tinggalkan jejak anda di sini

How Old I am ^_^

Daisypath Happy Birthday tickers

The Age Of MY Opened Dairy

Daisypath Happy Birthday tickers

Bismillahirahmanirahim..

Assalamualaikum w.b.t. kepada semua readers hazirah...

mungkin ini akan jadi post terakhir hazirah sebelum hazirah berehat panjang daripada buka fb, email dan penulisan blog..




readers yang hazirah sayangi,
hazirah ingin kalian tahu bahawa Rasulullah dahulunya juga bersendirian ketika berdakwah... jika kita bersendirian tanpa ada yang menyokong kita, ingatlah perjuangan rasulullah dahulu yang begitu tabah meneruskan dakwahnya walaupun di caci dan dihina...


kenapa hazirah tiba-tiba mengeluarkan topik nie..???
kerna ini yang hazirah lalui saat ini..
sungguh, pada awalnya hazirah rasa tak kuat untuk menghadapi semua tentangan mereka namun hazirah cuba mengingati kembali perjuangan Rasulullah dahulu..


pada awalnya niat hazirah cuma ingin berkongsi ilmu di satu group majlis ilmu..
seorang muslimah bertanya apakah boleh meletakkan syarat kepada bakal calon suaminya as takliq ketika nikah nanti.. setahu hazirah ianya di bolehkan..


kat sini hazirah letakkan satu bukti sokongan yang hazirah copy dari blog kak FATIMAH SYARHA


Bolehkan Mensyaratkan Suami Tidak Berpoligami?

Ya, boleh!
Menurut Wahbah Zuhaili di dalam bukunya yang mahsyur seluruh dunia, Al-Fiqh wa Adillatuhu, atau terjemahannya di Malaysia, Fiqh Perundangan Islam, mensyaratkan agar suami tidak berpoligami sah dimasukkan ke dalam syarat ta’liq. 
Ia tidak termasuk mengharamkan yang halal dan menghalalkan yang haram kerana ia tidak mengharamkan sesuatu secara mutlak cuma meletakkan syarat pada perkara harus. Lagipun, poligami cuma rukhsah (keringanan) untuk menyelesaikan masalah-masalah tertentu, bukannya perintah syariat.
Sayyid Sabiq juga menjelaskan di dalam bukunya, Fiqh Sunnah bahawa menjadi hak perempuan mensyaratkan tidak dimadu. Jika syarat yang diberikan oleh isteri ini dilakukan ketika ijab qabulnya supaya dia tidak dimadu, maka syarat ini sah dan mengikat, dan dia berhak membatalkan perkahwinan jika syarat ini tidak dipenuhi oleh suaminya, dan hak membatalkan perkahwinan ini tidak hilang selagi si isteri tidak mencabutnya dan rela dengan pelanggaran suaminya. 
Begitu juga pendapat Imam Ahmad dan dikuatkan oleh Ibnu Taimiyah dan Ibnul Qayyim. Ini kerana syarat-syarat dalam perkahwinan lebih penting nilainya daripada jual beli, sewa-menyewa dan sebagainya. Oleh sebab itu, memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh isteri lebih wajib dipenuhi.


jelaskan semua nie..???
ada lagi hujah sokongan hazirah kalian semua boleh menyelidikinya lagi..
hazirah tak kisah apa pandangan orang pada hazirah..


hakikat kehidupan yang hazirah perlu hadapi adalah mereka semua sememangnya menentang apa yang hazirah utarakan..
sindiran yang cukup hebat di lontarkan...!


Alhamdulillah buat mereka yang setiap komennya ada penyindiran..
hazirah menerimanya...
hazirah dah tak larat untuk meneruskan komen hazirah pada post di group majlis ilmu kerna semakin hazirah tambah semakin banyak pula kesalah fahaman yang berlaku..


sabarlah duhai hati..
mereka akan memahami apabila mereka melaluinya sendiri kelak..
mungkin mereka lebih 'dewasa' dari hazirah tapi usia tidak menjanjikan ilmunya juga akan lebih dewasa daripada kita kerna semuanya berpaksikan keinginan seseorang itu menuntut ilmu bagaimana...


readers yang hazirah sayangi,
mungkin nanti hazirah akan lebih aktif dengan blog saja dan fb hanya akan jadi platform untuk hazirah sebarkan link baru blog hazirah... hu3..
dah merajuk dahlah...


hazirah satu hari akan datang, mereka boleh merasainya sendiri agar mereka lebih menghargai orang lain..
rasulullah melarang kita untuk ketawakan saudara seislam kita..


hazirah bukan untuk meluahkan apa yang terbuku di dada cumanya hazirah ingin memperkatakan sifat manusia pada zaman sekarang..
sangat berbeza dengan zaman rasulullah..


terasa begitu merindui kekasih Alllah...
andainya DIA masih ada pasti DIA boleh bagi hazirah kata2 perangsang untuk kuat dalam setiap titik perjuangan hazirah..
kata mereka 'kenapa hazirah terlalu ingin memperjuangkannya..??'


sekarang dah jadi salah faham sebenarnya..
niat awal hazirah bukanlah untuk memperjuangkan tapi untuk perkongsian ilmu sahaja tapi selepas muncul komen2 yang lain yang menentang apa yang hazirah ungkapkan terus menjadi pendebatan hebat..!


 bayangkan dalam ramai2 yang komen adnim yang utarakan soalan tu saja yang sokong hazirah...~~~
hu3... terasa bangat..!
tapi hazirah tahu ALLAH ada dengan hazirah sebab tu hazirah tenang je sewaktu hazirah menaipkan komen2 yang seterusnya.. walaupun di hujani pelbagai kata-kata yang mengguris perasaan, tiada apa yang mampu membuatkan hazirah menangis kerna JANJI ALLAH ITU PASTI BERLAKU..!


ok.. stop tentang tu..
dah macam meluahkan perasaan hazirah niekan,...
next time will be more becarefull for enter in the group.. sahabiah hazirah juga ada bagi kata2 perangsang pada hazirah tatkala mengetahui tentang itu.. katanya, usahlah terlalu percaya apa yang ada dalam fb.. ada je yang hypokrit.. kuat semangat.. ALllah bersama enti..!
wah... rasa segar dengan bicara sahabiah tersayang.. syukron hanan..!




kali terakhir hazirah buka email, ada seorang muslimin bertanya kepada hazirah apakah itu penyakit MULTIPLE SCLEROSIS dan apakah symptons penyakit tu..


ok.. akan hazirah kongsikan bersama-sama readers..


MULTIPLE SCLEROSIS merupakan penyakit masalah KETAHANAN BADAN...
multiple sclerosis merupakan adik beradik kepada penyakit SPINOCEREBELLAR DEGENERATIVE.. yang bezanya hanya progressnya saja yang lambat dan SPINO disease, berlaku pengecutan pada cerebellum manakala MS pula tidak.. MS berlaku di sebabkan berlakunya koyakkan pada saraf tunjang, saraf optik dan spinal cord..
ia juga melibatkan brain..



ada tiga ujian yang boleh di lakukan untuk mengesan penyakit MS iaitu melalui MRI scan, electrienergy(xtahu betul ke tak nama dia nie tapi dia menggunakan voltan dan dipasang pada kepala) pastu nervous(xtahu juga nama penuh dia..he3...)


yang akan hazirah lalui akan datang ti adalah ujian electienergy yang pasang pada otak untuk mengesan kehadiran penyakit MS kerana ianya muncul di saraf tunjang dan brain.


adakah penyakit nie boleh cure..??
no..! untill no one can found correct of the treatment for MS.. and till right now, the disease is never be cure... cuma, ubatan yang dibekalkan doktor mampu melambatkan lagi progressnya...


apakah symptons MS..
ok.. kat sini hazirah nyatakan symptons..


- decreased concentration (iaitu tahap kosentrasi yang semakin berkurang)


-attention deficit ( perhatian terhadap sesuatu semakin berkurang contohnya masa belajar.. awal2 boleh fokus tapi lama2 semakin tak boleh)


-memory loss (daya ingatan juga semakin berkurang.. mudah untuk lupa)
-depression


-parania


-uncontroller laughter


-weeping(mudah untuk menangis)


-muscle spasms( kerap kekejangan otot bukan di sebabkan kekurangan kalsium)


-fatigue(mudah keletihan even melakukan sesuatu kerja dalam kadar yang sekejar)


-numbness (terasa kebas atau kaku di bahagian kaki atau tangan ketika sedang melakukan sebarang pekerjaan ataupun ketika rehat)


-prickling pain(rasa menyucuk seperti needle pada otot)


-visual disturbances(pengelihatan terganggu)
 -blurred vision(kabul secara tiba2 even dah pakai glasses)
 -colour distortion
 -loss of pain in one eye or eye pain


-loss of sensation(hilang deria)


-speech empediment(Kesukaran untuk bercakap-ini bagi pesakit yang dah berada pada tahap kritikal)


-tremors(terketar-ketar-like parkinson)


-dizziness(sakit kepala)


-limb weakness yang menyebabkan loss of coordination an body balance


ini adalah symptons yang doktor hazirah bagitahu yang akan di hadapi oleh pengidap MS..
kesannya juga mungkin akan membuatkan seseorang itu rasa tak nak lalui itu tapi nak atau tak terpaksalah di lalui demi Allah..


inilah amanah dari ALLAH..jadi berbahagialah..!


antara kesan yang hazirah sedia maklum, pengidap MS perempuan akan mengalami kesukaran untuk mengandung (Jika berkahwin) kerana kesan ubat yang kuat serta di sebabkan pesakit itu tak mampu nak tampung baby kerana sering mengalami backpain(sakit belakang). 
bukan itu saja, pengidap juga akan sukar untuk berjalan sehingga tiba satu masa nanti hanya mampu bergantung hidup pada wheelchair saja..


kesukaran untuk bercakap kerana dirasai akan ada sesuatu yang menghalang..
mungkin juga akan sukar untuk menulis dan pekerjaan yang di lakukan akan lebih terhad..
pengelihatan juga tidak lagi akan normal(seperti yang hazirah hadapi sekarang tapi doktor kata jika hazirah boleh bertahan dengan ubatan yang kuat yang dibekalkan pakar mata, insyaAllah mudah2an boleh kembali normal)..


pernah juga hazirah bincang tentang nie dengan kakak angkat hazirah yang bakal posting tahun depan.. katanya pengidap MS hanya mampu bertahan hidup selama 5 hingga 10 tahun sahaja..
betul atau tak, ALLAH lebih tahu cuma kak sya kata kuat semangat dan ingatlah seandainya ALLAH kembalikan nikmat hidup kelak..^_^
syukron akaq syang.. nur bahagia sangat..!
akaq baik sangat...! selalu ada dengan nur.. selalu layan nur walaupun akak kesibukan.. <3


apakah symptons yang hazirah hadapi..???
jangan terkejut ya...


ini yang hazirah alami sekarang


-attention deficit


-memory loss
= (hazirah sangat mudah untuk lupa.. bahkan perkara yang baru hazirah lakukan beberapa minit yang lepas pun hazirah dah mula tak ingat.. pada awalnya hazirah ingat ianya normal tapi bila hazirah utarakan kepada doktor hazirah, katanya ianya bukan lupa yang biasa2 tapi ianya merupakan symptons MS)


-weeping
= ( hazirah sangat mudah untuk tersentuh dan menangis sekarang nie.. hazirah ingat emosi hazirah tak stabil sebab hazirah tak cukup tidur tapi rupa2nya bukan tabiat yang biasa.. hazirah ingat lagi hazirah susah sangat nak menangis kecuali jika hazirah betul2 kesedihan baru hazirah akan menangis tapi sekarang, asal hazirah rasa tertekan sedikit pasti hazirah akan menangis.. orang tertinggi suara sedikit dengan hazirah pun hazirah dah rasa sebak...hu3)


-muscles spasms
=( kekejangan otot.. kekejangan otot nie hazirah alami sejak form 3 lagi.. ingatkan kekurangan kalsium sebab hazirah kurang makan sebenarnya orangnya.. mudah untuk kenyang.. hazirah ingat lagi kerana terlalu kerap kekejangan otot n collapse, muallim hazirah hantar hazirah kepada seorang ustaz untuk tarbiah hazirah sebab ingat hazirah lemah semangat and kalah dengan diri sendiri tapi bila hazirah betul2 sakit macam sekarang, cikgu tu dah boleh faham dah dan dah tak fikir pelik2 dah pada hazirah bila hazirah sakit)


-fatigue
= (ye.. hazirah mudah untuk keletihan.. bukan sejak sakit nie je tapi sejak hazirah form3 lagi.. buat kerja sikit je cepat je letih.. nak2 jika perlu naik turun tangga.. jika perlu berlari, pasti hazirah akan pengsan akibat keletihan)


-numbness
=kebas hazirAh mula rasa sejak umur hazirah 18 tahun.. hazirah ingat kebas2 biasa je tapi lepas sakit numbness cam makin teruk. hari tu ketika hazirah sedang melakukan fisioterapi hazirah tiba2 mengalami numbness sehingga fisio hazirah terpaksa di hentikan buat sementara waktu dan sekarang jadual fisio hazirah di skip selama sebulan kerana numbness yang semakin teruk.


-prickling pain
= pada awalnya hazirah mengalaminya ditapak kaki tapi sekarang, ia sering menyerang di bahu dan otot paha.. rasa macam kena inject.


-visual disturbances(blurred vission)
=hazirah mengalami kekaburan maCAM  tak pakai glasses.. dan mata hazirah sekarang, jika hazirah melihat sesuatu, hazirah takkan nampak apa yang berlaku di tepi kiri dan kanan


-tremors
=hazirah masih ingat sahabiah hazirah masa form 5 pernah tanya hazirah dalam kelas "awak, bakpe tangan  awak ketar macam tu.. nampak macam parkinson" masa tu hazirah tidak tahu apa-apa lagi tentang penyakit nie.. hazirah diserang ketar2 secara tiba2 sejak form 5 lagi n after 2 years ago, ianya jadi makin teruk je..


-dizziness
=hazirah ingat lagi soalan pertama doktor izat " ada sakit kepala tak..?" masa tu hazirah segan untuk bercakap dengan nya... yela dia lelaki hazirah pula perempuan masa tu hazirah sekadar menganggunk saja.. hazirah mengalami sakit kepala yang teruk since i'm only 14 years..


and the last one of the symptons that i got it is loss of my body balance..
- 30 januari 2012 merupakan hari pertama hazirah tak dapat rasa kaki hazirah.. bila hazirah cuba angkat, hazirah tak mampu... pada awalnya hazirah pengsan saja namun sebaik sedar dari pengsan hazirah dah tak rasa kaki hazirah.. kaki hazirah jadi lembik, pucat..
seminggu tak boleh duduk tanpa sokongan apatah lagi untuk berjalan.. hanya terbaring di atas katil dengan penuh kebosanan..
kuat semangat, usaha yang berterusan, akhiran hazirah discharge dari wad dalam keadaan hazirah dah boleh duduk n boleh gerakkan kaki hazirah even hazirah tak mampu untuk merasai apa yang hazirah pijak..


usaha demi usaha, ssedikit demi sedikit ALLAH bagi kesembuhan..
akhirnya, akhir cuti penggal bulan 6 baru nie hazirah nekad untuk berjalan tanpa tongkat..!
hazirah dah boleh rasa kaki hazirah sikit2 cuma, hazirah hilang daya imbangan badan hazirah.. hazirah jalan seperti orang yang tak normal.. kaki sebelah nampak terseret ketika berjalan.. atau dengan kata lain kawan hazirah kata nampak macam robot..! hu3..


lucukan..???
tak apalah.. hazirah tak kisah asalkan ALLAH sentiasa kuat dan tabahkan hati hazirah..
ALlah kan sentiasa ada.. saat hazirah sedih, DIA pasti akan hadirkan bayangan ayat2NYA kepada hazirah sebagai penawar.. bestkan..??? hu3..


hazirah bahagia..!
doakan hazirah ye semua..
bulan 12 nanti, jika umur hazirah masih ada akan hazirah kembali aktif dalam penulisan ini.. hazirah akan bagitahu keadaan hazirah nanti..
doakan hazirah kuat ye semua.. 


<3 <3 <3


salam sayang dari


Hazirah Al-Hafizah/Syahidah Al-Qariah..
FB juga tidak akan di aktifkan.. sesiapa yang ada no hazirah boleh contect ke phone terus ya...
Bismillahirahmanirahim...


Alhamdulillah.. setelah banyak mesej yang masuk dekat inbox fb, hari ini baru berkesempatan untuk menulis lagi..



sakit itu amanah dari Allah..


maag ye semua readers hazirah yang setia..

hazirah kesuntukkan masa untuk persediaan peperiksaan penting tak lama lagi... masa hazirah ada terlalu terhad.. ulang alik ke hospital dah memakan masa sehari.. bila dah seharian dekat hospital, confirm2 hazirah tak ada waktu untuk belajar apatah lagi untuk menulis.. 
tapi, walau apa pun, hazirah akan tetap menulis bila ada keterluangan waktu seperti sekarang..


melihatkan waktu masih awal untuk bersiap-siap ke kelas, kesempatan ini hazirah ambil untuk menulis lagi..


Allah permudahkan jalan hazirah..
apa maksudnya..???
hazirah ingin berkongsi cerita dengan semua readers hazirah..


ada yang bertanya kepada hazirah, apakah penyakit hazirah yang sebenar..
it's too hard to say dear.. doktor2 hazirah masih belum declare apakah penyakit hazirah.. banyak yang suspected.. the latest one is my doctor suspected that i got tibi spine.. but my eye shows them the one of simptons for MULTIPLE SCLEROSIS .. so curious right..???


hazirah pun naik pening..
semalam hazirah terpaksa 'ponteng' lagi kelas sebab hazirah terpaksa menjalani 'mentoux test".. 
Ya ALLAH... sakitnya..! suntik tanpa bius siapa tak sakitkan..???
rasa macam nak menjerit.. berkerut dahi hazirah menahan sakit.. nak buat macam manakan.. tu cara untuk buat ujian tu..


20 jun, hazirah berjumpa dengan pakar oftomologi(pakar mata).. hazirah langsung tak sangka rupa-rupanya kadar pengelihatan hazirah tak normal dan sangat terbatas.. tak seperti insan normal.. doktor kata mata hazirah kelihatan 'blur'.. 11 julai hazirah perlu kembali jumpa doktor mata..


kata doktor ilham(pakar oftomologi), pakar neuro hazirah refer hazirah ke oftomologi untuk memastikan hazirah mempunyai simptons MS pada mata tak.. sekali pemeriksaan,doktor kata tak dapat dikesan tapi dua kali check up, terus nampak tak normal..
hazirah kini di bawah pengawasan 4 orang pakar mata, 2 neuro dan seorang pakar perubatan klinikal..


mereka mengalami masalah apabila MRI yang dilakukan totally normal sedangkan hakikat simptons yang hazirah alami adalah penyakit MS.. banyak ujian yang akan hazirah jalani kembali termasuk MRI(jika perlu jika ujian yang akan dijalani lepas nie tak dapat kesan apa2,MRI akan di lakukan sekali lagi)..


kata doktor faridah, mungkin result lama mempunyai kesilapan memandangkan ia dah lama.. mungkin ketika itu tidak terlihat dengan jelas.. seperti yang berlaku pada mata hazirah..


Alhamdulillah.. hazirah seronok sangat-sangat.. doktor-doktor yang merawat hazirah sekarang semuanya baik-baik dan mesra dengan hazirah.. doktor-doktor perempuan suka pegang tangan dan gosok bahu hazirah..! terasa kemesraan mereka.. hu3.. hazirah juga syukur sebab hazirah tak perlu jumpa doktor orthopedik yang garang lagi sebab kata doktor, hazirah tak punya masalah tulang.. cuma melibatkan saraf optik, saraf tunjang dan spinal cord..


if i get positive as MS patient, i'll hard to talk.. also walk.. but it' s not make me be weak but it's make me be so strong..!
the disease is incureable..!
secara tak langsung, hospital kini menjadi second house hazirah...he3


kadang2 hati sedikit gelisah dengan semua informasi tentang penyakit nie, namun setelah bermuhasabah, hazirah pasrah dan menerima saja... ada kenikmatannya nanti..! percayalah..


lihatlah sekarang, hazirah dapat semua doktor-doktor yang memahami keadaan hazirah.. dan baru hazirah mengerti kenapa hazirah dikelilingi sahabiah2 yang menceburi diri mereka dalam bidang perubatan..
especially one is kak SYARIFAH SYAEIRAH..!
the one is always on my side n give me her support.. Always update about my health by second to second..

dear my readers,
hazirah terpaksa tamatkan penulisan untuk kali nie di sini saja..
hazirah juga ingin maklumkan kepada semua readers hazirah, mungkin blog hazirah akan 'berehat' untuk tempoh yang panjang lepas nie sebab hazirah perlukan komitmen yang tinggi untuk pelajaran hazirah.. insyaALlah.. jika ada keizinan hazirah akan update lagi tapi jika ada halangan, mungkin bulan disember nanti hazirah akan kembali menulis..


salam sayang buat semua..!
inni uhibbuka lillah jiddan.>!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...