tinggalkan jejak anda di sini

How Old I am ^_^

Daisypath Happy Birthday tickers

The Age Of MY Opened Dairy

Daisypath Happy Birthday tickers
Bismillahirahmanirahim...
kesempatan yang masih di beri Tuhan pasti akan sentiasa menjadi renungan dan ingatan..




maka,benarlah kata pepatah  

"berpantang maut sebelum ajal"

" seandainya telah di kata saat itu adalah ajalmu, maka takkan ada seminit lewat, takkan jua ada seminit awal"

sungguh..! apa yang berlaku beberapa hari lepas membuatkan ana tidak henti memikirkannya.. seandainya rezeki ana di dunia sudah tiada, maka pada hari selasa lepas(27 sept 2011) mungkin merupakan hari terakhir ana melihat dunia ini... betul2 berpantang maut sebelum ajal...


pada hari yang sama, pada awalnya, ana sihat seperti biasa namun tak siapa mampu menduga apa yang Allah mahukan dan telah tetapkan, kita sebagai manusia biasa takkan mampu untuk menghalangnya...
pergi kelas pada pagi itu dalam keadaan yang sihat dan langsung tak merasa kelainan pada diri ana namun apabila berada dan berdiri di tapak perhimpunan, di situlah bermulanya 'drama' yang tidak di undang...


apa yang berlaku pada pagi itu langsung tidak dijangkakan... namun, semuanya telah ditetapkan Allah, maka terimalah kerna ada hikmah yang tersembunyi..


berdiri baru sahaja beberapa minit, ntahkan mengapa, ana mula rasa kepala ana sakit di bahagian kiri.. seterusnya mula di susuri kekejangan pada jemari dan seluruh tangan di bahagian kanan... ana hanya membiarkan.. zikir di dalam hati diteruskan moga Allah memberi kesembuhan.. namun, beberapa ketika, ana mula melihat sahabat yang berdiri di hadapan ana bagaikan terbang.. ntah.. siapa yang terbang sebenarnya..?? ana ke sahabat..??? dan yang ana masih ingat, ana mula berpaut pada sahabat ana di sisi kerna ana rasa di saat ana berdiri, kedudukan ana  sudah mula hilang kestabilannya...


ana sendiri kurang pasti bila ana mula collapse kerna sebaik ana membuka mata ana, ana sudah pun berada di dalam sebuah bilik.. sambil beberapa orang sahabat2 kakak termasuk kakak berada di sisi mengurut tangan yang kejang, kaki yang kejang teruk dan mengurut kepala ana yang semakin menegang.. kakak cuba mengurut kepala kerna melihat ana bagaikan berada dalam keadaan kesakitan yang melampau(memang betul itu.. kepala rasa bagaikan nak pecah terutamanya sebelah kiri)..


namun semuanya bagaikan sia2 kerna makin di urut ianya membuatkan ana rasa makin sakit... pilihan terakhir, finally, ana di kejarkan ke hospital untuk di beri rawatan sebelum ana kembali menjadi separuh sedar...
sungguh..! setiap panggilan yang menyeru nama ana, ana dengar namun untuk menyahutnya ana tak mampu...


BAGAIKAN DI AMBANG KEMATIAN


kenapa ana berkata sedemikian..??? kerna ianya berlaku di atas kecuaian 3 orang doktor pelatih,.. ana bukan ingin menyalahkan doktor2 berkenaan namun tindakan mereka membuatkan ana jadi makin down...
apabila ana berada dalam keadaan separuh sedar, ana tahu apa yang mereka lakukan pada ana.. sakit atau tak sahaja ana tak mampu untuk bagitahu mereka...


dalam keadaan ana begitu, kehadiran 3 orang doktor pelatih yang tidak kelihatan langsung keseriusannya dalam merawat pesakit membuatkan ana ingin bangkit namun kekuatan itu bagaikan hilang.. ana bagaikan seorang yang sedang menanti nyawanya di ambil.. bagaikan mayat hidup... di tepuk tidak bergerak walaupun mata sudah pun terbuka... lantas. salah seorang daripada doktor berkenaan mengambil sejenis cecair dan di masukkan ke dalam hidung ana... bukan sedikit malah terlebih banyak... tindakan mereka membuatkan ana makin down... ana mula rasa tak boleh untuk bernafas, semuanya bagaikan tersekat, wajah doktor2 itu tak mampu ana lihat lantaran diri yang sedang mencari ruang untuk bernafas, dalam keadaan berkenaan, dan keadaan separuh sedar itu membuatkan ana tetap mampu menangkap bunyi gelak dari doktor2 berkenaan..


pesakit di ambang bahaya, manakala dktor bergelak ketawa..???
patut ke semua itu berlaku..???

soalan itu hanya kalian para doktor sahaja mampu menjawabnya...

ana ingin sekali menjerit memberitahu mereka yang ana dah tak mampu untuk bertahan,., hanya sekeping hati yang Allah kurniakan kepada ana sahaja yang mampu ana guna saat itu untuk terus memohon doa padaNya moga ada doktor lain yang datang menolong...

Alhamdulillah..
doa orang yang teraniaya itu akan sentiasa di dengar Allah...
dalam keadaan yang makin down, dan mata ana yang hampir tertutup, ana menangkap satu suara yang kedengarannya agak cemas meminta katil tempat ana di baringkan di angkat sehingga ana kelihatan seperti duduk.. bila tindakan itu di lakukan, barulah ana berusaha untuk kembali buka mata, dan ana rasakan ada sesuatu yang cuba mengalir keluar dari kerongkong ana...


dapat ana rasakan, wajah ana di tepuk lembut oleh seorang doktor, bila mata ana cuba buka, ana nampak seorang doktor lelaki berdiri di sebelah ana cuba menstabilakan keadaan ana... bila mata ana buka sepenuhnya, buih2 bagaikan buih sabun mula keluar tanpa henti dari mulut ana.. wayar berselerakan di kanan dan kiri badan, buih2 yang keluar  terlalu banyak sehingga doktor tu terpaksa memasang alat yang menunjukkan denyutan jantung takut ana kembali collapse...


kata doktor itu yang mungkin doktor MO, cecair yang di masukkan itu terlampau berlebihan dan boleh memberi kesan buruk pada ana.. mungkin seandainya tidak di ambil tindakan segera, nafas ana akan terhenti di situ...
Allahuakhabar...
seksa rasanya bila diperlakukan begitu... mungkin mereka ingat kami yang tidak sedar atau separa sedar ini tidak merasai apa2 kesakitan, hakikatnya tanggapan itu seratus peratus salah.. kami merasai kesakitan yang para doktor lakukan cuma kami tak mampu untuk memberitahu secara terus kerana kekuatan itu tiada,...


Alhamdulillah.. hari ini, Hazirah Al-Hafizah masih mampu meneruskan penulisan di blog Meniti Menanti Sinar Cinta... umur ana masih ada.. rezeki ana di dunia ini jugak masih ada...
Alhamdulillah... insyaAllah.. kekuatan dariNya akan terus bersulam di dalam tubuh lesu ana... 


pesanan buat para doktor:
"mungkin kalian tak pernah berada di posisi kami dan di sebabkan itulah kalian berbuat sambil lewa sahaja di saat nyawa kami menjadi taruhan.. seandainya di takdirkan Allah kalian merasa apa yang kami rasa akibat perbuatan kalian, ana yakin kalian akan menjadi seorang doktor yang sangat prihatin akan kebajikan pesakitnya, akan berjuang untuk merawat pesakit itu di saat nyawanya menjadi taruhan... ana tahu, kalian mungkin tak pernah laluinya.. sebelum kalian melalui itu, beringatlah didunia ini ada hukum karma.. jika itu yang kalian lakukan pada pesakit yang di amanahkan kepada kalian, cepat atau lambat, Allah pasti akan kembali memberi apa yang kalian lakukan kepada pesakit kalian kepada kalian even kalian adalah doktor... doktor takkan seumur hidup sihat.. kalian jugak manusia biasa kan..??? beringatlah.. seandainya baik perbuatan kalian, maka kebaikan lah yang akan kalian dapat kembali, namun seandainya kesakitan yang kalian bagi, di saat kalian pula menjadi pesakit seperti kami, kalian pula yang akan merasainya...fikir2kanlah.."


ana rasa serik untuk mendapatkan rawatan di hospital yang sama... namun, apa yang akan berlaku pada masa akan datang, ana tak tahu.. Hanya Allah yang tahu... namun dalam keadaan lemah, ana masih mampu teringat kata2 seorang sahabat ana  "mendidik jiwa tu".. mendidik jiwa yang di maksudkan adalah bila diri di masukkan ke hospital ia akan sentiasa mendidik jiwa kita agar sentiasa mengingati kematian yang ntah bila akan menjengah kita...sama ada kita sudah bersedia ataupun tak..


semoga apa yang ana lalui ini di jadikan teladan kepada semua...


seandainya umur tak panjang. penulisan blog ini pasti akan berakhir di post "bangunlah duhai perempuanku"..

Allahua'lam...

3 comments:

Anonymous said...

tu laa..org suruh makan sayur,xmboh makan...
makan aiskrim nak pulok..hehehe

Ummu Furqan said...

sape nie..???

Anonymous said...

someone who concerned...

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...