tinggalkan jejak anda di sini

How Old I am ^_^

Daisypath Happy Birthday tickers

The Age Of MY Opened Dairy

Daisypath Happy Birthday tickers


assalamualaikum w.b.t
salam dan selawat buat junjungan besar s.a.w.

assalamualaika ya rasulullah..
assalamualaika ya nabiyallah..
assalamualaika ya habiballah...

lamanya blog nie tak berupdate...
terkadang bila dah ada insta, lebih banyak berkongsi di sana...
dari segi kehidupan masa kini, progress terbaru, dan lain2...

apa khabar sahabat2 di luar sana..???harapnnya semua berada dalam keadaan sihat2  saja dan sentiasa dalam lindungan Allah...

alhamdulillah..
kini aku officially naik tahun 3.. subhanallah... tak sangka... dah senior dah aku sekarang..
pejam celik pejam celik.. ting! dah tahun 3...
nampak adik2 sem 1, teringat camne aku sem 1 dulu..
tengok telatah adik2 yg masih terkial2 mencari kelas dan blok dengan nombor yang tertera pada jadual..
tergelak.. sebab aku sendiri pun naik tahun 2 pun kadang2 aku masih keliru.. betul ke blok yg aku pergi nie...

btw, dah tahun 3 alhamdulillah.. much improve...
dah senior kan...

tahun 3 nie, banyak perkara yang mungkin berubah..
mungkin sahabat2 lain terlebih dahulu melihat dunia yang sebenarnya bagaimana..
mungkin, dua tahun pertama aku berjauhan dengan keluarga, Allah nak persiapkan diri aku...

2tahun pertama dengan keadaan yang selalunya sangat tak menentu..
badan yang xboleh nak against bendasing..
terlalu mudah untuk demam atau apa saja hanya melalui jangkitan biasa saja...

selepas semester break untuk sem 4, keadaan banyak berubah..
sebulan bercuti, menjadi babysitter untuk anak2 fruit yg semakin bertambah, sedikit demi sedikit badan seakan2 kuat.. tapi ada masanya aku tak mampu juga..
contohnya, anak syurga nie xnak tido dan xnak duk bawah.. suka duk diribaan... suka di peluk dan didukung..
jujur aku cakap, aku sangat suka buat semua benda nie.. peluk, dukung, riba dan timang.. yet dia sangat kecil...
namun, aku masih x mampu untuk pegang lama.. muscles aku sangat cepat nak bagi signal.. yg aku dah tak mampu nak guna lagu...

namun, syurgaku(mama) selalu offer bila lihat aku seakan dah kepenatan dan kesakitan untuk terus meriba si kecil...
mama yang selalu memahami anaknya ini...
yang selalu cuba nak penuhi keinginan anak nie...

aku balik bercuti je, aku nak makan ape je, ma akan masakkan walaupun dia tak gemar makanan yang aku nak tu (sebak)...
itu lah caranya seorang ibu menunjukkan rasa rindunya pada seorang anak(mungkin)....

tambahan lagi, kini ke dua2 anak perempuannya yg belum bersuami ini kini sudah pun berjauhan darinya..
seorang meneruskan perjuanngan di medan ilmu, dan seorang lagi memulakan kerjaya...

sebelum cuti sem dulu, aku ada menyuarakan pada mama untuk merubah cara pemakanan ku...
nak belajar makan buah dan sayur kerana merubah cara pemakanan boleh reduce symptons aku..

yeah.. mama sangat membantu...
dia usaha untuk masakkan sayur asas terlebih dahulu dan beberapa buah untuk aku makan..
tambahan lagi , aku sekarang kerap makan dan kerapan kelaparan (rasa pedih perut.. gastrik mungkin) di tengah malam.. dengan buah2 yang ada, aku boleh makan saja...

yeah.. pola pemakanan aku dah berubah.. aku semakin kerap makan... namun, perut aku masih x ok... makan x makan sama saja.. pedih jarang sangat  berkurang...
bauan minyak itu seolah sinonim dengan aku buat masa sekarang bagi tangani rasa pedih tu...

Alhamdulillah...
dengan semua yg aku lalui sepanjang cuti sem.. pola pemakanan yg berubah, 'jadi' mummy sekejap.. masuk tahun 3 nie aku rasa kuat sedikit secara fizikalnya.. walaupun dalan sudut dalam badan, ada pain yg selalu datang...

tahun 3 ini, Allah uji lagi.. wheelchair yang aku sering gunakan untuk kelas rosak lagi.. dan perlu dihantar ke penang lagi...
sepanjang 3 minggu ini, aku menggunakan kaki sendiri untuk ke kelas...
Alhamdulillah... walaupun langkahku sangat perlahan berbanding siswi lain.. tapi x mengapa.. yang penting aku usaha..

sampai bila aku nak bergantung pada wheelchair kan..???
aku ada impian untuk sambung lagi pengajianku selepas ini... takkan selepas degree nanti, aku nak bergantung pada wheelchair lagi..???
mungkin ini masanya untuk aku belajar.... guna wheelchair bila kelas terlalu pack je...

tapi, since aku dah mula guna kaki aku sendiri...
Allah mungkin nak tunjukkan pada aku dunia yang sebenarnya..
sepanjang aku ber wheelchair, keadaannya sangat lain nak dibandingkan dengan keadaan aku berjalan kaki...

perbezaan yang sangat ketara sewaktu aku guna wheelchair dan aku berjalan...

aku sedih dengan semua ini.. namun aku kena sedar.. ini lah corak dunia sekarang..

perasaan hormat kaum lelaki kepada wanita berpurdah itu dah semakin terhakis...
bila aku sendiri yang kena, aku sedar semua ini...

dulu, sewaktu aku berwheelchair.. aku sangat terjaga.. ,muslimin nak pandang pun xnak (well... pakai wheelchair.. mind set,  OKU.. yes.. am OKU.. aku x malu pun nak ngaku sebab memang hakikat...) tak dipandang, itu yang aku suka pada waktu itu...
aku selamat.. hati terjaga.. 

tapi berbezanya dengan sekarang... hormat mereka seolah tiada... mungkin juga mereka ingin menguji... menegur tanpa keperluan... mencipta topik yang x sepetutnya pun nak diutarakan...
cuba bergurau tanpa segan... 

jujur aku cakap, minda aku dah set up, kau bukan calon suami terbaik jika ini akhlak yang tunjukkan...
tak kesahlah kau ada rupa atau apa...
rupa tak menjaminkan ke syurga...

Allah nak tunjuk pada aku mungkin.. hakikat zaman sekarang macam mana...
ketetapan hati aku sejauh mana bila hati cuba di usik2...

aku mungkin berubah dari sudut fizikal.. dari duduk kepada berdiri... dari beroda kepada berjalan perlahan...
namun hakikat TAK PERNAH berubah pun...
kehidupan AKU dengan HOSPITAL takkan berubah pun...

bab kata kawan aku... 
aku dengan hospital itu berpisah tiada....

walaupun aku baru 3 minggu melalui tahun 3 ini... aku tahu, ini baru permulaannya... pertengahan, pengakhirannya juga aku masih belum tahu...
makin lama, peredaran ini akan semakin susah dan susah...

susah... itu sifatnya sementaraa...

kesenangan itu akan datang tepat pada masanya kelak...

umur bakal menginjak 23 xlama lagi(ikut tahun)... biasalah tu...
iman Allah nak uji...

jujur,
dengan aapa yg berlaku.. aku tergerak untuk menjadi gadis biasa.. tidak berpurdah tapi mengekalkan identiti aku... prinsip yg sama.. aurat tutup.. wajib.. namun purdah.............

cantik..???
kau akan nampak cantik sebab itu pakaian ummu mukminin...
tapi wajah di sebalik purdah tu kau tak pernah tahu.. betulkah hakikatnya cantik..????
pernah tak kau terbayang, wanita yang berniqab yang kau lihat 'cantik' bila melihat matanya saja yang sebenarnya wajahnya tidak seperti gadis2 lain..???
wajah yang sentiasa pucat seakan x berdarah.. wajah yang terkadang sembab dan terkadang cekung...
pernah terfikir..???

aku bukan nak bagi kau imaginasi apa2...
cuma fikir... 

muslimin,
aku mohon... mungkin ada segelintir pemakai purdah yang tak menjaga etikanya...
berhentilah memperlakukan kami seakan kami tiada maruah dan harga diri...
mungkin kau ingin menguji, tapi pernahkah kau terfikir sebenarnya kau cuba merendahkan kami...
pernah tak kau terfikir, mungkin yang kau cuba uji itu baru saja berjinak2 dengan dunia ini, dengan 'ujian' mu dia mungkin tak mampu nak bertahan...???
ya.. mungkin segelintir yang lain menjadikan purdah itu fashion yang buatkan kau fikir, kami ini x jauh beza dengan yang lainnya...
tapi, cubalah berfikir jauh.. tak semuanya begitu...
bagaimanakah dengan yang betul2 menjaga...???? apakah mereka selayaknya diperendahkan sebegitu rupa..???

muslimin,
jika ini etika dirimu, inikah sebenarnya akhlak bakal seorang pemimpin rumah tangga..???
mampukah kau jamin kau mampu jadi pemimpin terbaik jika kami kau perendahkan..?????
mungkin tujuan mu suka2.. namun kesannya cukup dalam untuk semua...

inilah hakikat mehnah dunia sebenarnya...
semoga niqabis yang lain akan terus kuat...

salam sayang

0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...