tinggalkan jejak anda di sini

How Old I am ^_^

Daisypath Happy Birthday tickers

The Age Of MY Opened Dairy

Daisypath Happy Birthday tickers

bismillahirahmanirahim..
salam dan selawat buat junjungan besar nabi muhamad s.a.w.
Allahuma solli a'la sayyida muhamad...
 check up hati masing2 sejauh mana rasa cinta kepada RASULULLAH.. ^_^

hari nie, hazirah nak berkongsi dengan pembaca-pembaca blog hazirah sebuah kisah..
tiada kaitan dengan yang hidup ataupun yang meninggal dunia..
kisah nie sekadar iktibar dan ambilla pengajaran di sebaliknya..

hazirah tahu, disebalik sebuah realiti kehidupan yang kita nampak biasa, ramai yang melalui situasi yang hampir sama.. justeru itu, hazirah cuba melakar kisah ini agar dapat dijadikan contoh dan tauladan(kalau bersesuaianla.. ^_^)..

dah banyak kali hazirah dipertemukan dengan insan2 yang cuba memperjuangkan kehidupan berlandaskan kehidupan islam yang sebenarnya mendapat tentangan daripada insan yang paling hampir iaitu ahli keluarga sendiri..

misalnya, ramai ingin berniqab namun tidak mendapat restu orang tua..
ramai ingin berhijrah ke arah yang lebih baik namun, tiada yang menyokong.. sehinggakan alot of them memilih untuk memendamkan saja niat baik itu kerana takut dipinggirkan atau di marahi secara terus oleh ahli keluarga sendiri..

betul..!
sebenarnya keluarga adalah tonggak utama kita dalam berbuat sesuatu..
jika keluarga sendiri yang menentang, kita bagaikan bersendirian..
kerana apa..?? kerana keluarga adalah insan yang paling rapat dengan kita walaupun dalam apa jua keadaan kita.. 
sahabat..?? mereka boleh datang dan pergi.. TAPI keluarga pula adalah selamanya bersama.. 

kerana itu, kadang2 kita rasa teramat down bila kata2 kejian dan hinaan itu datang daripada keluarga sendiri..
kita mengharapkan sokongan mereka untuk melakukan perbuatan baik NAMUN bila hanya herdikan dan cacian yang menjadi 'sokongan', kita boleh DOWN..

NAMUN, percaya atau tak, sebenarnya cacian dan kejian mereka boleh membentuk tekad kita yang lebih kuat.. kita akan rasa tercabar dan ingin buktikan kepada mereka betapa tenangnya menghidupkan kehidupan berasaskan landasan islam yang sebenar..
kita nak buktikan kepada mereka betapa kuatnya kita bila kita benar2 yakin dengan Allah..

YA..!
kadang2, bila kita bersuara untuk membetulkan persepsi mereka terhadap sesuatu hukum, sepatah kita cakap, berpuluh2 patah berbalas secara herdikan kepada kita..
masa tu, mungkin hati kita cukup terluka dan adakalanya kita menangis dibelakang mereka.. namun yakinlah, hati yang kuat, dia akan menerima dan mengadu pada ALLAH.. jika benar2 tulus dan ikhlas dalam sesebuah perjuangan, ALLAH akan tolong kita.. yakinlah sayang... thumbs up..!!

ketika kepahitan itu datang, sebenarnya Allah ingin menguji keimanan kita kepada NYA.. yakinlah...

let's read this story... scroll down please... ^_^

tidak mudah untuk menjadi anak yang solehah apabil berjuang berseorangan,
tidak mudah untuk menghantar ayah ke syurga apabila ayah sendiri cuba menghalang langkah si anak menghantarnya ke syurga... pahitnya sebuah perjuangan.. manisnya syurga yang menanti si penagih cinta TUHAN..



kisah seorang anak gadis yang cuba menegakkan kebenaran daripada mensyirikkan Allah..

namanya Aisyah.. seorang niqabis yang bergelar hafizah quran..
banyak yang dipelajari mengenai kehidupan dan hukum.. berusaha untuk menjadi anak yang baik bagi kedua ibubapanya..

Aisyah, gadis yang gemar diam apabila dimarahi.. dan gemar mendengar apabila ada yang bercerita.. terlalu banyak luka yang tercipta melalui pendaman  itu namun airmata yang sering berguguran menjadi penawar yang terbaik baginya.. sehinggakan pernah dia terlupa how to be happy-go-lucky..??

sekadar senyuman yang sering menghiasi bibir..
senyuman yang sering menyembunyikan jendela hati daripada terserlah secara nyata apakah gembira apakah kesedihan yang dilaluinya...

kadang2, dia tidak tahu bagaimana ingin meluahkan kesedihannya kepada orang apabila di tanya..
memendam sesuatu membuatkan dia menjadi seorang yang tidak pandai untuk bercerita apa yang ada didalam hatinya... sehingga kadang2, dada nya terasa sangat sesak dan pedih retetan memendam sesuatu perkara terlalu lama.. namun, hanya memeluk al quran saja yang mampu dia lakukan untuk merawat sakit itu.. kadang2, bibirnya melafazkan bait2 cinta dari surah maryam agar kesakitan itu beransur pergi...

pada suatu hari nie, Aisyah selesai mengikuti kursus umrah bersama-sama ibubapanya dan juga kakaknya. selesai berkursus, si ayah menyatakan ingin balik kampung untuk berjumpa datuk.. namun si ibu meminta agar mereka singgah ke mall sekejap kerana ingin membeli keperluan dapur..

selesai membeli, mereka berempat terus pulang ke kampung sebelah ayah aisyah..
sampai sahaja di kampung halaman, waktu sudah senja..  aisyah keluar dari kenderaan dengan perasaan gembira kerana kerinduan yang amat kepada ibu saudaranya dan juga datuknya..

laju saja langkah aisyah memasuki rumah.. mata aisyah melilau mencari kelibat datuk tersayang..
namun, dia menyalami terlebih dahulu semua orang yang di jumpai sebelum meneruskan kerjanya mencari datuk..

sampai di ruangan dapur, aisyah tersenyum.. ibu saudaranya tersenyum melihat aisyah.. aisyah berbalas pelukan dengan mak cik dan seterusnya terus menyapa datuk.. di cium tangan, di cium pipi kiri dan kanan dan juga di cium dahi datuknya yang sudah semakin uzur..
hati aisyah tenang melihat datuknya yang semakin sihat selepas mengalami keuzuran..

hati aisyah berbolak balik sebaik sahaja melihat kelibat seorang pemuda didalam rumah datuknya..
sekali melihat, airmuka pemuda itu membuatkan aisyah sentiasa ingin su'zhon.. cuba di pujuk hatinya agar berhusnuzhon namun tidak mampu.. pantas langkahnya dipusing kembali ke ruangan dapur untuk bersama-sama datuk dan mak saudaranya..
sempat dia bertanya ke pada salah seorang mak saudaranya

"mak cik, apa dorang buat kat atas tu..??" soal aisyah kepelikan kerana semua orang mula berkumpul di bahagian atas...

"orang nak berubat aisyah.."

"berubat..??? lelaki tu sape..??" soal Aisyah lagi..

"bomoh..." balas mak cik aisyah sekilas.. hati aisyah semakin bergelora apabila perkataan 'bomoh' di sebut..

aisyah melangkah mendekati sebuah pintu untuk mengintai-intai apa yang di lakukan.. sebaik saja melihat apa yang di lakukan.. hati aisyah berkata-kata

'aku selalu sakit.. pasnie mesti aku kena sekali.. minta jauh..!'

aisyah pantas melarikan diri ke ruang dapur.. bermain main dengan sepupunya berusia setahun..

dalam keasyikan aisyah melayan si kecil, aisyah turut dipanggil naik.. aisyah mengeluh perlahan..

'Allah.. protect me.. protect my iman..'

aisyah melangkah menghampiri ibunya.. dia berlindung di belakang ibunya..

hatinya berzikir.. aisyah memerhatikan segala tindak tanduk pemuda itu.. hatinya resah.. memberontak hebat..! dia tidak mampu untuk terus melihat lalu dikeluarkan telefon dan menghantar mesej secara rawak kepada sahabat2nya.. dia ingin fokusnya dilarikan.. 

tiba2 lengannya di cuit si kakak..

"aisyah, kamu percaya ke dengan bomoh nie..??"

"kenapa kak chik..??"

"kak chik takut syirik.."

"aisyah nak lari kak.. benda nie boleh bawak syirik.." bisik aisyah pada kakaknya.. kakaknya mengangguk perlahan dan mengabaikan aisyah..

aisyah tidak mampu berlama-lama diruangan itu.. lalu bangun dan terus berlalu.. dia sudah tidak menghiraukan mata-mata yang memandang tingkahnya.. dia turun dan melayan datuknya.. bercakap2 dan bertanya khabar..

dalam keasyikan dia berbual-bual dengan datuknya.......

"aisyah..!" panggil kakak aisyah..

"kenapa kak..??"

"ayah panggil..."

diam.. aisyah buat2 tidak mendengar.. si kakak berlalu pergi..
selepas beberapa minit. si kakak kembali..

"aisyah..! cepatla.. nanti ayah marah.."

aisyah melepaskan nafasnya yang seakan-akan berat.. dia menunduk.. apakah daya seorang anak..??
dalam keberatan, kakinya melangkah jua ke bahagian atas.. dia menghampiri ibunya..

"ibu, kenapa..??"

si ibu pantas berpaling..

"abah nak aisyah check dengan bomoh tu juga.. mana tahu aisyah sakit2 selama nie sebab ada gangguan.."

"hah..?? bu..! kan doktor dah cakap aisyah sakit apa.. us2 pun cakap aisyah sakit moden.. bersih dari sebarang gangguan.."

"tak apala aisyah.. buat je.."

"tapi bu.. nie boleh jatuh syirik..!" aisyah sedikit menekan suaranya.. nadanya sebak..

"aisyah..! jangan nak keras sangat boleh tak..??" ibu mula naik angin...

aisyah mengetap bibir..

"bu.. fahami aisyah bu..." aisyah merayu...

si ibu melihat ke dalam mata aisyah..

"kita berikhtiar aisyah.."

"tapi bukan begini caranya bu.. tolongla bu.. kita dah nak gi mekah bu.. nanti ibadat tak diterima jika kita mempercayai bomoh..."

si ibu diam.. kata2 aisyah tidak dipedulikan.. aisyah membungkam sendirian.. matanya melihat si kakak.. si kakak memandang simpati namun tidak mampu berbuat apa2..

"aisyah, datang sini..!" si ayah memanggil..

aisyah memanggungkan kepala.. dia merenung si ayah dengan pelbagai perasaan.. hatinya geram dan sakit..

'lindungi aku allah.. lindungi aku...' bisik hati aisyah berterusan...

"kejap je aisyah.. biar dia check.."

aisyah memejamkan matanya menahan sebak.. dalam malas dan terpaksa, aisyah bangun dan melangkah ke arah ayahnya.. aisyah duduk agak jauh dari bomoh berkenaan.. matanya menjeling tajam kepada bomoh berkenaan..

"dia sakit apa..??" tanya pemuda berkenaan..

"doktor cakap dia sakit kronik......." jawab si ayah.. pemuda itu menganggukkan kepalanya..

"pinjam tangan ye.."

aisyah mengetap bibir.. 

'suka2 je minta tangan...' cemus hatinya.. melihat aisyah yang tidak bergerak.. ayah saudara aisyah membawa tangan aisyah kepada bomoh berkenaan..

di capai jemari aisyah.. dan ditekan.. riak dahi aisyah tidak menandakan dia dalam kesakitan..
bomoh berkenaan cuba membuktikan aisyah ada gangguan dengan menekan sekuat hatinya kukunya ke atas kuku aisyah sehingga aisyah melarikan cepat2 tangannya.. dalam sekelip mata saja jemari aisyah kebiruan dan lebam.. aisyah rasakan jemarinya bagaikan ingin tercabut kerana tekanan itu.. kekuatan seorang lelaki ke atas jemari seorang perempuan yang bersifat lemah, macam mana tidak terhasilnya sakit itu..??

melihatkan tindak balas aisyah yang kesakitan, maka mereka yang berada di situ beranggapan aisyah mengalami gangguan.. cuma kakak aisyah dan mak saudara aisya yang di panggil auntie sahaja tidak mempercayai itu..

"kita buat lepas maghrib ye.."  si bomoh memberitahu..

"aisyah.. pergi sembahyang.. nanti pinjam track auntie.." si ayah memberi arahan..

aisyah menunduk.. sebak yang ditahan2 semakin tidak terkawal.. air jernih mula berkumpul di tubir mata.. aisyah menghampiri ibunya..

"ibu.. fahami aisyah bu.. fahami aisyah.. benda nie syirik bu.. tolongla bu..." aisyah merayu dalam sendu..

"ikhtiar aisyah..."

aisyah mengalah.. dalam keberatan dia bangun melangkah ke bilik air untuk berwuduk.. dia tahu, apabila tiada perkataan pembelaan dari ibunya maka ini bermakna ibunya tidak mampu menolongnya.. aisyah melangkah ke bilik air dalam keadaan tubir mata dipenuhi dengan air jernih..

sebaik sahaja jemarinya terkena air wuduk, sendunya mula keluar.. air jernih yang berkumpul mula tumpah.. aisyah mengigit hujung bibir agar esakannya tidak didengari hingga ke luar.. dia memasang paip air sekuat mungkin bagi melawan esakannya..

dengan lafaz basmallah, dia membasahi anggota wuduk bersama doa..

selesai memakai kembali niqab dan jilbab, aisyah menghampiri ibu saudaranya..

"auntie, aisyah pinjam bilik.." aisyah memberitahu dalam keadaan nada suaranya tenggelam timbul kerana sebak yang masih ada..

sebaik sahaja kakinya melangkah ke ruang atas, airmatanya berguguran sekali lagi. mujur sahaja purdah yang dipakai menjadi pelindung.. aisyah mengintai ruangan di mana bomoh itu berada tadi.. aisyah ternampak ibunya cuba memberitahu si ayah tentang aisyah tidak mahu meneruskan perubatan itu.. namun, ayahnya jugak berkatakan perkataan ikhtiar.. mahu atau tidak, aisyah melangkah ke bilik auntie nya tanpa melihat ke arah ke dua orang tuanya..

airmatanya berguguran tanpa henti..
ketika memaki telekung sembahyang juga, airmatanya masih galak berguguran..
solatnya jugak berteman dengan sendu dan airmata..
telekung sembahyang basah dek titisan airmata yang berterusan.. 

seusai memberi salam, auntia masuk..
aisyah pantas berpaling dan memeluk auntienya..

"kenapa nie aisyah..??" tanya auntie lembut..

"aisyah tak nak auntie.. tak nak.. nie syirik..!!1"

"sabar ye aisyah.. auntie faham.. auntie pun tak nak.. auntie cuba pujuk ayah ye.."

"tapi ayah memaksa..."

beberapa saat kemudian,

"aisyah.. dah siap ke..??" soal si ayah di depan pintu.. aisyah tidak mengangkat muka kerana dia masih dalam sendu yang teruk.. dia masih didalam pelukan auntienya..

"abang, tak payahla paksa aisyah.. dia tak nak.." pujuk auntie..

"ikhtiar je..."

"dia tak nak.. dia memang dah sakit.. tak yahla paksa.." pujuk auntie lagi.. si ayah berlalu..

"aisyah, sabar ye.. buat solat sunat.. doa banyak2.. moga Allah lindungi aisyah ye sayang.." pujuk auntie sambil memandang wajah aisyah yang lencur dengan airmata.. mata aisyah mula kelihatan bengkak.. muka aisyah memerah kerana tangisan yang panjang.. aisyah mengangguk.. dia menyapu kesan2 airmata.. 

dia memejamkan matanya sebaik sahaja auntie berlalu pergi meninggalkan dia bersendirian..
dia cuba mengumpul kekuatan.. apabila dirasakan esakannya reda, dia bangun dan mula menunaikan solat sunat..

sebaik sahaja takbir diangkat, airmatanya mula berguguran sekali lagi.. namun tidak dihiraukan sehingga solat itu berakhir.. aisyah bertafakur lama di atas tikar sejadah.. airmata yang berterusan gugur tidak di hiraukan sama sekali.. tidak di sapu.. di biarkan terus gugur sehingga telekung sembahyang jelas kebasahan.. 

matanya pedih apabila terlalu lama menangis.. 

sekali lagi aisyah mengetap bibirnya..
dia bersujud lama memohon dilindungi.. 

ketika mula mengenakan jilbab dan niqab, aisyah sengaja berlambat2.. dalam masa yang sama aisyah bermohon

'ya Allah,
seandainya kematian yang mampu menyelamatkan iman dan akidahku, 
KAU ambilla nyawaku saat ini jua...

ya Allah,
namun.. seandainya masih belum masanya untukku kembali kepadaMU,
lindungi aku ya Allah..

ya Allah,
percepatkanlah jodohku agar ada yang mampu membawa aku keluar dari kepompong situasi begini...
agar ada yang mampu menyelamatkan aku daripada terus hidup dalam keadaan begini..
agar ada yang mampu membawaku pergi dari sini...
agar iman dan akidahku utuh terjaga ya Allah....' 

selesai memakai jilbab, aisyah duduk di birai katil.. dia merenung nasib dirinya.. apakah yang bakal berlaku..
dia berlalu ke cermin.. ketika dia memandang cermin, si ayah masuk ke bilik dan menghampirinya..

"aisyah.. cepatla.."

diam.. tiada respon.. airmata yang sudah kering kembali berguguran tanpa sebarang isyarat..

"aisyah, kita berikhtiar.."

aisyah memejamkan matanya.. dia mengetap bibirnya..

'ayah, andai us yang ayah guna, aisyah pasti menurut.. TAPI bukan bomoh ayah.. bukan bomoh...'

hati aisyah berbisik..

*****

aisyah keluar dari bilik dan terus ke dapur tanpa melihat seorang pun yang berada di ruangan itu.. ibu memandang dengan pandangan tidak berpuas hati.. aisyah menunduk..

"atuk.. dah solat..?? atuk nak makan tak..?? aisyah suapkan.." sapa aisyah..

"atuk lapar.. tapi atuk nak solat isyak dulu nanti.."

hati aisyah tenang apabila berbicara dengan datuknya.. sekelip mata saja segala kegusarannya hilang apabila berbicara dengan datuknya.. tambah lagi pandangan matanya di sapa oleh gelagak si kecil yang sedang cuba menyentuh kucing...

" aisyah..! ur turn..!" bagitahu seorang mak saudara.. aisyah terdiam..

***

"auntie... macam mana nie..??" soal aisyah sebak.. auntie menepuk-nepuk lembut belakang aisyah.. tangannya menggenggam jemari aisyah.. dia membawa aisyah kembali ke biliknya..

di dalam bilik itu pelbagai yang mereka bualkan..

"aisyah tak nak auntie.."

"auntie tahu sayang.. aisyah sama macam auntie.. sabar ye aisyah.. mereka tak belajar apa yang kita belajar.. mereka tak belajar terlalu dalam tentan apa yang kita belajar.."

diam...

"aisyah sayang, dalam sesebuah keluarga, pasti ada yang boleh bimbing keluarga itu.. contohnya dalam keluarga aisyah, Allah hadirkan aisyah dalam keluarga aisyah sebagai cahaya.. aisyah perlu kuat sayang..."

"auntie, aisyah takut Auntie.. macam mana dekat akhirat kelak..??"

"ye sayang.. kita berusaha selagi mampu.. hanya kita berdua ketika ini sayang sedangkan yang lain tidak memahami kita.."

aisyah dan auntie sama2 mendiamkan diri sehingga pintu bilik auntie di ketuk si ayah.. 

aisyah mengigit bibirnya sehingga luka kerana perasaan yang di tahan.. dia takut lama2 dia akan melawan ayahnya.. dia takut menjadi anak derhaka..

"aisyah, cepat..!" arah ayah.. aisyah diam..

"aisyah, nak buat ke tidak..???" soal ayah..

"tak nak yah.." balas aisyah takut2..

ayah berlalu... aisyah memandang auntienya dengan wajah yang ceria.. lantas bersujud syukur dan berpeluk dengan auntie..

*******keesokkannya...

aisyah berada di suatu ruang dan dia terdengar bicara si ibu dengan adik beradiknya..

si ibu menceritakan kedegilan aisyah kepada adik beradiknya.. aisyah bukam.. terdiam.. dia menghayati apa yang diperkatakan mereka kepada aisyah..

hati aisyah bagaikan di siat2.. di tusuk berulang2kali mendengar herdikan tajam adik beradiknya hanya kerana dia menolak perbuatan syirik..
sindiran secara tajam.. bahkan kata2 si ibunya yang menyatakan si ayah tidak mahu ambil peduli seandainya aisyah sakit paling menyentap hati aisyah..

bahkan, si ayah langsung tidak bertanya khabar aisyah selepas kejadian malam itu.. bertanya aisyah makan atau tidak pun tidak.. melihat aisyah pun tak nak..

hati aisyah terluka.. menangis sepanjang masa.. namun, riak wajahnya sering dikawal agar tidak kelihatan.. 

dalam kita mentaati ibubapa, seandainya mereka menyuruh kepada sesuatu yang dilarang, kita perlu menjauhinya walaupun kita akan melukai hati mereka....

 
'ya Allah...
kuatkan aku...
bawalah aku pergi ke suatu tempat yang mampu menenangkan aku..
ya Allah,
andai benar itu yang dikatakan,
kuncikanlah bibirku daripada meluahkan rasa sakit yang aku alami walaupun seteruk manapun kesakitan itu...
kuatkan aku untuk meneruskan kehidupan ini ya Allah...'


***the end****

ibrahnya,
untuk menjadi seorang anak yang taat itu perlu..
namun dalam ketaatan, kita tetap tidak boleh taat terhadap sesuatu yang boleh membawa kita kepada murka Allah..

ya..!
walaupun apabila kita menolak, kita akan mengguris hati mereka..
ya..!
walaupun apabila kita menolak, kita akan di pinggirkan..
ya..!
walaupun apabila kita menolak, kita akan mendapat kejian secara berulangan hanya kerana cuba menegakkan sebuah kebenaran..
sepahit manapun sebuah perjuangan, teruskanlah dalam keikhlasan..
Allah menilai setiap titik perjuangan kita ...

tidak bahagia di dunia tidak mengapa,
pasti akan ada kebahagiaan di akhirat untuk sebuah perjuangan penuh keikhlasan...

salam sayang....




bismillahirahmanirahim...
selawat dan salam buat junjungan besar nabi muhamad s.a.w.
lafaz cinta yang berterusan untuk KEKASIH yang hebat..!
cinta... cinta.. cinta...!
rindu.. rindu..rindu...!

TAK SABAR NAK JUMPA MEREKA..!

erk..??? ^_^

adalah.. secret..! tak nak cerita..!

weird feeling je ketika menulis nie..
tak tahu nak cakap pe..
in this couple weeks, rasa weird sangat..

kejap2 rasa sebak, kejap2 rasa cam teringat sesuatu, kejap2 rasa cam dah tak lama je..

entah.. mainan perasaan je kowt nie...

bila jumpa orang2 yang disayangi like my only one of 'atok', when i hug him, i felt something bad.. wanna cry.. but i didn't.. especially when i kiss his forehead.. he wanna relpy my kiss with one hug but he didn't.. only touch my shoulder.. my both shoulder.. n his eye's shown me like my atuk wanna cry.. and, it's really be.. my sister-in-law-to-be said to me that my atuk was cried after i gave my exclusive kiss to his forehead...

banyak sangat perkara yang berlaku dalam seminggu dua nie..
last hazirah punya post bila ye..?? hazirah lupa..he3.. (nyanyuk sudah..)

my only one of atuk.. tak nak kehilangan dia.. nak jugak ada atuk.. this time, hazirah baru boleh mendekati che wo sebab before this hazirah hilang ingatan, hazirah takut.. tapi, masa nie, hazirah peluk2 che wo.. sembang2.. suka tengok che wo senyum ke hazirah..! che wo..! semoga cepat sembuh ye.. cucumu sentiasa merinduimu dan menyayangimu..! caya tak lau hazirah cakap umur che wo dah melebihi 70 tahun..?? dia hidup zaman jepun lagi... kuatkan dia.. ^_^

atuk,
itu gelaran kebanyakan orang kepada datuk2 mereka..
and,setiap orang ada panggilan yang berbeza untuk datuk mereka. just like 'wan', tok ki, tok abah ect ect ect...he3..
AND for me.................... i called him as 'che wo'.. ^_^
half of his grandson n granddaughter panggil dia 'che we'.. haa.. hu3.. 'che we' tu dipanggil oleh sepupu sepapat hazirah yang tecik2.. yang bawah umur.. yang besar2 nie panggil 'che wo'..

che wo, 
satu2 nya atuk yang masih tinggal.. atuk sebelah abah yang merupakan ayah kepada abah..
ibu kandung abah merangkap nenek kandung hazirah, dah lama meninggal. since hazirah tak ada lagi.. wujud pun tak lagi masa tu..

yes..!
dah kembali kepada DIA more 20 years ago..rasanya about 30 years kowt sebab abang long hazirah yang umur 30 tahun tu je yang sempat tengok.. selebihnya tak pernah dan tak sempat tengok..

atuk dan nenek belah mama pulak dah tak ada dua2..
arwah nenek meninggal ketika hazirah berusia 9 tahun mama cakap... tahun di mana hazirah mula sakit2..
tahun yang memulakan perjalanan hidup hazirah dengan membesar dengan ubat-ubatan.. 

**senyum..

agak2, dah berapa geleng ubat dah dalam perut hazirah nie ye.. >.<

istimewa..!

tak semua yang merasai ini..
kan..??

mama kata, masa hazirah darjah 3 tular hazirah macam dah nak ma**...

tapi, umur panjang lagi...

arwah atuk sebelah mama pula meninggal baru2 nie saja.. bulan december.. dua hari selepas hazirah menamatkan peperiksaan penting hazirah.. Alhamdulillah.. sempat jumpa dan mengenali sebelum arwah pergi..

jujur, 
ketika pertama kali melihat arwah atuk, hazirah takut untuk mendekati.. dengan keadaan atuk yang nazak, dengan keadaan hazirah tidak mengenali..
namun, abah pegang tangan n tarik duduk sebelah atuk.. abang dan abah pegang tangan atuk.. mama jugak.. hazirah sekadar memerhati kerana jiwa hazirah bergetar hebat.. ketika itu hazirah rasa sesuatu yang lain.

abah tanya sama ada nak sentuh arwah tak..?? at least tangan dia kan.. hmm.. lama gak hazirah merenung arwah tok dari jauh.. mencari kekuatan.. ada suara seakan-akan memujuk dan cuba menguatkan.. 

lama berfikir, akhirnya kaki hazirah ringan melangkah.. hazirah bertengek di katil arwah atuk.. hazirah tengok mama.. masa tu nak sentuh ngan tak sama banyak..
hati sebak sebenarnya ketika itu sebab kesian sangat tengok.. seksanya Ya Allah... wayar masuk ikut hidung sampai ke perut..!

tapi, lastly, hazirah touch jugak.. hazirah gosok lengan arwah atuk.. n kadang2 baiki kain arwah...
mujurlah sempat tengok dan mengenali.. memang langsung tak sangka itula pertemuan pertama dan
 terakhir untuk hazirah...

abang punya konvo.. jangan percaya gambar nie.. hazirah tinggi je.. tapi nape jadi paling pendek... ohyea.. kami berempatla yang sempat tengok arwah atuk pada saat2 akhir arwah selain mak long n ayah long... my single abang but not available..he3.. dah berpunya ya..


sehari selepas bertemu hazirah, mama, abah dan abang, arwah atuk meninggal.. meninggal before jumaat kalau tak silap hazirah..
di hospital segamat, JOHOR.. Alhamdulillah.. semoga arwah berada dalam kalangan orang2 yang beriman... ameeen.. ameen..


ok..
nie semua gambar masa konvo abang.. hari rabu(2 april.. he3)..
abang konvo untuk diploma MECHENICAL ENGINEERING.. hazirah..?? menyibuklah sekali..he3..
taklah.. tak ada orang dekat rumah.. mama tak harap sebab lately hazirah kerap langgar sesuatu..

langgar apa..??/
langgar pintu, langgar dinding, langgar kereta(berjalan-jalan, saja2 langgar kereta), jatuh ect ectect.. he3

tak ada apa pun rasanya..
insyaAllah.. mungkin kerana keadaan hazirah nak membaik.. jadi itulah jadinya.. kembali merasai symptons.. tak ada apa.. cayalah tak ada apa..
hazirah kan kuat.. kuat dan degil..hu3..

cuma hazirah risau SATU je, bila makin kurus..
semalam, dalam perjalanan balik dari dungun ke setiu, hazirah sakit belakang teruk sebab tak baring seharian.. and duduk je.. duduk pulak atas tempat keras.. dalam kadar yang lama pulak tu.. mahunya tak sakitkan..??

mama sayang.. muka mama berkerut sebab panas.. ^_^

 
bila duduk dalam kereta, hazirah letak bantal kecik kat belakang.. mula2 lega juga sikit, but i think that i need a touch from my mom.. hazirah membongkok dan minta bantuan mama... mama dengan sabar cepat meletakkan tangan dia kat belakang hazirah dan gosok2..

nak di urut takut bahaya.. jadi mama gosok2la..
hazirah minta mama tekan dekat spine sebab rasa sakit sangat dekat spine.. mama sabar je dengan karenah hazirah.. TAPI, bila hazirah dah sakit2 macam tu, cepat je mama tanya

"ubat dah makan ke..??"

erk..erk.. hu3.. ala.. ala.. buat gaya manja depan mama..hu3.. mama cubit.. hu3.. ^^'

bila dah teragak-agak nak menjawab tu, memang sah mama dah boleh agak hazirah makan ke tak ubat..
udahla tu menelan ubatnya..

hazirah ingat nak testing setahun nie, boleh hidup tak without ubat2an.. rasanya boleh..! sebab, i have Allah on myside..!
lagipun ok je setakat hari ini.. ALHAMDULILLAH...!

kebergantungan kita hanya pada Allah..
bukan pada DOKTOR dan bukan juga pada UBAT..! ^_^

ohyea, when my mom touched my back, at that time lah mama tegur kenapa makin kurus..?? rasanya makan dah banyak.. dari mata celik, sampai mata pejam.. asyik mengunyah je.. tapi makin kurus...hmmm...???

kalau dilihat, memang tak nampak sebab hazirahkan suka pakai serba besar.. baju besar, jilbab besar.. jadi tak nampaklah dan mama pun tak perasanlah.. bila sentuh kat belakang, baru perasan..hu3.. >.< mama oh mama.. 

hnmmmm...???

mesti antum tertanya-tanyakan nape hazirah buat title kali nie dengan 'hmmmmmmmmmmmm??'

nak tahu tak kenapa..???

angguk kepala cepat2.. he3

SEBAB, hazirah mati akal nak letak tajuk apa untuk post nie..
sebab isinya bercampur aduk.. bermacam macam cerita ada.. kejap cerita ni, kejap cerita tu..
disebabkan itu, hazirah letak tajuk nie.. barulah ok sikit.. >.< tak payah pening2 fikir nak letak tajuk pe..

ok.. writing kali nie simple dimple jew.. santai je.. untuk suka2..

sebenarnya nak kongsi tentang kisah konvo abang.. tapi ada selingan2nya.. ^_^

semalam abang punya konvo..
ok, abang belum2 nie belajar dekat politeknik sultan mizan zainal abidin dungun. so baru konvo..
disebabkan abang belajar dalam terengganu je, jadinya balik hari jela. tak yah nak nginap kat sana...
mahunya bangun pagi2.. pukul 5 pagi tu dah bertolak dari rumah.. bagi abang, dah lewat, mahunya di pecut laju2.. !_!

eley, nak kata dekat orang, awak pun sama hazirah.. hi3..

**angguk2..

memang pun..! hazirah memang suka drive laju2.. paling slow hazirah pernah bawak around 90km/j.. dalam kawasan kampung lam 50km/j..
okla tu kan..?? 6_7

ok.. bila dah bertolak kul 5 pagi, so automatically, subuh pun 'tepi' jalanlah..

before story about what happened at the masjid, i wanna share about funny story..
hazirah gelak sungguh2 dalam kereta ke abang..
(jahatnya adik nie hazirah nie.. >.<)

abah minta abang berhenti dekat mana2 stesen minyak sebab minyak dah separuh sebab hazirah guna tawaf kuala terengganu dua hari sebelum konvo abang..
then, abah gilah bayar, abang keluar and masukkan minyak.. may u imaging my hensem abang wear what..??
dia pakai baju melayu colour hitam.. >.< pakai baju melayu pagi2..?? sah2lah orang ingat abang nak gi kawen..

hazirah perhatikan percakapan abah dengan penjaga stesen minyak tu.. 
abah gelak bila dia tanya nak gi kawen abang ke.. then abah jawab nak gi konvo.. hazirah cuit mama.. hazirah story ke mama.. mama pun gelak..

bila abang dah masuk dalam kereta, hazirah usik abang.. >.<
abang buat tak tahu je sebab dia ngantuk.. dia nak fokus pada driving..

kat masjid pulak, selepas solat subuh, abang terus bersiap. dengan pakai songkok and sampin.. adei..

lagila nampak macam orang nak gi kawen... sempat hazirah ambik gambar dia.. alamak..! dia nie memangla.. tak berapa makan dek gambar..

lepas ambik gambar, abang cakap pada hazirah yang dia rasa konvo dia akan jadi kacau bilau je..
hazirah tersengih disebalik niqab.. ada hazirah tanya kenapa..
kata abang, feeling dia.. dia rasa weird je.. nak tak nak je gi konvo tu.. 
dahlah ucapan tu dia lafazkan dalam masjid.. so, hazirah rasa dah makbul..hu3

kenapa..??

ok.. first of all, abang cakap masa dia nak naik stage, tapak kasut dia dah mula tunjuk tanda2 nak tercabut and al hasil, bila keluar dewan, memang tapak kasut dia tercabut.. 

keduanya pulak, tak reda lagi isu kasut >.< abang menghilang seketika.. pastu kembali dalam keadaan muka tegang.. kemudian dia senyum jugak.. dan sempat dia cakap "jem konvo aku.. taubat tak amboh konvo dah(teruk konvo aku.. serik dah.. tak nak konvo dah)"

hazirah angkat kening.. abang pun, tunjuk hazirah sesuatu.. hazirah berkerut dahi sebab tak mengenali.. pastu dia keluarkan handset dia.. subhanallah..! handset dia hancur sebab jatuh.. mujurlah dapat di sambung dan digunakan balik.. adei.. dugaan untukmu abang..

pastu, bergambar keluarga, orang lain semua pakai kasut, tapi dia..?? pakai selipar..hu3..
mujurlah abang duduk belakang sekali ngan hazirah.. mama dan abah duk depan. so could be cover la abang punya kaki.. >.< 

we look like a hubby n wife right..?? he3.. inila 'suami' saya buat setakat ini.. >.< suami, abang, wali, musuh, dan jugak kawan lelaki yang terbaik..!


manja je hazirah dengan abang yang sorang nie.. bergambar pun dekat2 je.. kalau sekali tengok like a husband n a wife.. kalau orang tak tahu status hubungan darah kami, confirm orang ingat kami suami and isteri.. >.<
he3.. yela.. memang diakui.. close la jugak.. and boleh cakap antara abang2, dengan dia yang paling hazirah rapat.. selalu gurau2.. selalu gaduh2(bukan sampai tak bertegur tu).. hazirah selalu cubit dia and pukul+tumbuk bahu dia..he3..

hmm..?? dia..?? langsung tak rasa sakit.. adei..

abang cakap serik dah nak konvo.. lepas nie, for the next step(if futher lagi) dia dah tak nak konvo.. dah serik..
adei.. betul2 seriklah kalau cegitu..

sepanjang majlis konvo berjalan, mama masuk dengan sister-in-law-to-be.. hazirah..?? teman abah kat luar.. abah minta teman abah.. yeay..! dapat manja2 dengan abah..hu3..

abah tak boleh berada dalam keramaian orang, nanti dia akan sakit dada.. jadi, hazirah as anak, oklah.. walaupun hazirah sendiri tak senang duduk sebab kerusi keras.. back pain attack..

kadang2, hazirah tonggak dagu hazirah kat bahu abah.. kadang2 sandarkan kepala.. sebab bila cakap dengan abah, kami sama2 suara slow.. >.< sama2 hendap dekat2 bila nak bercakap.. dengan suasana yang hingar bingarnya..

hah..! special thing that i did..!

guess what.. ^_^

i love this pic damn much..!
hazirah suapkan abah.. hu3..
jujur, tak pernah buat tau sebelum nie sebab abah garang sikit orangnya.. 
hu3.. hazirah tak boleh sikit dengan orang garang2.. tapi garang abah okla.. bertempat..
hazirah minum air, hazirah tanya abah nak tak.. abah eleng.. 
pastu, hazirah nak trick abah.. hazirah cakap air yang hazirah minum rasa pelik.. and hazirah sua terus ke mulut abah.. annnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnd..! YES..! abah minum.. he3..

proud....!

dah berjaya suap dua2.. abah dan mama.. suka3.. berjaya buat before mata tertutup.. kalau boleh nak buat banyak lagi untuk mereka.. nak jaga mereka.. nak balas jasa mereka.. namun, terlalu banyak obstacle.. TAPi, hazirah takkan pernah berhenti dari mencuba untuk membahagiakan mereka walaupun hazirah tahu dalam hazirah mencuba untuk membahagiakan mereka, ada keterlukaan pada hati mereka that i ever did without i know..

sebab tu hazirah nak cuba dan terus mencuba..
sampai bila..?? sampai mereka benar2 bahagia dan bangga ada anak perempuan seperti hazirah..
sampai mereka tenang dan senang punya anak seperti hazirah..
sampai mereka rasa mereka berjaya mendidik anak mereka menjadi anak yang berguna kepada keluarga, agama dan masyarakat.

gambar tak tahu ambik masa mana.. sedar2 dah ada dalam kamera.. my hensem abang tengah sembang dengan miss tunang dia.. miss hazirah pulak duk baca mesej dari kawan..mama pulak memerhatikan karenah anak2..
miss hazirah try untuk tarik mama.. tak bergerak pun kerusi tu.. last2 mama  bangun n alihkan sendiri kerusi..

bayangkanlah.. dari pukul 8.30 pagi sampai 1 tengahari hazirah duduk atas kerusi plastik..
mahunya segala tulang belulang nie tak sakit.. >.< nak berjalan ke sana ke mari rasanya tak elok sebab hazirah berniqab dan orang akan perhatikan setiap pergerakan hazirah..

how i couldn't say like that, hazirah keluar dari kereta pun orang duk pakat2 tengok... hazirah jalan nak gi tandas pun orang duk tengok... erkk.... !_!

adei.. buat2 tak tahu ajewla..

sebenarnya, rasa boringlah jugakkan sebab lama menunggu..
hazirah tunggu kat kawasan orang melihat aktiviti dalam dewan melalui tv..
oleh kerana saya tak cukup TIDUR, apabila orang 'besar2' berucap, tersengguk2 jadinya.. tak tahula orang perasan ke tak..

kalau perasan pun, dorang bukannya tahu rupa hazirah kan..?? advantage niqab.. ^_^

bosan tu, ya Allah.. DIA je tahu... tapi hazirah dapat cuci mata.. tengok babies... comey2 lak tu.. aiya.. geram2.. tapi kesian sangat dekat babies, sebab cuaca panas, mereka tak dapat nak tahan dengan cuaca yang panas jadi menangis je.. pas seorang seorang yang menangis. kesian pulak hazirah tengok.. 

bila dah tak ada apa nak buat, hazirah bukak buku yang hazirah bawak sebagai 'bekal'.. buku apa..???

ok.. ini dia tajuk buku tu.. ---> bolehkah COUPLE..??

interestingkan tajuk dia..?? menarik sangat grafik dia.. cara penulisan.. dan juga dengan penerangan, hadis dalil, gambar kartun2..

lucu buku tu.. penuh dengan penyindiran halus..
sape2 yang bercouple memang akan rasa kena tembak dekat kepala sendiri.. 
sape2 yang bercinta VERSI 'ana enta, ana enti' pun memang akan terasa 'pedas'nya...

hazirah kadang2 tergelak sorang2 masa baca buku tu..
rasa nak bagi je dekat semua sahabat2 muslimah yang mula berjinak2 dengan dunia COUPLE nie..

satu ayat yang hazirah suka sangat..
us tu cakap

"orang selalu beranggap bila cakap COUPLE, that's mean mereka bercinta padahalnya COUPLE tidak semestinya bercinta.. erti couple sebenarnya berpasangan.. berpasangan pula banyak maknanya.. tidak semestinya CINTA"

^_~

ok.. lepas tu kan, dalam keasyikan hazirah baca buku tu, hazirah rasa jilbab hazirah ditarik dari belakang.. hazirah pun berpaling.. SUBHANALLAH.. ada seorang bayi lelaki 15 bulan cuba bermain-main dengan hazirah.. hazirah cuba mencapai tangannya, namun dia lari.. terkejut mungkin bila melihat hanya sepasang mata kelihatan..

hazirah..?? tersenyum.. sampai nak terkatup mata sebab niqab tolak mata..adei..>.<
then, hazirah sambung baca balik..

tak lama dari tu, si kecil yang comel tu memerhati gelagak hazirah.. ohyea, si kecil tu lelaki tau.. hensem sangat..! geram..!
bila hazirah panggung kepala, dia mengigit jarinya.. comey.. <3

hazirah meletakkan buku hazirah di kerusi abah(abah tak ada masa tu)..
hazirah cuba tersenyum walaupun hanya terzahir pada mata.. hazirah cuba merenung matanya..
Alhamdulillah... dia menghampiri hazirah.. dia cuba mencapai handphone di tangan hazirah..

mungkin menarik perhatiannya.. yela.. handphone colour merah darah dengan aksesori handset pun colour yang sama.. ^_^
dia memegang tangan hazirah dan cuba untuk mencapainya.. hazirah membiarkan.. hazirah menundukkan sedikit badan dan memeluk tubuh kecil tu.. ^_^ tenang...
tangan kiri memeluk tubuh kecil itu, dan tangan sebelah kanan tetap memegang handphone sementara si comel tu bermain-main dengan aksesori handphone..

keluarga si kecil tu macam tak percaya si kecil yang cumel tu boleh mendekati hazirah.. siap bagi hazirah peluk dan dukung lagi... siap duduk atas ribaan lagi... <3

cerdik sangat si kecil tu..
bila hazirah rasa belakang hazirah sedikit cramp, hazirah mengangkat tubuh kecil itu ke ribaan hazirah sebab hazirah nak tegakkan badan.. subhanallah..! si kecil tu membiarkan je.. asyik dalam pelukan hazirah.. setia mendengar setiap ucapan hazirah.. dan dia membalas dengan senyuman dan gelak yang sangat cumill sehingga  menampakkan lesung pipit kat both pipi dia.. cumel amat..!

lama dia bermain dengan aksesori kecil handphone, si kecil yang comel tu melihat buku 'bolehkah couple'.. sungguh..! grafik at front comel dan itu menarik perhatian si kecil.. si comel tu memandang mata hazirah sambil jari telunjuknya menunjukkan buku tu.. hazirah ambil dan letak atas riba dia.. hazirah belek2kan untuk dia.. best.. hazirah ambik kesempatan untuk cium dia.. cium pipi dia.. 

**tenang...!

hazirah cuba menguji minda si kecil.. hazirah tunjukkan dua muka yang mempunyai gambar yang sama namun perbezaan warna..

hazirah tanya " sama tak sayang..??"

si kecil tersenyum sambil menayangkan gigi depannya dan lesung pipit.. comel.. one kiss as a present for him.. comel sangat..! peluk erat2.. nenek si kecil nie sampai gelak tengok keakraban cucunya dengan hazirah.. padahal baru je 'kenal'.. 

sempat si nenek berpesan agar hati2 sebab takut si kecil nie koyakkan buku hazirah..

hazirah hanya tersenyum.. tak kisah.. biarkan dia meneroka..dia akan belajar melalui apa yang dia lakukan.. 
seandainya dilakukan perkara salah, ditegur dengan caranya, pasti dia akan ingat..


minda si kecil mudah untuk mengingati sesuatu perkara yang berlaku..

mindanya mudah untuk merakam...

selepas lama bermain dengan hazirah, si kecil nie ngantuk dan mula meragam.. nak tidur namun keadaan panas.. hazirah meletakkan si kecil dan dia berjalan ke arah neneknya.. comel sangat..! dia suka meneroka.. <3



habis program konvo around 1 tengahari..

oleh kerana kasut dah hancur, abang pergi tukar n pakai selipar..
then ambik gambar semua kena separuh.. sebab nak sembunyikan kaki dia.. he3..

inilah bakal kakak ipar saya.. 



hazirah dengan sister-in-law-to-be pun ada gak 'gediks' mencuba pakai baju konvo abang.. kakak ipar okla.. sebab dia tinggi.. hazirah nie pendek.. jadinya, baju tu nampak besor.. >.< sabor ajewla..

abang cakap hazirah tak sesuai pakai baju konvo sebab pendek.. he3.. suka2 hati je...
tinggi ok tinggi...

how so close my hensem abang with me right..?? he3.. >.< ada kami berdua je kat rumah pun dah bising macam 10 orang.. hu3..
selepas habis konvo, terus gi umah atuk dekat kerteh.. ketengah jaya.. sebab dekat je dengan tempat konvo abang.. abah cakap dah sibuk lepas nie.. jadi nak jumpa atuk.. lagipun atuk tak berapa sihat..
Alhamdulillah.. suka tengok che wo.. dia nampak happy bila kami datang.. dia sentiasa senyum bila hazirah dan bakal kakak ipar cakap2 dengan dia.. bahkan bila hazirah nak ambik gambar dengan dia pun, dia senyum je.. <3

hazirah cakap dekat atuk

"che wo, kalau lepas nie orang rindu che wo, gambar nie orang akan tengok.. "

che wo..?? dia senyum... alhamdulillah..

sebak sebenarnya masa nak balik tu..
masa hazirah salam dia, kiss of dia punya pipi, and kiss at his forehead, rasa sebak sangat.. tapi, hazirah tahan je.. rasa macam perjumpaan terakhir..

kata abah, atuk happy bila tengok hazirah yang semakin sihat..
kata abah, masa hazirah tak kenal siapa2 termasuk che wo, che wo menangis.. kali ni, bila dia nampak hazirah dan boleh naik turun tangga dengan baik, dah tak takut2 dengan orang, dah boleh bergurau, dia senyum je.. bila nampak hazirah pun asyik senyum je..

<3 <3 <3 <3

kasih sampai syurga..........

KENANGAN TERINDAH...!

salam sayang...







LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...