tinggalkan jejak anda di sini

How Old I am ^_^

Daisypath Happy Birthday tickers

The Age Of MY Opened Dairy

Daisypath Happy Birthday tickers
bismillahirahmanirahim...

".. dan jangan engkau melunakkan suaramu di saat kamu berhadapan dengan para muslimin kerna itu pasti melemahkan iman mereka"

Ya Allah..
bergetar nya jantung hanya Allah yang tahu di saat ayat itu bernyanyi nyanyi merdu di telinga ana dan menari nari cantik di hadapan mata.
tak mampu untuk ana luahkan dengan kata2 kerna ianya terlalu sukar untuk diluahkan.. namun, ingatlah duhai perempuanku, suaramu adalah aurat.. haram bagimu seandainya kamu sengaja melunakkan suaramu di hadapan lelaki kerna ianya pasti menggoda iman mereka.. hayati saja ayat Allah yang ana lukirkan di atas kanvas yang tidak bernyawa ini...

perkara ini berlaku semalam ( 15 september 2011).. ana terlibat dengan satu seminar.. ya Allah.. ana sendiri pun tak faham tu seminar apa sebenarnya.. kerna ianya langsung tiada kaitan dengan pelajaran.. dengan kedudukan kami yang di arahkan duduk di bahagian belakang dan sangat hampir dengan meja urusetia, ia membuatkan kami langsung tak boleh fokus kepada apa yang di ucapkan sebaliknya ada diantara kami membuat keputusan untuk belajar walaupun keadaan dewan yang hingar bingar masa tu.. ana pula sememangnya tak boleh belajar dalam keadaan terlalu bising dan buku pelajaran pun tak ana bawak melainkan buku catatan setia ana.. di samping itu, ana tak lupa untuk selitkan buku motivasi tulisan us HASRIZAL di dalam beg galas ana.. jadi buku itulah yang menjadi ' santapan' ana di kala bosan mula menguasai ruang.. kedudukan ana yang paling tepi n paling jauh dari kedudukan para muslimin yang lain membuatkan ana rasa tak selesa kerana walaupun ana jauh dari kedudukan para muslimin, tapi ana sangat dekat dengan kedudukan para muslimin yang berada di meja urusetia.. sungguh.. segala pergerakan ana, ana rasa terlalu canggung.. 

masa dari pukul 8.30 pagi sehingga 12 tengahari, ana habiskan dengan membaca buku us HASRIZAL daripada fokus kepada apa yang di bentangkan kerana ianya langsung tiada kaitan dengan kami sebenarnya.. ada di antara kami meluahkan rasa tak puas hati dan rasanya ianya sangat membuang masa kami kerana apa yang di bentangkan sememangnya tiada kaitan... namun, ana hanya mendiamkan diri sahaja.. mungkin ada sebabnya.. ana tak nak turut berbicara kerna tersilap lafaz ana mencaci mereka pula.. ana tak nak.. kebosanan di batasi dengan kesabaran dan kekusyukan dalam membaca bahan bacaan yang sangat menarik perhatian ana.. satu persatu ayat yang di lukirkan oleh us Hasrizal ana selami dan hayati.. Subhanallah.. no wonderlah seandainya dia sangat terkenal di kalangan anak remaja... tulisan yang sangat bermakna..!

namun, setelah sekian lama ana membaca, ana di sentap dengan ucapan ini..

"sekarang tibalah waktunya untuk kita mendengar persembahan nyanyian lagu MY LOVE dari saudari....."

saudari..??? Allah.. maknanya yang akan menyanyi di pentas hadapan mata ana adalah seorang nisa' yang bertudung... ana cuba mengawal perasaan ana di saat nisa' berkenaan mula mengalunkan nadanya dengan gayanya yang tersendiri.. namun, fokus ana pada bacaan mula hilang.. ana dah tak boleh fokus sama sekali kerana suara nisa' berkenaan semakin tinggi mengikut rentak lagu berkenaan... dalam masa yang sama, ayat  ".... janganlah kamu melunakkan suaramu dihadapan para muslimin kerna ianya pasti melemahkan iman mereka"  kembali ke kotak minda..sebelah tangan ana setia memegang bahan bacaan ana manakala sebelah lagi mula menekup telinga sebelah kanan ana yang mula rasa sakit... setelah persembahannya selesai, ana ingat hanya seorang nisa' yang membuat persembahan itu, namun sangkaan ana meleset sama sekali...! setelah tangan ana lepaskan dari memegang telinga, pengacara majlis menjemput seorang lagi NISA' untuk membuat persembahan nyanyian..

bila irama lagu ayat2 cinta mula kedengaran, ayat Allah mula ber'nyanyi' di telinga ana.. ya Allah.. tangan mula terasa sejuk, hati mula terasa takut yang amat... ana dah tak sanggup..! ana mengajak sahabiah ana keluar dari dewan tapi dia mengatakan dewan dipenuhi orang jadi tak boleh nak keluar.. ana tak kira, ramai atau tak, ana dah tak boleh untuk stay di dalam dewan.. zig beg ana tutup dan terus di sandang pada bahu.. sungguh, ana mula hilang rasa hormat pada pengajur yang mengajur seminar ini.. didepan urus setia itu ana bangun dengan kasar n berjalan dengan laju keluar dari dewan..

sebak mula menguasai ruang hati.. iman mula mengusik hati.. hati dan naluri mula bergetar ketakutan.. ana berlari meninggalkan dewan.. selagi ana mampu dengar suara nisa' itu menyanyi dengan mendayu-dayu, selagi itulah telinga ana rasa sangat sakit, hati ana mula menjerit... melihatkan situasi sekeliling yang kelihatan lengang tanpa manusia, akhirnya ana terduduk di sebalik tiang.. ntahkan mengapa.. jemari dan badan mula menggeletar ketakutan, airmata mula berguguran tanpa henti.. Ana bagaikan mendengar suatu bisikan  

"kenapa tak cegah..??? kamu boleh mencegahnya..!" 

semakin ana hanyut dalam tangisan,semakin suara itu meninggi.. ana rasa sangat takut... bagaikan Allah yang sedang berbicara.. tanpa ana sedar, rupanya ada dua orang muslimin yang akan melalui kawasan di mana ana 'melarikan' diri.. muslimin2 berkenaan terkejut melihat wajah ana yang lencur dengan airmata.. ingin di tanya mereka teragak-agak melihatkan keadaan diri ana yang berbeza dari yang lain.. akhirnya mereka hanya meninggalkan tisu kepada ana dengan kalimah "bersabarlah.. Allah bersama anti".. eee.. ingin saja ana menjerit di hadapan mereka.. menjerit sekuat mungkin yang semua itu sangat melalaikan..!

ana taknak terserempat lagi dengan mereka, ana kumpul kekuatan untuk berdiri dan lari dari kawasan itu ke kawasan yang lebih selamat.. airmata cuba ana keringkan agar sahabiah2 tidak mampu mengesannya. walaupun perasaan sebak masih bersisa, namun surah maryam yang terus meniti di bibir sedikit sebanyak memberi kekuatan pada ana.. Al Quran yang sentiasa ada bersama dengan ana tidak ana bawa pada hari berkenaan.. ana hanya memeluk erat bahan bacaan ilmiah yang ada dalam pegangan ana.. berjalan perlahan kembali menghampiri dewan dan yakin bahawa suara2 itu sudah tiada... melihat kawasan pondok ada ruang untuk duduk, ana mengambil kedudukan di situ.. bersendirian melayan perasaan yang sedang gundah.. jemari, kaki dan seluruh badan masih belum mahu reda daripada menggeletar.. YA Allah.. hanya padaNya ana mohon keampunan...

"dengarilah duhai hamba Allah.. apa yang kalian lakukan adalah HARAM dan sangat melalaikan.."


memang ana dalam keadaan separuh sedar di dalam dunia nyata dan jugak fantasi.. ana terlafaz kalimah itu pada seorang muslimin yang jugak salah sorang pengajur seminar itu di saat dia menanyakan ana " tak makan ke..?"
bila kalimah itu terluah dari bibir ana, muslimin berkenaan kelihatan terpinga pinga namun ana tak nak ambik tahu tentang itu tapi ana berharap dia fikir balik apa yang ana katakan walaupun ana tahu kalimah iitu terlafaz di saat ana separuh di dunia nyata..


sahabiah2 yang mula menapak keluar dewan terus menuju ke arah ana apabila mereka melihat ana bersendirian.. sedaya upaya ana cuba tersenyum manis pada mereka supaya mereka tak dapat mengesan emosi ana yang sedang bergolak saat itu... sekali pandang mereka tak mengesankan apa2 namun dua kali pandang ke arah ana, mereka mula mengesan sesuatu apabila melihat wajah ana bagaikan masih terlihat sisa tangisan dan tambhan dengan mata yang mula membengkak.. 
bila di tanya dan terus ditnya, itu membuatkan ana kembali menitiskan airmata... sahabiah2 mula panik.. mereka takut ana collapse kerana kebiasaannya apabila ana terlalu banyak menangis, finally ana akan collapse...


ana mula memberontak.. semuanya ana lepaskan pada mereka.. mereka meminta ana bersabar dan cuba memujuk ana.. namun ianya tidak memberi kesan apa2 apabila airmata yang cuba ana kawal semakin berguguran sehingga membasahi kulit buku motivasi yang ana letak di atas ribaan... ada sahabiah yang memeluk, ada jugak menepuk2 belakang dan sebagaikan ingin meredakan tangisan ana yang semakin menjadi jadi.. ntahkan mengapa.. ana terasa sangat takut.. takut sekali...


justeru itu, ana merayu n memohon kepada semua orang yang membaca blog ini, seandainya kalian ingin mengajurkan apa2 majlis yang memerlukan kalian menjemput ramai orang, janganlah masukkan unsur yang melalaikan.. tolonglah.. ana mohon sangat2.. ana rasa sangat terhina bila seorang daripada kaum yang sama dengan ana melunakkan suaranya di hadapan seterusnya ia mendapat sorakan daripada para rijal buaya... tolonglah jangan merendahkan martabat diri anda.. tolonglah hargai perjuangan islam yang selama ini berusaha keras untuk menaikkan martabat seorang wanita.. seandainya kalian terlalu ingin menyanyi, menyanyilah untuk diri sendiri bukan di pamerkan di hadapan para lelaki yang hampir kesemuanya bermata galak..!
ataupun seandainya ingin bernyanyi di hadapan lelaki sangat, bernyanyilah di hadapan suami kamu kelak.. simpanlah suara lunakmu itu untuk santapan hawa telingar suami kamu bukan untuk 'santapan' para ajnabi dengan kamu... ingatlah.. Allah sedang melihat apa yang kamu lakukan...


bangunlah..! bangunlah..!
tolonglah... ana merayu dengan kalian.. janganlah merendahkan martabat dan harga diri kalian serendah itu.. simpanlah.. simpanlah.. dan simpanlah...!
penat rasanya.. tolonglah bangun daru dunia khayalan ciptaan syaitan itu... bangunlah kedunia realiti yang bakal berakhir nie.. tlonglah...!
tak kiralah nyanyi nasyid kew hindustan kew apa kew,selagi ia terpamer di hadapan para muslimin n menarik perhatian mereka juga boleh menggoyahkan iman di hati mereka, itu tetap tak boleh..! rujuklah Al Quran... tolonglah.. binalah landasan kehidupan mengikut acuan al Quran bukan mengikut kehendak dan nafsu yang bermaharajalela...


muhasabahlah..!

2 comments:

Sue Isma said...

akaq mohon share ye,nur..

Hazirah Al-Hafizah said...

silakan kaq..

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...