tinggalkan jejak anda di sini

How Old I am ^_^

Daisypath Happy Birthday tickers

The Age Of MY Opened Dairy

Daisypath Happy Birthday tickers

Bismillahirahmanirahim...

Assalamualaikum.. w.b.t.

Salam sayang dan salam lebaran buat semua readers yang dikasihi..




pejam celik, berakhir sudah ramadhan yang dirindui.. bertandang si syawal memberi nikmat bahagia kepada semua..
bagaimana dengan syawal sahabat2 hazirah nie..?? meriah tak sayang..???^_^ harap meriah ya.. pasti semua seronok menyambut lebaran inikan.. anak2 di rantauan pulang ke desa untuk menyambut lebaran bersama keluarga yang di kasihi... macam mana dengan aktiviti ziarah kalian...??? harap berada dalam keadaan baik ya.. kalau tersekat dalam traffic jam tu biasalah sebab, kan ramai yang menggunakan jalan raya untuk beraya.. ^_^

how about me..???
^_^.. lebaran kali ini terasa istimewa dengan keadaan yang jauh lebih istimewa berbanding dengan keadaan2 yang sebelum ini.. hazirah hanya beraya di rumah, namun hazirah tak pernah sepi beraya dirumah kerna saban hari, ada saja orang datang berziarah.. dan Alhamdulillah.. ziarah mereka lebih kepada pertemuan untuk melihat keadaan hazirah sendiri bagaimana...

airmata abah mengundang sendu di hati hazirah..



wali ku.. takkan pernah aku membelakangi waliku ini dalam apa jua tindakan ku.. dia punca redha Allah ke atasku.. andai dia redha, maka Allah jgk akan redha padaku.. dialah kekasih mama^_^



1 syawal, 
pagi itu kebangkitan dari tidur agak terlajak dari biasa sebab letih.. hazirah tidur lewat, bangun pagi itu pun kalau kakak x kejutkan confirm tak bangun...hu3..
abah dah pergi kubur dah dan mama dah siap2 nak gi semayang sunat raya dah...
hanis najihah dah cantik berbaju kurung..
sedih lorh sebab ammar zafran tak beraya dengan che su sebab ammar zafran balik kampung dia kat terian pahang...

baju raya hazirah tak siap.. sedihnya.. tapi tak mengapa lagipun hazirah hanya berada  di rumah saja.. hazirah tengok family abang long sedondon pakai baju kurung ungun gelap, setahu hazirah, hazirah ada jubah ungu gelap, hazirah cari2 n jumpa. Alhamdulillah.. sedondon 100% ngan dak kecil najihah... ^_^

pagi tu jugaklah baru nak iron baju, punyalah last minute buat kerja.. pastu cari2 tudung pula, hmm.. jilbab hitam tak sampai lagi, jadi pakai tudung bidang 60 sajalah.. pusing satu rumah hazirah mencari tudung tak jumpa padahal tudung tu ada dalam almari sendiri je.. biasalah bila penyakit lupa datang... jenuh mencari tau.. padahal duk depan mata je tudung tu.. bila jumpa, hazirah buka dan layangkan, ya Allah, macam mana boleh ada cop nie(kesan hangus kena stareka)..
lama hazirah duk pikir, hu3.. nie mesti ada kes hazirah tak ingat nie p tetap gak hazirah ambik tudung tu.. pandai2lah hazirah adjas yng ada cop tu...


najihah kena peluk ke che su.. haa.. nak lari mana..!^_^


pagi raya semuanya ceria nak2 dengan karenah si kecil najihah yang agak melucukan.. bermacam ragam di keluarkan si comel tu.. gelepar hanis najihah kena peluk ke che su pagi tu.. si kecil, bila dah dapat kaki pasti nak berlari, seperti budak nielah.. duk main kejar2.. mula2 ajak che su, p che su tak mampu nak berlarilah sayang, tapi che da dia pula ambil alih.. kejar2 najihah.. sampai letih kawan tu..

tengahari sikit, mula ramai yang datang.. huhuhu.. awal sekali yang serbu pak zuan.. adik ma.. hmm.. takut nak pergi salam mula2 tapi abah panggil n desak suruh pergi salam.. kata abah itu pak saudara.. Allahurabbi.. rasa takut sangat.. takut tersalam dengan orang yang haram pula...

abah sempat bertanya either kenal atau ingat tak dekat pak saudara tu.. glurrpp.. otak jadi blurr.. xtahu nak tafsir camne yang pasti memang tak boleh ingat apa2 pun..
la ke tengahari, 2 rombongan datang beraya.. masa tu dah pecat tudung dah.. aduh...! baru nak tidur masa tu..uhuhu
cepat2 bangun masuk bilik(ingat nak sambung tidur balik..he3) masuk je bilik, kakak datang kata dorang semua nak jumpa hazirah.. hah..???
aduh.. xtahu nak saut tudung mana, last2 hazirah ambik je tudung alya sarah..hi3(nie promote secara percuma..he3) tudungnya labuh tp xdelah selabuh jilbab tapi cukup untuk menutup apa yang islam suruh tutup ^_^

keluar je terus pergi salam.. hati2 meniti setiap anak tangga takut tergelincir sebab hazirah pakai jubah, takut terpijak jubah, ha naya tu.. salam ngan semua, hazirah nampak baby..! ya Allah.. sihat sangat2 baby tu... comel pula tu.. baby boy.. juz 3 month.. ^_^.. ingat dekat ammar...
hazirah salam2, semua orang duk pushed hazirah tanya hazirah ingat tak, ingat tak.. betul nie tak ingat..??? betul nie..??? selalu jumpa nie... betul tak ingat...???

ya Allah, bertakung airmata hazirah menahan rasa sebak.. hazirah betul2 tak mengenali mereka.. ada yang menitislan airmata.. hazirah sempat tengok abah, abah kesat matanya bila hazirah mengungkapkan 'tidak mengenali'.. abah menangis..! abah.....
ni pertama kali hazirah melihat abah menangis..

masa petang pula, adik abah juga yang datang.. kus.. garangnya muka.. tenung hazirah macam nak telan, takut hazirah nak pi salam sampai abah datang n tarik hazirah.. abah duk tepi hazirah.. hazirah salam ngan pak teh. dia pegang tangan hazirah tak nak lepas, hazirah takut.. hazirah rasa lain.. hazirah rasa macam hati hazirah ketakutan dengan genggaman itu.. cepat2 hazirah tarik tangan hazirah dari genggaman adik abah..

banyak yang disoalkan.. hazirah hanya jawap dengan elengan... abah menepuk2 belakang hazirah.. bila hazirah kat dapur, abah tanya lagi either kenal atau tak, bila hazirah eleng, abah menepuk bahu hazirah n cakap 'xpew'...hmmmm

hari raya pertama dan kedua suasana hampir sama..
saudara mara tak seorang hazirah kenali.. even tok sendiri pun hazirah tak kenal.. che wo menangis sebab cucu dia dah tak kenal orang.. pak ngah datang, lengan mama kemas hazirah pegang sebab ketakutan.. mama pujuk2, abah pun pujuk2.. pak ngah sendiri pun duk cakap 'pak saudara awaklah.. pak ngah awak nie'..

aduh... rumitnya...
dua hari berhari raya, malam raya kedua, hazirah demam mengejut.. batuk mengejuk, selsema secara mengejut.. semuanya mengejut./.. mungkin otak pressure.. 
raya ketiga, sahabiah datang pun tak dapat nak layan sangat.. hu3.. finally, dapat peluk si kembar... comel sangat anak2 hazirah tu...^_^ dorang baik.. dengar cakap.. main ngan hazirah pun elok2 je tak buas2..
faham keadaan ummi ye sayang..

walaupun keletihan kerana suhu badan terlalu tinggi, tapi as for me, bayi adalah penawar kepada semua penyakit yang hazirah hadapi... boleh sembuh sekelip mata je walaupun ianya cuma sementara...
badan rasa sakit2 sepanjang demam, spine lagilah sampai hazirah rasa macam struktur spine dah bengkok.. hmm.. wanauzubillah... minta2 tak... x senang duduk hazirah.. nak berbaring atas lantai atau jubin kat umah, langsung tak boleh sebab badan akan makin sakit, last2 port terbaik, hazirah landing atas sofa yang paling tersembunyi agar kalau2 orang datang, tak nampak...

hu3...
macam2 kan.. dah xlarat dah nak taip.. masih dalam keadaan demam.. tapi much better.. ^_^

ohyea. siapa tiz zaqyah ye..??? masih tertanya-tanya...he3.. dia ambik muka saya..! xboleh...! saya xpakai make up, mana boleh samakan saya dan dia.. saya tetap saya tau..!

gambar2 kami..^_^


ngan mama ketika masih sihat^_^

kenangan ketika di mana ek.. lupa..hu3.. tapi sebelum sakit teruk^_^

'ustaz segera'..hu3.. my abang long.. my second wali.. inilah yang akan tapis sape2 yang datang pinang saya..^_^
otaknya bergeliga.. always inginkan yang terbaik untuk adik2.. ^_^

najihah buat muka chumill....! che su geram...!

baiknya najihah.. duk ngan aki(tok ki) ye sayang....


keluarga sakinah.. najihah terbek posing...^_^

kak ipar tersayang.. sedondon tak kami..??^_^

minal aidil wa fa izin untuk semua..^_^
doakan kesembuhan hazirah ye..doakan hazirah punya badan jadi normal balik..^_^
dah kurus n terlampau kurus.. otot dah xboleh cekam spine...





salam lebaran untuk semua pembaca blog hazirah ye.. doakan hazirah dipermudahkan untuk jawab exam..
cepat boleh berjalan.. ha.. lupa nak cakap.. hazirah dah mula bertatih dah.. dah mula belajar berdiri tanpa tongkat dah dan sekarang dah mula guna tongkat sebelah dah..^_^
xlama lagi bolehla jalan balik kan..??? 

salam sayang..

Hazirah Al-Hafizah^_^
Bismillahirahmanirahim...

Salam penghujung ramadhan buat semua..
pejam celik pejam celik,rupa2nya dah beberapa bulan berlalu...
skop ingatan semakin mengecil dan semakin ramai yang tidak dikenali..
tapi, hazirah cuba mencabar minda untuk mengingati kembali sahabiah2 yang sentiasa bersama hazirah dari dulu sehingga sekarang..



sebak hati hazirah, saban hari ada panggilan dan mesej yang masuk bertanyakan khabar hazirah dan bertanyakan kepada hazirah sama ada hazirah masih mengingati mereka ataupun tidak.. hazirah tak boleh terlalu mencabar minda hazirah untuk ingat balik the past tapi hazirah akan cuba untuk ingat..
hazirah tahu, ramai yang dah menintiskan airmata bila hazirah mengatakan 'tidak ingat'..
walaupun kalian cuba sembunyikan, namun pendengaran hazirah masih boleh mentafsirnya dengan baik cara kalian bersuara.. kehampaan hati kalian juga hazirah boleh baca bila hazirah cakap hazirah tak ingat apa2 tentang memori lalu kita bersama..

hazirah sedang mencuba dari semasa ke semasa.. nerve hazirah terganggu, sebab itu ia menganggu ingatan hazirah.. percayalah dengan kekuasaan KEKASIH yang AGUNG, hazirah akan ingat kembali kalian walaupun masanya masih tidak diketahui bila..
hazirah banyak merujuk dairy hazirah.. and i found my old dairy that has said a lot about the past..
when i readen back about the past, i'm tried to been understood why must been like that also like that..
somememory made me been embrassed with myself.. oh.. begitu rupanya hazirah dulu.. teruk juga tu..hehehee
dah tak nak ulang dah.. enough.. enough... bila hazirah buat perbandingan perwatakan dulu dan sekarang, bagai langit dengan bumi..hu3..
Allahurabbi.. mudah2an, sikap hari ini lebih baik dari semalam, dan esok lebih baik dari hari ini dan begitulah seterusnya..

hurrmm.. beberapa hari lepas, hazirah dapat incall dari jordan.. pada awalnya hazirah ingat mak sdara hazirah yang call, cerialah hazirah jawap panggilan tu tapi rupa2nya bila suara di belah sana kedengaran, ianya bukan mak saudara hazirah..! hazirah tak tahu kenapa, dah tak mampu bersuara dah bila dengar suara orang lain yang hazirah tak kenal..

dia muslimah tapi cara dia bercakap buat hazirah terkejut dan gubra.. hazirah tak tahu nak mencelah kat mana.. tak tahu titik noktah kat mana.. bila hazirah diam seribu bahasa baru dia senyap n bagi laluan pada hazirah untuk cakap pula.. hanya masa tu je hazirah bagitahu direct yang hazirah tak ingat banyak orang dah dan hazirah juga tak ingat dia walaupun dia kata dia salah seorang sahabiah yang rapat dengan hazirah...
mungkin hazirah bertindak tak beradab sikit masa tu, hazirah tak tahan di paksa, jadi hazirah tutup macam tu phone..

hazirah cuba ingat.. tapi tetap tak ingat.. beberapa hari selepas tu, ada mesej masuk dari seorang kawan yang hazirah juga tak berapa nak ingat tapi banyak rujuk pada dairi.. dia cuba buat hazirah ingat tentang sahabiah dekat jordan.. minta hazirah angkat jika sahabiah itu call.. dia kata hazirah sangat rapat dengan sahabiah hazirah.. hazirah inginkan kebenaran..! sejak hazirah tak ingat bermacam macam jenis orang yang muncul.. hazirah keraguan tentang statements tu.. jalan terbaik, hazirah rujuk dairi hazirah.. benarlah.. dia sahabiah hazirah yang rapat dengan hazirah dan yang paling awal nikah.. banyak yang tercatat dalam dairi hazirah mengenai pernikahannya.. 
perkongsian hari bahagianya lebih banyak bersama hazirah daripada suaminya sendiri.. semuanya kerana dia berkahwin atas pilihan keluarga.. tapi kejap je tak suka tu,lepas akad nikah terus fallen in love dengan suami dia..





subhanallah..! walaupun hazirah tak ingat tapi hazirah dapat rasakan sesuatu..dia 'diambil' dengan cara yang terhormat dan terus kepada restu ibubapa, bukan membelakangkang ibubapa.. hazirah juga ingin 'diambil' dengan cara yang terhormat juga kelak(jika peluang itu ada ^_^).. tak nak 'diambil' secara membelakang ibubapa..he3.. berangan pula hazirah niekan..
Alhamdulillah.. sahabiah hazirah dah ada anak kembar dah.. dia call hazirah buat kesekian kalinya, hazirah angkat dan cuba untuk bermesra dengannya.. Alhamdulillah..dia tak banyak memaksa kali ni tapi lebih menceritakan memori kami bersama dulu.. sangat indah..!
sempat hazirah dengar pekikan dari anak kembarnya.. katanya anak2 kembarnya nak phone, nak cakap dengan hazirah.. kata sahabiah, dorang panggil hazirah dengan gelaran 'ummi' sebab hazirah mak angkat si kembar..oh begitu rupanya.. hazirah dah ada anak angkat rupanya... ^_^
ok pe dah ada anak tu walaupun bukan dari rahim sendiri.. comel pula tu..! tak sabar nak jumpa anak2 hazirah if dorang balik melaysia..

hari2 sahabiah hazirah dari jordan menghantar sms kepada hazirah dengan harapan hazirah akan ingat kembali tentang dia.. insyaAllah sayang,, yus akan cuba untuk balik.. berkat bulan ramadhan, siapa tahu akan ingat balik dalam masa terdekat.. kan4...??
sahabiah2 yang lain juga ramai yang menghubungi hazirah.. ada yang menangis dari pagi lepas baca blog hazirah dan dapat tahu hazirah dah tak ingat apa2.. hazirah minta maaf.. usahlah bersedih.. hazirah tak meninggal tau hazirah cuma tak ingat.. kalian nangis macam hazirah dah nak mati pula.. ^_^.. insyaAllah.. nanti akan ingat... maaf andai ada yang hazirah tak layan.. menurut sahabiah hazirah, hazirah tak kawan dengan lelaki, tapi sejak hazirah tak ingat, ramai pula kaum muslimin mesej hazirah cakap kawan hazirah.. gprrrrppp...~~~~~~

semalam, kakak hazirah mengutarakan 3 nama muslimin.. hazirah sedang menidurkan baby ammar ketika tu.. hazirah kepelikan.. hazirah hanya angkat kening saja tanda tak faham kenapa nama 3 orang muslimin tu harus di sebut2kan.. kak tanya, dalam 3 nama nie, hati hazirah lebih memberat kepada siapa..???
hurmmm...??? macam mana nak memberat sedangkan tuannya hazirah tak kenal dan tak ingat sama sekali.. kakak hazirah kata hazirah pernah berkongsi sesuatu dahulu.. like kakak cuba menguji daya ingatan hazirah.. 
pada awalnya hazirah hanya masuk telinga kanan keluar kiri jadi nama2 yang di sebut hany sepintas lalu..

bila di mention kali kedua, dua nama awal yang di sebut, tak memberi kesan apa2 pada hazirah namun nama yang ketiga, sekali disebut cukup memberi getaran hebat pada jantung hazirah..huh.. curious.. kenapa ya..??
ada rasa bahagia menyelinap ke seluruh ruang hati bila nama itu di sebut juga ada rasa tenang yang sangat.. hazirah tertanya-tanya kenapa rasa macam nie.. hazirah belek dairi hazirah balik..




subhanallah.. begitu rupanya.. menurut diari hazirah, hazirah tak terlalu mengenalinya namun hazirah kenal seungkap nama miliknya.. agama yang ada padanya membuatkan hazirah rasa sesuatu.. tapi, bagaimanakah rupanya..?? hazirah tak tahu...  hazirah pernah buat istikharah dan ianya memberat pada seungkap nama yang hazirah tak kenali/tak ingat bagaimana tuannya..

banyak yang tercatat dalam dairi hazirah mengenainya.. ada hazirah cuba untuk ingat2 tapi tetap tak ingat.. biarlah.. pasti ada hikmahnya.. cukuplah andai nama itu saja yang hazirah tahu pada masa ini.. belum masa yang tepat untuk hazirah cuba ingat sesuatu yang lebih jauh...

KU TUNGG KAU DI BATAS WAKTU, DI SAAT AKU SUDAH BERSEDIA DAN KEADAANKU SUDAH JAUH LEBIH BAIK DARIPADA SEKERANG..

sama2 berjuang di medan ILMU, moga kehidupan mendatang akan tersuluh dengan cahaya ILMU...
mungkinkah 'dia' jodohku..??
ha3.. hazirah ingin gelak.. namun satu suara berbisik

 " ingatan semakin lupus, namun kata hati tak dapat menipu.. percaya pada istikharah yang lalu..tetap menanti dengan kalimah ILahi dan mengharapkan kerdhaan dariNya"

banyak yang mula terungkai dan mula memberi jawapan..
kalau boleh, hazirah tak nak ingat memori yang pahit2 tapi hazirah nak ingat sahabiah2 jew... ^_^

Assalamualaikum w.b.t.

hu3.. finally hazirah terpaksa langgar kata-kata hazirah untuk tak menulis sehingga bulan december.. hazirah teringin sangat nak menulis lagi, nak berkongsi lagi cerita dengan readers hazirah semua..

hazirah rindukan kalian even hazirah dah tak kenal siapa yang pernah hubungi hazirah yang datang dari kalangan readers hazirah..

i'm so sorry because i can't remember many of you.
hazirah tak pernah sedar yang tahap ingatan hazirah semakin lemah dari hari ke hari..
3 week i dont attended to my class, when i gone, i been like someone else.. 
the enviroment looked very strange.. when i arrive, the one of my muallim asked me eihter i'm gotten ok or not..
i dont remember him.. i juz gave he my smiles as my answer.. 
i dont know what should i tell him.. i dont know him.. totally forget..! i dont remember all of my muallim and mualliam except one, she is my economi's teacher.. i dont remember her name but i can remember the little thing about her...

apa yang hazirah type pada hari ini adalah yang hazirah rujuk kepada diary hazirah sepenuhnya kerana hazirah tak berapa ingat apa yang dah hazirah lalui..
sepanjang hazirah tak updated blog nie, hazirah admitted in the ward about 2 times.. 1 weeks at hospital setiu, then discharge for several days, before i'm admitted again and for this times at HSNZ, hazirah sempat pergi gerik perak..

hazirah jumpa kakak angkat hazirah.. kak SYA.. ^_^.. kak SYA is the one people that i'm really remember as well, also her husband abang hafiz, their daugther NUUR AISYAH ZAKIYYAH and parents abang hafiz.. hazirah pun tak tahu kenapa hazirah begitu boleh ingat tentang kak sya sedangkan yang lain hazirah dah lupa.. mungkin keakraban di antara hazirah dan kak sya yang dah macam adik beradik kandung buatkan minda hazirah set kak sya as kakak kandung hazirah..
hazirah juga dapat ingat dengan jelas keluarga kandung hazirah even abang long, kak ja dan bidadari hanis najihah yang menetap di port dickson, yang hazirah jarang jumpa pun hazirah masih ingat.. maybe, Allah wanna i remember my family as well..
di saat hazirah nak balik, hazirah gi perak balik hari.. hu3.. dasyat..!
nielah bidadari kecil kak Sya dan Abang Hafiz..
NUUR AISYAH ZAKIYYAH

hazirah rasa sedih sangat nak pisah dengan kak sya dan aisyah..

nak menitis airmata di saat perpisahan berlaku.. tapi hazirah cuba untuk jadi tenang.. tak nak nangis depan kak sya.. masa tu dah pukul 12 tengah malam dah.. aisyah tidur dah bangun balik dah..
hazirah pergi gerik sebab kak sya inform pada hazirah tentang seorang ustaz yang boleh treat orang yang paraplegic(lumpuh).. kata kak sya, ada satu malam nie, ada seorang pak cik nie dah lumpuh 10 tahun, tapi lepas sapu lemak burung unta dan ustaz tu baca beberapa kalamullah, tak sampai lima minit, dengan izin Allah pak cik tu dah mula menampak..! hebat kuasaMU ya ALLAH..!

hazirah bagitahu mama and mama bagitahu abah.. hazirah ingatkan abah tak nak pergi sebab perak kan jauh juga dari terengganu..
keesokkannya, hazirah terkejut + happy sangat abah suruh hazirah inform pada kak sya yang kami nak pergi.. hu3.. tapi, kesian kak sya, dinihari pada hari kami pergi perak, kak sya dan abang hafiz baru je balik ke penang, tapi petang tu terpaksa balik lagi ke gerik sebab hazirah ke sana.. kalian memang baik..! sayang kak sya..! 

petang tu, pas asar hazirah and family sampai kat rumah keluarga abang hafiz.. hazirah dulu yang sampai..hehehe.. dan sempat jumpa aisyah, aisyah ingat hazirah ummi dia tapi bila hazirah ambil, dia terus kenal yang hazirah bukan ummi dia.. he3.. aisyah2.. pandailah si bidadari kecil nie..!

finally, setelah sekian lama hazirah ingin peluk kak sya, hazirah dapat juga peluk kak sya dan aisyah sekali.. package tu..hu3..(tersenyum nie tau.. rasa bahagia sangat).
sebaik sampai, kak sya salam2 ngan family hazirah dulu then hazirah the last one yang kak sya salam.. kak sya peluk erat sangat,.! tenang sangat kak..! harap dapat peluk akak lagi.. ^^,


sebelum hazirah bertolak ke perak, hazirah attended to my class first, it's my second days after 3 weeks i'm not attended to my class.. 1st days i'm gone, i'm only know about several of my friends.. they're Che yah, Wani, Ja, dan Che Ain.. the 1st one yang tahu hazirah tak ingat semua orang adalah wani.. wani hampir menangis bila mendengar setiap persoalan yang keluar dari bibir hazirah..

tapi wani banyak membantu hazirah untuk ingat sahabiah2 yang lain.. 
sehari sebelum hazirah attended, seorang muallim datang bersama classmate hazirah yang lelaki(i know this after i came to the class).. masa tu hazirah takut2 nak keluar jumpa dorang.. hazirah tak kenal.. mama dan kak ngah 'pujuk' suruh keluar sebab dorang datang nak tengok... lastly, hazirah keluar juga tapi hazirah bersembunyi di sebalik pintu hazirah sempat bertanya pada diri hazirah

"hish.. siapa dorang nie..???"

hazirah lebih memilih untuk berdiam diri saja sebab hazirah takut untuk berkata-kata dengan dorang.. hazirah betul2 tak kenal..!
hazirah bagitahu kak sya, dan kak sya kata mungkin ada sel dekat brain dah dead sebab tu memory loss..

selang sehari selepas pergi perak, hazirah kembali ke HSNZ..
at early, i'm only appointment but i should admitted again because my progress of MS been really faster..! i'm admitted becaused the ofthalmology want it.. grrr..

hazirah tak tahu apa nama doktor tu.. doktor lelaki lagi but doktor lain..sabar saja lah..
doktor tu nampak malu2 tapi i'm really respect to him.. sangat jaga..! dia nak sentuh mata hazirah pun, dia tolak jilbab hazirah yang atas ke dahi, kalau tak silap hazirah, jari telunjuk doktor tu dekat dahi n jari ibu dia letak pada purdah.. tapi dia terpaksa gak sentuh kelompak mata hazirah sebab nak celikkan lagi mata hazirah yang tak berapa besar nie kepada lebih besar..

after check up, he gotten that i'm got ' NEURITIS C MULTIPLE SCLEROSIS'..  atau dengan kata lain saraf-saraf mata membengkak terlalu cepat sehingga menyebabkan pengelihatan terjejas dan kabur..
kata doktor, progress MS terlalu cepat dan hazirah terpaksa admitted in the ward again, again and again..! grrrrp..
admitted hazirah di HSNZ pada kali nie adalah disebabkan doktor ingin hazirah mulakan pengambilan ubat MS yang kuat.. ubat itu di masuk melalui tangan.. Ya Allah, 1st time masuk, hazirah menitis airmata sebab setiap aliran ubat yang masuk tu menyakitkan saraf2 hazirah yang lain terutamanya di bahagian lengan  di mana jarum di masukkan..

nurse memahami dan cuba menenangkan hazirah.. dos yang pertama di masukkan, mama tak ada.. mama balik ambil baju.. masuk ward masa tu langsung tak di duga.. on the spot..
kata nurse, dia faham, memang sesetengah orang akan rasa sakit bila di masukkan ubat tu... di sebabkan ubat tu juga muka,tangan dan kaki akan jadi sembat.. hurrmm.. 
nak tahu, di sebabkan ubat tu juga berat badan hazirah dari 42kg turun ke 35kg..! dengan ketinggian 158cm.. but kata seorang doktor wanita "underdos" hu3...

hazirah di masukkan ubat MS sebanyak 12 dos.. 4 dos sehari.. yang paling menyakitkan adalah dos yang terakhir.. dan ada satu botol lagi ubat juga di masukkan melalui tangan tapi tak tahu ubat pe.. ubat tu di masukkan masa hazirah dah di pindahkan ke ward medikal..
ya Allah..! masuk ward medikal kesihatan hazirah makin down..! blood pressure down and be 60/40.. can u imaging..??? ~~~~
dan juga ubat last yang di masukkan menyebabkan darah berlembang keluar dari tangan.. habis katil di cemari darah.. ubat tu di masukkan ketika hazirah sedang tidur mama kata.. tapi tidur hazirah terganggu sebab rasa tangan semakin sakit.. sampai hazirah tak boleh tidur.. hazirah sampai berulang-ulang kali minta mama bagitahu nurse agar buang ubat tu.. sakit sangat.. nak pegang tangan sebelah yang di masukkan pun sangat sakit.. bila nurse datang, mama bagitahu and nurse datang tengok, then asked me so that been patient.. ya Allah.. nak menitis airmata.. masa tu kalimah "ALLAH dan sakit" silih berganti..
dari Allah aku datang, dan kepada Allah lah aku akan gembali..
pemilik seluruh hati dan jiwaku...


sehinggalah hazirah rasa something mengalir kat tangan.. hazirah tengok, darah dah mula keluar sedikit demi sedikit sehingga habis tangan hazirah berlumuran dengan darah sendiri.. masa tu mama cepat2 panggil nurse, pada awalnya nurse suruh sabar juga lagi sebab nak habiskan ubat tu tapi melihatkan darah yang keluar tak berhenti, dia ambik kapas and buang jarum kat tangan hazirah.. can you imaging, about 1 weeks i can't touch my hand..! Allah... nak pegang tongkat pun tak boleh..

ohyea, pasti antumna tertanya-tanya kenapa sebut pasal tongkat lagi sedangkan post yang lepas hazirah cakap hazirah dah boleh jalan balik even tak normal, actually i got 2nd attacked of MS.. that's why i'm admitted in the hospital setiu.. but hospital setiu tak boleh buat apa2 melainkan sekadar memantau begitu sahaja kerna kes hazirah adalah kes yang tahap tinggi dah patut di refered terus ke HSNZ.. 

disebabkan itu jugalah daya ingatan hazirah makin teruk.. after i got 2nd attacked, my memory become deficit.. skop yang hazirah ingat makin mengecil.. mungkin bila antum mesej hazirah, hazirah masih reply tapi masa kat HSNZ baru hazirah sedar yang hazirah dah mula tak cam orang..
terjadi pada seorang kakak yang rapat juga dengan hazirah namanya "kak Hani".. dia mesej jew dengan hazirah and bagitahu dah nak datang visited hazirah.. tapi bila hampir dengan katil hazirah dan mama tanya

"kenal tak../???"

hazirah hanya memandangnya dengan pandangan yang kosong dan mengeleng pada.. can you imaging hazirah baru je mesej dengan dia n walhal gambar dia naik setiap kali mesej dia hantar tapi hazirah tetap tak cam dia.. sedih sangat..
untunglah kak hani memahami dan mengenali hazirah yang masa tu mengenakan niqab.. hazirah segan nak buka niqab.. sebab wad midekal wad open tak macam wad mata, privasi siap ada aircond lagi.. hu3.. kata nurse  tu bilik yang paling selesa.. dan memang sangat selesa sampai hazirah banyak betul tidur..

Pengecutan saraf tunjang yang terlalu aktif  dan cepat boleh menyebabkan potensi hazirah untuk mengalami paraglegia(lumpuh kekal) dalam masa yang terdekat menjadi lebih besar.. hazirah tak nak..! 
masih tergiang-giang bicara doktor-doktor neuro yang treat hazirah.. disebabkan progress terlalu cepat, dorang nak buat LP(ambik air tulang belakang).. hazirah ok je tapi bagi ma abah, mereka tak mengizinkan sebab dah banyak kejadian lumpuh berlaku selepas ambil air tulang belakang.. dan orang2 disekeliling kami yang mengetahui tentang itu juga melarang ma abah daripda membenarkan buat LP.. as for me, paraglegia(lumpuh) atau tak,semua itu aturan Tuhan.. JIka Allah mengatakan tidak, benda itu takkan mungkin terjadi.. semua yang berlaku itu disebabkan ketentuan Ilahi yang ingin menguji sejauh mana sabarnya hati seorang hamba dalam menempuh setiap dugaanNya..
apa2 pun, just look ahead.. doktor nak buat LP sebab nak kesan dengan lebih cepat di bahagian mana MS akan sentiasa menyerang.. tapi bagi abah pula, better one by one.. minggu depan bersamaan 5 ogos, hazirah akan jalani ujian saraf.. bagaimana caranya ujian itu di lakukan, hazirah sendiri masih belum pasti..

tapi apa yang tercatat dalam diary hazirah, hazirah ada tulis yang doktor neuro menyatakan even i'm decided to do anothers test first, finally, dorang akan tetap buat LP tu.. ntah..hazirah pun dah naik pening.. tersempit di tengah2.. bagi hazirah sekarang, surrenders je.. ikut je apa orang nak buat..
oh yea, masa hazirah di ward mata, sempat hazirah berkongsi dengan pakar mata tentang masalah hazirah yang mula mengalami lupa2 nie, masa tu hazirah bagitahu dekat doktor pompuan.. doktor yati.. dia kata MS memang akan menyebabkan IQ berkurang tapi be strong..!
dan doktor lelaki tadi pula cuba menceriakan hazirah dengan kata even disease nie takkan boleh cure menurut sejarah perubatan moden, tapi telah ramai yang bukti yang dorang boleh hidup sampai tua padahal jangka hayat jangkaan doktor terhadap mereka juga tak lama..

cumanya, ada doktor tu bagitahu hazirah, penyakit MS nie sangat unik sebab sekali dia serang, memang akan betul2 sakit n weak tapi akan cure but not totally cure.. peratus untuk cure secara sepenuhnya semakin deficit.. daripada hundred percent grown down to 90% or 80 %.. begitulah setiap kali kena serangan. sehingga peratusan untuk cure jadi 0% di mana pesakit dah jadi lumpuh sepenuhnya.. di sebabkan itu, penyakit MS perlu di kesan dengan cepat agar treatment then dapat di lakukan as soon as possible... treatment tu bukan untuk menyembuhkan sebab memang dunia perubatan moden masih belum jumpa lagi medicinenya tapi treatment tu boleh membantu untuk melambatkan progress.. contohnya sepatutnya seseorang itu akan mengalami masalah lumpuh dalam masa 2 bulan saja lagi, dengan treatment yang diberikan, insyaAllah dengan izin Allah dapat melambatkan 'benda' itu.. mungkin dari 2 bulan boleh di anjak kepada bertahun-tahun akan datang..
hope coming..... (happy n smiles)..

masa hazirah dalam ward, hazirah teringat kepada kak naseem.. even hazirah tak kenal dia, tapi kak naseem memperkenalkan kepada hazirah yang dia merupakan seorang neurologist hospital ampuan rahimah sebelum dia berpindah ke germany.. ^____________^
kak naseem ada berkongsi dengan hazirah tentang pesakitnya kak faradina yang berusia 21 tahun sekarang nie n dah kaween dah.. dah ada seorang ulama' yang di beri nama Aqeef.. sangat hensem..!
kak fara mengetahui dia ada MS while she's only 17 year.. tahun peperiksaan penting..!
kata kak naseem, kak fara juga mengalami kesukaran untuk berjalan pada awalnya tapi dia tabah, sekarang dia dah boleh berjalan macam biasa dah.. kak fara pernah guna wheelchair, sekarang dah sihat dah malah sedang mengandung anak kedua dan ketiga dah(twins)..
walaupun diuji Allah dengan menjadi salah seorang pengidap MS pada tahun peperiksaan, ia nya bukan penghalang kepada kak fara untuk mendapatkan result cemerlang dalam peperiksaan itu.. dengan kecemerlangannya, dia berjaya melanjutkan pelajaran ke united kingdom dalam bidang perubatan tapi dia kawen dulu sebelum pergi.. kak faradina, you're my idole now..!
cara kak fara menjadi contoh untuk yus.. yus harap ada kesempatan untuk yus berbual2 dengan akak agar yus dapat kutip sedikit sebanyak apa yang akak lakukan di saat menghadapi saat genting.. ^_^

bukan itu saja, apa yang buat hazirah kagum adalah, Allah memberi kelebihan kepada kak fara dengan dapat mengkhatamkan hafalan al quran hanya mengambil masa setahun.. so exciting..!
kak fara, i'm so proud of you..! kak fara membuktikan yang pengidap MS tak semestinya akan mengalami gangguan ingatan seperti yang yus alami.. yus ada juga bagitahu kak naseem tentang nie, kata kak naseem, insyaAllah lambat atau cepat, ingatan hazirah akan kembali.. insyaAllah...




ada sesuatu kelainan selepas hazirah mengalami gangguan ingatan.. hazirah lupa pada siapa kawan2 hazirah, tapi hazirah mudah untuk ingat apa yang hazirah baca terutamanya alquran dan buku2 pelajaran hazirah.. Alhamdulillah.. syukron ya Allah.. memang pada awalnya hazirah mengalami kesukaran untuk menyebut huruf2 ALlah.. sampai menitis airmata hazirahkerana ingat hazirah dah tak mampu mengaji dah..(menangis lagi.. berapa banyak kali menangis tak tahu nie..he3)..
al-Quran tafsir yang seingat hazirah, hadiah untuk perkahwinan abang long tapi abang long bagi pada hazirah, hazirah kucup sepenuh hati.. memohon moga dipermudahkan untuk menyebut.. hazirah ingat hazirah juga lupa cara menyebut kalam Allah.. HUSNUZHON..! Allah nak uji tu.. ^_^.. Alhamdulillah.. ianya tak lama.. selang 2 hari, hazirah kembali lancar menyebut kalam2 Allah dan rasa tenang sangat.. lau hazirah rasa dahaga atau lapar, hazirah pasti baca Quran sebab Baca Quran boleh buat dahaga kita hilang tau.. (peace.. rahsia nie ku kongsi bersama teman2 rahsia dari Ilahi^_^..amalkan jika lapar dan dahaga..!)

ubat MS buat hazirah berselera untuk makan.. balik je rumah bertimbun makanan hazirah makan..he3..(malu2).. sehari nak puasa, semakin bertimbun hazirah makan.. dari buka mata sampai tutup mata baru berhenti mengunyah..! aduh..! dasyat..! dan di sebabkan itu 1st and 2nd days fasted, hazirah fight dengan perasaan lapar.. perut mengelegak minta di isi.. tapi, bacaan Al Quran mampu 'mengenyang'..cu buat kalau tak percaya..^_^

hari yang keseterusnya, mungkin perut hazirah dah nak balik asal dah kowt.. kuantiti makanan yang hazirah ambil kembali menjadi semakin sedikit.. tapi, penangan daripada makan banyak selama about 1 week, semalam hazirah timbang dekat neuro, naik 10KG..! mak datuk..! apa hazirah makan nie sampai naik banyak macam tu sekali.. dari 35kg dah jadi 45kg dah..hu3.. cepat je cakap dekat ma nak diet..hi3...

bila dengar berat badan hazirah 45kg, seorang mak cik menegur 

"is it true..??"

hazirah hanya mengangguk dan tersenyum even di sebalik niqab..
dia tak percaya n cakap tak sesuai untuk badan hazirah that looked small.. small..???
toing..toing(nie bunyi tanda soal naik kat kepala tau)hu3..
kecil sangat ke..??? dahlah kata kecil tambah dengan halus..hu3.. can't imaging how i looked..xpewlah mak cik, nanti hazirah turunkan berat badan hazirah..he3..
keramahan mak cik nie membuatkan hazirah selesa berbual dengan dia.. kata abah dia wife wakil rakyat tapi dia low profile, tak menunjuk.. wow..! hazirah solute dengan wanita nie.. istiqamah ye mak cik..

hope, one day coming, i will walk again, again and again..
i have my own dream.. i dont want my disease be the hinder for my dream..
i wanna be a solehah daugther for my parents,
i wanna be a best student in my studies,
i wanna be a good psychologist for all of malaysian,
i wanna be a good wife for my hubby soon
and
i wanna be a good mom for my walad(daugther n son)

may i be soon..???
only Allah that's know.. just surrender to HIM..
love to Allah is everything..!
be happiness is something the best in our life..
smiles always ila jannah..!
don't be give up but be strong...

kepada sesiapa yang menghadapi penyakit yang sama macam hazirah, jadi kuat tau..! jangan putus asa.. penyakit nie takkan membunuh kita, cumanya kita kena kuat kalau tak nak progressnya jadi makin cepat..! ikut apa doktor kata.. ok..??
jom kongsi dengan hazirah jika ada apa2(kepada semua readers, tak khusus kepada pengidap MS saja^_^)..
jangan risau, demi Allah, hazirah takkan rasa di bebani.. malah ianya satu kebahagiaan bagi hazirah if hazirah dapat membantu meringankan beban kalian..

salam sayang buat semua... <3 <3 <3 




Assalamualaikum w.b.t.

bulan ramadhan yang mulia nie, hazirah nak update kisah tauladan je.. boleh..???
lau nak tahu what were be happened to me, juz waiting for in december keyh..???

bismillahirahmanirahim..

alkisah disebutkan bahawa di kota Array terdapat Qadhi yang kaya-raya. suatu hari kebetulan hari as-Syura', datanglah seorang miskin meminta sedekah.
berkata si miskin tadi,

"wahai tuan Qadhi, adalah saya seorang miskin yang mempunyai tangguungan keluarga. demi kehormatan dan kemuliaan hari ini, saya meminta pertolongan daripada tuam, maka berikan saya sedekah sekadar berupa sepuluh keping roti, lima potong daging dan duit dua dirham."

Qadhi menjawab

" datanglah selepas waktu zohor!"

selepas menunaikan solat zohor, orang miskin itu pun datang demi menuntut janjinya. sayangnya Si Qadhi yang kaya-raya  itu tidak menepati janjinya dan menyuruh si miskin datang lagi selepas solat asar. apabila dia datang selepas waktu yang dijanjikan buat kali kedua itu, ternyata si Qadhi tidak memberikan apa-apa. maka beredarlah si miskin dari rumah si Qadhi dengan penuh kecewa.

di waktu si miskin jala mencari-cari, ia melintas di depan seorang kristian yang sedang duduk-duduk di hadapan rumahnya. kepada  orang kristian itu si miskin minta sedekah

"tuan, demi keagungan  dan kebesaran hari ini, berilah saya sedekah untuk menyara keluarga saya."

si kristian bertanya

" hari apakah  hari ini..???"

"hari nie hari as-syura'"

kata si miskin, sambil menerangkan keutamaan dan kisah-kisah hari asyura'. rupanya orang kristian itu sangat tertarik mendengar cerita si peminta sedekah dan hatinya berkenan untuk memberi sedekah.

berkata si kristian

"katakan apa hajatmu padaku..!"

berkata si peminta sedekah,

"saya memerlukan sepuluh keping roti, lima ketul daging dan wang dua dirham saja."

dengan segera ia memberi si peminta sedekah semua keperluan yang dimintanya. si  peminta sedekah pun pulang dengan gembira kepada keluarganya. adapun Qadhi yang kedekut telah bermimpi di dalam tidurnya.

"angkat kepalamu..!"

kata satu suara dalam mimpinya. sebaik saja ia mengangkat kepala, tiba-tiba tersergam di hadapan matanya dua buah bangunan yang cantik. sebuah bangunan diperbuat dari batu bata bersalut emas dan sebuah lagi diperbuat daripada yaqut yang berkilau-kilauan warnanya. ia bertanya,

"ya Tuhan, untuk siapa bangunan yang sangat cantik ini..??"

terdengar jawapan

"semua bangunan ini untuk kamu andaikan saja kamu mahu memenuhi hajat si peminta sedekah itu. kini bangunan itu dimiliki oleh seorang kristian.."

apabila Qadhi bangun dari tidurnya, iapun pergi kepada kristian yang dimaksudkan dalam mimpinya.

Qadhi bertanya kepada si kristian,
"amal apakah gerangan yang kau buat semalam hingga kau dapat pahala dua buah bangunan yang sangat cantik..??"

si kristian itu pun menceritakan tentang amal yang di lakukannya bahawa ia telah bersedekah kepada fakir miskin yang memerlukannya pada hari ayura' itu.

kata Qadhi

"juallah amal itu kepadaku dengan harga seratus ribu dirham."

kata si kristian

"ketahuilah wahai Qadhi, sesungguhnya amal baik yang diterima Allah tidak dapat diperjual-belikan sekalipun dengan harga bumi dan seisinya."

kata Qadhi

"mengapa anda begitu kedekut, sedangan anda bukan seorang islam.."

ketika itu juga orang kristian itu membuang tanda salibnya dan mengucapkan kalimah syahadat serta mengakui kebenaran agama yang dibawa oleh Nabi Muhammad S.A.W.

kesimpulannya di sini, janganlah kita menjadi terlalu kedekut dan sayangkan harta yang kita ada sehingga tidak mahu berkongsi dengan yang memerlukan..
ingatlah, setiap rezeki yang Allah kurniakan kepada mungkin di dalamnya ada amanah ALlah yang inginkan kita berkongsi rezeki itu dengan yang memerlukan..
ingatlah, harta yang kita ada tidak akan pernah boleh dibawa ke liang lahad..

Wallahua'lam...
Dalam sebuah riwayat menyatakan bahawa ada seorang lelaki tua sedang berjalan-jalan di tepi sungai, sodang dia berjalan-jalan dia terpandang seorang anak kecil sedang mengambil wudhu' sambil menangis.

Apabila orang tua itu melihat anak kecil tadi menangis, dia pun berkata

"wahai anak kecil, kenapa kamu menangis..???"

maka  jawap si anak kecil itu

"Wahai pak cik, saya telah membaca al-Quran sehingga sampai kepada ayat yang berbunyi ' Yaa Ayyuhal Ladziina Aamanuu Quu Anfusakum' yang bermaksud 'Wahai orang-orang yang beriman, jagalah olehmu sekalian akan dirimu' saya menangis sebab saya takut akan di masukkan ke dalam neraka"

berkata orang tua itu

"wahai anak, janganlah kamu takut, sesungguhnya kamu terpelihara dan kamu tidak akan dimasukkan ke dalam api neraka."

berkata si anak kecil itu pula

"Wahai pak cik, pak cik adalah orang yang berakal,tidakkah pak cik lihat kalau orang yang menyalakan api maka yang pertama sekali yang mereka akan letak  ialah ranting-ranting kayu yang kecil dahulu kemudian baru mereka letakkan yang besar. jadi tentulah saya yang kecil ini akan dibakar dahulu sebelum dibakar orang dewasa "

berkata orang tua itu  sambi menangis

" sesungguhnya anak kecil ini lebih takut kepada neraka berbanding orang yang dewasa maka bagaimanakah keadaan kami nanti..??"

Wallahua'lam...

Bismillahirahmanirahim..

Assalamualaikum w.b.t. kepada semua readers hazirah...

mungkin ini akan jadi post terakhir hazirah sebelum hazirah berehat panjang daripada buka fb, email dan penulisan blog..




readers yang hazirah sayangi,
hazirah ingin kalian tahu bahawa Rasulullah dahulunya juga bersendirian ketika berdakwah... jika kita bersendirian tanpa ada yang menyokong kita, ingatlah perjuangan rasulullah dahulu yang begitu tabah meneruskan dakwahnya walaupun di caci dan dihina...


kenapa hazirah tiba-tiba mengeluarkan topik nie..???
kerna ini yang hazirah lalui saat ini..
sungguh, pada awalnya hazirah rasa tak kuat untuk menghadapi semua tentangan mereka namun hazirah cuba mengingati kembali perjuangan Rasulullah dahulu..


pada awalnya niat hazirah cuma ingin berkongsi ilmu di satu group majlis ilmu..
seorang muslimah bertanya apakah boleh meletakkan syarat kepada bakal calon suaminya as takliq ketika nikah nanti.. setahu hazirah ianya di bolehkan..


kat sini hazirah letakkan satu bukti sokongan yang hazirah copy dari blog kak FATIMAH SYARHA


Bolehkan Mensyaratkan Suami Tidak Berpoligami?

Ya, boleh!
Menurut Wahbah Zuhaili di dalam bukunya yang mahsyur seluruh dunia, Al-Fiqh wa Adillatuhu, atau terjemahannya di Malaysia, Fiqh Perundangan Islam, mensyaratkan agar suami tidak berpoligami sah dimasukkan ke dalam syarat ta’liq. 
Ia tidak termasuk mengharamkan yang halal dan menghalalkan yang haram kerana ia tidak mengharamkan sesuatu secara mutlak cuma meletakkan syarat pada perkara harus. Lagipun, poligami cuma rukhsah (keringanan) untuk menyelesaikan masalah-masalah tertentu, bukannya perintah syariat.
Sayyid Sabiq juga menjelaskan di dalam bukunya, Fiqh Sunnah bahawa menjadi hak perempuan mensyaratkan tidak dimadu. Jika syarat yang diberikan oleh isteri ini dilakukan ketika ijab qabulnya supaya dia tidak dimadu, maka syarat ini sah dan mengikat, dan dia berhak membatalkan perkahwinan jika syarat ini tidak dipenuhi oleh suaminya, dan hak membatalkan perkahwinan ini tidak hilang selagi si isteri tidak mencabutnya dan rela dengan pelanggaran suaminya. 
Begitu juga pendapat Imam Ahmad dan dikuatkan oleh Ibnu Taimiyah dan Ibnul Qayyim. Ini kerana syarat-syarat dalam perkahwinan lebih penting nilainya daripada jual beli, sewa-menyewa dan sebagainya. Oleh sebab itu, memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh isteri lebih wajib dipenuhi.


jelaskan semua nie..???
ada lagi hujah sokongan hazirah kalian semua boleh menyelidikinya lagi..
hazirah tak kisah apa pandangan orang pada hazirah..


hakikat kehidupan yang hazirah perlu hadapi adalah mereka semua sememangnya menentang apa yang hazirah utarakan..
sindiran yang cukup hebat di lontarkan...!


Alhamdulillah buat mereka yang setiap komennya ada penyindiran..
hazirah menerimanya...
hazirah dah tak larat untuk meneruskan komen hazirah pada post di group majlis ilmu kerna semakin hazirah tambah semakin banyak pula kesalah fahaman yang berlaku..


sabarlah duhai hati..
mereka akan memahami apabila mereka melaluinya sendiri kelak..
mungkin mereka lebih 'dewasa' dari hazirah tapi usia tidak menjanjikan ilmunya juga akan lebih dewasa daripada kita kerna semuanya berpaksikan keinginan seseorang itu menuntut ilmu bagaimana...


readers yang hazirah sayangi,
mungkin nanti hazirah akan lebih aktif dengan blog saja dan fb hanya akan jadi platform untuk hazirah sebarkan link baru blog hazirah... hu3..
dah merajuk dahlah...


hazirah satu hari akan datang, mereka boleh merasainya sendiri agar mereka lebih menghargai orang lain..
rasulullah melarang kita untuk ketawakan saudara seislam kita..


hazirah bukan untuk meluahkan apa yang terbuku di dada cumanya hazirah ingin memperkatakan sifat manusia pada zaman sekarang..
sangat berbeza dengan zaman rasulullah..


terasa begitu merindui kekasih Alllah...
andainya DIA masih ada pasti DIA boleh bagi hazirah kata2 perangsang untuk kuat dalam setiap titik perjuangan hazirah..
kata mereka 'kenapa hazirah terlalu ingin memperjuangkannya..??'


sekarang dah jadi salah faham sebenarnya..
niat awal hazirah bukanlah untuk memperjuangkan tapi untuk perkongsian ilmu sahaja tapi selepas muncul komen2 yang lain yang menentang apa yang hazirah ungkapkan terus menjadi pendebatan hebat..!


 bayangkan dalam ramai2 yang komen adnim yang utarakan soalan tu saja yang sokong hazirah...~~~
hu3... terasa bangat..!
tapi hazirah tahu ALLAH ada dengan hazirah sebab tu hazirah tenang je sewaktu hazirah menaipkan komen2 yang seterusnya.. walaupun di hujani pelbagai kata-kata yang mengguris perasaan, tiada apa yang mampu membuatkan hazirah menangis kerna JANJI ALLAH ITU PASTI BERLAKU..!


ok.. stop tentang tu..
dah macam meluahkan perasaan hazirah niekan,...
next time will be more becarefull for enter in the group.. sahabiah hazirah juga ada bagi kata2 perangsang pada hazirah tatkala mengetahui tentang itu.. katanya, usahlah terlalu percaya apa yang ada dalam fb.. ada je yang hypokrit.. kuat semangat.. ALllah bersama enti..!
wah... rasa segar dengan bicara sahabiah tersayang.. syukron hanan..!




kali terakhir hazirah buka email, ada seorang muslimin bertanya kepada hazirah apakah itu penyakit MULTIPLE SCLEROSIS dan apakah symptons penyakit tu..


ok.. akan hazirah kongsikan bersama-sama readers..


MULTIPLE SCLEROSIS merupakan penyakit masalah KETAHANAN BADAN...
multiple sclerosis merupakan adik beradik kepada penyakit SPINOCEREBELLAR DEGENERATIVE.. yang bezanya hanya progressnya saja yang lambat dan SPINO disease, berlaku pengecutan pada cerebellum manakala MS pula tidak.. MS berlaku di sebabkan berlakunya koyakkan pada saraf tunjang, saraf optik dan spinal cord..
ia juga melibatkan brain..



ada tiga ujian yang boleh di lakukan untuk mengesan penyakit MS iaitu melalui MRI scan, electrienergy(xtahu betul ke tak nama dia nie tapi dia menggunakan voltan dan dipasang pada kepala) pastu nervous(xtahu juga nama penuh dia..he3...)


yang akan hazirah lalui akan datang ti adalah ujian electienergy yang pasang pada otak untuk mengesan kehadiran penyakit MS kerana ianya muncul di saraf tunjang dan brain.


adakah penyakit nie boleh cure..??
no..! untill no one can found correct of the treatment for MS.. and till right now, the disease is never be cure... cuma, ubatan yang dibekalkan doktor mampu melambatkan lagi progressnya...


apakah symptons MS..
ok.. kat sini hazirah nyatakan symptons..


- decreased concentration (iaitu tahap kosentrasi yang semakin berkurang)


-attention deficit ( perhatian terhadap sesuatu semakin berkurang contohnya masa belajar.. awal2 boleh fokus tapi lama2 semakin tak boleh)


-memory loss (daya ingatan juga semakin berkurang.. mudah untuk lupa)
-depression


-parania


-uncontroller laughter


-weeping(mudah untuk menangis)


-muscle spasms( kerap kekejangan otot bukan di sebabkan kekurangan kalsium)


-fatigue(mudah keletihan even melakukan sesuatu kerja dalam kadar yang sekejar)


-numbness (terasa kebas atau kaku di bahagian kaki atau tangan ketika sedang melakukan sebarang pekerjaan ataupun ketika rehat)


-prickling pain(rasa menyucuk seperti needle pada otot)


-visual disturbances(pengelihatan terganggu)
 -blurred vision(kabul secara tiba2 even dah pakai glasses)
 -colour distortion
 -loss of pain in one eye or eye pain


-loss of sensation(hilang deria)


-speech empediment(Kesukaran untuk bercakap-ini bagi pesakit yang dah berada pada tahap kritikal)


-tremors(terketar-ketar-like parkinson)


-dizziness(sakit kepala)


-limb weakness yang menyebabkan loss of coordination an body balance


ini adalah symptons yang doktor hazirah bagitahu yang akan di hadapi oleh pengidap MS..
kesannya juga mungkin akan membuatkan seseorang itu rasa tak nak lalui itu tapi nak atau tak terpaksalah di lalui demi Allah..


inilah amanah dari ALLAH..jadi berbahagialah..!


antara kesan yang hazirah sedia maklum, pengidap MS perempuan akan mengalami kesukaran untuk mengandung (Jika berkahwin) kerana kesan ubat yang kuat serta di sebabkan pesakit itu tak mampu nak tampung baby kerana sering mengalami backpain(sakit belakang). 
bukan itu saja, pengidap juga akan sukar untuk berjalan sehingga tiba satu masa nanti hanya mampu bergantung hidup pada wheelchair saja..


kesukaran untuk bercakap kerana dirasai akan ada sesuatu yang menghalang..
mungkin juga akan sukar untuk menulis dan pekerjaan yang di lakukan akan lebih terhad..
pengelihatan juga tidak lagi akan normal(seperti yang hazirah hadapi sekarang tapi doktor kata jika hazirah boleh bertahan dengan ubatan yang kuat yang dibekalkan pakar mata, insyaAllah mudah2an boleh kembali normal)..


pernah juga hazirah bincang tentang nie dengan kakak angkat hazirah yang bakal posting tahun depan.. katanya pengidap MS hanya mampu bertahan hidup selama 5 hingga 10 tahun sahaja..
betul atau tak, ALLAH lebih tahu cuma kak sya kata kuat semangat dan ingatlah seandainya ALLAH kembalikan nikmat hidup kelak..^_^
syukron akaq syang.. nur bahagia sangat..!
akaq baik sangat...! selalu ada dengan nur.. selalu layan nur walaupun akak kesibukan.. <3


apakah symptons yang hazirah hadapi..???
jangan terkejut ya...


ini yang hazirah alami sekarang


-attention deficit


-memory loss
= (hazirah sangat mudah untuk lupa.. bahkan perkara yang baru hazirah lakukan beberapa minit yang lepas pun hazirah dah mula tak ingat.. pada awalnya hazirah ingat ianya normal tapi bila hazirah utarakan kepada doktor hazirah, katanya ianya bukan lupa yang biasa2 tapi ianya merupakan symptons MS)


-weeping
= ( hazirah sangat mudah untuk tersentuh dan menangis sekarang nie.. hazirah ingat emosi hazirah tak stabil sebab hazirah tak cukup tidur tapi rupa2nya bukan tabiat yang biasa.. hazirah ingat lagi hazirah susah sangat nak menangis kecuali jika hazirah betul2 kesedihan baru hazirah akan menangis tapi sekarang, asal hazirah rasa tertekan sedikit pasti hazirah akan menangis.. orang tertinggi suara sedikit dengan hazirah pun hazirah dah rasa sebak...hu3)


-muscles spasms
=( kekejangan otot.. kekejangan otot nie hazirah alami sejak form 3 lagi.. ingatkan kekurangan kalsium sebab hazirah kurang makan sebenarnya orangnya.. mudah untuk kenyang.. hazirah ingat lagi kerana terlalu kerap kekejangan otot n collapse, muallim hazirah hantar hazirah kepada seorang ustaz untuk tarbiah hazirah sebab ingat hazirah lemah semangat and kalah dengan diri sendiri tapi bila hazirah betul2 sakit macam sekarang, cikgu tu dah boleh faham dah dan dah tak fikir pelik2 dah pada hazirah bila hazirah sakit)


-fatigue
= (ye.. hazirah mudah untuk keletihan.. bukan sejak sakit nie je tapi sejak hazirah form3 lagi.. buat kerja sikit je cepat je letih.. nak2 jika perlu naik turun tangga.. jika perlu berlari, pasti hazirah akan pengsan akibat keletihan)


-numbness
=kebas hazirAh mula rasa sejak umur hazirah 18 tahun.. hazirah ingat kebas2 biasa je tapi lepas sakit numbness cam makin teruk. hari tu ketika hazirah sedang melakukan fisioterapi hazirah tiba2 mengalami numbness sehingga fisio hazirah terpaksa di hentikan buat sementara waktu dan sekarang jadual fisio hazirah di skip selama sebulan kerana numbness yang semakin teruk.


-prickling pain
= pada awalnya hazirah mengalaminya ditapak kaki tapi sekarang, ia sering menyerang di bahu dan otot paha.. rasa macam kena inject.


-visual disturbances(blurred vission)
=hazirah mengalami kekaburan maCAM  tak pakai glasses.. dan mata hazirah sekarang, jika hazirah melihat sesuatu, hazirah takkan nampak apa yang berlaku di tepi kiri dan kanan


-tremors
=hazirah masih ingat sahabiah hazirah masa form 5 pernah tanya hazirah dalam kelas "awak, bakpe tangan  awak ketar macam tu.. nampak macam parkinson" masa tu hazirah tidak tahu apa-apa lagi tentang penyakit nie.. hazirah diserang ketar2 secara tiba2 sejak form 5 lagi n after 2 years ago, ianya jadi makin teruk je..


-dizziness
=hazirah ingat lagi soalan pertama doktor izat " ada sakit kepala tak..?" masa tu hazirah segan untuk bercakap dengan nya... yela dia lelaki hazirah pula perempuan masa tu hazirah sekadar menganggunk saja.. hazirah mengalami sakit kepala yang teruk since i'm only 14 years..


and the last one of the symptons that i got it is loss of my body balance..
- 30 januari 2012 merupakan hari pertama hazirah tak dapat rasa kaki hazirah.. bila hazirah cuba angkat, hazirah tak mampu... pada awalnya hazirah pengsan saja namun sebaik sedar dari pengsan hazirah dah tak rasa kaki hazirah.. kaki hazirah jadi lembik, pucat..
seminggu tak boleh duduk tanpa sokongan apatah lagi untuk berjalan.. hanya terbaring di atas katil dengan penuh kebosanan..
kuat semangat, usaha yang berterusan, akhiran hazirah discharge dari wad dalam keadaan hazirah dah boleh duduk n boleh gerakkan kaki hazirah even hazirah tak mampu untuk merasai apa yang hazirah pijak..


usaha demi usaha, ssedikit demi sedikit ALLAH bagi kesembuhan..
akhirnya, akhir cuti penggal bulan 6 baru nie hazirah nekad untuk berjalan tanpa tongkat..!
hazirah dah boleh rasa kaki hazirah sikit2 cuma, hazirah hilang daya imbangan badan hazirah.. hazirah jalan seperti orang yang tak normal.. kaki sebelah nampak terseret ketika berjalan.. atau dengan kata lain kawan hazirah kata nampak macam robot..! hu3..


lucukan..???
tak apalah.. hazirah tak kisah asalkan ALLAH sentiasa kuat dan tabahkan hati hazirah..
ALlah kan sentiasa ada.. saat hazirah sedih, DIA pasti akan hadirkan bayangan ayat2NYA kepada hazirah sebagai penawar.. bestkan..??? hu3..


hazirah bahagia..!
doakan hazirah ye semua..
bulan 12 nanti, jika umur hazirah masih ada akan hazirah kembali aktif dalam penulisan ini.. hazirah akan bagitahu keadaan hazirah nanti..
doakan hazirah kuat ye semua.. 


<3 <3 <3


salam sayang dari


Hazirah Al-Hafizah/Syahidah Al-Qariah..
FB juga tidak akan di aktifkan.. sesiapa yang ada no hazirah boleh contect ke phone terus ya...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...