tinggalkan jejak anda di sini

How Old I am ^_^

Daisypath Happy Birthday tickers

The Age Of MY Opened Dairy

Daisypath Happy Birthday tickers

bismillahirahmanirahim..
selawat dan salam sayang dan penuh cinta buat junjungan besar S.A.W.

assalamualaika ya rasullullah..
assalamualaika ya habiballah..
assalamualaika ya nabi yallah..

semoga cintaku terhadapmu kau sambut dengan syafaatmu di akhirat kelak..

Alhamdulillah... lama tak update blog nie..
dah menulis dah sikit2.. tapi take time untuk habiskan satu post nie di sebabkan gangguan kesihatan...

Alhamdulillah...

dengan keizinan dari ILAHI, hazirah berjaya jejakkan kaki kat satu tempat perlancongan yang paling menenangkan kat dunia ini...

Alhamdulillah.. Alhamdulillah...
jejakkan kaki kat sana rasa tak nak balik...
rasa nak sangat menetap kat sana.. namun setelah satu kejadian yang membuatkan hazirah rasa ngeri berlaku, terus tak jadi nak menetap kat sana walaupun berkeinginan..

boleh kalau nak menetap kat sana TAPI kena berteman.. baru selamat... 

alhamdulillah setelah lebih dari empat kali mengikuti kursus, 2 mei yang lalui hazirah selamat terbang dan mendarat di lapangan terbang king abdul aziz madinah...

buat apa tu hazirah..???

mesti itu yang bermain di minda antumkan..??


my beauty sister.. opss.. xdok gambar bagasi nie saja.. ada gambar sekali ngan kakak.. ok.. bagasi nie dah besar.. then kat dalam dia ada anak2nya. ianya dibekalkan agar barangan yang dibeli boleh dimuatkan sekali tanpa perlu beli bagasi lain kat mekah..

jeng3...
Alhamdulillah.. mendapat jemputan ILAHI untuk menjejakkan kaki di  masjid nabawi dan taman syurga..

subhanallah...

will story u later erk...

tulis yang mula2 dulu.. starting...

flight kami hari selasa(kalau xsalah hazirahla.. lupa2)..
hari sabtu terakhir kami kat malaysia sebelum berlepas, itulah kursus umrah kami yang terakhir..
ada taklimat penerbangan dan pembahagian bagasi2 yang dah ada cop agensi yang kami daftar..

Alhamdulillah..
kami memilih RAYHAR TRAVEL as our choice..
AND... pilihan kami adalah pilihan yang tepat kerana kebanyakan agensi yang lain banyak melencong ke negara lain terlebih dahulu jadi tempoh keberadaan mereka di madinah dan mekah hanyalah singkat.. sesangat singkat...

Alhamdulillah.. pemilihan rayhar travel buatkan kami berlama2 di kawasan mekah.. EVEN hanya 3 hari kat madinah tapi sangat puas hati sebab dapat tenung kaabah lama2 selama 8 hari...

sebelum berangkat ke tanah suci,
mungkin allah ingin menguji..
2 hari sebelum berangkat, hazirah tiba2 demam panas..
sampai asyik tidur je sepanjang kat rumah abang... mama, abah risau seandainya penyakit hazirah attack saat2 akhir sebelum berangkat..
abah memujuk agar memakan kesemua ubat2an yang hazirah ada..

namun hazirah menolak.. kalau boleh hazirah memang dah tak nak bergantung kepada ubat..
masa tu, hazirah hanya fikir mungkin ini ujian awal yang Allah bagi pada hazirah untuk uji kesabaran hazirah terhadap ujian2NYA...

sape tahu rencana Allah kan..??
lastly hazirah hanya menelan ubat demam..
untuk kurangkan suhu badan...

masa nak berangkat ke KLIA, badan hazirah rasa lagi lemah2..
flight kul 5 petang waktu malaysia.. pagi tu, hazirah masih asyik nak tidur je sebab badan rasa tak larat sangat2...
berangkat ke KLIA seusai menunaikan solat jamak takdim zohor asar..
dalam perjalanan, subhanallah.. Allah punya kuasa, hazirah makin sihat..

tapi, hati berdebar2...

malam sebelum berangkat,
hazirah sempat cakap2 dengan mama.. ketika itu mama sedang menonton tv..

hazirah melangkah dah berbaring di sebelah mama.. kadang2 hazirah peluk mama..

**ehem.. anak bongsu kan.. mestilah manja jugak kadang2.. he3

"ma, berdebarlah nak gi mekah.."

mama diam..

"ma, kalau pergi, orang dah tak balik2 macam mana..??' 

**nada risau.. mama terdiam kemudian tergelak..

"dengarlah adik kamu nie iha(kak ngah).. merapu je..."(sambil gelak)..

**diam...

"ma, impian semua orang tau mati kat sana.."

cuba jugak nak pancing mama..

"doktor kamu nak tinggal mana..??"

"erk..??? ma..! ke situ pulak..! "

"betullah.. pelikla che su nie.. kata excited nak pergi, pastu malam nie berdebar pulak... macam mana tu..??"

"banyak dosa ma c.su buat.. segan nak jumpa DIA.."

"ambilla peluang sepanjang kat sana nanti.."

itulah antara dialog pada malam sebelum berangkat antara hazirah dengan mama...
terasa kelainan pada malam itu.. berdebar tak ingat dunia rasa macam nak luruh jantung...
tak tahula kenapa..

mungkin disebabkan demam kowt.. jadi fikiran mula merapu entah ke mana..
YANG PASTI, dalam keseriusan, mama sempat lagi nak usik anak bongsu dia nie.. adei.. adei..adei..

sabor ajewla..
tak pela ma.. che su ameen kan je.. ^^,

my word heavan
before pergi balai berlepas..
ammar isn't very well.. demam.. nampak gigi kat bawah.. nak nangis.. cumell je..
bapak borek anak rintik.. pandai betul berposing..!

2 mei,selepas zohor terus berangkat ke KLIA..

Allah.. Allah... kami yang paling lewat sampai..!
yang lain semua dah dengar taklimat dah.. hu3..
nak buat genakan.. dorang ambik penerbangan domestik.. kami nie perjalanan domestik je.. naik kereta je dari terengganu ke port dickson n dari post dickson ke KLIA..

semasa kat KLIA, semua jadi kalut sebab kakitangan rayhar dah susun dah bagasi2 jemaah..
mujurlah sahabat hazirah tak jadi datang.. sebab kalau tak, memang tak sempat jumpa..
tak sempat lenguh kaki berdiri pun dah di arah masuk balai berlepas..

jeng2..
masa nak masuk balai berlepas, mujurlah pergi kat pegawai perempuan.. kena bukak niqab lorh sebab takut berlaku peniruan..

dugaan insan berniqab...

dalam flight,
ya Allah.. sedap betul hazirah makan..!
nasi beriani ayam, licin.. nasi lauk satay daging, licin..! he3..
tapi yang menghairankan, balik2, tetap kurus keding..
bukan makin naik badan.. he3..
adei..
awat terbalik lak jadinya..??

weird..!

sampai kat king abdul aziz international airport madinah, one more time i got something that made me nervous..!

why not bilamana hazirah nak melepasi pegawai emigresen arab, pastport hazirah di tahan dan disimpan didalam kocek seluarnya.. dan hazirah diarah ketepi.. mama dan abah sudah melepasi..
masa tu kalut sangat.. tapi cuba tenangkan hati dan berhusnuzhon..
 abah mula kerisauan.. takut seandainy2 hazirah tak lepas untuk masuk ke madinah.. takkan nak balik malaysia balikkan..??? mak aih.. tercabutlah tulang belakang hazirah..
sepanjang penerbangan pun hazirah dah cuba menahan rasa sakit belakang kerana duduk yang lama di dalam kapal terbang..

masa nie dah nak bergerak dah..take from in the flight..
gambar dari udara.. inilah bumi semenanjung..hu3
makan dua jam pertama dalam flight.. nasi beriani ayam.. he3
seriously,the satay felt like a goat meat.. tapi tibai jugak sebab lapar.. last2 mendarat, saya rasa pening.. saya memang xboleh makan daging kambing..! seriously cannot.. tapi gatal juga gi telan..

back to the story, abah dah mula risau.. dan cakap hazirah patut tanggalkan niqab sebelum melepasi pegawai emigresen..
hazirah diam.. dalam hati hazirah tetap dengan pendirian hazirah.. once i decided to wearing niqab, i will stand with that..! 

selepas lama berdiri, seorang pegawai mengarahkan hazirah mengikuti dia.. mujurlah arabnya disebut satu2.. bolehla hazirah faham apa dia cakap.. dia minta hazirah masuk ke sebuah bilik untuk check muka asal dengan muka dekat pastport...

subhanallah..!
mereka sangat menjaga wanita berniqab.. bahkan pegawai lelaki langsung tak berkesempatan untuk tengok.. senyum... alhamdulillah... Alhamdulillah..

ketika berangkat, hazirah memakai niqab half, jadi senang untuk hazirah tarik niqab ke bawah dagu..
ketika menyerahkan pasport ke pegawai wanita tu, hazirah lantas buka niqab.. 

**senyum..

pegawai emigresen tu berulangkali melihat tengok gambar pada pasport n wajah real.. tak sama barangkali.. kerana gambar dalam pasport, wajah hazirah tengah sembak dan tembam, wajah real back to normal..
 little different..

hazirah sampai tersengih sebab nak yakinkan dia.. last2 dia senyum pada hazirah sambil cakap

"malizi jamilah jiddan..!"

rasa nak gelak.. eleh.. cakap orang cantik, dia lagi cantik sebenarnya.. hidung mancung, putih merah... mashaAllah.. terpegun hazirah tengok kecantikan dia.. 

keluar dari bilik pemeriksaan, tersengih sorang2 sambil eleng kepala...

adei.. macam2lah orang arab nie..
tapi so proud of them sebab sangat jaga wanita berniqab...

lepas dari tukan, kami terus ke hotel dallah at taibah... sangat3 dekat dengan masjid nabawi..!
berjalan kaki beberapa saat je.. tut.. sampai dah dalam masjid nabawi...

best...

hope... one day would be arrive again... with whom..?? maybe my new family... ngeee... ^_6

salam sayang...

0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...