tinggalkan jejak anda di sini

How Old I am ^_^

Daisypath Happy Birthday tickers

The Age Of MY Opened Dairy

Daisypath Happy Birthday tickers



bismillahirohmanirohim...

beberapa hari lepas saya ada mengaktifkan status saya dengan satu berita dan kenyataan ringkas dari seorang syabab..

setelah mendapat kepastian dari beberapa ahli perbincangan yang master mengenai hal ini, hari ini saya membuat keputusan untuk menulis kenyataan penuh dan jawapan balas...

STATEMENT..:

"TAKE NOTE MUSLIMAH,

PURDAH/NIQAB full= ialah penutupan seluruh muka, tapi fuqaha mazhab syafie membenarkan buat lubang di kain di bahagian mata agar boleh melihat jalan. kalau rasa mata boleh menimbulkan fitnah, afdhal untuk menutup mata dengan kain yang samar2 agar boleh melihat jalan(burqa)

PURDAH/NIQAB HALF= ialah niqab ialah niqab pelacur pada zaman arab jahiliyyah.. pada zaman itu ia dipakai oleh pelacur untuk menggoda lelaki agar datang bayar duit dan baru boleh tengok muka then bayar lebih untuk khidmat ZINA..
mereka akan make up mata dan kening secantik yg boleh untuk menggoda para lelaki untuk langgan mereka.. sebab niqab half menampakkan kening dan mata yang sangat menggoda membuat para LELAKI TERGEDIK2 NAK TENGOK MACAM MANA RUPA PEREMPUAN TU..

** sebab tu fuqaha mazhab syafie suruh tutup WAJAH bukan tutup mulut dan hidung n biarkan kning terdedah...


HASIL PERBINCANGAN DENGAN YANG PAKAR DAN PERBINCANGAN DI FB:

pertama sekali perlu faham hukum berniqab yang sebenar... sebahagian ulamak menggalakkan niqab tapi tidak mewajibkannya.. sebahagian ulamak mewajibkannya..

so, wearing the niqab is khilaf thing between ulamak...
perkara khilaf tak boleh diperdebatkan..

'alkhuruj minal khilaf mustahabbun..'

setelah perbincangan, majoriti di antara kami menyatakan tidak pernah menjumpai hujah atau bukti yang menunjukkan larangan terhadap pemakaian niqab half..

dan pemakaian niqab half adalah boleh TAPI dengan syarat tidak berhias pada bahagian kening dan mata.. contohnya dengan memakai celak, lens berwarna dan membentuk kening..

pemakaian celak dan lens berwarna lagi ketara menggoda bila niqabis itu mengenakan niqab full kerana mata saja yang menonjol..

setelah perbincangan, statement yang dinyatakan tidak betul sama sekali..

menurut seorang alimi @ ustaz @ al-hafiz @ yg mahir,
pelacur pada zaman arab jahiliyyah tidak memakai tudung dan hanya menutup muka sahaja...rambutnya terdedah..
sepenuhnya tidak sama dengan pemakai niqab half yang menutup aurat...
al-fadhil us mengatakan kekecewaan terhadap perngeluar statement ini kerana menyamakan pemakai niqab half menyerupai pelacur jahiliyyah...

ini kerana kenyataan sebegini menunjukkan kedangkalan ilmu dalam mengkaji..
sepatutnya ia perlu merujuk kepada al quran, hadis, sirah dan pendapat para ulamak.. bukan ta'sub kepada satu ulamak sahaja...
perkara seperti ini perlu berhati2...

************************************************

pesanan saya buat niqabis2 yang saya cintai kerana ALLAH...

"luruskan niatmu sayang..
kerana apa dikau menggunakan niqab sebagai penutup wajahmu...
kerana ALLAH kah, atau kerana ingin di tonjol kecantikkan matakah...

ya..! pakai celak adalah sunnah...
tapi pernah tak terfikir, bila pakai niqab tambah pulak dengan celak yang bgitu jelas, ianya menghasilkan mata yang menggoda...???

begitu juga yang memakai lens..
tak salah... sungguh tak salah kalau nak pakai lens..
tapi DENGAN SYARAT, pakai LENS yang TAK berwarna..
lens berwarna jelas MENONJOLKAN bahagian mata...!

jika berniqab, berhias di bahagian mata,
tolong, saya merayu, jangan di rendahkan martabat kami yang benar2 menjaga keadaan niqabis...
bukaklah niqab... dan terpulanglah nak buat apa tapi jangan tapi jangan tampil sebagai niqabis...

ini akan mendatangkan tempias fitnah kepada kami...

fikirkanlah..
kerana antum, kami yang tak bersalah turut di palit dengan kotoran yang tak pernah kami buat...

semuanya bermula dengan niat...

niat kerana Allah, semuanya akan terjaga..

dan jaga jugalah cara pemakaian, cara bergambar, cara berikhtilat...

kita rasa benda nie mudah tapi kerana kita TERLALU berbeza, masyarakat mudah melihat setiap inci kesalahan kita waima kesalahan kita sebesar KUMAN pun orang boleh nampak dan perbesarkan...

hasil perbincangan juga berpendapat semua ini berlaku mungkin disebabkan niqabis itu sendiri yang tidak terlalu menjaga apa yang patut di jaga..

sama2 kita renung2kan


copied and pasted from Al-Aliya Qatrunnada

0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...