tinggalkan jejak anda di sini

How Old I am ^_^

Daisypath Happy Birthday tickers

The Age Of MY Opened Dairy

Daisypath Happy Birthday tickers

bismillahirahmanirohim...

salam dan selawat buat junjungan besar s.a.w.
subhanallah,alhamdulillah, walaila hailallah allahuakhbar...!
haa... apa khabar iman dan hati..???
sihat tak..???

subhanallah...
pejam celik rupa2nya sudah masuk bulan ramadhan.. so first of all, i gonna say to all of u 'SELAMAT BERPUASA DAN SEMOGA PUASA PADA KALI INI LEBIH BAIK DARIPADA SEBELUMNYA'

macam mana seminggu sudah berpuasa..???
perfect tak..??? ke dah ada yang ponteng2 nie..??? hmmm..??? ^__^

Alhamdulillah...
kasih Allah takkan pernah berbelah bagi untuk hamba2NYA..



teringat hazirah pada bicara seorang sahabat... jika tidak silap hazirah umar al-khattab atau abu bakar as-siddiq.. macam tula.. hazirah lupa... !_!
tapi bicaranya hazirah ingat sangat3..

"aku takut sangat apabila tiada ujian yang datang dalam hidupku kerana aku khuatir Allah tidak memandangku.. dengan adanya ujian, aku yakin Allah sedang memandangku.."

subhanallah... tabarakallah...!

kata2 ini sangat menyuntik semangat kepada hazirah tatkala badan melawan segala arus kesakitan..
ditambah lagi dengan kisah nabi ayub yang tidak mahu mendoakan kesembuhannya kerana kesyukurannya kepada Allah.. ketabahan hatinya... dan hanya berdoa kepada Allah minta disembuhkan selepas dipujuk isteri tercinta dan doanya dikaburkan Allah lalu sembuh dari penyakit yang dideritai bertahun2...


menyambut bulan ramadhan dengan penuh kesyukuran, kegembiraan, keterujaan dan macam2 lagi perasaan yang hadir...
tahun lepas sentiasa diingatkan agar tidak memaksa diri untuk berpuasa jika sudah tidak mampu kerana dikhuatiri penyakit semakin droping.. tapi hazirah tetap memaksa diri untuk berpuasa sehingga ke akhirnya dengan hati yang penuh yakin, usaha, doa dan tawakal pada Allah...
dan al hasilnya, hazirah berpuasa seperti mereka yang sihat tanpa sebarang masalah cuma tidak banyak membantu mama dalam menyediakan juadah berbuka kerana lumpuh yang menjadi teman ketika itu...

dan

alhamdulillah.. for this year, hazirah dapat puasa seperti biasa.. bangun sahur, bantu mama masak, hidang makanan... kejutkan abang2...
sahur pada hari pertama puasa sangat perfect..!
wah3... banyak sangat makan pagi tu.. tak pernah2 makan banyak tapi pagi tu banyak ja makannya... sampai perut rasa sendat.. nak duduk pun rasa penuh perut...(adei...)
teruja sangat dapat puasa..

namun, disangka panas sampai ke petang rupanya hujan di tengahari...
kita takkan pernah tahu apa yang telah Allah rencanakan untuk kita..
kita rasa semuanya ok namun kita tak tahu apa yang akan berlaku pada waktu yang seterusnya...

pagi hazirah masih ok...
bermain dengan si kecil hanis najihah.. dukung dia ke sana ke mari, layan adik kecilnya yang baru berusia beberapa hari.. semuanya masih ok sehinggala melepasi waktu zuhur, badan hazirah mula drop...
terasa lain sangat... kaki tak gagah.. mungkin tenaga semua digunakan untuk melayan si kecil..(i think..)
selepas menunaikan solat dan bertadarus, sementara menunggu pukul 4 untuk masuk ke dapur,hazirah rehatkan badan.. baring2.. dan tidur buat seketikaa..

namun, tidak sampai 10 minit, tidur mula terganggu..
muscle bahu sakit2, sangkar rusuk seperti dicucuk, spine terasa ditarik2...
tak tahu nak ucap macam mana...

hari pertama masih boleh bertahan...
hari ke dua dan seterusnya, keadaan makin drop...
semakin kerap keletihan...

sehinggalah 2 hari lepas,
hazirah tidak boleh membongkokkan badan... terasa bagaikan tulang dipatah2kan...
ketika jemur kain dengan mama, hazirah minta bantuan si kecil hanis najihah untuk hulurkan kain2 pada che sunya..
mujur saja si kecil berusia 2 tahun 6 bulan itu sangat ringan tulang dan cerdik..

apa yang orang minta dia pantas menuruti... dan that's mean dia faham apa yang orang cakap...
kerajinannya agak berbeza dengan kanak2 yang seusia dengannya yang lebih gemar bermain2...
dia sangat gemar masuk ke dapur untuk mengacau periuk, ke kawasan ampaian untuk jemur kain.. kalau angkat kain jemuran pun dia kalut nak angkat juga...

well, she's still a child.. so hazirah yang bagi kain sehelai demi sehelai untuk dia masukkan ke dalam bakul....
she's so brilliant..! dia kemain lagi seronok bila hazirah bagi dia kain untuk dimasukkan ke dalam bakul..

since berpuasa, kesakitan tu makin hmmmmmmmmmm.....
tapi Alhamdulillah... bila solat, pergerakan dalam solat banyak melegakan kesakitan tu walaupun tak lama...
sebab tu hazirah cakap.. dalam hazirah duk melawan harus kesakitan itu, selain cuba membaca selawat syifa', hazirah kenang balik kisah nabi ayub, ketabahan siti maryam, bicara sahabat rasulullah..
semua itu sangat menyuntik semangat kepada hazirah...

pejam mata rapat2.. cuba tenangkan hati walaupun sakit tu rasa bagaikan nak mati je...
istighfar, mengucap, selawat...
pujuk hati ini adalah hadiah yang paling istimewa yang Allah bagi tatkala berada di dalam bulan yang mulia ini...
disamping berpuasa, Allah bagi lagi hadiah untuk jadikan diri lebih tenang dan sabar dalam menghadapi segala kesakitan demi kesakitan....

bila tiba waktu malam, sebelum tidur, teman setia hazirah buka.. 
belek punya belek, terjumpa kembali date di mana hazirah tidak digalakkan berpuasa...
lama hazirah termenung..
cuba mengamati kembali kenapa pesanan itu diberikan sedangkan hazirah begitu yakin mampu dan mampu...

bila bermuhasabah, mungkin pada tahun yang lalu Allah kuatkan hazirah dan sentiasa mudahkan puasa hazirah. namun pada tahun ini mungkin Allah nak tunjuk pada hazirah kenapa hazirah diberi pesanan seumpama itu pada tahun lalu...
subhanallah..!
sungguh..!! kalau hazirah bukan seorang yang tekad dan nekad dalam melakukan sesuatu perkara, pasti sudah awal2 lagi hazirah berbuka semata2 untuk menelan segala bagai ubat untuk menampung kesakitan yang cukup berbisa menyengat seluruh badan...

muscle, tulang semua ada rasa yang teramat2...
baring tak kena, duduk tak kena, berdiri lagila tak kena...
biasanya bila dah sakit terlampau2 macam nie, memang hazirah telan 2,3, bijik painkiller..
walaupun ianya bersifat sementara sekurg2nya ianya melegakan buat seketika..

seorang hazirah yang gemar berjalan laju2, tiba2 jalan selangkah demi selangkah kerana pergerakn demi pergerakan yang mendatangkan bisa setiap kesakitan... kadang2, berjalan bertongkat dinding untuk lawan arus kesakitan... kadang2 pegang spine.. ketuk2 spine.. tampal panaflex banyak2 dekat otot2 tertentu..
semuanya inisiatif untuk mengurangkan sakit...

kesakitan yang dilalui pada kali ini terasa lain sekali..
sangat2 lain sehinggakan hazirah tak tahu bagaimana nak jawab bila sahabat2 bertanya sejauh mana sakit...

dengan keadaan mata yang mungkin kembali neuritis...
namun masih dibiarkan begitu saja...

kakak occupational hazirah sempat menguji mata hazirah 2 minggu yang lalu...
minta di tumpu pada sesuatu namun ianya sangat menyakitkan pada pergerakan mata...
terasa seperti objek itu bergerak2.. kepala terasa nak pecah...
kekuatan jemari hazirah juga drop...

up and down...
sekejap ok sekejap tak...
tapi i take all it as positive thing.. yang boleh membuatkan hazirah muhasabah lagi dan lagi...

dan buat hazirah selalu fikir

"ajalku semakin dekat barangkali..."

peringatan sebegini membuatkan hazirah merendahkan segala pengharapan hazirah terhadap sesuatu...
yang menjadi fokus haazirah adalah hafalan hazirah...
memperingati dengan selancar mungkin..
melakar kehidupan yang lebih menjurus kepada kehidupan akhirat...

hmmmm ^_^
senyumlah... namun, kadang2 saya seorang yang agak degil...
dalam saya menahan sakit, saya masih boleh berlari lari anak kerana emergency.. selepas itu mulala berkerut dahi.. ketap bibir tahan segala rasa yang bertandang...
daaan... dalam hazirah mengalami masalah pengelihatan, hazirah masih boleh drive seperti biasa...he3... (gedikkan hazirah nie..???^^,)

mama sempat mengusik

"berbukala lagi dengan air sejuk.. kamu tahu yang kamu sakit saraf dengan tulang bermasalah tapi kamu berbuka juga dengan air sejuk.. jangan samakan kamu dengan orang lainla... kan dah sakit2.."

!_! !_!
salah diri sendiri.. that's totally correct...!!!!
orang berbuka dengan minuman sejuk, tergedik2 nak air sejuk jugak..
reason..??? dahaga....

pang sebijik....
sengaja cari penyakit... sekarang sendiri buat sendiri tanggung ok...

tapi sungguh hazirah cakap, semua ini cukup mentarbiah diri hazirah...
made myself being more and more and more patient...


seandainya tidak sempat direalisasikan semua impian ini.. Allah lebih tahu apa yang terbaik untuk hamba yang hina ini...



bila sakit2 dah tak manja2 dah...
eh2.. memang tak manja pun.. i mean dah tak minta tolong mama gosokkan...
cuba release dan lalui kesakitan tu sendiri cumanya mama tahula anak dia sdang tahan sakit...
dengan ini, hazirah akan lebih berdikari...

sekurang2nya bila hazirah di takdir Allah untuk melanjutkan pengajian ke tempat yang jauh daripada keluarga terutamanya mama, bila sakit tak adalah terlalu mencari2..
bila dah biasa, everything going to be smooth right..???

tipulah kalau tak ada lintasan bayangan ibubapa bila sakit ketika berjauhan kan..???
mesti ada tapi at least bila dah berdikari semuanya akan lebih mudah walaupun minda di hadiri kerinduan kepada mereka...

sehingga ke hari ini, keyakinan pada Allah yang menguatkan hazirah...

ohyea...
sebelum hazirah menamatkan penulisan hazirah pada kali ini...
Alhamdulilah.. hazirah ingi berkongsi dengan readers semua orang baru dalam keluarga hazirah...
dilahirkan pada 4 julai baru2 ini...
seorang bidadari yang in sha Allah akan memperjuangkan agama suatu hari nanti...

nama: HUSNA ZAKIRAH BINTI YUSRI HERMAN
date born: 4 JULAI 2013
clock : 9.25p.m(kalau x salah)
place : KPJ PERDANA kota bharu
weight: 2.8kg

Ahlan wasahlan sayang..

after hour out of womb
today...!
13 hari dah boleh angkat kepala dan mengiring... so smart..! <3

selamat berpuasa buat readers yang di kasihi Allah sekalian..
semoga sentiasa berada dalam lindungan Allah...







bismillahirahmanirahim...

salam dan selawat buat junjungan besar s.a.w.

assalamualaika ya rasulullah..
assalamualaika ya habiballah...
assalamualaika ya nabi yallah...

apa khabarkah iman..???
bagaimanakah keadaan hati...???

semoga ke dua2nya masih dalam keadaan baik dan sejahtera...

hmmmm...
nak tulis apa ya..????
ada sesuatu yang ingin hazirah kongsikan dengan sahabat2 blogger semua...
tapi tiba2 menjadi tepu kerana segalanya sudah tercurah di atas helaian kanvas putih yang tidak bernyawa...
yang setia kepada tuannya untuk terus2an menarikan pena meluahkan bicara...

ada orang dengan berkata2 adalah cara yang terbaik untuk melepaskan rasa di hati...
ada orang juga dengan menarikan pena adalahh cara yang terbaik untuk melepas apa yang terbuku...

dua cara yang berbeza...
hasilnya jugak berbeza...

betul, bila memilih dengan menarikan pena di atas helaian kanvas yang tidak bernyawa banyak kekurangannya, tapi IMPAKnya sangatla hebat...

nak meluahkan, xdelah yang nak menghalang...
tak adalah perasaan yang terluka seandainya bicara memujuk tersalah tuturnya...
mungkin ya bila memilih untuk meluahkan dengan menarikan pena, kita sendirian...
menangis pun sendirian...
tapi jangan pula kita lupa selamanya yang bahawa pada zohir saja kita kelihatan sendirian namun pada hakikat ada Allah yang sedang memandang dengan penuh kasih, mendengar dengan penuh setia, dan menyalurkan sedikit demi sedikit ketenangan mengikut titisan demi titisan airmata...

meluahkan dengan pena, keaiban lebih terjaga dan terpelihara...
apa yang patut kita rahsiakan akan tetap menjadi rahsia...
sekadar antara kita, buku dan DIA saja yang tahu...

hasilnya juga sama dengan mereka yang memilih untuk meluahkan kepada insan yang bergelar manusia...
namun risikonya ada...
jika keaiban yang di luahkan, ada risiko untuk tersebar...

ingin meluahkan pun kena pandai2 memilih insan yang boleh dipercayai dan diyakini...

susah...
sebab nak kena cari lagi...
nak kena mesej atau call...
nak kena jumpa...
silap2, dah jadi murung barula dapat meluahkan segalanya...

sebab itula hazirah gemar memilih menarikan pena...

rasanya boleh buat novel tajuk nie ----> DAiry and Me....

terlalu banyak perkara yang di catatkan..
terlalu banyak luahan rasa yang di kongsikan di dalamnya...
terlalu banyak dakwat pena yang sudah terlukir di atas kanvas putih...

bila ini yang menjadi pilihan, kadang2 hazirah tidak pandai nak meluahkan kepada manusia...
walaupun di pujuk untuk menceritakan apa yang ada didalam hati, kerana sudah biasa menyimpannya sendiri, menyimpannya di dalam dairi, untuk dikeluarkan menjadi butir bicara itu sesangatla sukar....

banyaknya perkara yang bermain-main di dalam minda...

apa yang enti fikir sebenarnya hazirah...????

fikir nak mati..????
itu satu kepastianlah hazirah..

fikir kesukaran hidup pada masa yang mendatang..???
itulah keindahan jalan yang Allah bagi hazrah.... syukurlah...!!!!!

dalam kesukaran, ada kebahagiaannya...
dalam liku dan duri, ada kemanisan walaupun kesakitan itu ada....

mana tahu Allah nak mudahkan jalan ke syurga...???
jadinya...
sabar... sabar... tenang... tabah... dan ALHAMDULILLAH>....!




tahu tak apa impian hazirah...??/??
hazirah berharap sangat3, masih ada kesempatan untuk hazirah kembali menjejakkan kaki ke rumah Allah...
masih ada ruang dan peluang untuk hazirah menziarahi makam2 nabi...
menziarahi kekasih Allah....

kalau boleh nak meninggal pun kat sana... tapi layakkah..????
hanya Allah saja yang tahu...

bila MS dan osteoporosis bergabung.....

Alhamdulillah....
tiada kenikmatan yang Allah nak bagi melainkan ianya untuk menambahkan lagi kesabaran ddalam diri seorang hamba... menghapuskan sedikit demi sedikit dosa2 yang pernah diri ini lakukan...

osteoporosis..???
apa tu hazirah...???

^_^
Alhamdulillah... sepatutnya penyakit nie menyerang orang tua2 je... tapi hazirah nie bolehla dikategorikan sudah tua sebab dah ada benda nie... ^_^

lucu pulak...
bila baca artikel tentang penyakit nie...

"kelazimannya, osteoporosis dialami oleh mereka yang berusia 50 tahun dan ke atas.............."

erk..??? habis tu aku..????

25 tahun pun tak sampai lagi tapi dah ada tu apa kes..???

kerekla hazirah nie..
macam tula hazrah fikir masa baca tu... sambil sengih sorang2...
rasa lawak je walaupun ada rasa down bila baca...

osteoporosis adalah sejenis penyakit yang boleh didefinisikan sebagai kerapuhan tulang belulang...
struktur dalaman tulang tu abnormal.. dan sangat2 rapuh...

kalau pendek yang kata, mereputlah kowt...

bila fikir punya fikir sebelum tidur, kerap hazirah tersenyum sorang2..

"dah boleh jadi kedai runcit. macam2 ada dalam sekujur jasad yang tak berapa nak besar nie.. istimewa sungguh...!!!!!"

ada sape2 nak tak..??? mehlah kita transfer guna mesin ATM>.. he3(merapu...)

sebenarnya, hazirah baru je tahu...
punca backpain hazirah makin teruk...

rupa2nya nenek osteoporosis nie dah melekat dah...
tak nak pisah sebab dah jatuh cinta dengan hazirah...

biasalah.. dah nama nenekkan..??? dah tua kot tu.. sebab tu 'dia' bagi hazirah rasa sakit tu...
dia bengkokkan sikit tulang belakang... dia renggangkan sikit....

kata nenek osteo nie, hazirahkan muda lagi....
mesti boleh tampung....

Alhamdulillah...
bolehla tampung walaupun kadang2 menitis juga airmata tak tertahan....

satu badan jem tulang...
mujurlah tidak kronik sangat lagi... tidak sampai jatuh sikit terus patah...
tapi sengal2 tulang belulang tu adalah...
sendi2 dah kurang cecairnya.. bak kata doktor hazirah "minyak gris dah tak ada.. nak kena ganti".. he3

oh steroid....
baru setahunku telan... pantas sekali kesannya bertandang...
antibody tak kuatkan...
jadi inilah jadinya..

memang hazirah dah sedia maklum...
pengambilan ubat steroid terus2an akan menyebabkan pemakannya mengalami kerapuhan tulang...
TAPI tak pula hazirah sangka ianya secepat ini....

Allah sayang....
sebab tu DIA bagi...

"apakah kamu merasa kamu sudah beriman sedangkan belum datang kepadamu ujian sebagaimana yang telah dilalui oleh orang2 yang terdahulu sebelummu..???.........."(albaqarah)

bila diuji, itu tandanya keimanan jua turut teruji..
jadi....
sabar.. tenang...

selagi hayat di kandung badan, teruskan untuk mengharunginya...
kadang2 ada juga terfikir, risau seandainya membebankan orang lain..

report perubatan awal hazirah tahun lepas.. seawal hazirah admitted ward, kandungan kalsium dalam badan memang agak berkurangan dan tidak mencukupi.. jadi mungkin ini adalah salah satu asbab kesan ubat steroid terlalu cepat bertamu...

kata fisiotherapist yang hazirah sayang sangat2,
ubat steroid memang merapuhkan tulang2 tapi dia tidak menjangka kesannya secepat ini...
terlalu pantas... setahun je masa yang diambil untuk mengalami kesannya..

hazirah sekadar tersenyum...
kukuh dan erat ikatan silaturahim antara kami walaupun hazirah dengan dia perhubungan sebatas fisiotherapist dan patient..
namun, ukhuwah yang di jalinkan kerana Allah membuahkan kemanisan...

hazirah tertawan pada ayat ini 

"Allah ingin memberikan keringanan kepadamu kerana manusia dicipta bersifat lemah......"
(an-nisa:28)

pasti bersebab kenpa Allah bagi...

Allah beratkan dugaan di dunia kerana ingin meringankan keadaan di akhirat...

kesakitan demi kesakitan yang ditempuhi sebenarny lebih membawa diri semakin mendekati DIA...
bila kita sakit, kita seru nama DIA...

mungkin ya kita rasa down,
tapi down untuk sesuatu yang bersifat dunia namun kukuh untuk yang bersifat akhirat..

tatkala hazirah tahu tentang nie,
mula2 tenang... masih boleh gelak2... macam tak ada apa2 yang berlaku pun...

namun, bila mata merenung bait demi bait penerangan tentan nenek osteo tu, tiba2 rasa down...

termenung sorang...
bangun, cari dairi, catat dalam kanvas putih itu apa yang hadir dalam hati...

bila segalanya dah dilepaskan, rasa lapang...
bila baca balik statements, boleh gelak sorang2..
entah.. tak tahu di mana yang lucunya...

mungkin iman cuba menceriakan hati...
menghadirkan rasa lucu didalam hati untuk gelak dan tersenyum...

bila tersenyum,
minda boleh berfikir dengan lebih baik dan positif...

banyak sangat hikmah...!

ada sembang2 dengan fisiotherapist mengenai ini...
mungkin ini salah satu cara untuk Allah tunjukkan kepada hazirah bagaimana untuk menilai lamaran seorang syabab... sejauh mana kebolehterimaan mereka terhadap situasi hazirah...

hazirah teringat kata2 seorang kakak bloger yang juga mempunyai situasi yang sakit2...
katanya, hikmah kenapa Allah bagi sakit sebelum kami dipertemukan kami punyer 'mr.right' adalah kerana Allah nak tunjuk kepada kami siapa yang tulus dan ikhlas...

Allah ingin bagi yang paling terbaik...
yang boleh melindungi, menjaga dan tidak akan mengeluh dengan situasi kami...

nak tergelak rasa...
tak tahula apa yang lucu sebenarnya...

duhai syabab2 agama,
sekarang antum dah tahu keadaan ana yang semakin drop kan..?? yang tak menentu...
kalian masih punya impian untuk memperisterikan anakah...???

yang pernah melamar ana,
bagaimana perasaan kalian bila tahu keadaan ana..????
bersyukur..?? simpati...???

pasti tak mudah untuk diterimakan...???

jika ingin mengikuti penulisan ana, silakan...
namun seandainya kalian mempunyai niat lebih dari itu, padamkanlah niat itu dan berhentilah mengikuti penulisan ana...

usah terlalu mudah menghulurkan lamaran....^_^
percayalah... ada akhowat yang terbaik untuk antum...
persiapkan diri kalian untuk menjadi seorang syabab agama yang soleh, zuhud, dan tawaduk agar kalian menjadi pemimpin yang soleh...

ramai akhowat yang sedang menanti kalian...tapi bukan ana...

*************************************************************

bawa hati kepadaNYA....
tiada yang lebih ternilai untuk seorang hamba melainkan dengan tautan hati yang utuh kepada NYA..

didalam setiap pergerakan, pandangan, hati, tingkahlaku, hanya ada nama-NYA yang menemani...
hanya ada DIA yang memberi semangat demi semangat...
hanya ada DIA yang memberi kekuatan untuk langkah yang kesekiannya...

sebenarnya,
sangat terpujuk dan terharu..
didalam likuan jalan yang berduri yang DIA kurniakan kepada hazirah, terselit hikmah yang buat hazirah menitiskan airmata..
DIA zohirkan kepada hazirah sahabat2 yang begitu menyayangi diri ini...
insan2 yang meyayangi diri ini...
insan2 yang sanggup sama2 bersedih melihat kesukaran langkah diri ini...
insan2 yang sentiasa memberikan kata2 dorongan dan semangat...

rasa kuat...
rasa bersemangat...

bahagia...! 
indahnya menyambut sesuatu Anugerah dengan kesyukuran...
hati tenang...
jiwa bahagia...
kedamaian yang dirasa..
dan banyak lagi...

yang paling2 penting.
kita dan DIA pun makin rapat dan akrab....

subhanallah..!!!!!

terus berada dalam MADRASAH IMAN...
sehingga hembusan nafas yang terakhir.....

salam sayang....






















Bismilahirahmanirahim...



salam dan selawat buat junjungan besar s.a.w.

assalamualaika ya rasulullah...
assalamualaika ya habiballah...
assalamualaika ya nabiyallah...

semoga zikir2 kita ke atas baginda rasulullah s.a.w. menyuburkan lagi benih2 cinta kita kepada baginda s.a.w. subhanallah..! Alhamdulillah..! wala ila!! hailallah!! Allahuakhabar..!

Aku dan Hospital...
unik je tajuk untuk kali niekan..??? aha... macam dah nak posting as a doktor jekan...????he3

ehem... nie BUKAN doktor, tapi nie sebagai 'kerja@pesakit' doktor... ^_^

dulu, ingat dah tak nak dah buat treatment.. 
ingatnya dah tak nak dah pergi hospital..
ingatnya dah tak nak dah mengadap muka doktor...
ingatnya dah tak nak dah jadi pesakit...
ingatnya dah tak nak dah telan ubat2...
ingatnya... ingatnya... ingatnya....
berapa banyak 'ingatnya' daaaa..... !_!

teringat peristiwa yang berlaku dekat mekah....(story flashback)

saat2 hari terakhir di sana, ingatkan sudah tiba waktu untuk pergi... terasa bayangan maut dan sakaratul maut tersangat2 hampir...
seolah2 sedang melambai2...

dada kelihatan turun dan naik dengan laju.. heartbeat tersangatlah laju...
masalah pernafasan juga berlaku... semuanya dalam masa yang sama...
dada rasa seperti di tikam dan spine rasa seperti ditolak dengan duri yang tajam...
tak tahu apakah punca yang sebenarnya...

dada rasa seperti di cucuk jarum sudah dialami beberapa hari di kota mekah.. namun tidak seteruk hari yang satu ini...
usai solat subuh, nafas seakan2 segan untuk keluar dan masuk... segan untuk berganti tugas dengan oxygen yang baru...
langkah tidak segagah selalu...
langkah hanya di atur satu persatu...

berada didewan makan jugak seakan2 hanya jasad saja berada di situ...
kepala mula terasa hanyut dan berdenyut...
namun, cuba dihiraukan dan menganggap seakan2 tiada apa yang berlaku...

pada peringkat awal, cuba sangat nak sembunyikan rasa tidak enak yang di alami.. melangkah seperti biasa dan membancuh segelas kopi bagi menghilangkan juga rasa ngantuk kerana selesai bersarapan, kami akan pergi miqat...

selera makan bagaikan dibunuh buat seketika...
langsung tidak bernafsu melihat makanan.. sekadar melihat dihujung mata walaupun sarapan pagi itu kelihatan enak dan lazat sebenarnya..

"hai.. minum air je..???"

soalan yang sempat dilemparkan oleh seorang jemaah lelaki(ehem.. suami orang ye... saya baik dengan zaujah dia... tu dia pun mesra dengan saya..)

"cukupla nie..."

itu saja yang mampu dijawab sambil tersenyum hambar kerana kelainan pada badan semakin terasa...

wajah semakin pucat, tangan jugak tidak lagi kelihatan merah2.. pucat sepucat2nya...
semakin lama, semakin tidak tertahan sehingga terlafaz jua dari mulut insan yang degil ini perkataan "penat... tak larat... sesak nafas..."
abah terdiam... selesai minum secangkir kopi, kaki melangkah perlahan sendirian ke bilik di tingkat 7.. dah tak mampu untuk menunggu ma abah menghabiskan sarapan mereka..
badan perlu dibaringkan secepat mungkin... kepala juga semakin berat...

keberadaan di dalam lif terasa lambat sangat lif nak sampai tingkat 7... 
hanya mampu menyandarkan badan pada dinding lif mohon sokongan daripada jatuh...
melangkah ke bilik juga sambil tangan bertongkat dinding...

sungguh...! rasa ajal dah dekat sangat3 dah masa tu...
berada dalam bilik, baring, dah tak terbangun dah selepas dari tu.. terbaring sebetul2nya terbaring...
abah menitiskan airmata kerana risau seandainya apa2 yang tidak diingini berlaku pada puterinya...
cuba dipujuk abah dan mama agar pergi saja beribadat dan boleh jaga diri sendiri(degil lagi time nie walaupun padahal masa tu terang lagi bersuluh jika ditinggalkan sendirian macam2 kemungkinan boleh berlaku...)

last2 mama menemani... sepanjang hari sekadar mampu berbaring... 
rasa macam nak habis nyawa dah..!
hikmah rupanya.. Allah nak bagi juga hazirah rasa bagaimana rasa sakit di bumi berkat itu...

Alhamdulillah.. Alhamdulillah...
khidmatku masih diperlukan di dunia ini demi agama..... subhanallah...!

** selingan je... kasih Allah di kota mekah... <3 <3

"..... berikan secebis keinsafan
bekalan sepanjang perjalanan
mencari ketenangan..

biar KAU menjadi saksi
tulus tangisku kala dinihari
kesempatan yang hanya sebentar
moga keikhlasanku terangkat

BERIKANLAHKU HIDAYAH AGAR DIKUATKAN IMAN YANG LEMAH
MOGA DIBERKATI HIDUP INI
MENUJU BAHAGIA YANG KEKAL ABADI..."


kebelakangan nie, selalu je lirik lagu nie meniti di bibir...
wah... nak jadi penyanyi ke hazirah..?????

^_^.. tak... sekadar mengutip secebis keinsafan dan kekuatan dari bait2 lagu nie...
maksud lagu nie nak2 yang hazirah 'capslock' kan tu sangat3 besar maknanya untuk insan seperti hazirah....

bila dengar lagu ' layar keinsafan ' nie, tersuntik sedikit sebanyak semangat ke dalam diri...
bahkan menyedarkan hazirah point hazirah di berikan kehidupan di dunia ini...

take some spiritual from this song...

jangan lemah semangat hazirah...!!!!!
hidup sementara masih ada rezeki nie, teruskan...!
cari sebanyak mungkin bekalan untuk keakhirat...

pulang dari bumi mekah... pada peringkat awal masih tak perasan apa2...
lama2 dapat dirasa dengan jelas, kenapa backpain jadi triple pain nie..???
pantang duduk tempat keras sikit, rasa macam nak bercerai tulang belakang...
duduk atas toto pun masih terasa sakitnya...

**masih diabaikan...

headpain....
sakit dekat ubun2... sakit dekat cerebellum....

**abaikan jugak....

sah...! hazirah nie memang seorang yang double triple degilnya.. selamba kemain lagi ye kamu hazirah abaikan kesakitan tu sampaikan tiap kali nak tido malam, pusing kiri, pusing kanan, dahi berkerut2 mencari ruang untuk melegakan kesakitan pada tulang belakang dan otot2 tertentu...
finally, taken about 2 kapsul of painkiller to release that pain...

masa tu, syukur sangat2 sebab ketika bagasi umrah di packing untuk ma abah bawak balik ke bumi terengganu terlebih dahulu dan hanya meninggalkan beberapa pasang baju, hati hazirah terdetik untuk menyimpan didalam handbag painkiller...

seandainya painkiller itu dibawa pulang ke terengganu juga sementara hazirah masih di rumah abang, mahunya hazirah menangis menahan rasa bagaikan dipatah patahkan tulang belakang dan muscle2 bagaikan dicabut dari tempat2nya....

sekadar mampu memujuk diri...
'nak hapus dosa nie.. nak hapus dosa...'

alahai.. sweetnya IMAN... pandai je memujuk hati tuan dia.. !_!

kadang2 rasa letih je... tak tahu kenapa...
kerap kali menolak ajakan abang untuk keluar dari kepompong terperap dirumah kerana triple pain tu... 
makan pun dah semakin sedikit... hmmm
sampai kak ipar risau seandainya hazirah tak makan apa yang dia masakkan...

kak ipar punya masakan kelantan memang thumb up..!
tapi, tak tahu kenapa... xboleh nak menelan lebih2 makanan...
kerap kali nasi hanya 1-3 suap saja menyinggah.. selebih daripada itu masuk dalam tong sampah... sebab perut yang mudah terasa kenyang...
jadilah seorang doktor yang berkhidmat demi agama... (pesanan untuk sahabat2 perubatan)

jejak bumi terengganu pada pukul 11 lebih... waktu malam ye....
bertanya khabar abah bagaimana... dalam kesibukan mengangkat barang itu, segala kerja terhenti bila abah bertanya

"bila follow up kamu dengan neuro..??"

toing.... toing.... 
tergamam sekejap bila perkataan 'follow up' disebut... hu3...
tapi masih menjawab dengan yakin iaitu pada bulan september....

namun, keyakinan itu hilang sekelip mata apabila abah cakap neurology department called abah and minta hazirah ke hospital dalam kadar segera...

'apa ke hal pulak nie..???' 

itu je kot yang hadir dalam minda hazirah hari tu....

perasaannya, doktor dah cakap hazirah dah ok dah haritu.. much much(saja buat double) better dah rasanya..

hanya dengan selamba cakap dekat abah dan mama

"bersebab kot tu panggil........"

pastu bagaikan air mengalir sepintas lalu.. hu3.. duk sibuk kemas bilik sebab lama tak balik.. kemas tu kemas nie... pastu hanis najihah cari che su... >.<
follow che su sampai dalam bilik... haa.. ambik tah.. dia jumpa teddy bear besar.. cepat je minta sampai dia sendiri pun tak terangkat sebab teddy bear tu besar dari dia... >.<

hari demi hari berlalu begitu sahaja...
backpain tu sentiasa menyengat.. tapi seperti kebiasaannya, tuan dia buat tak tahu saja...
headpain pun sama... rasa nak hantuk kepala dekat tempat keras... still buat tak tahu...

kadang2 mata berpesat pesat... terasa double apa yang dilihat.. kadang2 nampak blur... bila dipejam di celik dipejam dicelik, selawat banyak2.. back to normal...
kadang2 rasa sakit pergerakan pada mata...

STILL BUAT TAK TAHU....!

He3... degil2....

bila hari yang di minta itu tiba... entah mengapa jantung berdebar semacam je... tapi masih buat selamba... buat macam tak ada apa2 nak berlaku pun...
gosok abaya pun dengan iramanya... slow2..SAMPAI lambat bertolak ke hospital...

cik hazirah punya kerja... he3...

waktu yang di janjikan dalam pukul 10 pagi..
almaklumla.. saya dah biasa pergi hospital DAN saya tahu selama mana saya perlu menanti sehingga saya dipertemukan dengan doktor.. disebabkan ITU, saya sengaja lambat2...

seperti yang di jangka, hazirah menyerahkan kad pesakit kepada MA lebih kurang 10 lebih...
panggilan yang cepat hanya untuk check up saringan saja.. menanti bertemu doktor pula berjam3... sabar... mujur bawak bahan bacaan... boleh juga menghapuskan segala bosan yang terhinggap...

ketika di panggil MA untuk check up saringan, berat dan ketinggian di kira.. nak tergelak asenya...
beratku naik turun... !_!
unstable weight....tak pela asalkan dah lebih 40 tapi kurang 43.. >.<
check up heartbeat pulak...

2-3 kali buat secara ulangan kerana heartbeat yang melebih 115 per minit... tinggi..!
normal 96 je per minit...

pada peringkat awal, MA ingat hazirah berdebar....
dulu2 mungkin ya berdebar.. sekarang dah biasa dah... jadi tak ada perasaan takut dah bila masuk department tu...

**selingan**
lepas melakukan pemeriksaan, hazirah mengambil posisi disebelah seorang wanita yang dah agak berusia.. mungkin berpangkat nenek pada hazirah jika dilihat pada rias wajahnya...

wanita itu kelihatan cantik pada usia mudanya kerana sisa kecantikan masih ada pada wajahnya yang berkedut seribu....

hazirah menyambung bacaan sebelum keasyikan hazirah di alih ketika wanita itu cuba untuk bangun namun seolah2 kelihatan tidak berapa kuat...
dengan tulang empat kerat hazirah yang tak berapa nak kuat ini juga, cuba juga untuk menghulurkan bantuan... hulur tangan padanya dan dia cuba memberi sedikit impulse pada tangan hazirah... 
terasa perbezaan tangan hazirah dengan tangannya... tangannya adalah tangan seorang wanita yang telah bergelar ibu berpuluh2 tahun... tangan seorang wanita yang telah banyak melakukan pekerjaan demi membesarkan anak2nya..

apabila anaknya melihat ibunya cuba untuk bangun, dia menghampiri dan minta ibunya untuk tetap duduk dan biarkan dia untuk mengambilkan ubat ibunya.. hazirah tersenyum melihat situasi itu... subhanallah.! anak soleh...!

apabila dia duduk kembali, tangan hazirah diraih dan di bawa ke dalam genggamannya.. ketika itu, mama hazirah tak ada.. hanya hazirah bersendirian di dalam MOPD...
hazirah terasa damai genggaman wanita cantik tu.. cuba untuk tersenyum walaupun ianya sekadar menampakkan mata saja yang berbicara...

wanita tua itu tersenyum mesra apabila genggamannya hazirah balas.. ohhh... jangan jijik dengan genggaman orang tua ya sahabat2.. kerana esok2 kita akan tua jugak... jika kita rasa jijik, esok2 bila kita tua, mereka yang muda dari kita pula yang akan merasakan perkara yang sama..

jadi, berbahagialah..! sayangilah mereka walaupun mereka bukan ibu kita, bukan nenek kita... ^_^

dia ingin berbicara dengan hazirah rupanya...
buku di tangan hazirah letak di ribaan... telinga cuba didekatkan dengan wanita itu agar setiap butir bicaranya jelas kedengaran...
Alhamdulillah... dia menceritakan kisah sakitnya...
hazirah berusaha untuk meraikan apa yang di sampaikan walaupun pada sesetengah waktu, hazirah tak faham apa yang diceritakan...

namun, dia kelihatan seronok dan gembira apabila dirinya dilayan dan di rai...
subhanallah...!!! hikmah islam meminta ummatnya meraikan orang lain...

sebelum wanita itu berlalu, dia sempat menepuk nepuk kekura tangan hazirah sambil tersenyum...
hhhmmmmmm..... seolah2 ada sesuatu yang cuba di sampaikan melalui tepuk dan senyuman mesra itu... still terfikir lagi.... ^_^

**************

setelah hampir dekat 4 jam menunggu, akhirnya nama dipanggil jua untuk bertemu dengan doktor...
sepanjang penantian, sekali lagi rasa spine nak bercerai.. tapi di tahan2...
kesejukan juga tiba2 je melampau2... sampai tangan jadi pucat kuning... sampai kebas2 habis badan sebab terlalu sejuk... walhalnya deparment tu tak adalah sejuk mana...

melangkah ke bilik doktor sendirian kerana mama hanya ingin menanti di luar je...
pada awalnya, patut masuk bilik doktor laki.. tapi teragak2 nak masuk... last2 MA cakap ok masuk bilik pakar yang nie(perempuan)...

file perubatan hazirah dibuka di PC di hadapannya...

**diam....

bilik tu macam tak ada orang.. yang hanya kedengaran ketung ketang bunyi keyboard PC yang di tekan doktor di hadapan hazirah...
lama menaip barulah doktor bertanya khabar hazirah bagaimana...

pada mulanya hazirah jawab semuanya ok je..

then doktor tanya tentang backpain pulak...
mula2 tak tahula nak cakap macam mana dekat doktor sebab kesakitan tu tak leh nak gambar... rasa nak bagi je dekat doktor tu rasa sakit tu sikit agar dia tahu sejauh mana kesakitan tu...

kemudian di tanya apakah better or worse...

jujur... worse...!
double triple pain je asenya...

bila doktor tanya posisi yang sakit, last2 pinjam badan doktor untuk tunjuk sebab tak tahu nak describe macam mana tempat sakit tu... bila dah tunjuk tu senang sikit... ^_^

lama tu doktor mengangguk anggukkan kepala... then kembali fokus pada Pc untuk tulis report baru..
lama tu dia kembali bersuara, 

"heartbeat awak tak pernah bawah 115 per minit kan...?/ bahaya nie... kuantiti darah merah awak tak cukup.. jika ini kelajuan jantung awak, bahaya untuk awak... jantung awak di posisi lemah nie...."

**diam.....

"awak tahu kenapa kami panggil awak..??"

wah.. doktor dah mula kuarkan main point...

**eleng...

"awak rasa dah sihat sekarang...???"

**angguk...

"awak nie... macam dengan orang bisu pulak saya bercakap.." (senyum..)

**erk... baru bunyi suara...

"Alhamdulillah doktor.. rasa sihat sangat..."

"awak ada rasa apa2 symptons tak yus..???""

"usual symptons doktor.. double vision, blur, double backpain,craim, numbness, headpain....."

(dah mula dah...)

"teruk ke...???"

"backpain n headpain teruk sikit..."

"saya ada sesuatu nak bagitahu nie....."

**angguk....(back to silence... !_!)

"MRI awak, bila di imbas2 ada kelainan lagi nie... kami tak pasti ianya disebabkan MS ataupun tidak..."

pastu mula sesi menjawab hazirah dengan doktor...

hazirah beta balik apa doktor cakap sebab doktor kata hazirah dah ok.. kenapa tiba2 pula kembali tak ok nie....

doktor tidak bagi penerangan lebih detail.. hanya memberi hazirah peringatan dengan sungguh2 agar jangan abaikan jika terdapat symptons baru yang hazirah alami.. jika ada je perlu segera ke hospital untuk mendapatkan rawatan... siap pesan lagi jangan degil2.. 

ubat2an jugak disambung lagi... !_!

next follow up bertambah.. jarak dekat je...

hospital oh hospital... sesungguhnya diriku dengan mu tak boleh dipisahkan...

my occupational... kak iffah... terima kasih kerana menjadi jurupulihcara kerja yus dan juga dalam masa yang sama menjadi sahabat yang baik untuk yus... salam mahabbah akak sayang..!
semalam, pergi hospital setiu untuk ambil date baru, hazirah maklumkan kepada fisiotherapist dan occupational hazirah tentang report baru tu... 
kata fisiotherapist, hazirah dah tak boleh guna tens@alatan yang melibatkan renjatan elektrik untuk treat sakit tu sebab mungkin akan ada effect bila ada kelainan pada brain....

hospital oh hospital...
how long i must be together with you...???? 

rasa nak je cakap dekat hospital tu, nak tak kawen dengan hazirah...he3
senang sikitkan..?? tak payah balik rumah dah.. kawen dengan hospital, duk dengan 'dia' je...
rawatan, follow up, fisioterapi.....

macamlah hospital tu manusia nak ajak kawen2 nie hazirah oi...!
merapu dah..

sebenarnya nie Allah nak bagitahu DIA nak hapus dosa hazirah.... sabar je..
bukankah sabar itu sifat orang yang beriman..??? ^_^

senyum je selalu... kan..????

doakan diri ini terus tenang dalam kehidupan yang mendatang....

salam sayang...



Bismillahirahmanirahim...
salam dan selawat buat junjungan besar Nabi Muhamad S.A.w.

assalamualaika ya rasulullah...
assalamualaika ya habiballah...
assalamualaika ya nabiyallah...

salam sayang buat semua readers yang hazirah sayangi dan hormati...

alhamdulillah.. sekali lagi diberi kesempatan untuk menulis...
penulisan kali ini tidak berkaitan dengan perjalanan 'top4' iman kat madinah dan mekah...
tapi sesuatu yang berlaku selepas kembalinya hazirah ke tanah tumpahnya darah...

Subhanallah.. Alhamdulillah.. Allahuakhbar...!

rasa macam diri di cuci untuk jadi lebih bertanggungjawab...

Ya Allah...
sweetnya diKau duhai KEKASIH hatiku...

begini caranya DIA cuba menerapkan nilai tanggungjawab dan memberi sedikit rasa susah senang menjadi seorang yang benar2 perempuan....

baru beberapa hari hazirah 'mendarat' di bumi terengganu setelah beberapa minggu menetap di rumah abang setelah kepulangan dari kota penuh berkah...
Alhamdulillah... banyak yang dipelajari...

keberadaan di rumah abang sedikit sebanyak memberi hazirah pengajaran dan didikan.. memandangkan kak ipar tengah sarat hamilkan anak kedua, kadang2 hazirah yang ambil posisi kak ipar untuk menjaga si kecil yang berusia 2 tahun 5 bulan...

ok.. si kecil nie sangatla bijak pandai orangnya...
hari2 hazirah kat sana memang ada je perkara yang buat hazirah geli hati dan gelakkan dia...
Alhamdulillah... hanis najihah sedang menikmati biskut kegemarannya sambil cakap dekat che su "nak duduk" .. mujur badannya x besar jadi muatla duduk dalam troli bagasi nie... >.<

sungguh...!
terharu sangat2 bila si kecil nie menyambut kepulangan hazirah di airport...
bila hazirah pergi dekat dengan dia, SUBHANALLAH, dia mengenali mak saudaranya ini walaupun che su dia nie bertutup penuh including my foreahead... 

dari kejauhan hazirah mendengar ungkapan dari mulut kecilnya perkataan

"che su"..

wah... perasaan.. pelbagai...!
tolak troli bagasi terus meluru ke arah si kecil hanis najihah... cepat huluran hazirah di sambut.. tak sampai lima minit pun, si kecil dah pun berada dalam pelukan hazirah...
bukan main lagi gelaknya bila berada dalam pelukan che su...
geram melihat kecomelan dia.. hazirah peluk kemas2.. cium puas2, and pusing2kan badan sambil dukung dia sampai dia gelak sungguh2..!

troli bertukar tangan.. hazirah dukung si kecil nie sambil gurau2 dengan dia...
mulut kecilnya petah duk sebut "che cu" >.<
nak nangis rasa sebab sampai macam tu sekali dia ingat dekat che su dia nie walaupun kami sebenarnya tak selalu jumpa...

mereka menetap di Port dickson negeri sembilan kerana abang berkerja tetap di sana.. manakala hazirah pula menetap bersama ke dua ibubapa sementara nak sambung belajar nie di terengganu(tak boleh mention daerah mana)...

dulu, kecil2 dia tak nak dengan semua orang tapi bila dah boleh kenal orang nie, minda dia sangat kuat mengingati sapekah ahli keluarganya...

memandangkan kakak ipar pun nak bersalin kat kampung, jadi hazirah mengambil keputusan untuk pulang bersama abang dan kakak ipar manakala abah dan mama terlebih dahulu pulang ke bumi terengganu...


kalau abah dia yang ambik baik je posing nya.. kalau che su yang ambik, bukan main nakal lagi rupa dia buat... >.<

pada peringkat awal pulang ke malaysia, mata nie mengantuk je.. mungkin perubahan waktu barangkali... bila berkesempatan untuk tido, hazirah akan tidur.. tapi jika tidak, hazirah melayan budak comel nie...
kadang2, mata hazirah mengantuk pun, dah nak tidur sangat2 pun jadi tak tertidur bila si kecil yang comel nie datang ligan che su dia.... 

opss.. jangan percaya dengan kelembutannya kerana dia seorang gadis yang agak lasak... kadang2 craim belakang che su... >.<

tapi sebenarnya, in the silence, this kid yang mengajar hazirah bagaimana rasanya menjadi seorang ibu.. yes... walaupun dia hanya anak buah hazirah tapi menjaga dan bersamanya sedikit sebanyak mengajar hazirah susah senang menjadi seorang ibu...

oh...! tak mudah sebenarnya jadi ibu nie..!
tengok juga keadaan kak ipar yang sering sakit2 sepanjang mengandung nie... pastu, terfikir pulak.. jika kak ipar yang sihat walafiat boleh sakit2 macam nie, how about me..??? mesti keadaannya lebih terukkan..???

**pang pipi sendiri... su'zhon..!
suka2 je fikir macam tukan... cabut otak nie sekali n letak dalam washing mechine...  bagi bersih sikit otak... duk fikir benda2 pelik... !_!

aih... husnuzhonla hazirah...
benda tak berlaku lagi... kenapala gi fikir pelik2.. mana tahu kalau2 Allah nak bagi sihat ke kan..????
setiap orang itu berbeza keadaannya...
memangla masa sekarang nie keadaan awak tu little bit down sakit sana, sakit sini, tak selesa kat sana, tak selesa kat sini, tak boleh duduk atas tempat keras apa sume tu, BUT it's not mean would be forever ok hazirah...! hold it..!

hu3... 
ok... in sha Allah... everything going to be ok... ^_~

ok.. back to story...
setiap hari mengadap si comel nie, macam2 idea dia nak buli che su dia nie... nampak aje che su, dukung.. ke sana ke mari... nak itu nak ini... 

kadang2, dia ajak main dengan dia tapi bila dah main dengan dia, dia suruh pergi jauh2 pulak.. hu3.. T_T sabar2....

tapikan.. ada satu perkara yang buat hazirah dalam mamai pun boleh gelakkan dia...
time hazirah tidur kepenatan, dia tengok, dia akan datang dekat sangat2 dengan muka hazirah n renung lama2.. kadang2 dia meniarap depan hazirah je n muka dia dekat dengan muka hazirah, bila buka mata, pantas je denyutan jantung berdegup sebab terkejut.. pastu tergelak.. adei... 

dah banyak kali jugakla terjadi begitu... 

mulut dia sangat3lah petah dan cerdik..!
suka betul ikut apa yang orang cakap pada dia sampaikan umi dan abah dia panggil dia dengan gelaran "burung tiung"... hu3...

penat sebenarnya menjaga budak nie ye...
tak sangka...
tapi, bila dia peluk kita, cium kita, kepenatan tu terubat...!

disebabkan hanis najihah nie dah selesa dengan che su dia, di buat che sunya ini seperti abahnya..
main terjun2... ligan2... adei..

sesungguhnya, 2bulan skip fisiotherapy, si kecil inilah menjadi fisio che su yang tak bertauliah..
che su yang tak kuat pun boleh jadi kuat.. che su yang stamina agak rendah nie pun boleh jadi tinggi...

cumanya satu saja yang masih tak berubah.. kekuatan tangan.. jemari hingga ke pergelangan.. still di tangkut lama... tak kuat...
bila dukung najihah, dan zahra, cepat2 di letakkan atas lengan kerana hanya lengan saja kuat untuk menampung bebanan... bila pergi ke mana2... hazirah lebih rela dukung si kecil daripada bawak barang kerana bebanan barang yang sebenarnya agak ringan tapi kerana jemari yang tak kuat untuk menampung, bebanan itu terasa berat yang amat...!

hanis najihah yang berat 10kg pun lengan hazirah boleh tampung... tapi kalau diletak pada jemari, memang sohih jatuh budak comel tu...

balik ke bumi terengganu, hazirah berkesempatan untuk menjaga yusra az-zahra yang berusaha 7 bulan... di mandikan, di tidokan, di susukan, di suapkan makanan... semua di buat oleh hazirah sendiri...
seriusly, menjaga hanis najihah dan yusra az-zahra, menjaga az-zahra lebih rumit sebenarnya... kerana apa..???
hanis najihah, dah boleh berlari.. dah pandai minta itu dan ini... nak berdukung selalu tu tak de sangatla kan sebab dah boleh berjalan..
zahra ketika vacation ke langkawi.. sekarang dah beso dah,, dah gendut sudah...

az-zahra..??? tidak... sekadar pandai ketawa bila di agah, dan menangis bila nak tidur dan lapar... sangat3 berbeza.. si kecil ini hanya pandai merangkak saja..
jadinya, kebanyakan masa perlu berdukung... mandi perlu pegang, suapkan makan perlu sabar kerana nak main2... bila nak tidur, kena pandai pujuk sebab menangis...
hazirah mendapat sesuatu pengajaran...

pengorbanan seorang ibu memang sangat3 tak terbanding nilainya..
bila hazirah mandikan az-zahra, si kecil niekan tak pandai nak berdiri sendiri.. jadinya sebelah tangan perlu kuat untuk menampung badan dia dan sebelah lagi berfungsi untuk menjirus air kebadan dia...

sesungguhnya, sungguh hazirah cakap, berkerut dahi hazirah menahan sakit belakang bila menampung momentum badan az-zahra... seakan2, muscle back di tarik2... tapi, hazirah cuba untuk sabar.. sampai sempat hazirah cakap pada diri hazirah sendiri "boleh ke jadi ibu nie..??? kalau sedikit macam nie pun dah sakit2.."

hu3... jentik kepala sendiri...
fikir lagi pelik2...
sebenarnya, kesakitan itu sementara je...
lepas hazirah angkat az-zahra ke dalam pangkuan... balut dengan tuala, peluk dia... suddenly sakit itu terus ilang...!

oh... nikmatnya...!

Allah nak mendidik nie...

lagipun hazirah tak selamanya menyingle kan..?? tiba satu saat nanti, jika Allah izin pasti berkahwin jugakk....

suka betul jaga dorang nie... siyes... suka..!
banyak pengajaran yang hazirah dapat...

hazirah boleh close dengan dorang...

hanis najihah, kerap menyeru nama che su bila nampak che su dia...
az-zahra, suka senyum...! <3

he3...

Alhamdulillah...!
didikan dan tarbiah dari Allah dalam tak sedar...

ok.. belajar slow2.. hu3... 
kita tak tahu apa rencana Allah untuk kitakan..??
jadi, usiapun makin meningkat.. jadi tak salah untuk belajar n trying to put ourself at a mom shoes...

setakat ini saja buat masa ini kerana berebut laptop dengan az-zahra... he3

salam sayang....




Bismillahirahmanirahim...
salam dan selawat buat junjungan besar  nabi s.a.w.

assalamualaika ya rasulullah...
assalamualaika ya habiballah..
assalamualaika ya nabiyallah...

dua minggu berlalu..
rasanya tersangat pantas masa itu berjalan..
seakan-akan berlari dan cuba meninggalkan diri ini daripada menikmati saat2 indah...

ya Allah,
kenapa masa terlalu mencemburuiku..???
kenapa terlalu pantas masa itu berlari..??

tak nak guna perkataan berlalu kerana bagi hazirah, waktu tengah berlari laju..
selaju-lajunya sehinggakan hazirah terasa semput untuk terus mengejarnya...
kenangan2 indah kukuh terpahat didalam sanubari...
tatapan penuh cinta masih menjadi ingatan di dalam sepi...
masih terasa basahnya di pipi di saat airmata menitis ketika merenung mimbarnya...

ya allah...
terlalu pantas dan cepat..!
kerinduan yang abadi..!

kembali di bumi malaysia, bagaikan tidak percaya kaki yang lemah ini pernah melangkah melawat makam kekasih Allah...
tidak menyangka kaki yang sering rebah ke bumi ini pernah melangkah ke dalam taman raudhah..

**cry...

tidak menyangka mata yang sering menangis ini pernah menatap mimbar kekasih Allah..
tidak menyangka mata yang kadang2 tidak terjaga ini pernah melihat makam rasulullah dari kejauhan...

subhanallah..!

sayangnya KAU kepadaku..
inilah hikmah di sebalik kenikmatan sakit yang KAU kurniakan kepadaku selama ini...
sangat indah balasan yang Kau kurniakan kepadaku ya allah...

Kau bidik rasa cinta yang kukuh di dalam hatiku kepada kekasihMU..
kau bidik rasa rindu sehingga tangisanku sering menitis membasahi pipiku...

kerinduan yangku harapkan berbalas dengan pertemuan yang indah..

sukarnya untuk di ungkapkan dengan tutur kata..
sekadar mampu melakar bicara tanpa suara...

pembaca yang dihormati...
bukan niat hazirah ingin menunjuk nunjuk...
bukan..
cubalah selami setiap bait yang hazirah lakarkan di kanvas tidak bersuara ini...
ingin sekali hazirah sampaikan kepada semua betapa indahnya dapat menjejakkan kaki di sana..
tempat yang sangat menenangkan jiwa dan hati dari keresahan...

banyak tempat yang kita boleh pergi namun jaminan untuk perolehi ketenangan itu tidak ada...
namun, MASJID NABAWI dan MASJIDIL HARAM mempunyai jaminan yang sangat3..(tak tahu nak describe macam mana)....


masjid nabawi... taklimat sementara menunggu giliran untuk ke taman raudhah..
gerbang memasuki taman raudhah.. ketika ini dari pelusuk dunia ada.. semua ada.. tapi malaysia di apit indon n arab.. ^^
bulatkan mata.. dan renungilah mimbar rasulullah.. Allah.. Allah.. Allah...
melihat kubah saja memberi seribu satu rasa.. di bawah kubah itulah terdapatnya makam kekasih Allah.. Allah.. allah..
pintu babussalam.. nie abah yg ambik kan sebab akhowat tak masuk melalui pintu nie..

pergila sana.. pergila sana... pergilah sana..!
nak sangat hazirah jerit pada semua agar pergilah sana dahulu sebelum antum memilih untuk bercuti ke luar negara namun bukan di bumi penuh berkah itu...

ye..!
banyak tempat kita boleh pergi.. TAPI tak ada tempat yang mempunyai ketenangan seperti keberadaan di kota madinah dan mekah al mukoromah..
tersangat3 tenang...

susah nak cakap..!
susah sangat4...
SEBAB hanya yang pernah jejak ke sana dengan niat mencari keredhoaan Allah, akan benar2 merasai betapa tenangnya berada di sana...

terasa begitu lain gelora jiwa tatkala bas menyusuri jalan membelah sahara dari madinah ke kota mekah...
di pandang kiri, dipandang kanan, kadang2 ternampak padang pasir dan kadang2 ternampak bukit berwarna hitam(erk..kuno.. xtahu tanah jenis apa.. tanya abah kena jeling sekali.. hu3.. jentik kepala sendiri...)

jalannya lurus selurus lurusnya.. tak ada belok2..
benar2 gurun sahara.. tandas pun tak ada.. >.<(ok.. selingan je nie..)

hati terasa lain meninggalkan rasulullah..
ketika itu, terasa sangat ingin menetap di kota madinah agar diri ini sentiasa dekat dengan makam baginda..
bahkan, apabila terpandang perkuburan baqi', hazirah pernah terlintas alangkah indah seandainya jasadku di makamkan di samping makam para sahabat, aisyah dan sangat dekat dengan makam rasulullah..
boleh diri yang hina ini menumpang ketenangan mereka ketika di alam kubur..

namun, takdir Allah tidak menyatakan itu untuk hazirah...

bahkah, hazirah sangat sihat sepanjang berada di kota madinah bahkan lagi sihat daripada orang yang sihat terutamanya ketika berada di kota mekah.. cuma mengalami sedikit masalah dengan sendi2 sahaja sehingga perlu memakai alat sokongan untuk terus gagah berjalan dan berdiri..

sukarnya untuk di ungkapkan..
kenalilah rasulullah.. dan cintailah baginda..
cinta itu sangat indah... indah sangat3...

hazirah rasa nak jerit dekat dunia agar cintailah Allah...! cintailah kekasih Allah..!
ikutilah apa yang Allah perintahkan.. jangan langgar..! ikutilah sunnah kekasihNYA..!

Allah.. Allah...

tolonglah.. hazirah merayu... pupukla rasa cinta kepada Allah..
pupuklah rasa cinta kepada rasulullah...

perasaan apakah ini...
ingin sekali kaki ini kembali ke sana.. tetap di sana...
kat sana jauh lebih tenang daripada bumi malaysia..
bagaikan kekasih Allah sedang membalas renungan mata...

Allah.. Allah..

readers,
please take my writen..
rebutlah peluang untuk ke sana selagi mana ada peluang untuk ke sana..
rebutlah untuk melakukan solat jemaah di dua buah masjid yang sangat tenang ini...
rebutlh peluang untuk menjejakkan kaki ke dalam salah satu taman syurga..

tiba di malaysia,
pelbagai perasaan yang berbeza hadir..
ya allah.. uniknya perancanganMU...

ketenangan yang sukar dibanding..
pertemuan di jabal rahmah...
ukhuwah yang kukuh...
ibrah kehidupan..
peringatan kematian...

susah sangat nak cakap..
teringinnya ingin bertemu secara jelas dengan kekasih Allah..
namun, layakkah..??/
terlalu banyak yang membuatkan diri ini tidak layak..

indahnya seandainya ajalku bertamu ketika aku berada di ruangan raudhah..
indahnya seandainya ajalku bertamu ketika aku berada begitu hampir dengan kaabah...
indahnya seandainya aku di makamkan berhampiran dengan makam rasulullah..

namun, rancangan Allah lain..
amanah yang diberikan perlu dilaksanakan..
mencari ilmu, dunia akhirat..
dakwah...
kepentingan agama.. sumbanganku kepada agama...

rasulullah.....
walaupun wajahnya tidakku kenali,
namun hati terlalu kuat terpaut rasa cinta..

andainya tidak dipegang dua 'harta' yang di tinggalkan, sudah pasti diri ini lalai di hanyut gelora dunia..
pasti diri ini alpha dan lupa pada Allah...
Allah..Allah....

bismillahirahmanirahim..
selawat dan salam sayang dan penuh cinta buat junjungan besar S.A.W.

assalamualaika ya rasullullah..
assalamualaika ya habiballah..
assalamualaika ya nabi yallah..

semoga cintaku terhadapmu kau sambut dengan syafaatmu di akhirat kelak..

Alhamdulillah... lama tak update blog nie..
dah menulis dah sikit2.. tapi take time untuk habiskan satu post nie di sebabkan gangguan kesihatan...

Alhamdulillah...

dengan keizinan dari ILAHI, hazirah berjaya jejakkan kaki kat satu tempat perlancongan yang paling menenangkan kat dunia ini...

Alhamdulillah.. Alhamdulillah...
jejakkan kaki kat sana rasa tak nak balik...
rasa nak sangat menetap kat sana.. namun setelah satu kejadian yang membuatkan hazirah rasa ngeri berlaku, terus tak jadi nak menetap kat sana walaupun berkeinginan..

boleh kalau nak menetap kat sana TAPI kena berteman.. baru selamat... 

alhamdulillah setelah lebih dari empat kali mengikuti kursus, 2 mei yang lalui hazirah selamat terbang dan mendarat di lapangan terbang king abdul aziz madinah...

buat apa tu hazirah..???

mesti itu yang bermain di minda antumkan..??


my beauty sister.. opss.. xdok gambar bagasi nie saja.. ada gambar sekali ngan kakak.. ok.. bagasi nie dah besar.. then kat dalam dia ada anak2nya. ianya dibekalkan agar barangan yang dibeli boleh dimuatkan sekali tanpa perlu beli bagasi lain kat mekah..

jeng3...
Alhamdulillah.. mendapat jemputan ILAHI untuk menjejakkan kaki di  masjid nabawi dan taman syurga..

subhanallah...

will story u later erk...

tulis yang mula2 dulu.. starting...

flight kami hari selasa(kalau xsalah hazirahla.. lupa2)..
hari sabtu terakhir kami kat malaysia sebelum berlepas, itulah kursus umrah kami yang terakhir..
ada taklimat penerbangan dan pembahagian bagasi2 yang dah ada cop agensi yang kami daftar..

Alhamdulillah..
kami memilih RAYHAR TRAVEL as our choice..
AND... pilihan kami adalah pilihan yang tepat kerana kebanyakan agensi yang lain banyak melencong ke negara lain terlebih dahulu jadi tempoh keberadaan mereka di madinah dan mekah hanyalah singkat.. sesangat singkat...

Alhamdulillah.. pemilihan rayhar travel buatkan kami berlama2 di kawasan mekah.. EVEN hanya 3 hari kat madinah tapi sangat puas hati sebab dapat tenung kaabah lama2 selama 8 hari...

sebelum berangkat ke tanah suci,
mungkin allah ingin menguji..
2 hari sebelum berangkat, hazirah tiba2 demam panas..
sampai asyik tidur je sepanjang kat rumah abang... mama, abah risau seandainya penyakit hazirah attack saat2 akhir sebelum berangkat..
abah memujuk agar memakan kesemua ubat2an yang hazirah ada..

namun hazirah menolak.. kalau boleh hazirah memang dah tak nak bergantung kepada ubat..
masa tu, hazirah hanya fikir mungkin ini ujian awal yang Allah bagi pada hazirah untuk uji kesabaran hazirah terhadap ujian2NYA...

sape tahu rencana Allah kan..??
lastly hazirah hanya menelan ubat demam..
untuk kurangkan suhu badan...

masa nak berangkat ke KLIA, badan hazirah rasa lagi lemah2..
flight kul 5 petang waktu malaysia.. pagi tu, hazirah masih asyik nak tidur je sebab badan rasa tak larat sangat2...
berangkat ke KLIA seusai menunaikan solat jamak takdim zohor asar..
dalam perjalanan, subhanallah.. Allah punya kuasa, hazirah makin sihat..

tapi, hati berdebar2...

malam sebelum berangkat,
hazirah sempat cakap2 dengan mama.. ketika itu mama sedang menonton tv..

hazirah melangkah dah berbaring di sebelah mama.. kadang2 hazirah peluk mama..

**ehem.. anak bongsu kan.. mestilah manja jugak kadang2.. he3

"ma, berdebarlah nak gi mekah.."

mama diam..

"ma, kalau pergi, orang dah tak balik2 macam mana..??' 

**nada risau.. mama terdiam kemudian tergelak..

"dengarlah adik kamu nie iha(kak ngah).. merapu je..."(sambil gelak)..

**diam...

"ma, impian semua orang tau mati kat sana.."

cuba jugak nak pancing mama..

"doktor kamu nak tinggal mana..??"

"erk..??? ma..! ke situ pulak..! "

"betullah.. pelikla che su nie.. kata excited nak pergi, pastu malam nie berdebar pulak... macam mana tu..??"

"banyak dosa ma c.su buat.. segan nak jumpa DIA.."

"ambilla peluang sepanjang kat sana nanti.."

itulah antara dialog pada malam sebelum berangkat antara hazirah dengan mama...
terasa kelainan pada malam itu.. berdebar tak ingat dunia rasa macam nak luruh jantung...
tak tahula kenapa..

mungkin disebabkan demam kowt.. jadi fikiran mula merapu entah ke mana..
YANG PASTI, dalam keseriusan, mama sempat lagi nak usik anak bongsu dia nie.. adei.. adei..adei..

sabor ajewla..
tak pela ma.. che su ameen kan je.. ^^,

my word heavan
before pergi balai berlepas..
ammar isn't very well.. demam.. nampak gigi kat bawah.. nak nangis.. cumell je..
bapak borek anak rintik.. pandai betul berposing..!

2 mei,selepas zohor terus berangkat ke KLIA..

Allah.. Allah... kami yang paling lewat sampai..!
yang lain semua dah dengar taklimat dah.. hu3..
nak buat genakan.. dorang ambik penerbangan domestik.. kami nie perjalanan domestik je.. naik kereta je dari terengganu ke port dickson n dari post dickson ke KLIA..

semasa kat KLIA, semua jadi kalut sebab kakitangan rayhar dah susun dah bagasi2 jemaah..
mujurlah sahabat hazirah tak jadi datang.. sebab kalau tak, memang tak sempat jumpa..
tak sempat lenguh kaki berdiri pun dah di arah masuk balai berlepas..

jeng2..
masa nak masuk balai berlepas, mujurlah pergi kat pegawai perempuan.. kena bukak niqab lorh sebab takut berlaku peniruan..

dugaan insan berniqab...

dalam flight,
ya Allah.. sedap betul hazirah makan..!
nasi beriani ayam, licin.. nasi lauk satay daging, licin..! he3..
tapi yang menghairankan, balik2, tetap kurus keding..
bukan makin naik badan.. he3..
adei..
awat terbalik lak jadinya..??

weird..!

sampai kat king abdul aziz international airport madinah, one more time i got something that made me nervous..!

why not bilamana hazirah nak melepasi pegawai emigresen arab, pastport hazirah di tahan dan disimpan didalam kocek seluarnya.. dan hazirah diarah ketepi.. mama dan abah sudah melepasi..
masa tu kalut sangat.. tapi cuba tenangkan hati dan berhusnuzhon..
 abah mula kerisauan.. takut seandainy2 hazirah tak lepas untuk masuk ke madinah.. takkan nak balik malaysia balikkan..??? mak aih.. tercabutlah tulang belakang hazirah..
sepanjang penerbangan pun hazirah dah cuba menahan rasa sakit belakang kerana duduk yang lama di dalam kapal terbang..

masa nie dah nak bergerak dah..take from in the flight..
gambar dari udara.. inilah bumi semenanjung..hu3
makan dua jam pertama dalam flight.. nasi beriani ayam.. he3
seriously,the satay felt like a goat meat.. tapi tibai jugak sebab lapar.. last2 mendarat, saya rasa pening.. saya memang xboleh makan daging kambing..! seriously cannot.. tapi gatal juga gi telan..

back to the story, abah dah mula risau.. dan cakap hazirah patut tanggalkan niqab sebelum melepasi pegawai emigresen..
hazirah diam.. dalam hati hazirah tetap dengan pendirian hazirah.. once i decided to wearing niqab, i will stand with that..! 

selepas lama berdiri, seorang pegawai mengarahkan hazirah mengikuti dia.. mujurlah arabnya disebut satu2.. bolehla hazirah faham apa dia cakap.. dia minta hazirah masuk ke sebuah bilik untuk check muka asal dengan muka dekat pastport...

subhanallah..!
mereka sangat menjaga wanita berniqab.. bahkan pegawai lelaki langsung tak berkesempatan untuk tengok.. senyum... alhamdulillah... Alhamdulillah..

ketika berangkat, hazirah memakai niqab half, jadi senang untuk hazirah tarik niqab ke bawah dagu..
ketika menyerahkan pasport ke pegawai wanita tu, hazirah lantas buka niqab.. 

**senyum..

pegawai emigresen tu berulangkali melihat tengok gambar pada pasport n wajah real.. tak sama barangkali.. kerana gambar dalam pasport, wajah hazirah tengah sembak dan tembam, wajah real back to normal..
 little different..

hazirah sampai tersengih sebab nak yakinkan dia.. last2 dia senyum pada hazirah sambil cakap

"malizi jamilah jiddan..!"

rasa nak gelak.. eleh.. cakap orang cantik, dia lagi cantik sebenarnya.. hidung mancung, putih merah... mashaAllah.. terpegun hazirah tengok kecantikan dia.. 

keluar dari bilik pemeriksaan, tersengih sorang2 sambil eleng kepala...

adei.. macam2lah orang arab nie..
tapi so proud of them sebab sangat jaga wanita berniqab...

lepas dari tukan, kami terus ke hotel dallah at taibah... sangat3 dekat dengan masjid nabawi..!
berjalan kaki beberapa saat je.. tut.. sampai dah dalam masjid nabawi...

best...

hope... one day would be arrive again... with whom..?? maybe my new family... ngeee... ^_6

salam sayang...

bismillahirahmanirahim..

salam dan selawat buat junjungan besar S.A.W.

assalamualaika ya rasulullah..
assalamualaika ya nabi yallah..
assalamualaika ya habiballah...

sentuhla hatiku dengan cahaya cintamu duhai muhamad kekasih Allah..
tenangkan hatiku dalam menerima sesuatu yang sukar bagiku untuk menerimanya..

mungkin akan ada yg mencerca saya kerana upload gambar ini.. saya tahu.. terima kasih saya ucapkan.. namun ada sesuatu yg saya nak pembaca faham.. pakaian seperti inilah yang di galakkan dalam islam sebenarnya.. kerana pakaian serba hitam begini tidak menyerlah..
ya Allah,
jadikanla diriku sebagai seorang muslimah solehah dunia akhirat...
menjadi bidadari dunia untuk kedua ibubapaku...
menjadi bidadari untuk insan bergelar suami...
menjadi seorang adik perempuan solehah untuk kakak2 dan abang2ku...
menjadi seorang kakak yang baik untuk adik2...
menjadi sahabat yang tenang lagi menyenangkan..
dan
menjadi seorang ibu yang penyabar, penyayang dan baik untuk anak2ku...

ya allah,
redhokan hatiku untuk menerima sesuatu yang menyakitkan bagiku...

kadang2, kita tak nak benda itu berlaku pada kita, tapi mahu ataupun tidak, bila kita berusaha untuk menjadi soleh/ah, kita sanggup berkorban apa sahaja bahkan kebahagiaan kita sendiri pun kita sanggup korban asalkan mereka tenang dan bahagia... walaupun hati kita sendiri menangis.. namun itulah ertinya sebuah pengorbanan...

aku berusaha menjadi gadis solehah...
berusaha menjadi seorang gadis yang boleh menjadi contoh yang baik kepada masyarakat dan agama...
ketika mereka memerlukan nasihat dan pandanganku, mudah saja aku melontarkan pendapat demi pendapat dengan tenang...
bahkan kadang2 kata2ku cepat sahaja menyentuh hati mereka untuk menerima...

namun,
pada hakikat aku sendiri perlu melepaskan apa yang aku inginkan demi memenuhkan keinginan orang lain...

tidurku terganggu memikirkan sesuatu diluar jangkaanku...

umurku baru sahaja bakal menginjak pada angka 20 pada hujung tahun ini, terasa berat bila dihimpit sebegini.. namun aku tahu, ini mungkin yang terbaik bagiku..

malamku ku pujuk dengan satu ayat yang cuba meredhokan hatiku...

ayat 216 dari surah al baqarah sangat dalam maknanya...
aku terpujuk untuk lena.. 

aku berusaha menjadi muslimah solehah,
oh... begini rupanya...

aku kelihatan hebat dari luaran, 
aku kelihatan tabah dengan senyuman yang sentiasa terhias pada mata..
aku kelihatan bahagia apabila riak wajahku tak pernah mengalunkan duka..

ketika aku melafazkan janji untuk menjadi muslimah solehah di hadapan kaabah,
ketika itu aku tahu aku bakal berdepan sukar untuk kehidupan yang seterusnya..
aku harus tenang dan tabah...

ingat hazirah,
usah kau mengaku dirimu beriman seandainya kau belum benar2 teruji..
usah kau mengaku dirimu sabar seandainya masih ada keluhan yang keluar dari bibirmu...
usah kau mengaku dirimu cantik seandainya akhlakmu buruk...
usah kau mengaku dirimu seorang tawaduk seandainya masih belum mampu untuk ikhlaskan segalanya...

sahabat2 yang hazirah cintai dan kasihi...
doamu ku harapkan selalu...

doakan hamba Allah yang lemah ini menjadi muslimah solehah dunia akhirat...
doakan hamba Allah yang tidak berupaya ini menjadi bidadari solehah untuk ibubapa dan suami..
doakan hamba Allah yang sentiasa melakukan dosa ini insaf...

sahabat2 sayang,
seandainya suatu hari nanti kalian di khabarkan dengan pernikahan hazirah,
doakan hazirah mendapat seorang suami yang soleh..
seorang suami yang boleh menerima hazirah apa adanya..
seorang suami yang boleh membahagiakan hazirah setelah penderitaan..

seorang suami yang boleh menyapu airmata hazirah ketika menangis,
boleh membuatkan hazirah tersenyum selepas duka,
yang boleh merawat hati hazirah tatkala terluka,
yang boleh menyokong dan membimbing hazirah,
dan yang boleh menyokong hazirah untuk terus berniqab dan istiqomah...

doakan hamba Allah yang hina ini....



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...