tinggalkan jejak anda di sini

How Old I am ^_^

Daisypath Happy Birthday tickers

The Age Of MY Opened Dairy

Daisypath Happy Birthday tickers

Bismillahirahmanirahim...

tersenyum ana ketika saling membalas mesej dengan beberapa orang adik. pengikut setia blog ana..
Alhamdulillah... bersyukur kerana ada yang setia mengikuti perkembangan blog ana.

'kak nur, bila nak update blog'
'kak nur, bila nak kawen..???'

dan banyak lagi persoalan yang mengundang hiburan pada hati yang sentiasa di uji dengan mehnah dunia.
mehnah yang boleh membuatkan sesorang itu menjadi lemah dan tewas.
tak ana sangka, ana mampu sekuat ini, mungkin berkat kesabaran dan di sebabkan sikap yang sangat nekad ingin melakukan itu.

melibatkan sekali lagi persoalan hati.
di khitbah lagi menguji kekuatan hati dalam melawan mehnah berbentuk 'cinta manusia'.
menolak atau menerima. itulah yang bermain-main di minda.
ana berfikiran kerana ana terlalu muda untuk memikirkan soal hidup 'bersama' dengan insan yang terlalu asing dengan ana.

bukan ingin menolak takdir andai suratan ILAHI menetapkan ana berkahwin semuda ini, tapi sikap 'keanak-anakan' ana itu masih ada. sikap tidak matang itu masih ada.. banyak yang perlu ana perbaiki sebelum betul2 menerima khitbah seseorang.

di khitbah kali ini mencungkil kembali memori ana di khitbah oleh seorang ibu yang ingin menyatukan ana dengan anaknya.
subhanallah.. walaupun ana menolak dengan baik lamaran ibu, ukhuwah di antara kami tetap bersatu hingga ke detik ini.
ibu sering menghantar mesej bersoal khabar dengan ana..
terkadang ana segan kerana layanan ibu sangat baik pada ana even ana telak menolak lamarannya untuk menyatukan ana dengan anak teruna solehnya.

bukan kerna hati ana sudah di miliki, namun kebahagiaan dan impian ma abah yang ingin ana mengenggam segulung IJAZAH terlebih dahulu membatasi semua itu. bagi ana, senyuman dan kebahagiaan ma abah adalah kebahagiaan ana dunia wa akhirat.

fikrah kita sebagai manusia biasa memang ingin mempunyai pasangan sehidup semati. yang boleh memberi kebahagiaan kepada ana, menghiburkan hati, bergurau dengan kalimah Ilahi, berkasih sayang kerana Ilahi dan bercinta sampai syurga.
tapi, semua itu mampu ana tepis terlebih dahulu.

usia yang muda membuatkan ana berfikir jauh.he3
ibubapa keutamaan seorang anak. mungkin akan ada yang mengatakan kepada ana

'alah, perempuan belajar tinggi2 pun last2 ke dapur jugak.'


hurmm.. ana akui itu. tapi bukankah ilmu itu perlu sentiasa di cari..???
selagi ada peluang untuk belajar, belajarlah selagi mampu.
islam itu indah. islam itu tidak memaksa.

menolak khitbah lagi,
tersenyum ana mengingatinya. walaupun tersepit di antara ingin terus mencari cinta Allah dan tidak mahu memberi kekecawaan kepada muslimin soleh itu, tapi cinta kepada Allah lebih besar. ana tak tahu apa yang di rasainya setelah jawapan yang jujur dari hati ana, ana berikan sebgai jawapan.


jika ada keraguan di dalam hati seseorang itu yang ingin mengkhitbah seseorang muslimah, percayalah kunci kebahagiaan tidak akan pernah digenggam dan pintu syurga dunia itu takkan pernah terbuka hingga ke syurga yang abadi.. sebaliknya, ia boleh menjadi kunci derita dan sengsara.

cinta manusia di manakah kedudukannya di hati ana kini..???
ntah.. ana sendiri tak mampu menilainya dengan mata hati ana kerna ana tak pernah terlintas untuk memikirkannya lagi.

melihat sahabat2 yang terkadang ada sampai yang berdendam, menangis kerana frust dan sebagainya.
membuatkan ana berfikir, betapa hinanya cinta manusia.
kenapa cinta yang tinggi nilainya dan mulia di sisi Allah jatuh menjadi hina..???

ana berfikir sejenak.
satu ayat melintasi kotak fikiran ana.
ya..! kerana sikap manusia itu sendiri..! kerana kerangkusan manusia cinta itu menjadi hina dan sangat murah.
ana tidak mahu cinta di hati ana juga menjadi begitu.
ingin sekali ana menjaganya menjadi bernilai di sisi Ilahi.

akankah ada insan yang bertakhta di hati ini ..???
ana menggeleng tidak tahu..
tapi ana menanti seseorang yang soleh untuk menjadi imam di dunia jua akhirat ana.

cinta yang bakal terlafaz dan terzahir dengan lafaz sakinah.
berlandaskan kejujuran dan kepercayaan.
berpayungkan paksi Tuhan yang Isa.
berpegang kepada Qalam yang pasti.
beramalkan sunnah Nabi..!

indah dan bahagia pastikan di miliki..!

justeru itu, satu lafaz dari ana
'ku serah cinta ini bukan pada manusia tetapi kepada Dia yang Esa,
kerna cinta manusia itu penuh dengan kepuraan dan kepalsuan..
tak mahu menderita, tak mahu terseksa.>??? satu jawapan yang jelas dari ana BERCINTALAH DENGAN DIA YANG MAHA KUASA.. pasti dirimu takkan terluka dan menderita...'


0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...