tinggalkan jejak anda di sini

How Old I am ^_^

Daisypath Happy Birthday tickers

The Age Of MY Opened Dairy

Daisypath Happy Birthday tickers

bismillahirahmanirahim...

insyaAllah.. mudah2an kali ini, utuh pendirian hazirah untuk berehat buat seketika daripada dunia penulisan ini..

insyaAllah... andai hati hazirah kuat, ini post terakhir hazirah dan hazirah hanya akan silau2 jewp..
hazirah nak fokus lebih kepada belajar pula.. insyaAllah.. andai umur panjang, nanti akhir december hazirah menulis lagi.. insyaAllah...he3(cam akan buat jewp.. insyaAllah.. kali ni betul2 buat..hu3..)

kalau hazirah dah tak menulis, mesti kalian rindu dengan hazirah kan..???(perasaan disayangi jewp..hu3..)

sape yang friends dengan hazirah dekat FB..??? angkat tangan cepat..hu3..
sesiapa yang friends, pasti bertanya kenapa hazirah keluarkan satu status yang bagaikan tujukan kata2 itu kepada seseorang.. actually, betullah... jujur nie tau.. hazirah memang ada 'penuju' p tak pula sampai hazirah nak mention.. haish.. takkan hazirah nak mengaibkan orang.. kalau hazirah mengaibkan orang, nanti, orang pula mengaibkan hazirah.. wanauzubillah.. hazirah tak nak..




thus, i did the status for federal reading.. ^_^
agar semua ambil ikhtibar, dan memuhasabah balik.. pasti ramai yang tertanya-tanya 

"kenapa dengan hazirah nie.. tetiba jew.."

kan3..??? haa.. jangan tipu2.. betulkan kalian tertanya-tanya..??huhuhuhu

status tu tak bertahan lama.. terlalu banyak respon dan ada yang hazirah lihat bagaikan akan mencetuskan pendebatan sahabiah hazirah mula back up hazirah kerana komen dari seorang muslimin.. hazirah tersalah buat public pada status tu, jadi menarik perhatian jewplah..

mungkin pada pandangan muslimin itu hazirah tidak angkur dengan ujian yang hazirah terima.. totally wrong...! hazirah bukan tak angkur.. bahkan hazirah lebih bahagia bila di ulik dengan keadaan sebegini kerna, situasi begini buatkan hazirah makin dekat dengan-Nya..

bagaikan berada di dalam setiap ulikkan cinta-Nya.. 
orang selalu cakap, setiap ujian yang kita tempuhi dengan sabar, darjat kita di sisi-Nya sentiasa di angkat.. Alhamdulillah...
doakan mudah2an hati hazirah terus bersyukur dan tak pernah mengeluh... ^_^

sebelum hazirah meneruskan, hazirah nak sampaikan pesanan dari kak angkat hazirah kak sya.. she's doctor-will-be.. she said that pengidap sakit buah pinggang boleh mengandung.. ada sebelah buah pinggang pun, xde masalah untuk mengandung(this special for u kak diana)..

ok.. kembali kepada topik hazirah..
kenapa hazirah keluarkan status tu..???(haa.. kepada yang tak terperasan dengan status tu, jangan view page hazirah sebab hazirah dah delete dah..he3...)
sebenarnya, hazirah sentiasa berada dalam kekeliruan.. setiap maklumat yang sampai kepada hazirah, hazirah sukar untuk percaya dan menerima kerna hazirah akan berfikir dulu either fakta tu benar ke sebaliknya..
keadaan hazirah yang zero about the past buat hazirah makin sukar untuk mencari prove..
jadi, cara yang terbaik hazirah jumpa adalah bertanya dan bertanya..

hazirah memilih orang yang hazirah percaya bila hazirah nak bertanya..
lately, hazirah sering mendengar sesuatu yang agak sumbang.. pada awalnya, hazirah hanya mengabaikan sebab hazirah fikir, cam tak penting jewp nak fikir benda2 tu..hu3

tapi, bila dah hari2, hazirah rasa berserabut.. manusia mana tak tergugat bila hari2 di 'cucuk' kan..???
hazirah nekad, daripada terus percaya it's better kalau hazirah cari prove dulu...
hazirah bertanya pada seorang kawan hazirah..
hazirah terkedu, mungkin baginya ianya perkara remeh dan temeh.. tapi bagi hazirah tak.. sebab ia akan membentuk persepsi hazirah kepada seseorang itu bagaimana..
jawapannya yang sambil lewa buat hati hazirah rasa cukup terhiris.. bukan itu jewp, dia katakan hazirah punya perasaan, even im; lost memory, it's not meant hazirah tak leh rasa..

sahabat,
memang saya boleh rasa tapi lost of memory buat saya menjadi keliru..
mudah orang bercakap bila mereka tak berada di tempat hazirah..
terhapus memory lalu buat hazirah bertatih untuk mengenal orang, bertatih untuk cuba menyesuaikan diri..

kalau dilihat dari penulisan hazirah, i'm looked normal kan..?? sampai ramai yang pertikai 

'betul ke hazirah nie lost memory..?? betul ke hazirah nie sakit..??"

ntahlah.. sukar untuk mengungkapkan..
adakah manusia itu sangat suka su'zhon dengan orang lain..???

baik.. hazirah ceritakan apa yang hazirah catat dalam diary hazirah apa yang hazirah alami dari mula sehingga ke detik ini..

beginning--->

discharge dari ward, berehat kat rumah.. hazirah tak rasa apa2 kekurangan sama sekali sebab semua ahli keluarga di rumah hazirah kenali dengan baik.. bermain dengan baby ammar yang tombam dan comel memberi penawar dalaman kepada hazirah..

tiba hari pertama hazirah ke sekolah setelah lama hazirah bercuti, melihat kawasan sekolah hazirah rasa strange.. like tak pernah pergi.. hazirah tengok abah, tapi abah selamba saja.. dari situ hazirah cuba yakinkan diri hazirah "mungkin ni sekolah aku"...

hazirah mendiamkan diri seribu bahasa.. langsung tak bagitahu abah apa2 tentang hazirah rasa tak pernah pergi ke sekolah tu... hazirah salam macam biasa, cium pipi abah dan turun.. hazirah melangkah penuh ketakutan.. tak tahu kemana arah tuju.. tak tahu di mana keberadaan kelas hazirah yang sebenar.. langkah perlahan hazirah di sambut sapaan seorang muallim.. muallim tak tahu hazirah lost memory.. menegur seperti biasa, namun hazirah hanya membalas dengan kalimah "Alhamdulillah" dan terus diam seribu bahasa..

muallim itu mungkin perasan dan mungkin juga tak perasan.. tapi muallim tu sempat minta hazirah berehat di bawah sementara sahabiah2 yang lain selesai aktiviti perhimpunan pagi... hazirah hanya menurut..
hazirah semakin kebimbangan dan ketakutan sebab hazirah tak tahu siapa sahabiah2 hazirah kat sekolah tu..

bila melangkah ke kelas, memerhatikan wajah sahabiah2 satu persatu adalah perkara pertama yang hazirah lakukan.. hazirah cuba paksa mind hazirah untuk ingat.. Alhamdulillah.. tak semua hazirah lupa.. orang pertama yang hazirah cam adalah 'wani'..

hazirah lebih banyak diam daripada bercakap.. tidak tahu harus menegur siapa.. tak tahu harus bertanya siapa..
melepasi waktu rehat, hazirah ingin ke tandas dan hazirah pelik bila hazirah cakap nak ke tandas, semua duk kalut nak ikut.. kata che ain, hazirah attacked masa hazirah keluar dari tandas dan dah tak nak perkara yang sama berulang lagi..

awek2 cun kelas hazirah.. he3..yang setia memapah hazirah dari hari ke hari.. especially che yah(tudung pink)


namun, bila hazirah bersama wani saja baru hazirah bagitahu wani yang hazirah tak kenal siapa2.. hazirah tak tahu yang mana satu guru...
wani terkejut.. satu persatu nama di utarakan kepada hazirah.. bila hazirang mengeleng dan terus mengeleng, wani nak menangis dan terkejut...
mungkin keadaan hazirah di khabarkan kepada sahabat2 yang lain..

semua berpandangan pelik kepada hazirah.. hazirah lagila ketakutan..
hari kedua dan ketiga, baru hazirah dapat mengingati beberapa orang lagi.. they are ja,c.yah,dan c.ain...
selebih dari tu langsung hazirah tak ingat.. yang hazirah ingat sekarang adalah yang hazirah hafaz balik nama diorang..

hazirah semakin ketakutan bila classmate hazirah yang lelaki pula mula menegur.. tanya hazirah kenal tak, kenal tak.. dengan berwajah selamba..
bila hazirah di masukkan ke ward lagi sekali, ingatan hazirah menjadi semakin teruk.. ada yang hazirah kenal, dah tak kenal dah bila hazirah kembali semula ke sekolah..

keadaan lepas tu makin teruk.. hazirah makin takut dengan orang2 sekeliling hazirah...
hazirah cuba yakinkan diri hazirah yang mereka kawan hazirah tapi ketakutan itu sangat ketara sampai satu saat, tangan hazirah ketar tapi hazirah cuba kontrol..

hazirah mengambil masa yang agak lama untuk cuba menyesuaikan diri dengan situasi 'baru'..
berminggu juga hazirah cuba berbicara dengan diri sendiri dan cuba yakinkan yang dorang semua sahabiah2 hazirah.. dorang baik..

menghafaz nama2 mereka.. ada yang hazirah dah mula boleh sebut dan ada yang hazirah masih dalam proses menghafaz..Alhamdulillah...

hari ini, hazirah dah boleh bergurau2 dengan dorang even hazirah tak ingat the past...
tapi, ada yang menunjukkan reaksi like mempersoalkan betulkah hazirah lost memory..
up to u.. hazirah tak mampu nak ubah persepsi orang..
hazirah mencuba untuk tak terlalu menonjol mengalami amnesia...
walaupun situasi 'takutkan orang' itu masih ada, sekarang dah terkawal...

sahabiah2 hazirah sering cakap dekat hazirah

"yus, yus seorang yang mesra..."

kalimat itu buat hazirah berusaha untuk jadi semesra boleh.. (for girls only)..
bila hazirah kelihatan ceria dan mesra, orang pula cakap hazirah pura2.. persetankan apa orang nak cakap..
pandangan Allah lebih utama..
semua kepastian datang dari-Nya..

ada yang cuba menguji hazirah, seriously, ilmu agama masih terpahat kukuh dalam minda hazirah, namun about the memory past, hazirah memang tak ingat langsung... 
jangan paksa hazirah..
tertekan sangat bila ada yang terlalu memaksa..

dan hazirah mohon,jangan sampaikan fakta2 palsu kepada hazirah.. jangan cuba buat hazirah menanam -ve perseption kepada orang...
hazirah mohon...^_^

ohyea, lagi satu kepada adik2..
nak cakap, kak hazirah tak berminat nak ada adik angkat lelaki... sebab lam islam tak de adik(lelaki) n kak angkat... 
kalau nak kongsi apa2, insyaAllah.. akak cuba... maybe i can be ur caunselor.. ^_^(tak bertauliah..he3)

ada sesuatu yang bermain2 di minda hazirah tapi hazirah tak tahu apa..
biarkanlah... satu saat nanti, pasti akan terjawab even hazirah tak ingat apa2..

terima kasih kepada yang sentiasa mendoakan kesembuhan hazirah..
insyaAllah.. minda yang sentiasa positif akan membawa kepada kesembuhan...
sebab itulah, hazirah dah nak boleh jalan dah.. sebab hazirah selalu fikir semua nie sekejap jewp...
tak lama.. Allah nak jentik sikit jewp..

mungkin, yang biasa sihat tetiba sakit, rasa tak boleh menerima situasi itu..
tak mengapa, hazirah faham sebab mungkin ianya kejutan kan..???
tak pew2.. cuba untuk approve slow2.. sentiasa untuk ingatkan diri yang semua tu Allah nak tengok kita jewp...
Allah jentik sekejap jewp.. bila DIA tengok kita dah betul2 sabar.. di duga apa2 dugaan pun tak pernah mengeluh, semua itu akan DIA 'panggil' kembali ke pangkuannya.. dan semua itu pasti akan bergantikan dengan suasana yang cukup bahagia..^_^

senyum ok dengan setiap dugaanNya.. ^_^
innallah ma ana.. ^_^
innallah ma as sobirin...

salam sayang buat semua..
doakan hazirah mampu berjaya dalam peperiksaan penting nanti ya.. ^_^
hazirah yakin, daripada persoalan hazirah belajar kat mana, dengan post kali ini, kalian dah boleh mengagak kan..??? ^^,


0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...