tinggalkan jejak anda di sini

How Old I am ^_^

Daisypath Happy Birthday tickers

The Age Of MY Opened Dairy

Daisypath Happy Birthday tickers

Bismillahirahmanirahim...
salam dan selawat buat junjungan besar Nabi Muhamad S.A.w.

assalamualaika ya rasulullah...
assalamualaika ya habiballah...
assalamualaika ya nabiyallah...

salam sayang buat semua readers yang hazirah sayangi dan hormati...

alhamdulillah.. sekali lagi diberi kesempatan untuk menulis...
penulisan kali ini tidak berkaitan dengan perjalanan 'top4' iman kat madinah dan mekah...
tapi sesuatu yang berlaku selepas kembalinya hazirah ke tanah tumpahnya darah...

Subhanallah.. Alhamdulillah.. Allahuakhbar...!

rasa macam diri di cuci untuk jadi lebih bertanggungjawab...

Ya Allah...
sweetnya diKau duhai KEKASIH hatiku...

begini caranya DIA cuba menerapkan nilai tanggungjawab dan memberi sedikit rasa susah senang menjadi seorang yang benar2 perempuan....

baru beberapa hari hazirah 'mendarat' di bumi terengganu setelah beberapa minggu menetap di rumah abang setelah kepulangan dari kota penuh berkah...
Alhamdulillah... banyak yang dipelajari...

keberadaan di rumah abang sedikit sebanyak memberi hazirah pengajaran dan didikan.. memandangkan kak ipar tengah sarat hamilkan anak kedua, kadang2 hazirah yang ambil posisi kak ipar untuk menjaga si kecil yang berusia 2 tahun 5 bulan...

ok.. si kecil nie sangatla bijak pandai orangnya...
hari2 hazirah kat sana memang ada je perkara yang buat hazirah geli hati dan gelakkan dia...
Alhamdulillah... hanis najihah sedang menikmati biskut kegemarannya sambil cakap dekat che su "nak duduk" .. mujur badannya x besar jadi muatla duduk dalam troli bagasi nie... >.<

sungguh...!
terharu sangat2 bila si kecil nie menyambut kepulangan hazirah di airport...
bila hazirah pergi dekat dengan dia, SUBHANALLAH, dia mengenali mak saudaranya ini walaupun che su dia nie bertutup penuh including my foreahead... 

dari kejauhan hazirah mendengar ungkapan dari mulut kecilnya perkataan

"che su"..

wah... perasaan.. pelbagai...!
tolak troli bagasi terus meluru ke arah si kecil hanis najihah... cepat huluran hazirah di sambut.. tak sampai lima minit pun, si kecil dah pun berada dalam pelukan hazirah...
bukan main lagi gelaknya bila berada dalam pelukan che su...
geram melihat kecomelan dia.. hazirah peluk kemas2.. cium puas2, and pusing2kan badan sambil dukung dia sampai dia gelak sungguh2..!

troli bertukar tangan.. hazirah dukung si kecil nie sambil gurau2 dengan dia...
mulut kecilnya petah duk sebut "che cu" >.<
nak nangis rasa sebab sampai macam tu sekali dia ingat dekat che su dia nie walaupun kami sebenarnya tak selalu jumpa...

mereka menetap di Port dickson negeri sembilan kerana abang berkerja tetap di sana.. manakala hazirah pula menetap bersama ke dua ibubapa sementara nak sambung belajar nie di terengganu(tak boleh mention daerah mana)...

dulu, kecil2 dia tak nak dengan semua orang tapi bila dah boleh kenal orang nie, minda dia sangat kuat mengingati sapekah ahli keluarganya...

memandangkan kakak ipar pun nak bersalin kat kampung, jadi hazirah mengambil keputusan untuk pulang bersama abang dan kakak ipar manakala abah dan mama terlebih dahulu pulang ke bumi terengganu...


kalau abah dia yang ambik baik je posing nya.. kalau che su yang ambik, bukan main nakal lagi rupa dia buat... >.<

pada peringkat awal pulang ke malaysia, mata nie mengantuk je.. mungkin perubahan waktu barangkali... bila berkesempatan untuk tido, hazirah akan tidur.. tapi jika tidak, hazirah melayan budak comel nie...
kadang2, mata hazirah mengantuk pun, dah nak tidur sangat2 pun jadi tak tertidur bila si kecil yang comel nie datang ligan che su dia.... 

opss.. jangan percaya dengan kelembutannya kerana dia seorang gadis yang agak lasak... kadang2 craim belakang che su... >.<

tapi sebenarnya, in the silence, this kid yang mengajar hazirah bagaimana rasanya menjadi seorang ibu.. yes... walaupun dia hanya anak buah hazirah tapi menjaga dan bersamanya sedikit sebanyak mengajar hazirah susah senang menjadi seorang ibu...

oh...! tak mudah sebenarnya jadi ibu nie..!
tengok juga keadaan kak ipar yang sering sakit2 sepanjang mengandung nie... pastu, terfikir pulak.. jika kak ipar yang sihat walafiat boleh sakit2 macam nie, how about me..??? mesti keadaannya lebih terukkan..???

**pang pipi sendiri... su'zhon..!
suka2 je fikir macam tukan... cabut otak nie sekali n letak dalam washing mechine...  bagi bersih sikit otak... duk fikir benda2 pelik... !_!

aih... husnuzhonla hazirah...
benda tak berlaku lagi... kenapala gi fikir pelik2.. mana tahu kalau2 Allah nak bagi sihat ke kan..????
setiap orang itu berbeza keadaannya...
memangla masa sekarang nie keadaan awak tu little bit down sakit sana, sakit sini, tak selesa kat sana, tak selesa kat sini, tak boleh duduk atas tempat keras apa sume tu, BUT it's not mean would be forever ok hazirah...! hold it..!

hu3... 
ok... in sha Allah... everything going to be ok... ^_~

ok.. back to story...
setiap hari mengadap si comel nie, macam2 idea dia nak buli che su dia nie... nampak aje che su, dukung.. ke sana ke mari... nak itu nak ini... 

kadang2, dia ajak main dengan dia tapi bila dah main dengan dia, dia suruh pergi jauh2 pulak.. hu3.. T_T sabar2....

tapikan.. ada satu perkara yang buat hazirah dalam mamai pun boleh gelakkan dia...
time hazirah tidur kepenatan, dia tengok, dia akan datang dekat sangat2 dengan muka hazirah n renung lama2.. kadang2 dia meniarap depan hazirah je n muka dia dekat dengan muka hazirah, bila buka mata, pantas je denyutan jantung berdegup sebab terkejut.. pastu tergelak.. adei... 

dah banyak kali jugakla terjadi begitu... 

mulut dia sangat3lah petah dan cerdik..!
suka betul ikut apa yang orang cakap pada dia sampaikan umi dan abah dia panggil dia dengan gelaran "burung tiung"... hu3...

penat sebenarnya menjaga budak nie ye...
tak sangka...
tapi, bila dia peluk kita, cium kita, kepenatan tu terubat...!

disebabkan hanis najihah nie dah selesa dengan che su dia, di buat che sunya ini seperti abahnya..
main terjun2... ligan2... adei..

sesungguhnya, 2bulan skip fisiotherapy, si kecil inilah menjadi fisio che su yang tak bertauliah..
che su yang tak kuat pun boleh jadi kuat.. che su yang stamina agak rendah nie pun boleh jadi tinggi...

cumanya satu saja yang masih tak berubah.. kekuatan tangan.. jemari hingga ke pergelangan.. still di tangkut lama... tak kuat...
bila dukung najihah, dan zahra, cepat2 di letakkan atas lengan kerana hanya lengan saja kuat untuk menampung bebanan... bila pergi ke mana2... hazirah lebih rela dukung si kecil daripada bawak barang kerana bebanan barang yang sebenarnya agak ringan tapi kerana jemari yang tak kuat untuk menampung, bebanan itu terasa berat yang amat...!

hanis najihah yang berat 10kg pun lengan hazirah boleh tampung... tapi kalau diletak pada jemari, memang sohih jatuh budak comel tu...

balik ke bumi terengganu, hazirah berkesempatan untuk menjaga yusra az-zahra yang berusaha 7 bulan... di mandikan, di tidokan, di susukan, di suapkan makanan... semua di buat oleh hazirah sendiri...
seriusly, menjaga hanis najihah dan yusra az-zahra, menjaga az-zahra lebih rumit sebenarnya... kerana apa..???
hanis najihah, dah boleh berlari.. dah pandai minta itu dan ini... nak berdukung selalu tu tak de sangatla kan sebab dah boleh berjalan..
zahra ketika vacation ke langkawi.. sekarang dah beso dah,, dah gendut sudah...

az-zahra..??? tidak... sekadar pandai ketawa bila di agah, dan menangis bila nak tidur dan lapar... sangat3 berbeza.. si kecil ini hanya pandai merangkak saja..
jadinya, kebanyakan masa perlu berdukung... mandi perlu pegang, suapkan makan perlu sabar kerana nak main2... bila nak tidur, kena pandai pujuk sebab menangis...
hazirah mendapat sesuatu pengajaran...

pengorbanan seorang ibu memang sangat3 tak terbanding nilainya..
bila hazirah mandikan az-zahra, si kecil niekan tak pandai nak berdiri sendiri.. jadinya sebelah tangan perlu kuat untuk menampung badan dia dan sebelah lagi berfungsi untuk menjirus air kebadan dia...

sesungguhnya, sungguh hazirah cakap, berkerut dahi hazirah menahan sakit belakang bila menampung momentum badan az-zahra... seakan2, muscle back di tarik2... tapi, hazirah cuba untuk sabar.. sampai sempat hazirah cakap pada diri hazirah sendiri "boleh ke jadi ibu nie..??? kalau sedikit macam nie pun dah sakit2.."

hu3... jentik kepala sendiri...
fikir lagi pelik2...
sebenarnya, kesakitan itu sementara je...
lepas hazirah angkat az-zahra ke dalam pangkuan... balut dengan tuala, peluk dia... suddenly sakit itu terus ilang...!

oh... nikmatnya...!

Allah nak mendidik nie...

lagipun hazirah tak selamanya menyingle kan..?? tiba satu saat nanti, jika Allah izin pasti berkahwin jugakk....

suka betul jaga dorang nie... siyes... suka..!
banyak pengajaran yang hazirah dapat...

hazirah boleh close dengan dorang...

hanis najihah, kerap menyeru nama che su bila nampak che su dia...
az-zahra, suka senyum...! <3

he3...

Alhamdulillah...!
didikan dan tarbiah dari Allah dalam tak sedar...

ok.. belajar slow2.. hu3... 
kita tak tahu apa rencana Allah untuk kitakan..??
jadi, usiapun makin meningkat.. jadi tak salah untuk belajar n trying to put ourself at a mom shoes...

setakat ini saja buat masa ini kerana berebut laptop dengan az-zahra... he3

salam sayang....



0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...