tinggalkan jejak anda di sini

How Old I am ^_^

Daisypath Happy Birthday tickers

The Age Of MY Opened Dairy

Daisypath Happy Birthday tickers

bismillahirahmanirahim..
salam dan selawat buat junjungan besar nabi muhamad s.a.w.
semoga debaran rasa cinta di dalam dada semakin kuat mencambahkan rasa..
semakin kukuh nilai cinta sehingga sukar di rungkai dusta..

Alhamdulillah..
Alhamdulillah..
Alhamdilillah...

i actually wanted to write this yesterday on 30 JANUARI..
but i've obstacle to do it..
but, today i have time. n i want write this today..
it's not too late right.. ^^'

menangisla bila kau rasa hatimu sudah tidak mampu memendam..
menangisla bila kau rasa hatimu sudah berat memendam segala..
insyaAllah.. tangismu mampu melepaskan segala beban yang tertanggung..


pada peringkat awal, hazirah tak ingat pun date semalam(30 jan)..
bila hazirah nak keluar dari kereta sebelum masuk bilik rehabilitasi, kad pesakit itu hazirah tenung..
hazirah melihat date itu sepintas lalu...
ketika melangkah ke dalam bilik rehab baru hazirah perasan akan date tu..

Allahurabbi..
genap sudah setahun rupanya..
yes..!
pada 30 january lah hari pertama hazirah dapat paralyse dulu..
pada awal2 hazirah sangsi..
betulkah 30 jan harinya..??

meneliti helaian2 dairi..
dari satu tarikh ke satu tarikh ke belakang...
sehinggalah tarikh berhenti pada 30 jan..
subhanallah.. benarlah..
30 jan adalah hari pertama hazirah paralyse..
hari di mana hari yang paling perit bagi hazirah..
hari di mana, hazirah cuba  berjuang melawan paralyse di hospital, dalam masa yang sama ada insan yang menyebarkan fitnah..

Allahi..!
mungkin pada hari itu hazirah menangis..
mungkin.. 

**hazirah tak ingat apa respon hazirah ketika itu..

namun, ketika meneliti penulisan panjang bertarikhan 30 jan itu.. 
hazirah tak boleh bangun..
duduk pun tak boleh..
mama bantu untuk mandi..
makan pun tak banyak..

hari yang agak berat bila dihayati penulisan itu..
 pada peringkat awal di masukkan ke dalam wad kecemasan, medical assistant yang cuba handle..
jawapan yang agak mendukacitakan..

"awak tension belajar nie.."

haipsss...
hazirah tak tahu apa respon hazirah ketika itu..
tapi, mungkin hazirah melawan kot..
apa taknya.. paralyse related dengan tension belajar..!
wihtout check up..
hanya kerana memakai baju sekolah ketika itu..
jadi, terus cop, 'awak tension belajar nie'...

haish.. MA manala nie.. kalau hazirah ingat lagi MA mana, memang nak kena ketuk2 kepala..
gaji buta ke apa MA nie..
jangan ingat kerana hospital tu kurang pesakit, kalian boleh senang2 lepas tangan daripada bekerja..
kalau rasa2 tak boleh nak jalankan tanggungjawab as MA, just resign n cari kerja lain..
nanti, kerana kalian, pesakit2 yang tak bersalah nie menjadi mangsa..
pesakit yang sepatutnya boleh tahu dari awal, kerana kecuaian MA, tahu dah teruk dah..

mujur saja ada doktor yang agak santai(based on my dairy said), lalu sekitar situ..
melihat keadaan hazirah yang tak bermaya..
terus menyoal MA apakah sebab n kes hazirah..

bila MA cakap

"biasalah.. budak tension belajar.."

tapi the doctor macam curious kot.. dia datang dekat n sapa hazirah..
he ask me what happen..
n i said 'belakang saya sakit.. kaki saya tak rasa..!"
on the same time, the doctor terus pegang dan cuba angkat kaki hazirah..

doctor tu terus marah MA.. 
apa pula tension boleh paralyse..(ambik ntah.. lain kali buat kerja betul2..hu3..)
sampai sekarang, hazirah jadi.. hhmmm.. hmm.. hu3...(cruel nya.. jahat betul saya.. terang2 cakap tak suka dekat MA...hu3.. ekpun.. adei..adei..)

^_^

seminggu awal, hazirah masuk hospital daerah..
dorang cuba la kaji sendiri(hospital daerah tak ada specialist..paling tinggi MO).. cari punca kenapa hazirah paralyse tiba2..
cari punya cari, tetap tak jumpa.. then mereka memutuskan untuk datekan hazirah dengan specialist..
pada peringkat awal, specialist check up jantung hazirah..

ada bunyi 'bocor' yang agak kuat pada jantung..
mula2 doktor ingat, ada jantung berlubang..! (lucu pulak bila baca.. macam2 suspected je)
buat echo.. nak tengok lubang tu ada kat mana...
kena2. xdep pun lubang.. jantung normal je..hu3..

pastu, diatur temu janji dengan orthopedik pulak..
orthopedik team suspect hazirah punya spine lari.. sebab pernah jatuh bergolek dari tingkat dua ke tingkat satu..
hu3.. punya banyak suspected, hazirah rasa

'ikutla doktor nak suspect apa pun.. saya terima je...'..he3

redho je.. sedih tak, terkejut tak..
senyum je..hu3..


Allah kuatkan hati sebenarnya..
Allah ikhlaskan hati agar menerima segala dugaan dan berita dengan tenang waima seberat mana pun  ujian menimpa..!

ketika mengetahui diri di fitnah 'berpura-pura sakit', airmata memang bertakung di pinggir mata.. namun, ntah mengapa cecair jernih itu tidak berguguran ke pipi..
setakat menakung di gigi mata..

tak ada ibu dan ayah yang tidak terluka apabila melihat keadaan anak yang ketika itu sama ada boleh sembuh atau tak, dan hanya mampu berbaring di fitnah sebegitu rupa..
luka di hati abah, luka di hati mama..
walaupun hazirah tidak menangis(masa nie hazirah tak kena lagi sympton mudah menangis), tapi ibubapa cukup terluka..

mereka yang bersusah payah menjaga..
mereka yang bersusah payah berjaga malam..
mereka yang bersusah payah ke hulu ke hilir berikhtiar mencari perubatan yang terbaik..
namun, senang2 saja orang menyebarkan fitnah menyatakan hazirah berpura2 sakit..
!_!..

dunia ini ibarat roda..
tiba masa, mereka akan rasa jika Allah berkehendakkan sedemikian..

**bukan mendoakan tapi hazirah nak ingatkan.. setiap apa yang kita buat, semuanya akan berbalas sama ada cepat atau lambat..
jika baik kita buat, maka baikla balasan namun sebaliknya, fikir2kanlah..

bila hazirah di masukkan ke hospital untuk memulakan rawatan pertama..
mama setia menemani..
masa tu, hazirah di masukkan ke ward ofthal sebab neuritis teruk pada saraf optic..
masa tu okla.. sebab hazirah di masukkan dalam ward yang agak selesa.. 4 orang sebilik dan berhawa dingin..(sampai susah nak bangun pagi2..hu3.. dan asyik tidur je.. sebab sedap sangat bilik..hi3)
bila tiba time makan, nurse pasti tanya

"adik nak makan tak..??"

boleh katakan hazirah banyak menolak untuk makan daripada makan kerana mulut yang pahit kerana ubat yang panas itu..
kulit jadi kering..
berat badan turun mendadak..!
sampai doktor terkejut.. sebab memang tak sesuai..
cubalah imaging, hazirah punya ketinggian 154cm.. berat turun ke 34kg je..
berat budak kecik..!
adei..!_!..ADEI..

tapi Alhamdulillah..
sekarang dah naik dan statik 40kg..
Alhamdulillah...
tahu tak, hazirah rasa dah gemuk, tapi kalau sahabat2 peluk hazirah mesti dorang cakap

"Allah.. halusnya.."
he3
apa2 jela..

dan, at the same time, hari terakhir hazirah di masukkan ubat panas tu, habis je dos terakhir, hazirah dipindahkan ke ward neuro..
allah..
padat nya..
bisingnya..
tak selesanya..
semua ada..

semua tu mempengaruhi hazirah punya psychology..!
in the blink of an eye, keadaan hazirah yang makin membaik, jadi down..!
abah minta discharge cepat2 sebab hazirah yang sentiasa merenget macam budak2 minta nak balik..
mak cik kat sebelah tak henti2 memujuk agar bersabar..
tapi, at the moment, hazirah punya emosi mula tak menentu..
kejap2 sedih.. kejap2 hapi..

abah pujuk suruh tidur pun, hazirah menangis nak balik..
nak balik jugak.. nak balik jugak..
sakit..!
itu yang terluah..

tangan bengkak sebab ubat untuk menaikan tekanan darah agar stabil..
kata mama, lepas di masukkan ubat tula, hazirah punya memory makin teruk..
makin banyak lupa..
makin lambat untuk pick up..
orang cakap apa2, hazirah mesti termenung terlebih dahulu...
lama..!
selepas tu, hazirah mesti macam terkejut then baru jawab..
abah menangis..!
mama sedih tapi mama tak pernah nangis depan hazirah..!

mama dan menantu
abah dan ammar yang tengah demam..

mama memang ibu yang kuat..!
abah memang ayah yang hebat..! 

bersabar dari waktu ke waktu..
kadang2 mama yang urut kaki hazirah..
kadang2 abah yang urut..
mereka bergilir2..
kadang2 abang hazirah geram, dia cubit2 sekuat hati kaki hazirah..
hazirah buat muka selamba je..
dah memang tak rasa sakit, nak buat macam manakan..?? ^_^
tu dulu..
sekarang dah tak boleh buat macam tu.. kalau nak dengar hazirah menjerit sekuat hati kesakitan, bolehla nak try buat..hu3

sehingga ke detik ini, hazirah masih aktif dengan rawatan fizikal..
setiap minggu..
dulu, kaki diberi keutamaan..
namun, semalam(30 jan), kakak bahagian jurupulih cara kerja panggil hazirah dan nak tengok tangan hazirah..

dia mengukur tahap kekuatan tangan hazirah..
normal hand strenght for woman is 40kg..
tapi, hazirah..??
kanan hanya 6kg dari 40 kg.. kiri pulak 2 kg je..
Allah..!
jauhnya lari dari kekuatan normal..!

kata kakak fisio, mungkin sebab tangan sering diabaikan dari rawatan fizikal.. kaki diberi keutamaan..
sekarang, tempoh rehab hazirah bertambah.. dari 2 jam jadi lebih dari dua jam.. hu3..
tak pe..
have fun..! sebab kakak2 fisio baik sangat.. n i too close with them..
selalu kongsi2 cerita..

bila bersama dorang, dorang faham apa yang hazirah tak suka..
dorang faham hazirah tak suka di treat fisio lelaki..
dorang jaga sangat aurat hazirah..! suka fisiotherapist macam nie.. ^_^

ketika fisio semalam, hazirah dipertemukan dengan seorang adik berusia 10 tahun yang paralyse macam hazirah..
hazirah tanya ada kecederaan spinal cord atau spine tak..??
kata penjaga si kecil nie, overall normal. adik tu dapat paralyse lepas seminggu tak buang air.. mungkin kuman..

hazirah diserbu perasaan ingin tahu..
hazirah hubungi sahabat2..
ada yang memberi jawapan serba ringkas..
tapi, hati hazirah tak puas..! masih tertanya2..
last2la, minda hazirah termuncul satu nama nie..

hazirah jadi noughty..
hati hazirah cakap macam nie

"haa.. kalau aku tanya dia nie, mesti dia akan jawab lengkap sebab dia kan suka share ilmu..!"

then, as conclusion, memang sahabat hazirah nie jawab setiap persoalan hazirah.. perfect..!
sampai awal2 hazirah  nampak anak2 burung duk pusing2 atas kepala hazirah..hu3

awak..!
saya nie kadang2 bendul jugak..
just directly..hu3..
kalau contoh, cakap contoh awal2.. kan dah pening semalam..hu3
 he3.. kalau cakap awal2, kan senang nak faham..hu3 ^^'

bila semalam adalah tarikh genap setahun hazirah sakit,
entah.. apa yang hazirah simpan sendirian, secara tak sengaja tercerita dekat kawan hazirah..
my friend have a soft heart..
mudah touched..
 bila dia cakap nak menangis, hazirah cuba buat ayat kasar..
nak cabar ego dia sebenarnya..
tapi.....

u're different..!

kalau awak anggap saya kawan awak, jangan sedih ye..
insyaAllah..
DIA bagi saya ini sebab DIA yakin saya boleh lalui semua ini..
DIA yakin saya boleh berbahagia dengan semua ini..
DIA yakin saya akan lebih terjaga dengan berkeadaan begini..

alat2 ketika hazirah kritikal..

mungkin..
Allah pertemukan kita, sebab DIA nak awak kaji tentang saya..(perasan..hu3)
i mean tentang penyakit nila..
Allah izinkan ukhuwah ini kerana mungkin DIA nak mudahkan urusan awak sebagai bakal doktor..
saya akan bantu awak kalau awak perlukan pertolongan saya.. 
so, jangan sedih2.. he3
doktor hanya berbicara mengikut pengetahuan dan kajian.. dan awk pun tahukan semua tu..??^_^
semuanya Allah yang tentukan.. ^_~

dah panjang kot hazirah tulis nie...
insyaAllah..
doakan hazirah kuat menghadapi kehidupan yang mendatang..

insyaAllah...








Bismillahirahmanirahim..



salam dan selawat buat junjungan besar nabi muhamad s.a.w.
semoga kecintaan kita kepada baginda s.a.w. semakin bertambah setiap hari.

2minggu yang lalu, hazirah ada mewujudkan sebuah post yang panjang.
menceritakan serba ringkas mengenai keadaan hazirah yang dahulu doktor kata sudah tidak mempunyai sebarang harapan lagi untuk sembuh retetan keadaan diri sudah pun berada pada secondary-progressive iaitu tahap yang ketika dari empat tahap yang ada.

namun,
kuasa Allah tak siapa dapat menyangkalnya waima doktor dan para ahli sains yang banyak melakukan kaji selidik.
teruskanlah usaha kalian untuk mencari ubat yang sesuai untuk mengubati penyakit kami(multiple sclerosis dan spinoerebellar ataxia).
walaupun sudah berpuluh tahun berlalu, ubat yang bersesuaian masih juga belum di temui sehingga kini. ubat yang digunakan sekarang pun mampu menyebabkan peesakitnya mengalami kerapuhan tulang belulang..

mungkin, bukan generasi kami ubat-ubatan dan rawatan yang bersesuaian akan di temui. tapi, teruskan kajian kalian wahai ahli sains agar generasi akan datang dapat mencegah diri mereka daripada mengalami apa yang kami alami.
mungkin, faktor pemakanan dan cara hidup pada masa kini akan menyebabkan pada masa akan datang, dua jenis penyakit yang pelik ini tidak lagi asing di pendengaran masyarakat. tidak lagi akan jadi seperti sekarang.

jika di sebut kanser, terus tahu itu penyakit apa..
jika di sebut diabetes, terus tahu itu penyakit apa..
jika disebut strok juga pasti sudah tahu itu penyakit..
namun,
apabila di sebut multiple sclerosis, masyarakat tertanya-tanya apakah jenis penyakit itu.
sama juga apabila di sebut tntg penyakit spinocerebellar ataxia, pasti ramai berkerut dahi memikirkan apakah jenis penyakit itu.

2minggu yang lepas, hazirah ada create short story about mylife. daripada seorang yang dianggap doktor tidak lagi punya harapan untuk bertahan lama kerana berada pada tahap secondary-progressive(tahap 3 dari 4), tapi dengan izin Allah, hazirah membaik dengan sempurna.

tidak menyangka post itu akan menarik perhatian ramai. tujuan asal sekadar perkongsian dari hati ke hati.
perkongsian dengan tujuan ingin khabarkan kepada seluruh masyarakat bagaimana pentingnya pengharapan yang tinggi pada ILAHI..
bahkan, jika diberikan ujian yang ditakdirkan sakit membawa maut, ianya tidak mustahil untuk membaik..!

resepinya cuma satu..
iaitu...

jika kita benar-benar berharap pada DIA,
nescaya DIA akan bantu kita setelah DIA menilai sejauh mana kita berusaha.
jangan bertawakul semata-mata. sebaliknya, bertawakallah sesudah kalian berusaha.. pasti akan ada hasil yang positif mengiringi usaha kalian selama ini..

Alhamdulillah...
ramai yang menghulurkan salam ukhuwah fillah kepada hazirah selepas membaca post itu.. Alhamdulillah..
dan ramai juga yang bertanyakan how i form my own fortitude..???

**tersenyum...

jawapan yang pasti lahir dari hati adalah kerana Allah...
namu tidak pula jemari ini pantas menaip hazirah kuat disebab DIA kerana setiap orang mempunyai situasi diri yang berbeza..
jika jawapan itu yang hazirah berikan, mungkin akan ada hati yang berbicara 
'saya tidak seperti hazirah'..

tidak kurang jugak, ada yang mengatakan ingin memperisterikan hazirah selepas membaca sejarah perjalanan hidup hazirah selama ini..
katanya journey of mylife is very unique..

marriage isn't temporary.. otherwise, when we choose to get married, then we will be with him/her forever.. only once in a lifetime wedding..

*mengetuk kepala sendiri..

hmm... mungkin kalian berniat baik. namun ana bukan yang terbaik..
jika kalian ingin seorang isteri yang sempurna, ia bukan ana..

jika kalian inginkan seorang ibu yang terbaik untuk anak-anak kalian, ia juga bukan ana kerana ana berdepan dengan situasi akan attack bila-bila masa saja...

jika kalian inginkan seorang suri rumah tangga yang boleh melakukan apa saja, ia juga bukan ana kerana ana tidak boleh melakukan kerja-kerja berat. kerana ana akan cepat penat, keletihan dan akan alami backpain yang teruk dalam sekelip mata saja..

ia tidak bermakna ana tidak pernah melakukan sebarang kerja rumah tangga. yes, i do..
tapi, ia tidak secepat mereka yang sihat. buat kerja sedikit, rehat. setiap kerja rumah tangga yang ana lakukan pasti berselang dengan rehat kerana bila ana terlalu memaksa diri ana untuk mempersiapkan semua kerja rumah tangga itu dalam keadaan yang cepat, ana cepat mengalami lemah pada bahagian kaki dan mengalami sesak nafas. jika suri rumah yang lain hanya mengambil masa kira2 sejam saja untuk mengemas rumah, ana mungkin mengambil masa 2 jam..

ianya agak lambat..

tidak cepat...

jika tidak mahu menyesal, usahlah cepat bertindak menghulurkan lamaran..
kelak kalian akan menyesal..
ana tidak mahu kalian diserang dengan perasaan serba salah..

dan jika kalian memasang niat untuk bernikah lebih dari seorang,
bukan ana yang sepatutnya anda cari kerana terus terang ana katakan, ana menghormati mereka yang memilih untuk berpoligami.. namun, ana tidak akan merelakan diri ana dimadukan selepas ana menerima dirinya kelak. 

yes.. i know that is the right of a husband,
but i also have the right to make choices...

islam agama yang indah..
mudah dan lagi mempermudahkan..
setiap apa yang dinyatakan dalam islam, ada rukhsahnya.. ^_^
banyakkan membaca... pasti anda akan mengetahui..

ok. that's all about it..

back to how to form a fortitude..
hazirah sering mendapat mesej dari seorang sahabat yang sangat hazirah sayangi dan cintai kerana Allah..
dia tak pernah lupakan hazirah..
saban waktu, ada saja mesej darinya bertanya khabar..
kadang2 hazirah terasa bersalah dengannya kerana kekangan waktu, hazirah tidak sempat untuk membalas mesej2nya..
namun, dia sahabat yang baik. tidak mengeluh. dan hanya bersabar menunggu balasan dari hazirah. jika hazirah tidak juga membalas, dia akan menghantar mesej pada hari yang lain..
Alhamdulillah.. i'm so apreciate when i got her as my friend..
syukron sayang..! ^_^

sudah banyak kali dia menghantar mesej kepada hazirah. alhamdulillah. mesej2 dia masih tersimpan di dalam ruangan mesej di telefon hazirah...^_^
bila hazirah baca.. Allah... cara hazirah salah nie memberi penerangan kepadanya..
situasi kita berbeza.. ya sangat berbeza..

dia sering bertanya kepada hazirah

"nur, macam mana nur boleh jadi sangat kuat..?? na nak tahu.." 

begitulah llebih kurang..
ada satu hari nie, hazirah hanya membalas

"yakinlah pada Allah.."

sangat simple..!
kejam sungguh hazirah nie.. hazirah tahu, sahabat hazirah inginkan perhatian dan sahabat yang boleh meringankan bebannya..
namun, ketika itu, hazirah ada sesuatu yang perlu di lakukan..

** tampar pipi sendiri dengan 10 jari.. U_u

hazirah rasa bersalah sangat..

sayang, 
baca kat sini ye bagaimana nur bina ketabahan nur... ^_^
cuba aplikasikan...

sebelum hazirah sakit, hazirah juga gadis yang lincah kot..(right my dear ida..??hu3)
namun, bila jatuh sakit, memang nampak perubahan..
tiba2 jadi gadis yang slow sikit.. dah tak aktif dah.. apa2 duduk kat kerusi je.. tak berjalan bebas seperti orang lain..

mengikut apa yang hazirah pernah tulis dalam dairi hazirah,
before i was paralyzed, hazirah banyak membaca tentang apa yang hazirah alami..
simpton2 yang hazirah alami, hazirah gunakan untuk mencari petunjuk..

ALLAH maha HEBAT..
hazirah sering dipertemukan berita2 tentang mereka yang mengalami masalah dengan spinal cord.
hazirah teliti apa symptons yang mereka alami..
dan apa yang terjadi kepada mereka..

till one day, 
hazirah baca tentang seorang adik nie.. if i'm not wrong, adik tu pelajar sekolah sains dekat terengganu nie juga..
terpaksa postpone pelajaran dia kerana dia mengalami kekejangan teruk yang amat2 sangat.. gerak2 sikit pun terus kejang seluruh badan..
katanya, pada peringkat awal, doktor tak boleh kesan dia sakit apa.. 
till last one, doktor cakap spinal cord dia bermasalah..
and she need wheelchair to move..
hazirah teliti apa yang adik tu cakap. DIA AKAN LUMPUH...

hazirah teliti juga apa symptons yang dia alami..
masa tu hazirah cukup terkejut, symptons dia sama dengan symptons hazirah..

masa tu memang hazirah syak sangat2 dah yang hazirah memang ada masalah dengan spinal cord..
since that, hazirah mempersiapkan diri hazirah untuk menghadapi kemungkinan  itu..

siapa sangka, jangkaan hazirah sangat tepat.. 5 month selepas hazirah dapat tahu, hazirah betul2 lumpuh..
mungkin kerana itu, airmata hazirah tidak berguguran..
airmata hanya berguguran ketika kena marah ke doktor dan tidak mampu menahan sakit pada tulang belakang yang amat2 sangat..

step by step,
hazirah lalui dengan tenang..
cuba untuk tidak mengeluh.. 
cuba untuk sentiasa tersenyum...
walaupun kadang2 hadirnya perasaan rendah diri kerana menjadi INSAN KELAINAN UPAYA,
namun, hati cepat memujuk dengan zikrullah dan janji2 ALLAH..

nah.. ni dia Ammar Zafran.. sekarang dah 8 bulan dah.. Alhamdulillah,.. sangat aktif dan sihat.. ^_^ comeykan.. salam Ammar sesangat..!

sahabat2ku sayang,
hazirah pernah down..
jujur.. memang pernah down... tapi, mujurlah ada sikecil Ammar zafran...
Ammar Zafran banyak membantu ibu saudaranya ketika itu..
yes.. ketika itu Ammar Zafran masih lagi sangat2 kecil.. lebih kurang 2 bulanlah..

masa tu, hazirah rasa tak di sayangi, sedih semua ada..(ok.. this is one of my symptons ok..hu3.. penyakit mempengaruhi emosi)...pastu tambah2 the evil tu sibuk duk menyibuk..hu3..
jadi camtulah jadinya...

namun,
Ammar Zzafran si kecil yang comel nie banyak gaklah tolong che su dia nie..
bila peluk dia, terus hilang sedih..
bila cium dia, hati terus tenang..
bila tidurkan dia, hati terus rasa damai..
jujur.. dialah penawar sebenarnya...^_^

la tahzan.. inna Allah ma'ana..

bagaimana ketabahan itu terbentuk..??
sayang, cubalah yakin dengan cakap hazirah..
once you hold it, you can form ur own fortitude..!

YAKIN DENGAN ALLAH..!

YAKIN DENGAN ALLAH..!

YAKIN DENGAN ALLAH..!

as long as awak tak yakin dengan DIA, awak takkan dapat membentuk awak punya ketabahan..!
cubalah untuk letakkan keyakinan yang tertinggi pada DIA..
pasti DIA akan bantu memberi kalian ketabahan itu..

ketabahan tidak akan datang bergolek..
sebaliknya, ianya hanya akan hadir bila kita bijak mencari dan membentuknya.. 
jika asyik menangis dan menyalahkan takdir,
anda takkan dapat harungi dugaan itu dengan tenang..!

TAPI,
jika anda lalui dengan syukur dan sabar,
hati anda akan tenang sesangat...!
MALAH..!
hati anda akan rasa bahagia yang sangat berbeza..!
YAKINLAH..!

lihatlah kepada yang bawah dari kita.
usah dilihat kepada yang lebih bernasib baik kerana nanti akan jadi tak syukur..!
jika kamu sentiasa melihat kepada bawah dari kamu.. yakni mereka yang jauh lebih teruk dari kamu menderita, pasti hatimu akan bersyukur..!
kalian akan hadapi setiap ujian yang kalian lalui dengan senyuman dan sabar..
WALAUPUN di mata masyarakat kita kelihatan sangat 'kesian'....

KESIAN hanya di mata manusia,
jika kita sabar, ganjaran PAHALA berada di SYURGA..!

usahlah bersedih ketika diuji..!
sambutlah dengan rasa syukur dan gembira..

tak semua orang diuji seperti yang kita lalui..
kita dipilih untuk di uji...
kerana DIA cuba menyatakan pada kita, yang DIA juga mencintai kita sebagaimana kita mencintai DIA..

yakinlah..!

"tidak akan sampai kepadamu ujian yang melampaui batas kemampuan mu..." (albaqarah)

"mintala pertolongan didalam doa dan solat. sesungguhnya, solat itu adalah rehat bagi mereka yang kusyuk dan amat berat bagi mereka yang tidak kusyuk.."

Salam Sayang untuk semua... ^_^

Bismillahirahmanirahim..
salam dan selawat buat junjungan NABI MUHAMAD S.A.W.
semoga rasa cinta di dalam hati kita pada baginda semakin bertambah dari hari ke hari...

lama tidak menulis..
ada saja laptop namun laptop itu sudah agak berusia jadi tidak mampu untuk access akaun blog. hanya mampu access akaun yang ringan-ringan saja seperti YM dan FB dan juga TWITTER..
baru mendapat kembali laptop kesayangan selepas kakak pulang bercuti sem selama sebulan lebih bermula semalam.

Allahi..
rindunya nak menulis..
pelbagai perkara ingin dilakarkan pada kanvas yang tidak bernyawa nie.
tapi, tak dalah sampai semua nak cerita..
kan kalau cerita semuakan jenuh pula pembaca-pembaca yang hazirah sayangi kerana Allah ni nak baca.. ^_^

yakinlah.. Allah ada disamping kita ketika DIA mengamanahkan ujianNYA datang menimpa kita semua.
bersabarlah.. besar ganjarannya.

first of all, i wanna say salam sayang fir all of you..
rindu hazirahkan..???hu3..
opss..
the correction is missing to my writing right..???^^'

maaf buat semua ternanti-nanti penulisan terbaru hazirah.
hazirah memang sengaja ubah lagu yang mengiringi blog hazirah nie dengan lagu berirama sedih dan instrument sedih.
pernah tengok cerita ONE LITRE OF TEARS..?? and that's song it i was take from the dramas. also about the instrument..
anyone who ever watched the story would get know why i use the song for my blog background music.

sebetulnya, saja nak pancing mood sedih kalian..hu3..
cruel right..???hu3..

    " sesungguhnya, penolong mu hanya Allah, rasul-Nya, dan orang2 yang beriman, yg melaksanakan solat da menunaikan zakat dan tunduk kepada Allah."

( hazirah lupa ayat surah mana nie dan juz berapa tapi sangat yakin ayat nie ada dalam al-Quran. hafiz atau hafizah..! boleh mentionkan ayat nie..?? ^_^)


ketika ujian itu datang, reaksi kalian terhadap ujian2  itu..??
syukurkah atau mengeluhkah..??
senyum atau menangiskah..??
everyone have different reaction..

tak sama..
namun, hazirah nak berbicara tentang UJIAN.. ketika dia datang menjelma..
mengusik setiap denai waktu...
mengulik setiap lena yang satu..
terkadang, kita kuat menerima..
adakalanya, kita tersungkur jua..

setiap diantara kita berbeza..
 faham tak ayat Al Quran yang hazirah sertakan kat atas..???^_^
hazirah nak cakap, ketika kita dalam masalah, ditamu UJIAn kehidupan, itulah pembantu kita yang sebenarnya.. bukan manusia.. manusia hanya sampingan saja..^_^
kita perlu bersamaNYA..
merintih padaNYA.. minta di beri kekuatan dan ketabahan seiring dengan ujian yang mendatang kepada kita..

kita tidak boleh minta diuji kerana kita tak tahu sejauh mana kekuatan kita menerimanya..
namun, kita perlu menerima setiap ujian yang ditakdirkan untuk bersama kita..^_^
terima dengan senyum.. terima dengan penuh syukur..
kalau boleh buat sujud syukur..

ramai orang tak sedar yang ketika Allah uji kita adalah waktunya DIA membuktikan cinta kita yang berbalas..
ramai yang beranggapan itu semua adalah musibah.. hanya beberapa kerat sahaja yang beranggapan ianya ANUGERAH yang terindah..

ada yang terus mengalah tanpa berjuang..
menangis dan menangis..
menyalahkan takdir TUHAN..
tidak menerima dengan baik ketentuan yang telah ditetapkan..

ada juga yang menerima dengan tenang..
hati mensyukuri walaupun pada zahirnya kelihatan terbeban..
wajah kelihatan tenang walaupun ujian berat membebankan...
namun, kerana NIkmat TUHAN,
tetap di pegang...

sayangku sekalian,
kadang-kadang hazirah tak tahu nak cakap apa..
hazirah tahu, bila hazirah nyatakan ini, kalian pasti akan menyatakan kita berbeza..
kalian tidak sama seperti hazirah...

hakikatnya kita sebenarnya sama sayang,
cuma cara kita menerima ujian itu saja yang berbeza..
jika kita mengingati DIA, insyaAllah hati kita akan boleh menerima setiap ujian dengan tenang..
namun, jika kita biarkan hati dipengaruhi nafsu, pasti kita berserah bulat-bulat pada takdir..
kita menangis sepuas-puasnya..
kita menyalahkan takdir sekaligus menyalahkan DIA atas apa yang berlaku..

how much she being really beautiful..?? i'm so love it.. wanna kiss her.. wanna hug her..
she give me some calmness.. semoga membesar menjadi bidadari dunia yang solehah ya sayang..

sayangku,
bersyukurlah saat dirimu di uji..

hazirah teringat dekat sesuatu situasi..
seorang suami diuji dengan keadaan isterinya yang sakit dan ditakdirkan tak boleh mengandung kerana sakit tu...
hmmm.
kerana itu, dia memilih untuk bernikah lagi..

** bermain dengan dagu sendiri.. cuba imaginasikan sendiri andai2 situasi macam nie berlaku pada hazirah..(WANAUZUBILLAHI MIN ZALI')

hmmm..
husnuzhon jala jika si suami itu ingin bernikah lagi..
mungkin ya bagi isteri2 yang lain.. tapi tidak bagi hazirah..
hu3...(ok2.. hazirah kedekut ok.. tak nak kongsi2.. perhatian si dia, hazirah sorang je boleh dapat.. tak nak kongsi2...so harap faham...hu3)
hazirah juga seorang yang sedang sakit..
jika ingin cuba diletakkan diri di tempat si isteri itu, pasti hazirah boleh merasainya..
boleh merasainya sangat walaupun tak melalui lagi situasi berumah tangga..

seorang akhowat yang sakit,
sangat memerlukan perhatian yang khusus dari insan yang bernama suami(jika dia sudah berkahwin)...
jika suaminya bernikah lagi, apakah akan ada perhatian khusus itu buatnya selepas itu..??
ya..!
dalam islam membenarkan poligami namun terpulang pada keadaanya..
tak semua sesuai untuk berpoligami...

sudahla dia diuji dengan sakit, ditambah lagi dengan pernikahan seterusnya oleh insan yang amat dicintainya..
pasti psychologynya terpengaruh..
kadang2, mereka yang makin membaik pun akan mendadak menjadi teruk tahap kesihatannya apabila psychologynya di pengaruhi dengan situasi yang teruk..

jika diuji seorang suami bernikah lagi,
ya.. itu mungkin ujian buat dirinya..
hazirah juga sangat bersimpati dengannya.. moga dia tabah mengharunginya..

hazirah sendiri mengakui banyak faktor yang boleh mempengaruhi psychology seseorang..
jika hazirah.. seperti hazirah masuk ward dulu..
keadaan hazirah yang makin membaik ketika berada di dalam ward yang agak selesa terus menjunam menjadi agak teruk selepas ditukar ke ward yang agak padat, bising, panas dan tidak selesa...
bagaimana persekitaran hospital memberi pengaruh psychology kepada hazirah..

nah..
lihatlah..
jika persekitaran hospital pun sudah boleh mempengaruhi psychology manusia untuk menjadi lebih teruk, apatahlah lagi dengan situasi sedemikian..

memang ya ujian..
namun, ujian berbentuk 'POLIGAMI' boleh diatasi..
bagaimana..?? fikirlah sendiri..! takkan hazirah nak bagitahu jugak kot.. (u_u)

apalah hazirah melalut nie..
hu3..
back to story..
ketika ujian itu datang,
mohonlah pertolongan dariNYa.. insyaAllah..DIA akan kurniakan pertunjuk dan jalannya..
usahlah cepat berputus asa kerana itu bukanlah sifat orang muslim..

jika ujian itu datang,
harungilah dengan tenang dan sabar..
usah cepat berputus asa dengan ujian yang melanda...

"aku tidak akan mendatangkan ujian ke atas hambaKU melebihi batas kemampuannya.."
(albaqarah:286)

cubalah untuk harungi  dengan tenang...

percayalah..
bila dapat diharungi, pasti hati cukup tenang..

hazirah teringin sangat nak kongsi satu kata2 yang lahir dari hati hazirah sendiri..

'we never thought would do it,
however, when we're really desperate, we had to do even we don't like it'

salam sayang penuh cinta buat readers yang di kasihi...



bismillahirahmanirahim..
salam dan selawat buat junjungan besar nabi MUHAMAD s.a.w.
salam cinta penuh kerinduan kepada kekasih yang Maha Agung..
moga cinta dan kerinduan itu akan berbalas suatu masa nanti..

ameeen...

ok.. i might late for this post.. hu3.. late about 2 days je.. x lamakan..?? tak pekan..?? kan3..??? <3
bukan tak nak update, tapi tak tahulah hazirah buat apa masa free kat rumah nie.. nak kata study tu, taklah sebab baru je habis exam.. baca..?? a'ha..! yes..!

i'm reading a book about.................................??
a'ha.. try to guess.. what's types of book it is..??


love novel..??
hu3.. sorry i'm not one of person who love to read about love novel..
nanti, minda ini akan di jajah oleh anasir-anasir yang tidak sepatutnya..
goes like berangan untuk jadi apa yang novel tu tulis.. berangan nak kahwin dengan pilot lah, k-pop artist lah dan lain2..

it's not meant i never read a novel..
i ever did.. i ever read the novel.. but i will take long time untuk habiskan novel cinta yang hanya mempunyai page under 300.. hu3 ~~~

my friend said

"tak yah baca sebab tak berbakat untuk baca novel cinta..." !_!

since that, tak pernah baca novel alaf 21 atau novel2 cinta yang lain.. bila masuk ke kedai buku pun, hazirah hanya akan pergi ruangan novel islamik atau buku2 agama sahaja.. tak pun buku berkenaan dunia sains.. itu sahaja..!

ok. buku pe yang hazirah baca..?? hazirah baru habiskan sebuah buku.. 

that is ' penawar kepada penyakit hati.'
buku tu hazirah khatam kan ketika on the way ke kuala perlis untuk ke langkawi..
woah..woah.. best...!

as whole, bagi penyakit hati, ianya di rawat dengan ibadah dan banyak baca quran..!

^_^
penawarnya sangat dekat dengan kita.. quran..! QURAN..!

kalau yang xdak QURAN, beli je kat kedai buku agama... banyak sangat... alah.. mahal..?? kereta mewah boleh beli.. jam berjenama boleh beli.. pakaian mewah boleh beli.. takkan al QURAN tak boleh beli kot..??

tak luak pun duit antum kalau beli sebuah Al Quran..
yang luaknya kalau antum beli sesuatu yang membazirkan.. 

atau nak hazirah hadiahkan..?? boleh saja.. kadang2 al Quran yang 'ter' agak banyak kat rumah tak boleh jugakkan..?? sebab takut nanti tak baca.. hazirah ada beberapa buah al Quran yang masih baru.. hazirah baca pun gilir2 sebab nak aplikasikan ke semuanya agar tidak di jadikan sebagai penghiasan di atas meja semata..


al Quran yang sepenuh macam nielah haazirah usik selepas zohor.. keadaannya masih cantik..
pandai x hazirah jaga..?? he3...

hazirah banyak menghabiskan masa dengan tafsir al Quran saja.. yang al Quran sebetul2 al quran, hazirah hanya usik seusai solat zohor.. hazirah tak nak ianya menjadi 'teman' kepada buku2 yang lain tanpa di aplikasikan oleh empunya..

hampir kesemua al Quran yang hazirah miliki adalah hadiah daripada insan2 terdekat..
the latest one hazirah dapat masa majlis graduasi bulan oktober tahun lepas.. 

ada sesiapa yang nak boleh pm hazirah dekat fb official hazirah(hazirah al-hafizah)..

berkenaan dengan penyakit hati, kita kadang2 tak boleh nak lari daripada semua tu kan..???
bila di puji cantik, bijak, berkepimpinan dan sebagainya, hati mulalah nak riak, takbur segala bagaikan sehingga lupa asal semua tu adalah dari Allah...!

kadang2,bila di puji.. sering saja pujian2 itu di ulang2 dengan sendiri sehingga boleh menyebabkan timbul pula penyakit hati kepada yang mendengar seperti menyampah ke apa ke kan..??
hati manusia, tak siapa boleh tahu dan baca kan..?? melainkan Allah sahaja yang tahu segalanya..

ok.. berbalik pada apa yang hazirah baca, penyakit hati, penawarnya ada lima.. antaranya beriman dengan Al-Quran.. sering baca al Quran sekurang2nya sekali sehari.. tidak pernah meninggalkan bacaan al Quran waima sesibuk mana pun dia..! insyaAllah.. ! Allah jaga hati dia..!^_^

masa hazirah dalam tempoh imtihan, hazirah pun pernah rasa yang andai baca quran mesti ambik masa..! mesti tak sempat nak belajar..! hampeh sungguh hazirah niekan..??!(ehem.. hazirah fikir je macam tu.. tapi tetap gak buat sebab teringat apa yang doktor farhan hadi pernah cakap.. baca quran bukanlah satu pembaziran masa..!)
padahal dengan baca Quranlah Allah akan bantu kita untuk lebih memahami apa yang kita belajar..!
faham tak kekawan semua..?? tak membaazir masa pun kalau baca quran untuk beberapa minit..

alah...! takkan bila buka Fb, blh spend time lama2 tapi untuk baca al Quran tak bolehkan..??
takkan melepak depan kaca tv berjam2 boleh tapi baca QUran tak boleh..???
takkan duk tengok bola berjam2 boleh tapi baca quran pula tak bolehkan..??

hah..! pikir sendiri..!huh..

ok.. next step.. selain baca quran, solat tengah malam(tahajud) pun boleh jadi penawar kepada penyakit hati..
cuba amalkan..! ^_~

ok.. sekarang nie hazirah tengah menghayati kisah2 sahabat nabi..
apa tajuk buku tu..??


tu dia.. yang warna putih merah.. tajuk ' BERANI KERANA ALLAH'.
yang sebelah tu buku fiqh ok..hu3.. yg sebelah lgi kamus..hu3.. hari2 duk belek ok sebab cari word baru..

tadaaaa...!
haa.. itu dia buku ' courageous because Allah..' (gedik je translate kut BI..hu3)

best buku dia.. hazirah baru sudah baca tentang seorang kisah baginda..

kat dalam buku nie ada kisah tentang keberanian

1) abdullah bin zubeir bin awwam r.a
2) zaid bin sahal abu thalhah
3) ala' bin hadrami r.a
4) sariah bin zanim bin amru bin 'adi
5) muhamad bin maslamah
6) khalid bin said bin al-ash
7) muawiyah bin sufyan bin harb
8) thufail bin amru ad-dusi
9) said bin zaid bin amru bin nufail
10) abu al-ash bin ar-rabi'
11) khalid bin walid saifullah
12) syurahbil bin hasanah al-kindi
13) hanzhalah bin abi amir ra-rahib al-anshari.

nama2  kat atas adalah nama hamba2 Allah yang menunjukkan keberanian mereka kerana allah..
mereka tidak gentar apabila di cabar.. mereka berani kerana Allah..!

yeah..! hazirah tahu, bagi yang tidak mengetahui atau mengenai insan2 yang mempunyai nama di atas, they might never read about their history...
belilah satu buku ni.. insyaallah.. antumna akan tahu dan mengenali mereka selepas membaca kisah mereka..

actually, hazirah pun berkerut juga dahi pada peringkat awal membaca tajuk2 muka depan..(jahil betul kamu nie hazirah..adei... !_!)
sama ada hazirah kenal tapi lupa di sebab masalah ingatan yang berlaku ataupun hazirah tak pernah ambil tahu..hu3

actually, hazirah tahu kisah depa semua nie.. sebab if kalau hazirah tak pernah baca, masakan pertama kali membaca hazirah boleh cuba remind back.. kan3..??
percayalah.. kalau pernah baca, atau ambil tahu tentang benda tu, benda tu akan jadi familiar dalam minda kita.. tak kan jadi sesuatu yang baru.. ^_^

insyaAllah..lepas khatamkan seluruh buku, hazirah akan share dengan kekawan semua ok.. <3

ok.. back to my BIG tittle.. '2013 have came..'

yes.. kita dah 2 hari dah masuk tahun 2013. pejam celik pejam celik, sekejap je kan 2012 berakhir.. bila dah masuk bulan januari, mama kata 30 jan nanti genaplah setahun usia hazirah sakit sebagai pengidap MS.. 

bila mama cakap macam tu, sebelum jumpa neuro specialist 30 dec baru nie, hzirah sempat khatamkan balik dairi hazirah..(thanks my lovely friend sebab take care of my diary.. selamat sampai kat tngan dah..syukron syang sebab jaga amanah nie..)

30 jan adalah hari pertama hazirah menjadi orang kelainan upaya(OKU).. tak mampu merasa kaki sendiri.. tak mampu gerak.. nak naik katil pun orang angkat.. nak x-ray pun orang dukung.. nak buat MRI pun juru x-ray LELAKI yang tolong angkat.... !_!

sebak... sebak...
kok lelaki..??? hmmmmmm...
husnuzhon jela.. mungkin yang perempuan tak larat nak angkat.. yes..! even my weight only 37kg at the time, perempuan tetap tak larat nak angkat tau.. tahulah kalau lelaki mesti siap lambung2 agikan dengan berat 37kg tu.. ??(abang hazirah pernah cakap hazirah tersangat ringan ketika lumpuh dulu.. sebab dia pernah angkat hazirah masuk bilik kecemasan..) kekuatan lelaki dan perempuan tak sama ok.. tak sama..

sekuat mana pun kudrat seorang perempuan, dia tetap tak dapat nak lawan kudrat seorang lelaki..
refresh balik kisah lalu..

pada peringkat awal sakit, tidak pernah ada setitik pun  airmata mengalir kerana lumpuh.. tak pernah.. siap boleh ketawa, dan bergurau lagi like nothing happen masa tu.. 
nak gerak ke mana2 wheelchair dah sedia menanti..

ada cikgu form 5 hazirah yang melawat hazirah masa tu..
menangis cikgu tu ketika itu kerana melihat keadaan hazirah yang bagaikan dah tak de harapan dah nak jadi normal balik..

masakan tidak, untuk duduk pun tidak mampu kerana lumpuh dari paras pinggang ke bawah...
jika tiada sokongan belakang, memang hazirah tidak mampu untuk duduk..
tapi, masa tu hazirah sangat berpegang yang Allah sayang sangat dengan hazirah.. andai hazirah sabar, Allah akan kembalikan kesempurnaan sebagai seorang manusia.. 


gambar yang paling kiri masa hazirah dah mula boleh berjalan.. tapi kaki tetap xboleh rasa apa2..
yang tengah masa vacation kat langkawi last week... kat makam mahsuri..
yg paling kanan, with hanis najihah.. dy menangis masa nie sebab nak ikut abang sepupu dy berlari-lari..
have story..

dan tengoklah sekarang..
perhatikan tiga gambar kat atas.. daripada bertongkat sehinggalah kini, hazirah dah mampu dukung anak buah hazirah yang usianya bakal genap 2 tahun 23 jan nanti..!

ketika bertongkat nie, hazirah dah boleh berjalan dah.. dan dah boleh duduk dah.. tapi langsung tak boleh duduk atas lantai atau tempat2 keras.. mesti duduk atas kerusi.. mesti ada penyandar..! masa tu, kaki tetap tak ada rasa apa2 sehinggakan nak melangkah, hazirah mesti tengok bawah sebab takut terpijak sesuatu yang tidak sepatutnya macam kaca ke apa ke kan..?? kaki dah tak ada rasa, bila tertusuk benda tajam, pastinya sedar2 dah berdarah sebab tak rasa apa2..

kepada yang sakit atau lumpuh atau bakal lumpuh, 
tetapkan minda yang positif dan yakinlah pada Allah.. insayaAllah.. kalian boleh baik.. tengoklah hazirah sekarang... ^_^ success dengan izin Allah.. boleh drive kereta sendiri dah.. dah boleh berlari-lari anak dah.. hu3..

yang paling penting,hazirah dah boleh dukung anak2 buah hazirah dah..!
dulu, doktor selalu pesan, jangan angkat berat.. jangan dukung anak saudara.. !_!
nanti bebanan pada spine hazirah...hu3..

sekarang nie.. tengok..! hanis najihah yang umur dah nak genap 2 tahun pun hazirah dah boleh dukung dah..
sampai, asal nampak che su je mesti angkat tangan n said 'ukung..ukung..' sambil melompat2..
so sweet... ^_^

rencana Allah itu penuh hikmah ok.. jangan nak gatai2 su'zhon dengan Allah..
nanti Allah dah tak sayang hangpa baru tahu..hu3

^_^ ^_^ ^_^

2013.. he3.. adoi..adoi.. hazirah baru je genap usia 19 tahun sebulan yang lalu.. tapi, bila tengok pada tahun, kena terima hakikat bahawa usia ini sudah pun masuk angka '2'.. ya Allah.. tua dah nie. tua dah...adoi...

selamat tinggal usia belasan tahun...(buat gaya melambai..hu3)
and welcome to tens of age.. !_!..hu3...

terpaksa terima hakikat..
 tentang sambutan tahun baru.. hmm.. hazirah teringat kata2 abang long hazirah kepada adik2nya

"nanti sambutan tahun baru, pastu kamu tunggu 9/10 bulan kemudian.. banyaklah kes buang anak.."

terangkat kening hazirah.. abang hazirah yang tak kahwin lagi ada bertanya kenapa..

nie jawapan abang long..

"tengok lah cara sambutan dorang tu.. berasak-asak dengan orang ramai tanpa ambil kira lelaki dan perempuan.. batas tak jaga.. memang setiap kali perayaan macam tu ada je kes macam nie 9/10 bulan akan datang.."

abang yang bertanya terdiam.. hazirah berkerut dahi.. cuba cerna kata2 abang dalam ruangan minda..

31 dec yang lalu.. hazirah menonton tv sampai ketengah malam bersama mama..
remote control di tangan hazirah.. selesai tengok cerita lucu tajuk 'mak mengandung lagi'..
mama minta hazirah tukar channel.. nak tengok bagaimana sambutan di ambang tahun baru.. 

ya Allah... bulat mata hazirah..hu3.. 

*mengeleng..

patutlah abang cakap macam tupun.. apa yang abang cakap tu memang betul..

apa ke salah kalau sambut tahun baru dengan buat solat hajat n solat sunnat..??
nie tak..pumpang pumpang pumpang.. hebohlah sangat KONOOOOOOOOOOOOOOONNYA..!

hebohlah kat dunia nie.. tengoklah kat akhirat kelak tan mana hangpa pi...

Allahi.. jutaan manusia berhimpun dan berhimpit himpit nak tengok konsert sebelum jam berdetak tepat pukul 12 malam..
adoi.. sakit mata.. sakit mata.. seksa jiwa  aden melihatnya...
apa ke pelik.................................................................................
wanauzubillah...!
minta jauh..!

lepas tu, tapat jam 12 malam, bunyilah pompang pompang tak bereti..
yes..! i'm not deny kl antum cakap bunga api tu cantik.. yes..! memang cantik sebab warna warni..
tapi yang tak cantiknya, lautan manusia kat bawah yang tengok tu..
ke mana hilangnya malumu duhai perempuan...!

kemana hilangnya iman kalian..??!

xtahu nak kata apa..

hmm...
kita yang tak join nie jangan pula ingat kita nie lagi tiptop.. kita perlu mainkan peranan sekarang untuk agama.. planning bagaimana nak bagi sumbangan pada islam agar di negeri akhirat, kita tidak speechless ketika di tanya Allah apa yang kalian buat untuk agamaNYA..

yup...
jom kita susun perancangan untuk bagi sumbangan apa pada agama yang di cintai.. ^_^

salam sayang semua...




LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...