tinggalkan jejak anda di sini

How Old I am ^_^

Daisypath Happy Birthday tickers

The Age Of MY Opened Dairy

Daisypath Happy Birthday tickers

Bismillahirahmanirahim..



salam dan selawat buat junjungan besar nabi muhamad s.a.w.
semoga kecintaan kita kepada baginda s.a.w. semakin bertambah setiap hari.

2minggu yang lalu, hazirah ada mewujudkan sebuah post yang panjang.
menceritakan serba ringkas mengenai keadaan hazirah yang dahulu doktor kata sudah tidak mempunyai sebarang harapan lagi untuk sembuh retetan keadaan diri sudah pun berada pada secondary-progressive iaitu tahap yang ketika dari empat tahap yang ada.

namun,
kuasa Allah tak siapa dapat menyangkalnya waima doktor dan para ahli sains yang banyak melakukan kaji selidik.
teruskanlah usaha kalian untuk mencari ubat yang sesuai untuk mengubati penyakit kami(multiple sclerosis dan spinoerebellar ataxia).
walaupun sudah berpuluh tahun berlalu, ubat yang bersesuaian masih juga belum di temui sehingga kini. ubat yang digunakan sekarang pun mampu menyebabkan peesakitnya mengalami kerapuhan tulang belulang..

mungkin, bukan generasi kami ubat-ubatan dan rawatan yang bersesuaian akan di temui. tapi, teruskan kajian kalian wahai ahli sains agar generasi akan datang dapat mencegah diri mereka daripada mengalami apa yang kami alami.
mungkin, faktor pemakanan dan cara hidup pada masa kini akan menyebabkan pada masa akan datang, dua jenis penyakit yang pelik ini tidak lagi asing di pendengaran masyarakat. tidak lagi akan jadi seperti sekarang.

jika di sebut kanser, terus tahu itu penyakit apa..
jika di sebut diabetes, terus tahu itu penyakit apa..
jika disebut strok juga pasti sudah tahu itu penyakit..
namun,
apabila di sebut multiple sclerosis, masyarakat tertanya-tanya apakah jenis penyakit itu.
sama juga apabila di sebut tntg penyakit spinocerebellar ataxia, pasti ramai berkerut dahi memikirkan apakah jenis penyakit itu.

2minggu yang lepas, hazirah ada create short story about mylife. daripada seorang yang dianggap doktor tidak lagi punya harapan untuk bertahan lama kerana berada pada tahap secondary-progressive(tahap 3 dari 4), tapi dengan izin Allah, hazirah membaik dengan sempurna.

tidak menyangka post itu akan menarik perhatian ramai. tujuan asal sekadar perkongsian dari hati ke hati.
perkongsian dengan tujuan ingin khabarkan kepada seluruh masyarakat bagaimana pentingnya pengharapan yang tinggi pada ILAHI..
bahkan, jika diberikan ujian yang ditakdirkan sakit membawa maut, ianya tidak mustahil untuk membaik..!

resepinya cuma satu..
iaitu...

jika kita benar-benar berharap pada DIA,
nescaya DIA akan bantu kita setelah DIA menilai sejauh mana kita berusaha.
jangan bertawakul semata-mata. sebaliknya, bertawakallah sesudah kalian berusaha.. pasti akan ada hasil yang positif mengiringi usaha kalian selama ini..

Alhamdulillah...
ramai yang menghulurkan salam ukhuwah fillah kepada hazirah selepas membaca post itu.. Alhamdulillah..
dan ramai juga yang bertanyakan how i form my own fortitude..???

**tersenyum...

jawapan yang pasti lahir dari hati adalah kerana Allah...
namu tidak pula jemari ini pantas menaip hazirah kuat disebab DIA kerana setiap orang mempunyai situasi diri yang berbeza..
jika jawapan itu yang hazirah berikan, mungkin akan ada hati yang berbicara 
'saya tidak seperti hazirah'..

tidak kurang jugak, ada yang mengatakan ingin memperisterikan hazirah selepas membaca sejarah perjalanan hidup hazirah selama ini..
katanya journey of mylife is very unique..

marriage isn't temporary.. otherwise, when we choose to get married, then we will be with him/her forever.. only once in a lifetime wedding..

*mengetuk kepala sendiri..

hmm... mungkin kalian berniat baik. namun ana bukan yang terbaik..
jika kalian ingin seorang isteri yang sempurna, ia bukan ana..

jika kalian inginkan seorang ibu yang terbaik untuk anak-anak kalian, ia juga bukan ana kerana ana berdepan dengan situasi akan attack bila-bila masa saja...

jika kalian inginkan seorang suri rumah tangga yang boleh melakukan apa saja, ia juga bukan ana kerana ana tidak boleh melakukan kerja-kerja berat. kerana ana akan cepat penat, keletihan dan akan alami backpain yang teruk dalam sekelip mata saja..

ia tidak bermakna ana tidak pernah melakukan sebarang kerja rumah tangga. yes, i do..
tapi, ia tidak secepat mereka yang sihat. buat kerja sedikit, rehat. setiap kerja rumah tangga yang ana lakukan pasti berselang dengan rehat kerana bila ana terlalu memaksa diri ana untuk mempersiapkan semua kerja rumah tangga itu dalam keadaan yang cepat, ana cepat mengalami lemah pada bahagian kaki dan mengalami sesak nafas. jika suri rumah yang lain hanya mengambil masa kira2 sejam saja untuk mengemas rumah, ana mungkin mengambil masa 2 jam..

ianya agak lambat..

tidak cepat...

jika tidak mahu menyesal, usahlah cepat bertindak menghulurkan lamaran..
kelak kalian akan menyesal..
ana tidak mahu kalian diserang dengan perasaan serba salah..

dan jika kalian memasang niat untuk bernikah lebih dari seorang,
bukan ana yang sepatutnya anda cari kerana terus terang ana katakan, ana menghormati mereka yang memilih untuk berpoligami.. namun, ana tidak akan merelakan diri ana dimadukan selepas ana menerima dirinya kelak. 

yes.. i know that is the right of a husband,
but i also have the right to make choices...

islam agama yang indah..
mudah dan lagi mempermudahkan..
setiap apa yang dinyatakan dalam islam, ada rukhsahnya.. ^_^
banyakkan membaca... pasti anda akan mengetahui..

ok. that's all about it..

back to how to form a fortitude..
hazirah sering mendapat mesej dari seorang sahabat yang sangat hazirah sayangi dan cintai kerana Allah..
dia tak pernah lupakan hazirah..
saban waktu, ada saja mesej darinya bertanya khabar..
kadang2 hazirah terasa bersalah dengannya kerana kekangan waktu, hazirah tidak sempat untuk membalas mesej2nya..
namun, dia sahabat yang baik. tidak mengeluh. dan hanya bersabar menunggu balasan dari hazirah. jika hazirah tidak juga membalas, dia akan menghantar mesej pada hari yang lain..
Alhamdulillah.. i'm so apreciate when i got her as my friend..
syukron sayang..! ^_^

sudah banyak kali dia menghantar mesej kepada hazirah. alhamdulillah. mesej2 dia masih tersimpan di dalam ruangan mesej di telefon hazirah...^_^
bila hazirah baca.. Allah... cara hazirah salah nie memberi penerangan kepadanya..
situasi kita berbeza.. ya sangat berbeza..

dia sering bertanya kepada hazirah

"nur, macam mana nur boleh jadi sangat kuat..?? na nak tahu.." 

begitulah llebih kurang..
ada satu hari nie, hazirah hanya membalas

"yakinlah pada Allah.."

sangat simple..!
kejam sungguh hazirah nie.. hazirah tahu, sahabat hazirah inginkan perhatian dan sahabat yang boleh meringankan bebannya..
namun, ketika itu, hazirah ada sesuatu yang perlu di lakukan..

** tampar pipi sendiri dengan 10 jari.. U_u

hazirah rasa bersalah sangat..

sayang, 
baca kat sini ye bagaimana nur bina ketabahan nur... ^_^
cuba aplikasikan...

sebelum hazirah sakit, hazirah juga gadis yang lincah kot..(right my dear ida..??hu3)
namun, bila jatuh sakit, memang nampak perubahan..
tiba2 jadi gadis yang slow sikit.. dah tak aktif dah.. apa2 duduk kat kerusi je.. tak berjalan bebas seperti orang lain..

mengikut apa yang hazirah pernah tulis dalam dairi hazirah,
before i was paralyzed, hazirah banyak membaca tentang apa yang hazirah alami..
simpton2 yang hazirah alami, hazirah gunakan untuk mencari petunjuk..

ALLAH maha HEBAT..
hazirah sering dipertemukan berita2 tentang mereka yang mengalami masalah dengan spinal cord.
hazirah teliti apa symptons yang mereka alami..
dan apa yang terjadi kepada mereka..

till one day, 
hazirah baca tentang seorang adik nie.. if i'm not wrong, adik tu pelajar sekolah sains dekat terengganu nie juga..
terpaksa postpone pelajaran dia kerana dia mengalami kekejangan teruk yang amat2 sangat.. gerak2 sikit pun terus kejang seluruh badan..
katanya, pada peringkat awal, doktor tak boleh kesan dia sakit apa.. 
till last one, doktor cakap spinal cord dia bermasalah..
and she need wheelchair to move..
hazirah teliti apa yang adik tu cakap. DIA AKAN LUMPUH...

hazirah teliti juga apa symptons yang dia alami..
masa tu hazirah cukup terkejut, symptons dia sama dengan symptons hazirah..

masa tu memang hazirah syak sangat2 dah yang hazirah memang ada masalah dengan spinal cord..
since that, hazirah mempersiapkan diri hazirah untuk menghadapi kemungkinan  itu..

siapa sangka, jangkaan hazirah sangat tepat.. 5 month selepas hazirah dapat tahu, hazirah betul2 lumpuh..
mungkin kerana itu, airmata hazirah tidak berguguran..
airmata hanya berguguran ketika kena marah ke doktor dan tidak mampu menahan sakit pada tulang belakang yang amat2 sangat..

step by step,
hazirah lalui dengan tenang..
cuba untuk tidak mengeluh.. 
cuba untuk sentiasa tersenyum...
walaupun kadang2 hadirnya perasaan rendah diri kerana menjadi INSAN KELAINAN UPAYA,
namun, hati cepat memujuk dengan zikrullah dan janji2 ALLAH..

nah.. ni dia Ammar Zafran.. sekarang dah 8 bulan dah.. Alhamdulillah,.. sangat aktif dan sihat.. ^_^ comeykan.. salam Ammar sesangat..!

sahabat2ku sayang,
hazirah pernah down..
jujur.. memang pernah down... tapi, mujurlah ada sikecil Ammar zafran...
Ammar Zafran banyak membantu ibu saudaranya ketika itu..
yes.. ketika itu Ammar Zafran masih lagi sangat2 kecil.. lebih kurang 2 bulanlah..

masa tu, hazirah rasa tak di sayangi, sedih semua ada..(ok.. this is one of my symptons ok..hu3.. penyakit mempengaruhi emosi)...pastu tambah2 the evil tu sibuk duk menyibuk..hu3..
jadi camtulah jadinya...

namun,
Ammar Zzafran si kecil yang comel nie banyak gaklah tolong che su dia nie..
bila peluk dia, terus hilang sedih..
bila cium dia, hati terus tenang..
bila tidurkan dia, hati terus rasa damai..
jujur.. dialah penawar sebenarnya...^_^

la tahzan.. inna Allah ma'ana..

bagaimana ketabahan itu terbentuk..??
sayang, cubalah yakin dengan cakap hazirah..
once you hold it, you can form ur own fortitude..!

YAKIN DENGAN ALLAH..!

YAKIN DENGAN ALLAH..!

YAKIN DENGAN ALLAH..!

as long as awak tak yakin dengan DIA, awak takkan dapat membentuk awak punya ketabahan..!
cubalah untuk letakkan keyakinan yang tertinggi pada DIA..
pasti DIA akan bantu memberi kalian ketabahan itu..

ketabahan tidak akan datang bergolek..
sebaliknya, ianya hanya akan hadir bila kita bijak mencari dan membentuknya.. 
jika asyik menangis dan menyalahkan takdir,
anda takkan dapat harungi dugaan itu dengan tenang..!

TAPI,
jika anda lalui dengan syukur dan sabar,
hati anda akan tenang sesangat...!
MALAH..!
hati anda akan rasa bahagia yang sangat berbeza..!
YAKINLAH..!

lihatlah kepada yang bawah dari kita.
usah dilihat kepada yang lebih bernasib baik kerana nanti akan jadi tak syukur..!
jika kamu sentiasa melihat kepada bawah dari kamu.. yakni mereka yang jauh lebih teruk dari kamu menderita, pasti hatimu akan bersyukur..!
kalian akan hadapi setiap ujian yang kalian lalui dengan senyuman dan sabar..
WALAUPUN di mata masyarakat kita kelihatan sangat 'kesian'....

KESIAN hanya di mata manusia,
jika kita sabar, ganjaran PAHALA berada di SYURGA..!

usahlah bersedih ketika diuji..!
sambutlah dengan rasa syukur dan gembira..

tak semua orang diuji seperti yang kita lalui..
kita dipilih untuk di uji...
kerana DIA cuba menyatakan pada kita, yang DIA juga mencintai kita sebagaimana kita mencintai DIA..

yakinlah..!

"tidak akan sampai kepadamu ujian yang melampaui batas kemampuan mu..." (albaqarah)

"mintala pertolongan didalam doa dan solat. sesungguhnya, solat itu adalah rehat bagi mereka yang kusyuk dan amat berat bagi mereka yang tidak kusyuk.."

Salam Sayang untuk semua... ^_^

0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...