tinggalkan jejak anda di sini

How Old I am ^_^

Daisypath Happy Birthday tickers

The Age Of MY Opened Dairy

Daisypath Happy Birthday tickers

Bismilahirahmanirahim...



salam dan selawat buat junjungan besar s.a.w.

assalamualaika ya rasulullah...
assalamualaika ya habiballah...
assalamualaika ya nabiyallah...

semoga zikir2 kita ke atas baginda rasulullah s.a.w. menyuburkan lagi benih2 cinta kita kepada baginda s.a.w. subhanallah..! Alhamdulillah..! wala ila!! hailallah!! Allahuakhabar..!

Aku dan Hospital...
unik je tajuk untuk kali niekan..??? aha... macam dah nak posting as a doktor jekan...????he3

ehem... nie BUKAN doktor, tapi nie sebagai 'kerja@pesakit' doktor... ^_^

dulu, ingat dah tak nak dah buat treatment.. 
ingatnya dah tak nak dah pergi hospital..
ingatnya dah tak nak dah mengadap muka doktor...
ingatnya dah tak nak dah jadi pesakit...
ingatnya dah tak nak dah telan ubat2...
ingatnya... ingatnya... ingatnya....
berapa banyak 'ingatnya' daaaa..... !_!

teringat peristiwa yang berlaku dekat mekah....(story flashback)

saat2 hari terakhir di sana, ingatkan sudah tiba waktu untuk pergi... terasa bayangan maut dan sakaratul maut tersangat2 hampir...
seolah2 sedang melambai2...

dada kelihatan turun dan naik dengan laju.. heartbeat tersangatlah laju...
masalah pernafasan juga berlaku... semuanya dalam masa yang sama...
dada rasa seperti di tikam dan spine rasa seperti ditolak dengan duri yang tajam...
tak tahu apakah punca yang sebenarnya...

dada rasa seperti di cucuk jarum sudah dialami beberapa hari di kota mekah.. namun tidak seteruk hari yang satu ini...
usai solat subuh, nafas seakan2 segan untuk keluar dan masuk... segan untuk berganti tugas dengan oxygen yang baru...
langkah tidak segagah selalu...
langkah hanya di atur satu persatu...

berada didewan makan jugak seakan2 hanya jasad saja berada di situ...
kepala mula terasa hanyut dan berdenyut...
namun, cuba dihiraukan dan menganggap seakan2 tiada apa yang berlaku...

pada peringkat awal, cuba sangat nak sembunyikan rasa tidak enak yang di alami.. melangkah seperti biasa dan membancuh segelas kopi bagi menghilangkan juga rasa ngantuk kerana selesai bersarapan, kami akan pergi miqat...

selera makan bagaikan dibunuh buat seketika...
langsung tidak bernafsu melihat makanan.. sekadar melihat dihujung mata walaupun sarapan pagi itu kelihatan enak dan lazat sebenarnya..

"hai.. minum air je..???"

soalan yang sempat dilemparkan oleh seorang jemaah lelaki(ehem.. suami orang ye... saya baik dengan zaujah dia... tu dia pun mesra dengan saya..)

"cukupla nie..."

itu saja yang mampu dijawab sambil tersenyum hambar kerana kelainan pada badan semakin terasa...

wajah semakin pucat, tangan jugak tidak lagi kelihatan merah2.. pucat sepucat2nya...
semakin lama, semakin tidak tertahan sehingga terlafaz jua dari mulut insan yang degil ini perkataan "penat... tak larat... sesak nafas..."
abah terdiam... selesai minum secangkir kopi, kaki melangkah perlahan sendirian ke bilik di tingkat 7.. dah tak mampu untuk menunggu ma abah menghabiskan sarapan mereka..
badan perlu dibaringkan secepat mungkin... kepala juga semakin berat...

keberadaan di dalam lif terasa lambat sangat lif nak sampai tingkat 7... 
hanya mampu menyandarkan badan pada dinding lif mohon sokongan daripada jatuh...
melangkah ke bilik juga sambil tangan bertongkat dinding...

sungguh...! rasa ajal dah dekat sangat3 dah masa tu...
berada dalam bilik, baring, dah tak terbangun dah selepas dari tu.. terbaring sebetul2nya terbaring...
abah menitiskan airmata kerana risau seandainya apa2 yang tidak diingini berlaku pada puterinya...
cuba dipujuk abah dan mama agar pergi saja beribadat dan boleh jaga diri sendiri(degil lagi time nie walaupun padahal masa tu terang lagi bersuluh jika ditinggalkan sendirian macam2 kemungkinan boleh berlaku...)

last2 mama menemani... sepanjang hari sekadar mampu berbaring... 
rasa macam nak habis nyawa dah..!
hikmah rupanya.. Allah nak bagi juga hazirah rasa bagaimana rasa sakit di bumi berkat itu...

Alhamdulillah.. Alhamdulillah...
khidmatku masih diperlukan di dunia ini demi agama..... subhanallah...!

** selingan je... kasih Allah di kota mekah... <3 <3

"..... berikan secebis keinsafan
bekalan sepanjang perjalanan
mencari ketenangan..

biar KAU menjadi saksi
tulus tangisku kala dinihari
kesempatan yang hanya sebentar
moga keikhlasanku terangkat

BERIKANLAHKU HIDAYAH AGAR DIKUATKAN IMAN YANG LEMAH
MOGA DIBERKATI HIDUP INI
MENUJU BAHAGIA YANG KEKAL ABADI..."


kebelakangan nie, selalu je lirik lagu nie meniti di bibir...
wah... nak jadi penyanyi ke hazirah..?????

^_^.. tak... sekadar mengutip secebis keinsafan dan kekuatan dari bait2 lagu nie...
maksud lagu nie nak2 yang hazirah 'capslock' kan tu sangat3 besar maknanya untuk insan seperti hazirah....

bila dengar lagu ' layar keinsafan ' nie, tersuntik sedikit sebanyak semangat ke dalam diri...
bahkan menyedarkan hazirah point hazirah di berikan kehidupan di dunia ini...

take some spiritual from this song...

jangan lemah semangat hazirah...!!!!!
hidup sementara masih ada rezeki nie, teruskan...!
cari sebanyak mungkin bekalan untuk keakhirat...

pulang dari bumi mekah... pada peringkat awal masih tak perasan apa2...
lama2 dapat dirasa dengan jelas, kenapa backpain jadi triple pain nie..???
pantang duduk tempat keras sikit, rasa macam nak bercerai tulang belakang...
duduk atas toto pun masih terasa sakitnya...

**masih diabaikan...

headpain....
sakit dekat ubun2... sakit dekat cerebellum....

**abaikan jugak....

sah...! hazirah nie memang seorang yang double triple degilnya.. selamba kemain lagi ye kamu hazirah abaikan kesakitan tu sampaikan tiap kali nak tido malam, pusing kiri, pusing kanan, dahi berkerut2 mencari ruang untuk melegakan kesakitan pada tulang belakang dan otot2 tertentu...
finally, taken about 2 kapsul of painkiller to release that pain...

masa tu, syukur sangat2 sebab ketika bagasi umrah di packing untuk ma abah bawak balik ke bumi terengganu terlebih dahulu dan hanya meninggalkan beberapa pasang baju, hati hazirah terdetik untuk menyimpan didalam handbag painkiller...

seandainya painkiller itu dibawa pulang ke terengganu juga sementara hazirah masih di rumah abang, mahunya hazirah menangis menahan rasa bagaikan dipatah patahkan tulang belakang dan muscle2 bagaikan dicabut dari tempat2nya....

sekadar mampu memujuk diri...
'nak hapus dosa nie.. nak hapus dosa...'

alahai.. sweetnya IMAN... pandai je memujuk hati tuan dia.. !_!

kadang2 rasa letih je... tak tahu kenapa...
kerap kali menolak ajakan abang untuk keluar dari kepompong terperap dirumah kerana triple pain tu... 
makan pun dah semakin sedikit... hmmm
sampai kak ipar risau seandainya hazirah tak makan apa yang dia masakkan...

kak ipar punya masakan kelantan memang thumb up..!
tapi, tak tahu kenapa... xboleh nak menelan lebih2 makanan...
kerap kali nasi hanya 1-3 suap saja menyinggah.. selebih daripada itu masuk dalam tong sampah... sebab perut yang mudah terasa kenyang...
jadilah seorang doktor yang berkhidmat demi agama... (pesanan untuk sahabat2 perubatan)

jejak bumi terengganu pada pukul 11 lebih... waktu malam ye....
bertanya khabar abah bagaimana... dalam kesibukan mengangkat barang itu, segala kerja terhenti bila abah bertanya

"bila follow up kamu dengan neuro..??"

toing.... toing.... 
tergamam sekejap bila perkataan 'follow up' disebut... hu3...
tapi masih menjawab dengan yakin iaitu pada bulan september....

namun, keyakinan itu hilang sekelip mata apabila abah cakap neurology department called abah and minta hazirah ke hospital dalam kadar segera...

'apa ke hal pulak nie..???' 

itu je kot yang hadir dalam minda hazirah hari tu....

perasaannya, doktor dah cakap hazirah dah ok dah haritu.. much much(saja buat double) better dah rasanya..

hanya dengan selamba cakap dekat abah dan mama

"bersebab kot tu panggil........"

pastu bagaikan air mengalir sepintas lalu.. hu3.. duk sibuk kemas bilik sebab lama tak balik.. kemas tu kemas nie... pastu hanis najihah cari che su... >.<
follow che su sampai dalam bilik... haa.. ambik tah.. dia jumpa teddy bear besar.. cepat je minta sampai dia sendiri pun tak terangkat sebab teddy bear tu besar dari dia... >.<

hari demi hari berlalu begitu sahaja...
backpain tu sentiasa menyengat.. tapi seperti kebiasaannya, tuan dia buat tak tahu saja...
headpain pun sama... rasa nak hantuk kepala dekat tempat keras... still buat tak tahu...

kadang2 mata berpesat pesat... terasa double apa yang dilihat.. kadang2 nampak blur... bila dipejam di celik dipejam dicelik, selawat banyak2.. back to normal...
kadang2 rasa sakit pergerakan pada mata...

STILL BUAT TAK TAHU....!

He3... degil2....

bila hari yang di minta itu tiba... entah mengapa jantung berdebar semacam je... tapi masih buat selamba... buat macam tak ada apa2 nak berlaku pun...
gosok abaya pun dengan iramanya... slow2..SAMPAI lambat bertolak ke hospital...

cik hazirah punya kerja... he3...

waktu yang di janjikan dalam pukul 10 pagi..
almaklumla.. saya dah biasa pergi hospital DAN saya tahu selama mana saya perlu menanti sehingga saya dipertemukan dengan doktor.. disebabkan ITU, saya sengaja lambat2...

seperti yang di jangka, hazirah menyerahkan kad pesakit kepada MA lebih kurang 10 lebih...
panggilan yang cepat hanya untuk check up saringan saja.. menanti bertemu doktor pula berjam3... sabar... mujur bawak bahan bacaan... boleh juga menghapuskan segala bosan yang terhinggap...

ketika di panggil MA untuk check up saringan, berat dan ketinggian di kira.. nak tergelak asenya...
beratku naik turun... !_!
unstable weight....tak pela asalkan dah lebih 40 tapi kurang 43.. >.<
check up heartbeat pulak...

2-3 kali buat secara ulangan kerana heartbeat yang melebih 115 per minit... tinggi..!
normal 96 je per minit...

pada peringkat awal, MA ingat hazirah berdebar....
dulu2 mungkin ya berdebar.. sekarang dah biasa dah... jadi tak ada perasaan takut dah bila masuk department tu...

**selingan**
lepas melakukan pemeriksaan, hazirah mengambil posisi disebelah seorang wanita yang dah agak berusia.. mungkin berpangkat nenek pada hazirah jika dilihat pada rias wajahnya...

wanita itu kelihatan cantik pada usia mudanya kerana sisa kecantikan masih ada pada wajahnya yang berkedut seribu....

hazirah menyambung bacaan sebelum keasyikan hazirah di alih ketika wanita itu cuba untuk bangun namun seolah2 kelihatan tidak berapa kuat...
dengan tulang empat kerat hazirah yang tak berapa nak kuat ini juga, cuba juga untuk menghulurkan bantuan... hulur tangan padanya dan dia cuba memberi sedikit impulse pada tangan hazirah... 
terasa perbezaan tangan hazirah dengan tangannya... tangannya adalah tangan seorang wanita yang telah bergelar ibu berpuluh2 tahun... tangan seorang wanita yang telah banyak melakukan pekerjaan demi membesarkan anak2nya..

apabila anaknya melihat ibunya cuba untuk bangun, dia menghampiri dan minta ibunya untuk tetap duduk dan biarkan dia untuk mengambilkan ubat ibunya.. hazirah tersenyum melihat situasi itu... subhanallah.! anak soleh...!

apabila dia duduk kembali, tangan hazirah diraih dan di bawa ke dalam genggamannya.. ketika itu, mama hazirah tak ada.. hanya hazirah bersendirian di dalam MOPD...
hazirah terasa damai genggaman wanita cantik tu.. cuba untuk tersenyum walaupun ianya sekadar menampakkan mata saja yang berbicara...

wanita tua itu tersenyum mesra apabila genggamannya hazirah balas.. ohhh... jangan jijik dengan genggaman orang tua ya sahabat2.. kerana esok2 kita akan tua jugak... jika kita rasa jijik, esok2 bila kita tua, mereka yang muda dari kita pula yang akan merasakan perkara yang sama..

jadi, berbahagialah..! sayangilah mereka walaupun mereka bukan ibu kita, bukan nenek kita... ^_^

dia ingin berbicara dengan hazirah rupanya...
buku di tangan hazirah letak di ribaan... telinga cuba didekatkan dengan wanita itu agar setiap butir bicaranya jelas kedengaran...
Alhamdulillah... dia menceritakan kisah sakitnya...
hazirah berusaha untuk meraikan apa yang di sampaikan walaupun pada sesetengah waktu, hazirah tak faham apa yang diceritakan...

namun, dia kelihatan seronok dan gembira apabila dirinya dilayan dan di rai...
subhanallah...!!! hikmah islam meminta ummatnya meraikan orang lain...

sebelum wanita itu berlalu, dia sempat menepuk nepuk kekura tangan hazirah sambil tersenyum...
hhhmmmmmm..... seolah2 ada sesuatu yang cuba di sampaikan melalui tepuk dan senyuman mesra itu... still terfikir lagi.... ^_^

**************

setelah hampir dekat 4 jam menunggu, akhirnya nama dipanggil jua untuk bertemu dengan doktor...
sepanjang penantian, sekali lagi rasa spine nak bercerai.. tapi di tahan2...
kesejukan juga tiba2 je melampau2... sampai tangan jadi pucat kuning... sampai kebas2 habis badan sebab terlalu sejuk... walhalnya deparment tu tak adalah sejuk mana...

melangkah ke bilik doktor sendirian kerana mama hanya ingin menanti di luar je...
pada awalnya, patut masuk bilik doktor laki.. tapi teragak2 nak masuk... last2 MA cakap ok masuk bilik pakar yang nie(perempuan)...

file perubatan hazirah dibuka di PC di hadapannya...

**diam....

bilik tu macam tak ada orang.. yang hanya kedengaran ketung ketang bunyi keyboard PC yang di tekan doktor di hadapan hazirah...
lama menaip barulah doktor bertanya khabar hazirah bagaimana...

pada mulanya hazirah jawab semuanya ok je..

then doktor tanya tentang backpain pulak...
mula2 tak tahula nak cakap macam mana dekat doktor sebab kesakitan tu tak leh nak gambar... rasa nak bagi je dekat doktor tu rasa sakit tu sikit agar dia tahu sejauh mana kesakitan tu...

kemudian di tanya apakah better or worse...

jujur... worse...!
double triple pain je asenya...

bila doktor tanya posisi yang sakit, last2 pinjam badan doktor untuk tunjuk sebab tak tahu nak describe macam mana tempat sakit tu... bila dah tunjuk tu senang sikit... ^_^

lama tu doktor mengangguk anggukkan kepala... then kembali fokus pada Pc untuk tulis report baru..
lama tu dia kembali bersuara, 

"heartbeat awak tak pernah bawah 115 per minit kan...?/ bahaya nie... kuantiti darah merah awak tak cukup.. jika ini kelajuan jantung awak, bahaya untuk awak... jantung awak di posisi lemah nie...."

**diam.....

"awak tahu kenapa kami panggil awak..??"

wah.. doktor dah mula kuarkan main point...

**eleng...

"awak rasa dah sihat sekarang...???"

**angguk...

"awak nie... macam dengan orang bisu pulak saya bercakap.." (senyum..)

**erk... baru bunyi suara...

"Alhamdulillah doktor.. rasa sihat sangat..."

"awak ada rasa apa2 symptons tak yus..???""

"usual symptons doktor.. double vision, blur, double backpain,craim, numbness, headpain....."

(dah mula dah...)

"teruk ke...???"

"backpain n headpain teruk sikit..."

"saya ada sesuatu nak bagitahu nie....."

**angguk....(back to silence... !_!)

"MRI awak, bila di imbas2 ada kelainan lagi nie... kami tak pasti ianya disebabkan MS ataupun tidak..."

pastu mula sesi menjawab hazirah dengan doktor...

hazirah beta balik apa doktor cakap sebab doktor kata hazirah dah ok.. kenapa tiba2 pula kembali tak ok nie....

doktor tidak bagi penerangan lebih detail.. hanya memberi hazirah peringatan dengan sungguh2 agar jangan abaikan jika terdapat symptons baru yang hazirah alami.. jika ada je perlu segera ke hospital untuk mendapatkan rawatan... siap pesan lagi jangan degil2.. 

ubat2an jugak disambung lagi... !_!

next follow up bertambah.. jarak dekat je...

hospital oh hospital... sesungguhnya diriku dengan mu tak boleh dipisahkan...

my occupational... kak iffah... terima kasih kerana menjadi jurupulihcara kerja yus dan juga dalam masa yang sama menjadi sahabat yang baik untuk yus... salam mahabbah akak sayang..!
semalam, pergi hospital setiu untuk ambil date baru, hazirah maklumkan kepada fisiotherapist dan occupational hazirah tentang report baru tu... 
kata fisiotherapist, hazirah dah tak boleh guna tens@alatan yang melibatkan renjatan elektrik untuk treat sakit tu sebab mungkin akan ada effect bila ada kelainan pada brain....

hospital oh hospital...
how long i must be together with you...???? 

rasa nak je cakap dekat hospital tu, nak tak kawen dengan hazirah...he3
senang sikitkan..?? tak payah balik rumah dah.. kawen dengan hospital, duk dengan 'dia' je...
rawatan, follow up, fisioterapi.....

macamlah hospital tu manusia nak ajak kawen2 nie hazirah oi...!
merapu dah..

sebenarnya nie Allah nak bagitahu DIA nak hapus dosa hazirah.... sabar je..
bukankah sabar itu sifat orang yang beriman..??? ^_^

senyum je selalu... kan..????

doakan diri ini terus tenang dalam kehidupan yang mendatang....

salam sayang...


0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...