tinggalkan jejak anda di sini

How Old I am ^_^

Daisypath Happy Birthday tickers

The Age Of MY Opened Dairy

Daisypath Happy Birthday tickers
Bismillahirahmanirahim...

beberapa hari yang lepas, sebelum memulakan study, ana menghantar satu mesej berunsur nasihat kepada seorang adik...
beberapa ketika selepas itu,si adik mula membalas mesej itu.. pada awalnya hanya sekadar bermesej biasa.. tapi setelah beberapa ketika,si adik mengeluarkan ayat ini..


"akak,nak tanya boleh..??"

tersenyum ana dibuatnya.. si adik agak sopan..setiap kali ingin bertanya pasti dia akan meminta izin ana terlebih dahulu... 


"tafaldha"

beberapa ketika, h.set ana kembali berbunyi... kerna mata ana tengah fokus pada bacaan,ana membiarkan terlebih dahulu mesej itu kerna ana takut maklumat yang sampai ke otak,'xjadi' nak masuk nanti... setelah selesai membaca bahagian2 tertentu subjek yang melibatkan pengiraan pendapatan negara melaysia,ana kembali beralih kepada h.set lalu menekan button untuk bukaq msej..

"akak,betul kew niqab tu wajib dalam mazhab kita...??"

begitula lebih kurang bunyi soalannya.. berkerut juga dahi ana bila membacanya.. sejak bila imam as-syafie mewakafkan hukum wajib untuk niqab dalam mazhabnya..???


 bila ditanya kembali dari mana si adik mendapat fakta itu,si adik berkata yang maklumat ini dia dapat dari seorang niqabi jugak..

pelik.. sebab sebelum nie ana jugak pernah mendapat soalan macam nie.. ada yang menghukum ana terus dengan menyatakan ana berdosa kerna melepaskan niqab.. sebabnya waktu itu ana terpaksa kerna mengikut peraturan yang ditetapkan.. kalau kata berdosa, ana boleh lagi terima, tapi kalau dah kata ana berdosa besar kerna melepaskan niqab selepas memakainya, ana rasa bagaikan dihukum tanpa di siasat sepenuhnya... oleh itu, dengan nekad yang kuat, ana mencari sendiri jawapan selepas itu dengan mancari kitab2 yang berkaitan dengan merujuk beberapa orang asatizah yang berpengalaman..

kenapa semua meletakkan hukum wajib pada niqab bagi mazhab as-syafie..??? sedangkan pada hukum bagi mazhab as-syafie yang sebenarnya hanya harus... merujuk beberapa kitab, ye secara jujur,pada awalnya ana jugak beranggapan begitu,tapi ana rasa penyelidikan ana masih belum sampai kew titik nokhtah penyelesaiannya lagi.. sehinggalah ana tergerak untuk bertanya beberapa orang asatizah.. dari yang muda sehingga yang sangat berpengalaman dalam dunia dakwah...

antara dalil yang ana temui adalah..


"dan apabila kamu meminta sesuatu yang harus diminta dari isteri2 nabi, maka mintala kepada mereka disebalik tabir"
-Al ahzab(33:53)

"tidak salah kepada wanita2 untuk berjumpa tanpa tabir dengan bapa2 mereka, dan anak lelaki mereka, dan saudara lelaki mereka, dan anak saudara lelaki mereka, dan anak lelaki saudara perempuan mereka"
-al ahza(33:55)

"ada orang berkenderaan melawati kami, sedangkan ketika itu kami sedang mengerjakan ihram bersama Rasulullah S.A.W.,ketika mereka berhadapan dengan kami salah seorang diantara kami menutup jilbabnya ke wajahnya, bila mana mereka sudah berlalu dari kami,kami membuka kembali wajah"
-hadis riwayat ahmad,abu daud dan ibnu majah-


kata asatizah ana,seandainya diikutkan dalil2 yang di utarakan,memang ia mewajibkan niqab ke atas semua nisa' namun perlu faham bahawa yang di utarakan didalam kitab adalah perbincangan secara umum n lebih kepada mazhab hanbali dan maliki yang merupakan mazhab yang paling berat diantara 4 mazhab yang ada...
kata asatizah, mereka perlu sedar,seandainya mereka berpegang pada hukum WAJIB, maka mereka mengamalkan mazhab hambali dan maliki...


imam as-syafie telah menetapkan bahawa aurat seorang perempuan itu seluruh badannya kecuali wajah dan telapak tangannya sahaja yang dibenarkan terbuka dan yang lain adalah aurat dan wajib di tutup sepenuhnya... terumatanya kaki ye... harap semua nisa' yang membaca post ini mengambil perhatian pada part KAKI nie sebab KAKI MERUPAKAN SATU ANGGOTA BADAN YANG SANGAT MUDAH UNTUK DIBACA OLEH MANA2 MUSLIMIN..!
semua sekali..! dari kaki,mereka boleh mengetahui segalanya... hati2..!


berhati hati jugak dalam meletakkan hukum... anda mungkin berpegang hukum mazhab len.. mazhab syafie adlah mazhab yang seimbang.. tidak terlalu berat,tidak jugak terlalu ringan... betul tindakan anda merujuk kitab,tapi kene ingat,seandainya berlaku kekeliruan dalam hukum, the best way is ask our astizah dat more than know bout it... dont put it as u can... fakta anda mungkin boleh membuatkan ramai yang menjadi semakin keliru...


memang benar dalam mazhab kita ada jugak yang menjadi wajib tapi kene lihat pada sebab.. ia akan jadi wajib bila seandainya nisa' itu tidak berniqab,ia mendatangkan bencana, dan fitnah pada diri dia...


oleh itu, renung2kanlah terlebih dahulu.. siasat dan selidikla terlebih dahulu sebelum mengutarakan sesuatu fakta dan hukum...


ini sahaja yang mampu ana kongsikan.. ana dah xboleh berdiam bila ramai yang meletakkan hukum wajib untuk niqab... nak berbahas tentang hukum perlu ada ilmu dan dalami,siasat dan selidik.. bila sohih, baru uar2kan. kepada umum...

0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...