tinggalkan jejak anda di sini

How Old I am ^_^

Daisypath Happy Birthday tickers

The Age Of MY Opened Dairy

Daisypath Happy Birthday tickers


assalamualaikum w.b.t
salam dan selawat buat junjungan besar s.a.w.

assalamualaika ya rasulullah..
assalamualaika ya nabiyallah..
assalamualaika ya habiballah...

lamanya blog nie tak berupdate...
terkadang bila dah ada insta, lebih banyak berkongsi di sana...
dari segi kehidupan masa kini, progress terbaru, dan lain2...

apa khabar sahabat2 di luar sana..???harapnnya semua berada dalam keadaan sihat2  saja dan sentiasa dalam lindungan Allah...

alhamdulillah..
kini aku officially naik tahun 3.. subhanallah... tak sangka... dah senior dah aku sekarang..
pejam celik pejam celik.. ting! dah tahun 3...
nampak adik2 sem 1, teringat camne aku sem 1 dulu..
tengok telatah adik2 yg masih terkial2 mencari kelas dan blok dengan nombor yang tertera pada jadual..
tergelak.. sebab aku sendiri pun naik tahun 2 pun kadang2 aku masih keliru.. betul ke blok yg aku pergi nie...

btw, dah tahun 3 alhamdulillah.. much improve...
dah senior kan...

tahun 3 nie, banyak perkara yang mungkin berubah..
mungkin sahabat2 lain terlebih dahulu melihat dunia yang sebenarnya bagaimana..
mungkin, dua tahun pertama aku berjauhan dengan keluarga, Allah nak persiapkan diri aku...

2tahun pertama dengan keadaan yang selalunya sangat tak menentu..
badan yang xboleh nak against bendasing..
terlalu mudah untuk demam atau apa saja hanya melalui jangkitan biasa saja...

selepas semester break untuk sem 4, keadaan banyak berubah..
sebulan bercuti, menjadi babysitter untuk anak2 fruit yg semakin bertambah, sedikit demi sedikit badan seakan2 kuat.. tapi ada masanya aku tak mampu juga..
contohnya, anak syurga nie xnak tido dan xnak duk bawah.. suka duk diribaan... suka di peluk dan didukung..
jujur aku cakap, aku sangat suka buat semua benda nie.. peluk, dukung, riba dan timang.. yet dia sangat kecil...
namun, aku masih x mampu untuk pegang lama.. muscles aku sangat cepat nak bagi signal.. yg aku dah tak mampu nak guna lagu...

namun, syurgaku(mama) selalu offer bila lihat aku seakan dah kepenatan dan kesakitan untuk terus meriba si kecil...
mama yang selalu memahami anaknya ini...
yang selalu cuba nak penuhi keinginan anak nie...

aku balik bercuti je, aku nak makan ape je, ma akan masakkan walaupun dia tak gemar makanan yang aku nak tu (sebak)...
itu lah caranya seorang ibu menunjukkan rasa rindunya pada seorang anak(mungkin)....

tambahan lagi, kini ke dua2 anak perempuannya yg belum bersuami ini kini sudah pun berjauhan darinya..
seorang meneruskan perjuanngan di medan ilmu, dan seorang lagi memulakan kerjaya...

sebelum cuti sem dulu, aku ada menyuarakan pada mama untuk merubah cara pemakanan ku...
nak belajar makan buah dan sayur kerana merubah cara pemakanan boleh reduce symptons aku..

yeah.. mama sangat membantu...
dia usaha untuk masakkan sayur asas terlebih dahulu dan beberapa buah untuk aku makan..
tambahan lagi , aku sekarang kerap makan dan kerapan kelaparan (rasa pedih perut.. gastrik mungkin) di tengah malam.. dengan buah2 yang ada, aku boleh makan saja...

yeah.. pola pemakanan aku dah berubah.. aku semakin kerap makan... namun, perut aku masih x ok... makan x makan sama saja.. pedih jarang sangat  berkurang...
bauan minyak itu seolah sinonim dengan aku buat masa sekarang bagi tangani rasa pedih tu...

Alhamdulillah...
dengan semua yg aku lalui sepanjang cuti sem.. pola pemakanan yg berubah, 'jadi' mummy sekejap.. masuk tahun 3 nie aku rasa kuat sedikit secara fizikalnya.. walaupun dalan sudut dalam badan, ada pain yg selalu datang...

tahun 3 ini, Allah uji lagi.. wheelchair yang aku sering gunakan untuk kelas rosak lagi.. dan perlu dihantar ke penang lagi...
sepanjang 3 minggu ini, aku menggunakan kaki sendiri untuk ke kelas...
Alhamdulillah... walaupun langkahku sangat perlahan berbanding siswi lain.. tapi x mengapa.. yang penting aku usaha..

sampai bila aku nak bergantung pada wheelchair kan..???
aku ada impian untuk sambung lagi pengajianku selepas ini... takkan selepas degree nanti, aku nak bergantung pada wheelchair lagi..???
mungkin ini masanya untuk aku belajar.... guna wheelchair bila kelas terlalu pack je...

tapi, since aku dah mula guna kaki aku sendiri...
Allah mungkin nak tunjukkan pada aku dunia yang sebenarnya..
sepanjang aku ber wheelchair, keadaannya sangat lain nak dibandingkan dengan keadaan aku berjalan kaki...

perbezaan yang sangat ketara sewaktu aku guna wheelchair dan aku berjalan...

aku sedih dengan semua ini.. namun aku kena sedar.. ini lah corak dunia sekarang..

perasaan hormat kaum lelaki kepada wanita berpurdah itu dah semakin terhakis...
bila aku sendiri yang kena, aku sedar semua ini...

dulu, sewaktu aku berwheelchair.. aku sangat terjaga.. ,muslimin nak pandang pun xnak (well... pakai wheelchair.. mind set,  OKU.. yes.. am OKU.. aku x malu pun nak ngaku sebab memang hakikat...) tak dipandang, itu yang aku suka pada waktu itu...
aku selamat.. hati terjaga.. 

tapi berbezanya dengan sekarang... hormat mereka seolah tiada... mungkin juga mereka ingin menguji... menegur tanpa keperluan... mencipta topik yang x sepetutnya pun nak diutarakan...
cuba bergurau tanpa segan... 

jujur aku cakap, minda aku dah set up, kau bukan calon suami terbaik jika ini akhlak yang tunjukkan...
tak kesahlah kau ada rupa atau apa...
rupa tak menjaminkan ke syurga...

Allah nak tunjuk pada aku mungkin.. hakikat zaman sekarang macam mana...
ketetapan hati aku sejauh mana bila hati cuba di usik2...

aku mungkin berubah dari sudut fizikal.. dari duduk kepada berdiri... dari beroda kepada berjalan perlahan...
namun hakikat TAK PERNAH berubah pun...
kehidupan AKU dengan HOSPITAL takkan berubah pun...

bab kata kawan aku... 
aku dengan hospital itu berpisah tiada....

walaupun aku baru 3 minggu melalui tahun 3 ini... aku tahu, ini baru permulaannya... pertengahan, pengakhirannya juga aku masih belum tahu...
makin lama, peredaran ini akan semakin susah dan susah...

susah... itu sifatnya sementaraa...

kesenangan itu akan datang tepat pada masanya kelak...

umur bakal menginjak 23 xlama lagi(ikut tahun)... biasalah tu...
iman Allah nak uji...

jujur,
dengan aapa yg berlaku.. aku tergerak untuk menjadi gadis biasa.. tidak berpurdah tapi mengekalkan identiti aku... prinsip yg sama.. aurat tutup.. wajib.. namun purdah.............

cantik..???
kau akan nampak cantik sebab itu pakaian ummu mukminin...
tapi wajah di sebalik purdah tu kau tak pernah tahu.. betulkah hakikatnya cantik..????
pernah tak kau terbayang, wanita yang berniqab yang kau lihat 'cantik' bila melihat matanya saja yang sebenarnya wajahnya tidak seperti gadis2 lain..???
wajah yang sentiasa pucat seakan x berdarah.. wajah yang terkadang sembab dan terkadang cekung...
pernah terfikir..???

aku bukan nak bagi kau imaginasi apa2...
cuma fikir... 

muslimin,
aku mohon... mungkin ada segelintir pemakai purdah yang tak menjaga etikanya...
berhentilah memperlakukan kami seakan kami tiada maruah dan harga diri...
mungkin kau ingin menguji, tapi pernahkah kau terfikir sebenarnya kau cuba merendahkan kami...
pernah tak kau terfikir, mungkin yang kau cuba uji itu baru saja berjinak2 dengan dunia ini, dengan 'ujian' mu dia mungkin tak mampu nak bertahan...???
ya.. mungkin segelintir yang lain menjadikan purdah itu fashion yang buatkan kau fikir, kami ini x jauh beza dengan yang lainnya...
tapi, cubalah berfikir jauh.. tak semuanya begitu...
bagaimanakah dengan yang betul2 menjaga...???? apakah mereka selayaknya diperendahkan sebegitu rupa..???

muslimin,
jika ini etika dirimu, inikah sebenarnya akhlak bakal seorang pemimpin rumah tangga..???
mampukah kau jamin kau mampu jadi pemimpin terbaik jika kami kau perendahkan..?????
mungkin tujuan mu suka2.. namun kesannya cukup dalam untuk semua...

inilah hakikat mehnah dunia sebenarnya...
semoga niqabis yang lain akan terus kuat...

salam sayang


assalamualaikum w.b.t
salam pertemuan setelah lama diam dan terus menyepi..
sama2 menghulurkan salam buat junjungan besar s.a.w.
selawat untuk baginda nabi muhamad s.a.w.

assalamualaika ya rasulullah..
assalamualaika ya nabiyallah..
assalamualaika ya habiballah...

lama kanvas electronic ini dibiarkan menyepi...
diam seribu bahasa.. tanpa ada sebarang perkhabaran yang jelas bagaimanakah keadaan diriku saat ini..
cukupla hanya saya yang tahu... Alhamdulillah...

setelah empat tahun, akhirnya Allah pertemukan seseorang yang boleh berkongsi rasa dengan saya, berkongsi kesakitan yang sama, berkongsi perasaan, berkongsi kesedihan, berkongsi kepahitan, berkongsi segala-galanya...

dia....
seorang wanita yang berumur pertengahan 20-an..
seorang yang berpangkat kakak dengan saya..
seorang isteri kepada seorang hamba Allah...
seorang yang sangat supportive bagi saya...
seorang yang boleh memahami saya hundred percent...

dia...
seorang yang mempunyai keadaan yang sama dengan saya...
seorang yang bilamana saya katakan sesuatu, dia boleh rasa apa yang saya  dengan meletakkan posisinya pada diri saya...

saya bersyukur dipertemukan dengannya...
walaupun berbeza negara, namun bahasa pengantara kami tetap melayu!
alah... singapore je pun ^_^...
bila2 sihat sikit, ada duit sikit.. bolehla berziarah ke sana.. in shaa Allah...

pernah sampai tahap saya rasa tak sape mampu faham keadaan saya yang sebenarnya...
yela, persepsi manusia nie lain2..
ada yang dah tahu saya nie sakit cegini, maunya tambah lagi saya nya emosi and stress... itu i betul2 xboleh nak faham... ^^'

sepanjang perhubungan kami, banyak yang dah kami kongsikan sekali.. bersama2...
and you know what!! nak cakap kenapa dia dan saya boleh sama2 rasa keadaan masing2, sebab situasi kami tak jauh beza.. apa yang saya rasa, dia pun pernah rasa...

tapi this akak memang supportive sangat.. tak lekang berkongsi ilmu dengan saya... 
bukan tu je, mak this akak juga turut sama memberikaan sokongan pada saya.. Alhamdulillah.. like my mom! <3

antara perkara yang kami cuba kenal pasti adalah.. perkara2 yang kami nak pastikan ianya berpunca dari diri kami yang sebenarnya atau caused of the disease and drug..
the final result, okeeeey... all caused the disease.. hihi

first... emotion..
we shared each other... kak yan tanya sama ada saya mudah emo tak..?? mudah tak nak mengamuk..???
frankly i said.. bukan mengamuk,tapi bab nak naik angin nie, cepat je nak berlaku bila orang duk push me.. paksa2... panik tak tentu pasal.. i been serabut.. that it is the reason why i akan mudah naik angin.. ada yang bernasib malang, dapatlah merasa kemarahan saya.. yang ok sikit, saya akan diam dan terus diam.. xnak melayan.. wei... jawapannya, memang orang yang kena hadap tu terluka dan makan hatila.. heeeee...
bukan tu je, hati nie sensitve yang teramat sangat.. mudah je nak sedih.. mudah je nak nangis.. tengok tv, cite entah pape pun i boleh nangis... ya rabbi.. parah..! bazir air mata.. entohla.. emosi masih xboleh nak stabil..

kalau dulu saya jenis yang susah sangat nak marah, nak terasa, nak nangis sebab habit yang suka gelak dan senyum.. sekarang dah jadi sebaliknya...! i miss my old me..!!!
xdelah banyak airmata yang membazir.. xdelah nak serabut.. xdelah rasa nak emo je...

then, pernah.. seriously pernah.. masa tu saya jalan sorang2.. very slow.. sebab yela.. cara saya berjalankan masalah sikit.. masa tu crowd... there is someone yang langgar saya.. then saya hampir jatuh disebabkan accident tu.. but, Allah haantar seseorang untuk tarik tangan saya ketika tu.. kalau tak, memang berjahit dahi saya.. sebab ketika saya hampir jatuh, kat situ ada papan tanda besi "larangan letak kasut".. 
disebabkan terlalu terkejut, suddenly i was scold her.. with said 

"dah nampak kan saya jalan slow, yang langgar saya lagi kenapa..?? jalan nie besarlah..!"

the girl cuak... pompuan pakai purdah nie naik angin.. hadoi... wei.. fikir2 balik macam lawak je accident tu.. x pernah2 nak naik angin dekat public, tapi disebabkan terlalu terkejut, cuak and entah apa lagi perasaan ketika tu, spontanly i dah marah the girl.. just abit think, apalah orang2 yang tengok ketika tu fikir agaknya.. biasalah.. bila berpurdah nie, ' we are perfect and cannot do any mistakes..." yew...

but i don't care...! i share with kak yan.. haha.. by the way, kak yan ever through the accident too.. mengamuk dekat public.. emosi xboleh nak control.. we share, we laugh together.. how so funny we are..  buat malu je..
kak yan cakap peoples can't understand us.. they might thought the bad think about us based on the accident, but the fact they are never knows..! the sources kami nak angin tu people xtahu.. just we.. 

so, kak yan had told me that the conclusion that is, unstable emotion, mudah angin, nangis tak tentu pasal, nak marah2 xtentu pasal.. it is caused of the disease! not come from our self..

then, tular kak yan cakap... manusia nak faham the true colour of our condition nie bukan mudah..
kalau x betul2 faham, and x pandai nak handle kami, memangla makaan hati berulam jantung!...

bukan tu je, dengan cuaca sekarang.. kami juga berkongsi keadaan yg sama.. penat..! walaupun tido malam!.. bila nak tido, we can't close the eye! but when we need to get up, we hard to open the eye.. hmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmm..

penerimaan peoples... well.. she and i having the same experiences...
the experiennces had made us being more secretive.. lebih suka simpan sorang2 dari berkongsi cause, bagi kami kalau cite dekat people pun tak boleh nak faham pun..
but for kak yan, alhamdulillah.. Allah gave her the best husband ever!.. suami kak yan Alhamdulillah.. faham the disease well.. apa2 yang kak yan buat, husband dy tak ambik hati pun and tak sama naik ketika kak yan beremosi..
it is good! sebab people yg faham macam niela orang macam kami perlukan..
kalau kami dikelilingi orang sama naik dengan kami... contohnya, kami dah jenis mudah nak emo.. nak angin, nak menangis tak tentu pasal disebabkan pengaruh disease tu, dah antum yang sekeliling kami yang kami harapkan boleh faham kami boleh sama naik dengan kami dah kenape..???
itu yang kami tak faham..

dah tahu kami nie xsihat, cubalah jangan sama naik dengan kami.. kami marah, awak terasa terluka.. kami menangis, awak buat entah pape je... kami menyepi atau lain2 awak rasa entah pape jugak... atee cane..??? pleasela.. kami akan rasa macam2 bad thinkingla.. kami akan jadi lebih berahsia kalau awak2 pun sama naik dengan kami..
kami tak sama macam awak2 yang sihat2...
kehidupan kami lebih kepada emosi.. walaupun kami dah cuba kawal.. dah cuba tenangkan dengan segala amalan.. dah jenuh fikir dan sentiasa muhasabah apa punca nie..  but then, yela Allah nak uji mungkin untuk orang sekeliling kami...
we will prefer to pretend to be nothing and to be always fine!...
seriously, people like us really needs peoples yang boleh faham keadaan kami, faham perasaan kami, dengan baik tanpa terbawak2 their emosi too within handle ourselve...
so cane tu..???

hey you!!
if you want to be my friend, please make sure that u are ready to confront with my unstable emotion...
you get ready to see i will get mad anytime, anywhere... you must get ready to see my cheap of tears.. get ready to see my bad mood... get ready to see my silent mood... get ready to see my fatigue everytimes..  before you decide to be my friend, make sure u have hati yang kental.. hehe.. 

by the way!.. actually bila kami fikir balik ketidakstabilan emosi kami yang entah pape..yang tak kira waktu and tempat tu, we story we laugh.. but bak kata kak yan, it all are not funny exactly..tapi bila story2, kami gelak je.. ntah pape je la kami punyer live rules nie.... confuse jap...

but, saya betul2 bersyukur dipertemukan dengan kak yan...
dan ibunya.. just like my mom.. yang faham apa yang puteri dia nie boleh buat and apa yang xboleh...

kehidupan akan datang jauh lagi.. so,  moh terus kedepan le ye kite... ^_^

give us ur support...
mekaseh...

salam sayang....

bismillahirahmanirohim...
salam dan selawat buat junjungan besar S.A.W.

assalamualaika ya rasulullah..
assalamualaika ya habiballah..
assalamualaika ya nabiyallah...

kekalkan rasa rindu dan cinta buat kekasih yang AGUNG..
kekasih nombor dua  pemilik hati kita dunia dan akhirat selepas Allah S.W.T...
semoga di akhirat kelak ada syafaat dari Bad\gubda S.A.W untuk kita semua atas rasa cinta kita pada baginda S.A.W.

Alhamdulillah..
percutian semeseter ketiga saya sudah pun sampai ke penghujungnya..
hanya berbaki lagi seminggu.. 
maka bermula isnin depan(8/6/2015), bermulalah perjuangan saya disemester baru iaitu semester keempat...

Alhamdulillah..
sehingga kedetik ini masih ada nafas untuk meneruskan perjuangan dalam menuntut ilmu dan menyempurnakan tanggungjawab ini....
semester yang baru dengan semangat yang kian baru jugak dengan progress yang kian baru dari hari ke hari...
coklat baru... sedap..!

permulaan semester yang baru dengan bekalan 'coklat' yang baru ^^,...
syukurlah... mungkin ada hikmahnya disebalik penambahan coklat baru nie...

tak perlu saya sebut 'coklat' apa, kerana saya yakin, rata2 mengetahui apakah itu 'coklat' yang saya makan secara terus selama 3tahun ini untuk melengahkan serangan2 baru...

Alhamdulillah...
serangan itu tiada sejak kebelakangan ini nak dibandingkan dengan sahabat seperjuangan saya.. 
bila in touch dengan nya, saya pasti dimaklumkan dia sedang mendapatkan rawatan dihospital kerana serangan baru... kelebihannya, symptonsnya mungkin on off disebabkan ada serangan...

namun, berlainan dengan saya.. kelihatannya seperti sekata, tiada serangan namun symptons saya tak pernah off....always in progress... bahkan symptons yg ada semakin galak bermain dalam diri saya....

saya syukur bila orang cakap

"haa... dah sihat dah dia.. dah tak masuk hospital dah... syukurlah.."

amin...! itu doa bagi saya... sebab setiap kata2 itu walaupun hakikatnya saya tahu progress diri saya macam mana, lama2 boleh dimakbulkan Allah..!
sape tahu salah seorang dari yang menyatakan ayat nie adalah seorang yang senang dimakbulkan doanya..? ^_^ Alhamdulillah....

saya dan rakan seperjuangan sering berkongsi progress masing2...
ya, dia turut mengakui berterusannya progress saya.. fiziknya tiada attack, namun dalamnya sering ada progress... yang sering dirisaukan mana2 pesakit yang lain...

in shaa Allah, ada rezki saya pun boleh sembuh macam biasa... tiada yang mustahil bagi Allah...

apa yang saya alami..???

kulit saya menjadi sangat sensitif.. tidak pernah off untuk symptons yang ini... bila saya memagang ice atau memegang gelas yang ada ais, ya Rabb.. tak lama, seminit pun jadi... tangan akan terus memerah dan pedih... pada awalnya saya ingt biasa je.. namun rupa2nya tak...

bukan pada sejuk je, juga pada cuaca panas... kulit memerah seperti udang kena panggang terutamanya pada bahagian lengan walaupun saya berada dalam rumah... pedih bagaikan kulit yang melecet akibat terlalu lama menggaru dan terusnya disiram dengan air (gambaran), muka juga begitu...
kadang2, untuk kurangkan pedih, tuala kecil basah akan sentiasa ada kat tangan untuk diterap ke muka... 
kalau lengan ok, boleh tahan, namun untuk kulit muka memang tak... sebab semua tahu kan kulit muka kita mungkin tak setebal kulit tangan... bila saya berjalan bawah matahaari, cam biasala.. payung... yang awkwardnya orang akan tengokla.. sebab dah tutup semua tapi still berpayung...
well.. saya anggap dorang tak tahu apa2 sebab dorang memang tak tahu pun kan.. hu3

saya pun manusia biasa, kadang2 ada juga keinginan untuk berjalan jalan macam yang lain... kaki memang takkan rasa lenguhnya, Alhamdulillah... namun belakang saya akan menunjukkan pain nya bila badan sudah tak mampu untuk terus melangkah.. haa.. tapi saya suka juga cabar diri saya...
alah, sakit jangan nak manja sangat.. makin dimanja makinlah badan akan jadi mengada ngada..
so act like normal... ^^'

tak stabil tu macam biasalah kan...
comel sangat haa.. boleh bersaing dengan anak2 kecik...

bila jumpa doktor beberapa minggu yang lepas,
story everythings! apa yang saya alami.. n yes, doktor tu pun akui symptons saya in progress over the time...
two of neuro specialist disscuss each other, how should they do toward me...kata salah seorang darinya, symptons saya semakin serius... tak menunjukkan main2 dah macam sebelum2 nie... disebabkan tu, hasil disscusion, saya diberi tambahan ubat baru...

pada awalnya, steroid sebagai end up nya untuk pertemuan tu... tapi saya baru diberhentikan steroid awal tahun nie... kesannya mungkin masih ada.. jadi buat sementara nie, steroid akan dielakkan dan diberi beberapa jenis coklat2 lain untuk bantu reduce symptons... stay monitor n coming MRI repeated again...

bangun setiap pagi pening2...
tapak kaki sakit melampau2... nak stabilkan badan bila berdiri pun kadang2 susah.. tapi tak pela.. usaha tu penting...
jangan kata SUSAH sebelum mencuba...
jangan berputus asa sedangkan peluang untuk berjaya itu terbentang luas...(cewah.. pandai sangat mengayat.. padahal terkadang emo jugak... sebab geram dengan diri sendiri ^^')

soal mata, tak nampak nak kata apa2.. sebab neuro serahkan sepenuhnya dibawah pengawasan opthal...
eye's pain tu sentiasa ada terutamanya pada bahagian kiri... blurred vision, sometimes double vision... sometimes temporary blindness... end up..??? tunggu apa kata opthal minggu depan.. hehehe

apa2 pun UMMU FURQAN mohon doa sahabat2 yea.. moga perjuangan ummufurqan dalam menuntut ilmu dimudahkan walaupun "sahabat" nie sentiasa menemani tak kira masa... tak kira siang atau malam.. tak kira sedang buka mata atau tutup mata... ^^, itu namanya the true friend kan..????

oklah.. setakat nie untuk coretan kali ni...
 salam sayang untuk semua...



Assalamualaikum w.b.t.
salam dan selawat buat junjungan besar S.A.W.
kekasih Allah yang maha agung...

assalamualaika rasulullah...
assalamualaika ya habiballah..
assalamualaika ya nabiyallah..

hati akan tenang selagimana pergantungan pada Allah itu ada


Allahumasoli3saidina muhamad...

kaifaha lukum???
moga2 sihat ya semua....

Alhamdulillah.. pejam celik pejam celik.. sudah berakhir pun semester ketiga ni... semuanya berlalu dengan begitu cepat sekali...
saya sendiri pun tak percaya saya sudah melangkah sejauh ini...
masuk saja semester keempat iaitu penamat tahun kedua, semuanya akan berjalan dengan lebih pantas...
tahun ketiga seterusnya tahun terakhir iaitu tahun akan bergelut dengan thesis, research.... Alhamdulillah...

walaupun banyak kesukaran yang perlu dilalui, Alhamdulillah.. DIa tak pernah lepaskan hati saya sehingga saya boleh jatuh ke lembah putus asa... tatkala diuji dengan ujian dan fitnah yang sama, saat itu terasa teramat sukarnya nak dibandingkan dengan sukarnya menahan sakit akibat 'sahabat setia' nie...

tapi, saat itu Allah hadirkan insan2 yang terus2an memberi semangat pada saya.. memberi kata2 nasihat.. memberi kekuatan pada saya.. meminjamkan bahunya pada saya.. menenangkan saya dengan pelukan kasihnya seorang sahabat dan seorang kakak... subhanallah... indahnya percaturan Allah..!!

disaat ramainya yang berpura-pura, masih ada yang ikhlas dan jujur...
dan boleh terasanya keikhlasan mereka dalam sentiasa bersama saya...

terkadang kesabaran saya seolah olah cuba dicabar... dan ada kalanya saya rasakan ya rabb, kesabaranku ditahap maksimun.. mampukah aku terus bersabar...???
tapi, tiba masanya di saat kesabaran itu ditahap maksimun, Allah jadikan hati ini seolah2 kering...
tidak terasa apa2.. kosong...
dan saat itu rasa sangat syukurnya.. syukur yang sangat... Alhamdulillah...

disaat hati itu beku,, walau apa pun yang manusia buat terhadap peminjam hati beku ini, no respon, no reflect... just cool n teruskan hidup macam biasa...
kadang2 ada juga terfikirkan, ala mereka yang sengaja nak cari pasal nie sebab dorang teringatkan saya... (perasan kan..??? huhu.. husnuzhon nim...)
itu salah satu cara sebenarnya untuk saya tetap cool.. tak nak dan tak nak ambil tahu...walaupun saya tahu lambat laun saya akan tahu juga...

3semester... dengan keadaan kesihatan saya yang berbeza.. namun saya tahu,, dari masa ke semasa... Allah membentukkan diri saya untuk lebih cekal dan berdikari... untuk terus dan terus fight sakit saya yang sentiasa cuba bergelut dengan saya terutamanya kepala, mata, belakang dan tangan saya...
sakit, blurred vision, double vision, numbness, rasa macam kena tikam dengan pisau dekat muscle2 tertentu...

yeah,, walaupun saya tahu keadaan saya secara hakikatnya menurun, tapi tak mengapa.. kerana Allah izinkan saya untuk kelihatan ada improvement pada sudut fizikal...
psychology... yes... psychology yang saya sentiasa cuba set yang saya tak sakit.. tak rasa apa2 sehingga di hadapan sahabat2 pun saya kelihatan biasa sedangkan pada hakikat, sakit itu amat terasa.. dan sukar untuk dikawal...

tapi saya tak nak hidup bergantungkan dadah semata mata.. cuba hidup secara natural... lawan semua symptons dengan psychology... seandainya ditakdirkan makin teruk, itu perancangan Allah yang lebih baik.. Allah mungkin ada sesuatu yang lebih baik untuk saya.. untuk kehidupan saya pada masa kini dan akan datang... hikmah yang cukup sempurna kelak... husnuzhon...

alhamdulillah... doakan saya terus positif dengan keadaan saya dan apa yang akan saya lalui pada masa akan datang....
sekarang saya sedang bercuti selama dua bulan sebelum meneruskan semester penghujung untuk tahun kedua ini...
Alhamdulillah...


doakan saya dapat meneruskan pelajran saya dengan baik dan boleh mencapai cita2 saya...

salam sayang...


assalamualaikum w.b.t.

assalamualaika ya rasulullah...
assalamualaika ya habiballah...
assalamualaika ya nabiyallah...

salam dan selawat buat junjungan besar kekasih Allah yang dirindui selalu...

cepatnya masa berlalu...
pejam celik pejam celik... 16 march ini akan bermulalah final exam untuk semester pertama tahun kedua saya.. tembak doa banyak2 ye untuk saya...
insha Allah... final akan berakhir pada 3 april.. dan seterusnya saya akan kembali ke kampung kelahiran saya di bumi pantai timur untuk merehatkan minda dari tekanan belajar.. merehatkan diri dari kepenatan menempuhi semester baru yang semakin mencabar... dan semesti untuk mempersiapkan mental saya agar terus kuat berpegang dengan tali Allah...

apa akan berlaku pada semester akan datang masih menjadi rahsia Allah...
moga2 saya yang lemah ini akan terus kuat dan kuat...

semester ini baru saya sedari agar mencabar untuk saya apabila saya meneliti slip peperiksaan.. :(
memang agak mengejut... tiba saat untuk menduduki peperiksaan akhir baru saya sedari bahawa lima dari enam subjek yang saya daftarkan untuk semester ini rupa2nya berbahasa arab... Allahurabbi....

saya sebenarnya agak lemah dalam bahasa arab dibandingkan bahasa enggeris...

justeru itu saya mohon doa dari sahabat2 semua.. tembaklah doa untuk saya banyak2 agar final semester ini saya boleh tempuhi dengan mudah walaupun sebenarnya agak mencabar... mohon ya.. :)

salam sayang

Assalamualaikum w.b.t.
salam sayang kepada semua yang masih sudi membaca penulisan saya yang tidak menentu update nya..
sebelum itu... sama2lah kita berselawat dan menyampaikan salam kepada baginda S.A.W.

assalamualaika ya rasulullah..
assalamualaika ya habiballah..
assalamualaika ya nabiyallah...

ya Allah...
ketika ini begitu terasa sekali tautan rindu kepada DIA yang satu dan kekasihNYa yang mulia...
terdetik sebak yang mencengkam...
benarlah... dakwah rasulullah itu tiidak mudah... tapi baginda sabar dan terus sabar... walau seteruk manapun cubaan yang datang, Baginda sabar dan terus mencuba....

begitulah situasinya dengan saya...
saya juga ingin mencuba dakwah secara praktikal.. bukan sekadar teori dan juga penulisan...
saya tahu pada mentaliti masyarakat.. umumnya memikirkan saya MUNGKIN tidak mampu.. iyela.. sebab saya nak berjalan pun, nak orang pimpinkan...
di tempat belajar pula hampir sepenuh masa bergantung kepada walking aids sehinggakan ramai yang menyangkakan saya seorang yang lumpuh teruk dan tidak mampu berjalan seperti orang lain...

tidak... saya boleh berjalan lagi walaupun kaki saya tiada sense... dan sense yang berbaki sedikit di hujung jari.... Alhamdulillah...
paling tidak saya masih sensitif jika saya terpijak barang berharga milik sahabat2 bila hanya jari kaki  yang masih sedikit rasa...

setiap kali housemate saya bercerita perihal sahabat2 mereka yang kesian dengan saya.. dan fikirkan 'bagaimana saya bergerak" "bagaimana saya bangun dan duduk" dan lain2 lagi.. saya hanya tersenyum dan kadang2 gelak...

sayang! 
akak masih boleh jalan lagi... akak guna walking aids sebab nak elak jatuh saja... sebab kaki akak xde sense... tak stabil.. itu saja... berjalan, insha Allah.. jika Allah izinkan.. akak masih mampu... bukan lumpuh sepenuhnya.. lumpuh penuh itu pengalaman lalu akak... pengalaman yang banyak mengajar akak erti sabar dan perlunya kuat serta sentiasa positif... :)

Alhamdulillah...
semester 3 ini, saya mencuba untuk mengikuti sahabat2 batch melakukan aktiviti luar...
biasalah kami apabila menjadi pelajar jurusan dakwah... pastinya kami belajar teori dan akan ada praktikalnya by sem...
sudah 2 semester saya terkecuali daripada aktiviti yang perlu dilakukan kos kami retetan keadaan saya yang tidak menentu dan saya diberi pengecualian...
namun... saya sentiasa berfikir, sampai bila saya harus dikecualikan?? sedangkan saya mempunyai 8 semester untuk ditempuhi...
sekarang saya sedang menempuhi semester 3.. dan masih berbaki 5 semester...
2 semester pertama@ tahun pertama, telah saya sia2 kan... saya dikecualikan kerana keadaan yang sangat2 tidak menentu...

saya terfikir, takkan seluruh semester saya perlu mengelak daripada aktiviti praktikal ini..???
adakah saya hanya perlu kuasi teori..?? praktikal saya macam mana pulak..???
saya tak nak menjadi seorang yang HANYA ada ilmu TAPI tidak tahu untuk mengaplikasikan...


saya tak nak gunakan alasan saya sakit...
sakit saya hanya sementara... saya tak tahu selama mana tempoh yang Allah rancangkan untuk saya berkeadaan begini... jadi, takkan saya nak terus begini...??? move forward..!
itu adalah pilihan saya...!

NEKAD...!
DEGIL..!
TOLAK APA ORANG FIKIR...!

itu semua yang saya pegang sehingga kini...
saya nekad... lawan dan lawan... 
akhirnya, semester ini saya diizinkan jua untuk mengikuti program 'HOMELESS"...

ya... saya tahu... antibody saya sangat lemah dan mudah untuk dijangkiti apa2.. tapi, saya yakin... Allah akan jaga saya selagi restu kedua ibubapa saya ada...

ya.. saya tahu... sahabat2 saya berat hati untuk mengizinkan saya pergi... kerana saya yang tidak mampu berdiri jika tertolak... dan berkali kali mereka bertanya yang boleh ke saya pergi..??

ya... saya nekad.. sya akan pergi... untuk dapatkan pengalaman berharga ini... saya tidak pasti semester akan datang saya akan ada lagi atau pun tidak... jadi, saya inginkan pengalaman itu bermula semester ini...

saya berkali kali nyatakan kepada keluarga saya terutamanya mama saya...
saya tidak akan apa2 selagi mama yakin saya mampu menjaga diri saya...
saya berkali kali bercerita dengan mama program saya semester ini.. dan saya nyatakan nak join...

dan Alhamdulillah.. mama izinkan... 
sehingga ke detik saya sedang bergerak melepasi pagar kolej juga saya masih meminta izin mama...
dan mama cakap 

"pergilah... jaga diri elok2... kalau penat rehat"

dari situ, saya tahu mama merestui... dan hati saya cukup tenang untuk pergi walaupun kakak saya cakap kawasan yang menjadi point kami adalah kawasan 'panas'...
saya yakin Allah akan jaga saya....
saya yakin semuannya...!! dan saya yakin saya akan selamat..!!!

sebab itu bila ada sahabat saya bertanya saya nak pair dengan siapa dalam program ni,. saya hanya jawab

"tak kisah... nak lepas sorang pun tak pe.. asalkan jangan tolak je.."

sebab keyakinan yang Allah serapkan dalam hati saya...
namun, mereka tidak faham saya...
mereka tetap risaukan saya.. saya sangat menghargai kerisauan mereka...
tapi yakinlah bila saya boleh yakin... dan risaulah bila saya ragu dengan diri saya sendiri...

terkadang, saya sukar untuk berdikari bila kerisauan sering bersama mereka...
terkadang saya sukar mencari privacy saya sendiri bila sentiasa ada yang memerhatikan saya kerana diri saya yang begini...

macam mana saya mampu berdikari jika saya tidak diberi peluang untuk berdikari..???
ya... ketika menggunakan walking aids (wheelchair) saya memang perlukan bantuan... macam bukakan pintu untuk saya... dan bantu saya naik lif di kawasan lif yang cepat nak kepit saya... -_-

itu saja.. dan ketika untuk mendaki ke aras dua dan ke atas... itu saja...
selebihnya, biarkanlah saya berdikari....
saya ingin servive sendiri.... saya memang OKU berdaftar.. tapi saya masih ada kemampuan sendiri...
saya inginkan masa untuk diri saya sendiri...

saya seorang yang gemar berjalan bersendirian suatu masa dahulu...
saya seorang yang gemar buat kerja sendiri..
saya seorang yang tidak suka mencampuri orang untuk tujuan suka2...

that is not meant i am anti-sosial...
saya boleh bersosial.. tapi tengok keadaannya...
habit saya sejak zaman sekolah lagi... dikawasan belaja.. saya lebih gemar bersendiri.. ke sana ke sini sendiri...

jika keluar dari tempat belaja, yes... saya boleh jika ingin bersama sama saya.. saya boleh jika nak keluar berjalan bersama...

dan, saya fikirkan... saya tak nak menjadi beban kepada sahabat2.. sebab itu saya ingin terus mencuba untuk menggunakan kemampuan saya yang masih berbaki...

ramai yang tidak menyangka saya mampu memandu kereta sendiri...
sehinggakan bila saya offer pada seorang sahabat untuk drive untuk cari bahan assigment, jawapannya cukup jelas untuk saya yang dia tidak yakin dengan saya dan dia tidak tahu saya yang sebenarnya macam mana...

ramai yang tak tahu, jika saya pulang ke kampung halaman, kereta adalah satu perkara yang saya mark yang saya akan buat...
sebab saya sangat gemar memandu... bukan bermakna saya suka merayap... tidak... paling tidak, saya menggunakan peluang yang ada, drive untuk jumpa sahabat2 lama saya... bawa mama beli barang atau apa.. atau keluar dengan kakak... :)
sebab tulah, bila cuti semester yang lepas, saya perlu ke kuala terengganu untuk mencari bahan assigment, mama izinkan dan mama biarkan.. sebab mama tahu saya mampu... abah sendiri pernah izinkan saya drive jauh...
alhamdulillah... keyakinan beginilah yang saya sangat perlukan untuk terus berdikari...
jika tiada ruang yang diberikan kepada saya... saya tak tahu nak buat apa...

kerana keyakinan keluargalah saya mampu servive belaja di tempat yang berjauhan dengan keluarga...
keyakinan mereka, restu mereka.. sehingga ke semester 3 ini, saya masih mampu bertahan..
jika saya tiada tekad, nekad yang ingin mencuba... ditambah dengan restu dan keyakinan keluarga, saya sudah lama berhenti belajar... 

dan Alhamdulillah...
malam program itu berlangsung, dengan keyakinan yang Allah berikan... dengan restu keluarga, mama dan abah...
saya jadi kuat... kuat lebih dari yang jangkakan... bersemangat... dan terlupa yang saya nie tak macam orang lain sebenarnya...

saya tahu, ada mata2 yang mungkin rasa yang saya adalah beban... but depends... saya harap itu hany perasaan saya dan bukan kenyataannya...
saya sentiasa yakin Allah menjaga saya malam itu... sebab itulah saya langsung tak effect apa2.. even spasm yang sentiasa bersama saya pun, tak datang ketika tu.... Allah mudahkan... Alhamdulillah...

terima kasih Allah...!!! berikan peluang yang berharga ini...!!!!

jujur saya cakap...
jika ada dari kalangan sahabat saya yang membaca catatan hati saya ini...
telitilah apa yang saya nyatakan ini...


terima kasih sahabat untuk jagaan kalian

dakwah bi hal wa bi hikmah


"kehadiranku bukanlah ingin menjadi satu beban untuk kalian..
aku bersyukur bila kalian bersamaku di saat waktu kritikalku dulu...
aku bersyukur kerana kalian sudi menghulurkan tangan kalian untuk membantuku...

sahabat2ku..
hadirku, aku tidak ingin menjadi satu beban yang berat untuk kalian...
aku tidak pernah menjangkakan semua ini akan berlaku di saat aku bersama kalian...
namun, Allah mengetahui hatiku yang dahagakan ilmu... kerana itu aku memperolehi keizinan untuk menuntut ilmu.. namun, dalam masa yang sama aku mungkin ujian kesabaran untuk kalian...

sahabat2ku sayang,
tidak pernahku minta dan menagih simpati dari kalian...
bantulah aku jika hatimu ikhlas untuk membantu...
dan tinggalkanlah aku jika aku adalah beban...
aku tidak mahu menjadi asbab rosaknya hatimu sahabat...

sahabat2ku,
satu perkara yang aku ingin kau tahu...
sejurus aku membaca laporan doktor yang aku tidak lagi seperti aku yang dulu,
aku tidak lagi aku yang cergas dan aktif seperti kalian...
aku tidak lagi mampu kembali menjadi seperti kalian... laju langkahnya, cepat pergerakannya..
dan aku perlu mendaftarkan diriku sebagai ORANG KELAINAN UPAYA yang rasmi, aku sudahpun memujuk diriku dari awal...

apa yang aku lalui dahulu akan berubah sepenuhnya mungkin...
aku yang dulu, ramai yang ingin mendampingi, ramai ingin bersamaku, ramai yang ingin cuba menjadi yang diantara terapat denganku, ramai yang ingin sekumpulan denganku,
semuanya akan berubah... bermulanya detik aku melangkah keluar dari hospital selepas serangan teruk setahun yang lalu...
justeru itu sahabat, aku tak pernah berharap untuk menjadi salah seorang yang boleh bersama kalian...
aku tak pernah berharap kalian untuk bersamaku...
aku tak pernah berharap untuk ada yang membantuku.. kerana selagimana aku mampu untuk berdikari... aku ingin mencuba...

dan sahabat,
jujur untuk aku nyatakan... jika kalian abaikan aku sekalipun, aku sudah siap untuk itu... aku sudah siap untuk hadapi semua itu... dan aku tahu aku juga adalah beban...

tapi, hapuskanlah persepsi aku adalah beban kerana aku akan cuba untuk berdikari dan terus berdikari...
aku tidak perlukan rasa simpati...
aku masih aku yang dulu... cuma fizikal aku yang sedikit berbeza dan lemah berbanding kalian...

sahabat2ku,
ikhlaslah dalam bersahabat denganku...
jika tidak mampu, aku tidak pernah memaksa untuk kalian bersahabat dengan ku...

mungkin kita ditakdirkan hanya untuk menjadi kenalan saja... bukan kawan apatah lagi sahabat...
sahabat,
Allah saja yang tahu apa yang ada di dalam hatimu..
dan Allah jua yang akan menemani saat suka dan duka ku...

sahabat2ku...
aku ingin memohon maaf kepada kalian untuk semua kesalahan yang aku lakukan selama 3 semester yang tidak aku ketahui dan juga ketahui...
maaf kan segala silap dan salahku kepada kalian...
terima kasih kerana banyak membantuku selama 3 semester ini...
moga Allah membalas kembali kebaikan kalian suatu hari nanti...."

buat semua yang sudi membaca penulisan saya nie,
saya juga ingin memohon maaf kepada kalian seandainya selama ini ada penulisan saya yang menyentuh hati kalian(muslimin) tanpa saya duga...
saya tidak memaksudkan apa2... waktu mematangkan saya... dan apa yang tercatat mengikuti peradaran kematangan saya sendiri.... maaf beribu kali maaf... kosongkan hati jika ingin membaca penulisan saya... usah di tanam niat untuk mencari saya di alam realiti...

kepada muslimat pula...
terima kasih kepada yang menghulurkan salam persahabatan...
terima kasih kerana sudi menyayangi dan mengasihi diri ini...
terima kasih untuk segalanya...
dan maaf jika ada mesej yang tidak berbalas... maaf jika ada yang terkecil hati... maaf jika ada yang termenyampah dengan penulisan saya...

semoga Allah merahmati kalian...

salam sayang.....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...