tinggalkan jejak anda di sini

How Old I am ^_^

Daisypath Happy Birthday tickers

The Age Of MY Opened Dairy

Daisypath Happy Birthday tickers

bismillahirahmanirahim..
selawat dan salam buat junjungan besar nabi muhamad s.a.w.
semoga kasih kepadanya makin bertambah mengikut gerak waktu..

1st of all, Alhamdulillah.. selamat 'mendarat' di setiu terengganu selepas about 4 days vacation at langkawi...

my biggest family.. nie x cukup sorang lagi... abang.. xdapat join our vacation.. beli hadiah ja.. ^_^


ingat akan tersangkut kat tengah2 jalan dah disebabkan banjir sebab abang yang tak join our vacation inform dekat abah yang semua jalan di tutup di sebabkan banjir teruk even jalan yang telah di tinggikan pun tetap gak naik air... hmm..

abah tak putus2 melafazkan kalimah ALHAMDULILLAH kerana selamat sampai..
he2.. ehem.. i been co-pilot for abah sepanjang perjalanan dari kuala perlis ke setiu terengganu.. sampai ter-ketar2 tau sebab aircond preve kuat sangat walaupun berada pada paras suhu yang tinggi.. eerrr...

dah pakai sweater pun tak pandan sampai duduk bertimbuh sembunyikan kaki daripada kena aircond n tangan letak bawah bantal kecik.. baru lega sikit.. 
tapi, today, hazirah tak nak menulis tentang our vacation.. i will be write about it later n not now because i have something else to write here this night..

hazirah nak tulis besar2 n nak bolt kan yang hazirah BUKAN MENOLAK..

agak terkejut juga sebenarnya.. tak sangka penulisan hazirah di dalam blog nie tentang hazirah tidak bersedia bernikah muda mendapat kencaman daripada beberapa orang syabab..
yes, i know when i write this here, they'll read it.. biarkanlah.. biarkanlah.. biarkan mereka membaca apa yang hazirah lakarkan pada kanvas ini.. moga2 penulisan kali ini boleh fahamkan mereka dengan lebih jelas bukan dengan mudah mengecam golongan akhowat yang menolak untuk bernikah di awal usia..

carilah cinta Allah terlebih dahulu.. itu sangat penting..
mereka takkan faham berapa pentingnya mencari cinta Allah berbanding pernikahan kepada ana..
usahlah mencerca atau mengecam ana andai kalian tidak mengetahui kisah yang sebenarnya..
ikutilah penulisan ini dari post awal hingga ke latest one.. dari situ kalian akan tahu mengapa..


 tak semua dengan mudah dapat bernikah di awal usia..
hazirah sangat bersetuju dengan kata2 kak fara pada status FB nya yang menyatakan dia bukan sombong tidak menceritakan kisah pernikahannya seawal usia akhir belasan tahun, tapi dia tidak mahu remaja2 menjadikan dirinya sebagai asbab dan alasan untuk bernikah muda.. misalnya, bila ibu bapa mereka tidak membenarkan mereka bernikah awal, mereka menggunakan kak fara sebagai salah satu alasan..



orang2 sering cakap hazirah ada rupa(after they look my face) dan kerana 'ada rupa' dan berpewatakan berniqab, ramai yang memasang persepsi hazirah bakal bernikah muda seperti rakan2 hazirah yang lain..

**mengeleng...

must be remember that every parents were different opinion..
tak sama..!
ya..! ada ibubapa yang jenis mudah dan membenarkan anak2 mereka bernikah awal seawal usia belasan tahun walaupun bagi kaum rijal umur yang sesuai sebenarnya adalah atas 20-an..
dan ada juga sebaliknya..
pokoknya, setiap ibubapa itu berbeza...

sama jugalah dengan syabab2 dan akhowat2 agama yang di kasihi semua.. kita semua tak sama.. ada di antara kita, sesudah tamat peperiksaan, memilih untuk bernikah sebelum sambung belajar, ada juga memilih untuk berhenti belajar selepas bernikah, ada yang memilih untuk bernikah ketika SEDANG belajar dan ADA JUGA YANG MEMILIH UNTUK BELAJAR TERLEBIh DAHULU BARU MEMIKIRKAN TENTANG NIKAH...

kita perlu belajar untuk menghormati prinsip dan pendapat orang lain..
tak hanya MEMAKSA orang untuk mengikut rentak prinsip kita semata..
setiap orang ada KEBEBASAN bersuara.. kenapa mesti di sekat atau di halang..??
itu pastinya tidak adil bagi yang lain..

seperti penulisan2 hazirah yang lalu, hazirah ada tulis 1ST THING 1ST..
once i choose for study 1st, i need to be it completely.. tidak di campur adukkan dengan hal2 lainnya including about marriage..
namun, KATA2 INI MENDAPAT TENTANGAN HEBAT daripada sesetengah syabab.. mereka bertindak melancarkan PERANG PSYCHOLOGY dengan hazirah.. !_!..
pada peringkat awal, tidak hazirah hiraukan namun, 'serangan' mereka bertali arus sehingga hazirah termenung dan berfikir 

"what's wrong with them actually..???"

apa yang salah dengan prinsip hazirah..??? atau prinsip hazirah seolah2 menentang prinsip mereka yang berniat untuk bernikah awal..?? 
jika kalian ingin bernikah awal, silakan.. tidak ada kena mengena dengan ana SIKIT pun.. ana akan doakan moga2 kalian mendapat kebahagiaan kalian..

bagi ana, SINGLE lebih baik daripada ana bernikah awal tapi BERSUAMI kan seseorang yang boleh membuatkan ana menjadi insan yang banyak melakukan dosa di muka bumi ini..
bagi ana, setakat ini ana jauh lebih tenang bila masih berada di dalam tanggungjawab wali ana..

wali ana menjaga dan mendidik ana dengan baik.. daripada hanya mampu menangis untuk meminta susu sehingga menjadi seorang habib yang membesar dengan baik..! 19 tahun wali ana mendidik, menjaga dan melindungi ana dengan baik..
wali ana adalah segala-galanya..!
wali ana dah bagi berjuta kebahagiaan sepanjang ana hidup di bumi ini..

jika ana bernikah, ianya belum tentu lagi menjaminkan suasana yang sama iaitu jika abah mendidik hazirah untuk menjadi seorang anak yang solehah, yes..! he did it... bukan nak cakap diri ini telah pun solehah.. TIDAK...! hazirah masih lagi dalam tempoh dididik untuk kearah itu... 
namun, seorang suami pula belum tentu lagi boleh mendidik hazirah untuk menjadi seorang isteri yang solehah..

boleh jadi hazirah di pilih untuk dijadikan isteri sekadar untuk melampiaskan nafsu semata, atau di jadikan sebagai tempat untuk melepaskan amarah, atau sekadar teman untuk mengubati kesepian hidup bersendirian..

banyak risiko.. bukan bersu'zhon tapi perlu look forward.. apa yang bakal berlaku andai feedback in future life positive, apa pula yang bakal berlaku andai sebaliknya..??
 

adakah penyakit yang hazirah hadapi sebagai penghalang..??

** mengeleng..

tidak.. tidak.. dan tidak.. tapi...

yes..! for earlier, hazirah fikir pasal sakit hazirah.. mempunyai penyakit yang pelik n jarang di dengari seperti ini kadang2 orang takut untuk mempunyai isteri 'jenis' macam nie waima seelok mana pun agamanya..
orang2 takut untuk mengambil risiko itu.. pernah hazirah di pancing doktor dan fisioterapi hazirah untuk berborak2 tentang itu..

di sebalik secebis kain kecil itu, hazirah hanya mampu tersenyum dan menjawab

" yus tidak sesempurna mereka.. yus ada sakit yang pelik.. susah nak jumpa orang yang boleh terima keadaan yus apa adanya.. kadang2 luaran lebih penting daripada dalaman.. biarkanlah.. belajarlah dahulu.. harapan ma abah sangat penting untuk ditunaikan.."


jawapan kakak fisioterapi..

wajahnya berubah ketika mendengar jawapan hazirah.. sambil tersenyum..

"yus, kuat semangat ye.. kak yakin, walaupun sekarang nie susah nak jumpa orang yang boleh terima keadaan yus, tapi ingatlah, pasti ada seorang dalam ramai2 yang boleh terima keadaan yus.."

my doctor said..

"sayang, tak ramai yang kuat semangat macam yus.. teruskan kehidupan.. kak yakin, one day ada yang boleh terima keadaan diri yus.. entah2 doktor lelaki yang selalu treat yus tu dia pun single lagi tu(adei.. sempat lagi kenakan orang).. yus muda lagi.. kuat semangat ya.. yus pesakit yang tak mudah mengalah.. pasti ada balasan yang setimpal dengan kesabaran yus selama nie.."

**tersenyum.. 

bila mesej pun, kata2 ini sering diulangi kak doktor nie..he3.. thanks akak2 sayang..

tahniah kepada mereka yang dah berkahwen.. semoga berbahagia
dan selamat bercinta sampai ke syurga.. <3

readers yang dikasihi,
penyakit hazirah bukanlah penyebab utama hazirah menolak untuk bernikah muda, tapi walau apapun my disease still a part of reason.. ^_^
he3.. sebabnya, bila hazirah attack, hazirah sangat perlukan perhatian.. masa tu hati mudah sangat nak terasa.. mudah sangat tertekan.. mudah sangat nak menangis..

andai kurang perhatian, itu makin memberi tekanan yang berat pada hazirah sehingga satu tahap hazirah boleh jadi takut pada orang2 dan bunyi2 yang kuat(ever happened)..

andainya hazirah bernikah muda, bersuamikan pula seorang pelajar sama macam hazirah, pasti bebanan untuknya kelak..
kurang waktu untuk belajar sebab nak bagi perhatian kepada hazirah dan perlu kerja kuat untuk memastikan 'kami' tak hadapi masalah ekonomi nak2 di saat hazirah mengalami 'gangguan' kesihatan seperti tiba2 lumpuh seperti tempoh hari... 

tentang lumpuh, yes.. pengidap MS bila di serang lumpuh, boleh kembali berjalan andai kuat semangat dan sentiasa berusaha untuk berjalan..
tapi, catatan diari hazirah ada menyatakan, sekali hazirah mengalami lumpuh, selepas 6 bulan baru boleh kembali berjalan seperti biasa..
bolehkah situasi seperti itu di terima..??

** tersenyum.. ada dua situasi bermain di minda..

hmm.. susah.. susah..!
mudah bagi orang untuk cakap 

"insyaAllah. saya boleh terima"

walhalnya, hati ragu2.. takut.. keliru.. semua ada..
pada zaman ini, keadaan semakin sukar untuk menemui mujahid yang mampu bersabar dengan situasi hazirah dan bersabar melayan hazirah andai hazirah tiba2 mendapat paraplegia sesudah hazirah bergelar seorang isteri kelak..

ramai ja syabab yang cakap hazirah seorang akhowat yang sememangnya di cari oleh kebanyakan syabab2 agama di luar sana.. seorang akhowat seperti hazirah dengan mudah dapat membuatkan syabab agama  jatuh cinta dengan hazirah.. walaupun hanya dengan satu STATUS di FB ataupun twitter..!

**tersenyum sambil main2 dagu.. plus mengeleng...

alahai.. bolehla kalau nak jatuh cinta andai tak tahu keadaan hazirah yang sebenarnya.. andai depa tahu keadaan hazirah yang sebenarnya tidak menentu ini. TAK ADANYA NAK JATUH CINTA..

sebelum tahu tentang keadaan sebenar hazirah, bolehla cakap baik buruk hazirah di terima apa adanya.. namun bila dah tahu tentang penyakit hazirah dan kesan jangka panjang bakal mereka hadapi andai hazirah tetap dipilih untuk dijadikan seorang zaujah, hati dah mula tergugat dan berpecah2..

orang mungkin kesian dengan hazirah.. dengan keadaan hazirah.. tapi jujur hazirah nyatakan.. hazirah meragui kemampuan syabab2 untuk menerima keadaan hazirah apa adanya.. kerana itu, even syabab yang menggunakan orang tengah sekalipun, tidak hazirah hiraukan.. biarkanlah.. ada yang lebih terbaik menanti mereka..

i'm not the best one for them..

i'm only the ordinary habib..

kerana itu juga, bila ada akhowat2 cuba usya2 hazirah dengan bertanya andai hazirah sudi bernikah muda, dengan pantas hazirah menjawab

"pelajaran perlu di dahulukan.. memang nikah muda elok, tapi tidak mempunyai kemampuan seperti yang lain.. carilah yang lain.."

syukurlah.. difahami..
walau apapun, syukron kerana cuba menjodohkan hazirah dengan syabab2 yang baik... im appreciate with that..

**hati berkecamuk...
membisik bisik sesuatu untuk dilakarkan lagi..
pernah juga ada yang menghentam hazirah bila post2 yang lalu atau status2 hazirah Fb yang lepas2, ada hazirah nyatakan, carilah cinta Allah terlebih dahulu sebelum hati ini cuba di tawan..

kata2 hazirah ini di hentam hebat..
katanya, pernikahan di awal usia bukanlah penghalang untuk terus mencari cinta Allah... kalau nikah pun masih boleh nak terus mencari cinta Allah..

** tepuk dahi sendiri.. 
**senyum..

dalam keadaan hati yang cukup terguris, diri ini tetap juga cuba memujuk hati untuk biarkan bibir melakar senyuman.. walaupun senyuman itu maksudnya bermacam2..

kalian tak tahu betapa pentingnya mencari cinta Allah kepada hazirah..
bila kalian cakap macam tu, terus minda hazirah ter'set'.. dia nie kenapa..?? apakah pernikahan lebih penting darpada Allah..??

yes..! pernikahan bukan penghalang untuk terus mencari cinta Allah.. dan boleh jadi bila nikah, ianya boleh membantu untuk terus mencari cinta Allah..
tapi, tahukah anda bahawa melalui kesungguhan anda mencari cinta Allah lah cara ana menilai seorang syabab itu bagaimana...

tahukah anda, hanya Allah sahaja yang dapat melembutkan hati ana untuk menerima anda sebagai zauj ana kelak..
andai cinta Allah tidak anda rebut, bagaimana hati ini mampu dilembutkan..?
itu tidak mungkin..!

walaupun ayat anda berbunga2.. berjiwang2(uwekk..)..
itu langsung tak bagi apa2 kesan pada ana.. kadang2 naik menyampah pun ada..


bila anda berkatakan sedemikian, anda betul2 menyentap hati kecil ana..
anda tak tahu betapa pentingnya cinta DIA kepada ana..
tanpa bantuan dariNYA, ana takkan sekuat ini untuk meneruskan kehidupan yang mendatang..

tanpa pinjaman kekuatan dariNYA, pasti dari awal lagi ana sudah berputus asa untuk hidup apabila doktor menyatakan suatu hari nanti ana hanya mampu terbaring sahaja dan tidak lagi mampu untuk bangun..
tanpa bicaraNYA melalui ayat2 cintaNYa, dari mana ana perolehi ketabahan..??
daripada ana perolehi keyakinan bahawa andai ana sabar janjiNYA sangat pasti..??

dari mana..?? dari mana...??? dari mana...???

jawablah...!

tanyalah iman syabab2 agama.. berfikirlah dengan iman sebelum berkata2..
bukan terus menghaburkan kata2 secara membabi buta..
itu bukan sifat seorang muslim..

manusia, sememangnya mudah alpa bila DIA kurniakan kesenangan dan kebahagiaan yang tiada kalah bandingnya..

andai mereka bermuhasabah, mereka pasti sedar bahawa itu semua adalah ujian dari Allah..!

sebab lain..??

my parent.. 
ma abah insan yang mulia.. yang banyak berjasa kepada hazirah.. mereka yang menjadi asbab hazirah lahir di dunia ini.. 
kalian tidak tahu sejauh mana pengorbanan ma abah sepanjang hidup hazirah terutamanya sepanjang hazirah sakit..

semuanya tercatat kemas di dalam diari hazirah..!
ma abah sanggup bersabar.. berjaga malam sepanjang hazirah sakit.. ma abah sampai turut sakit apabila terlalu risaukan keadaan hazirah yang tidak menantu.. ma sampai sakit2 badan sebab terlalu banyak berjaga sepanjang hazirah keluar masuk hospital..

sungguh..! sungguh..!
mama tak cukup rehat bila hazirah sakit..
mama tidur dalam keadaan yang tak selesa.. tapi, mama tahan ja sebab nak teman hazirah takut hazirah terjadi apa2 ketika tidur..

ma abah menangis bila hazirah memerlukan alat bantuan pernafasan.. 3 alat pernafasan yang berlainan di berikan kepada hazirah untuk melancarkan saluran pernafasan hazirah..

penyakit abah tiba2 menyerang kerana terlalu memikirkan hazirah..
abah sampai terlalu banyak apply cuti daripada berkerja kerana ketika situasi hazirah kronik,everyweek hazirah berulang alik ke hospital...
abah pernah memohon agar penyakit hazirah berpindah padanya kerana tidak lagi sanggup melihat penderitaan hazirah yang kadang2 sehingga menangis teresak2 kerana tidak lagi mampu menahan kesakitan pada tulang belakang..

kalian tak pernah tahu sejauh mana pengorbanan mereka..
bila hazirah discharge ward, abah sanggup bawa hazirah merata tempat untuk berubat.. abah dan mama bergilir2 untuk mengurut kaki hazirah kerana ketika itu kaki hazirah sudah hilang rasa..

abah dan mama sedaya upaya cuba untuk bagi hazirah dapat rasa balik kaki hazirah.. 
mereka cuba sedaya upaya untuk bagi hazirah berjalan balik..
sampaikan mama sanggup cakap sesuatu yang menyakitkan hati hazirah semata2 untuk membakar semangat hazirah agar hazirah tercabar dengan kata2 mama dan terus mencuba untuk berjalan..

andai salah seorang di antara kalian berjaya menjadi suami hazirah, mampukah kalian bertindak seperti ma abah..?? mampukah kalian..?? mampukah...???

hazirah ingin berbakti kepada ma abah.. andai hazirah bernikah muda, hazirah akan sepenuhnya menjadi hakmilik suami hazirah.. family suami akan menjadi family yang lebih utama daripada family hazirah sendiri..

sebelum 'matlamat' itu berlaku, biarkanlah hazirah tenang berkeadaan begini..
mencuba untuk berbakti kepada kedua ibu ayah..
membalas jasa mereka..
menjaga mereke..
menanggung kehidupan mereka pada masa akan datang dan banyak lagi..

seandainya hazirah berkahwin, suami perlu di dahulukan.. kesian ma dan abah.. susah payah mereka membesarkan dan menjaga hazirah.. tapi, hazirah tak mampu untuk menjaga mereka pula..

bukan hazirah tidak ingin berkahwin terus..
yes.. i will get marriage soon.. tapi tidak di akhir belasan ini ataupun awal dua puluhan.. mungkin di pertengahan usia 20-an ataupun selepas usia 25 tahun..

lambat..??
mungkin.. tapi insyaAllah.. dalam tempoh itu hazirah akan berusaha untuk reply balik jasa ma abah..
biarkanlah.. di saat rakan2 yang lain sibuk cakap pasal kahwin, sibuk nak kahwin, sibuk siapkan barang2 kahwin tapi hazirah masih sendiri, it's not the biggest matter..

small matter.. ~_^

kan janji Allah pasti...

nak pertikaikan apa lagi..???

usah di samakan semua orang.. setiap orang berbeza keadaan dan situasi..
ada yang ingin cepat berkahwin dan ada pula sebaliknya..

yang ingin cepat berkahwin pasti ada sebabnya,
begitu juga dengan sebaliknya, pasti ada sebabnya..

belajar untuk berhusnuzhon dengan semua orang..
belajarlah untuk menghormati prinsip dan pendapat orang..

salam sayang.....





0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...