tinggalkan jejak anda di sini

How Old I am ^_^

Daisypath Happy Birthday tickers

The Age Of MY Opened Dairy

Daisypath Happy Birthday tickers

Bismillahirahmanirahim...
Alhamdulillah.. setelah bersawang 'open dairy' ini di tinggalkan tanpa sebarang khabar berita, Allah masih memberi kesempatan kepada ana untuk kembali mencurahkan rasa dan berkongsi berita..


bukan ingin menghilang tanpa jejak, tapi inilah suratan Ilahi yang menentukan segalanya..
sesunggahnya 'DARINYA AKU DATANG, DAN KEPADANYALAH AKUKAN KEMBALI'.. 


kenapa ana berkata sedemikian..???
itulah hakikat sebenar sebuah kehidupan..

semua yang hidup akan 'pergi' jua bila sudah tiba waktunya..
tidak lewat, dan tidak juga cepat..
semuanya telah tercatat di luh mahfuz...
kita sebagai hambaNya perlu menerima segala ketentuanNya dengan hati yang terbuka, tenang, redha dan pasrah...


tidak menatapinya, tidak juga memberat untuk melepaskannya..
sesunggahnya Kasih Allah lebih besar dan indah jika nak dibandingkan dengan kasih manusia yang terkadang membawa derita dan kecewa..




Subhanallah..
tak ana sangka rupanya KASIH ALLAH kali ini kepada ana memberi ana erti untuk faham bagaimana perit jerih menjadi insan yang tak mampu menggunakan kekuatan kaki sendiri..
seminggu berada di wad membuatkan akan rasa semakin dekat dengan Allah..


menerima berita daripada doktor tentang keadaan diri yang down dengan hati yang tenang dan bahagia.. ana pun tak tahu bagaimana ana boleh jadi setenang itu.. yang pasti,di saat doktor pakar mengesahkan ana ada 'Attack TRO ASO/ aortic volve dikace' atau lebih dikenali dengan nama melayunya 'jantung berlubang, ana berasa cukup tenang dan ana sempat melemparkan senyuman kepada doktor berkenaan.. doktor pakar 'wan mohd Razi', cukup tenang dan murah dengan senyuman sepanjang bersama pesakitnya..


mungkin dengan keramahannya mampu mempengaruhi psikologi pesakitnya agar tenang dalam menerima berita yang mengejutkan..
pun begitu, wajah doktor wan kelihatan sedikit terkejut melihat ana yang hanya tersenyum menerima berita yang di khabarkan.. 


tak ada apa yang perlu di sedihkan.. tipu kalau ana katakan hati ana tak tersentak dengan berita itu.. masuk wad kali ini mengesan dua penyakit yang mungkin bagi orang lain, akan mematahkan semangatnya. as for me, it's not.. penyakit yang kedua ini effectnya telah membuatkan ana 3 minggu tidak mampu berjalan dengan kekuatan sendiri.. 


kadang2 menggunakan kerusi roda dan kadang2 di papah orang. kesakitan sememangnya dirasai bila ada langkah yang di atur.. doktor mengatakan ianya sejenis sakit CHRONIC BACK PAIN TRO P/D.. atau ketidaksempurnaan pada tulang belakang dan saraf..


kebosanan berada di hospital membuatkan ana bertindak meminta persetujuan daripada doktor MO iaitu doktor fakhri yang merawat ana dari hari pertama ana menjejakkan kaki ke hospital berkenaan... sebelum mendapat kelulusan daripada doktor fakhri, ana dah minta untuk balik daripada doktor zahirin dan doktor khairil. tapi mereka tidak membenarkan sebaliknya mereka cuba mengusik dan mengenakan ana. sabar ajewlah dengan karenah dua orang doktor nie..


doktor fakhri yang sedikit serius kowt bahasa yang paling sesuai membuatkan kerja ana jadi mudah.. ada ditanya reason kenapa ana nak balik sedangkan ana masih dalam keadaan down dan tak mampu untuk duduk jika tiada sokongan daripada belakang, jawapannya cukup mudah, iaitu ana ingin menduduki peperiksaan yang telah tertunda banyak paper sehingga ke detik ini..


wad yang agak selesa..hehehe


walaupun di benarkan pulang, doktor fakhri mengarahkan ana agar rest dekat rumah selama seminggu... di aturkan appointment dengan jabatan ECHO untuk melihat keberadaan lubang pada jantung dan dengan pakar orthopedik...


perjumpaan dengan doktor pakar bedah orthopedik membuatkan ana makin tenang.. katanya, masalah ana yang tidak mampu berjalan ini ada kaitan dengan kerosakkan pada saraf dekat tulang pinggang.. dengan alasan itu, ana diarah kembali untuk menjadi penghuni hospital besar HSNZ. sekali lagi..??? ya..! sekali lagi.. ana tak tahu dah banyak mana ana miss pelajaran ana.. nota, exam and so on.. paper exam pula, ana tak tahu sempat atau tak ana habiskan semua paper dalam tempoh seminggu.. 


ana ada 10 paper yang wjib di duduki.. 1 paper memakan masa 3 jam-3 jam 1/2... sempat ke ana ambik semua paper dalam masa seminggu sedangkan 20 feb ana di arah ke HSNZ.
hanya padaNya ana memohon, berserah dan bertawakal..


ketika dalam keadaan macam nie, jelas Allah tunjukkan hikmahNya.. ya..! dalam keadaan macam nie ana boleh nampak yang mana teman, sahabat dan kawan..
yang di anggap teman, mungkin tak layan mendapat gelaran itu.. mungkin sekadar kawan. yang di angkat sebagai sahabat, wajar diangkat sebagai teman..


dari hari pertama ana di wad sampai ke detik ini, teman2 yang sangat menyayangi ana tak pernah lekang untuk menghantar mesej pada ana untuk bertanya khabar.
Alhamdulillah.. aturan Allah itu penuh dengan hikmah..!


berada di rumah, kebanyakan masa ana dihabiskan dengan terlantar dan baru sehari dua ini ana boleh duduk tanpa sokongan.. walaupun sangat terasa kesakitan pada tulang belakang, ana tak boleh lemah atau tunduk kepada kesakitan ini. sebaliknya, ana patut melawan kesakitan ini.
bab kata doktor wan 'you still young n you must to fighting this disease for urself and ur future life.. lawan..!'


ana sempat tergelak mendengar kata2 doktor...
katanya, ana terlalu muda. dan sangat sayang jika muda2 perlu hidup bergantung pada kerusi roda dan dalam keadaan sentiasa sakit..
tiada apa yang boleh ana bicarakan kepada doktor, melainkan hanya dengan jawapan "segala ketentuan Allah, saya terima dengan hati terbuka"..


bagaikan ada sinar yang hadir bila ana ternampak abang bawa pulang sepasang tongkat. Alhamdulillah.. selepas nie ana dah tak perlu mengesot dan bergantung pada orang. dengan adanya tongkat ini, ana boleh belajar bergerak sendiri.. walaupun pergerakan agar perlahan, tapi ana dah cukup syukur sebab ana dah boleh bergerak tanpa bantuan orang,cuma bila nak makan atau nak ambik apa2, ana tetap masih memerlukan pertolongan orang..


pasti akan ada yang tertanya 'hazirah tak pakai niqab ke sampai sempat senyum pada doktor..??'
ya sahabat2ku sayang..
ana tak pakai niqab sepanjang berada di hospital.. hanya menutup aurat yang di wajibkan.. tetap mengenakan jilbab.. ini kerana, ana di hantar ke hospital dalam keadaan ana tidak berniqab. dalam keadaan collapse, ana tak tahu apa yang berlaku.


sedar saja, aurat ana tidak terjaga.. menitis airmata ini tanpa di paksa, ana tak redha bila aurat ana di perlihatkan. namun, kehadiran sahabiah yang membawa jilbab ana lalu di pakaikan membuatkan hati ana sedikit terpujuk. ada juga sahabiah mengatakan, 'kami terpaksa'.. menerima dengan hati yang husnuzhon..


melihat keadaan ana, mama sempat mengusik, 'ada tak nie orang nak ke anak ma nie..??' 
ana hanya tersenyum. tak perlu ana menjawab panjang sedangkan Allah lebih mengetahui tentang itu.. ya..! ana faham maksud mama. maksud mama, ada tak muslimin yang akan menerima muslimah yang berjalan menggunakan tongkat seperti ana..???


Allah lebih tahu dan mampu menjawabnya..
kata2 mama membuatkan ana kembali teringat kata2 murobbi untuk subject sc dulu, 
'sayangnya.. tuan comel, tapi sakit..'


ingin ana tegaskan, apa yang berlaku itu aturan Allah..
yang pasti, penuh dengan hikmah yang kita tak tahu...
yang pasti, KASIH SAYANG DAN CINTA dariNya pada kali ini mempersembahkan kepada bahawa betapa ana di sayangi oleh orang2 di sekeliling ana..


sahabiah2 yang jauh merantau di merata-rata as soon as possible try to cntct me, abg long yang berada di PD negeri sembilan dan kak ngah di shah alam, sanggup balik untuk tengok ana. abang bob ana pula, lepas bertolak dari dungun, terus datang ke hospital untuk jumpa ana. walaupun dah malam, pandai si abang mencari alasan untuk jumpa adik bongsunya.. abang ijak pula, setiap hari datang lepas habis kerja.. sama macam abah.. abah datang dua kali sehari dan setiap hari.. mama dan kak na bergilir gilir tukar syif untuk jaga ana..


ya Allah..
betapa ana bersyukur di kurniakan orang yang menyayangi ana...


ana juga ingin memohon kemaafan kepada semua sahabat2 yang kenal ana, jika ada silap dan salah, harap di maafkan.. jika ada apa2 yang tak puas hati, luahkanlah agar ana tahu tentang itu..
syukron kepada semua sahabat2 yang tak pernah putus untuk mendoakan ana dan menyayangi ana..


hanya Allah yang mampu membalas jasa kalian..
sesungguh hanya CINTA kerana Allah kepada kalian sahaja yang mampu ana balas...
bersyukur pada Allah..


nasihat ana kepada mereka yang sakit,
terimalah sakit itu sebagai tanda CINTA dari ILAHI..
terimalah ia dengan hati yang tenang dan bahagia..
terimalah ia sebagai tarbiah dariNya...
sesungguhnya Allah sedang menunjukkan tanda cinta-Nya kepada kita.


pesanan ana,
usahlah su'zhon dengan doktor. mungkin ada doktor yang sedikit angkuh dan sombong tapi berhusnuzhonlah terlebih dahulu..
doktor itu mungkin tidak terniat untuk berkelakuan begitu, mungkin mereka mempunyai masalah mereka sendiri..
ya..! costumer is always right n first, but think about theirself.. mereka juga ada kehidupan mereka sendiri.. banyak perkara yang mereka korbankan demi kepentingan pesakit mereka. jadi, jika mereka tak menunjukkan tindak balas yang positif, maka berhusnuzhonlah...


selama bersama mereka, ana semakin mengenali keperibadian seorang doktor.
mereka sangat baik.. cuma, terkadang mereka tak mampu untuk mengawal reaksi mereka...


salam sayang dariku HAZIRAH AL-HAFIZAH...





LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...