tinggalkan jejak anda di sini

How Old I am ^_^

Daisypath Happy Birthday tickers

The Age Of MY Opened Dairy

Daisypath Happy Birthday tickers
bismillahirahmanirohim..


selawat dan salam buar junjungan s.a.w.
salam penuh kerinduan buat kekasih yg Agung...

assalamualaika ya rasulullah..
assalamualaika ya habiballah..
assalamualaika ya nabiyallah..

2016..
cara baru dan keadaannya juga baru...
situasi yang aku langsung tak pernah nak jangka yang aku akan hadapi..

situasi yang dah makin tak terkawal...
tahun 3 sebagai pelajar degree...
tahun ke 5 sebagai MS fighter...
tahun ini juga menghasilkan keadaan yang baru dan cukup baru...

sehingga kan aku rasa boleh gila...
terpulangla pada yang membaca.. apa persepsi kalian pada diriku...
sama ada imanku cukup lemah, tiada hubungan yg baik dengan Allah atau apa... terpulang pada persepsi masing2...

kerana yang aku tahu,
kalian tidak di posisiku.. jadi tiada asbab untuk aku menghalang pemikiran kalian terhadap diriku...

bermula tahun 3,
aku cakap pada diri aku... aku nak cuba limitkan penggunaan wheelchair...
aku ada goals.. nak sambung belajar sehingga paling minimun pun biarlah master dalam bidang yang aku minat itu berada dalam tanganku...

so, dari situ aku cuba fikir.. seandainya aku terus dan terus menggunakan wheelchair, apakah ketika menyambung master(in shaa Allah) nanti aku perlu berkeadaan yg sama? tempat yang baru situasinya juga turut akan baru kelak...

selain disebabkan goals yg aku dah tetapkan...
aku kerap terlintas... jika saat kaki yg tidak begitu kuat ini masih boleh berdiri dan melangkah, namun tidak aku manfaatkan sebaik mungkin.. tidak aku guna sebaik mungkin, jika lumpuh itu datang lagi.. 
apakah lumpuh buat kesekian kali itu boleh kembalikan langkah ku..???

aku sudah 3x diserang sehingga lumpuh... yg ketiga aku attack sehingga ke paras tekak then hanya kepala boleh bergerak kiri kanan ketika itu..
walaupun seketika.. aku tahu, resultnya keadaan semakin menurun...
positive pada physical, tapi tidak dari dalam...
dan dari situ, 3x serangan dalam keadaan yang sama.. tiba masa keadaan itu boleh bersifat permanent...

bila2 masa saja aku perlu bersedia.. walaupun aku masih muda...
aku juga perlu bersedia tatkala rakan2 seperjuanganku juga masing2 progress semakin aktif dan agressive....
dan tak mustahil juga keadaan ku kini sudahpun begitu... progress yg agresive.. sehingga aku sendiri tak mampu untuk kawal...

kira2 2minggu yang lalu, 
aku tiba2 collapse... keadaan yg sangat tak ok.. bila sedar badan aku tremors teruk... kaki xok.. xboleh nk move elok2...
sehingga ke detik ini, tiada siapa yang thu bahawa kaki aku tak ok melainkan sahabat2 sesama fighter.. kerana bertanyakan pada mereka...

kepala aku kerap rasa macam.... xtahu nak describes...
tangan aku extremely tak kuat.. sehingga aku nak cabut wayar charger dari phone pun terketar2.. xboleh nak tarik..

sejujurnya...
ini mungkin salah satu hikmah yang aku nampak kenapa Allah bagi laluan untuk aku teruskan langkah sendiri...(yg faham akan faham,.. yg xfham, abaikan)
kerana jika terus berteman, kau rasa dia akan ok? (gelak sorg2..)

beb, manusia nie ramai je yg cakap "xpew.. kami faham.. kami faham"..
the factual, the things are nothing!

sejak aku collapse tempoh hari,
aku dapat rasakan yg sistem badan aku dah bercelaru.. dan huru hara...
sebab since that, aku insomnia.. aku xboleh tido.. aku penat.. aku mengantuk.. tapi aku tak boleh nak tido.. sedar2, kerana terlalu lalu lalu penat, aku hanya akan tido sendiri...
aku tak kuat untuk terus dan terus begini sebenarnya...

saban waktu badan aku akan semakin lemah..
mental aku juga turut bermasalah sejak daripada tu...
emosi yang semakin extreme nak memberontak...

mungkin, mungkin sebab selama nie aku yang jenis.. simpan.. simpan.. aku tak luahkan.. sampai satu tahap kawan2 aku boleh cakap aku hardcore...
then, kini, aku macam dah xboleh nak simpan...
sesiapa pun yang cuba cari pasal dengan aku, aku lawan terus je...
dah tak terfikir yang aku nie pemakai purdah...

2minggu yang lalu juga kawan2 aku tercengang dan terkejut bila melihat aku lawan n bergaduh dengan staf airasia dekat KLIA2...
aku sendiri sebenarnya tak jangka...
tindak balas terlalu cepat untuk aku tinggikan suara aku pada dorang...

Allah masih menjaga keaibanku..
walaupun suaraku meninggi.. sejujurnya lebih kepada aku tengking dorang(sorg lelaki n sorg perempuan) sebab dorang start kurang ajar dulu, Allah masih selitkan ada nada lembut kat situ(kawan akula cakap.. ) sebab mata2 memerhati...
aku takkan balas balik kalau dorang tak mula dulu.. aku dah cakap dekat kawan2 aku, jangan cari pasal dengan aku buat sementara waktu nie.. sebab situasi aku sekarang bukan seperti sebelum nie.. aku boleh hadap, aku boleh senyum lagi walaupun orang cari pasal.. tapi yang nie, kalau kau cari pasal dengan aku, aku akan sama naik dengan kau!

macam dekat KLIA2,
aku dah cakap elok2... kau main tengking2.. kau tak belajar eh method nak hadap customers???
cik kak, you tak sepatutnya berada di barisan customers service la kalau nie attitude u!...
kau expect aku pakai purdah, dan takkan lawan kau..?? kau silap... kalau aku rasa aku betul aku akan defend sampai habis...
bila kau tengking, aku balas dengan cara yang sama.. apa kau rasa..?? kau baru tahu nak hormat orang kan..?? kau baru tahu kan mcam mana rasa malu buat macam tu dengan tempat awam macam tu kan..??? baru kau nak uruskan elok2 kan..?? kau panggil kawan sekerja kau, dengan kawan kau sekali aku bantai, baru kau diam..??

aku bukan nak kurang ajar.. aku bukan nak tunjuk bad attitude sebagai seorang yang bertudung labuh n berniqab...
tapi, keadaan macam tu aku rasa aku xboleh biarkan.. tambah2 dengan keadaan aku sekarang macam nie.. lagila aku xboleh nak kawal...

ok.. stop yang tu...
sambung balik bab yang tak terkawal...
tu salah satu keadaan yg aku tak pernah jangka yang aku boleh sama naik dengan dorang...
mujurlah sebelum midsem break ada perjumpaan pelajar berpurdah dengan dua orang ustaz...
katanya nak bagi nak nasihat tapi yang aku dengar lebih kepada penghinaan dan hentaman kepada kami yang berpurdah nie... mujur.. mujur aku tak pergi,..
kalau tak, mungkin aku dengan ustaz tu sama naik.. no more respect toward him!

the factual now,
hari ke hari...
aku cuba act like normal sampai kawan2 aku sume cakap "eh.. dah boleh jalan dah..?? sihat dah..??"
aku boleh senyum je.. sebab jawapan tu aku n MSer ygg lain je tahu...

aku nak move on...
xnak kekal macam nie...
hari ke hari jugak.. aku cuba belajar untuk pergi dan balik kelas sorang2.. tanpa kawan2 di sisi... 
sebab, tiba masa aku nak buat semuany sendiri...

saat ini,
aku sangat perlukan masa untuk sendirian..
kecelaruan yang berlaku sekarang, aku sendiri tak faham..
sampai satu tahap aku benci dengan sorang nie sampai tahap infiniti...! padahal dy xde pun buat salah dengan aku...
orang yg buat salah dengan aku pun aku xdelah nak benci dy macam tu sekali...
nie, dy yang tak bersalah, yg jumpa sekali je seminggu pulak cane aku boleh jadi benci yang teramat2..

ada sesuatu yg xbetul sedang berlaku sebenarnya...
entahla...
aku sendiri pun tak tahu mcam mana nak uruskan lagi...

actually, ramai yg cakap aku tengah relapse sekarang.. maknanya penyakit aku tengah menyerang.. sebab 

-lacking of sense dekat stomach
-hard to move(kaki x ok)
-always fever.. sangat2 kerap
-blurred vision
-spasm every hour
-tangan yang tak kuat
-and ada beberapa lagi...
-aha! jugak emosi aku makin xok juga

MS group members minx aku pergi hospital.. jangan delay treatment nanti makin teruk n teruk... 

aku approve semua suggestion dorang.. cuma tindakan je aku delay lagi...
sebab aku ada reason aku sendiri.. kenapa...

dari segi emosi,
aku kena betulkan balik.. tak biarkan daripada terus tak terkawal macam nie..
orang yang xbersalah pun jadi mangsa jap lagi...

doakan aku terus kuat semangat..
sebab aku rasa macam hampir give up....

1 comments:

yUmieNa said...

moga kak Nur terus kuat. Allah ada melihat dan mendengar apa yang orang xdpt lihat dan dengar. apatah lg rasa. Moga Allah beri kekuatan utk kak Nur hadapi ujianNya.

#Healing_souls

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...