Bismillahirahmanirahim..
lama jugakkan ana membisu.. syukron jazilan kepada semua teman2 yang sentiasa menanti post terbaru dari ana.. alfu syukron kepada yang menghantarkan email secara terus menanyakan apa perkembangan post terbaru..
Subhanallah..
tak ana sangka sambutan follower blog ana sangat memberangsangkan even pada tab follower, jumpah follower belum menjejak angka 100, ana sudah cukup bersyukur kerana ianya permulaan yang sangat baik.
guru ana sentiasa berpesan, biarlah mulanya agak perahan asalkan kelak berpanjangan dan berkekalan.. tersenyum sendiri ana bila mengingati kembali pesan murabbi yang di sayangi..
dua tahun sudah berlalu, namun pada tahun yang ke dua ana tempuh kembali detik debaran yang membuatkan jantung ana berdegup kencang, resah dan gelisah saling bersulam. debaran dan doa sentiasa berpanjangan.. 8 december.. tarikh yang takkan pernah ana lupakan.. tarikh nielah ana kehilangan sahabiah yang sangat ana sayangi..
kehilangan buat selama-lamanya.. tanpa ada ganti yang mampu menyamai dirinya yang sangat petah berbicara, manja mengusik, pelukan mesra,dan huluran bahagia yang tiada henti..!
kenangan bersamanya takkan putus dan takkan pernah hilang berganti..
kenangan bersamanya dulu akan setia bersemi di dalam diri sehingga nyawa inikan turut berhenti dan kembali kepada Ilahi..
pada tahun nie, tak sangka tarikh pemergian arwah di sambut dengan keadaan seorang lagi sahabiah yang tak tahu bagaimanakah situasinya.. detik kelahiran anak2nya secara paksa mendatangkan beribu debaran pada hati yang sedang di pukul gegendang rindukan teman. menanti perkhabaran dengan penuh sabar walaupun kata hati takkan pernah tertahan..
ana sangat merindui mereka.. mengharapkan rahmat dan kasih sayang dari Ilahi moga kesemuanya di rahmati..
seandainya akan ana hadapi kembali detik itu, ianya pasti kerana Allah ingin terus menguji diri ini..
ana mohon doa dari sahabat2 agar roh arwah sahabiah ana di rahmati dan sahabiah ana yang masih di wad ICU dengan srikandi dan ulama' kecil islam akan pulih sepenuh.. mohon doa dari sahabat... ana memohon.....
I CUT APPLE A PARENTING
5 years ago
1 comments:
innalillahhiwainna ilahiraji'un... alfatihah buat allahyarhamah... semoga rohnya sentiasa d cucuri rahmat dan di tempatkan bersam para syuhada.. aminn... jgn cdey2,yg pergi ttp prgi,kta jua bkal myusul.. insyaallah.. kuat kan at cyg..
Post a Comment