tinggalkan jejak anda di sini

How Old I am ^_^

Daisypath Happy Birthday tickers

The Age Of MY Opened Dairy

Daisypath Happy Birthday tickers
assalamualaikum w.b.t.
selawat dan salam buat junjungan besar nabi muhamad s.a.w.

sekian lama blog ini tidak terisi dengan apa-apa luahan kata..
pasti ada yang tertanya tanya dengan keadaan diriku saat ini kan..???
jika yang mengikuti perkembangan ku di fb dan jugak insta, pastinya korang akan tahu keadaan semasa ku walaupun tidak begitu banyak..

kali ini, aku tidak begitu banyak berkongsi dekat insta dan fb sebenarnya... sejauh manakah keadaan diriku...
sekadar kiasan kata yang mungkin ada yang boleh tafsirkan dan jugak mungkin ada yang tak mampu untuk mentafsirkan...

sejujurnya,
aku cukup lemah kala ini...
goyah segoyahnya...
ada kalanya aku terhimpir dengan satu perasaan untuk mengalah dari perjuangan ini..
kerana kepenatan dan tidak mampu untuk terus menanggung...

namun, 
disaat aku hampir jatuh, ada satu tangan yang dihulurkan padaku...
memberi kata-kata semangat...
antara kata-katanya yang buat aku terdiam dan terkesima adalah

"akak just nak yus brace urself...
you ve been fighting MS veryy well... mucch better than other people!!!!
excellent in coping with it..
if akk di tempat yus, im sure not strong like you!!!.. never been like you...!!!
u ve been fighting very well... just fight for another trial...
Allah tu maha penyayang.. jangan sesekali bersangka buruk dengan aturan Allah...........""""

dia adalah si kakak yang sering aku rujuk seandainya aku rasakan symptons aku semakin aktif..
yeah.. doktor.. yang selalu melayan karenah aku... kegilaan aku.. manja aku.. dan macam macam lagi...

aku lemah kali nie.. sungguh aku lemah!!!
aku tak tahu kenapa aku lemah.. mungkin kerana aku jauh sangat dari DIA...
terlalu jauh jurang yang tercipta mungkin...

semester yang lalu aku gembira bila Allah izinkan aku untuk berjalan kembali...
jadi sihat sangat.. mengalahkan orang yang sihat!!!
i did everything yang aku tak boleh nak buat sebelum nie...
aku pulun habis2 walaupun aku tahu aku ada limit...

namun, semester ini kelihatan berbeza...
badan aku kembali lemah...
aku kembali mudah penat...
aku kembali hard to sleep n hard to wake up...
weight aku turun balik sekarang nie... around 4-5kg about a month!
pain every single second... migraine everyday!... kick out semua makanan yang aku makan tiap2 minggu mesti ada...

seems like am really tired with these!...

about these two month, immun badan aku semakin memberontak...
aku demam on off dan batuk yang berpanjangan...
ubat demam dah berpapan papan... ubat batuk dah 3 botol.. but no cure!...

sehinggalah satu hari aku dah tak tahan, aku serah diri ke KK terdekat.. and u know what?? i was suspected with tuberculosis@we call it as TB...
masa tu doktor dah cakap siap " u ve MS.. u ve high percentage to get that bad virus with ur current condition"...
aku ok je masa tu.. sebab aku dah biasa dah suspect benda teruk2 nie.. so far, ada yang betul2 positive dan ada yang negative.. Alhamdulillah...

aku buat semua test yang di suruh... guess what??? first test, i was positive with tuberculosis... tapi still kena tunggu dua lagi test... sebab first test tu boleh jadi ralat...

chest x-ray(cxr)- positive...has lung infection...
cuma untuk kahak-disimpulkan sebagai negative... 

so far, am happy with that result! cause just like am free from that bad virus!!.. 
cuma doktor cakap aku still kena pakai mask.. sebab lung aku condition tak ok.. kalau pakai purdah,, nanti aku batuk atau apa, kuman boleh masuk balik... so, aku ikut nasihat doktor,.. berkotak mask kena beli.. sebab everyday kena tukar2... 
lepas dapat result, aku happy walaupun lung x ok.. at least aku dah boleh get along dengan orang.. sebab xdelah aku spread virus dekat orang..

di sangkakan panas sampai ke petang, rupa2nya hujan di tengah ari...
aku dah rasa aku semakin sukar nak bernafas.. kerap semput.. berjalan sikit semput macam apa..
aku jumpa balik doktor sebab bengkak dekat lengan aku.. but know what..???

doktor ternampak mantoux test aku.. berkerut2 dahi dia.. on the spot dia minta aku pusing sebab nak check paru2 aku.. aku pun ikut jela..
then, doktor tanya, result xray cane??
aku dengan lurusnya jawab jela, " from the cxr ada putih2.. ada infection.. tapi bukan tibi doktor incharge cakap.."

"doktor yang incharge haritu biasa tengok kamu tak..???"

yeah.. doktor tu first time jumpa aku.. tak tahu kes aku dengan lebih lanjut berbanding sorang doktor nie yang memang dari aku first year degree lagi dah pernah attend kes aku...

bila aku jawab cegitu, doktor tu terus jawab
"saya cadang awak pergi buat saringan lagi sekali.. boleh jadi result awak false negative!.. tapi tolong pergi tempat lain.. jangan pergi tempat yang awak dah ambik test nie.. sebab nanti dorang akan buat sambil lewa disebabkan result terdahulu dorang cakap awak negative.."

kau tahu respon aku masa tu..???
aku rasa nak berjurai airmata... dah nak final!!!!!!!!!!!!!!!
dah tahun akhir!!!!!!!!!!!!!!!
aku lemah.. jujur aku lemah.. aku pura2 je dengan kawan2 aku.. aku senyum.. macam xde pape.. hakikatnya, aku macam susah sangat nak terima... aku tak tahu kenapa kali nie sukar.. bukan kerana aku tak redho... 
aku tahu, Allah bagi aku sume nie sebab aku mampu untuk melalui.. namun aku seakan xkuat,.. sejujurnya tak kuat!!!!
 namun, aku usaha jugak untuk kuatkan diri aku... tabahkan diri untuk lalui semua nie.. xnak mak ayah yang jauh di pantai timur risau...
masa aku maklum aku positive test pertama, mereka dah cukup risau... bila all result keluar, aku cakap aku bebas tuberculosis, mak ayah aku syukur sangat.. lega.. walaupun masa tu aku cakap lung ada infection sikit..

aku mengambil masa yang agak lama untuk maklumkan kepada mak aku yang aku perlu jalani saringan kedua disebabkan doktor syak result false negative...

dan, korang tahu..???
dan2 je seminggu lepas tu aku masuk ward... sebab aku fainted sesorang memalam pulak tu.. mujur ada junior2 yang balik kelas nampak aku... angkat aku.. bawak pergi hospital...
sebab apa..?? sebab aku tiba2 flare!.. Keadaan aku tetiba nak teruk.. aku susah sangat nak bernafas haritu... aku rasa jantung aku nak terkeluar sebab aku x cukup oksigen... dan aku fainted terlalu lalu lama.. sampai doktor xtahu nak buat camne.. sebab buat cpr pun xjalan.. aku macam dah xnak bangun... hahahaha.... lemahnya aku masa tu.... lemah sangat...

kisah aku fainted tu diketahui oleh pensyarah2.. dan nama aku naik dalam perbincangan di kalangan pensyarah jabatan aku... dorang mencadangkan aku untuk extend.. dorang mencadangkan aku untuk dapatkan saringan kedua secepat yang mungkin.. 

aku discharge, aku elok je pergi kelas dengan muka xbersalah... pensyarah aku izinkan balik awal sebab dia nak lanjutkan kelas pun, aku buat keras je nak join jugak kelas tu.. sebab apa?? sebab aku tahu aku dah nak final sesangat nie!!

kalau orang lain rasa bestnya pensyarah bagi balik awal, bagi cuti... itu korang.. aku xnak.. aku xnak tertinggal apa2.. aku xnak terlepas apa2 peluang yang ada.. sebab aku tak tahu bila peluang nie akan terus ada dan bila ia akan berhenti...
habis kelas, aku kena tarbiah kaw2 dengan pensyarah aku...

aku tahu kerisauan mereka.. aku tahu andainya benar aku positive, dorang xnak aku terlambat menerima rawatan yang sepatutnya.. dorang xnak kes kematian disebabkan tuberculosis di dalam kalangan pelajar kolej aku bertambah lagi sorang kerana kelewatan menerima rawatan...

aku tahu semua tu... namun, aku hanya minta tempoh 3minggu je untuk tamatkan final aku yang akan berlangsung xlama dah lagi... aku tahu, risiko terlalu tinggi..

bila fikir benda nie, fikir belajar, fikir mak ayah, fikir kena extend n macam2, aku tak tahu aku nak jadi apa.. kadang2 aku rasa nak down sangat2..

saat nie, semua nie rasa xmudah sangat.. xmudah.. hari2 yang dilalui perlu sangat mempositivekan diri...

'yus, it s ok.. Allah know better than u!.. kau boleh lalui.. kau mampu.. kau kuat.. syurga yus.. syurga...'

kata2 nielah aku cuba serapkan hari2 dalam otak aku.. dalam hati aku.. dalam diri aku....

salam sayang..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...