tinggalkan jejak anda di sini

How Old I am ^_^

Daisypath Happy Birthday tickers

The Age Of MY Opened Dairy

Daisypath Happy Birthday tickers

bismillahirahmanirahim..

salam dan selawat buat junjungan besar S.A.W.

assalamualaika ya rasulullah..
assalamualaika ya nabi yallah..
assalamualaika ya habiballah...

sentuhla hatiku dengan cahaya cintamu duhai muhamad kekasih Allah..
tenangkan hatiku dalam menerima sesuatu yang sukar bagiku untuk menerimanya..

mungkin akan ada yg mencerca saya kerana upload gambar ini.. saya tahu.. terima kasih saya ucapkan.. namun ada sesuatu yg saya nak pembaca faham.. pakaian seperti inilah yang di galakkan dalam islam sebenarnya.. kerana pakaian serba hitam begini tidak menyerlah..
ya Allah,
jadikanla diriku sebagai seorang muslimah solehah dunia akhirat...
menjadi bidadari dunia untuk kedua ibubapaku...
menjadi bidadari untuk insan bergelar suami...
menjadi seorang adik perempuan solehah untuk kakak2 dan abang2ku...
menjadi seorang kakak yang baik untuk adik2...
menjadi sahabat yang tenang lagi menyenangkan..
dan
menjadi seorang ibu yang penyabar, penyayang dan baik untuk anak2ku...

ya allah,
redhokan hatiku untuk menerima sesuatu yang menyakitkan bagiku...

kadang2, kita tak nak benda itu berlaku pada kita, tapi mahu ataupun tidak, bila kita berusaha untuk menjadi soleh/ah, kita sanggup berkorban apa sahaja bahkan kebahagiaan kita sendiri pun kita sanggup korban asalkan mereka tenang dan bahagia... walaupun hati kita sendiri menangis.. namun itulah ertinya sebuah pengorbanan...

aku berusaha menjadi gadis solehah...
berusaha menjadi seorang gadis yang boleh menjadi contoh yang baik kepada masyarakat dan agama...
ketika mereka memerlukan nasihat dan pandanganku, mudah saja aku melontarkan pendapat demi pendapat dengan tenang...
bahkan kadang2 kata2ku cepat sahaja menyentuh hati mereka untuk menerima...

namun,
pada hakikat aku sendiri perlu melepaskan apa yang aku inginkan demi memenuhkan keinginan orang lain...

tidurku terganggu memikirkan sesuatu diluar jangkaanku...

umurku baru sahaja bakal menginjak pada angka 20 pada hujung tahun ini, terasa berat bila dihimpit sebegini.. namun aku tahu, ini mungkin yang terbaik bagiku..

malamku ku pujuk dengan satu ayat yang cuba meredhokan hatiku...

ayat 216 dari surah al baqarah sangat dalam maknanya...
aku terpujuk untuk lena.. 

aku berusaha menjadi muslimah solehah,
oh... begini rupanya...

aku kelihatan hebat dari luaran, 
aku kelihatan tabah dengan senyuman yang sentiasa terhias pada mata..
aku kelihatan bahagia apabila riak wajahku tak pernah mengalunkan duka..

ketika aku melafazkan janji untuk menjadi muslimah solehah di hadapan kaabah,
ketika itu aku tahu aku bakal berdepan sukar untuk kehidupan yang seterusnya..
aku harus tenang dan tabah...

ingat hazirah,
usah kau mengaku dirimu beriman seandainya kau belum benar2 teruji..
usah kau mengaku dirimu sabar seandainya masih ada keluhan yang keluar dari bibirmu...
usah kau mengaku dirimu cantik seandainya akhlakmu buruk...
usah kau mengaku dirimu seorang tawaduk seandainya masih belum mampu untuk ikhlaskan segalanya...

sahabat2 yang hazirah cintai dan kasihi...
doamu ku harapkan selalu...

doakan hamba Allah yang lemah ini menjadi muslimah solehah dunia akhirat...
doakan hamba Allah yang tidak berupaya ini menjadi bidadari solehah untuk ibubapa dan suami..
doakan hamba Allah yang sentiasa melakukan dosa ini insaf...

sahabat2 sayang,
seandainya suatu hari nanti kalian di khabarkan dengan pernikahan hazirah,
doakan hazirah mendapat seorang suami yang soleh..
seorang suami yang boleh menerima hazirah apa adanya..
seorang suami yang boleh membahagiakan hazirah setelah penderitaan..

seorang suami yang boleh menyapu airmata hazirah ketika menangis,
boleh membuatkan hazirah tersenyum selepas duka,
yang boleh merawat hati hazirah tatkala terluka,
yang boleh menyokong dan membimbing hazirah,
dan yang boleh menyokong hazirah untuk terus berniqab dan istiqomah...

doakan hamba Allah yang hina ini....



0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...