tinggalkan jejak anda di sini

How Old I am ^_^

Daisypath Happy Birthday tickers

The Age Of MY Opened Dairy

Daisypath Happy Birthday tickers

bismillahirahmanirahim..
salam dan selawat buat junjungan besar nabi muhamad s.a.w.
Allahuma solli a'la sayyida muhamad...
 check up hati masing2 sejauh mana rasa cinta kepada RASULULLAH.. ^_^

hari nie, hazirah nak berkongsi dengan pembaca-pembaca blog hazirah sebuah kisah..
tiada kaitan dengan yang hidup ataupun yang meninggal dunia..
kisah nie sekadar iktibar dan ambilla pengajaran di sebaliknya..

hazirah tahu, disebalik sebuah realiti kehidupan yang kita nampak biasa, ramai yang melalui situasi yang hampir sama.. justeru itu, hazirah cuba melakar kisah ini agar dapat dijadikan contoh dan tauladan(kalau bersesuaianla.. ^_^)..

dah banyak kali hazirah dipertemukan dengan insan2 yang cuba memperjuangkan kehidupan berlandaskan kehidupan islam yang sebenarnya mendapat tentangan daripada insan yang paling hampir iaitu ahli keluarga sendiri..

misalnya, ramai ingin berniqab namun tidak mendapat restu orang tua..
ramai ingin berhijrah ke arah yang lebih baik namun, tiada yang menyokong.. sehinggakan alot of them memilih untuk memendamkan saja niat baik itu kerana takut dipinggirkan atau di marahi secara terus oleh ahli keluarga sendiri..

betul..!
sebenarnya keluarga adalah tonggak utama kita dalam berbuat sesuatu..
jika keluarga sendiri yang menentang, kita bagaikan bersendirian..
kerana apa..?? kerana keluarga adalah insan yang paling rapat dengan kita walaupun dalam apa jua keadaan kita.. 
sahabat..?? mereka boleh datang dan pergi.. TAPI keluarga pula adalah selamanya bersama.. 

kerana itu, kadang2 kita rasa teramat down bila kata2 kejian dan hinaan itu datang daripada keluarga sendiri..
kita mengharapkan sokongan mereka untuk melakukan perbuatan baik NAMUN bila hanya herdikan dan cacian yang menjadi 'sokongan', kita boleh DOWN..

NAMUN, percaya atau tak, sebenarnya cacian dan kejian mereka boleh membentuk tekad kita yang lebih kuat.. kita akan rasa tercabar dan ingin buktikan kepada mereka betapa tenangnya menghidupkan kehidupan berasaskan landasan islam yang sebenar..
kita nak buktikan kepada mereka betapa kuatnya kita bila kita benar2 yakin dengan Allah..

YA..!
kadang2, bila kita bersuara untuk membetulkan persepsi mereka terhadap sesuatu hukum, sepatah kita cakap, berpuluh2 patah berbalas secara herdikan kepada kita..
masa tu, mungkin hati kita cukup terluka dan adakalanya kita menangis dibelakang mereka.. namun yakinlah, hati yang kuat, dia akan menerima dan mengadu pada ALLAH.. jika benar2 tulus dan ikhlas dalam sesebuah perjuangan, ALLAH akan tolong kita.. yakinlah sayang... thumbs up..!!

ketika kepahitan itu datang, sebenarnya Allah ingin menguji keimanan kita kepada NYA.. yakinlah...

let's read this story... scroll down please... ^_^

tidak mudah untuk menjadi anak yang solehah apabil berjuang berseorangan,
tidak mudah untuk menghantar ayah ke syurga apabila ayah sendiri cuba menghalang langkah si anak menghantarnya ke syurga... pahitnya sebuah perjuangan.. manisnya syurga yang menanti si penagih cinta TUHAN..



kisah seorang anak gadis yang cuba menegakkan kebenaran daripada mensyirikkan Allah..

namanya Aisyah.. seorang niqabis yang bergelar hafizah quran..
banyak yang dipelajari mengenai kehidupan dan hukum.. berusaha untuk menjadi anak yang baik bagi kedua ibubapanya..

Aisyah, gadis yang gemar diam apabila dimarahi.. dan gemar mendengar apabila ada yang bercerita.. terlalu banyak luka yang tercipta melalui pendaman  itu namun airmata yang sering berguguran menjadi penawar yang terbaik baginya.. sehinggakan pernah dia terlupa how to be happy-go-lucky..??

sekadar senyuman yang sering menghiasi bibir..
senyuman yang sering menyembunyikan jendela hati daripada terserlah secara nyata apakah gembira apakah kesedihan yang dilaluinya...

kadang2, dia tidak tahu bagaimana ingin meluahkan kesedihannya kepada orang apabila di tanya..
memendam sesuatu membuatkan dia menjadi seorang yang tidak pandai untuk bercerita apa yang ada didalam hatinya... sehingga kadang2, dada nya terasa sangat sesak dan pedih retetan memendam sesuatu perkara terlalu lama.. namun, hanya memeluk al quran saja yang mampu dia lakukan untuk merawat sakit itu.. kadang2, bibirnya melafazkan bait2 cinta dari surah maryam agar kesakitan itu beransur pergi...

pada suatu hari nie, Aisyah selesai mengikuti kursus umrah bersama-sama ibubapanya dan juga kakaknya. selesai berkursus, si ayah menyatakan ingin balik kampung untuk berjumpa datuk.. namun si ibu meminta agar mereka singgah ke mall sekejap kerana ingin membeli keperluan dapur..

selesai membeli, mereka berempat terus pulang ke kampung sebelah ayah aisyah..
sampai sahaja di kampung halaman, waktu sudah senja..  aisyah keluar dari kenderaan dengan perasaan gembira kerana kerinduan yang amat kepada ibu saudaranya dan juga datuknya..

laju saja langkah aisyah memasuki rumah.. mata aisyah melilau mencari kelibat datuk tersayang..
namun, dia menyalami terlebih dahulu semua orang yang di jumpai sebelum meneruskan kerjanya mencari datuk..

sampai di ruangan dapur, aisyah tersenyum.. ibu saudaranya tersenyum melihat aisyah.. aisyah berbalas pelukan dengan mak cik dan seterusnya terus menyapa datuk.. di cium tangan, di cium pipi kiri dan kanan dan juga di cium dahi datuknya yang sudah semakin uzur..
hati aisyah tenang melihat datuknya yang semakin sihat selepas mengalami keuzuran..

hati aisyah berbolak balik sebaik sahaja melihat kelibat seorang pemuda didalam rumah datuknya..
sekali melihat, airmuka pemuda itu membuatkan aisyah sentiasa ingin su'zhon.. cuba di pujuk hatinya agar berhusnuzhon namun tidak mampu.. pantas langkahnya dipusing kembali ke ruangan dapur untuk bersama-sama datuk dan mak saudaranya..
sempat dia bertanya ke pada salah seorang mak saudaranya

"mak cik, apa dorang buat kat atas tu..??" soal aisyah kepelikan kerana semua orang mula berkumpul di bahagian atas...

"orang nak berubat aisyah.."

"berubat..??? lelaki tu sape..??" soal Aisyah lagi..

"bomoh..." balas mak cik aisyah sekilas.. hati aisyah semakin bergelora apabila perkataan 'bomoh' di sebut..

aisyah melangkah mendekati sebuah pintu untuk mengintai-intai apa yang di lakukan.. sebaik saja melihat apa yang di lakukan.. hati aisyah berkata-kata

'aku selalu sakit.. pasnie mesti aku kena sekali.. minta jauh..!'

aisyah pantas melarikan diri ke ruang dapur.. bermain main dengan sepupunya berusia setahun..

dalam keasyikan aisyah melayan si kecil, aisyah turut dipanggil naik.. aisyah mengeluh perlahan..

'Allah.. protect me.. protect my iman..'

aisyah melangkah menghampiri ibunya.. dia berlindung di belakang ibunya..

hatinya berzikir.. aisyah memerhatikan segala tindak tanduk pemuda itu.. hatinya resah.. memberontak hebat..! dia tidak mampu untuk terus melihat lalu dikeluarkan telefon dan menghantar mesej secara rawak kepada sahabat2nya.. dia ingin fokusnya dilarikan.. 

tiba2 lengannya di cuit si kakak..

"aisyah, kamu percaya ke dengan bomoh nie..??"

"kenapa kak chik..??"

"kak chik takut syirik.."

"aisyah nak lari kak.. benda nie boleh bawak syirik.." bisik aisyah pada kakaknya.. kakaknya mengangguk perlahan dan mengabaikan aisyah..

aisyah tidak mampu berlama-lama diruangan itu.. lalu bangun dan terus berlalu.. dia sudah tidak menghiraukan mata-mata yang memandang tingkahnya.. dia turun dan melayan datuknya.. bercakap2 dan bertanya khabar..

dalam keasyikan dia berbual-bual dengan datuknya.......

"aisyah..!" panggil kakak aisyah..

"kenapa kak..??"

"ayah panggil..."

diam.. aisyah buat2 tidak mendengar.. si kakak berlalu pergi..
selepas beberapa minit. si kakak kembali..

"aisyah..! cepatla.. nanti ayah marah.."

aisyah melepaskan nafasnya yang seakan-akan berat.. dia menunduk.. apakah daya seorang anak..??
dalam keberatan, kakinya melangkah jua ke bahagian atas.. dia menghampiri ibunya..

"ibu, kenapa..??"

si ibu pantas berpaling..

"abah nak aisyah check dengan bomoh tu juga.. mana tahu aisyah sakit2 selama nie sebab ada gangguan.."

"hah..?? bu..! kan doktor dah cakap aisyah sakit apa.. us2 pun cakap aisyah sakit moden.. bersih dari sebarang gangguan.."

"tak apala aisyah.. buat je.."

"tapi bu.. nie boleh jatuh syirik..!" aisyah sedikit menekan suaranya.. nadanya sebak..

"aisyah..! jangan nak keras sangat boleh tak..??" ibu mula naik angin...

aisyah mengetap bibir..

"bu.. fahami aisyah bu..." aisyah merayu...

si ibu melihat ke dalam mata aisyah..

"kita berikhtiar aisyah.."

"tapi bukan begini caranya bu.. tolongla bu.. kita dah nak gi mekah bu.. nanti ibadat tak diterima jika kita mempercayai bomoh..."

si ibu diam.. kata2 aisyah tidak dipedulikan.. aisyah membungkam sendirian.. matanya melihat si kakak.. si kakak memandang simpati namun tidak mampu berbuat apa2..

"aisyah, datang sini..!" si ayah memanggil..

aisyah memanggungkan kepala.. dia merenung si ayah dengan pelbagai perasaan.. hatinya geram dan sakit..

'lindungi aku allah.. lindungi aku...' bisik hati aisyah berterusan...

"kejap je aisyah.. biar dia check.."

aisyah memejamkan matanya menahan sebak.. dalam malas dan terpaksa, aisyah bangun dan melangkah ke arah ayahnya.. aisyah duduk agak jauh dari bomoh berkenaan.. matanya menjeling tajam kepada bomoh berkenaan..

"dia sakit apa..??" tanya pemuda berkenaan..

"doktor cakap dia sakit kronik......." jawab si ayah.. pemuda itu menganggukkan kepalanya..

"pinjam tangan ye.."

aisyah mengetap bibir.. 

'suka2 je minta tangan...' cemus hatinya.. melihat aisyah yang tidak bergerak.. ayah saudara aisyah membawa tangan aisyah kepada bomoh berkenaan..

di capai jemari aisyah.. dan ditekan.. riak dahi aisyah tidak menandakan dia dalam kesakitan..
bomoh berkenaan cuba membuktikan aisyah ada gangguan dengan menekan sekuat hatinya kukunya ke atas kuku aisyah sehingga aisyah melarikan cepat2 tangannya.. dalam sekelip mata saja jemari aisyah kebiruan dan lebam.. aisyah rasakan jemarinya bagaikan ingin tercabut kerana tekanan itu.. kekuatan seorang lelaki ke atas jemari seorang perempuan yang bersifat lemah, macam mana tidak terhasilnya sakit itu..??

melihatkan tindak balas aisyah yang kesakitan, maka mereka yang berada di situ beranggapan aisyah mengalami gangguan.. cuma kakak aisyah dan mak saudara aisya yang di panggil auntie sahaja tidak mempercayai itu..

"kita buat lepas maghrib ye.."  si bomoh memberitahu..

"aisyah.. pergi sembahyang.. nanti pinjam track auntie.." si ayah memberi arahan..

aisyah menunduk.. sebak yang ditahan2 semakin tidak terkawal.. air jernih mula berkumpul di tubir mata.. aisyah menghampiri ibunya..

"ibu.. fahami aisyah bu.. fahami aisyah.. benda nie syirik bu.. tolongla bu..." aisyah merayu dalam sendu..

"ikhtiar aisyah..."

aisyah mengalah.. dalam keberatan dia bangun melangkah ke bilik air untuk berwuduk.. dia tahu, apabila tiada perkataan pembelaan dari ibunya maka ini bermakna ibunya tidak mampu menolongnya.. aisyah melangkah ke bilik air dalam keadaan tubir mata dipenuhi dengan air jernih..

sebaik sahaja jemarinya terkena air wuduk, sendunya mula keluar.. air jernih yang berkumpul mula tumpah.. aisyah mengigit hujung bibir agar esakannya tidak didengari hingga ke luar.. dia memasang paip air sekuat mungkin bagi melawan esakannya..

dengan lafaz basmallah, dia membasahi anggota wuduk bersama doa..

selesai memakai kembali niqab dan jilbab, aisyah menghampiri ibu saudaranya..

"auntie, aisyah pinjam bilik.." aisyah memberitahu dalam keadaan nada suaranya tenggelam timbul kerana sebak yang masih ada..

sebaik sahaja kakinya melangkah ke ruang atas, airmatanya berguguran sekali lagi. mujur sahaja purdah yang dipakai menjadi pelindung.. aisyah mengintai ruangan di mana bomoh itu berada tadi.. aisyah ternampak ibunya cuba memberitahu si ayah tentang aisyah tidak mahu meneruskan perubatan itu.. namun, ayahnya jugak berkatakan perkataan ikhtiar.. mahu atau tidak, aisyah melangkah ke bilik auntie nya tanpa melihat ke arah ke dua orang tuanya..

airmatanya berguguran tanpa henti..
ketika memaki telekung sembahyang juga, airmatanya masih galak berguguran..
solatnya jugak berteman dengan sendu dan airmata..
telekung sembahyang basah dek titisan airmata yang berterusan.. 

seusai memberi salam, auntia masuk..
aisyah pantas berpaling dan memeluk auntienya..

"kenapa nie aisyah..??" tanya auntie lembut..

"aisyah tak nak auntie.. tak nak.. nie syirik..!!1"

"sabar ye aisyah.. auntie faham.. auntie pun tak nak.. auntie cuba pujuk ayah ye.."

"tapi ayah memaksa..."

beberapa saat kemudian,

"aisyah.. dah siap ke..??" soal si ayah di depan pintu.. aisyah tidak mengangkat muka kerana dia masih dalam sendu yang teruk.. dia masih didalam pelukan auntienya..

"abang, tak payahla paksa aisyah.. dia tak nak.." pujuk auntie..

"ikhtiar je..."

"dia tak nak.. dia memang dah sakit.. tak yahla paksa.." pujuk auntie lagi.. si ayah berlalu..

"aisyah, sabar ye.. buat solat sunat.. doa banyak2.. moga Allah lindungi aisyah ye sayang.." pujuk auntie sambil memandang wajah aisyah yang lencur dengan airmata.. mata aisyah mula kelihatan bengkak.. muka aisyah memerah kerana tangisan yang panjang.. aisyah mengangguk.. dia menyapu kesan2 airmata.. 

dia memejamkan matanya sebaik sahaja auntie berlalu pergi meninggalkan dia bersendirian..
dia cuba mengumpul kekuatan.. apabila dirasakan esakannya reda, dia bangun dan mula menunaikan solat sunat..

sebaik sahaja takbir diangkat, airmatanya mula berguguran sekali lagi.. namun tidak dihiraukan sehingga solat itu berakhir.. aisyah bertafakur lama di atas tikar sejadah.. airmata yang berterusan gugur tidak di hiraukan sama sekali.. tidak di sapu.. di biarkan terus gugur sehingga telekung sembahyang jelas kebasahan.. 

matanya pedih apabila terlalu lama menangis.. 

sekali lagi aisyah mengetap bibirnya..
dia bersujud lama memohon dilindungi.. 

ketika mula mengenakan jilbab dan niqab, aisyah sengaja berlambat2.. dalam masa yang sama aisyah bermohon

'ya Allah,
seandainya kematian yang mampu menyelamatkan iman dan akidahku, 
KAU ambilla nyawaku saat ini jua...

ya Allah,
namun.. seandainya masih belum masanya untukku kembali kepadaMU,
lindungi aku ya Allah..

ya Allah,
percepatkanlah jodohku agar ada yang mampu membawa aku keluar dari kepompong situasi begini...
agar ada yang mampu menyelamatkan aku daripada terus hidup dalam keadaan begini..
agar ada yang mampu membawaku pergi dari sini...
agar iman dan akidahku utuh terjaga ya Allah....' 

selesai memakai jilbab, aisyah duduk di birai katil.. dia merenung nasib dirinya.. apakah yang bakal berlaku..
dia berlalu ke cermin.. ketika dia memandang cermin, si ayah masuk ke bilik dan menghampirinya..

"aisyah.. cepatla.."

diam.. tiada respon.. airmata yang sudah kering kembali berguguran tanpa sebarang isyarat..

"aisyah, kita berikhtiar.."

aisyah memejamkan matanya.. dia mengetap bibirnya..

'ayah, andai us yang ayah guna, aisyah pasti menurut.. TAPI bukan bomoh ayah.. bukan bomoh...'

hati aisyah berbisik..

*****

aisyah keluar dari bilik dan terus ke dapur tanpa melihat seorang pun yang berada di ruangan itu.. ibu memandang dengan pandangan tidak berpuas hati.. aisyah menunduk..

"atuk.. dah solat..?? atuk nak makan tak..?? aisyah suapkan.." sapa aisyah..

"atuk lapar.. tapi atuk nak solat isyak dulu nanti.."

hati aisyah tenang apabila berbicara dengan datuknya.. sekelip mata saja segala kegusarannya hilang apabila berbicara dengan datuknya.. tambah lagi pandangan matanya di sapa oleh gelagak si kecil yang sedang cuba menyentuh kucing...

" aisyah..! ur turn..!" bagitahu seorang mak saudara.. aisyah terdiam..

***

"auntie... macam mana nie..??" soal aisyah sebak.. auntie menepuk-nepuk lembut belakang aisyah.. tangannya menggenggam jemari aisyah.. dia membawa aisyah kembali ke biliknya..

di dalam bilik itu pelbagai yang mereka bualkan..

"aisyah tak nak auntie.."

"auntie tahu sayang.. aisyah sama macam auntie.. sabar ye aisyah.. mereka tak belajar apa yang kita belajar.. mereka tak belajar terlalu dalam tentan apa yang kita belajar.."

diam...

"aisyah sayang, dalam sesebuah keluarga, pasti ada yang boleh bimbing keluarga itu.. contohnya dalam keluarga aisyah, Allah hadirkan aisyah dalam keluarga aisyah sebagai cahaya.. aisyah perlu kuat sayang..."

"auntie, aisyah takut Auntie.. macam mana dekat akhirat kelak..??"

"ye sayang.. kita berusaha selagi mampu.. hanya kita berdua ketika ini sayang sedangkan yang lain tidak memahami kita.."

aisyah dan auntie sama2 mendiamkan diri sehingga pintu bilik auntie di ketuk si ayah.. 

aisyah mengigit bibirnya sehingga luka kerana perasaan yang di tahan.. dia takut lama2 dia akan melawan ayahnya.. dia takut menjadi anak derhaka..

"aisyah, cepat..!" arah ayah.. aisyah diam..

"aisyah, nak buat ke tidak..???" soal ayah..

"tak nak yah.." balas aisyah takut2..

ayah berlalu... aisyah memandang auntienya dengan wajah yang ceria.. lantas bersujud syukur dan berpeluk dengan auntie..

*******keesokkannya...

aisyah berada di suatu ruang dan dia terdengar bicara si ibu dengan adik beradiknya..

si ibu menceritakan kedegilan aisyah kepada adik beradiknya.. aisyah bukam.. terdiam.. dia menghayati apa yang diperkatakan mereka kepada aisyah..

hati aisyah bagaikan di siat2.. di tusuk berulang2kali mendengar herdikan tajam adik beradiknya hanya kerana dia menolak perbuatan syirik..
sindiran secara tajam.. bahkan kata2 si ibunya yang menyatakan si ayah tidak mahu ambil peduli seandainya aisyah sakit paling menyentap hati aisyah..

bahkan, si ayah langsung tidak bertanya khabar aisyah selepas kejadian malam itu.. bertanya aisyah makan atau tidak pun tidak.. melihat aisyah pun tak nak..

hati aisyah terluka.. menangis sepanjang masa.. namun, riak wajahnya sering dikawal agar tidak kelihatan.. 

dalam kita mentaati ibubapa, seandainya mereka menyuruh kepada sesuatu yang dilarang, kita perlu menjauhinya walaupun kita akan melukai hati mereka....

 
'ya Allah...
kuatkan aku...
bawalah aku pergi ke suatu tempat yang mampu menenangkan aku..
ya Allah,
andai benar itu yang dikatakan,
kuncikanlah bibirku daripada meluahkan rasa sakit yang aku alami walaupun seteruk manapun kesakitan itu...
kuatkan aku untuk meneruskan kehidupan ini ya Allah...'


***the end****

ibrahnya,
untuk menjadi seorang anak yang taat itu perlu..
namun dalam ketaatan, kita tetap tidak boleh taat terhadap sesuatu yang boleh membawa kita kepada murka Allah..

ya..!
walaupun apabila kita menolak, kita akan mengguris hati mereka..
ya..!
walaupun apabila kita menolak, kita akan di pinggirkan..
ya..!
walaupun apabila kita menolak, kita akan mendapat kejian secara berulangan hanya kerana cuba menegakkan sebuah kebenaran..
sepahit manapun sebuah perjuangan, teruskanlah dalam keikhlasan..
Allah menilai setiap titik perjuangan kita ...

tidak bahagia di dunia tidak mengapa,
pasti akan ada kebahagiaan di akhirat untuk sebuah perjuangan penuh keikhlasan...

salam sayang....



0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...