tinggalkan jejak anda di sini

How Old I am ^_^

Daisypath Happy Birthday tickers

The Age Of MY Opened Dairy

Daisypath Happy Birthday tickers

Bismillahirahmanirahim...

setelah sebulan kita berpuasa, kini tibalah waktunya kita menyambut syawal dengan penuh kesyukuran kerna kita berjaya berjihad dalam melawan segala nafsu...
Alhamdulillah.. segala pujian kepada Ilahi kerna telah memberi kesihatan yang baik kepada hamba2Nya di bulan ramadhan yang mulia...

benarkah sepanjang kita berpuasa, kita semua mampu melawan segala godaan yang mendatang..???
tepuk dada dan tanyalah iman anda.. mungkin ya ada yang mampu menempuhinya dengan sabar dan tenang tapi kena ingat yang ada di kalangan kita semua yang lemah dalam mengharungi segala godaan yang datang sepanjang bulan ramadhan...


di saat yang lain senang berusaha untuk melawan segala godaan, ada di antara kita yang agak 'lemah' dalam melawan godaanNya.. tak mampu bertahan untuk berpuasa hanya dengan menggunakan alasan 'sakit' mereka berusaha mendapatkan keizinan untuk tak berpuasa... kenapa ya berat bagi mereka untuk berpuasa..??? semuanya bergantung pada iman masing2.. hanya iman yang mampu menjawabnya...

ana pernah dengar rintihan seorang pemuda di awal ramadhan
  "kenapalah perlu puasa.. nak berbuka boleh tak..??? tak tahan nie... letih sangat nie kerja.."
boleh ke guna alasan letih..??? kerja,untuk berbuka..???
ana rasa orang lain pun keletihan.. tapi masih mampu bertahan.. lama kanvas tidak bernyawa ini tidak di update sepanjang ramadhan, ini kerana sepanjang bulan ramadhan ini waktu yang ada terlalu padat.. semua yang terlakar dan tercatat di fikiran ana, ana simpan kemas di kotak ingatan agar tiba masanya semuanya mampu di curahkan ke kanvas ini...


banyak yang ana temui.. macam2 ragamnya.. kenapa ya di bulan biasa, tiada pula sakitnya, letihnya namun di bulan ramadhan yang mulia ini bermacam alasan yang tercipta...


jawapannya hanya satu, seandainya sebelum ramadhan tidak di biasakan dengan amal ibadat, ibadat wajib yang tidak terjaga, batasan tak terjaga, mulut tak pandai nak control, perbuatan tak pandai untuk di batasi, semuanya akan menjadi berat bila tibanya bulan ramadhan.. semuanya atas diri masing2.. 


ingatlah duhai teman,
seandainya tiang agamamu rapuh seperti kayu yang telah di makan anai-anai,
maka amalmu jua akan menjadi seperti itu.. kamu menjadi sangat sukar untuk beribadat.. segala apa yang kamu lakukan, even ianya salah, akan kamu rasa ianya betul.. bila ada yang menegur pasti kamu akan mudah melenting..


Meniti mencari Sinar cinta,
kesayuan dan kepiluan yang bertandang hanya Allah yang mengetahui..
airmata yang berguguran hanya di seka oleh kulit tafsiran Al Quran yang di kucup tanpa henti..
dalam esak diluahkan segalanya...
ramadhan kali ini terasa sangat berbeza.. entah mengapa.. berasa takut seandainya ini adalah ramadhan yang terakhir.. masih banyak yang perlu di baiki.. 


semuanya perlu di baiki, dimuhasabah dan di istiqamah...
harap semua pembaca blog hazirah istiqamah dan berada di kalangan orang2 yang bertaqwa..
jaga amal,jaga iman dan jaga akhlak...
hazirah doakan semoga semuanya berbahagia di bulan syawal...




0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...