif dan kritikal keadaan hazirah...
hazirah hampir menangis kerana tidak mampu menjawab seruan doktor walhal hazirah sedar...

hazirah cuba menggerakkan kepala...
pada peringkat awal percubaan, memang agak susah....
namun alhamdulillah.. akhirnya hazirah dapat mengeleng dan mengangguk..
doktor2 tanya hazirah sama ada hazirah dapat merasai badan hazirah ataupun tak..
rasanya macam sayu je pandangan hazirah masa tu.. sebab memang hazirah tak mampu langsung untuk rasa badan hazirah... hanya kepala yang dapat di gerakkan.... 
seorang doktor india ajar hazirah mengucap.. terkejut...!

he said "miss, u're muslim.. please trying to say selawat... istighfar...."

terus terpejam mata... mencari hati..
mengumpul kekuatan dari yang hakiki...
benar kata dia... Allah.. ALlah sedang menanti aku menyeru namaNYA...

Alhamdulillah...
akhirnya, hazirah dapat bersuara walaupun agak perlahan...
doktor india tu mengambil kesempatan itu untuk bertanya lebih lanjut tentang keadaan hazirah sebelum nie..
hazirah cuba bagi jawapan yang semampu mungkin...
bila keadaan hazirah semakin positif, doktor india tu panggil seorang doktor china untuk ambik darah.. memang langsung tak rasa walaupun kulit di tenggelam dengam jarum...
pastu, terus panggil pakar sebab keadaan macam teruk...

doktor check up apa sume..
then d0rang masukkan dadah jenis morfin ke dalam badan hazirah..
masa tu macam bergegar katil sebab macam badan terkejut... but better..
after beberapa jam, tangan mula bagi respon..
dapat digerakkan walaupun memang tak ada rasa...

dua orang pakar perubatan yang datang tengok then mereka arahkan untuk admitted on the spot for treatment sebab kata doktor agak progresiff sebab in a week dah boleh jadi teruk macam tu...
sebelum hazirah di pindahkan ke ward, hazirah di letakkan dalam ward pemerhatian selama 2 hari...
dekat dengan doktor...
hmmmm.. sejukk u olls... aircond terlalu kuat.. sampai hazirah di bekalkan 3 helai selimut untuk cover sejuk tu...

kat luar malam atau siang, hazirah memang tak tahu..
hazirah hanya tahu melalui jam... tengok jam...

after two days, baru hazirah di pindahkan ke ward... Alhamdulillah...
tapi Alhamdulillah... in that room, hazirah dipertemukan dengan seorang kakak yang jugak pengidap MS sama macam hazirah..
dia attack yang ke lima dah...
kakak tu usianya dua tahun lebih tua dari hazirah...
dia banyak bagi nasihat dan kata2 semangat pada hazirah... ya Allah.. jujur, dia sangat faham apa yang hazirah rasa dan alami...

dia pernah cakap pada hazirah,
walaupun kami pengidap MS, kami perlu sentiasa tersenyum dan positif..
orang takkan faham kami.. orang hanya mampu bersimpati dengan kami tapi untuk faham tu macam mustahil sangat...
kadang2, orang boleh meragui keadaan kami yang selalu on off...
kejap ok kejap tak ok....
kerana itu, kami perlu sentiasa senyum...




hazirah tersentuh dengan kata2 dia...
katanya dia sentiasa nampak tersenyum di hadapan semua orang tapi pada hakikat dia sudah terlalu banyak menangis..
menangis bersendirian...
mengharapkan orang faham, itu bagaikan tak mungkin..
betul..!
hazirah sangat setuju dengan apa yang kakak nie cakap...
kerana hazirah juga begitu..;
gemar tersenyum...
apa2 pun senyum... walau nak menangis pun hazirah tahan2.. sehinggga i'm alone, i will cry as long as i want..
kadang2 sampai basah lengan baju dan buku sebab airmata yang menitis di celah2 lengan...


kenapa tak kongsi..???
hmmmm...

entah... sebab rasa macam orang takkan faham kowt apa yang ada dalam hati nie...
plusssss,, emosi hazirah tika ini sangat sensitif..
mudah menangis.. mudah tertekan dan keliru...
usaha untuk didik emosi nie agar lebih terkawal dan teratur...
lebih tenang....

ok.. back to story...
hazirah menjalani rawatan untuk masukkan ubat methyllpred yang pekat tu selama seminggu...
2 days earlier, menangis hazirah sebab sakit sangat....
hazirah sampai pandai2 je gi main buka tutup wayar ubat tu sebab sakit sangat...
tiap kali kesakitan menyengat, hazirah tutup sampai hilang sakit tu.. bila dah hilang hazirah buka balik... begitula sampai habis botol yang ke 2...
botol yang keseterusnnya, hazirah biarkan je kesakitan tu meratah pembuluh darah hazirah... dah xlarat nak main buka tutup, buka tutup....
sampai bengkak tangan...

bila doktor datang tutup pun hazirah terjerit sikit... sampai doktor tu terkejut n cakap
"saya tutupla yus.." 


"sakit doktor..." >_<

sebelum rawatan bermula, doktor ambik darah dekat nadi..
masa tu Allah sahaja yang tahu bagaimana hati hazirah memujuk untuk menahan sakit...
selesaai ambik darah, nadi terus bengkak on the spot je...

left hand touch cuba meredakan kesakitan tu..
Alhamdulillah.. kheir...

banyak sangat test2 lain yang hazirah dapat...
buat MRI lagi... ambik darah tiap2 hari...
semua tu tanda apa..??
semua tu tanda Allah sayang...!

setiap sakit menghapus sedikit demi sedikit dosa2 hazirah yang menggunung tinggi...
Alhamdulillah...

jujur, hazirah bersyukur dengan apa yang hazirah lalui...
hazirah istimewakan..?????
Allah pilih hazirah untuk lalui semua ini walaupun saban waktu mungkin akan mengundang simpati ramai....

Alhamdulillah...
dengan jumlah patiets MS yang tak ramai, itupun sudah cukup untuk maklumkan betapa istimewanya diriku ini apabila di pilih Allah untuk lalui semua ini...

yes..!
although the doctor was telling me that I most likely will never again be able to run normally...
mungkin, kalo boleh berjalan pun dah takkan ada rentak... berterabur... takkan laju... ^_^

bak kata kak ipar hazirah
"at least masih ada kaki.. ada orang tak de kaki langsung.. terus tak boleh jalankan..???"

ahah..! betul..!
jadi, bersyukurlah dengan apa yang ada...
doktor2 di hospital serdang jugak ada cadangkan hazirah buat kad OKU untuk mudahkan pergerakan dan urusan hazirah selepas nie..
bila hazirah dengar perkataan OKU, kosong... hati tak detect apa2 feeling... heartless... he3...
tapi minda seakan2 sedang memikirkan relevannya ada kad OKU atau mendaftar sebagai OKU...

yes..!
mungkin akan rasa humble sedikit tapi xpewla...
kehidupan must go on walaupun keadaan hazirah sebenarnya sangat sempurna berbanding yang lain... ^_^
Allah hadirkan hazirah insan2 yang baik..
insan2 yang banyak membantu hazirah..
sahabat2 kampus yang tak putus bagi sokongan...




haa... jangan jeles tau.. hazirah dapat doktor yang baik sangat...
dia layan hazirah macam kawan...

pernah one night, dia datang dekat hazirah..
datang pegang hazirah sambil cakap

"yus, kita tak janji yus boleh keluar esok..." (Buat muka comel..)

hazirah pulak

"ala akak... dah penat duduk hospital nie "(after 9hari duk hospital..)

"kita pun penat tengok yus je hari2..." >_<

hu33.. friendly sangat doktor nie.. sampai hazirah tergelak.. dia senyum je...
 dia cuba buat hazirah senyum...
hazirah suka doktor macam nie..
walaupun dia penat... kerja berlambak2 sampai tak sempat balik...
tapi senyuman tak pernah hilang dari bibir dia.. sentiasa senyum...
sampai hazirah rasa sihat je tiap kali nampak dia...

^________^

bertuah sape dapat jadi suami dia...

she's soft,care,loving,beautiful....

eh3... gi promote doktor pulak... he3...

^_^...

banyak sangat dah tulis nie...
next time hazirah sambung lagi ye...

doakan hazirah boleh rasa balik kaki hazirah ye....
lower limb masih bermasalah...
tak rasa.. tapi ada improvement sebab hazirah dah boleh guna tongkat daripada tak boleh guna langsung...

dan kerana keadaan yang nie agak flare up, doktor buat MRI ada something weird untuk kes hazirah sehingga terpaksa menjalani prosedur ambik air tulang belakang @ lumber puncture...

nak tahu apa jadi..????

jengg2... tunggu for next episode... ^_^

salam sayang buat semua...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...