tinggalkan jejak anda di sini

How Old I am ^_^

Daisypath Happy Birthday tickers

The Age Of MY Opened Dairy

Daisypath Happy Birthday tickers

بسمالله الرحمن الرحم

Assalamualaikum w.b.t.

كيفحا لوك  readers yang ummufurqan hormati semua...
harap2 semuannya dalam keadaan sihat dan bahagia...

lama blog ini tidak berupdate... maaf... ummufurqan disibukkan dengan belajar... walaupun hanya 13 jam kreadit untuk semester satu nie, namun untuk review n cover balik pelajaran yang ummufurqan banyak leave di awal semester dek teman baik ummufurqan terlalu merindui ummufurqan ^_^(faham ya apa).. Alhamdulillah..

tamat sudah semester pertama...
rasa cuak sangat menanti result semester pertama nie...
hmmm... ummufurqan tak mengharapkan result yang gempak pun... target memang ada.. namun, melihatkan keadaan dan situasi, ummufurqan tak berani nak target result yang cukup tinggi...

xpew2...
kita mula dari bawah.. and, teruskan pendakian hingga ke puncak kejayaan...
ikut schedule yang ummufurqan buat...

ada schedule..???
yes... i has... 
tahun bila ummufurqan target grad, tahun bila sambung belajar for the next step(hope diizin Allah untuk pergi sana)  ,nak jaga ma abah.. dan lain2...

Alhamdulillah...
dah tamat dah semester pertama..
seriously, this sem is short.. tak lama sangat... ummurfurqan cuti around two month and above...
pastu naik sem..

 awal2 second sem nanti ada program dalam seminggu...
semoga dengan keadaan ummufurqan begini, ummufurqan tidak dikecualikan kerana ummufurqan tak nak dengan keadaan yang Allah hadiahkan kepada ummufurqan nie menjadi penghalang untuk ummufurqan berdakwah...

sakitku bukan halangan...
itu yang ummufurqan dari dulu lagi.. kini dan selamanya.. until my breath be end up..!

hmmmm...
how ummufurqan dengan alam degree..???
dengan situasi dan keadaan ini...???

(senyum nie.. nampak tak..??? ^_^)
tiada insan yang tidak teruji...
cuma cara ujiannya itu saja yang berbeza...
ummufurqan jugak tidak terkecuali...
seriously also i am...

ada kalanya,
hati kental dan keras melaluinya,
adakalanya,
terjatuh jua...
hancur luluh sekeping hati yang tidak menentu kekuatannya ini...

namun,
satu perkara yang sentiasa ummufurqan grasp walaupun ummufurqan sedang menangis...

"Allah give me this and this because i can get through...! i'm though! im not weak..!"

^_^
memang...
one stuff that always make other or people get hurt... the thing is words...
yes...word...

kerana itulah satu2nya perkara bagi ummufurqan yang berjaya menghancur lumatkan hati ummufurqan,
yang berjaya pecahkan benteng keegoan ummufurqan yang tak nak menangis kepada menangis,
yang berjaya membuatkan ummufurqan memilih untuk diam,
yang berjaya buatkan ummufurqan lebih banyak bersendirian daripada berada didalam kelompok...
yang berjaya bakar semangat ummufurqan untuk bangkit dan berusaha untuk berjalan ke kelas EVEN ummufurqan tahu akibatnya kepada ummufurqan...

manusia.
kita tak boleh nak duga bagaimanakah sifat dan sikapnya...
kadang2,
yang kita rasa itu adalah musuhlah yang banyak membantu kita,
dan
yang rapat dengan kita tulah boleh menjadi musuh pada kita...

entah...
tak boleh nak di elobratekan bagaimana...

empat bulan menjadi siswi ijazah pertama ini cukup2 bagi kenangan yang bagaikan mungkin bila diusik sedikit, ummufurqan boleh untuk terus ingat..

banyak menangis...
perhaps...

itulah lumrah pelajar kan..???

kadang2,
mereka cakap "tak mengapa, kami faham... sabar ye..."
dimanakah kebenaran kata2 itu..??

***sebak...
mungkin di peringkat awal,
semuanya terselindung...
dan mungkin, perkhabaran yang ummufurqan dapat tahu pada akhir adalah petunjuk dari Allah untuk ummufurqan JANGAN PERNAH BERHARAP pada pertolongan manusia.. dan JANGAN PERNAH BERGANTUNG pada manusia... bergantunglah pada Allah..

kerana DIA lah sebaik-baik tempat pergantungan dan pertolongan...

akak.. really missing u... always hope to meet u again n again... i hope, i still has the change... :'(

ummufurqan banyak berkongsi dengan akak nie... akak yang selalu bagi semangat dan kekuatan pada ummufurqan... kerana dia faham apa yang ummufurqan alami kerana dia dah terlebih dahulu melalui semua itu...

dipandang serong, di ragui status 'sakit' keranak 'kecomelan' sakit itu sendiri yang kekadang ok, kekadang tak ok...

cara dia berjalan juga seperti ummufurqan.. tidak kuat dan mudah untuk jatuh...
namun, ummufurqan lebih banyak bergantung pada wheelchair.. dan second sem nanti insha Allah akan independent dengan wheelchair auto move... hmmm... tak payah dah susahkan orang untuk tolakkan...

berdikari dan gerak sorang2.. best.... rutin dulu.. rindu sangat.. nak gerak sendiri.. berdikari tanpa menyusahkan insan lain...

disaat airmata mudah untuk gugur, 
kakak inilah salah seorang yang ummufurqan cari selepas Allah...
kekuatan semangat dari dia buat ummufurqan menjadi semangat... 

akak ash nie selalu cakap

"yus... orang tak lalu apa yang kita lalui tau.. kita istimewa.. kita kena kuat tau.. kita2 je faham situasi kita2.. orang lain tak.. orang lain kadang2nya tak puas hati dengan kita.. akak sendiri pun sampai tipu yang akak jatuh bilik air bila orang tanya kenapa akak jalan macam nie..."

***sebak...

akak.. how strong u are... :'(
akak dah banyak bagi semangat pada yus..
akak tak pernah lupa yus...
even baca dari status fb yus pun akak dah boleh agak yus tak ok...
akak cepat je mesej atau whatsapp tanya khabar walaupun akak tengah sibuk...

akak, 
terima kasih kerana selalu ada untuk yus... sayang akak kerana Allah...!!!

kata2 persis

"sakit betul2 ke dia tu..??"

juga pernah di perolehi oleh kakak ini...
sama macam ummufurqan...

pertikaian..
terdiam...
hanya mampu tersenyum tatkala mendengar cerita dari seorang adik yang cukup tulus ini bercerita..
tangisnya buatkan airmata yang ingin gugur ini terhenti setakat di tubir mata...
bertakung sebanyak yang mampu...
ceritanya

"kak yus.. tak boleh dengar.. dorang tak kenal kak yus.. dorang suka2 hati je judge kak yus macam tu.. dorang tak berada di tempat kak yus.. sakit kita tak leyh nak duga bila nak datang..."

esakannya buat ummufurqan usaha untuk pamerkan yang ummufurqan kuat untuk laluinya.. mendengar dengan ttenang tanpa menunjukkan sebarang reaksi kecewa...
ummufurqan peluk si cantik manis(isteri orang dah ok..) nie seerat yang mungkin.. 
manja...
seakan2 seorang adik kecil dengan kakak nya yang jauh lebih dewasa...
kucup ubun2 dia... gosok belakang dia... and said "no worry my dear... akak dah agak benda nie.."

pura2 tabah..(kerek)
tak de2... saat itu Allah benar2 pujuk...
jangan nangis.. jangan nangis..
nak nangis nanti2 dulu...

benar sayang...
bila kita nak sakit, bila kita nak susah dan bila kita nak MATI pun kita takkan pernah tahu bila ianya akan berlaku...
kerana apa..???
kerana itu rahsia Allah dik...
hanya Allah yang tahu bila ianya akan berlaku...
akak juga tidak menjangkakan benda ini..
akak sangkakan akak dah takkan kena lagi...
namun, semua ini ketentuana dan takdir dik...
Allah tahu apa yang terbaik untuk hamba2NYA...

akak juga hanya pegang satu perkara...

 KALAUpun akak di tinggalkan sendirian..
tanpa teman, tanpa sebarang sokongan...
akak yakin.. Allah sentiasa ada dengan akak.. ada dalam hati akak...
susah senang kita hanya DIA yang tahu...
manusia tak dik...

akak juga berpegang,
dunia ini hanya persinggahan...
tempat yang terlalu sementara untuk kita..
untuk kita mencari bekalan ke akhirat...
jalan manakah yang ingin kita lalui...
ke syurga ataupun neraka..????

selama hari ini,
akak tak pernah pun meletakkan apa2 harapan untuk ada seorang yang cukup setia di samping akak... 
akak yakin dengan ketulusan hatimu dik...
terima kasih sayang...!

jujur...
ummufurqan pegang semua secara sederhana...
tiada harapan yang terlalu tinggi untuk semua yang berkaitan dengan masa kini dan masa depan...

jujur,
ummufurqan rasa kadang2 lebih tenang sendirian...
lalui semua ini sendirian... 
tak perlu rasa sakit untuk mendengar ungkapan 'kamu adalah beban'
kepada orang lain...
tak perlu rasa sakit untuk mendengar kata2 "betul ke dia sakit..?? nampak ok je.."

ummufurqan pernah dapat persoalan

"kenapa duduk atas wheelchair..??"

jawapan: susah nak jalan.. boleh jalan dekat2 je...

"tapi kamu nampak sempurna je.. tak sakit..."

subhanalla... alhamdulillah....

hanya mampu senyum dan senyum...

dan akhirnya hanya mampu menjawab

"alhamdulillah... saya tak teruk pun kak... saya sempurna fizikal.. Allah uji saya setakat termampu..."

tak tahu nak explain macam mana lagi andai fizikal yang kelihatan sebagai persoalan...
ummufurqan yakin, tiada siapa yang ingin hidupnya bergantung pada wheelchair pada usia yang masih muda...
pada usia di mana sahabat2 yang lain lincah mengejar cita2...

apa2 pun,
ummufurqan syukur dengan semua ini... kerana Allah tahu apa yang terbaik untuk ummufurqan...
Allah nak jaga ummufurqan... 
maha hebatnya DIA...

biarlah...
disaat aku di tinggalkan,
DIA akan sentiasa ada di sisi dan di hati...
disaat aku di ragui,
DIA lah yang memujuk hati ini...
di saat aku tiada tempat bergantung dan pertolongan,
DIA lah yang melembutkan hati2 tertentu untuk menghulurkan pertolongan...

tak mengapa banyak menangis didunia ini...
moga2 di akhirat kelak akan bahagia dan takkan menangis lagi...

mohon doa ye sahabat2 syurga...

kak hani... who one also can understanding me... dia jugak melalui apa yang saya lalui... she was SLE patient...
Allah tahu apa yang terbaik.. dunia hanya persinggahan...

SESUNGGUHNYA DUNIA HANYA TEMPAT PERSINGGAHAN..
ENTAH ESOK ATAU LUSA..
KITA AKAN KEMBALI KE SISI DIA YANG SATU..

mohon maaf andai ada silap dan salah..
salam sayang...



bismillahirahmanirohim...
malam menyepi tanpa suara,
desiran angin malam meniup halwa telinga..

jauh...
jauh fikiranku pergi...
merenung setiap detik dan langkah yang Allah beri...

terhembus nafas tanpa rasa lelah...
terkadang penat, ditepis ketabahan..
walaupun sakit di mamah cemuhan..
akukan tetap tabah di jalan TUHAN...

JAUH...
fikiran ini terbang memikirkan apakah yang bakal berlaku pada masa akan datang...???
lama ummu furqan mendiam dari dunia penulisan..
kembalinya menulis dengan kata2 penuh kiasan...

pasti semuanya tertanya-tanya..

apa yang berlaku ummufurqan..???
hanya mampu tersenyum menjawab setiap persoalan...

bagaikan sebuah wayang terlayar di mata...
ONE LITRE OF TEARS...
satu persatu menjadi persamaan...

senyum...
hanya mampu senyum...
Allah bagi disaat kita mampu untuk melaluinya..
takkan Dia bagi sesuatu itu jika kita tak mampu untuk mengatasinya dengan kebijaksanaan kita...

inilah lumrah hidup seorang mujahidah ilmu...
disaat berjuang menuntut ilmu,pasti ada sahaja ujian yang Allah bagi untuk kuatkan hati yang lemah nie...

sebelum melangkah menjadi seorang mahasiswi,
tak pernah menjangka kesempurnaan itu di tarik kembali...
namun, hati yang lemah ini tak pernah menyesal..
tak pernah menyesal melalui semua detik ini walaupun terkadang begitu terasa payahnya..

ada hikmah..
ya... ada hikmah...
Allah nak menjaga..
tak nak bagi lalai..
sebab dah jauh dari mama abah..
dah jauh dari keluarga..
tak nak kaki ini jauh sangat melangkah..
sehingga boleh membuatkan diri ini menjauhi DIA yang tak pernah lupa untuk mencurahkan kasih sayangnya...

terasa sayu...
hebatnya Dia...
Dia terlalu sayangkan aku yang kadang2 sering melupakan DIa...

sehinggakan setiap detik waktuku di dunia ini,
tak pernah di biarkan terus hanyut dalam lautan kelalaian...
digugat rasa tenang di hati dengan sentuhan2 ujian yang kadang2 meruntun...

terfikirkan kehebatan rasulullah dan para sahabat...
bagaimana tabahnya mereka memperjuangkan islam di persada dunia..
betapa kuatnya rasulullah walaupun ujian berat menimpa baginda...

subhanallah...
rindunya pada rasulullah..
terasa sekali ingin bertemu dengannya..
memohon nasihat dan kekuatan darinya agar hati yang lemah ini terus thabat di jalan Allah..
terus cekal dan tabah melalui setiap jalan yang aku pilih...
sepahit dan sesakit mana pun jalan yang Allah pilih untuk aku laluinya, moga hati ini mampu menjadi setenang rasulullah...
agar aku jauh dari keluhan..

sudah lama mata ini degil...
tidak ingin menangis...
keegoan yang ku pegang akhirnya tewas jua...
jernihnya mutiara itu terus2an gugur tanpa mampu aku menyekatnya lagi...
terlalu mudah untuk gugur di saat kegelapan malam ku tempuhi dengan renungan setiap peristiwa yang berlaku...

mungkin...
Allah merindui hati ini merintih...
Allah merindui air mata dari insan yang hina ini...
insan yang terlalu lemah di mata manusia...

terkadang,
kita tak mampu nak duga...
pada pandangan terlihat riang,
namun pada hakikat, bolehkah di duga kenyataannya...???

ya Allah...
terlalu merindui rasulullah...

moga dia mendoakan diri ini kuat di jalan yang telah di pilih Allah...

hati yang sering berbicara tanpa suara...
wajah yang sering terpamer senyuman melindungi kedukaan..
air mata yang tersorot di sebalik tirai senyuman mata...
takkan ada siapa yang mampu menduga...

terkadang,
ada yang bertanya kenapa,
hanya senyuman yang mampu terhias dan menjawab soalan yang di utarakan..

kalian takkan faham...
selagi mana kalian tidak melalui apa yang diri ini lalui...
mata yang memandang terkadang hanya mampu mentafsirkan namun tak mampu untuk menyelami...

di hati,
tak pernah terniat untuk membebani sesiapa...
tak pernah teringin untuk menjadi perhatian dan di kenali hanya kerana sakit yang di alami...
jujur,
aku hanya inginkan kehidupan yang biasa...
tanpa di kenali..
kerana aku jelas tahu..
hati setiap kita berbeza...
ada yang ikhlas menghulurkan bantuan, ada jua yang sebaliknya...
ada yang tulus, dan ada jua yang mempersoalkan...

jujur,
aku mungkin terlihat tabah,
namun sebaris ayat mampu menjadi sebilah pisau yang sangat tajam menikam hatiku...
aku sangat ingin berdikari..
tanpa bergantung harap dan kemampuan pada insan lain, namun, aku hanya mampu melakukan setakat ini...
memaksa diri yang akhirnya akan menyakitkan diri sendiri...

walaupun pedihnya tikaman itu,
aku tetap yakin Allah berikan aku ini kerana DIa inginkan aku terus kuat di jalan DIA..
DIA inginkan aku mengetahui betapa sedikitnya kesakitan ini jika ingin dibandingkan dengan kesakitan di jalan dakwah yang di hadapi oleh kekasih Allah...

aku selalu cakap ingin menjadi sehebat baginda...
tabah... sabar... tenang... 
perlukan aku tewas dan mengalah secepat ini.../???

NO ummufurqan...!!
ini hanya permulaan...
perjalanan kau masih jauh...
jauh mencari apa yang boleh meringankan jalan untuk ke syurga...

aku yakin,
Allah takkan pernah mungkir janjiNYA...
aku inginkan syurga...
jadi aku mesti terima segala kepahitan yang di berikan...

suatu hari nanti,
Allah akan tunjukkan kebahagiaan yang sebenarnya...

jadi,
teruskan perjuangan tanpa mengenal erti putus asa ummufurqan...!
kesakitan itu hanya sementara kerana Allah nak gantikan dengan kebahagiaan yang mungkin tak terjangka...

*******
ummufurqan tak pernah menyesal bila di pilih Allah untuk mengalami penyakit ini kerana bagi ummufurqan, ini adalah dianttara hadiah terhebat dari Allah untuk ummufurqan...

kesakitan ujian lain sebagai rencah tambahan untuk menyedapkan jalan kehidupan ummufurqan di dunia...
siapa tahu, di sana nanti mata yang sering mengeluarkan mutiara jernih ini bersinar dengan kebahagiaan...
siapa tahu, bibir yang selalu di ketap menahan sebak dan sayu ini mampu tersenyum tenang...

senyum...
tabah...
tenang...

menangislah jika itu adalah yang terbaik...

peganglah yang Allah memberi kerana kau mampu menghadapinya UMMU FURQAN...!

jika Allah yakin amalku sudah cukup untuk membawaku ke syurganya, nafasku pastikan terhenti disini...
namun, selagi nafasku masih ada untuk hari esok, bermakna Allah terlalu sayang pada diriku agar aku mengambil peluang itu memperbaiki amal dan mengumpul pahala...

Allahurabbi...
pegang aku pada jalanMU.....


bismillahirohmanirohim..
salam dan selawat buat junjungan besar s.a.w.

assalamualaka ya rasulullah... 
assalamualaka ya nabiyallah..
assalamualaka ya habiballah..

subhanallah
alhamdulillah
wala illa
haillallah
Allahuakhbar...

terima kasih kepada semua kerana memulakan bacaan kalian dengan salam dan selawat..
ok...
dah nak mula guna nickname ummu furqan... >_<

my noughty friend asked me when i would use this nickname..
ok.. i used it..! <3

for this post, kenapa ummufurqan gunakan label yang baru...??

'LIFE AND I'..

anyone may guess it..????
up ur hands please.. he3..(macam budak2..)

ok.. fine..
let's start the story..

for past post, ummufurqan ada cakap yang ummufurqan perlu menjalani prosedur lumbar puncture atau mengambil sample air tulang belakang untuk ujian penting for multiple sclerosis sickness..
so, i'm done..!

ummufurqan menjalani prosedur tu around 2weeks ago..
prosedur tu..???
hmmm.. Alhamdulillah.. so far, xlah sakit sangat... (yeke ummufurqan..??? bukan sampai bergegar ke katil pegang sebab rasa sakit tu..???hu3)..
ok.. i'm not deny for it.. but it is my mistakes... sepatutnya sebelum prosedur tu berlangsung, ummufurqan perlu berpuasa but i'm not..
jam 6 pagi ummufurqan hentam makan nasi goreng daging masak merah satu polisterin.. licin..!
prosedur tu berlangsung pukul 8.30 pagi..

ok.. akui.. bila makankan badan kita jadi kuat..
so, ummufurqan tak imun dengan bius yang dorang bagi..
jadi ummufurqan boleh rasalah tusukan jarum bius dan jarum lumbar puncture tu... >.< 

tolakan pertama jarum LP tu,
ummufurqan rasa kaki kiri bagaikan terkena renjatan elektrik..
tolak kedua ummufurqan rasa seperti terkena saraf bladder.. 
memang terasa sakitnya..
sampai doktor tepuk n gosok belakang minta bertenang...
minta tarik nafas..
n tanya rasa ke sakit..???
of course doktor.. sangat2..
sangat2 rasa sakitnya...
rasa bertaubatlah nak operation... esok2 kalo Allah izin ummufurqan jadi ibu pun, ummufurqan akan menolak jika doktor suggest untuk buat caeser.. sebab kesan selepas tu lagi teruk sebenarnya.. better normal... ^_^

pengalaman buat LP memang bagi ummufurqan satu ruang untuk berfikir lebih jauh...
and i'm really can't seen people who choose to born their babies with caeser...
and i hope, mana ibu atau bakal ibulah.. kalau boleh melahirkan secara normal, it's much better than u choose caeser...

kesan bius tu boleh buat antumna dapat migrain teruk..
dan migrain itu sangat3 menyeksakan...

ohyea, before ummufurqan sambung lagi cerita, ummu nak cerita sikitlah..
doktor2 dekat hospital serdang memang thumbs up..! bagus sangat..
semuanya tersangat friendly..
and dorang membuktikan yang dorang bekerja as doktor betul2 sebab nak bantu masyarakat...
it too different dengan doktor kat hospital lain yang kdang2nya adaa yang bekerja dengan penuh keangkuhan kerana status sebagai seorang doktor..

well.. status as a doktor sangat di pandang tinggi pada mata masyarakat...
sebab apa eh..???
entah... ummufurqan sendiri pun xtahu...


my coursemate@classmate of dakwah... gambar lagi satu, akak who same like me.. jugak pengidap MS.. dia banyak bagi support...

ok.. proceed...
lepas prosedur LP, ummufurqan diminta berbaring tanpa gerak selama 6-8 jam sebab nak bagi tekanan dalam tulang belakang back to normal..
Alhamdulillah...
sepanjang kerehatan tu, ramai akak2 perubatan datang melawat walaupun mereka sebenarnya sudahpun di larang oleh pakar kerana didalam bilik berkenaan(bilik ummufurqan ditempatkan) mempunyai patient yang baru selesai menjalani LP..

tapi dorang bagus...hu3..
dorang datang tanya khabar, salam2.. sembang2 jap then pergi sebab xnak ganggu rehat ummufurqan...
half of them pelajar transfer creadit dari universiti cairo(senior awak.. >.<)
mula2 tak tahu.. pahtu, dorang try2 speaking arab.. eh..???
terus terlintas nak tanya..

"akak2 dari mesir ke..???"

"ha'a.. kitorang dari uni cairo... pindah sini..."

hu3.. ok fine...
malu sekejap... ok..disebabkan dorang pompuan, bukalah niqab... 
please jangan request untuk tengok muka saya, let's me open myself... kalo tak ummufurqan akan rasa malu yang amat2....

apa yang ummufurqan boleh cakap, dorang sangat kakak2...
baik... dorang tanya2 pun macam kawan.. bukan macam doktor..
a'ha.. ummufurqan teringat kata2 seorang akak nie jugak.. dorang bertiga.. jugak transfer creadit from cairo uni.. dorang nak buat assigment.. hu3. dorang cakap first time kowt buat assigment nie.. jadi terkial2 sedikit.. tapi i'm sure that they can do.. ^_^
moga kerjasama yang yus bagi membantu ye akak2 semua.. (love...)

keyh..
back to my story...
biasalah.. hospital serdang is hospital tumpuan pelajar2 perubatan UPM terutamanya...
so, wajarlah jika ramai pelajar perubatan yang datang berziarah.. tambah2 lagi kes MS adalah kes yang sangat rare dan nisbah yang terlalu sedikit sahaja pengidapnya..
see that wire.. itulah salur ubt steroid saya.. yang saya duk main buka katup sebab sakit...
punca..???
jawapan doktor UNKNOWN...
masih tidak diketahui punca penyakit ini terjadi...
tapi tidak akan diwarisi...(ceh ummufurqan macam nak sedapkan hati sendiri je)...
husnuzhon.....
insha Allah.. bakal anak2ku(insha Allah) takkan mewarisi penyakit umminya ini.. >_<

after prosedur LP,
ummufurqan di benarkan balik.. Alhamdulillah...
rehat kat rumah..
tapi siyesly, habis je prosedur tu, ummufurqan memang nak makan apa yang ternampak kat mata..
break dekat R@R minta coolblog... hu3.. pahtu KFC.. uhh.. sedapnya....... ayam3....
suka benor ke ayam...
suka benor ke coolblog...

kerana keadaan ummufurqan yang masih tak berapa sihat, what i want, i got it.. <3
tapi, dalam perjalanan, kereta kadang2 bergegar dan berhentak..
n itu kadang2 menyakitkan ummufurqan apatah lagi ummufurqan baru je selesai buat LP tu...
setiap kali kereta berhentak, setiap kali tulah dahi ummufurqan berkerut menahan rasa sakit sekitar kawasan buat LP...

siyesly, 1st day memang terasa seksa...
solat pun sambil baring...
xboleh nak duduk...

tapi 2nd day, dah terasa terlebih sihat pulak..
tak rasa sakit apa2..
sooooooo, ummu furqan duduk lama2..
so effectnya, 3rd day, mula sakit belakang balik.. kronik..!
headache teruk but still cuba bertahan...

hari berganti hari, headache makin teruk..
sampai terpaksa ke hospital.. n doktor cakap komplikasi dari kesan LP...
terus ke kecemasan...
memang tak tahan sangat headache sampai basah niqab menangis...
last2 nurse bagi morfin.. dadah tu kuat tau.. sampai bila di masukkan, ummufurqan terus jadi sedar tak sedar...
separa sedar...
bila jumpa doktor, dengar tak dengar ap doktor cakap..
doktor tanya tak dapat nak jawab dengan baik...

Allahu Allah..
disebab ianya kesan LP, doktor refer kepada pakar bius.. untuk check up balik apa sebab..
perjumpaan dengan pakar bius pulak masalah..
sian mama.. satu hospital kena tawaf...
sebab pakar bius cakap bukan kes dorang.. n my headache memang tak tertahan..
kembali ke ER... then refer balik ke medical team...
then medical team cakap that headache di sebabkan penyakit ummufurqan teruk radangnya pada bahagian otak dan mata.. itu yang menyebabkan kesakitan tu... 

in same day, ummufurqan jugak refered pakar mata..
sebab ada eye's pain..
di check up apa sume..
mata ok.. taapi doktor cakap, my nerve,.. atau my saraf.. itu yang kelihatannya bermasalah dan menyebabkan kesakitan tu...

my own wheelchair.. tapi dah kena tukar sebab rosak... sekarang guna wheelchair lagi ringan.. he... Alhamdulillah... istimewa sungguh..!
i love doktor mata..
penuh keibuan.. doktor sendiri yang angkat ummufurqan dari wheelchair untuk duduk atas kerusi untuk check mata... 
dia banyak bagi kata2 semangat pada ummufurqan..

katanya, ummufurqan muda.. ummufurqan kena kuat mental.. kena lawan emosi ummufurqan yang kadang2 terganggu di sebabkan ubat2an highdose dan kerana penyakit itu sendiri...
kata doktor,  walau apa pun suggestion daripada doktor, terima jew sebab penyakit nie terlalu rare  dan apa yang doktor suggest adalah yang terbaik untuk prevent penyakit nie daripada agresif...

kerajaan juga berbelanja berjuta-juta untuk mendapatkan bekalan ubat MS.. kata doktor, ubat2 MS adalah antara ubat yang berkos paling mahal.. kerajaan boleh support separuh je sebab terlalu mahal... and if i need beta interferon bagi menggantikan steroid highdose untuk jaga tulang dari osteoporosis (suntikan sendiri like suntikan insulin) kerajaan just boleh bagi percuma beberapa bulan awal je selepas dari tu, ummufurqan kena keluarkan belanja sendiri yang memakan belanja around RM4k per month... (Allahu Allah...)
and i need it untill mylife end....

seumur hidup..??? yes...
seumur hidup... tapi kesan sampingan dia tak seteruk steroid...
kerana itu jugak, doktor2 suggest pada ummufurqan untuk join group for pengidap MS.. sebab group tu ada peruntukan sendiri untuk ahli2 dia.. dan juga suggestion untuk mendaftar sebagai OKU sebab dengan kad tu ianya dapat mengurangkan sedikit beban...

insha Allah.. in proceed...

apa pun jalan yang Allah bagi pada ummufurqan, ummufurqan yakin ianya penuh dengan hikmah dan pasti ada sebab kenapa Allah takdirkan ianya berlaku...
soal masa depan...
jujur,
ummufurqan tak pernah berharap pun.. sekadar impian dan angan2 yang mungkin boleh di capai dan mungkin juga tidak..
sebab..???
sebab ummufurqan tahu keadaan ummufurqan dengan sangat2 baik... 
setiap orang inginkan yang terbaik...
dan ummufurqan tidak mampu untuk jadi yang sempurna...
cukup apa adanya dan menjadi yang terbaik untuk diri sendiri dan ummah...

dakwah..???
yes...
mungkin this is one way yang Allah bagi pada ummu untuk berdakwah pada masyarakat..
tak semestinya sempurna baru dapat berdakwah...
tak semestinya sihat, baru dapat berdakwah...
mungkin sisa2 hidup yang masih ada walaupun kadang2 terasa sukar adalah satu ruang untuk dakwah...

ummu furqan, 
anda seorang da'e.. ^_^
pikul tanggungjawab yang Allahh bagi sebaik mungkin..
demi akhirat.. insha Allah...

salam sayang....

bismillahirahmanirohim...
salam dan selawat buat junjungan besar s.a.w.
salam penuh kerinduan kepada KEKASIH yang satu..

assalamualaika ya rasulullah..
assalamualaika ya habiballah..
assalamualaika ya nabiyallah...

subhanallah..
alhamdulillah..
walailla..
haillallah..
Allahuakhabar...

apa khabar kepada semua readers yang hazirah kasihi kerana Allah sekalian.. ^_^
hmmmm.. bila ya hazirah updated post terbaru..?? in couple weeks right..???

pasti semua terfikirkan bagaimana keadaan hazirah sekarang setelah post terbaru menunjukkan hazirah kembali berkerusi roda...

tiada yang dapat menjangka apa yang Allah telah catatkan di luh mahfuz..
sama juga dengan hazirah...
post yang lalu menunjukkan hazirah sudah pun kembali terumbang ambing dalam berjalan...
SEPATUTnya, hazirah awal2 lagi sudah perlu menyerah diri ke hospital terdekat TAPI oleh kerana i thought that my date at HSNZ really  closed, jadi hazirah tangguh dulu.. fikir... dah nak balik teganu jumpa doktor...

tapi last2, penyakit hazirah attack ketika hazirah dalam hall..  sedang menanti pensyarah untuk memulakan kelas...
tak expect benda tu berlaku tapi semuanya dah Allah tetapkan untuk berlaku...


akak2 senior yang cantik dan baik.. ^_^ .. setia membantu walaupun baru kenal.. terima kasih sangat2..!



hazirah bangkit dari tidur dalam keadaan biasa.. without weird feltt like before just a bit tired...
bersiap seperti biasa.. sarapan dengan roti.. hafal vocab arab sedikit...
bersiap pergi kelas.. adik roomate tolong tolakkan wheelchair ke bawah.. seorang sahabat dan setia menanti untuk bantu hazirah handle kereta kebal nie...
everything goes ok...

sehinggalah masuk ke dalam hall yang menggabungkan ke semua kos di bawah fakulti akademi islam, mungkin dalam keadaan hall yang agak ramai dengan siswa/i, saluran pernafasa hazirah terasa sempit dan terhad...
hazirah terasa debar yang sangat kuat.. terasa bagaikan jantung yang nak terkeluar dari tempatnya..
tapi hazirah mencuba.. mencuba untuk mengawal pernafasan yang semakin laju... tenangkan diri.. namun, makin lama semakin sukar.. sehingga hazirah mengambil langkah menurunkan niqab...
at that times, nafas hazirah terus berbunyi..
dan hazirah tak tahu apa yang berlaku..
apa yang hazirah tahu, sedar2 sahaja dah berada di klinik kesihatan..

banyak sangat kalau nak story.. hu3..
tak menang tangan nak menaip...
what happened at KK...

hmmmmm.....
dari KK, hazirah di kejarkan ke hospital serdang kerana  hazirah memaklumkan hazirah ada multiple sclerosis..
doktor di KK mennyatakan hazirah perlu ke hospital..
ketika jumpa doktor di KK, hazirah dah sedar penuh...
tapi entah macam mana, bila berada dalam ambulance, keadaan makin kritikal...

hazirah tak sedar apa yang berlaku,.. 
sedar2, mulut hazirah dah di tekap dengan alat bantuan pernafasan..
doktor2 mengeliling.. menyeru nama hazirah.. minta hazirah sahut panggilan dorang.. but can't..!
hazirah dengar apa doktor kata, mata hazirah terbuka tapi hazirah tak dapat bagi respon.. masa tu memang agak progresif dan kritikal keadaan hazirah...
hazirah hampir menangis kerana tidak mampu menjawab seruan doktor walhal hazirah sedar...

hazirah cuba menggerakkan kepala...
pada peringkat awal percubaan, memang agak susah....
namun alhamdulillah.. akhirnya hazirah dapat mengeleng dan mengangguk..
doktor2 tanya hazirah sama ada hazirah dapat merasai badan hazirah ataupun tak..
rasanya macam sayu je pandangan hazirah masa tu.. sebab memang hazirah tak mampu langsung untuk rasa badan hazirah... hanya kepala yang dapat di gerakkan.... 
seorang doktor india ajar hazirah mengucap.. terkejut...!

he said "miss, u're muslim.. please trying to say selawat... istighfar...."

terus terpejam mata... mencari hati..
mengumpul kekuatan dari yang hakiki...
benar kata dia... Allah.. ALlah sedang menanti aku menyeru namaNYA...

Alhamdulillah...
akhirnya, hazirah dapat bersuara walaupun agak perlahan...
doktor india tu mengambil kesempatan itu untuk bertanya lebih lanjut tentang keadaan hazirah sebelum nie..
hazirah cuba bagi jawapan yang semampu mungkin...
bila keadaan hazirah semakin positif, doktor india tu panggil seorang doktor china untuk ambik darah.. memang langsung tak rasa walaupun kulit di tenggelam dengam jarum...
pastu, terus panggil pakar sebab keadaan macam teruk...

doktor check up apa sume..
then d0rang masukkan dadah jenis morfin ke dalam badan hazirah..
masa tu macam bergegar katil sebab macam badan terkejut... but better..
after beberapa jam, tangan mula bagi respon..
dapat digerakkan walaupun memang tak ada rasa...

dua orang pakar perubatan yang datang tengok then mereka arahkan untuk admitted on the spot for treatment sebab kata doktor agak progresiff sebab in a week dah boleh jadi teruk macam tu...
sebelum hazirah di pindahkan ke ward, hazirah di letakkan dalam ward pemerhatian selama 2 hari...
dekat dengan doktor...
hmmmm.. sejukk u olls... aircond terlalu kuat.. sampai hazirah di bekalkan 3 helai selimut untuk cover sejuk tu...

kat luar malam atau siang, hazirah memang tak tahu..
hazirah hanya tahu melalui jam... tengok jam...

after two days, baru hazirah di pindahkan ke ward... Alhamdulillah...
tapi Alhamdulillah... in that room, hazirah dipertemukan dengan seorang kakak yang jugak pengidap MS sama macam hazirah..
dia attack yang ke lima dah...
kakak tu usianya dua tahun lebih tua dari hazirah...
dia banyak bagi nasihat dan kata2 semangat pada hazirah... ya Allah.. jujur, dia sangat faham apa yang hazirah rasa dan alami...

dia pernah cakap pada hazirah,
walaupun kami pengidap MS, kami perlu sentiasa tersenyum dan positif..
orang takkan faham kami.. orang hanya mampu bersimpati dengan kami tapi untuk faham tu macam mustahil sangat...
kadang2, orang boleh meragui keadaan kami yang selalu on off...
kejap ok kejap tak ok....
kerana itu, kami perlu sentiasa senyum...




hazirah tersentuh dengan kata2 dia...
katanya dia sentiasa nampak tersenyum di hadapan semua orang tapi pada hakikat dia sudah terlalu banyak menangis..
menangis bersendirian...
mengharapkan orang faham, itu bagaikan tak mungkin..
betul..!
hazirah sangat setuju dengan apa yang kakak nie cakap...
kerana hazirah juga begitu..;
gemar tersenyum...
apa2 pun senyum... walau nak menangis pun hazirah tahan2.. sehinggga i'm alone, i will cry as long as i want..
kadang2 sampai basah lengan baju dan buku sebab airmata yang menitis di celah2 lengan...


kenapa tak kongsi..???
hmmmm...

entah... sebab rasa macam orang takkan faham kowt apa yang ada dalam hati nie...
plusssss,, emosi hazirah tika ini sangat sensitif..
mudah menangis.. mudah tertekan dan keliru...
usaha untuk didik emosi nie agar lebih terkawal dan teratur...
lebih tenang....

ok.. back to story...
hazirah menjalani rawatan untuk masukkan ubat methyllpred yang pekat tu selama seminggu...
2 days earlier, menangis hazirah sebab sakit sangat....
hazirah sampai pandai2 je gi main buka tutup wayar ubat tu sebab sakit sangat...
tiap kali kesakitan menyengat, hazirah tutup sampai hilang sakit tu.. bila dah hilang hazirah buka balik... begitula sampai habis botol yang ke 2...
botol yang keseterusnnya, hazirah biarkan je kesakitan tu meratah pembuluh darah hazirah... dah xlarat nak main buka tutup, buka tutup....
sampai bengkak tangan...

bila doktor datang tutup pun hazirah terjerit sikit... sampai doktor tu terkejut n cakap
"saya tutupla yus.." 


"sakit doktor..." >_<

sebelum rawatan bermula, doktor ambik darah dekat nadi..
masa tu Allah sahaja yang tahu bagaimana hati hazirah memujuk untuk menahan sakit...
selesaai ambik darah, nadi terus bengkak on the spot je...

left hand touch cuba meredakan kesakitan tu..
Alhamdulillah.. kheir...

banyak sangat test2 lain yang hazirah dapat...
buat MRI lagi... ambik darah tiap2 hari...
semua tu tanda apa..??
semua tu tanda Allah sayang...!

setiap sakit menghapus sedikit demi sedikit dosa2 hazirah yang menggunung tinggi...
Alhamdulillah...

jujur, hazirah bersyukur dengan apa yang hazirah lalui...
hazirah istimewakan..?????
Allah pilih hazirah untuk lalui semua ini walaupun saban waktu mungkin akan mengundang simpati ramai....

Alhamdulillah...
dengan jumlah patiets MS yang tak ramai, itupun sudah cukup untuk maklumkan betapa istimewanya diriku ini apabila di pilih Allah untuk lalui semua ini...

yes..!
although the doctor was telling me that I most likely will never again be able to run normally...
mungkin, kalo boleh berjalan pun dah takkan ada rentak... berterabur... takkan laju... ^_^

bak kata kak ipar hazirah
"at least masih ada kaki.. ada orang tak de kaki langsung.. terus tak boleh jalankan..???"

ahah..! betul..!
jadi, bersyukurlah dengan apa yang ada...
doktor2 di hospital serdang jugak ada cadangkan hazirah buat kad OKU untuk mudahkan pergerakan dan urusan hazirah selepas nie..
bila hazirah dengar perkataan OKU, kosong... hati tak detect apa2 feeling... heartless... he3...
tapi minda seakan2 sedang memikirkan relevannya ada kad OKU atau mendaftar sebagai OKU...

yes..!
mungkin akan rasa humble sedikit tapi xpewla...
kehidupan must go on walaupun keadaan hazirah sebenarnya sangat sempurna berbanding yang lain... ^_^
Allah hadirkan hazirah insan2 yang baik..
insan2 yang banyak membantu hazirah..
sahabat2 kampus yang tak putus bagi sokongan...




haa... jangan jeles tau.. hazirah dapat doktor yang baik sangat...
dia layan hazirah macam kawan...

pernah one night, dia datang dekat hazirah..
datang pegang hazirah sambil cakap

"yus, kita tak janji yus boleh keluar esok..." (Buat muka comel..)

hazirah pulak

"ala akak... dah penat duduk hospital nie "(after 9hari duk hospital..)

"kita pun penat tengok yus je hari2..." >_<

hu33.. friendly sangat doktor nie.. sampai hazirah tergelak.. dia senyum je...
 dia cuba buat hazirah senyum...
hazirah suka doktor macam nie..
walaupun dia penat... kerja berlambak2 sampai tak sempat balik...
tapi senyuman tak pernah hilang dari bibir dia.. sentiasa senyum...
sampai hazirah rasa sihat je tiap kali nampak dia...

^________^

bertuah sape dapat jadi suami dia...

she's soft,care,loving,beautiful....

eh3... gi promote doktor pulak... he3...

^_^...

banyak sangat dah tulis nie...
next time hazirah sambung lagi ye...

doakan hazirah boleh rasa balik kaki hazirah ye....
lower limb masih bermasalah...
tak rasa.. tapi ada improvement sebab hazirah dah boleh guna tongkat daripada tak boleh guna langsung...

dan kerana keadaan yang nie agak flare up, doktor buat MRI ada something weird untuk kes hazirah sehingga terpaksa menjalani prosedur ambik air tulang belakang @ lumber puncture...

nak tahu apa jadi..????

jengg2... tunggu for next episode... ^_^

salam sayang buat semua...

bismillahirahmanirohim..
salam dan selawat buat junjungan besar s.a.w. 
jom sama2 zikir jap sebelum mulakan baca entry terbaru hazirah..

subhanallah
alhamdulillah
walaillah
haillallah
Allahuakhbar.... ^_^

ALHAMDULILLAH.. ALHAMDULILLAH...
terima kasih kerana mulakan bacaan entry hazirah dengan zikir...

maaf kerana lama menyepi...
dah berhabuk dah blog hazirah nie sebab lama tak update.. alhamdulillah.. kali nie berkesempatan untuk update.. :)

terima kasih kerana setia menanti post terbaru..
walaupun seringkali hazirah mendapat mesej daripada sahabat readers yang menantikan post terbaru hazirah...
cuma yang hazirah boleh jawab, sabar ye... :)

sebenarnya, hazirah tak ada laptop..
alhamdulillah.. sekarang dah dapat laptop untuk update..

ok... nak cakap, ALHAMDULILLAH..
hazirah sekarang sudah pun menjadi seorang siswi...
Alhamdulilllah.. di sebuah institusi yang sanagt islamik dan sangat menjaga batas di antara lelaki  dan perempuan..
dan hazirah sangat3 bersyukur kerana di beri kesempatan untuk melanjutkan pelajaran kat sini...

kat mana tu hazirah..???
teka ya.. xnak cakap... he3...

hazirah mendaftar 20hb baru nie.. alhamdulillah dah 3 hari bergelar siswi...

alhamdulillah... first day,
Allah gave me a gift such as temporary paralyse.. alhamdulillah..
kifarah dosa..

macam mana boleh berlaku..???
Alhamdulillah...
ketika pendaftaran, hazirah melakukan pertukaran kos..
hazirah perlu melalui interview...

want know something..???
ustaz interviewer asked me to be fokus with my hafazan..
then sambung overseas sampai phd... he3..
macam mana tu..???
kata us, ingatan hazirah pantas untuk mengingat.. ALhamdulillah...
tapi, pilihan hazirah, hazirah nak imbangkan dunia dan akhirat..
dan hazirah decide untuk teruskan bidang pengajian islam.. ALHAMDULILLAH..

dan us bagi satu kos yang mungkin bersesuai dengan hazirah..
insha Allah.. nanti hazirah berkongsi ye bila dah belajar.. :)

tapi ketika proses temuduga, hazirah duduk terlalu lama sebelum masuk ke dewan untuk proses pendaftaran..
dan didalam dewan jugak duduk terlalu lama..
hazirah tak boleh duduk terlalu lama...
jarak di antara mahallah dengan fakulti agak jauh...
terlalu banyak berjalan.. dan terlalu lama duduk di atas simen dan jubin ketika hari pertama orientasi...

selepas itu. hazirah berjalan  ke masjid dengan seorang sahabat syurga hazirah..
ketika berjalan, hazirah dah cakap yang hazirah dah mula rasa tak selesa pada badan hazirah..
sekejap2 sahabat syurga hazirah memegang tangan hazirah, sekejap2 peluk...
ketika dalam masjid, hazirah mula semakin dah tak selesa dengan belakang...
ketika itu, hazirah cuba menelan painkillers pertama..

hazirah dah jamak solat..
jadinya, ketika masing2 solat asar, hazirah ke belakang dan duduk di atas jubin.. ketik itu, kesakitan semakin menyengat.. nak tak nak, hazirah ambik lagi satu kapsul painkillers.. namun tak menjadi apa...
bila dah duduk dalam kelompok, hazirah dah mula semakin tak tahan..
hazirah angkat kaki dan peluk lutut untuk bagi tegang belakang...
namun, semua tak jadi apaa sehingga menangis...

alhamdulillah... suasana di tempat baru hazirah penuh dengan tarbiah dan saling berkasih sayang..
ramai yang bagi perhatian dan bantu ketika hazirah mula menangis kerana tak mampu tahan lagi sakit...
mereka cuba baringkan atas jubin, namun kerana tulang belakang hazirah agak timbul, bila di baringkan, hazirah semakin sakit.. dan selepas tu, mula tak rasa kaki kiri...
dan berlarutan sehingga hari nie.. dan ianya dinamakan sebagai temporary paralyse..

dan terpaksa menggunakan kerusi roda untuk bergerak ke sana dan ke sini..
alhamdulillah.. ramai yang tulus dan ikhlas hatinya.. walaupun baru ajew kenal, walaupun tak sempat taaruf, mereka bergilir2 menolak wheelchair yang hazirah pinjam dengan pihak kolej.. :)

sekarang, tengah usaha untuk dapatkan kembali kaki..
mungkin, kebanyakan pergerakan hazirah di kampus, hazirah akan menggunakan kerusi roda bagi mengelak mengalami kelumpuhan teruk...

silap2, hazirah tolak sendiri wheelchair hazirah kalo hazirah nak jalan.. he3..
kalo dah tak larat jalan baru naik wheelchair..
pahtu, orang2 mula confius hazirah sakit ke tak... ^_^

kawasan mahallah dengan fakulti agak jauh...
kaki hazirah bukan kaki manusia normal yang bebas berjalan sejauh mana pun dan sebanyak mana pun...
kaki hazirah agak terhad untuk berjalan tapi apa2 pun hazirah syukur sebab masih boleh berjalan walaupun sekarang hazirah alami lumpuh sementara..

kelas pertama hazirah akan mula 25hb nanti..
doakan hazirah kuat meneruskan perjuangan hazirah sebagai seorang siswi ye.. 

kak syikin.. senior di tempat belajar yang sangat baik dan mesra...
wheelchair nie kampus punya.. insha Allah.. selepas nie guna wheelchair sendiri yang lebih kecik dan ringan untuk
di handle hazirah yang pendek nie.. ^_^



salam sayang untuk semua...





bismillahirohmanirohim...

beberapa hari lepas saya ada mengaktifkan status saya dengan satu berita dan kenyataan ringkas dari seorang syabab..

setelah mendapat kepastian dari beberapa ahli perbincangan yang master mengenai hal ini, hari ini saya membuat keputusan untuk menulis kenyataan penuh dan jawapan balas...

STATEMENT..:

"TAKE NOTE MUSLIMAH,

PURDAH/NIQAB full= ialah penutupan seluruh muka, tapi fuqaha mazhab syafie membenarkan buat lubang di kain di bahagian mata agar boleh melihat jalan. kalau rasa mata boleh menimbulkan fitnah, afdhal untuk menutup mata dengan kain yang samar2 agar boleh melihat jalan(burqa)

PURDAH/NIQAB HALF= ialah niqab ialah niqab pelacur pada zaman arab jahiliyyah.. pada zaman itu ia dipakai oleh pelacur untuk menggoda lelaki agar datang bayar duit dan baru boleh tengok muka then bayar lebih untuk khidmat ZINA..
mereka akan make up mata dan kening secantik yg boleh untuk menggoda para lelaki untuk langgan mereka.. sebab niqab half menampakkan kening dan mata yang sangat menggoda membuat para LELAKI TERGEDIK2 NAK TENGOK MACAM MANA RUPA PEREMPUAN TU..

** sebab tu fuqaha mazhab syafie suruh tutup WAJAH bukan tutup mulut dan hidung n biarkan kning terdedah...


HASIL PERBINCANGAN DENGAN YANG PAKAR DAN PERBINCANGAN DI FB:

pertama sekali perlu faham hukum berniqab yang sebenar... sebahagian ulamak menggalakkan niqab tapi tidak mewajibkannya.. sebahagian ulamak mewajibkannya..

so, wearing the niqab is khilaf thing between ulamak...
perkara khilaf tak boleh diperdebatkan..

'alkhuruj minal khilaf mustahabbun..'

setelah perbincangan, majoriti di antara kami menyatakan tidak pernah menjumpai hujah atau bukti yang menunjukkan larangan terhadap pemakaian niqab half..

dan pemakaian niqab half adalah boleh TAPI dengan syarat tidak berhias pada bahagian kening dan mata.. contohnya dengan memakai celak, lens berwarna dan membentuk kening..

pemakaian celak dan lens berwarna lagi ketara menggoda bila niqabis itu mengenakan niqab full kerana mata saja yang menonjol..

setelah perbincangan, statement yang dinyatakan tidak betul sama sekali..

menurut seorang alimi @ ustaz @ al-hafiz @ yg mahir,
pelacur pada zaman arab jahiliyyah tidak memakai tudung dan hanya menutup muka sahaja...rambutnya terdedah..
sepenuhnya tidak sama dengan pemakai niqab half yang menutup aurat...
al-fadhil us mengatakan kekecewaan terhadap perngeluar statement ini kerana menyamakan pemakai niqab half menyerupai pelacur jahiliyyah...

ini kerana kenyataan sebegini menunjukkan kedangkalan ilmu dalam mengkaji..
sepatutnya ia perlu merujuk kepada al quran, hadis, sirah dan pendapat para ulamak.. bukan ta'sub kepada satu ulamak sahaja...
perkara seperti ini perlu berhati2...

************************************************

pesanan saya buat niqabis2 yang saya cintai kerana ALLAH...

"luruskan niatmu sayang..
kerana apa dikau menggunakan niqab sebagai penutup wajahmu...
kerana ALLAH kah, atau kerana ingin di tonjol kecantikkan matakah...

ya..! pakai celak adalah sunnah...
tapi pernah tak terfikir, bila pakai niqab tambah pulak dengan celak yang bgitu jelas, ianya menghasilkan mata yang menggoda...???

begitu juga yang memakai lens..
tak salah... sungguh tak salah kalau nak pakai lens..
tapi DENGAN SYARAT, pakai LENS yang TAK berwarna..
lens berwarna jelas MENONJOLKAN bahagian mata...!

jika berniqab, berhias di bahagian mata,
tolong, saya merayu, jangan di rendahkan martabat kami yang benar2 menjaga keadaan niqabis...
bukaklah niqab... dan terpulanglah nak buat apa tapi jangan tapi jangan tampil sebagai niqabis...

ini akan mendatangkan tempias fitnah kepada kami...

fikirkanlah..
kerana antum, kami yang tak bersalah turut di palit dengan kotoran yang tak pernah kami buat...

semuanya bermula dengan niat...

niat kerana Allah, semuanya akan terjaga..

dan jaga jugalah cara pemakaian, cara bergambar, cara berikhtilat...

kita rasa benda nie mudah tapi kerana kita TERLALU berbeza, masyarakat mudah melihat setiap inci kesalahan kita waima kesalahan kita sebesar KUMAN pun orang boleh nampak dan perbesarkan...

hasil perbincangan juga berpendapat semua ini berlaku mungkin disebabkan niqabis itu sendiri yang tidak terlalu menjaga apa yang patut di jaga..

sama2 kita renung2kan


copied and pasted from Al-Aliya Qatrunnada

bismillahirahmanirohim...

salam dan selawat buat junjungan besar s.a.w.
subhanallah,alhamdulillah, walaila hailallah allahuakhbar...!
haa... apa khabar iman dan hati..???
sihat tak..???

subhanallah...
pejam celik rupa2nya sudah masuk bulan ramadhan.. so first of all, i gonna say to all of u 'SELAMAT BERPUASA DAN SEMOGA PUASA PADA KALI INI LEBIH BAIK DARIPADA SEBELUMNYA'

macam mana seminggu sudah berpuasa..???
perfect tak..??? ke dah ada yang ponteng2 nie..??? hmmm..??? ^__^

Alhamdulillah...
kasih Allah takkan pernah berbelah bagi untuk hamba2NYA..



teringat hazirah pada bicara seorang sahabat... jika tidak silap hazirah umar al-khattab atau abu bakar as-siddiq.. macam tula.. hazirah lupa... !_!
tapi bicaranya hazirah ingat sangat3..

"aku takut sangat apabila tiada ujian yang datang dalam hidupku kerana aku khuatir Allah tidak memandangku.. dengan adanya ujian, aku yakin Allah sedang memandangku.."

subhanallah... tabarakallah...!

kata2 ini sangat menyuntik semangat kepada hazirah tatkala badan melawan segala arus kesakitan..
ditambah lagi dengan kisah nabi ayub yang tidak mahu mendoakan kesembuhannya kerana kesyukurannya kepada Allah.. ketabahan hatinya... dan hanya berdoa kepada Allah minta disembuhkan selepas dipujuk isteri tercinta dan doanya dikaburkan Allah lalu sembuh dari penyakit yang dideritai bertahun2...


menyambut bulan ramadhan dengan penuh kesyukuran, kegembiraan, keterujaan dan macam2 lagi perasaan yang hadir...
tahun lepas sentiasa diingatkan agar tidak memaksa diri untuk berpuasa jika sudah tidak mampu kerana dikhuatiri penyakit semakin droping.. tapi hazirah tetap memaksa diri untuk berpuasa sehingga ke akhirnya dengan hati yang penuh yakin, usaha, doa dan tawakal pada Allah...
dan al hasilnya, hazirah berpuasa seperti mereka yang sihat tanpa sebarang masalah cuma tidak banyak membantu mama dalam menyediakan juadah berbuka kerana lumpuh yang menjadi teman ketika itu...

dan

alhamdulillah.. for this year, hazirah dapat puasa seperti biasa.. bangun sahur, bantu mama masak, hidang makanan... kejutkan abang2...
sahur pada hari pertama puasa sangat perfect..!
wah3... banyak sangat makan pagi tu.. tak pernah2 makan banyak tapi pagi tu banyak ja makannya... sampai perut rasa sendat.. nak duduk pun rasa penuh perut...(adei...)
teruja sangat dapat puasa..

namun, disangka panas sampai ke petang rupanya hujan di tengahari...
kita takkan pernah tahu apa yang telah Allah rencanakan untuk kita..
kita rasa semuanya ok namun kita tak tahu apa yang akan berlaku pada waktu yang seterusnya...

pagi hazirah masih ok...
bermain dengan si kecil hanis najihah.. dukung dia ke sana ke mari, layan adik kecilnya yang baru berusia beberapa hari.. semuanya masih ok sehinggala melepasi waktu zuhur, badan hazirah mula drop...
terasa lain sangat... kaki tak gagah.. mungkin tenaga semua digunakan untuk melayan si kecil..(i think..)
selepas menunaikan solat dan bertadarus, sementara menunggu pukul 4 untuk masuk ke dapur,hazirah rehatkan badan.. baring2.. dan tidur buat seketikaa..

namun, tidak sampai 10 minit, tidur mula terganggu..
muscle bahu sakit2, sangkar rusuk seperti dicucuk, spine terasa ditarik2...
tak tahu nak ucap macam mana...

hari pertama masih boleh bertahan...
hari ke dua dan seterusnya, keadaan makin drop...
semakin kerap keletihan...

sehinggalah 2 hari lepas,
hazirah tidak boleh membongkokkan badan... terasa bagaikan tulang dipatah2kan...
ketika jemur kain dengan mama, hazirah minta bantuan si kecil hanis najihah untuk hulurkan kain2 pada che sunya..
mujur saja si kecil berusia 2 tahun 6 bulan itu sangat ringan tulang dan cerdik..

apa yang orang minta dia pantas menuruti... dan that's mean dia faham apa yang orang cakap...
kerajinannya agak berbeza dengan kanak2 yang seusia dengannya yang lebih gemar bermain2...
dia sangat gemar masuk ke dapur untuk mengacau periuk, ke kawasan ampaian untuk jemur kain.. kalau angkat kain jemuran pun dia kalut nak angkat juga...

well, she's still a child.. so hazirah yang bagi kain sehelai demi sehelai untuk dia masukkan ke dalam bakul....
she's so brilliant..! dia kemain lagi seronok bila hazirah bagi dia kain untuk dimasukkan ke dalam bakul..

since berpuasa, kesakitan tu makin hmmmmmmmmmm.....
tapi Alhamdulillah... bila solat, pergerakan dalam solat banyak melegakan kesakitan tu walaupun tak lama...
sebab tu hazirah cakap.. dalam hazirah duk melawan harus kesakitan itu, selain cuba membaca selawat syifa', hazirah kenang balik kisah nabi ayub, ketabahan siti maryam, bicara sahabat rasulullah..
semua itu sangat menyuntik semangat kepada hazirah...

pejam mata rapat2.. cuba tenangkan hati walaupun sakit tu rasa bagaikan nak mati je...
istighfar, mengucap, selawat...
pujuk hati ini adalah hadiah yang paling istimewa yang Allah bagi tatkala berada di dalam bulan yang mulia ini...
disamping berpuasa, Allah bagi lagi hadiah untuk jadikan diri lebih tenang dan sabar dalam menghadapi segala kesakitan demi kesakitan....

bila tiba waktu malam, sebelum tidur, teman setia hazirah buka.. 
belek punya belek, terjumpa kembali date di mana hazirah tidak digalakkan berpuasa...
lama hazirah termenung..
cuba mengamati kembali kenapa pesanan itu diberikan sedangkan hazirah begitu yakin mampu dan mampu...

bila bermuhasabah, mungkin pada tahun yang lalu Allah kuatkan hazirah dan sentiasa mudahkan puasa hazirah. namun pada tahun ini mungkin Allah nak tunjuk pada hazirah kenapa hazirah diberi pesanan seumpama itu pada tahun lalu...
subhanallah..!
sungguh..!! kalau hazirah bukan seorang yang tekad dan nekad dalam melakukan sesuatu perkara, pasti sudah awal2 lagi hazirah berbuka semata2 untuk menelan segala bagai ubat untuk menampung kesakitan yang cukup berbisa menyengat seluruh badan...

muscle, tulang semua ada rasa yang teramat2...
baring tak kena, duduk tak kena, berdiri lagila tak kena...
biasanya bila dah sakit terlampau2 macam nie, memang hazirah telan 2,3, bijik painkiller..
walaupun ianya bersifat sementara sekurg2nya ianya melegakan buat seketika..

seorang hazirah yang gemar berjalan laju2, tiba2 jalan selangkah demi selangkah kerana pergerakn demi pergerakan yang mendatangkan bisa setiap kesakitan... kadang2, berjalan bertongkat dinding untuk lawan arus kesakitan... kadang2 pegang spine.. ketuk2 spine.. tampal panaflex banyak2 dekat otot2 tertentu..
semuanya inisiatif untuk mengurangkan sakit...

kesakitan yang dilalui pada kali ini terasa lain sekali..
sangat2 lain sehinggakan hazirah tak tahu bagaimana nak jawab bila sahabat2 bertanya sejauh mana sakit...

dengan keadaan mata yang mungkin kembali neuritis...
namun masih dibiarkan begitu saja...

kakak occupational hazirah sempat menguji mata hazirah 2 minggu yang lalu...
minta di tumpu pada sesuatu namun ianya sangat menyakitkan pada pergerakan mata...
terasa seperti objek itu bergerak2.. kepala terasa nak pecah...
kekuatan jemari hazirah juga drop...

up and down...
sekejap ok sekejap tak...
tapi i take all it as positive thing.. yang boleh membuatkan hazirah muhasabah lagi dan lagi...

dan buat hazirah selalu fikir

"ajalku semakin dekat barangkali..."

peringatan sebegini membuatkan hazirah merendahkan segala pengharapan hazirah terhadap sesuatu...
yang menjadi fokus haazirah adalah hafalan hazirah...
memperingati dengan selancar mungkin..
melakar kehidupan yang lebih menjurus kepada kehidupan akhirat...

hmmmm ^_^
senyumlah... namun, kadang2 saya seorang yang agak degil...
dalam saya menahan sakit, saya masih boleh berlari lari anak kerana emergency.. selepas itu mulala berkerut dahi.. ketap bibir tahan segala rasa yang bertandang...
daaan... dalam hazirah mengalami masalah pengelihatan, hazirah masih boleh drive seperti biasa...he3... (gedikkan hazirah nie..???^^,)

mama sempat mengusik

"berbukala lagi dengan air sejuk.. kamu tahu yang kamu sakit saraf dengan tulang bermasalah tapi kamu berbuka juga dengan air sejuk.. jangan samakan kamu dengan orang lainla... kan dah sakit2.."

!_! !_!
salah diri sendiri.. that's totally correct...!!!!
orang berbuka dengan minuman sejuk, tergedik2 nak air sejuk jugak..
reason..??? dahaga....

pang sebijik....
sengaja cari penyakit... sekarang sendiri buat sendiri tanggung ok...

tapi sungguh hazirah cakap, semua ini cukup mentarbiah diri hazirah...
made myself being more and more and more patient...


seandainya tidak sempat direalisasikan semua impian ini.. Allah lebih tahu apa yang terbaik untuk hamba yang hina ini...



bila sakit2 dah tak manja2 dah...
eh2.. memang tak manja pun.. i mean dah tak minta tolong mama gosokkan...
cuba release dan lalui kesakitan tu sendiri cumanya mama tahula anak dia sdang tahan sakit...
dengan ini, hazirah akan lebih berdikari...

sekurang2nya bila hazirah di takdir Allah untuk melanjutkan pengajian ke tempat yang jauh daripada keluarga terutamanya mama, bila sakit tak adalah terlalu mencari2..
bila dah biasa, everything going to be smooth right..???

tipulah kalau tak ada lintasan bayangan ibubapa bila sakit ketika berjauhan kan..???
mesti ada tapi at least bila dah berdikari semuanya akan lebih mudah walaupun minda di hadiri kerinduan kepada mereka...

sehingga ke hari ini, keyakinan pada Allah yang menguatkan hazirah...

ohyea...
sebelum hazirah menamatkan penulisan hazirah pada kali ini...
Alhamdulilah.. hazirah ingi berkongsi dengan readers semua orang baru dalam keluarga hazirah...
dilahirkan pada 4 julai baru2 ini...
seorang bidadari yang in sha Allah akan memperjuangkan agama suatu hari nanti...

nama: HUSNA ZAKIRAH BINTI YUSRI HERMAN
date born: 4 JULAI 2013
clock : 9.25p.m(kalau x salah)
place : KPJ PERDANA kota bharu
weight: 2.8kg

Ahlan wasahlan sayang..

after hour out of womb
today...!
13 hari dah boleh angkat kepala dan mengiring... so smart..! <3

selamat berpuasa buat readers yang di kasihi Allah sekalian..
semoga sentiasa berada dalam lindungan Allah...






LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...