tinggalkan jejak anda di sini

How Old I am ^_^

Daisypath Happy Birthday tickers

The Age Of MY Opened Dairy

Daisypath Happy Birthday tickers





baca pada tajuk agak pelikkan.. tapi itulah hakikatnya. sekarang hazirah mula dikenali sebagai 'doktor cinta'....he3...
kadang-kadang hazirah rasa nak gelak je bila ada seorang muslimin yang mesej hazirah dengan nada macam 

"salamualaikum doktor cinta.. semoga terus menjadi doktor cinta yang berguna pada masyarakat"

subhanallah.. muslimin itu tidak pula hazirah kenali.. sekadar membaca, tersenyum dan terus delete tanpa membalasnya.. bagi hazirah, mungkin dia hanya ingin mengungkapkan kata-kata demikian kepada hazirah agar hazirah terus jadi psychologist 'cinta' walaupun belum pun lagi diiktirafkan sebagai seorang psychologist..

minat mendorong hazirah untuk menyelami bidang psychology.. saban waktu internet di buka untuk mencari ilmu-ilmu tentang psychology.. ada kalanya buku-buku tentang psychology di 'geledah' di perpustakaan-perpustakaan awam.. walaupun sepatutnya sekarang hazirah tidak boleh memikirnya dan tumpu pada pelajaran hazirah sekarang sebagai persediaan untuk ke universiti tahun hadapan dan catch up balik pelajaran yang hazirah miss sebelum nie..

sejak blog ini di wujudkan, pada awalnya sedikit kurang galakan.. mungkin belum dikenali.. tapi semakin lama, walaupun angka follower tidak berganjak, tapi jumlah email yang di terima saban waktu semakin meningkat.. ada yang menghulurkan salam perkenalan dan tak kurang yang direct meluahkan masalah kepada hazirah..

kadang-kadang hazirah tidak sempat untuk membalas kesemua email kerana kekangan waktu yang dihadapi.. tapi sebolehnya, hazirah akan balas semuanya.. kepada yang masih belum menerima email balas dari hazirah, harap bersabar ya.. insyaAllah.. hazirah akan membalasnya bila hazirah ada banyak keterluangan waktu untuk online dalam satu tempoh waktu yang cukup.

ada pelbagai corak masalah yang di luahkan.. ada masalah yang membuatkan airmata hazirah berguguran kerana ceritanya terlalu sedih.. sehingga hazirah rasa hazirah tak nak sekadar membalas emailnya sebaliknya hazirah ingin berjumpanya secara terus..
kebanyakkan perkara yang di luahkan kepada hazirah adalah 'komplikasi CINTA manusia'...
hurmmmm... tak kira dari golongan muslimin atau pun muslimah..
terkadang terasa kekok apabila muslimin meluahkan masalah mereka kepada ana yang seorang nisa'.. nisa' yang masih belum berkahwin lagi.. kadang-kadang takut jika 'sesuatu' pula berlaku...
wanauzubillah..

untuk menjadi seorang psychologist, kita kena pandai menjaga rahsia dan aib orang.. masalah seorang manusia adalah suka menyebarkan aib orang dan mengumpat.. jika tidak mampu menjaganya, anda mungkin tidak sesuai untuk menjadi tempat untuk meluahkan masalah...

kadang-kadang hazirah sendiri rasa 'lain' untuk memperkatakan tentang cinta.. jika memperkatakan tentang CINTA ALLAH hazirah sangat yakin kerana CINTA ITU yang memberi bahagia kepada hazirah sehingga kini, tapi jika mengenai cinta manusia, kadang-kadang hazirah ragu untuk memperkatakannya..

dalam tempoh hazirah menangani krisis cinta yang dihadapi oleh seseorang ini, pernah terlontar keluar darinya soalan 

"hazirah tak bercinta ke..??"

bagaikan ada sesuatu yang menyentap minda.. sempat hazirah tanya kenapa..
katanya mustahil orang seperti hazirah tidak punya 'pasangan'.. 
ALLAH..! mestikah..???
sempat juga muslimah itu menyambung dengan mengatakan masakan tidak ada sedangkan orang yang 'kurang' dari hazirah pun ada..
aduh.. berat betul soalan.. bila muslimah ini bertanyakan sedemikian, ana teringat soalan yang sama pernah terlontar keluar dari bibir tok saudara ana yang juga seorang muallim..

hazirah jawab dengan sebetulnya yang hazirah tak couple dan tak punya siapa-siapa.. bagi hazirah,dengan bercinta ia akan mengurang ketenangan hati hazirah. akan menyebabkan hazirah jadi lalai.. akan menyebabkan hazirah tak boleh focus kepada pelajaran.. ia juga akan merenggangkan hubungan Hazirah dengan Allah.. hazirah tak nak hubungan hazirah dengan Allah jadi renggang.. hazirah lebih rela tak punya pasangan daripada hazirah kehilangan cinta Allah..
hanya itu yang mampu hazirah jawab.. harap tiada yang mempertikaikan lagi.. 

ok.. stop bercakap tentang hazirah..he3..
sekarang, hazirah nak kongsi satu cerita.. cerita benar.. 
cerita tentang cinta.. disebabkan tajuk kali nie "when i become a love doctor' , jadi cerita pun tentang cintalahkan.. he3.. pasti ramai yang seru ketika membacanya.. kerana apa..?? mengikut satu fakta yang disediakan oleh seorang ahli psychology muda, remaja-remaja memang sangat suka berbicara tentang cinta.. kajian sosiologi yang di jalankan juga menunjukkan, blog-blog yang di tulis oleh pasangan  yang berkahwin pada usia muda akan 'diserang' dengan begitu cepat oleh pembaca-pembaca blog.
blog itu akan mengalami peningkatan follower secara mendadak.. bahkan hazirah sendiri pernah interview satu pasangan muda yang berkahwin selepas tamat tempoh pengajian di matrik..

ceritanya begini,
beberapa hari lepas hazirah sempat online dan check email walaupun sekarang hazirah di musim exam.. email ini menarik perhatian hazirah.. email yang panjang menceritakan kisah di sebalik hati yang tenang.. bila hazirah renung-renungkan, ada sedikit persamaan dengan hazirah.. ^_^

muslimah yang menghantar email berkenaan kepada hazirah adalah seorang niqabis..
meluahkan isi hatinya yang sekian lama hanya menjadi rahsia hatinya dan ALLAH sahaja..
hazirah cuba membacanya dengan teliti...
cerita yang cukup mengundang rasa ke hati hazirah.. usianya sebaya saja dengan hazirah..

melanjutkan pengajian ke bumi anbiya' membuatkan muslimah ini sedar bahawa hatinya sudah terpaut pada seorang pemuda..
mencintai muslimin yang sebaya dengannya... berpisah di saat muslimah berkenaan fly ke jordan dan muslimin itu ke mesir.. hanya di pisahkan negara yang berbeza tapi hati tetap berbicara..

pada awalnya, muslimah ini sangat sukar untuk di gugat hatinya.. bersekolah di sekolah agama yang menggabungkan muslimin dan muslimah adalah package lengkap baginya agar tidak terkena culture shock.. ia mendidik dirinya bagaimana untuk menjadi mawar berduri yang sangat sukar untuk di sentuh..
katanya, muslimin itu adalah rakan sekelasnya.. menarik..! itulah yang tertangkap di minda hazirah tatkala muslimah itu mengatakan mereka adalah satu kelas dari form1 lagi namun tidak pernah bertegur sama sekali demi menjaga maslahat yang sepatutnya..

katanya lagi, di kelas, dia dan muslimin berkenaan sering di usik ' bersama' lantaran persamaan diri mereka yang sukar untuk bertegur dengan mereka yang berlainan gender..
sangat menarik...! kata muslimah itu yang hazirah hanya akan guna    huruf 'F' sebagai ganti nama dirinya dan muslimin itu yang hanya di perkenalkan sebagai A maka hazirah akan guna abjad A juga dalam penceritaan ini..

pertama kali A menegur F adalah ketika mereka sama-sama mengikuti kursus persediaan sebelum ke dua-duanya berangkat ke tempat belajar masing-masing iaitu tahun lepas. A 'add' F dekat fb dan F pada awalnya terkejut.. tapi tetap approve him di sebabkan A adalah rakan sekolahnya..

A menegur F kerana 'terpaksa' di sebabkan ingin meminjam sesuatu dari F.. pinjam apa tidak pula F nyatakan pada hazirah.. F hanya memberinya tanpa mengharapkan apa-apa balasan.. namun, ketika tempoh kursus persediaan itu berakhir, A sempat bertanya pada F sama ada F sudah berpunya atau belum.. F tidak mensyaki apa-apa dengan soalan A dan F hanya membalas dengan elengan kepala dengan pandangan yang tetap di tunduk tanpa ada sesaat pun dia biarkan matanya memandang wajah A.. 

dua bulan tempoh yang di berikan pihak tajaan untuk  mereka bersama sama keluarga masing-masing dan mengemas sebelum mereka berlepas.. dalam tempoh itu, F tak tahu mengapa dia sering berfikirkan soalan A kepadanya walaupun telah dia berusaha untuk memadamkan persoalan itu dari mindanya. namun soalan itu bagaikan bayang-bayang yang sering mengikutinya..

waktu untuk kedua-duanya berlepas jatuh pada tarikh yang sama dan di KLIA.. cuma waktunya saja berbeza.. kata F, A yang berlepas dahulu selepas itu baru flightnya tiba.. ketika berada di airport, A berada tidak jauh dari F tapi A berada dalam kalangan sahabat-sahabat yang turut serta menghantarnya.. F hanya setia menanti dengan duduk di sebuah kerusi.. ketika itu, novel mawar berduri tulisan FATIMAH SYARHA menjadi tatapannya bagi mengelak daripada masanya terbuang begitu sahaja..

lenguh tengkuk membuatkan F bertindak mengangkat kepala dan memusingkan ke kiri dan ke kanan.. ketika berbuat begitu, F secara tidak sengaja terpandang A yang sedang tersenyum kepada sahabat di hadapannya.. F pada awalnya tak cam tu adalah A dan dia tanya sahabiah di sebelahnya dan sahabiahnya mengatakan itu adalah A... hati F berkata-kata.. dia menganggumi ciptaan ALLAH terhadap A.. rupa A sangat sempurna pada pandangan F.. mempunyai rupa yang iras cina, sejuk, dan lembut membuatkan ada sesuatu yang mengetuk ngetuk pintu hati F..

ketika A bersalaman dengan kaum kerabatnya dan memasuki dewan berlepas untuk menaiki flightnya, ntah mengapa F rasakan hatinya terasa sepi, sedih dan ingin menangis.. di saat semua sahabat-sahabat menghampiri A tak kira muslimin atau muslimah, F hanya memerhatinya dari jauh sahaja.. memerhati setiap gerak yang berlaku di hadapan matanya.. kerap istighfar bermain di bibirnya kerana takut pandangan matanya tidak terjaga.. sekejap menjeling ke arah A sekejap menundukkan pandangan..

di saat A melambaikan tangannya kepada semua, F sempat melihat, F mengatakan entah mengapa dia rasakan lambaian A adalah untuknya..  F tidak mengendahkan apa yang hadir di hatinya.. dia ingat ianya hanya sekadar mainan perasaan sahaja.. namun sangkaannya meleset sama sekali.. sudah hampir 9 bulan berlalu.. hatinya tetap utuh mengingati A..

pernah F menangis kerana takut hatinya menduakan cinta ALLAH.. istikharah di lakukan saban hari mendambakan jawapan di sebalik bisikan dan bicara hatinya.. hati yang berbicara disingkirkan sebelum istikharah di lakukan.. setiap kali istikharah di lakukan wajah A menyinggah di ruangan mimpi.. A tersenyum ke arahnya menghulurkan tangan agar ianya bersambut.. kata F lagi, pada awal mimpi, dia tidak mampu menyambutnya kerana diingatkan bahawa mereka haram untuk bersentuhan.. sehingga tiba satu mimpi setelah istikharah yang kesekiannya, A menyatakan F halal untuknya kini..

F keliru dengan setiap apa yang di alaminya tapi hatinya cukup tenang.. F kerap bertanya dengan sahabiah-sahabiahnya tanda orang jatuh cinta.. dan F sedar bahawa dia kini telah jatuh cinta dan orang itu adalah A..

tapi F nekad dia tidak akan pernah meluahkan rasa hatinya itu kepada A.. baginya, dia lebih rela meninggal dalam keadaan rasa hatinya A tidak tahu.. dia yakin Allah tahu apa yang terbaik untuknya..

hazirah teringat ada satu hadis ini menyatakan 

"jika kamu menyembunyikan rasa hatimu tanpa terluah dan kamu meninggal, maka syahid adalah milikmu.."

mungkin ini yang di pegang F.. sukar bagi F menepis apa yang di rasanya.. sangat derita di rasakan kerana memendam rasa hati yang hanya dia dan Allah saja yang tahu tentang itu.. 
kata F, dia kerap merindui A tapi di saat hati di lawati rasa rindu, Al Quran menjadi teman setiany agar rindu kepada si dia bertukar kepada rindu kepada Allah..

F juga ada menyatakan bahawa dia sentiasa berdoa agar A juga merasai 'seksa' yang dia rasa.. dan berdoa agar jika benar rasa yang di alaminya adalah anugerah dari-Nya, moga A adalah jodoh yang terbaik untuknya kelak..

semoga bahagia milik mereka

itulah kisah A dan F yang cukup panjang.. ada iktibar yang boleh di ambil.. kerana mengharapkan cinta yang cukup indah, penuh barakah, sakinah, mawaddah dan rahmah, F sanggup menghadapi 'keseksaan' itu demi sesuatu yang di janjikan Allah..

jadi, nasihat hazirah kepada semua, jangan terlalu cepat meluahkan rasa kalian kepada orang yang kalian cintai jika kalian masih belum bersedia untuk menjadi seorang suami atau seorang isteri, sebaliknya pendamlah dulu.. jika sudah bersedia, maka (khusus kepada para muslimin) datangi para wali muslimah yang anda minati agar berkat, rahmat,sakinah, dan mawaddah itu ada.. mulakan perhubungan dengan sesuatu yang Allah redha.. bukan dengan sesuatu yang Allah murka iaitu bercinta..

ingat ya, jika sebelum kahwin dah bercinta, ianya tidak akan kekal bahagia kerana selepas kahwin, bahagia yang kamu rasai sebelum kahwin itu akan berkurang tapi, jika kamu bercinta selepas kahwin, insyaAllah bahagia sampai syurga..

sebelum hazirah menamatkan bicara hazirah kali ini, hazirah ingin menyampaikan sesuatu.. kepada sesiapa yang ingin copy hazirah punya post, tolong inform pada hazirah terlebih dahulu agar hazirah tidak terkejut jika melihatnya kelak... harap maklum.. ^__^

3 comments:

imtisal said...

nice entry...

Farhana Tumar said...

subhanallah..Allah nak menguji cinta hambaNYA..ehem,,hazirah boleh jadi doktor cinta ana nie..hehe

Hazirah Al-Hafizah said...

salamualaikum sahabiahku Farhana TUmar.. Alhamdulillah... kat sini kita boleh lihat dari dua sudut pandang yang berbeza.. Allah ingin menguji cinta hambaNya adalah YA dan mungkin juga Allah nak bagi petunjuk kepada muslimah berkenaan yang mungkin muslimin itu jodohnya kelak.. siapa tahukan..??? Allahua'lam.. ^-6..

owh.. boleh3... lau nak hazirah jadi doktor cinta farhana, boleh inbox hazirah dekat page hazirah(fb) atau email.. sangat hazirah alu2kan... ^-~

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...