tinggalkan jejak anda di sini

How Old I am ^_^

Daisypath Happy Birthday tickers

The Age Of MY Opened Dairy

Daisypath Happy Birthday tickers
assalamualaikum w.b.t.
selawat dan salam buat junjungan besar nabi muhamad s.a.w.

sekian lama blog ini tidak terisi dengan apa-apa luahan kata..
pasti ada yang tertanya tanya dengan keadaan diriku saat ini kan..???
jika yang mengikuti perkembangan ku di fb dan jugak insta, pastinya korang akan tahu keadaan semasa ku walaupun tidak begitu banyak..

kali ini, aku tidak begitu banyak berkongsi dekat insta dan fb sebenarnya... sejauh manakah keadaan diriku...
sekadar kiasan kata yang mungkin ada yang boleh tafsirkan dan jugak mungkin ada yang tak mampu untuk mentafsirkan...

sejujurnya,
aku cukup lemah kala ini...
goyah segoyahnya...
ada kalanya aku terhimpir dengan satu perasaan untuk mengalah dari perjuangan ini..
kerana kepenatan dan tidak mampu untuk terus menanggung...

namun, 
disaat aku hampir jatuh, ada satu tangan yang dihulurkan padaku...
memberi kata-kata semangat...
antara kata-katanya yang buat aku terdiam dan terkesima adalah

"akak just nak yus brace urself...
you ve been fighting MS veryy well... mucch better than other people!!!!
excellent in coping with it..
if akk di tempat yus, im sure not strong like you!!!.. never been like you...!!!
u ve been fighting very well... just fight for another trial...
Allah tu maha penyayang.. jangan sesekali bersangka buruk dengan aturan Allah...........""""

dia adalah si kakak yang sering aku rujuk seandainya aku rasakan symptons aku semakin aktif..
yeah.. doktor.. yang selalu melayan karenah aku... kegilaan aku.. manja aku.. dan macam macam lagi...

aku lemah kali nie.. sungguh aku lemah!!!
aku tak tahu kenapa aku lemah.. mungkin kerana aku jauh sangat dari DIA...
terlalu jauh jurang yang tercipta mungkin...

semester yang lalu aku gembira bila Allah izinkan aku untuk berjalan kembali...
jadi sihat sangat.. mengalahkan orang yang sihat!!!
i did everything yang aku tak boleh nak buat sebelum nie...
aku pulun habis2 walaupun aku tahu aku ada limit...

namun, semester ini kelihatan berbeza...
badan aku kembali lemah...
aku kembali mudah penat...
aku kembali hard to sleep n hard to wake up...
weight aku turun balik sekarang nie... around 4-5kg about a month!
pain every single second... migraine everyday!... kick out semua makanan yang aku makan tiap2 minggu mesti ada...

seems like am really tired with these!...

about these two month, immun badan aku semakin memberontak...
aku demam on off dan batuk yang berpanjangan...
ubat demam dah berpapan papan... ubat batuk dah 3 botol.. but no cure!...

sehinggalah satu hari aku dah tak tahan, aku serah diri ke KK terdekat.. and u know what?? i was suspected with tuberculosis@we call it as TB...
masa tu doktor dah cakap siap " u ve MS.. u ve high percentage to get that bad virus with ur current condition"...
aku ok je masa tu.. sebab aku dah biasa dah suspect benda teruk2 nie.. so far, ada yang betul2 positive dan ada yang negative.. Alhamdulillah...

aku buat semua test yang di suruh... guess what??? first test, i was positive with tuberculosis... tapi still kena tunggu dua lagi test... sebab first test tu boleh jadi ralat...

chest x-ray(cxr)- positive...has lung infection...
cuma untuk kahak-disimpulkan sebagai negative... 

so far, am happy with that result! cause just like am free from that bad virus!!.. 
cuma doktor cakap aku still kena pakai mask.. sebab lung aku condition tak ok.. kalau pakai purdah,, nanti aku batuk atau apa, kuman boleh masuk balik... so, aku ikut nasihat doktor,.. berkotak mask kena beli.. sebab everyday kena tukar2... 
lepas dapat result, aku happy walaupun lung x ok.. at least aku dah boleh get along dengan orang.. sebab xdelah aku spread virus dekat orang..

di sangkakan panas sampai ke petang, rupa2nya hujan di tengah ari...
aku dah rasa aku semakin sukar nak bernafas.. kerap semput.. berjalan sikit semput macam apa..
aku jumpa balik doktor sebab bengkak dekat lengan aku.. but know what..???

doktor ternampak mantoux test aku.. berkerut2 dahi dia.. on the spot dia minta aku pusing sebab nak check paru2 aku.. aku pun ikut jela..
then, doktor tanya, result xray cane??
aku dengan lurusnya jawab jela, " from the cxr ada putih2.. ada infection.. tapi bukan tibi doktor incharge cakap.."

"doktor yang incharge haritu biasa tengok kamu tak..???"

yeah.. doktor tu first time jumpa aku.. tak tahu kes aku dengan lebih lanjut berbanding sorang doktor nie yang memang dari aku first year degree lagi dah pernah attend kes aku...

bila aku jawab cegitu, doktor tu terus jawab
"saya cadang awak pergi buat saringan lagi sekali.. boleh jadi result awak false negative!.. tapi tolong pergi tempat lain.. jangan pergi tempat yang awak dah ambik test nie.. sebab nanti dorang akan buat sambil lewa disebabkan result terdahulu dorang cakap awak negative.."

kau tahu respon aku masa tu..???
aku rasa nak berjurai airmata... dah nak final!!!!!!!!!!!!!!!
dah tahun akhir!!!!!!!!!!!!!!!
aku lemah.. jujur aku lemah.. aku pura2 je dengan kawan2 aku.. aku senyum.. macam xde pape.. hakikatnya, aku macam susah sangat nak terima... aku tak tahu kenapa kali nie sukar.. bukan kerana aku tak redho... 
aku tahu, Allah bagi aku sume nie sebab aku mampu untuk melalui.. namun aku seakan xkuat,.. sejujurnya tak kuat!!!!
 namun, aku usaha jugak untuk kuatkan diri aku... tabahkan diri untuk lalui semua nie.. xnak mak ayah yang jauh di pantai timur risau...
masa aku maklum aku positive test pertama, mereka dah cukup risau... bila all result keluar, aku cakap aku bebas tuberculosis, mak ayah aku syukur sangat.. lega.. walaupun masa tu aku cakap lung ada infection sikit..

aku mengambil masa yang agak lama untuk maklumkan kepada mak aku yang aku perlu jalani saringan kedua disebabkan doktor syak result false negative...

dan, korang tahu..???
dan2 je seminggu lepas tu aku masuk ward... sebab aku fainted sesorang memalam pulak tu.. mujur ada junior2 yang balik kelas nampak aku... angkat aku.. bawak pergi hospital...
sebab apa..?? sebab aku tiba2 flare!.. Keadaan aku tetiba nak teruk.. aku susah sangat nak bernafas haritu... aku rasa jantung aku nak terkeluar sebab aku x cukup oksigen... dan aku fainted terlalu lalu lama.. sampai doktor xtahu nak buat camne.. sebab buat cpr pun xjalan.. aku macam dah xnak bangun... hahahaha.... lemahnya aku masa tu.... lemah sangat...

kisah aku fainted tu diketahui oleh pensyarah2.. dan nama aku naik dalam perbincangan di kalangan pensyarah jabatan aku... dorang mencadangkan aku untuk extend.. dorang mencadangkan aku untuk dapatkan saringan kedua secepat yang mungkin.. 

aku discharge, aku elok je pergi kelas dengan muka xbersalah... pensyarah aku izinkan balik awal sebab dia nak lanjutkan kelas pun, aku buat keras je nak join jugak kelas tu.. sebab apa?? sebab aku tahu aku dah nak final sesangat nie!!

kalau orang lain rasa bestnya pensyarah bagi balik awal, bagi cuti... itu korang.. aku xnak.. aku xnak tertinggal apa2.. aku xnak terlepas apa2 peluang yang ada.. sebab aku tak tahu bila peluang nie akan terus ada dan bila ia akan berhenti...
habis kelas, aku kena tarbiah kaw2 dengan pensyarah aku...

aku tahu kerisauan mereka.. aku tahu andainya benar aku positive, dorang xnak aku terlambat menerima rawatan yang sepatutnya.. dorang xnak kes kematian disebabkan tuberculosis di dalam kalangan pelajar kolej aku bertambah lagi sorang kerana kelewatan menerima rawatan...

aku tahu semua tu... namun, aku hanya minta tempoh 3minggu je untuk tamatkan final aku yang akan berlangsung xlama dah lagi... aku tahu, risiko terlalu tinggi..

bila fikir benda nie, fikir belajar, fikir mak ayah, fikir kena extend n macam2, aku tak tahu aku nak jadi apa.. kadang2 aku rasa nak down sangat2..

saat nie, semua nie rasa xmudah sangat.. xmudah.. hari2 yang dilalui perlu sangat mempositivekan diri...

'yus, it s ok.. Allah know better than u!.. kau boleh lalui.. kau mampu.. kau kuat.. syurga yus.. syurga...'

kata2 nielah aku cuba serapkan hari2 dalam otak aku.. dalam hati aku.. dalam diri aku....

salam sayang..
bismillahirahmanirohim...

selawat dan salam buat junjungan besar s.a.w.
assalamualaika ya rasulullah..
assalamualaika ya habiballah..
assalamualaika ya nabiyallah...

ya rabbi..
rupa2nya dah lama blog ini bersawang tanpa dibersih...
benar apa orang kata.. once awak dah jadi pelajar universiti, awak dah xsempat nak buat apa2 yang awak biasa buat sebelum nie..
hari2 awak akan sibuk dengan tanggungjawab sebagai siswa/i....

sebab tu boleh dikatakan majoriti blogger yang berada di universiti jarang mengupdate blog masing2 sebaliknya gemar update di instagram, fb, twitter dan yang bersekutu dengannya..

alhamdulillah...
cuti semester sudah pun berada di penghujungnya.. dan sebulan lebih bercuti di rumah.. alhamdulillah.. berjaya tambah berat badan dengan jayanya... (sebenarnya sedih.. sebab banyak sangat naik weh... uhuk.. pasnie masaklah nak turunkan balik.. campur pulak dengan stress.. aku jenis yang semakin stress n kuat study, mulut makin nak mengunyah je.. >.<)

tapi.. tapi.. apa2 pun aku dah syukur dengan keadaan sekarang.. BMI dah normal dah dengan ketinggian semasa(ceh... macam boleh tinggi lagi je ayat).. sebelum nie mesti underweight.. kontra sangat underweight.. sebab yela under 41kg kan... so sekarang Alhamdulillah.. kalau aku pengsan, masak jugakla orang nak angkat aku kali nie...

oh yea, alhamdulillah.. buka semester baru nie aku dah semester 6..which mean end 3rd year... then balance lagi 1 year before graduate.., Alhamdulillah.. masa berlalu dengan pantas sekali dan aku sememangnya tak sabar nak habis dan keluar dari tempat aku belajar sekarang.. terlalu banyak duka yang perlu dilalui namun suka yang aku perolehi kat sini sememang sangat2 buat aku appretiate...

antaranya, aku dapat bestfriend budak melaka yang berjaya ubah aku dari nerd n 'solehah' sangat nie kepada spesies gila macam dy.. apa xnya,, 3tahun satu bilik.. hari2 ada je benda nak gaduh(gaduh2 manja,, ala.. biasa.. dak melaka.. kasau sikit..) ada je benda nak mengusik...

aku sangat sayang dekat sahabat aku sorang...
dia berlainan kos dengan aku.. aku dari fakulti peradaban islam, dia pulak dari fakulti pembangunan potensi insan.. aku nie ala2 ustajah yang x brape nak ustajah sangat.. dia jenis yang agak gila2 gak.. depan2 orang ramai boleh dia melalak.. hadoi.... 
awal2 persahabatan kami, aku sejujurnya banyak terasa dengan dia.. sebab aku nie hati jenis lembut kit sejak2 sakit nie.. mudah sangat nak berkecik hhati.. yet aku tak faham orang melakau nie kasau gila..
sampaikan kakak roomate kami(sekarang dh habis) slalu pesan dekat aku "yus kena faham tau.. oranng melaka nie kasar sikit.. kena keraskan hati sikit.. kalau x nanti slalu terasa.."

aha! sejak dari tu aku cuba keraskan hati aku dengan budak malakau nie.. dia kasar, tapi dia sangat baik... dia nampak mengarah tapi sebenarnya dia nak jaga aku...
masa aku demam teruk, dia jaga sungguh2.. dia tuam tuala basah dekat badan aku n muka aku dari semasa ke samasa sampai demam aku kebah...
dia paksa aku bercerita bila dia nampak mood aku tak ok sebab dia tahu aku tengah ada masalah...
dia marah n larang aku minum ais once dy memang tahu aku ada penyakit kronik... sampaikan kami pernah gaduh.. dia tak tegur aku sebab aku degil.. dia kata jangan minum ais! tapi sebab superb hot weather aku nak juga ais.. memang seharian kami tak bertegur.. haha.. sayang jugak dia kat aku nie.. 

dia banyak tolong aku.. tolong aku angkat barang, belikan makanan n barang n banyak lagi.. kalau nak tulis satu2 kat sini memang xboleh... sebab terlalu banyk..
memang.. memang ada ketikanya aku ada perasaan x puas hati pada dy.. tapi aku simpan jela sebab kebaikan dia terlalu banyak.. takkanlah aku nak biarkan sekecil kuman punya kesalahan tu menghapuskan beribu kebaikan dia pada aku.. kan?? bila dah jumpa kawan yang terbaik, hargaila selagi ada.. ok?!

pasal kegilaan tu, haa.. memang... sejak sem lepas aku dah mula dah jadi gila macam dy... cara bercakap pn kadang2 kasau macam dia.. kalau dia tengah study aku suka kacau dia.. aku pergi selongkar loker dia.. ambik buku dia.. haha.. sekarang dia siapkan spray air as senjata if aku datang dekat dia akan spray aku dengan benda tu sebab xnak bagi aku kacau dia... tapi tu takat aku dan dia la.. kalau dengan yang lain, xdenya aku nak macam tu.. you know what, kita hanya boleh jadi gila dengan orang betol2 boleh buat kita gila sama naik macam dia dan yang kita betul2 percaya serta dah begitu selesa... dialah yang suka buat aku gelak... tapi time dy tido n bangun asar atau dy tengah migraine, aku tak berani nak kacau sebab dia akan berubah menjadi SINGA....huhuhu(sorry yunk.. mengata hang)...

ubat2an yang menjadi makanan harianku selama 4tahun tanpa henti

huhuhu.. panjang pulak iklan kan sebelum story about HARAPAN...
aku nak share yang sekarang aku dah BERJAYA tinggalkan e-wheelchair aku... Alhamdulillah..
start semester lepas, Allah izinkan aku membaik dengan begitu banyak sekali sampai doktor pun terkejut dengan perubahan aku... Alhamdulillah...
 sebenarnya, doktor sahkan keadaan aku semakin teruk... mereka minta aku untuk mulakan penggunaan interferon(self injection) untuk mengawal penyakit aku... tapi,aku menolak sebab self injection tu terlalu mahal.. 3-4 k permonth.. aku minta untuk teruskan dengan drugs yang ada.. 

dalam masa yang sama aku dah mula jemu dengan drugs.. berat aku tak nak naik.. aku dah alami banyak kesan sampingan dari pengambilan drugs nie...
dari hari ke hari... aku tanya sahabat2 dari bidang perubatan.. pendapat mereka if aku tinggalkan drugs nie.. boleh dikatakan kebanyakan mereka tak bersetuju kerana ia akan menggalakkan symptons aku menjadi lebih aktif..

tapi seorang kakak nie perkenalkan aku dengan ibu saudaranya yang merupakan seorang doktor di kelantan..
doktor nie bagi a lot of hope to me.. dan dia jugak bagi aku sejenis supplement untuk menggantikan drugs yang aku ambik...

so far, alhamdulillah.. semester lepas Allah nak tunjuk how the supplement work to my chronic illness..wheelchair aku tiba2 rosak.. aku tak ada pilihan.. nak tak nak aku kena berjalan pergi kelas.. seminggu pertama adalah minggu yang sangat sukar sebenarnya sebab badan aku tak biasa...

namun, dari semasa ke semasa, minggu ke dua, aku dah semakin selesa berjalan.. sehinggalah perubahannya kawan2 tegur yang cara aku berjalan semakin lama semakin baik... ALHAMDULILLAH...
pensyarah2ku juga terkejut dengan perubahan nie..

selepas dari tu memang aku consume dengan supplement nie la.. rasa sangat sihat.. fatigue aku under control.. aku dah boleh mengatasi masalah "hard to sleep at the night, hard to wake up at the morning"

cumanya kadang2 symptons biasa itu masih ada dan berterusan macam migraine, alah pada cuaca, spasm, mudah terkena infection.. but then, it is ok for me.. asalkan aku dah boleh berdikari dalam sume hal, itu dah cukup syukur bagi aku...

selain supplement nie, aku juga mencuba sejenis minyak yang di jual oleh pensyarahku sendiri.. nak cuba sebenarnya.. sebab kadang2, masa aku berjalan tu, spasm suka sangat nak singgah.. n its really pain to me.. aku guna untuk redakan spasm, migraine n angin dalam badan.. rasa loya n tak ada selera... alhamdulillah.. minyak nie juga berkesan untuk kegunaan luar... migraine reduce, spasm reduce, angin keluar, rasa loya n xde selera pun recover bila sapu... alhamdulillah... setakat ini, aku dah guna over than 10 bottle... nampak x betapa kerapnya aku alami benda2 nie..kemana2 pun aku bawak... sebab lega sangat bila pakai... alhamdulillah...

bermula semester 5, Allah izinkan aku membaik dan terus membaik.. sekali tengok orang tak tahu aku pesakit kronik dan aku pemegang kad OKU...
mungkin, inilah peluang dan harapan yang Allah berikan kepada aku untuk aku capai apa yang aku cita2kan... Alhamdulillah..
aha! bukan tu aje.. brain fog aku pun cam recover.. aku dah makin pick up bila belajar.. dah x delay sangat dah.. cuma aku masih xboleh di tanya on the spot... Alhamdulillah.. aku syukur.. current pointer n cgpa pun quite excellent.. Alhamdulillah...

see.. hikmah kan disebalik kedukaan dan keperitan selama nie.. Alhamdulillah....
semoga di waktu akan datang aku akan lebih membaik dan cemerlang dalam pelajaran dan hidup...

aku harap, pesakit2 kronik yang baca tulisan aku akan terus positif.. if aku boleh membaik dengan sentiasa positif dan optimis, why not u???
Allah uji kejap je sebab Allah nak bagi hikmah yang cukup indah.. agar kita menghargai kehidupan dan menilai dunia ini sebaik mungkin...
manfaatkan waktu yang ada untuk persiapan ke alam sana... ^_^

nie supplement yang aku ambik hari2 sehingga ke harinie.. aku minum cellmaxx untuk gantikan drugs.. Alhamdulillah..


iv mist.. nie yang aku dapat dengan lect aku.. aku guna untuk spasm, migraine, loya, x selesa etc..

niela dua benda yang jadi sahabat aku hari2 yang banyak membantu aku dengan izin Allah.. Alhamdulillah...
kalau rasa nak cuba benda2 nie cari facebook UMMU FURQAN.. pm me.. n i will tell u there.. ^_^

salam sayang...

masa demi masa...
yang pergi tetap pergi...
yang dah pergi takkan pernah kembali....

masa....
satu perkara yang mustahil untuk kembali...

catatan malam yang tiada nada...
bertemankan tiupan angin manja...
bertemankan cengkerik malam...
malam, terasa sepi dan nyaman...

kehidupan,
tiada yang mudah...
dan xkan pernah mudah...
kehidupan hanya tempat bersinggah..
mencari bekalan dan kekuatan...
menempah diri ke dalam keperitan demi kebahagiaan yang abadi....

berlalu...
dan terus berlalu...
lirikan malam yang akan terus berlalu...
apa yang telah berlaku telah pun berlaku...
terkadang ada benda yang boleh di perbaiki...
namun,
ada perkara biarkan saja terus berlalu....

kenangan masa lalu hanya untuk memperbaiki diri....
cukup...
kuatlah untuk menghadapi hari yang mendatang....

bicara penuh kias,
cukupla hanya aku yang tahu maksud di sebalik setiap bait kata ini.....

cinta di hati,
cukupla menjadi rahsia ILAHI...!
bismillahirahmanirohim..


selawat dan salam buar junjungan s.a.w.
salam penuh kerinduan buat kekasih yg Agung...

assalamualaika ya rasulullah..
assalamualaika ya habiballah..
assalamualaika ya nabiyallah..

2016..
cara baru dan keadaannya juga baru...
situasi yang aku langsung tak pernah nak jangka yang aku akan hadapi..

situasi yang dah makin tak terkawal...
tahun 3 sebagai pelajar degree...
tahun ke 5 sebagai MS fighter...
tahun ini juga menghasilkan keadaan yang baru dan cukup baru...

sehingga kan aku rasa boleh gila...
terpulangla pada yang membaca.. apa persepsi kalian pada diriku...
sama ada imanku cukup lemah, tiada hubungan yg baik dengan Allah atau apa... terpulang pada persepsi masing2...

kerana yang aku tahu,
kalian tidak di posisiku.. jadi tiada asbab untuk aku menghalang pemikiran kalian terhadap diriku...

bermula tahun 3,
aku cakap pada diri aku... aku nak cuba limitkan penggunaan wheelchair...
aku ada goals.. nak sambung belajar sehingga paling minimun pun biarlah master dalam bidang yang aku minat itu berada dalam tanganku...

so, dari situ aku cuba fikir.. seandainya aku terus dan terus menggunakan wheelchair, apakah ketika menyambung master(in shaa Allah) nanti aku perlu berkeadaan yg sama? tempat yang baru situasinya juga turut akan baru kelak...

selain disebabkan goals yg aku dah tetapkan...
aku kerap terlintas... jika saat kaki yg tidak begitu kuat ini masih boleh berdiri dan melangkah, namun tidak aku manfaatkan sebaik mungkin.. tidak aku guna sebaik mungkin, jika lumpuh itu datang lagi.. 
apakah lumpuh buat kesekian kali itu boleh kembalikan langkah ku..???

aku sudah 3x diserang sehingga lumpuh... yg ketiga aku attack sehingga ke paras tekak then hanya kepala boleh bergerak kiri kanan ketika itu..
walaupun seketika.. aku tahu, resultnya keadaan semakin menurun...
positive pada physical, tapi tidak dari dalam...
dan dari situ, 3x serangan dalam keadaan yang sama.. tiba masa keadaan itu boleh bersifat permanent...

bila2 masa saja aku perlu bersedia.. walaupun aku masih muda...
aku juga perlu bersedia tatkala rakan2 seperjuanganku juga masing2 progress semakin aktif dan agressive....
dan tak mustahil juga keadaan ku kini sudahpun begitu... progress yg agresive.. sehingga aku sendiri tak mampu untuk kawal...

kira2 2minggu yang lalu, 
aku tiba2 collapse... keadaan yg sangat tak ok.. bila sedar badan aku tremors teruk... kaki xok.. xboleh nk move elok2...
sehingga ke detik ini, tiada siapa yang thu bahawa kaki aku tak ok melainkan sahabat2 sesama fighter.. kerana bertanyakan pada mereka...

kepala aku kerap rasa macam.... xtahu nak describes...
tangan aku extremely tak kuat.. sehingga aku nak cabut wayar charger dari phone pun terketar2.. xboleh nak tarik..

sejujurnya...
ini mungkin salah satu hikmah yang aku nampak kenapa Allah bagi laluan untuk aku teruskan langkah sendiri...(yg faham akan faham,.. yg xfham, abaikan)
kerana jika terus berteman, kau rasa dia akan ok? (gelak sorg2..)

beb, manusia nie ramai je yg cakap "xpew.. kami faham.. kami faham"..
the factual, the things are nothing!

sejak aku collapse tempoh hari,
aku dapat rasakan yg sistem badan aku dah bercelaru.. dan huru hara...
sebab since that, aku insomnia.. aku xboleh tido.. aku penat.. aku mengantuk.. tapi aku tak boleh nak tido.. sedar2, kerana terlalu lalu lalu penat, aku hanya akan tido sendiri...
aku tak kuat untuk terus dan terus begini sebenarnya...

saban waktu badan aku akan semakin lemah..
mental aku juga turut bermasalah sejak daripada tu...
emosi yang semakin extreme nak memberontak...

mungkin, mungkin sebab selama nie aku yang jenis.. simpan.. simpan.. aku tak luahkan.. sampai satu tahap kawan2 aku boleh cakap aku hardcore...
then, kini, aku macam dah xboleh nak simpan...
sesiapa pun yang cuba cari pasal dengan aku, aku lawan terus je...
dah tak terfikir yang aku nie pemakai purdah...

2minggu yang lalu juga kawan2 aku tercengang dan terkejut bila melihat aku lawan n bergaduh dengan staf airasia dekat KLIA2...
aku sendiri sebenarnya tak jangka...
tindak balas terlalu cepat untuk aku tinggikan suara aku pada dorang...

Allah masih menjaga keaibanku..
walaupun suaraku meninggi.. sejujurnya lebih kepada aku tengking dorang(sorg lelaki n sorg perempuan) sebab dorang start kurang ajar dulu, Allah masih selitkan ada nada lembut kat situ(kawan akula cakap.. ) sebab mata2 memerhati...
aku takkan balas balik kalau dorang tak mula dulu.. aku dah cakap dekat kawan2 aku, jangan cari pasal dengan aku buat sementara waktu nie.. sebab situasi aku sekarang bukan seperti sebelum nie.. aku boleh hadap, aku boleh senyum lagi walaupun orang cari pasal.. tapi yang nie, kalau kau cari pasal dengan aku, aku akan sama naik dengan kau!

macam dekat KLIA2,
aku dah cakap elok2... kau main tengking2.. kau tak belajar eh method nak hadap customers???
cik kak, you tak sepatutnya berada di barisan customers service la kalau nie attitude u!...
kau expect aku pakai purdah, dan takkan lawan kau..?? kau silap... kalau aku rasa aku betul aku akan defend sampai habis...
bila kau tengking, aku balas dengan cara yang sama.. apa kau rasa..?? kau baru tahu nak hormat orang kan..?? kau baru tahu kan mcam mana rasa malu buat macam tu dengan tempat awam macam tu kan..??? baru kau nak uruskan elok2 kan..?? kau panggil kawan sekerja kau, dengan kawan kau sekali aku bantai, baru kau diam..??

aku bukan nak kurang ajar.. aku bukan nak tunjuk bad attitude sebagai seorang yang bertudung labuh n berniqab...
tapi, keadaan macam tu aku rasa aku xboleh biarkan.. tambah2 dengan keadaan aku sekarang macam nie.. lagila aku xboleh nak kawal...

ok.. stop yang tu...
sambung balik bab yang tak terkawal...
tu salah satu keadaan yg aku tak pernah jangka yang aku boleh sama naik dengan dorang...
mujurlah sebelum midsem break ada perjumpaan pelajar berpurdah dengan dua orang ustaz...
katanya nak bagi nak nasihat tapi yang aku dengar lebih kepada penghinaan dan hentaman kepada kami yang berpurdah nie... mujur.. mujur aku tak pergi,..
kalau tak, mungkin aku dengan ustaz tu sama naik.. no more respect toward him!

the factual now,
hari ke hari...
aku cuba act like normal sampai kawan2 aku sume cakap "eh.. dah boleh jalan dah..?? sihat dah..??"
aku boleh senyum je.. sebab jawapan tu aku n MSer ygg lain je tahu...

aku nak move on...
xnak kekal macam nie...
hari ke hari jugak.. aku cuba belajar untuk pergi dan balik kelas sorang2.. tanpa kawan2 di sisi... 
sebab, tiba masa aku nak buat semuany sendiri...

saat ini,
aku sangat perlukan masa untuk sendirian..
kecelaruan yang berlaku sekarang, aku sendiri tak faham..
sampai satu tahap aku benci dengan sorang nie sampai tahap infiniti...! padahal dy xde pun buat salah dengan aku...
orang yg buat salah dengan aku pun aku xdelah nak benci dy macam tu sekali...
nie, dy yang tak bersalah, yg jumpa sekali je seminggu pulak cane aku boleh jadi benci yang teramat2..

ada sesuatu yg xbetul sedang berlaku sebenarnya...
entahla...
aku sendiri pun tak tahu mcam mana nak uruskan lagi...

actually, ramai yg cakap aku tengah relapse sekarang.. maknanya penyakit aku tengah menyerang.. sebab 

-lacking of sense dekat stomach
-hard to move(kaki x ok)
-always fever.. sangat2 kerap
-blurred vision
-spasm every hour
-tangan yang tak kuat
-and ada beberapa lagi...
-aha! jugak emosi aku makin xok juga

MS group members minx aku pergi hospital.. jangan delay treatment nanti makin teruk n teruk... 

aku approve semua suggestion dorang.. cuma tindakan je aku delay lagi...
sebab aku ada reason aku sendiri.. kenapa...

dari segi emosi,
aku kena betulkan balik.. tak biarkan daripada terus tak terkawal macam nie..
orang yang xbersalah pun jadi mangsa jap lagi...

doakan aku terus kuat semangat..
sebab aku rasa macam hampir give up....



assalamualaikum w.b.t
salam dan selawat buat junjungan besar s.a.w.

assalamualaika ya rasulullah..
assalamualaika ya nabiyallah..
assalamualaika ya habiballah...

lamanya blog nie tak berupdate...
terkadang bila dah ada insta, lebih banyak berkongsi di sana...
dari segi kehidupan masa kini, progress terbaru, dan lain2...

apa khabar sahabat2 di luar sana..???harapnnya semua berada dalam keadaan sihat2  saja dan sentiasa dalam lindungan Allah...

alhamdulillah..
kini aku officially naik tahun 3.. subhanallah... tak sangka... dah senior dah aku sekarang..
pejam celik pejam celik.. ting! dah tahun 3...
nampak adik2 sem 1, teringat camne aku sem 1 dulu..
tengok telatah adik2 yg masih terkial2 mencari kelas dan blok dengan nombor yang tertera pada jadual..
tergelak.. sebab aku sendiri pun naik tahun 2 pun kadang2 aku masih keliru.. betul ke blok yg aku pergi nie...

btw, dah tahun 3 alhamdulillah.. much improve...
dah senior kan...

tahun 3 nie, banyak perkara yang mungkin berubah..
mungkin sahabat2 lain terlebih dahulu melihat dunia yang sebenarnya bagaimana..
mungkin, dua tahun pertama aku berjauhan dengan keluarga, Allah nak persiapkan diri aku...

2tahun pertama dengan keadaan yang selalunya sangat tak menentu..
badan yang xboleh nak against bendasing..
terlalu mudah untuk demam atau apa saja hanya melalui jangkitan biasa saja...

selepas semester break untuk sem 4, keadaan banyak berubah..
sebulan bercuti, menjadi babysitter untuk anak2 fruit yg semakin bertambah, sedikit demi sedikit badan seakan2 kuat.. tapi ada masanya aku tak mampu juga..
contohnya, anak syurga nie xnak tido dan xnak duk bawah.. suka duk diribaan... suka di peluk dan didukung..
jujur aku cakap, aku sangat suka buat semua benda nie.. peluk, dukung, riba dan timang.. yet dia sangat kecil...
namun, aku masih x mampu untuk pegang lama.. muscles aku sangat cepat nak bagi signal.. yg aku dah tak mampu nak guna lagu...

namun, syurgaku(mama) selalu offer bila lihat aku seakan dah kepenatan dan kesakitan untuk terus meriba si kecil...
mama yang selalu memahami anaknya ini...
yang selalu cuba nak penuhi keinginan anak nie...

aku balik bercuti je, aku nak makan ape je, ma akan masakkan walaupun dia tak gemar makanan yang aku nak tu (sebak)...
itu lah caranya seorang ibu menunjukkan rasa rindunya pada seorang anak(mungkin)....

tambahan lagi, kini ke dua2 anak perempuannya yg belum bersuami ini kini sudah pun berjauhan darinya..
seorang meneruskan perjuanngan di medan ilmu, dan seorang lagi memulakan kerjaya...

sebelum cuti sem dulu, aku ada menyuarakan pada mama untuk merubah cara pemakanan ku...
nak belajar makan buah dan sayur kerana merubah cara pemakanan boleh reduce symptons aku..

yeah.. mama sangat membantu...
dia usaha untuk masakkan sayur asas terlebih dahulu dan beberapa buah untuk aku makan..
tambahan lagi , aku sekarang kerap makan dan kerapan kelaparan (rasa pedih perut.. gastrik mungkin) di tengah malam.. dengan buah2 yang ada, aku boleh makan saja...

yeah.. pola pemakanan aku dah berubah.. aku semakin kerap makan... namun, perut aku masih x ok... makan x makan sama saja.. pedih jarang sangat  berkurang...
bauan minyak itu seolah sinonim dengan aku buat masa sekarang bagi tangani rasa pedih tu...

Alhamdulillah...
dengan semua yg aku lalui sepanjang cuti sem.. pola pemakanan yg berubah, 'jadi' mummy sekejap.. masuk tahun 3 nie aku rasa kuat sedikit secara fizikalnya.. walaupun dalan sudut dalam badan, ada pain yg selalu datang...

tahun 3 ini, Allah uji lagi.. wheelchair yang aku sering gunakan untuk kelas rosak lagi.. dan perlu dihantar ke penang lagi...
sepanjang 3 minggu ini, aku menggunakan kaki sendiri untuk ke kelas...
Alhamdulillah... walaupun langkahku sangat perlahan berbanding siswi lain.. tapi x mengapa.. yang penting aku usaha..

sampai bila aku nak bergantung pada wheelchair kan..???
aku ada impian untuk sambung lagi pengajianku selepas ini... takkan selepas degree nanti, aku nak bergantung pada wheelchair lagi..???
mungkin ini masanya untuk aku belajar.... guna wheelchair bila kelas terlalu pack je...

tapi, since aku dah mula guna kaki aku sendiri...
Allah mungkin nak tunjukkan pada aku dunia yang sebenarnya..
sepanjang aku ber wheelchair, keadaannya sangat lain nak dibandingkan dengan keadaan aku berjalan kaki...

perbezaan yang sangat ketara sewaktu aku guna wheelchair dan aku berjalan...

aku sedih dengan semua ini.. namun aku kena sedar.. ini lah corak dunia sekarang..

perasaan hormat kaum lelaki kepada wanita berpurdah itu dah semakin terhakis...
bila aku sendiri yang kena, aku sedar semua ini...

dulu, sewaktu aku berwheelchair.. aku sangat terjaga.. ,muslimin nak pandang pun xnak (well... pakai wheelchair.. mind set,  OKU.. yes.. am OKU.. aku x malu pun nak ngaku sebab memang hakikat...) tak dipandang, itu yang aku suka pada waktu itu...
aku selamat.. hati terjaga.. 

tapi berbezanya dengan sekarang... hormat mereka seolah tiada... mungkin juga mereka ingin menguji... menegur tanpa keperluan... mencipta topik yang x sepetutnya pun nak diutarakan...
cuba bergurau tanpa segan... 

jujur aku cakap, minda aku dah set up, kau bukan calon suami terbaik jika ini akhlak yang tunjukkan...
tak kesahlah kau ada rupa atau apa...
rupa tak menjaminkan ke syurga...

Allah nak tunjuk pada aku mungkin.. hakikat zaman sekarang macam mana...
ketetapan hati aku sejauh mana bila hati cuba di usik2...

aku mungkin berubah dari sudut fizikal.. dari duduk kepada berdiri... dari beroda kepada berjalan perlahan...
namun hakikat TAK PERNAH berubah pun...
kehidupan AKU dengan HOSPITAL takkan berubah pun...

bab kata kawan aku... 
aku dengan hospital itu berpisah tiada....

walaupun aku baru 3 minggu melalui tahun 3 ini... aku tahu, ini baru permulaannya... pertengahan, pengakhirannya juga aku masih belum tahu...
makin lama, peredaran ini akan semakin susah dan susah...

susah... itu sifatnya sementaraa...

kesenangan itu akan datang tepat pada masanya kelak...

umur bakal menginjak 23 xlama lagi(ikut tahun)... biasalah tu...
iman Allah nak uji...

jujur,
dengan aapa yg berlaku.. aku tergerak untuk menjadi gadis biasa.. tidak berpurdah tapi mengekalkan identiti aku... prinsip yg sama.. aurat tutup.. wajib.. namun purdah.............

cantik..???
kau akan nampak cantik sebab itu pakaian ummu mukminin...
tapi wajah di sebalik purdah tu kau tak pernah tahu.. betulkah hakikatnya cantik..????
pernah tak kau terbayang, wanita yang berniqab yang kau lihat 'cantik' bila melihat matanya saja yang sebenarnya wajahnya tidak seperti gadis2 lain..???
wajah yang sentiasa pucat seakan x berdarah.. wajah yang terkadang sembab dan terkadang cekung...
pernah terfikir..???

aku bukan nak bagi kau imaginasi apa2...
cuma fikir... 

muslimin,
aku mohon... mungkin ada segelintir pemakai purdah yang tak menjaga etikanya...
berhentilah memperlakukan kami seakan kami tiada maruah dan harga diri...
mungkin kau ingin menguji, tapi pernahkah kau terfikir sebenarnya kau cuba merendahkan kami...
pernah tak kau terfikir, mungkin yang kau cuba uji itu baru saja berjinak2 dengan dunia ini, dengan 'ujian' mu dia mungkin tak mampu nak bertahan...???
ya.. mungkin segelintir yang lain menjadikan purdah itu fashion yang buatkan kau fikir, kami ini x jauh beza dengan yang lainnya...
tapi, cubalah berfikir jauh.. tak semuanya begitu...
bagaimanakah dengan yang betul2 menjaga...???? apakah mereka selayaknya diperendahkan sebegitu rupa..???

muslimin,
jika ini etika dirimu, inikah sebenarnya akhlak bakal seorang pemimpin rumah tangga..???
mampukah kau jamin kau mampu jadi pemimpin terbaik jika kami kau perendahkan..?????
mungkin tujuan mu suka2.. namun kesannya cukup dalam untuk semua...

inilah hakikat mehnah dunia sebenarnya...
semoga niqabis yang lain akan terus kuat...

salam sayang


assalamualaikum w.b.t
salam pertemuan setelah lama diam dan terus menyepi..
sama2 menghulurkan salam buat junjungan besar s.a.w.
selawat untuk baginda nabi muhamad s.a.w.

assalamualaika ya rasulullah..
assalamualaika ya nabiyallah..
assalamualaika ya habiballah...

lama kanvas electronic ini dibiarkan menyepi...
diam seribu bahasa.. tanpa ada sebarang perkhabaran yang jelas bagaimanakah keadaan diriku saat ini..
cukupla hanya saya yang tahu... Alhamdulillah...

setelah empat tahun, akhirnya Allah pertemukan seseorang yang boleh berkongsi rasa dengan saya, berkongsi kesakitan yang sama, berkongsi perasaan, berkongsi kesedihan, berkongsi kepahitan, berkongsi segala-galanya...

dia....
seorang wanita yang berumur pertengahan 20-an..
seorang yang berpangkat kakak dengan saya..
seorang isteri kepada seorang hamba Allah...
seorang yang sangat supportive bagi saya...
seorang yang boleh memahami saya hundred percent...

dia...
seorang yang mempunyai keadaan yang sama dengan saya...
seorang yang bilamana saya katakan sesuatu, dia boleh rasa apa yang saya  dengan meletakkan posisinya pada diri saya...

saya bersyukur dipertemukan dengannya...
walaupun berbeza negara, namun bahasa pengantara kami tetap melayu!
alah... singapore je pun ^_^...
bila2 sihat sikit, ada duit sikit.. bolehla berziarah ke sana.. in shaa Allah...

pernah sampai tahap saya rasa tak sape mampu faham keadaan saya yang sebenarnya...
yela, persepsi manusia nie lain2..
ada yang dah tahu saya nie sakit cegini, maunya tambah lagi saya nya emosi and stress... itu i betul2 xboleh nak faham... ^^'

sepanjang perhubungan kami, banyak yang dah kami kongsikan sekali.. bersama2...
and you know what!! nak cakap kenapa dia dan saya boleh sama2 rasa keadaan masing2, sebab situasi kami tak jauh beza.. apa yang saya rasa, dia pun pernah rasa...

tapi this akak memang supportive sangat.. tak lekang berkongsi ilmu dengan saya... 
bukan tu je, mak this akak juga turut sama memberikaan sokongan pada saya.. Alhamdulillah.. like my mom! <3

antara perkara yang kami cuba kenal pasti adalah.. perkara2 yang kami nak pastikan ianya berpunca dari diri kami yang sebenarnya atau caused of the disease and drug..
the final result, okeeeey... all caused the disease.. hihi

first... emotion..
we shared each other... kak yan tanya sama ada saya mudah emo tak..?? mudah tak nak mengamuk..???
frankly i said.. bukan mengamuk,tapi bab nak naik angin nie, cepat je nak berlaku bila orang duk push me.. paksa2... panik tak tentu pasal.. i been serabut.. that it is the reason why i akan mudah naik angin.. ada yang bernasib malang, dapatlah merasa kemarahan saya.. yang ok sikit, saya akan diam dan terus diam.. xnak melayan.. wei... jawapannya, memang orang yang kena hadap tu terluka dan makan hatila.. heeeee...
bukan tu je, hati nie sensitve yang teramat sangat.. mudah je nak sedih.. mudah je nak nangis.. tengok tv, cite entah pape pun i boleh nangis... ya rabbi.. parah..! bazir air mata.. entohla.. emosi masih xboleh nak stabil..

kalau dulu saya jenis yang susah sangat nak marah, nak terasa, nak nangis sebab habit yang suka gelak dan senyum.. sekarang dah jadi sebaliknya...! i miss my old me..!!!
xdelah banyak airmata yang membazir.. xdelah nak serabut.. xdelah rasa nak emo je...

then, pernah.. seriously pernah.. masa tu saya jalan sorang2.. very slow.. sebab yela.. cara saya berjalankan masalah sikit.. masa tu crowd... there is someone yang langgar saya.. then saya hampir jatuh disebabkan accident tu.. but, Allah haantar seseorang untuk tarik tangan saya ketika tu.. kalau tak, memang berjahit dahi saya.. sebab ketika saya hampir jatuh, kat situ ada papan tanda besi "larangan letak kasut".. 
disebabkan terlalu terkejut, suddenly i was scold her.. with said 

"dah nampak kan saya jalan slow, yang langgar saya lagi kenapa..?? jalan nie besarlah..!"

the girl cuak... pompuan pakai purdah nie naik angin.. hadoi... wei.. fikir2 balik macam lawak je accident tu.. x pernah2 nak naik angin dekat public, tapi disebabkan terlalu terkejut, cuak and entah apa lagi perasaan ketika tu, spontanly i dah marah the girl.. just abit think, apalah orang2 yang tengok ketika tu fikir agaknya.. biasalah.. bila berpurdah nie, ' we are perfect and cannot do any mistakes..." yew...

but i don't care...! i share with kak yan.. haha.. by the way, kak yan ever through the accident too.. mengamuk dekat public.. emosi xboleh nak control.. we share, we laugh together.. how so funny we are..  buat malu je..
kak yan cakap peoples can't understand us.. they might thought the bad think about us based on the accident, but the fact they are never knows..! the sources kami nak angin tu people xtahu.. just we.. 

so, kak yan had told me that the conclusion that is, unstable emotion, mudah angin, nangis tak tentu pasal, nak marah2 xtentu pasal.. it is caused of the disease! not come from our self..

then, tular kak yan cakap... manusia nak faham the true colour of our condition nie bukan mudah..
kalau x betul2 faham, and x pandai nak handle kami, memangla makaan hati berulam jantung!...

bukan tu je, dengan cuaca sekarang.. kami juga berkongsi keadaan yg sama.. penat..! walaupun tido malam!.. bila nak tido, we can't close the eye! but when we need to get up, we hard to open the eye.. hmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmm..

penerimaan peoples... well.. she and i having the same experiences...
the experiennces had made us being more secretive.. lebih suka simpan sorang2 dari berkongsi cause, bagi kami kalau cite dekat people pun tak boleh nak faham pun..
but for kak yan, alhamdulillah.. Allah gave her the best husband ever!.. suami kak yan Alhamdulillah.. faham the disease well.. apa2 yang kak yan buat, husband dy tak ambik hati pun and tak sama naik ketika kak yan beremosi..
it is good! sebab people yg faham macam niela orang macam kami perlukan..
kalau kami dikelilingi orang sama naik dengan kami... contohnya, kami dah jenis mudah nak emo.. nak angin, nak menangis tak tentu pasal disebabkan pengaruh disease tu, dah antum yang sekeliling kami yang kami harapkan boleh faham kami boleh sama naik dengan kami dah kenape..???
itu yang kami tak faham..

dah tahu kami nie xsihat, cubalah jangan sama naik dengan kami.. kami marah, awak terasa terluka.. kami menangis, awak buat entah pape je... kami menyepi atau lain2 awak rasa entah pape jugak... atee cane..??? pleasela.. kami akan rasa macam2 bad thinkingla.. kami akan jadi lebih berahsia kalau awak2 pun sama naik dengan kami..
kami tak sama macam awak2 yang sihat2...
kehidupan kami lebih kepada emosi.. walaupun kami dah cuba kawal.. dah cuba tenangkan dengan segala amalan.. dah jenuh fikir dan sentiasa muhasabah apa punca nie..  but then, yela Allah nak uji mungkin untuk orang sekeliling kami...
we will prefer to pretend to be nothing and to be always fine!...
seriously, people like us really needs peoples yang boleh faham keadaan kami, faham perasaan kami, dengan baik tanpa terbawak2 their emosi too within handle ourselve...
so cane tu..???

hey you!!
if you want to be my friend, please make sure that u are ready to confront with my unstable emotion...
you get ready to see i will get mad anytime, anywhere... you must get ready to see my cheap of tears.. get ready to see my bad mood... get ready to see my silent mood... get ready to see my fatigue everytimes..  before you decide to be my friend, make sure u have hati yang kental.. hehe.. 

by the way!.. actually bila kami fikir balik ketidakstabilan emosi kami yang entah pape..yang tak kira waktu and tempat tu, we story we laugh.. but bak kata kak yan, it all are not funny exactly..tapi bila story2, kami gelak je.. ntah pape je la kami punyer live rules nie.... confuse jap...

but, saya betul2 bersyukur dipertemukan dengan kak yan...
dan ibunya.. just like my mom.. yang faham apa yang puteri dia nie boleh buat and apa yang xboleh...

kehidupan akan datang jauh lagi.. so,  moh terus kedepan le ye kite... ^_^

give us ur support...
mekaseh...

salam sayang....

bismillahirahmanirohim...
salam dan selawat buat junjungan besar S.A.W.

assalamualaika ya rasulullah..
assalamualaika ya habiballah..
assalamualaika ya nabiyallah...

kekalkan rasa rindu dan cinta buat kekasih yang AGUNG..
kekasih nombor dua  pemilik hati kita dunia dan akhirat selepas Allah S.W.T...
semoga di akhirat kelak ada syafaat dari Bad\gubda S.A.W untuk kita semua atas rasa cinta kita pada baginda S.A.W.

Alhamdulillah..
percutian semeseter ketiga saya sudah pun sampai ke penghujungnya..
hanya berbaki lagi seminggu.. 
maka bermula isnin depan(8/6/2015), bermulalah perjuangan saya disemester baru iaitu semester keempat...

Alhamdulillah..
sehingga kedetik ini masih ada nafas untuk meneruskan perjuangan dalam menuntut ilmu dan menyempurnakan tanggungjawab ini....
semester yang baru dengan semangat yang kian baru jugak dengan progress yang kian baru dari hari ke hari...
coklat baru... sedap..!

permulaan semester yang baru dengan bekalan 'coklat' yang baru ^^,...
syukurlah... mungkin ada hikmahnya disebalik penambahan coklat baru nie...

tak perlu saya sebut 'coklat' apa, kerana saya yakin, rata2 mengetahui apakah itu 'coklat' yang saya makan secara terus selama 3tahun ini untuk melengahkan serangan2 baru...

Alhamdulillah...
serangan itu tiada sejak kebelakangan ini nak dibandingkan dengan sahabat seperjuangan saya.. 
bila in touch dengan nya, saya pasti dimaklumkan dia sedang mendapatkan rawatan dihospital kerana serangan baru... kelebihannya, symptonsnya mungkin on off disebabkan ada serangan...

namun, berlainan dengan saya.. kelihatannya seperti sekata, tiada serangan namun symptons saya tak pernah off....always in progress... bahkan symptons yg ada semakin galak bermain dalam diri saya....

saya syukur bila orang cakap

"haa... dah sihat dah dia.. dah tak masuk hospital dah... syukurlah.."

amin...! itu doa bagi saya... sebab setiap kata2 itu walaupun hakikatnya saya tahu progress diri saya macam mana, lama2 boleh dimakbulkan Allah..!
sape tahu salah seorang dari yang menyatakan ayat nie adalah seorang yang senang dimakbulkan doanya..? ^_^ Alhamdulillah....

saya dan rakan seperjuangan sering berkongsi progress masing2...
ya, dia turut mengakui berterusannya progress saya.. fiziknya tiada attack, namun dalamnya sering ada progress... yang sering dirisaukan mana2 pesakit yang lain...

in shaa Allah, ada rezki saya pun boleh sembuh macam biasa... tiada yang mustahil bagi Allah...

apa yang saya alami..???

kulit saya menjadi sangat sensitif.. tidak pernah off untuk symptons yang ini... bila saya memagang ice atau memegang gelas yang ada ais, ya Rabb.. tak lama, seminit pun jadi... tangan akan terus memerah dan pedih... pada awalnya saya ingt biasa je.. namun rupa2nya tak...

bukan pada sejuk je, juga pada cuaca panas... kulit memerah seperti udang kena panggang terutamanya pada bahagian lengan walaupun saya berada dalam rumah... pedih bagaikan kulit yang melecet akibat terlalu lama menggaru dan terusnya disiram dengan air (gambaran), muka juga begitu...
kadang2, untuk kurangkan pedih, tuala kecil basah akan sentiasa ada kat tangan untuk diterap ke muka... 
kalau lengan ok, boleh tahan, namun untuk kulit muka memang tak... sebab semua tahu kan kulit muka kita mungkin tak setebal kulit tangan... bila saya berjalan bawah matahaari, cam biasala.. payung... yang awkwardnya orang akan tengokla.. sebab dah tutup semua tapi still berpayung...
well.. saya anggap dorang tak tahu apa2 sebab dorang memang tak tahu pun kan.. hu3

saya pun manusia biasa, kadang2 ada juga keinginan untuk berjalan jalan macam yang lain... kaki memang takkan rasa lenguhnya, Alhamdulillah... namun belakang saya akan menunjukkan pain nya bila badan sudah tak mampu untuk terus melangkah.. haa.. tapi saya suka juga cabar diri saya...
alah, sakit jangan nak manja sangat.. makin dimanja makinlah badan akan jadi mengada ngada..
so act like normal... ^^'

tak stabil tu macam biasalah kan...
comel sangat haa.. boleh bersaing dengan anak2 kecik...

bila jumpa doktor beberapa minggu yang lepas,
story everythings! apa yang saya alami.. n yes, doktor tu pun akui symptons saya in progress over the time...
two of neuro specialist disscuss each other, how should they do toward me...kata salah seorang darinya, symptons saya semakin serius... tak menunjukkan main2 dah macam sebelum2 nie... disebabkan tu, hasil disscusion, saya diberi tambahan ubat baru...

pada awalnya, steroid sebagai end up nya untuk pertemuan tu... tapi saya baru diberhentikan steroid awal tahun nie... kesannya mungkin masih ada.. jadi buat sementara nie, steroid akan dielakkan dan diberi beberapa jenis coklat2 lain untuk bantu reduce symptons... stay monitor n coming MRI repeated again...

bangun setiap pagi pening2...
tapak kaki sakit melampau2... nak stabilkan badan bila berdiri pun kadang2 susah.. tapi tak pela.. usaha tu penting...
jangan kata SUSAH sebelum mencuba...
jangan berputus asa sedangkan peluang untuk berjaya itu terbentang luas...(cewah.. pandai sangat mengayat.. padahal terkadang emo jugak... sebab geram dengan diri sendiri ^^')

soal mata, tak nampak nak kata apa2.. sebab neuro serahkan sepenuhnya dibawah pengawasan opthal...
eye's pain tu sentiasa ada terutamanya pada bahagian kiri... blurred vision, sometimes double vision... sometimes temporary blindness... end up..??? tunggu apa kata opthal minggu depan.. hehehe

apa2 pun UMMU FURQAN mohon doa sahabat2 yea.. moga perjuangan ummufurqan dalam menuntut ilmu dimudahkan walaupun "sahabat" nie sentiasa menemani tak kira masa... tak kira siang atau malam.. tak kira sedang buka mata atau tutup mata... ^^, itu namanya the true friend kan..????

oklah.. setakat nie untuk coretan kali ni...
 salam sayang untuk semua...



Assalamualaikum w.b.t.
salam dan selawat buat junjungan besar S.A.W.
kekasih Allah yang maha agung...

assalamualaika rasulullah...
assalamualaika ya habiballah..
assalamualaika ya nabiyallah..

hati akan tenang selagimana pergantungan pada Allah itu ada


Allahumasoli3saidina muhamad...

kaifaha lukum???
moga2 sihat ya semua....

Alhamdulillah.. pejam celik pejam celik.. sudah berakhir pun semester ketiga ni... semuanya berlalu dengan begitu cepat sekali...
saya sendiri pun tak percaya saya sudah melangkah sejauh ini...
masuk saja semester keempat iaitu penamat tahun kedua, semuanya akan berjalan dengan lebih pantas...
tahun ketiga seterusnya tahun terakhir iaitu tahun akan bergelut dengan thesis, research.... Alhamdulillah...

walaupun banyak kesukaran yang perlu dilalui, Alhamdulillah.. DIa tak pernah lepaskan hati saya sehingga saya boleh jatuh ke lembah putus asa... tatkala diuji dengan ujian dan fitnah yang sama, saat itu terasa teramat sukarnya nak dibandingkan dengan sukarnya menahan sakit akibat 'sahabat setia' nie...

tapi, saat itu Allah hadirkan insan2 yang terus2an memberi semangat pada saya.. memberi kata2 nasihat.. memberi kekuatan pada saya.. meminjamkan bahunya pada saya.. menenangkan saya dengan pelukan kasihnya seorang sahabat dan seorang kakak... subhanallah... indahnya percaturan Allah..!!

disaat ramainya yang berpura-pura, masih ada yang ikhlas dan jujur...
dan boleh terasanya keikhlasan mereka dalam sentiasa bersama saya...

terkadang kesabaran saya seolah olah cuba dicabar... dan ada kalanya saya rasakan ya rabb, kesabaranku ditahap maksimun.. mampukah aku terus bersabar...???
tapi, tiba masanya di saat kesabaran itu ditahap maksimun, Allah jadikan hati ini seolah2 kering...
tidak terasa apa2.. kosong...
dan saat itu rasa sangat syukurnya.. syukur yang sangat... Alhamdulillah...

disaat hati itu beku,, walau apa pun yang manusia buat terhadap peminjam hati beku ini, no respon, no reflect... just cool n teruskan hidup macam biasa...
kadang2 ada juga terfikirkan, ala mereka yang sengaja nak cari pasal nie sebab dorang teringatkan saya... (perasan kan..??? huhu.. husnuzhon nim...)
itu salah satu cara sebenarnya untuk saya tetap cool.. tak nak dan tak nak ambil tahu...walaupun saya tahu lambat laun saya akan tahu juga...

3semester... dengan keadaan kesihatan saya yang berbeza.. namun saya tahu,, dari masa ke semasa... Allah membentukkan diri saya untuk lebih cekal dan berdikari... untuk terus dan terus fight sakit saya yang sentiasa cuba bergelut dengan saya terutamanya kepala, mata, belakang dan tangan saya...
sakit, blurred vision, double vision, numbness, rasa macam kena tikam dengan pisau dekat muscle2 tertentu...

yeah,, walaupun saya tahu keadaan saya secara hakikatnya menurun, tapi tak mengapa.. kerana Allah izinkan saya untuk kelihatan ada improvement pada sudut fizikal...
psychology... yes... psychology yang saya sentiasa cuba set yang saya tak sakit.. tak rasa apa2 sehingga di hadapan sahabat2 pun saya kelihatan biasa sedangkan pada hakikat, sakit itu amat terasa.. dan sukar untuk dikawal...

tapi saya tak nak hidup bergantungkan dadah semata mata.. cuba hidup secara natural... lawan semua symptons dengan psychology... seandainya ditakdirkan makin teruk, itu perancangan Allah yang lebih baik.. Allah mungkin ada sesuatu yang lebih baik untuk saya.. untuk kehidupan saya pada masa kini dan akan datang... hikmah yang cukup sempurna kelak... husnuzhon...

alhamdulillah... doakan saya terus positif dengan keadaan saya dan apa yang akan saya lalui pada masa akan datang....
sekarang saya sedang bercuti selama dua bulan sebelum meneruskan semester penghujung untuk tahun kedua ini...
Alhamdulillah...


doakan saya dapat meneruskan pelajran saya dengan baik dan boleh mencapai cita2 saya...

salam sayang...


assalamualaikum w.b.t.

assalamualaika ya rasulullah...
assalamualaika ya habiballah...
assalamualaika ya nabiyallah...

salam dan selawat buat junjungan besar kekasih Allah yang dirindui selalu...

cepatnya masa berlalu...
pejam celik pejam celik... 16 march ini akan bermulalah final exam untuk semester pertama tahun kedua saya.. tembak doa banyak2 ye untuk saya...
insha Allah... final akan berakhir pada 3 april.. dan seterusnya saya akan kembali ke kampung kelahiran saya di bumi pantai timur untuk merehatkan minda dari tekanan belajar.. merehatkan diri dari kepenatan menempuhi semester baru yang semakin mencabar... dan semesti untuk mempersiapkan mental saya agar terus kuat berpegang dengan tali Allah...

apa akan berlaku pada semester akan datang masih menjadi rahsia Allah...
moga2 saya yang lemah ini akan terus kuat dan kuat...

semester ini baru saya sedari agar mencabar untuk saya apabila saya meneliti slip peperiksaan.. :(
memang agak mengejut... tiba saat untuk menduduki peperiksaan akhir baru saya sedari bahawa lima dari enam subjek yang saya daftarkan untuk semester ini rupa2nya berbahasa arab... Allahurabbi....

saya sebenarnya agak lemah dalam bahasa arab dibandingkan bahasa enggeris...

justeru itu saya mohon doa dari sahabat2 semua.. tembaklah doa untuk saya banyak2 agar final semester ini saya boleh tempuhi dengan mudah walaupun sebenarnya agak mencabar... mohon ya.. :)

salam sayang

Assalamualaikum w.b.t.
salam sayang kepada semua yang masih sudi membaca penulisan saya yang tidak menentu update nya..
sebelum itu... sama2lah kita berselawat dan menyampaikan salam kepada baginda S.A.W.

assalamualaika ya rasulullah..
assalamualaika ya habiballah..
assalamualaika ya nabiyallah...

ya Allah...
ketika ini begitu terasa sekali tautan rindu kepada DIA yang satu dan kekasihNYa yang mulia...
terdetik sebak yang mencengkam...
benarlah... dakwah rasulullah itu tiidak mudah... tapi baginda sabar dan terus sabar... walau seteruk manapun cubaan yang datang, Baginda sabar dan terus mencuba....

begitulah situasinya dengan saya...
saya juga ingin mencuba dakwah secara praktikal.. bukan sekadar teori dan juga penulisan...
saya tahu pada mentaliti masyarakat.. umumnya memikirkan saya MUNGKIN tidak mampu.. iyela.. sebab saya nak berjalan pun, nak orang pimpinkan...
di tempat belajar pula hampir sepenuh masa bergantung kepada walking aids sehinggakan ramai yang menyangkakan saya seorang yang lumpuh teruk dan tidak mampu berjalan seperti orang lain...

tidak... saya boleh berjalan lagi walaupun kaki saya tiada sense... dan sense yang berbaki sedikit di hujung jari.... Alhamdulillah...
paling tidak saya masih sensitif jika saya terpijak barang berharga milik sahabat2 bila hanya jari kaki  yang masih sedikit rasa...

setiap kali housemate saya bercerita perihal sahabat2 mereka yang kesian dengan saya.. dan fikirkan 'bagaimana saya bergerak" "bagaimana saya bangun dan duduk" dan lain2 lagi.. saya hanya tersenyum dan kadang2 gelak...

sayang! 
akak masih boleh jalan lagi... akak guna walking aids sebab nak elak jatuh saja... sebab kaki akak xde sense... tak stabil.. itu saja... berjalan, insha Allah.. jika Allah izinkan.. akak masih mampu... bukan lumpuh sepenuhnya.. lumpuh penuh itu pengalaman lalu akak... pengalaman yang banyak mengajar akak erti sabar dan perlunya kuat serta sentiasa positif... :)

Alhamdulillah...
semester 3 ini, saya mencuba untuk mengikuti sahabat2 batch melakukan aktiviti luar...
biasalah kami apabila menjadi pelajar jurusan dakwah... pastinya kami belajar teori dan akan ada praktikalnya by sem...
sudah 2 semester saya terkecuali daripada aktiviti yang perlu dilakukan kos kami retetan keadaan saya yang tidak menentu dan saya diberi pengecualian...
namun... saya sentiasa berfikir, sampai bila saya harus dikecualikan?? sedangkan saya mempunyai 8 semester untuk ditempuhi...
sekarang saya sedang menempuhi semester 3.. dan masih berbaki 5 semester...
2 semester pertama@ tahun pertama, telah saya sia2 kan... saya dikecualikan kerana keadaan yang sangat2 tidak menentu...

saya terfikir, takkan seluruh semester saya perlu mengelak daripada aktiviti praktikal ini..???
adakah saya hanya perlu kuasi teori..?? praktikal saya macam mana pulak..???
saya tak nak menjadi seorang yang HANYA ada ilmu TAPI tidak tahu untuk mengaplikasikan...


saya tak nak gunakan alasan saya sakit...
sakit saya hanya sementara... saya tak tahu selama mana tempoh yang Allah rancangkan untuk saya berkeadaan begini... jadi, takkan saya nak terus begini...??? move forward..!
itu adalah pilihan saya...!

NEKAD...!
DEGIL..!
TOLAK APA ORANG FIKIR...!

itu semua yang saya pegang sehingga kini...
saya nekad... lawan dan lawan... 
akhirnya, semester ini saya diizinkan jua untuk mengikuti program 'HOMELESS"...

ya... saya tahu... antibody saya sangat lemah dan mudah untuk dijangkiti apa2.. tapi, saya yakin... Allah akan jaga saya selagi restu kedua ibubapa saya ada...

ya.. saya tahu... sahabat2 saya berat hati untuk mengizinkan saya pergi... kerana saya yang tidak mampu berdiri jika tertolak... dan berkali kali mereka bertanya yang boleh ke saya pergi..??

ya... saya nekad.. sya akan pergi... untuk dapatkan pengalaman berharga ini... saya tidak pasti semester akan datang saya akan ada lagi atau pun tidak... jadi, saya inginkan pengalaman itu bermula semester ini...

saya berkali kali nyatakan kepada keluarga saya terutamanya mama saya...
saya tidak akan apa2 selagi mama yakin saya mampu menjaga diri saya...
saya berkali kali bercerita dengan mama program saya semester ini.. dan saya nyatakan nak join...

dan Alhamdulillah.. mama izinkan... 
sehingga ke detik saya sedang bergerak melepasi pagar kolej juga saya masih meminta izin mama...
dan mama cakap 

"pergilah... jaga diri elok2... kalau penat rehat"

dari situ, saya tahu mama merestui... dan hati saya cukup tenang untuk pergi walaupun kakak saya cakap kawasan yang menjadi point kami adalah kawasan 'panas'...
saya yakin Allah akan jaga saya....
saya yakin semuannya...!! dan saya yakin saya akan selamat..!!!

sebab itu bila ada sahabat saya bertanya saya nak pair dengan siapa dalam program ni,. saya hanya jawab

"tak kisah... nak lepas sorang pun tak pe.. asalkan jangan tolak je.."

sebab keyakinan yang Allah serapkan dalam hati saya...
namun, mereka tidak faham saya...
mereka tetap risaukan saya.. saya sangat menghargai kerisauan mereka...
tapi yakinlah bila saya boleh yakin... dan risaulah bila saya ragu dengan diri saya sendiri...

terkadang, saya sukar untuk berdikari bila kerisauan sering bersama mereka...
terkadang saya sukar mencari privacy saya sendiri bila sentiasa ada yang memerhatikan saya kerana diri saya yang begini...

macam mana saya mampu berdikari jika saya tidak diberi peluang untuk berdikari..???
ya... ketika menggunakan walking aids (wheelchair) saya memang perlukan bantuan... macam bukakan pintu untuk saya... dan bantu saya naik lif di kawasan lif yang cepat nak kepit saya... -_-

itu saja.. dan ketika untuk mendaki ke aras dua dan ke atas... itu saja...
selebihnya, biarkanlah saya berdikari....
saya ingin servive sendiri.... saya memang OKU berdaftar.. tapi saya masih ada kemampuan sendiri...
saya inginkan masa untuk diri saya sendiri...

saya seorang yang gemar berjalan bersendirian suatu masa dahulu...
saya seorang yang gemar buat kerja sendiri..
saya seorang yang tidak suka mencampuri orang untuk tujuan suka2...

that is not meant i am anti-sosial...
saya boleh bersosial.. tapi tengok keadaannya...
habit saya sejak zaman sekolah lagi... dikawasan belaja.. saya lebih gemar bersendiri.. ke sana ke sini sendiri...

jika keluar dari tempat belaja, yes... saya boleh jika ingin bersama sama saya.. saya boleh jika nak keluar berjalan bersama...

dan, saya fikirkan... saya tak nak menjadi beban kepada sahabat2.. sebab itu saya ingin terus mencuba untuk menggunakan kemampuan saya yang masih berbaki...

ramai yang tidak menyangka saya mampu memandu kereta sendiri...
sehinggakan bila saya offer pada seorang sahabat untuk drive untuk cari bahan assigment, jawapannya cukup jelas untuk saya yang dia tidak yakin dengan saya dan dia tidak tahu saya yang sebenarnya macam mana...

ramai yang tak tahu, jika saya pulang ke kampung halaman, kereta adalah satu perkara yang saya mark yang saya akan buat...
sebab saya sangat gemar memandu... bukan bermakna saya suka merayap... tidak... paling tidak, saya menggunakan peluang yang ada, drive untuk jumpa sahabat2 lama saya... bawa mama beli barang atau apa.. atau keluar dengan kakak... :)
sebab tulah, bila cuti semester yang lepas, saya perlu ke kuala terengganu untuk mencari bahan assigment, mama izinkan dan mama biarkan.. sebab mama tahu saya mampu... abah sendiri pernah izinkan saya drive jauh...
alhamdulillah... keyakinan beginilah yang saya sangat perlukan untuk terus berdikari...
jika tiada ruang yang diberikan kepada saya... saya tak tahu nak buat apa...

kerana keyakinan keluargalah saya mampu servive belaja di tempat yang berjauhan dengan keluarga...
keyakinan mereka, restu mereka.. sehingga ke semester 3 ini, saya masih mampu bertahan..
jika saya tiada tekad, nekad yang ingin mencuba... ditambah dengan restu dan keyakinan keluarga, saya sudah lama berhenti belajar... 

dan Alhamdulillah...
malam program itu berlangsung, dengan keyakinan yang Allah berikan... dengan restu keluarga, mama dan abah...
saya jadi kuat... kuat lebih dari yang jangkakan... bersemangat... dan terlupa yang saya nie tak macam orang lain sebenarnya...

saya tahu, ada mata2 yang mungkin rasa yang saya adalah beban... but depends... saya harap itu hany perasaan saya dan bukan kenyataannya...
saya sentiasa yakin Allah menjaga saya malam itu... sebab itulah saya langsung tak effect apa2.. even spasm yang sentiasa bersama saya pun, tak datang ketika tu.... Allah mudahkan... Alhamdulillah...

terima kasih Allah...!!! berikan peluang yang berharga ini...!!!!

jujur saya cakap...
jika ada dari kalangan sahabat saya yang membaca catatan hati saya ini...
telitilah apa yang saya nyatakan ini...


terima kasih sahabat untuk jagaan kalian

dakwah bi hal wa bi hikmah


"kehadiranku bukanlah ingin menjadi satu beban untuk kalian..
aku bersyukur bila kalian bersamaku di saat waktu kritikalku dulu...
aku bersyukur kerana kalian sudi menghulurkan tangan kalian untuk membantuku...

sahabat2ku..
hadirku, aku tidak ingin menjadi satu beban yang berat untuk kalian...
aku tidak pernah menjangkakan semua ini akan berlaku di saat aku bersama kalian...
namun, Allah mengetahui hatiku yang dahagakan ilmu... kerana itu aku memperolehi keizinan untuk menuntut ilmu.. namun, dalam masa yang sama aku mungkin ujian kesabaran untuk kalian...

sahabat2ku sayang,
tidak pernahku minta dan menagih simpati dari kalian...
bantulah aku jika hatimu ikhlas untuk membantu...
dan tinggalkanlah aku jika aku adalah beban...
aku tidak mahu menjadi asbab rosaknya hatimu sahabat...

sahabat2ku,
satu perkara yang aku ingin kau tahu...
sejurus aku membaca laporan doktor yang aku tidak lagi seperti aku yang dulu,
aku tidak lagi aku yang cergas dan aktif seperti kalian...
aku tidak lagi mampu kembali menjadi seperti kalian... laju langkahnya, cepat pergerakannya..
dan aku perlu mendaftarkan diriku sebagai ORANG KELAINAN UPAYA yang rasmi, aku sudahpun memujuk diriku dari awal...

apa yang aku lalui dahulu akan berubah sepenuhnya mungkin...
aku yang dulu, ramai yang ingin mendampingi, ramai ingin bersamaku, ramai yang ingin cuba menjadi yang diantara terapat denganku, ramai yang ingin sekumpulan denganku,
semuanya akan berubah... bermulanya detik aku melangkah keluar dari hospital selepas serangan teruk setahun yang lalu...
justeru itu sahabat, aku tak pernah berharap untuk menjadi salah seorang yang boleh bersama kalian...
aku tak pernah berharap kalian untuk bersamaku...
aku tak pernah berharap untuk ada yang membantuku.. kerana selagimana aku mampu untuk berdikari... aku ingin mencuba...

dan sahabat,
jujur untuk aku nyatakan... jika kalian abaikan aku sekalipun, aku sudah siap untuk itu... aku sudah siap untuk hadapi semua itu... dan aku tahu aku juga adalah beban...

tapi, hapuskanlah persepsi aku adalah beban kerana aku akan cuba untuk berdikari dan terus berdikari...
aku tidak perlukan rasa simpati...
aku masih aku yang dulu... cuma fizikal aku yang sedikit berbeza dan lemah berbanding kalian...

sahabat2ku,
ikhlaslah dalam bersahabat denganku...
jika tidak mampu, aku tidak pernah memaksa untuk kalian bersahabat dengan ku...

mungkin kita ditakdirkan hanya untuk menjadi kenalan saja... bukan kawan apatah lagi sahabat...
sahabat,
Allah saja yang tahu apa yang ada di dalam hatimu..
dan Allah jua yang akan menemani saat suka dan duka ku...

sahabat2ku...
aku ingin memohon maaf kepada kalian untuk semua kesalahan yang aku lakukan selama 3 semester yang tidak aku ketahui dan juga ketahui...
maaf kan segala silap dan salahku kepada kalian...
terima kasih kerana banyak membantuku selama 3 semester ini...
moga Allah membalas kembali kebaikan kalian suatu hari nanti...."

buat semua yang sudi membaca penulisan saya nie,
saya juga ingin memohon maaf kepada kalian seandainya selama ini ada penulisan saya yang menyentuh hati kalian(muslimin) tanpa saya duga...
saya tidak memaksudkan apa2... waktu mematangkan saya... dan apa yang tercatat mengikuti peradaran kematangan saya sendiri.... maaf beribu kali maaf... kosongkan hati jika ingin membaca penulisan saya... usah di tanam niat untuk mencari saya di alam realiti...

kepada muslimat pula...
terima kasih kepada yang menghulurkan salam persahabatan...
terima kasih kerana sudi menyayangi dan mengasihi diri ini...
terima kasih untuk segalanya...
dan maaf jika ada mesej yang tidak berbalas... maaf jika ada yang terkecil hati... maaf jika ada yang termenyampah dengan penulisan saya...

semoga Allah merahmati kalian...

salam sayang.....


assalamualaikum w.b.t.
salam sayang kepada semua readers yang masih betah membaca penulisan saya yang kerap berubah susunan kata dan rentak...
syukron kerana masih meneruskan bacaan terhadap penulisan yang terkadangnya merapu entah sampai mana kan..???

sebelum tu...
jom ucap dan lafazkan salam dan selawat buat kekasih Allah junjungan besar Nabi Muhamad S.A.W.
assalamualaika ya rasulullah...
assalamualaika ya nabiyallah...
assalamualaika ya habiballah...

allahumasolia3la saiyyidina muhamad... 

sementara menanti subuh yang bakal menjelma..
izinkan jemari yang lemah ini berkata-kata...
walaupun mungkin sekadar perkongsia biasa...
moga2 sampailah pada maksudnnya...
seandainya ada kelalaian dalam penulisan ini, abaikan dan tegurlah...
yang baik2 sahaja, ambiklah sebagai tauladan..

rasanya semua dah sedia maklum dengan apa yang tengah kecoh dan diviralkan sekarang...
ya... isu pantai timur di landa ujian Allah...(xnak sebut bencana sebab kita tak tahu kenapa Allah bagi semua nie.. mana tahu Allah ada hadiah yang cukup istimewa yang kita tak tahu..)

jangan cakap saya hanya pandai menulis dan berkata-kata sedangkan saya sendiri sering risaukan keluarga yang berada di kampung terutamanya mama, abah, kakak yang belaja di uitm machang, abang yang menetap di kampung dan semua yang tidak merantau seperti kami nun jauh ke pantai selatan...

jujurnya, saya sendiri anak kelahiran pantai timur yang sedang dilanda ujian Allah...
anak kelahiran dan tempat membesar dan bersekolah di sana berbelas belas tahun... hanya kerana menuntut ilmu di peringkat ijazah ini saja yang membawa saya keluar dari negeri kelahiran saya...

saya bukan anak kelantan, tapi saya anak terengganu...
mungkin ada yang berfikir, terengganu tidak seteruk kelantan.. ya... negeri serambi mekah itu diuji dengan ujian yang cukup hebat...
banjir yang luar biasa akibat pertembungan musim tengkujuh, angin monsum dan fenomena bulan penuh...
masing2 belajakan geografi.. bila bulan penuh nie, air laut akan pasang...  

itulah yang MUNGKIN asbab yang kita boleh agak kenapa air semakin naik walaupun hujan sudah pun reda...
berdoalah... kita tak tahu apa yang Allah rancang untuk kita...

setiap negeri mengalami situasi yang berbeza...
saya sendiri pun masih terfikir, kenapa berita mengenai banjir di negeri serambi mekah tu tidak terlalu aktif di siarkan di kaca tv..???
maklumkanlah.. agar masyarakat tahu situasi sebenar... sudah banyak nyawa yang terkorban akibat banjir yang luar biasa ini.. namun, jarang2 orang yang tahu tatkala maklumat se olah2 cuba di sembunyikan kepada umum...

apakah maksud semua nie..???
no..! i didn't mean wanna blaming our........
but think and think... where are them...????
sometimes, i thought that is funny..! couse why..?? i think, you know what i mean is...
dunia semata mata...!!!!

bersabarlah dalam menempuhi ujian2 Allah ini...
mungkin, yang telah Allah ambil ketika ujian ini melanda kerana Allah lebih tahu arwah2 tidak mampu untuk menempuhi kehidupan yang mendatang... mungkin Allah tak nak mereka merasai susahnya kehidupan yang semakin dekat dengan kehadiran dajal.. atau sebenarnya dajal tu dah......?????
Allahua'lam...

saya menonton setiap video yang ada jugak, hampir menitis airmata saya...  kematian di dalam rakaman itu csungguh memilukan hati...
ya rabbi... benarlah.. tak semestinya yang sakit itu ajalnya cepat.. yang sihat itu ajalnya lambat...
ada saja, yang sakit Allah panjangkan hayatnya.. mungkin untuk terus mendidik sabar dalam diri...
yang sihat, tidak dijangka Allah mengambilnya dulu...

saya sejujurnya pelik... kenapa keadaan di negeri2 di terengganu dan pahang juga seolah-olah senyap sahaja...???
tak adakah berita tentang mereka..???
saya sebagai anak terengganu sangat gusar memikirkannya...
ada perkhabaran bangkai seekor ular yang sangat besar terdampar di pantai... 
daerah kemaman di landa banjir yang paling teruk sehinggakan lebuh raya yang menjadi jalan keluar rakyat2 terengganu jugak di naiki air... 
jika jalan dalam dan luar pun tak boleh lalu, automatically ianya bawak maksud rakyat terengganu juga terputus hubungan..!
cuma tidak seteruk kelantan...
fenomena air pasang....
amaran tsunami... 
moga Allah lindungi mereka semua...

hati anak rantauan ini sentiasa gelisah...
fikirkan mereka di kampung..  fikirkan ma, abah, akak, abang, anak2 buah...
mujurlah daerah kami masih selamat dari banjir besar.. namun angin kuat, air pasang dan ombak besar...??? kata mama, ombak sudah naik ke jalan... :(
risau dengar perkhabaran tu... moga2 ianya sekadar peringatan dari Allah...

namun,
saya masih terfikirkan isu hidupan dasar laut yang seolah-olah menyerah diri kepada manusia...terdampar di pinggir-pinggir pantai sehingga hamba2 Allah seolah- olah berpesta dalam memungut 'mereka'...

saya pernah terbaca situasi ini dan menandakan sesuatu dari laut mungkin akan berlaku.. Allahua'lam...
saya tak nak buat apa2 andaian.. kerana semua dalam perancanga Allah... moga2 ini sekadar peringatan dari Allah agar hamba2Nya kepada padaNYa... 
tidak lagi lalai dalam mencari DIA...

husnuzhonlah dengan segala aturan Allah...

saya doakan, pemimpin2 tinggi malaysia, turun padang dalam melihat siituasi sebenar rakyat2 pantai timur...
media cetak dan media elektronik menyiarkan laporan yang benar tentang keadaan2 negeri2 terlibat...
hentikan politik buat sementara... politik tak bawa kemana pun... yang akan di bawa ke akhirat kelak adalah amanat yang dipikul...
jangan kerana sikap boleh menyebabkan mulut berat untuk menjawab pertanyaan Allah kelak...

marilah kita sama2 doakan mereka.. penerima2 ujian Allah... dan bantulah mereka sedaya yang kita mampu...

"allah takkan uji kalau kita tak mampu......"

tabahlah hamba2 yang terpilih...!






Assalamualaikum w.b.t.

salam dan selawat buat junjungan besar S.A.W.
assalamualaika ya rasulullah!
assalamualaika ya nabiyallah
assalamualaika ya habiballah...

malam yang muda menjengah ke tua,
ramai insan sedang menikmati indahnya sebuah lena...
diulit dengan mimpi2 indah...
diselimuti dengan kedinginan malam...
dihiasi dengan bunyi siulan malam....

di saat itu masih ada sepasang mata yang masih tidak mampu untuk terpejam...
dipejam salah, di celik pun salah...
penat rasanya memujuk diri untuk lena.. cukupla sekadar sejam dua di malam yang muda mata ini lena mencari sinergi untuk hari esok...

kekuatan itu hadir bila iman sentiasa kita letak sebagai pemandu arah kehidupan kita...
kesedihan itu biasalah...
siapa yang seumur hidupnya bahagia...?? yang senantiasa boleh tersenyum dan ketawa...?? yang tidak pernah didatangi ujian dan masalah...???
cuma, caranya saja berbeza...
mungkin sama dan mungkin juga tidak sama...

ya...
disaat ujian mendatang, itulah pengukur kesabaran kita...
ukurlah ketika itu benarkah kita seorang yang sabar...???
benarkah kita tidak melatah saat gentir itu datang..???
apa yang bertinta di kelompak hati kita...???

senyumlah sayang...
biarkan manusia tak pernah tahu apa yang ada didalam hatimu...
bagaimanakah kelompal hatimu..???
mekarkah ia atau sedah suramkah ia...???
senyumlah sayang...
benar tidak mudah melangkah dalam ujian yang menimpa nimpa...
tapi fikirkanlah.. di saat orang lain bahagia, kita sedikit susah kerana kehidupan kita banyak sangat coraknya dengan liku2....
subhanallah... indah sungguh untuk dikenang pada hari esok.. indah sungguh untuk dirindui bila diizinkan kita menjadi penghuni syurga...
kerana, kita tak tahukan.. dengan sabar itu yang banyak membantu dan mempermudahkan jalan kita untuk ke jannah..???
senyumlah sayang...
tika titisan jernihmu di tubir mata...
sekalah agar hanya kita dan DIA yang tahu apa yang sedang berlaku dan apa yang sedang kita rasakan....
senyum dalam tangis...
ketawa dalam tahanan airmata...
cubalah...
siapa tahu inilah persediaan untuk kehidupan yang lebih sukar pada masa akan datang...

kita takkan pernah tahu apa yang akan kita lalui...
senyumlah sayang..
disaat berkongsi bahagia dengan orang sekeliling walaupun pada hakikat kita hanya sendiri...
menongkah dan berdiri di atas sebuah titian yang mungkin banyak durinya...
sakitnya dan luka berpijak atas titian itu, cukuplah hanya kita yang tahu...
senyumlah di saat mereka bahagia...
jangan dibiarkan mereka tahu apa yang kita rasa...
jangan rosakkan kebahagiaan mereka dengan kesedihan kita..

senyumlah sayang...
kedukaan, penderitaan, kesusahan itu tak lama...
sudah sekian dirimu bertahan.. tidakkah rugi jika kau mengalah sekarang..?? penamatnya masih belum jelas bila akan kelihatan.. mana tahu esok..??? lusa..??? atau........................???
Allah sentiasa melihat kita...
tersenyumlah sayang...
gigihnya kita dalam memberi senyuman, pasti DIA jua turut tersenyum pada kita tanpa kita tahu kerana keikhlasan hati kita untuk bertahan dan terus bertahan...

biarkanlah semua kesusahan dan kesedihan itu terus berlalu...
hadapi dan hadapi...
tiba satu saat, ianya pasti akan pergi...

jangan pernah mengalah dengan kehidupan sementara ini...
benar..
iman kita turun dan naik...
tapi cubalah naikkan disaat ia turun...
kita takkan selamanya berada di atas takhta yang senang...
pasti ada masanya akan tergelincir seketika dan berusaha untuk kembali senang dengan memiliki hati yang lebih tenang....

senyumlah sayang...
airmatamu akan menjadi saksi di hari perhitungan kelak...
titiskanlah air jernih itu sehingga ia boleh memadamkan api neraka daripada menjilat wapau sedikit daripada susuk badanmu...

senyumlah sayang di saat mereka tersenyum...
senyumlah sayang di saat mereka ketawa..
senyumlah sayang di saat kau berduka...
senyumlah sayang di saat kau terasa sukar..

tiba satu masa...

kau akan bahagia... 
bahagia yang tiada galang gantinya....

senyumlah sayang....

assalamualaikum w.b.t.
assalamualaikum ya rasulullah...
assalamualaikum ya habiballah...
assalamualaikum ya nabiyallah...

Alhamdulillah....
dikesempatan yang terselit ketika cuba menyiapkan tugasan pertama semester baru nie, tergerak hati ini untuk berkongsi apa yang semakin melintas-lintas diruangan minda...

bismillahirahmanirahim...
kaifa halukum..??? harap2 semuanya kheir ya...

kita sebenarnya tidak punya banyak waktu untuk buat itu dan ini...
untuk buat sesuatu yang banyak dalam satu masa...
tapi kita kena ingat, dalam setiap perkara yang kita buat, perlunya untuk review balik...

betul ke apa yang aku buat nie..???
perlu ke aku buat semua nie..???
tak sia2kah semua nie...???

dala menjalani kehidupan seharian kita, terkadang kita lupa untuk review atau muhasabah balik apa yang kita buat nie betul ke salah..
apa effectnya dengan hubungan kita sesama manusia... dan apa pula effectnya dengan hubungan kita dengan Allah...

Allah redha tak apa yang kita buat hari nie..?? semalam..???
seandainya kita tak yakin, bertaubatlah sebelum Allah mula menjemput kita pulang bertemuNYa untuk selama-lamanya....

terkadang, saya sendiri juga alpha dan lupa...
dalam keasyikan jemari ini menari nari di atas titian kekunci laptop, saya juga terlupa Allah sedang meneliti setiap patah perkataan yang saya kongsi bersama kalian...

sejak kebelakangan ini, 
Allah menggerakkan hati saya untuk membaca kembali penulisan2 saya yang lepas...
sungguh...!
terasa sebak bila membaca...
dahulunya, saya sering berkongsi pandangan dan nasihat...
namun, apabila Allah bawa saya masuk kedunia sakit, saya banyak berkongsi tentang sakit saya saja tanpa mengimbangkan dengan apa yang pernah saya tulis pada awal penulisan saya dulu...

saya juga manusia biasa yang perlukan teguran...
Alhamdulillah...
saya mula menulis disaat usia saya masih belasan tahun.. dan sehingga kini, usia saya sudah pun mula menginjak ke angka 22 tahun sebaik sahaja masuk tahun 2015 walaupun sebenarnya usia asal saya ikut bulan baru sahaja genap 21 tahun...
but it is ok.. kalau ikutkan kalendar islam, usia saya memang sudah 22 tahun.. bukan lagi 21... feeling muda, mungkin bolehla kekalkan usia tu...

menginjak usia tahun demi tahun,
menulis dari masa ke semasa...
saya semakin boleh berfikir apa yang sepatutnya saya kongsi dan apa yang tidak...

ada penulisan saya yang tidak matang dek kerana mungkin ketika itu saya masih anak belasan tahun yang baru bertatih dalam dunia penulisan... masih tidak dapat imbangkan apa yang tidak perlu dikongsikan dan apa yang boleh dikongsikan...

sungguh..!
bila saya review balik post2 lama saya disaat usia saya belasan tahun... seawal habis spm, sehingga kini... jujur.. ada yang saya sesali melalui penulisan saya.. kerana terkadang tidak berkias dan boleh menyebabkan diri saya sendiri boleh terfitnah dek kerana 'keseronokan' saya dalam berkongsi cerita itu dan ini tanpa memikir yang saya tak sepatutnya tulis semua itu...!!!

ya rabbi...
betul... mungkin niat awal saya untuk berkongsi kisah hidup saya.. apa yang saya lalui sepanjang hidup saya... but i need to think a lot before write down something on this wall... 

mungkin boleh saya berkongsi perjalanan hidup saya sebagai seorang pesakit MS.. tapi saya perlu fikir dengan lebih jauh.. a[a effectnya jika saya detailkan kisahnya... 

sudah sekian lama saya mendiam dari menulis apa2 pada ruangan status facebook saya...
sekadar memerhatikan jemari2 yang ligak update status masing2..
kadang2 status mereka menyentuh hati saya... bukan kerana terkena batang hidung saya.. 
tapi status2 mereka buat saya terfikir untuk muhasabah balik apa yang pernah saya guna dan tulis...

pos saya dari semasa ke semasa, semakin berubah rentak...
daripada niat awal untuk menjadikannya blog tarbiah, lama2 semakin mengisahkan kehidupan peribadi saya...

ya rabbi...
dengan tiada satu yang pm saya dan menegur, ianya semakin menghanyutkan saya...
saya tak salahkan antum... 

ok... mulai saat ini, saya sudah tekad...
saya akan contohi cara penulisan ustaz hasrizal dan ustaz hilal...
dengan versi saya sendiri...

insha Allah...
saya takkan lupa untuk berkongsi untuk meneruskan perkongsian hidup sebagai seorang pesakit MS agar masyarakat yang baca penulisan saya ini sedikit sebanyak berkembang dan tahu apa itu sakit ini...
bukan sekadar berkerut dahi apa bila disebut nama penyakit ini...
semoga bermanfaat...!!!
tegurla saya jika penulisan saya ada unsur kearah kelalaian...

saya dahagakan teguran dan nasihat...
saya manusia biasa yang takkan lari dari berbuat silap...
saya tidak sempurna...
tegurlah saya di saat ada penulisan saya yang tak sepatutnya saya kongsi pada umum....

doakan dunia penulisan ini mampu membantu saya diakhirat kelak... bukan menghantar saya ke neraka...


nauzubillah...!!!

salam sayang...

ummufurqan....


 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...