lama sekali hazirah menghilangkan... subhanAllah.. masih mendapat keizinan Ilahi untuk meneruskan usaha menajamkan fikiran, mematangkan kreativiti penulisan dan mengolah fakta yang berwawasan..
lama menghilang,tak bermakna ana lupakan dunia penulisan, insyaAllah.. ana akan terus menulis selagi nafas masih ada... kebelakangan ini, gejala buang bayi kembali meruncing.. ntah.. di mana silapnya.. sama ada silapnya pada ibu dan ayah atau adik atau remaja itu sendiri..
sedih sekali melihat apa yang terjadi pada zaman ini.. kerana terlalu mengikut kehendak hati dan nafsu yang menggila, maruah diri sanggup di gadai.. subhanallah.. wahai remajaku sayang.. adakah harga dirimu semurah itu sehingga kalian sanggup 'memberinya' secara percuma percuma kepada 'buayafriend' kalian..?? dimana nilai harga dirimu sayang..??? dimana letaknya malu di dalam dirimu...???
ana pun masih di usia remaja.. baru sahaja akan menjangkau usia genap 18 tahun, jadi ana sendiri pun akui, naluri ana sebagai remaja untuk ',mencintai dan dicintai' itu jugak turut ada.. namun, semua itu berjaya di batasi walaupun rasanya terlalu pahit dan sulit.. lumrah kehidupan sebagai seorang remaja... adik2ku sayang,usiamu jauh lebih muda dari usiaku, namun, ketahuilah, akak jugak pernah melalui fenomena seusia kalian... usia 16 tahun paling mengujikan.. ana teringat kata2 ustazah di saat ana selesai menduduki PMR dulu "hati2 ye anak2 ibu, usia 16 tahun kebiasaaannya tahun itu adalah tahun pelajar2 seusia 16 tahun 'mengawan'.. "
bahasa kiasan yang cukup mendalam.. maaf ye seandainya perkataan 'mengawan' itu x enak di baca oleh kalian.. pun begitu, itulah dialog asal ustazah ana dulu... dan itu sangat tidak ana nafikan.. ana sendiri dapat melihat di mana pelajar2 yang terkenal dengan kesolehahannya terjebat dengan budaya couple, yang sosial kembali ke pangkal jalan(Alhamdulillah) dan yang dari pada yang berjilbab,bertutup litup boleh membuka aurat satu persatu di saat usia mereka masing2 menjangkau 16 tahun... hebat sekali ujian Allah.. ada yang mendapat hidayah, ada yang tersasar dari jalan..! semoga hidayah Allah menghiasi dunia mereka kelak...ameen...
di sini, setelah melihat fenomena ini, ana mendapat idea untuk berkongsi tentang KISAH CINTA SI MAWAR BERDURI iaitu sahabiah ana sendiri.. beberapa hari lepas, dia ana hubungi minta keizinan dan kerjasama agar kisah cintanya ana kongsi di laman diari terbuka ini.. dan Alhamdulillah.. dia berminat untuk memberi kerjasama.. di sebabkan dirinya sedang menunda semester pertama di sebabkan akan melahirkan anak pada disember nanti, dia menawarkan kepada ana untuk menaip sendiri kisah cintanya dan di hantar ke email ana... Alhamdulillah.. sebabnya dia tahu ana sekarang sedang sibuk dengan pelajaran dan peperiksaan akhir tahun...
hayatilah coretan hati kisah CAHAYA CINTA SI MAWAR BERDURI...insyaAllah..
CORETAN AWAL
menduduki peperiksaan penting SPM pada tahun 2010.. takku sangka tahun itu adalah tahun terakhir aku menjalani hidupku sebagai seorang habib(gadis)... selepas menduduki peperiksaan penting itu, ummi dan walid meminta ku untuk pulang ke kampung belah ummi di timur tengah.. pada awalnya aku keberatan kerana memikirkan ummi yang tengah sarat mengandungkan adik bongsuku saat itu yang kini sudah pun menjangkau usia 9 bulan... tapi atas desakkan walidan yang beria ia nakkkan aku balik ke sana, akhirnya aku menurut.. lagipun abangku yang sulong sudah ada di sana dan sedang melanjutkan pelajaran di peringkat ijazah perubatan di salah sebuah Universiti..
beberapa minggu aku di sana, walid menghubungiku dan mengatakan sesuatu yang membuatkan aku memberontak hebat.. walid ingin tunangkan aku dengan muslimin yang langsung tidak aku kenali sama sekali,..! kata walid muslimin itu yang kini telah sah menjadi suami ku sedang berada di tahun akhir dekat salah sebuah UNIVERSITI yang kholah aku menjadi tenaga pendidik... tidak aku hiraukan itu sebaliknya, aku cuba memujuk walid agar tidak teruskan rancangan itu kerna aku langsung tidak bersedia untuk bergelar seorang isteri mahupun tunang orang lantaran diri aku yang aku rasa masih terlalu muda dan ingin mengejar cita2ku untuk menjadi seorang doktor seperti abang... namun, semua itu tak di hiraukan dan kata walid, ini adalah yang terbaik untukku dan aku patut menunjukkan tingkah laku dan tauladan yang baik untuk 4 orang adik yang masih kecil di bawahku...
DI SAAT PERTEMUAN PERTAMA
gambar nie hiasan sahaja |
abg memanggilku dari kamar yang di hias cantik oleh sepupu sepapat ku di rumah habibah... ada linangan mutiara yang mengalir membasahi pipiku di saat wajahku masih belum di kenakan niqab.. abg masuk dan terkejut melihat keadaan diriku.. abangku tahu bahawa aku tertekan dengan pertunangan itu.. dia memujukku agar redha dan pasrah dengan ketentuan Ilahi.. pasti ada hikmahnya.. walaupun aku mudah terpujuk dengan kalimah ILAHI, namun hati kecilku terus2an memberontak dan sempat aku menemplak abang dengan mengatakan yang abg pun x kawin lagi kenapa aku dulu yang kene kawin padahalnya aku masih muda sedangkan abang pula seusia dengan suamiku kini iaitu 22 tahun...
abg terkenal dengan sikap lembut dan tak mudah terasa jua melatah.. tiap butir bicaraku yang mungkin agak tajam, di tepis dengan senyuman dan pelukan erat seorang abang kepada adiknya.. aku semakin terseksa dengan tindak tanduk abg.. ingin sekali aku menjerit.. ingin sekali aku tanyakan mengapa dan mengapa mesti aku yang kena..??? terlalu dalam pemberontakan aku saat itu... ummi dan walid tidak dapat hadir kerana ummi telah pun di masukkan ke wad di sebabkan tumpah darah, namun belum melahirkan lagi... saudara mara yang lain semuanya ada.. semuanya mengusikku... aku semakin tertekan dengan semua ini.. apa nie..!?
selesai memujukku, abang memegang tanganku dan memeluk bahuku agar aku berjalan keluar dari bilik untuk majlis menyarungkan cincin serta taaruf dengan suami... kakiku terasa sangat berat sekali, sebetulnya aku memang tak pernah mencintai mana2 lelaki sepanjang aku bergelar pelajar dulu.. tak tertarik di hatiku untuk berbuat sedemikian dan aku rasakan semua itu tiada faedahnya... melangkah dengan hati yang sayu.. tanganku di raih oleh wakil pihak lelaki dengan lembut bagi mereka namun kasar bagiku kerana aku dalam keadaan tidak rela... wajahku di cium oleh wakil berkenaan.. mataku basah dengan airmata saat itu.. semua menyangkakan aku bahagia dengan pertunangan itu sampai menitis airmata keharuan.. namun hanya aku, abg dan Allah sahaja tahu yang sebenarnya aku 'menderita' dengan pertunangan itu..
sesudah cincin itu tersarung di jari runcingku, dan pipi di cium, wakil pihak lelaki memegang tanganku dan membawa aku berhampiran dengan suamiku untuk sesi ta'aruf.. aku rasa begitu terpaksa sekali... habibah mampir di sisiku namun aku mengeraskan diriku tanpa sepatah bicara.. habibah memberi isyarat kepada abg agar menggntikan posisinya di sisiku.. abg duduk bersila di sisiku.. bahuku di peluk... jemariku dan jemari abg bertaut.. terasa sekali kasihnya seorang abg.. wajhku panggung melihat abg.. abg memberi lagi isyarat yang sama agar aku memberi kerjasama dan redha dengan apa yang berlaku... aku angkur.. abgku terlalu baik untuk aku lukai hatinya dan untukku malukannnya di hadapan semua tetamu.. abg memalingkan wajahku ke arahnya, jemarinya menyentuh lembut pipiku dengan isyarat bahawa niqabku akan di tanggalkan... aku mula terasa malu bila aku dapat rasakan bahawa semua mata melihat ke arahku..
demi abgku yang sgt aku sayangi, aku memberi kerjasama.. aku memanggung kepala dan melihat ke arah dia yang telah berjaya mengikatku secara zahir... subhanallah.. mungkin inilah yang di katakan anugerah.. mataku dan matanya bertaut.. masing2 tertunduk malu setelah menyedari kekhilafan diri.. aku melihat wajahnya secara curi2.. subhanallah...! inikah bakal suamiku..??? itulah soalan pertama yang menerjah kotak fikiranku di saat aku terkejut kerana keelokan wajah bakal suamiku saat itu.. abg berbisik di telinger ku dengan mengatakan bahawa si dia jugak keturunan syeikh tapi melayu+china.. dari sayu bertukar senyuman malu.. dari derita bertukar bahagia... hatiku mula berdebar.. aku perasan.. bibir si dia jugak menguntumkan sebuah senyuman..!
sepatutnya.. perkara nie tak jadi kerna ia boleh membuatkan kami tersasar.. pertunangan yang sepatutnya memakan tempoh masa setahun terpaksa di singkatkan kerana kesilapan kami saling mencuri pandang ketika bertunang dan saling bertukar nombor telefon..!
setelah majlis pertunangan selesai, aku terus mengambil keputusan untuk pulang ke melaysia sendirian kerna walid bagitahu bahawa ummi sudah pun selamat melahirkan seorang puteri yang sangat comel! persis muka ummi yang sememangnya berdarah arab..berada berjauhan dengan si dia membuatkan hatiku mula merindu.. aku mengadu pada teman karibku, dia meminta aku untuk bagitahu kerinduanku kepada walidku kerna walidku mungkin ada jalan penyelesaiannya...
betul kata sahabiahku.. walidku ada jalan penyelesaiannya.. walid nampak kerisauan bila aku menyatakan hatiku mula merindui tunangku.. setelah walid berbincang sesuatu dengan ummi, walid bagitahu yang aku akan di nikahkan setelah 2 bulan bertunang.. hatiku sukar untuk di tafsir.. suka bercampur sukar untuk menerima kenyataan itu... bayangkan saja, saat itu result peperiksaaan spm ku masih belum di umumkan...! namun, aku angkur kerna aku tidak mahu kerinduan ini akan berubah menjadi maksiat kelak... tunang jugak bersetuju untuk di nikahkan secepat itu...
SAAT LAFAZ SAKINAH
seingat ana, mas kahwinnya hanya senaskah al quran.. |
tepat pada 12 mac 2011,aku di nikahkan.. hanya dengan sekali lafaz, aku sah menjadi zaujah si dia.. takku nafikan terasa sangat bahagia kerana aku bakal merindui dan mencintai insan yang telah halal untuk aku berbuat sedemikian.. Allah... inilah hikmahnya aturan ibu dan ayah... cinta di bwah lembayung rahmat dan redha Ilahi..terasa indah sekali.. tak aku nafikan, air mata keharuan kerna hatiku terjaga dan bakal berpisah dari tanggungjawab walid kepada zauj gugur tanpa aku sangka2kan sehingga sentuhan lembut dari jemari kecil milik sahabiah yang setia di sisi menyapu airmata yang mengalir.. terasa sangat tenang dengan semua itu...!<
Subhanallah..! indah sekali aturan ilahi..
ralik melihat renungan mata penuh kasih daripada sahabiah tercinta, aku langsung tidak menyedari bahawa zauj sudah pun berada di hadapanku untuk menyarungkan cincin ke jari manisku... sehingga suami meraih secara mengejut membuatkan aku tersentap sehingga belakangku di gosok2 lembut oleh sahabiahku sebelum dia bertindak bangun dari posisinya untuk memberi ruang kepada suami...
aku hanya tertunduk malu kerana keterlanjuran sendiri yang terlalu jauh ke awangan...
tangan aku di raih lembut oleh zauj.. senyuman penuh kasih terpamer pada bibir merah miliknya.. termalu sendiri bila bertindak sedemikian.. niqabku di tanggalkan suami.. atas permintaan semua keluarga.. masih tersisa airmata itu sehingga suami menyentuh dan menyapu buat kali ke dua selepas di sapu oleh sahabiah aku.. terasa mengalirnya kasih dan cinta seorang suami di sebalik sentuhan lembut pada pipiku... mukaku yang sememangnya sangat mudah untuk memerah, terus memerah tanpa di sangka2 sehingga terlihat senyuman nakal si suami...
bahagia rasanya saat itu..!
cincin di sarungkan ke jari dan seutas tali tangan di pakaikan pada pergelangan tangan sebelah kanan.. ciumanku yang pertama hinggap pada tangannya sebagai tanda aku menghormatinya sebagai suamiku... kepalaku di sentuh di saat aku tunduk menyalaminya.. aku tersenyum sendiri.. begini rupanya rasa indah menikmati cinta selepas kahwin...
saudara2 yang turut hadir pada majlis akad nikah malam itu mula mengusik kami.. mereka meminta suami mengucup ubun2ku untuk di ambil gambar.. abang ku yang berdiri di samping sahabiah, mengeleng.. ku lihat sahabiah jugak mengeleng agar tidak melakukan itu.. aku pandang suami yang berada di sampingku, suami kelihatan malu bila wajahnya jugak mula timbul rona kemerahan.. setelah di desak, akhirnya suami angkur bila umminya minta.. satu ciuman 'palsu' berhenti di ubun2ku.. aku tahu suami malu untuk berbuat secara betul.. ianya hanya syarat untuk mereka mengambil gambar.. selepas gambar kami di ambil, aku bangun untuk mencari sahabiah.. namun, kelibatannya dengan abang tidak kelihatan.. mungkin mereka kecewa kerna aku dan zauj turuti kemahuan saudara2..
PERPISAHAN PERTAMA
seminggu selepas majlis akad tu berlangsung, aku terpaksa terima kenyataan yang aku akan berpisah lama dengan suamiku.. sedih sekali.. setelah di pujuk oleh suami,ummi,walid,abang dan adik2, aku menerima dengan terpaksa bahawa suami akan balik ke timur tengah dengan abang untuk meneruskan pengajiannya...
sewaktu di lapangan terbang.. peristiwa itu masih tersemat kemas dalam kotak fikiranku.. kerana terlalu ikutkan emosi, suami dan abang terpaksa postpond penerbangan dorang kerana aku menangis..!huhuhuhu...
terasa sangat lucu.. begitu rasanya ya.. berat sekali ingin berpisah dengan insan yang telah aku labuhkan cintaku secara halal sepenuh hati setelah ikatan kami sah... terseksa rasanya hatiku.. aku menyekat suami daripada masuk ke balai berlepas dengan membuat tanda protes dan menangis tak berhenti.. dari mula2 masuk ke dalam kawasan airport sehingga announcement di 'lancarkan' bahawa semua penumpang perlu berada di dalam balai berlepas... suami puas memujuk.. semua yang ada jugak turut memujuk.. semuanya tak jadi...!hehehehe
semua orang mengalah kecuali suami.. suami mendudukkan aku di atas sebuah kerusi yang berhampiran dan dia mengambil posisi yang bersebelah.. tidak selesa di perhatikan, suami memeluk bahuku dan bawa aku ke kerusi yang lebih privasi untuk kami berdua..
terasa indah bila berdua.. di saat itu hanya hati yang mampu berbicara dengan bahasa cinta..!
zauj memegang daguku agar aku memandang tepat ke dalam matanya.. dia cuma memujukku lagi.. namun tidak berjaya.. khuatir dengan keadaanku, aku di bawa ke dalam pelukkannya.. hurmmmm.. romantik jugak suami aku nie.... hehehehe
rasa tenang sekali bila dipeluk suami.. lembut sekali sentuhan seorang suami yang penyayang...
benar kata orang, seorang isteri itu akan lebih tenang bila di peluk oleh suaminya di saat dia sedang bersedih,ada masalah dan sebagainya..
akhirnya suami mengalah untuk tidak terbang pada malam itu namun, suami bertindak sepakat dengan abang untuk fly keesokkannya tanpa aku sedar..!
DI SAHKAN MENGANDUNG TAPI....!
subhanallah.. tak aku sangka rezeki kami secepat ini.. aku di sahkan mengandung di saat usia kandungan baru saja berusia 2 minggu.. subhanallah.. cepat sekali..!
aku di kesan mengandung setelah aku mengalami kekejangan teruk beberapa hari.. dan di puncak kekejangan itu, aku collapse di saat aku sedang menunaikan solat asar kerana kekejangan yang tiba2 menyerang di saat itu... sedar aje aku sudah pun berada di sebuah hospital swasta di kelantan..
kata doktor yang merawatku, kandunngan aku harus di gugurkan sebelum ia cukup sifat kerana rahimku belum cukup kuat n bersedia untuk menampung kehadiran janin ini.. pun begitu, doktor bertanyakan pendapat aku terlebih dahulu.. semua yang hadir memujukku agar mengugurkan kandungan ini kerna kata mereka aku masih terlalu muda n peluang untuk mengandung lagi itu masih terbuka luas.. namun semua itu aku tepis.. kalau benar ini bukan rezeki kami, biarlah janin2 ini pergi dengan sendirinya tanpa perlu melakukan 'pembunuhan' ke atas mereka..
suami pulang dengan keadaan tergesa gesa ke malaysia dengan terpaksa 'ponteng' kelas selama beberapa hari kerna ingin berada di sampingku.. suami jua memujukku agar menggugurkan kandungan nie setelah ummi dan walid menceritakan kepadanya keadaan ku yang masih belum mampu untuk menampung kehadiran janin ini..
berguguran airmataku.. aku ingat zauj akan berada di pihakku namun,apa yang berlaku adalah sebaliknya.. aku menangis sepuas hati sehingga suami mengalah dan membiarkan aku membuat keputusanku.. akhirnya dalam nak atau tak nak, mereka terpaksa membiarkan aku meneruskan kehamilan ini..
dan kerana kedegilanku, aku terpaksa berada di hospital sehingga kandunganku melepasi semester pertama iaitu 3 bulan pertama kehamilan.. tak terbayang rasanya selama 3 bulan menjadi penginap setia kota bharu medical centre.. Allah.. banyak duit yang terpaksa walid laburkan..hihihihi
DUGAAN PERTAMA DI DALAM PERKAHWINAN
setelah majlis resepsi kami pada bulan jun 2011.. beberapa minggu selepas itu di saat kandungan menghampiri 5 bulan, perhubungan kami mula di uji badai dan gelora... aku rasa sangat tertekan saat itu... aku mendapat panggilan daripda seorang perempuan yang menyatakan dia kekasih suamiku.. parah rasanya hatiku saat itu.. sudahlah badanku lemah menampung kandungan ini, di tambah lagi dengan tekanan demi tekanan yang di berikan oleh perempuan berkenaan.. bahagia kami tak selamanya dalam tenang sebaliknya bahagia kami parah teruji..! macam2 yang di perkatakan oleh perempuan berkenaan sehingga membuatkan aku mula bermain teka teki dengan diri sendiri "siapa suamiku yang sebenarnya..???" " benarkah dia di depanku dan begitu jugak dia di depan yang lain..??"
dan macam2 lagi sehingga aku mengalami kemurungan yang agak melampau..
dialog demi dialog yang di mainkan di minda ku membuatkan timbul perasaan benci di dalam diriku terhadap suamiku.. betapa aku rasai aku telah berlaku nusyuz pdanya...
aku keliru dan terus keliru sehingga aku tak nak berdepan dengan sape2 pun.. aku mengurungkan diriku di dalam bilik tanpa sebarang kata.. bibik panggil agar turun makan pun tidak aku hiraukan.. walid dan ummi memujukku agar membuka pintu jugak tidak aku hiraukan,...
aku telalu bermain dengan emosi sehingga aku mula rasa benci dengan kehadiran janin ini.. aku mula rasa sesal tidak mengugurkannya dulu. betapa aku ketahui saat aku lalui itu semua bahawa emosi ibu mengandung sememangnya tidak menentu dan tidak stabil sama sekali malah terlalu mengikut kata hati yang menggila...!
tanpa pengetahuanku, ummi dan walid menelefon suami dan abang agar pulang menemuiku..
kehadiran suami membuatkan aku semakin benci..! seruan lembut dari suami di sebalik pintu dengan panggilan "sayang' langsung tak mampu melembutkan hatiku.. malah aku semakin membisu dan langsung tak menyenth sebarang makanan sehingga ia boleh memberi kesan buruk pada janinku (tapi Alhamdulillah.. janin2ku tidak apa2)..
aku akhirnya mengalah apabila aku mendengar seruan dari satu suara yang amat aku sayangi iaitu sahabiahku..! pda awalnya aku enggan membukakan pintu dan hanya menyahut dengan tangisan di sebalik pintu.. namun, kata2 nya lembut berkias akhirnya mampu melembutkan aku agar membukakan pintu.. aku membuka pintu dan sebaik saja dia masuk, aku terus menutup pintu kamar agar " dia' tak menyelinap sama masuk..
aku memeluk erat sahabiahku dan menangis sepuas puasnya di bahunya.. aku kelu.. aku tak tahu apa yang harus aku luahkan padanya.. kehadiran sudah mampu mengubat lukaku.. aku tahu dia hadir untuk menjadi pendengar yang baik meskipun aku tahu dia ter agak2 untuk masuk campur dalam urusan rumah tanggaku namun atas dasar sahabat, risiko itu dia ambil jugak..
satu persatu soalannya mula menerjah.. bukan terus menyoal kenapa aku bertindak sedemikian, namun lebih kepada mengambil berat akan diriku.. aku terkesima bila dia menyentuh perutku dan mengata "kenapa tak makan,kesian baby.. tak sayang ke dekat janin2 nie..?'
begitulah lebih kurang ayatnya seingat aku... aku rasa ingin menangis.. aku tak sangka bagaimana aku boleh kata yang aku tak nak anak yang aku kandung.. aku nak gugurkannya..!
sahabiah beristighfar panjang dan mengingatkan aku dengan kalimah Allah..
kebiasaannya, orang akan marah apabila terkeluar perkataan ingin mengugurkan dari mulut seorang bakal ibu, namun respon sahabiahku itu cukup tenang sekali.. tidak melenting mhupun meninggikan suara sehingga aku rasa yakin untuk menceritakan segalanya pada dia...
dia meminta aku pergi mandi dan solat sunat agar diriku lebih tenang.. aku hanya menurut kerna aku tahu, dia pun pasti berbuat perkara yang sama di saat berada dalam kegusaran.. pastilah itu penawar yang terbaik untuk segala kegusaran... seusai solat, aku mencapai handset sony ku dan aku serahkannya.. aku tahu pada awalnya dia tidak faham serahan hset tu.. aku kembli mengambil dan membuka di bahagian mesej dan meminta dia membacanya satu persatu...
di saat dia khusyuk membaca mesej itu satu persatu, airmataku kembali menitis dan mempersoalkan kenapa zauj berbuat sedemikian..! aku tahu, bacaan dia terganggu dengan esakan ku sehingga dia berhenti daripada membaca kesemua mesej yang ada dalam inbox..
aku menceritakan satu persatu dari mulutku sendiri.. sahabiah ada menanyakan kepadaku adakah aku yakin bahawa suamiku sanggup berbuat sedemikian.. sejujurnya, hati aku betul2 tak yakin tapi kerana emosi, aku mengakuinya tanpa rela..! sahabiah cuba memujuk namun mungkin telah bergegar tiang arasyi apabila khalimah " aku ingin di lepaskan.. jangan terus mengikat diriku dengan pertalian suci ini" terpantul keluar tanpa aku sdar dari mulutku..
ntah keberapa kali sahabiahku beristighfar dan terkejut dengan bicaraku... aku di pujuk agar terus bertenang dan di beri ruang kepadaku untuk merenung kembali adakah patut aku terus mempersalahkan suamiku sedangkan kalimah pembelaan belum pun keluar dari bibir suamiku...
beberapa ketika, aku terkejut bila kalimah "sayang" menyapa telinga ku.. aku mula agresif.. aku menghalau suamiku.. subhanaLLah.. aku benar2 dah hilang akal masa itu...bila suami semakin menghampiri aku lempar semua barang yang berhampiran denganku sebagai amaran kepadanya agar tidak menghampiriku sehingga semua barang yang ada telah bertaburan di atas lantai sebelum aku bertindak lebih agresif dengan memukul perutku dan menyatakan yang aku benci janin2 ini.. aku betul2 gila saat itu...suami cuba memelukku dan cuba menenangkan aku, namun dalam keadaan agresif begitu, aku langsung tak membiarkan pelukan suamiku malah aku memberontak minta di lepaskan sehingga abang kandungku masuk membantu.. yang aku thu, abang memberiku sedikit ubat penenang sehingga aku tidak menyedari apa yang dah terjadi selepas itu..
mungkin sewaktu aku tidak sedar, sahabiah, abang, suami dan walidan bertindak berbincang dan pasang strategik untuk menyelamatkan rumah tangga kami.. sahabiah ada jugak katakan muka suami tetap tenang walaupun di hatinya yang paling dalam ada ketegangan setelah mengetahui segalanya..
selepas sedar, aku di bawa turun ke ruang tamu oleh sahabiahku.. aku pada awalnya agak marah dengan dia namun, aku kembali berfikir, ini usaha dia untuk membantuku jadi aku hanya menurut daripada mengikut 'anginku' sendiri...
aku berhenti di anak tangga yang terakhir rumahku apabila aku terpandang wajah suami yang sedang tenang menanti.. aku semakin menyinga bila wajah dia tetap tenang bagaikan tiada masalah yang berlaku di antara kami.. aku mengeraskan diriku sehingga sahabiahku bertindak membaca satu bacaan di telingerku.. ntah.. aku bagaikan tunduk pada ayat yang di baca olehnya.. dalam marah, aku tetap berjalan menghampiri ahli keluargaku yang lain...
aku membatu.. membisu sejuta bahasa daripada ada bicara yang terkeluar...
tiap soalan yang di tanya suami tidak aku jawab sehingga aku mula rasakan zauj mula tegang dan bertindak naik ke atas dan mengambil hsetku.. aku hanya membiarkan.. dengan istighfar yang tak berhenti, suamiku meminta kepastian sahabiahku benarkah itu nombor pemilik perempuan yang mengangguku.. sahabiah hany mengangguk.. tanpa bertanya padaku, terus di hubungi wanita itu tanpa persetujuanku..!
loundspeaker di buka..! setiap butir bicara aku dengar.. subhanallah..! dari situ baru aku tahu bahawa suamiku langsung tidak bersalah..!
KEMBALINYA CAHAYA CINTA
suami kelihatan tegang dalam menangani wanita berkenaan.. wanita itu memujuk mujuk suamiku agar dirinya di jadikan isteri kedua suamiku.. hai.. aku rasa nak taekwando je wanita tu.. waktu aku di jordan dulu, pernah dia datang jumpa aku di saat aku sedang melihat2 barangan bayi di sebuah market bersama sepupuku.. namun, saat itu kesabran menguasaiku jadi aku tak bertindak apa2...
selesai sahaja perdebatan di antara suami dan wanita berkenaan, airmataku berjuraian tanpa henti.. suami masih tenang berdiri.. memandangku dengan penuh cinta.. sahabiah menggenggam tanganku memberi semangat...
aku bangkit dan terus melutut di kaki suamiku... sungguh..! saat itu aku telah menjadi seorang isteri yang nusyuz.. aku menangis sepuas hatiku di kakinya.. sebaik saja aku ingin mencium kakinya memohon keampunannya, dia bertindak melarikan kakinya sehingga aku rasakan bagaikan tiada maaf lagi bagiku..
namun, semua itu hanya sementara apbila suami mula melutut di hadapan ku sambil tersenyum dengan penuh kasih dan cinta.. aku terharu.. suami sangat sabar dalam melayani karenahku.. airmataku yang mengalir tanpa henti di sapu dengan lembut sekali oleh jemari kasarnya.. terasa sekali aliran kasih dari sentuhannya..
tanpa di minta, aku terus memeluknya.. peluk se erat2nya tanpa memikirkan abang, sahabiah, ummi dan walid ada di hadapan kami memerhatikan tingkah kami.. persetankan semua tu.. aku hany memikirkan aku hanya inginkan kembali redha dari suamiku.. aku bertanya berkali kali kepada suami benarkah aku telah di maafi dan di redhai.. suami sampai sempat mengenakanku yang dia takkan redha kalau aku bertindak seperti ini lagi...
bahagia kian terasa apabila, tangan suami mula beralih pada perutku.. menyentuh dan mengusap.. menanyakan adakah aku tidak sayangkan janin2ku ini, bohong seandainya aku tidak sayang, pastinya aku sayang kerna inilah darah dagingku.. di dunia hingga akhirat sana,,, yang akan aku lahirkan sendiri..
aku sempat menjeling ke arah abang dan sahabiah, ke dua2nya malu dengan tingkah kami.. apa taknya. dua2 masih single..! hehehehehehehehe
MENANTI SAAT KELAHIRAN
kini, kami kembali bahagia.. dan kami saling bertolak ansur serta saling mempercayai di antara satu sama lain..
aku menurut kata suamiku agar tidak mengambil medik sebagai kos pengajianku sebaliknya mengambil bidang agama agar masa yang terluang panjang untuk dirinya dan anak2..
aku memutuskan mendaftar di universiti yang sama dengan suami...
aku hanya mendaftar sebagai pelajar namun, semesterku yang pertama telah aku tunda kerana due date ku sudah sangat hampir andai aku teruskan jua pengajianku...
kini, usia kandunganku sudah menghampiri 8 bulan.. dan insyaAllah.. dah tak lama kelahiran si kembar sepasang ini akan tiba..
doakan ke dua2 anak kembarku ini selamat di lahirkan...
inilah kisah cinta di antara aku dan suami..
kepada para remaja di luar sana, seandainya nafsumu tidak mampu di kekang, maka berkahwinlah walaupun usiamu masih muda daripada dirimu terlibat dengan zina..
akhir kalam dariku, semaikanlah cinta dan ikatan kasih selepas perkahwinan kerna ianya indah sekali...
sentiasa tenang dan takkan ada gusar sama sekali..
berjuanglah memelihara cinta di hati kalian... salam sayang dariku...
jadi, itulah kisahnya.. panjang jugak.. ana sendiri pun masih belum membacanya.. sekadar mngedit gambar ke setiap topik..he3..
as for me, jagalah cinta itu agar ianya di rahmati.. cinta yang bermula sebelum perkahwinan hanya mengundang kita kepada kehilangan rahmat dan redha Ilahi.. yang mana satu anda pilih..???
renung2kanlah.. dan selamat beramal..!
0 comments:
Post a Comment