tinggalkan jejak anda di sini

How Old I am ^_^

Daisypath Happy Birthday tickers

The Age Of MY Opened Dairy

Daisypath Happy Birthday tickers

Bismillahirahmanirahim...
salam dan selawat buat junjungan besar Nabi MUhamad S.A.W.

lama tak update blog(walaupun baru sebulan usianya tak update..he3), terasa ingin updated banyak perkara kali ini...

pertama sekali, mabruk alaik hazirah nak ucapkan kepada sohabiah hazirah iaitu NANI FADHILAH di atas kehamilan keduanya... Allahi.. murah rezeki nani.. beberapa bulan lepas baru nani mengalami keguguran.. kini, Allah sudah pun menggantikan yang telah pergi dengan yang terbaru..


5 weeks of pregnancy.. sekarang nie dah masuk 2 month kot.. hu3..
gambar nie tagged ke fb hazirah ketika janin berusia 5 weeks.. sedar2 dah ada(sebab lama tak buka)..he3

subhanallah.. masa tu, selepas beberapa lama tak buka fb, hazirah buka fb official hazirah sebab private fb hazirah deactivekan buat sementara sehingga imtihan tamat..(tapi x sempat tamat pun dah aktif balik..hu3).. kebiasaannya, hazirah buka wall ja tak buka my own.. bila hazirah buka notifications, ternampak kawan hazirah added satu picture kepada hazirah.. bila hazirah zoom... Allahi... speechless.. gambar janin.. subhanallah... hebatnya DIA.. begini rupanya bentuk janin berusia 5 minggu... lama hazirah merenung gambar ni sebab hazirah macam terpaku...hu3...
setelah 'sedar' barulah hazirah kembali tersenyum dan seungkap lafaz ALHAMDULILAH lahir dari bibir...

sebenarnya tak sangka...
dah lama hazirah cuba menghubungi sahabiah hazirah nie.. since hazirah tak start exam lagi... buka fb pun, fb dia tetap deactive.. cuba called, tak dapat2.. untill one day, hazirah cuba hubungi no malaysia miliknya.. yes...! got it but not she but her brother.. he is achik... o'ho... hazirah terdiam bila yang menjawab panggilan adalah suara syabab.. tapi achik cepat mainkan peranan cuba biasakan hazirah dengannya.. kata achik, hazirah juga rapat dengannya seperti kakaknya sendiri...

achik menceritakan kepada hazirah yang no malaysia kakaknya itu dia yang guna sebab sim nya di block... camne boleh kena block achik..??? kak yus curious jadinya tau...hu3
pada awalnya agak janggal juga dengan achik nie..
kenapa ya..??
yes...! although taraf dia dengan hazirah berpangkat 'adik dan kakak', tapi you must remember that achik is a syabab.. syabab forever still would be syabab ok.. >.<

demi mengetahui keadaan sohabiah, hazirah cuba juga.. then hazirah tanya satu persatu...
hazirah sangat terkejut mendengar cerita achik bahawa sohabiah hazirah mengalami kemurungan teruk rentetan daripada keadaan anak kembarnya yang sakit..
ye.. hazirah memang tahu dari awal lagi si kembar di sahkan sakit.. tapi hazirah tak tahu yang penderitaan si kembar menyebabkan sohabiah mengalami kemurungan teruk...





sabarlah duhai sayangku...
Allah memberimu kebahagiaan yang tiada kalah bandingnya.. namun ingatlah sayang, di dalam kebahagiaan itu, pasti ada ujian yang melanda tanda Allah menyayangi dirimu dan keluargamu..
tabahlah sayang...
Allah takkan menguji kita jika kita tak mampu...
kan nani sendiri sering bagi kata2 semangat pada yus yang yus mampu hadapi semua ujian itu sepanjang yus lumpuh...????
hari ini, yus nak bagi balik kata2 tu pada nani...
Allah tahu nani boleh lalui semua itu...
nani jangan cepat mengalah ya sayang... tengok.. kan Allah dah bagi 'hadiah' yang paling berharga pada nani bila nani bersabar...
Allah dah bagi janin baru pada nani selepas DIA mengambil kembali yang dulu.. yang lepas sebagai tiket untuk ke syurga, yang baru sebagai ganti yang tak ternilai...
bersyukurlah sayang...
yus bersyukur sangat n rasa happy sangat bila tahu nani dah happy sekarang selepas kehadiran insan terbaru..
nani balik, nak sangat jumpa nani.. tapi tak tahu sempat tak jumpa..
hopefully dapat jumpa nani... ^_^
kept strong dear....!

MY BIGGEST EXAMINATION...

19 november is my first day i seat in my 1st room of examination..
so nervous lorh... ter-ketar2 tangan nak menulis... semua perasaan ada.. berkecamuk...
keliru... risau plus999 dengan tak cukup tidur... !_! !_! !_!


alhamdulillah.. dah habis dah exam... merdeka999..!

peruncingan2 soalan yang bakal masuk tak putus2 masuk ke ruangan mesej... !_!
sejujurnya, peruncingan yang masuk sekadar sekilas saja jadi santapan mata.. tidak pula hazirah ambil secara berat... kerana hazirah bukanlah seorang yang bergantung kepada runcingan.. sebab kakak2 dan abang2 hazirah selalu pesan 'JANGAN BERHARAP PADA PERUNCINGAN.. NANTI kALAU TAK MASUK, SUSAH N DAH TAK BOLEH JAWAB"...
kata2 itu terus hazirah pegang...
hazirah cuba buat analisis sendiri... ALhamdulillah.. analisis yang hazirah lakukan hampir tepat.. dan yang hazirah yakin masuk, sebetulnya masuk.. cuba soalannya saja di pusingkan... Alhamdulillah... Alhamdulillah..

kejayaan itu tidak akan datang dengan sendiri kecuali, kita yang berusaha untuk mencari dan menggapainya...
peruncingan, ye.. sememangnya peruncingan itu sangat membantu KALAU apa yang di runcingkan bertepatan dengan soalan yang masuk... bolehlah karang jawapan 'bertali arus' panjangnya...
tapi, seandainya apa yang diruncingkan langsung tak masuk di dalam peperiksaan?/? what would you do..??? answer it..!
pasti termenungkan..??? pasti sedaya upaya mencari ruang untuk meniru dan bertanya dengan rakan di sebelah...

jika kita dah berusaha, kenapa kita perlukan peruncingan lagi..???
itu kata2 cikgu sejarah hazirah selepas hazirah tamat menduduki kertasnya..

'kalau awak dah berusaha, dah belajar, awak takkan berharap pada runcingan.. saya dah ajar semuanya cuma semuanya terpulang kepada awak sama ada mengambil berat apa yang saya ajar ataupun tidak.."

hazirah tersenyum puas....!
terasa bebanan yang tertanggung di bahu per-lahan2 jatuh ke bumi...
hazirah dah berusaha, then tawakal...!
hazirah tidak tawakul semata mata... bukan mengharapkan kejayaan datang bergolek tanpa usaha...
kejayaan hanya datang bila kita berusaha sahaja...!

pada hari pertama hazirah exam, hazirah hampir saja terjebak dengan kecurangan...!
yes...! at the times, hazirah betul2 blur sebab tak cukup tidur.. hazirah tahu jawapannya tapi tak boleh nak keluarkan..!
jemari kemas menggenggam pen untuk mencoret jawapan.. terus memikirkan ayat yang sesuai untuk di lakarkan namun tak juga hadir...

mungkin, masa itu nafsu untuk berjaya lebih mengatasi daripada suara iman.. hazirah bertanya pada kakak hazirah..! !_!
tapi, mujurlah kakak tak ingat jawapannya apa... kawan2 kakak juga tak ingat...
Alhamdulillah.. alhamdulillah... keberkatan itu masih terpelihara... syukur... (buat sujud syukur)...
seriously, hati hazirah memang tak tenang bila tanya kakak... tapi bila kakak kata 

"sorry, i dont remember anymore"..

hati hazirah terus tenang...

kalimah 'laila hailla anta subha naka inni kuntum minal zalimin'  tak pernah putus terungkap dari bibir hazirah.. masa tu, hazirah tawakal ja pada Allah.. apa nak jadi, jadilah...
pasti ada hikmah...!

siapa sangka, 30 minit terakhir, Allah memberikan hazirah Ilham jawapan yang TIPTOP untuk di lakar... melakar setiap jawapan dengan pantas kerana mengejar masa yang sangat terhad... sebaik sahaja ketua pengawas mengatakan 

"sila letakkan pen anda.. waktu sudah cukup"

dengan pantas hazirah merungkai jawapan penutup..
kedudukan hazirah yang paling tengah, memberi hazirah satu advantage...
pengawas mula memungut kertas jawapan dari meja pertama dan terakhir.. jadi, hazirah punya waktu lagi untuk menulis..

memang sangat2 kejar waktu.. terasa sangat pressure... !_! 
ketua pengawas memungut dari meja terakhir sementara anak buahnya memungut dari meja depan.. o'ho.. anak buahnya yang 'baik' menanti hazirah menyiapkan penulisan hazirah.. 

pengawas itu cuba memperingatkan hazirah bahawa hazirah perlu cepat...
tapi bila hazirah cakap

"cikgu, kejap2.. dah nak siap.."

may you guess what's he calling me..??
he call me 'sayang'.. erkkkkk...
what's this...?!
menyampah betul..!

kalau pengawas perempuan, hazirah tak kisah tapi pengawas lelaki, itu tak mungkin...!

selesai kertas hazirah di pungut, salah seorang rakan hazirah, hazirah tarik dan menyatakan hazirah tak suka penggilan itu.. hazirah rasa panas hati masa itu.. geram, sebal semua ada...
namun, jawapan sohabiah hazirah buat hazirah kecewa.. kawan cakap

"jangan salah faham.. xdok apa kot.. biasalah tu.."

erk..??? biasa...??? what's kind of sentence it is..???
mungkin bagi kalian itu biasa, tapi not for me..!
saya jaga benda tu..
saya rasa geli mendengar kalimah tu keluar dari mulut ajnabi.. saya rasa pening...!

mujurlah hanya hari pertama peperiksaan saja pengawas tu ada.. for second day, third day ect, dia dah tak ada...
syukur Alhamdulillah...! -->hati bunga2 lagi nie tau..

JENTIKAN ILAHI KETIKA PEPERIKSAAN..

ketika menduduki kertas sejarah asia tenggara + sejarah malaysia, 
mungkin, ketika itu Allah ingin menguji sejauh mana hazirah sabar... bangun seawal 3 pagi untuk mengulangkaji pelajaran... buat tahajud seperti biasa, masa itu tdak terasa apa2 kelainan...
pada awalan ulangkaji juga tidak ada masalah.. setelah beberapa lama mentelaah, hazirah di sapa mama yang menjengah ruangan dapur(sebab port kegemaran hazirah untuk belajar adalah kat dapur... >.<) ketika cuba gerak2an mata untuk melihat mama lah hazirah mula merasai kelainannya..

terasa sakit ketika mata digerak2an.. hazirah cuba pejamkan... dan cuba untuk berhusnuzhon dengan memujuk hati bahawa itu hanya di sebabkan mata letih sebab terlalu banyak berjaga..
kunci jam untuk setengah jam.. hazirah cuba pejamkan mata.. 
bila jam berbunyi, hazirah cuba gerak2kan mata, tetap juga rasa sakit.. hazirah abaikan kesakitan tu kerana memikirkan kertas peperiksaan yang bakal di duduki pagi itu..

suara iman cuba memujuk hati yang mula berkata2 bahawa mungkin neuritis itu kembali lagi...
sungguh...! pada hari itu hazirah memang merasai kelainannya...! terasa letih, langkah menjadi agak perlahan.. kadang2 dalam tengah melangkah, kaki tiba 'mengeras'.. nafas tidak bergerak dengan lancar sebaliknya hazirah rasa tercunggap2...

rasa jantung menyucuk.. tapi tak teruk..
cuba menenangkan keadaan diri dengan zikrullah.. sementara menunggu pengawas mengatakan kami sudah boleh mula menjawab, suara iman cuba menenangkan.. bibir terus melafaz zikrullah...


gambar perhiasan sahaja

namun, siapa sangka, semakin lama mata semakin kabur... hazirah cuba gerak2an mata dan rasa mata semakin sakit terutamanya mata sebelah kiri... ketika itu, mata hazirah mula menitiskan airnya kerana kesakitan itu...
hazirah cuba lagi untuk gerakkan itu telah menyebabkan kesakitan itu menyalur sehingga ke otak.. sangat sakit... secara spontan hazirah pejamkan mata.. bila hazirah buka mata, Allah.. Allah... mata hazirah blind tiba2.. hazirah tak nampak apa2... 

hazirah dah mula risau.. bukan risau sebab mata tak nampak tapi risau sebab takut tak sempat jawap semua soalan.. he3... -->buat muka tak bersalah...
suara iman memujuk lagi dengan mengatakan semua itu hanya sementara...
hazirah tidak pasti sama ada rakan2 sekeliling perasan ataupun tak...
tapi 1 jam pertama, hazirah memang berperang dengan kesakitan.. at the same time, kaki hazirah kejang dan tangan terketar2, backpain tiba2 jadi teruk !_!... nak ambil painkiller tapi hazirah ada minum kaffein jadi tak boleh makan.. bertahan dengan diri sendiri ja ketika itu..

bibir terus melafaz zikrullah moga segalanya di permudahkan...
spect hazirah cabut dan 'rehat'kan di atas meja..
mata hazirah tekup dengan tangan sambil menggosok sekuat hati...
kadang2 hazirah lentokkan kepala atas meja sambil tangan sebelah lagi bermain2 dengan pen.. nak menulis tak nampak.. jadi biarkan rehat dan kadang2 ada juga cuba menulis..

walaubagaimanapun, blind tu tak lama.. beberapa lama kemudian, mata mula menjadi kabur dan hazirah mengambil kesempatan itu untuk rapatkan mata pada kertas untuk membaca soalan dan menulis jawapan..
walaupun agak sukar, tapi usaha untuk menulis tetap di teruskan..

lama kelamaan, mata hazirah semakin cerah walaupun rabun itu masih ada..
apabila waktu bersenggang agak lama untuk paper seterusnya, hazirah hubungi kakak angkat hazirah kak sya..
kak sya kata hazirah perlu pergi jumpa doktor hazirah secepat mungkin kerana walaupun sympton tu dah beransur hilang, namun di dalam badan progress penyakit tu masih 'galak' berjalan..

selain mendapatkan pendangan kak sya, hazirah cuba menghubungi kak naseem pula.. kak naseem juga mengatakan perkara yang sama bahawa hazirah perlu berjumpa doktor dalam kadar yang segera.. kata kak naseem, mata hazirah menunjukkan symptons awal untuk hilang pengelihatan..
speechless..
terkejut sebenarnya.. mudah2an ini sekadar jentikan sementara dari ILAHI.. bukan benar2 petanda.. although itu adalah satu petanda awal, mudah2an ia bukan akan berlaku dalam kadar masa yang sangat dekat...

positive thinking hazirah...
insyaAllah.. tak ada apa2 yang akan berlaku..
oleh kerana saya berasa tak ada apa2 yang berlaku walaupun mata kabur2, saya tetap driving sorang2 ke hulur ke hilir...
o'ho... biasalah bila aktiviti memandu menjadi kegemaran, walaupun mata kabur2 tetap gak driving..
siap boleh main potong2 kenderaan lain lagi masa kereta tengah bersusun.. hu3..(ikut tabiat abah n abang2 yang suka memandu laju)...

yang sebenarnya, kenapa hazirah tak nak terus berjumpa doktor tu sebab hazirah masih dalam tempoh imtihan... hmmm...
kalau hazirah jumpa doktor, confirm will admitted ward again...
pastu, takkan nak exam dalam hospital..??? nanti tak sempat nak belajar.. sebab hazirah tahu sangat3 macam mana keadaan hospital...
kalau dah masuk ward, tak kan dapatnya nak belajar.. sekejap2 doktor datang, pastu nurse pulak pastu, makan pula, pastu ubat pula dan bla-bla...>.<

kerana itu, hazirah biarkan dulu..
hazirah ada bagitahu abah.. n abah tanya sama ada boleh bertahan ataupun tak.. hazirah mengatakan insyaAllah masih boleh...(cubit pipi sendiri sebab tipu abah masa tu..hu3.. sebenarnya dah tak boleh tahan dah sebab eye's pain dan bercampur dengan backpain..)
tapi hazirah mengambil langkah untuk berbaring sambil memejamkan mata di samping bibir terus berzikir... Alhamdulillah... eye's pain beransur pergi.. cuma backpain masih bersisa.. tapi tak pe sebab boleh bertahan lagi...

seriously, sepanjang exam berjalan, hazirah sememangnya tak cukup tidur..
macam mana nak cukup, asal nak tidur je mesti otak duk setting paper then... alhasilnya, tidur tak sampai 3 jam pun sehari...! sampai mata dah jadi like beruang panda dah...adei..

DOWN...!


tekanan itu terus menghimpitku...
terkadang, aku berada di antara dua keadaan.. menghadapi kemurungan ataupun teruskan perjuangan..
suara iman memimpinku untuk memilih meneruskan perjuangan..
tekanan kadang2 menekanku sehingga aku rasakan nak gila..
suara iman memujuk dengan qalam bahawa JANJINYA SANGAT PASTI dan teruskan...!

ketika selesai menduduki satu paper nie.. dont know how to say... really been down...!
sentap..! paper tu hazirah minat sangat tapi hazirah rasa nak rebah bila hazirah ajukan kertas soalan hazirah kepadda muallim n ada jawapan kat dalam tu, muallim cakap hazirah tersalah bagi jawapan...!
nak menitis airmata...! muka muallim berubah..
tak tahu bagaimana boleh terlancar keluar dari bibir ini

'bagaimana kalau saya perlu mengulang...??"

muallim terdiam.. tapi dia cuba menenangkan kegundahan hazirah dengan mengatakan jangan malu andai perlu mengulang.. untuk ilmu, tak ada sebab untuk kita malu... ingat tak pencipta lampu..?? dia gagal beribu-ribu kali sebelum menjumpai kejayaan sebenarnya dalam penciptaan lampu..
kata muallim, kita bukan gagal sebaliknya kita semakin menghampiri kejayaan..
dalam masa yang sama, otak hazirah mula menganalisys tentang seorang profesor di sebuah universiti.. beliau mengatakan belaiu perlu mengulang STPM sebanyak 19 kali sebelum dia berjaya seperti sekarang.. may u imaging umur berapa baru dia masuk universiti..??
dia cakap bukan tak malu bila usia dah lewat tapi masih mengulang tapi keinginan untuk menggapai kejayaan itu yang mendorong dia untuk terus berusaha..

kata beliau lagi, apabila dia berjaya menjejakkan kaki ke alam universiti, dia teruskan pengajiannya hingga ke peringkat phD.. setiap peringkat pembelajarannya di taja oleh kerajaan sepenuhnya dan kerajaanlah yang menghantarnya untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara...

woah..! amazing thing...!
hazirah tersuntik dengan kisah profesor nie..
tapiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii.....................
hazirah tak nak kecewakan ma abah... ma abah mempunyai harapan yang tinggi pada hazirah...

Ya Allah...
permudahkanlah urusanku ya Allah....
bantuilah hambaMu nie...
aku bermohon ya Allah...

PEPERIKSAAN BERAKHIR...!

12/12/2012... 
itulahtarikh keramat yang bagaikan membebaskan hazirah daripada 'penjara'...
tepat jam 4 petang, secara spontan, terlafaz kalimah 'merdeka' dari bibir hazirah sehingga ketua pengawas dan isterinya tersenyumm..

hazirah masih ingat, yelah kan bilik yang hazirah duduki mejoritinya kawan2 hazirah memilih subjek IT sebagai salah satu subjek peperiksaan mereka.. mereka semua classmate hazirah unless hazirah ja yang tukar subjek IT kepada bahasa..

jadinya, ketika paper akhir, depan belakang kiri n kanan hazirah, KOSONG...!
kalau adapun selepas berselang 2 baris dari sisi hazirah baru ada pelajar bahasa yang asli punya iaitu pelajar2 pengurusan perniagaan...
o'ho.. asal panggung kepala ja mesti nampak  ketua pengawas kat meja dia.. hu3..
hazirah selesai menjawab 60 soalan pada minit 15 yang terakhir...

lima minit terakhir, mata hazirah tak lari daripada memandang jam dinding yang tersangkut di belakang ketua pengawas...
satu minit terakhir, bibir hazirah jelas kelihatan mengira detik sehingga ketua pengawas perasan dan tersenyum sambil mengangkat kening kepada hazirah...

hazirah hanya tersenyum....!
sebenarnya, masa tu hati nie tak sabar2 nak merdeka sebab mata dah nak tidur... hu3,..
bila ketua pengawas mengatakan 

"ok.. masa dah tamat.. sila letakkan pen anda..."

cepat2 ja hazirah letak pensil kat tepi..hu3... cuba meneliti sekali lagi kut2 ada jawapan yang hazirah tak hitamkan...
yeah..! semua dah hitamkan.. mudah2an, jawapan hazirah banyak yang betul.. ameen.. ameen.. ameen...

ketika pengawas hampir di meja hazirah sempat dia mengusik hazirah lantaran menyedari yang hazirah tak senang duduk as long as kertas hazirah tak di kutip...

"awak dah puas hati ke.."

angguk..!

"betul nie..?"

dua kali angguk + senyum..

"tak menyesal..??"

mengeleng..

ketua pengawas tersenyum...!
lalu mengutip kertas hazirah.. sebaik sahaja langkah pertama ketua pengawas menapak dari meja hazirah, tak semena2 tangan hazirah terangkat kedua2 belah sambil wish 'merdeka2'..
ketua pengawas berpaling..

tersenyum...! !_! 

opss... alamak... out of control...
adei..adei.. adei.. malunyeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeerrrr...!

ketika nak keluar dari bilik peperiksaan, hazirah peluk isteri ketua pengawas@juga pengawas peperiksaan.. dia sempat pesan kepada hazirah agar solat hajat jangan tinggal.. ^_^
pasti cikgu..! 
terima kasih untuk semuanya cikgu..
terima kasih sebab izinkan saya ke tandas pada 30 minit awal walaupun peraturan peperiksaan sebenar tak boleh keluar 30 minit awal dan akhir..
terima kasih cikgu kerana faham dengan keadaan saya yang tidak sesihat rakan2 yang lain...

insyaAllah... saya akan sentiasa ingat cikgu2... ^_^

JAMUAN TERAKHIR.....>,<

selesai paper terakhir, kami pergi ke rumah muallim sejarah kami.. muallim adakan jamuan terakhir untuk kami..
ho3.. kami nie, dengan berbaju sekolah pergi ke rumah cikgu tak tukar2 dah..


totally pengurusan perniagaan students
terselit sorang budak ekonomi...hu3...
waiting for the pizza...
fira dan ain.... fira baik.. caring... love to help me while i still sick..
dorang nie ngah borak2 apa pun hazirah tak tahu..

pergi dengan apa..??? yes..!
i'm driving myself with gen2...
hu3...
segan pergi sorang2 rumah cikgu, hazirah ajak2 rakan2 dari kelas pengurusan perniagaan naik sekali dengan hazirah.. hu3...

**selamba bawak kereta dengan berbaju sekolah.. >.<

sebenarnya, agak sedih jugalah..
hazirah ingat, sampai rumah cikgu, classmate hazirah ada.. rupa2nya tak de dah semuanya.. tak pelah.. faham jew.. ^_^
bebudak bahasa ni pun baik2 sangat2 dengan hazirah...
gurau2.. and hazirah langsung tak rasa canggung dengan dorang walaupun mereka bukanlah classmate asal hazirah...
^_~

makan pizza... muallim buat.. Allah.. sedap..! sedap...!
tiptoplah cikgu masak..! best sesangat...
mujurlah perut hazirah nie mampu tampung makanan lam kuantiti yang sedikit je.. kalau tak, mesti hazirah ambil lagi pizza tu..hu3...
hazirah makan 2 keping je.. sebab perut dah penuh..

feeling hazirah lepas exam berakhir..???
allah...ALLah....!
hazirah rasa batu besar yang tertindih di bahu hazirah berkecai...!
sebaik je kertas jawapan hazirah di pungut, terasa bahu menjadi sangat ringan...

bibir tersenyum puas...!
mudah2an kesabaran selama nie akan berbalas.. ameeen...

YA ALLAH.. MY ROOM...!

apa dah jadi..???
macam tongkang pecah...!
hu3.. nie gambar selepas kemas.. alamak.. tongkat sakti hazirah nak join sekali masuk gambar...
secara keseluruhan...
nielah teman2 karib hazirah
this is half of my short note..
nie jadual exam.. yang ditanda dengan warna kuning tu hari hazrah exam... ^_^

Allah..Allah...
tulah.. jadi pelarian sangat.. kat mana study, kat situlah jadi tempat tidur sampai apa2 yang berlaku kat bilik sendiri tak tahu..
balik dari jamuan rumah cikgu, baru perasan,Allah.. nie bilik anak dara ke..???
he3...

ish3....
tak-patut2...
mama kata tak lulus kalau nak buat jadi isteri...! hu3...
**gigit jari....

he3.. balik dari rumah muallim, jam dah masuk angka 7 malam.. masa tu rasa letih sangat.. tapi malam tu is my first day hazirah mula nak tidur dalam bilik balik after 2 year tak tidur dalam bilik(lepas sambung belajar pas SPM)...
sebelum2 nie, kat mana hazirah study, kat situlah hazirah tidur..
biasa2, hazirah atur kerusi makan kat dapur n tidur kat situ je untuk mudahkan bangun pada dini hari,..he3..

tilam adalah tempat yang sangat selesa untuk seorang pelajar macam hazirah tidur.. takut kalau sekali tidur, subuh baru bangun.. jadinya, tak bertahajud dan tak studylah jawapnya... !_!...

hazirah perhatikan meja study..
Allahi...
disebabkan mind setting tak sempat nak kemas sebab exam, bertimbun2 buku yang tak tersusun atas meja..
migrain2... serabut sesangat kalau tengok..hu3..
apa nak jadilah nie..???

i should say that to myself...
set in ur mind hazirah, dont let's it be relapse..
lepas tengok meja study, terus setting dekat mind nak kemas meja n whole of my room lepas solat isyak..
letih memanglah letih tapi, itu yang sepatutnya hazirah buat sebab kalau tempat tu kotor, syaitan suka sangat2.. jadi mesti kemas..

alhasilnya, memang kemas sesangat malam tu.. hu3..
puas hati.. sampai tertidur masa kemas..he3.. 

**keletihan n sakit belakang sebab angkat buku tebal2 dengan kuantiti yang banyak..
^_^
nie matlamat hazirah lepas nak jadi doktor tak menjadi..he3..

sebenarnya, kalau diikutkan malam 12 dec tu hazirah ada program kembara ilmu under ABIM..
tapi last minute hazirah tarik diri sebab nak pergi tengok tok dekat johor keesokkannya(13 dec)..
sedihnya.. tapi memang penuh hikmah...

apa yang jadi kat johor..???
just waiting ok..
to-be-continue....

HONESTY IS THE MIRROR FOR UR CHARACTER...

sebelum penulisan hazirah berakhir untuk post kali ni, hazirah nak cakap sikit tentang HONESTY...
yes..! HONESTY IS THE MIRROR FOR UR CHARACTER...

tak kisahlah lam apa jua hal..
tapi untuk post kali ni, hazirah nak sentuh tentang kejujuran didalam peperiksaan..

sentap...!
hmm.. manusia, jika inginkan kejayaan dunia sanggup buat apa saja walaupun jalan itu jalan yang tak halal asalkan 'kejayaan' itu di dalam genggaman mereka..

hazirah nak tanya kepada readers2 yang hazirah sayangi..
apa guna berjya andai hasilnya langsung tiada keberkatan..??
apa guna berjya andai ianya bukan datang daripada titik peluh sendiri..???

pernah tak kalian fikir impak kepada in ur future life..??
contohnya kepada generasi kalian kelak..??

pernah tak kalian fikir yang seandainya kalian berjaya mendapat result yang cemerlang lam peperiksaan besar dengan cara yang tak berkat ni boleh bagi eksternaliti negatif kepada keluarga kalian kelak..??
pernah fikir tak..??

kalau hazirah cakap TAK PERNAH...! just anggukkan je sebab kalau kalian fikir kalian takkan buat benda2 yang Allah tak redha tu...!
pernah tak kalian fikir yang sebenarnya kehidupan kita dari muda hingga ke tua adalah satu rantaian yang saling berkait..

cuba menggunakan konsep ANDAI...

hazirah catat, cuba imaging in ur mind...

bila anda berhadapan dengan peperiksaan awam, anda melalui peperiksaan itu dengan kecurangan(meniru),
lepas tu result keluar, anda perolehi keputusan yang agak cemerlang...
anda happy.. tapi pernah tak terlintas yang kejayaan itu tak di berkati..???(try to think for awhile)..
lepas tu, anda mendapat tawaran untuk melanjutkan pengajian ke peringkat ijazah..

anda menggunaka keputusan peperiksaan yang 'cemerlang' tu.. 
percaya tak kalau hazirah kata, sekali awak meniru dalam peperiksaan, awak akan terbawa2 sikap yang TIDAK BERTANGGUNGJAWAB tu hingga ke alam universiti..???
dan pernah tak anda fikir yang andainya semua perjalanan kalian menuntut ilmu hingga ke peringkat ijazah selama nie adalah tidak di berkati..???

dan anda berjaya grad dengan 'usaha' itu..
anda ada fikir tak yang anda akan perolehi pekerjaan melalui 'hasil' yang telah anda ciptakan itu..??
dan bila dah berkerja, pasti ada month-income, ada tak terlintas di fikiran anda yang month-income anda tu wajar untuk di ragui 'halal'nya...??? ^_^
cuba fikir... renung dalam2..

pastu masuk part rumah tangga..
dengan 'hasil' itu, anda berumah tangga dan Alhamdulillah ada permata2 hati sendiri..
pernah tak TERFIKIR yang anda bagi anak isteri anda makan pakai dengan HARTA yang wajar di ragui..???

pernah tak anda fikir, dengan HARTA yang diragui, ia boleh membentuk generasi yang negatif..???(get what i mean..???)

seandainya kelak anak2 anda TERLEBIH NAKAL, fikirkanlah di mana salahnya... ^_^

cuba renung2kan apa yang hazirah cuba sampaikan ok..

renung2kan dan selamat beramal...! ^_&

to-be-continue
(random update 2nd series coming soon)





0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...