tinggalkan jejak anda di sini

How Old I am ^_^

Daisypath Happy Birthday tickers

The Age Of MY Opened Dairy

Daisypath Happy Birthday tickers
Bismillahirahmanirahim...

beberapa hari yang lepas, sebelum memulakan study, ana menghantar satu mesej berunsur nasihat kepada seorang adik...
beberapa ketika selepas itu,si adik mula membalas mesej itu.. pada awalnya hanya sekadar bermesej biasa.. tapi setelah beberapa ketika,si adik mengeluarkan ayat ini..


"akak,nak tanya boleh..??"

tersenyum ana dibuatnya.. si adik agak sopan..setiap kali ingin bertanya pasti dia akan meminta izin ana terlebih dahulu... 


"tafaldha"

beberapa ketika, h.set ana kembali berbunyi... kerna mata ana tengah fokus pada bacaan,ana membiarkan terlebih dahulu mesej itu kerna ana takut maklumat yang sampai ke otak,'xjadi' nak masuk nanti... setelah selesai membaca bahagian2 tertentu subjek yang melibatkan pengiraan pendapatan negara melaysia,ana kembali beralih kepada h.set lalu menekan button untuk bukaq msej..

"akak,betul kew niqab tu wajib dalam mazhab kita...??"

begitula lebih kurang bunyi soalannya.. berkerut juga dahi ana bila membacanya.. sejak bila imam as-syafie mewakafkan hukum wajib untuk niqab dalam mazhabnya..???


 bila ditanya kembali dari mana si adik mendapat fakta itu,si adik berkata yang maklumat ini dia dapat dari seorang niqabi jugak..

pelik.. sebab sebelum nie ana jugak pernah mendapat soalan macam nie.. ada yang menghukum ana terus dengan menyatakan ana berdosa kerna melepaskan niqab.. sebabnya waktu itu ana terpaksa kerna mengikut peraturan yang ditetapkan.. kalau kata berdosa, ana boleh lagi terima, tapi kalau dah kata ana berdosa besar kerna melepaskan niqab selepas memakainya, ana rasa bagaikan dihukum tanpa di siasat sepenuhnya... oleh itu, dengan nekad yang kuat, ana mencari sendiri jawapan selepas itu dengan mancari kitab2 yang berkaitan dengan merujuk beberapa orang asatizah yang berpengalaman..

kenapa semua meletakkan hukum wajib pada niqab bagi mazhab as-syafie..??? sedangkan pada hukum bagi mazhab as-syafie yang sebenarnya hanya harus... merujuk beberapa kitab, ye secara jujur,pada awalnya ana jugak beranggapan begitu,tapi ana rasa penyelidikan ana masih belum sampai kew titik nokhtah penyelesaiannya lagi.. sehinggalah ana tergerak untuk bertanya beberapa orang asatizah.. dari yang muda sehingga yang sangat berpengalaman dalam dunia dakwah...

antara dalil yang ana temui adalah..


"dan apabila kamu meminta sesuatu yang harus diminta dari isteri2 nabi, maka mintala kepada mereka disebalik tabir"
-Al ahzab(33:53)

"tidak salah kepada wanita2 untuk berjumpa tanpa tabir dengan bapa2 mereka, dan anak lelaki mereka, dan saudara lelaki mereka, dan anak saudara lelaki mereka, dan anak lelaki saudara perempuan mereka"
-al ahza(33:55)

"ada orang berkenderaan melawati kami, sedangkan ketika itu kami sedang mengerjakan ihram bersama Rasulullah S.A.W.,ketika mereka berhadapan dengan kami salah seorang diantara kami menutup jilbabnya ke wajahnya, bila mana mereka sudah berlalu dari kami,kami membuka kembali wajah"
-hadis riwayat ahmad,abu daud dan ibnu majah-


kata asatizah ana,seandainya diikutkan dalil2 yang di utarakan,memang ia mewajibkan niqab ke atas semua nisa' namun perlu faham bahawa yang di utarakan didalam kitab adalah perbincangan secara umum n lebih kepada mazhab hanbali dan maliki yang merupakan mazhab yang paling berat diantara 4 mazhab yang ada...
kata asatizah, mereka perlu sedar,seandainya mereka berpegang pada hukum WAJIB, maka mereka mengamalkan mazhab hambali dan maliki...


imam as-syafie telah menetapkan bahawa aurat seorang perempuan itu seluruh badannya kecuali wajah dan telapak tangannya sahaja yang dibenarkan terbuka dan yang lain adalah aurat dan wajib di tutup sepenuhnya... terumatanya kaki ye... harap semua nisa' yang membaca post ini mengambil perhatian pada part KAKI nie sebab KAKI MERUPAKAN SATU ANGGOTA BADAN YANG SANGAT MUDAH UNTUK DIBACA OLEH MANA2 MUSLIMIN..!
semua sekali..! dari kaki,mereka boleh mengetahui segalanya... hati2..!


berhati hati jugak dalam meletakkan hukum... anda mungkin berpegang hukum mazhab len.. mazhab syafie adlah mazhab yang seimbang.. tidak terlalu berat,tidak jugak terlalu ringan... betul tindakan anda merujuk kitab,tapi kene ingat,seandainya berlaku kekeliruan dalam hukum, the best way is ask our astizah dat more than know bout it... dont put it as u can... fakta anda mungkin boleh membuatkan ramai yang menjadi semakin keliru...


memang benar dalam mazhab kita ada jugak yang menjadi wajib tapi kene lihat pada sebab.. ia akan jadi wajib bila seandainya nisa' itu tidak berniqab,ia mendatangkan bencana, dan fitnah pada diri dia...


oleh itu, renung2kanlah terlebih dahulu.. siasat dan selidikla terlebih dahulu sebelum mengutarakan sesuatu fakta dan hukum...


ini sahaja yang mampu ana kongsikan.. ana dah xboleh berdiam bila ramai yang meletakkan hukum wajib untuk niqab... nak berbahas tentang hukum perlu ada ilmu dan dalami,siasat dan selidik.. bila sohih, baru uar2kan. kepada umum...
bismillahirahmanirahim..
genap sudah 12 hari umat islam seluruh dunia menjalani ibadah puasa..
dan selama itu juala ana berada didalam kabus kedukaan.. namun ana bersyukur kerna semua itu tarbiah Allah pada ana di bulan yang mulia ini...
bulan yang mulia semakin menghampiri separuh bulan.. Alhamdulillah.. kedukaan itu semakin terubat dan ana semakin mampu melupakan kedukaan2 itu... syukrillah... syukrillah...



ukhuwah yang terjalin menjadi kenangan...
semacam jew ayat kan tapi itulah realitinya..
suatu ukhuwah yang terjalin memerlukan kepercayaan sebagai landasannya namun seandainya keraguan menjadi perantaraannya pasti ukhuwah itu akan sering ditimpa masalah...
tiada apa lagi yang harus dikenangkan.. semuanya kini menjdi sejarah silam...
kehidupan baru harus dimulakan.. tanpa keraguan,tanpa kesedihan... jalinan persahabatan perlu ikhlas seikhlasnya tanpa ada maksud yang tersembunyi..

keraskah hati ana..??
bukan niat ana untuk mengeraskannya... sudah terlalu lama ia berlembut, namun bila tiba satu saat ia patut dikeraskan..  unsuran maaf sudah ana perkenankan namun meneruskan mungkin tiada harapan..
pisang yang lama bagaikan berbuah kembali.. pertama kali terkena masih ana cuba lupakan namun kali ke dua terkena ana rasakan ia adalah satu rantai yang membuatkan ana terikat agar tidak lagi membiarkan semua itu berulang...


sungguh... telah banyak kebaikkannya kepada diri ana.. daripada perkenalan sehingga kini...
semua kebaikkannya itu tidak akan pernah ana lupakan walaupun sedetik...
ianya pasti menjadi kenangan yang terindah di dalam memori...


tiada apa yang mampu ana ungkapkan untuk post pada kali ini kerna ianya sekadar tersekat diminda dan bukan untuk diluahkan...

BICARA HATIKU

di saat kita cuba pertahankan persahabatan yang terjalin kerana Allah daripada terlerai
,ujiannya pasti ada.. mengikut kemampuan dan iman kita...
mungkin jugak di saat kita perjuangkannya,sahabat yang diharapkan tidak seperti mana kita mahukan sama2 berjuang mempertahankannya..
mungkin kerna kelebihan kita di ajak berkawan namun kerana satu kesilapan dan kelemahan kita yang selama ini x mampu mereka lihat dan tetiba ajew terlihat tanpa di sengajakan, mereka akan meninggalkan kita dalam diam.. 
di saat kita men cari2 di mana silapnya, mereka sudah tertawa bersama teman yang lain..

kawan itu ramai dan mudah di cari dan didapati namun sahabat sangat sukar di cari dan didapati..
.ketika kita senang ramai jew yang mendampingi tetapi disaat kita terlantar,disitulah mampu kita lihat sejauh manakah keikhlasan mereka didalam persahabatan yang dijalinkan...
berpisah membawa haluan masing2 kerna ingin menggapai cita2 didalam diri, disitula jugak mampu dilihat sejauh mana kita saling ingat mengingati antara sahabat..
mungkin ajew kita yang terhegeh hegeh merindui sahabat2 sedang mereka tidak...
mungkin ajew kita yang terhegeh hegeh berhabis kreadit menelefon dan menghantar pesanan ringkas kepada mereka sedangkan merka tidak terniat langsung untuk berbicara dan saling meluah rindu sebagai sahabat antara satu sama lain...
itula ujian didalam persahabatan..
kesudahan kita akan tetap bersendirian tanpa teman yang dianggap 'teman'...

moral of values, even there u'll face sombody dat the 1 wanna be ur bestfriend, brush up 1st be4 u get 1 problem...sadness damn much...!be their gud listener if they're want u become their listener for their problem...be appreciate when u have 'sahabat sejati'but do ur preparation when u'll leave of them...

-KENANGAN TERINDAH-
Bismillahirahmanirahim....

gementar jari bersulam sayu,
denyutan nadi berselang sendu...
 ahlan wasahlam ya ramadhan..
hadirnya kamu berserta dugaan...

hanya Allah yang mengetahui bagaimana keadaan hati ana saat ini...
buku x mampu ana sentuh kerna fokusnya hilang ntah pergi ke mana...
fikiran jua terbang merata tempat ntah.. mungkin

sehingga ke pelusuk alam...



kini, dapat ana perhatikan dugaan yang sangat menguji kekuatan iman ana hanya berselang dua tahun..
tahun lepas mungkin ana sentiasa dalam keadaan tenang bila di uji tapi pada tahun ini mungkin bukan tahun untuk ana 'santai'...
ana pernah teruji teruk di tingkatan 4 dulu dan ana hampir tumbang kerna keadaan iman yang goyah tapi dapat ana atasinya dengan mengingati Allah dan terus mencari cintaNya jua berbicara denganNya...


mungkinkah dugaan yang hampir sama akan berulang..???
mungkin ya... airmata x mampu di bendung tatkala jemari ana tergerak untuk membuka 'sesuatu' untuk mencari kebenaran dan dari situ ana temuinya segala kebenaran yang selama ini sering menjadi persoalan di hati kecil ana...


dengupan jantung berserta 'kompang' bernada sayu berirama serentak...
kenapa perlu disembunyikan semua ini dari pengetahuan ana..???
cukuplah sampai di sini... sekarang ana bersyukur sangat2 kerna ana x tergerak untuk berkongsi2 apa2 dengan kamu kerna kebenarannya sudah pun terbentang di hadapan mata ana..
ana xkisah kehilangan sahabat kerna ana masih ada Allah...
sedih... tipu seandainya ana katakan x kepada perkataan yang sememangnya menjadi teman setia kepada ana sejak sekian lama...


seandainya kamu perlu pergi,pergila bersama bayanganmu...
usahla hadir lagi kedalam helaian diari kehidupan ana...

ana mungkin mempunyai ramai sahabat namun mungkin ana x mampu menjumpai yang mampu setia bersama ana sebagaimana ana cuba untuk berbuat sebegitu kepada kalian...
kata guru ana "sahabat sejati itu sangat susah untuk di cari even kepelusuk dunia sekalipun kita merantau"


setiap ujian yang melanda ada muhasabah dan hikmah...
ana sangat menyokong itu...


seandainya ana perlu kehilangan kepercayaan dan keyakinan kalian kepada ana,
ana redha dan ana hanya mampu menerimanya...
selagi mana ana masih meletakkan keyakinan tertinggi ana kepada Allah, ana pasrah segala...
sungguh.. demi Allah.. kenangan bersama kalian xkan ana lupakan sehingga hembusan nafas ana yang terakhir..


ana x layak untuk terus bersama kalian...
serendah mana pun kedudukan ana bersama kalian, ana menerima...
ana tahu di saat Allah memberi ana ujian sebegini hebat, pasti ada kemanisan yang x terhingga yang ana sendiri x mampu menduga apakah ia...

jangan dikatakan yang kalian masih mempercayai ana sedang kenyataan di hati kalian adalah keraguan...
cukuplah melafazkan 'kami percaya' kerna itu hanya akan membuatkan ana semakin sakit bila mengetahui kebenarannya...


ana xkisah perlu berjalan bersendirian menggapai keredhaan Ilahi jua menggapai kejayaan...
di belakang ana masih ada keluarga ana even ana tiada teman...
Allah masih di samping selagi nafas terhembus keluar...
ayatul quran masih di dada menjadi benteng kekuatan dan ketabahan...
airmata masih ada sebagai luahan kepada yang ESA...


cukuplah setakat ini..
semuanya pasti akan menjadi sejarah yang akan sentiasa tersemat kemas di ingatan ana...


ana x mampu memperkatakan apa lagi..
ana dan kalian jauh berbeza..
kerdilnya ana jika seiring berjalan bersama kalian...


xmengapalah...
Allah masih bersama ana..
Allah... Allah.. Allah...



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...