tinggalkan jejak anda di sini

How Old I am ^_^

Daisypath Happy Birthday tickers

The Age Of MY Opened Dairy

Daisypath Happy Birthday tickers

bismillahirahmanirahim..
selawat dan salam buat junjungan besar Rasulullah S.A.W..
salam penuh cinta dan kerindui di ukirkan..
semoga kecintaan kita kepada baginda S.A.W. semakin menebal saban hari.. bukan di hakis oleh perasaan inginkan duniawi semata mata...

Alhamdulillah...
sebelum hazirah menduduki kertas pertama hazirah untuk exam 'besar' pada 19 november nanti, hazirah ingin mengambil kesempatan di pagi hari ini untuk menulis..----->melepaskan kerinduan jemari untuk menari-nari di atas keyboard lappy kesayangan.. ^_^

di keheningan pagi ini, bertemankan muzik2 lembut kegemaran, melepaskan segala tekanan yang kian membebani minda.. saban waktu asyik berfikirkan exam, exam, exam, exam,exam.................................

kalau tak lulus dengan cemerlang bagaimana..??
kalau tak dapat melanjutkan ke peringkat lebih lanjut bagaimana..???
kalau....
kalau...
kalau...
kalau.....

tak tahu berapa banyak kalau yang hadir bermain-main di ruangan minda..
sehinggakan fokus untuk belajar itu di curi..
lately, sgt kurg belajar kat rumah.. bila nak tido baru buka buku sekejap..he3.
mama sampai risau sebab exam dah dekat tapi hazirah nampak 'main-main' lagi..

bila mama menegur, hazirah hanya tersenyum.. hu3..
faham.. sebab hati seorang ibu memang sentiasa inginkan anak2nya berjaya di dunia dan di akhirat.. nak2 dengan keadaan hazirah yang banyak tertinggal belajar sebelum ini.. hu3.. tapi hazirah nie memanglah..
lately, makin hazirah pressure, pandang buku pun hazirah tak nak..hi3.. --->macam kejayaan tu datang bergolek jew...

every night i would get alots of kaffein so that i could stay up for my study..
sampai pergi kelas ke esokannya, saya sakit satu kepala.. sakit yang di sebabkan MS pun, boleh tahan jugak menyucuknya, tambah pula bila dah ambil kaffein..

although my body adapted already for stay up, but after i got the MS, i couldn't be stay up without the kaffein.. sebabnya, terkadang, bila dah habiskan satu jag kopi pun masa study dini hari, bila dalam kelas, tetap gak masih boleh tersengguk n tertidur.. he3. zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz

tahap kritikal dah jadinya..
jadi, boleh imaging tak yang kalau tak ada kopi tu, hazirah memang tak sampai seminit duduk dalam kelas, kepala dah mula lentok atas meja..hu3.. T_T adei.. sabar ajewla...
how along hazirah mesti berkeadaan macam nie..???

p/s:lepas nie pasti akan ada yang tegur hazirah dengan cakap 'kopilah baik untuk kesihatan'.. kalau ada ayat nie sampai kat telinger saya, siaplah..(muka garang nie)..

hurmm...
about 3 days again for my biggest examination.. o'ho... agak sakit kepala memikirkannya.. Allahu.. kuatlah.. dan sabar.. sikit ja lagi.. takkan nak break di saat tengah genting nie kan..??? ^_^

try ur best hazirah..!
for ur mother, for ur father,
for ur in future life..

tinggal 3 hari lagi, tapi masih boleh untuk updating this blog.. hu3...
ngantuk + rasa sedikit pressure...
aroma kopi yang menemani agak menggoda juga pepagi buta nie..he3
kejap lagi nak pergi kelas.. hari ni adalah hari terakhir kelas before exam isnin nanti.. 
ho3..

yippi, about 1 week ada kelas tambahan selepas cuti hujung tahun bermula, abah minta hazirah drive preve sendiri..he3... yeah...! freedom for driving...! i love driving.. <3
sangat menyeronokkan drive preve baru abah.. tapi gak, kalau hazirah drive, nampak kepala saja..hu3.. tak pewlah.. yang penting, best.. he3...
 tapi, yang pasti, bila hazirah sepanjang hazirah exam nanti, abah yang akan sentiasa hantar..he3.. rasa spiritual tu kuat sikit bila seorang ayah hantar anaknya sampai ke dewan peperiksaan.. ^_^

demi abah, demi ma,
i will do my best...
kalau che su tak study, che su tengah pressure 'sikit' ma.. tapi che su tak pernah lupa untuk study walaupun sekejap.. ma jangan risau ye..
sayang mama dan abah selamanya....

actually, this week juga, anak2 buah hazirah balik rumah.. ammar, zahra dan zahrain.. ohyea, sebelum hazirah lupa, zahra ni adik zahrain.. baru jew lahir.. (hazirah ada post kat fan  page hazirah).. insyaAllah hari isnin nanti to be enough for 1 month..

hazirahkan tengah tertekan, jadi kebersamaan bersama mereka membuatkan hari2 hazirah ceria dengan gelak tawa mereka.. treatment of pressure.. ^_^
Ammar Zafran pula, dah besar dah tau.. dah 5 bulan dah pun.. tapi his body tak macam 5 bulan..ho3.. agak2 lenguh jugak lengan che su dukung ammar tapi best peluk ammar sebab badan dia besar.. -->muka nakal..he3

balik kelas jew, mesti ammar dan zahra dulu yang hazirah cari... semalam, balik kelas, zahrain yang sambut di muka pintu..hu3... tersenyum hazirah..
tapi, seriously, hazirah memang tak boleh belajar bila ada budak2 kecil nie.. sebab apa..???
sebabnya, fokus hazirah akan di curi untuk melayani mereka sebaik mungkin.. untuk bermain-main dengan mereka, untuk mendukung mereka.. dan bla-bla...

gambar perhiasan sahaja...


hazirah cuba berfikir, he3.. lam tempoh hazirah exam dari 19 nov sehingga 12 december, hazirah menerima 3 jemputan perkahwinan dari sohabiah yang sebaya dengan hazirah.. T_T
nak kawen dah pun mereka.. mereka memang wanita2 yang hebat sebab sanggup memang 2 status tu in one time.. n if Allah wanna give them the 'orang baru', dorang akan pegang 3 status in one times.. hu3..
hebat...!
(maaf ye kawan2.. tak dapat hadir sebab yus exam.. insyaAllah lepas yus habis exam nanti kita jumpa ye.. apa2 pun, doa dari yus sentiasa ada moga2 perkahwinan kalian di berkati.. )

as for me, akhowat2 yang dapat pegang tiga status yang agak besar ni dalam satu masa ada akhowat yang luar biasa dan hebat..!
as a student, as a wife n as a mom.. ke tiga2 status nie memerlukan komitmen yang agak tinggi untuk di laksanakan sebaik mungkin.. 
silap percaturan, pelajaran terganggu..
 silap langkah, boleh terjatuh ke lembah nusyuz (bila tertekan belajar, tidak hiraukan suami)...
silap perkiraan, anak terabai..

di sebabkan tu hazirah cakap, semua nie agak berat dan siapa2 yang berjaya melaksanakannya dengan sempurna, memang cukup hebat...
hazirah tabik spring dengan akhowat2 nie semua.. ^_^

bila cakap pasal nie, hazirah teringat dekat seorang sohabiah hazirah yang telah pun pegang 3 status tu sejak usia 18 tahun lagi... berkahwin pada tahun tu dan rezki mereka pada tahun tu juga mereka mendapat keturunan yang comel dan pintar.. ingat tak ada post2 yang lalu hazirah menceritakan tentang si kembar..??

ha.. nie tentang merekalah.. rindunya pada ibu mereka.. hazirah dan sohabiah terputus hubungan di sebabkan tak tahu bagaimana untuk menghubungi sohabiah.. kali terakhir dia menghubungi hazirah adalah ketika anaknya di sahkan kritikal kerana keradangan paru-paru(pneumonia)...
dia menelefon hazirah dengan menyatakan dia ingin berhenti belajar kerana nak fokus pada pada bayi2nya yang ke dua2nya mempunyai keradangan paru2.. hazirah tersentap.. hazirah tidak berada di tempatnya sebagai seorang ibu tapi hazirah cuba untuk mengandaikan andainya hazirah di tempat dia, mungkin hazirah akan bertindak sama macam dia.. lagipun dia pelajar tahun satu jurusan pharmacy.. kos yang agak kritikal dan terkenal dengan kesibukannya selepas jurusan perubatan...

walaupun begitu, hazirah minta dia beristikharah dan berbincang dengan suaminya.. pada hazirah, it's better dia tangguhkan dulu, tapi bila hazirah chatting dengan seorang lagi sohabiah hazirah yang satu kampus dengan dia.. fayyadhah cakap,sistem JUST sangat 'unik'.. tak boleh belajar lebih dari 10 sem..kalau lebih, akan di tendang keluar walaupun pelajar itu pelajar anugerah dekan.. hmmm
kata fayyadhah(seingat hazirahlah), lebih baik dia berhenti daripada tangguh sebab kalau berhenti, dia boleh apply balik kalau nak belajar balik.. tapi kalau tangguh, dia perlu speed selaju mungkin untuk tamatkan paling maksimun 10 sem...

selepas di 'cuci' oleh fayyadhah, hazirah mula tergerak hati untuk menyokong tapi tidak sepenuhnya lagi.. hazirah berhubung pula dengan kak insyirah solehah.. mesej di hantar.. kak insyirah cuba fahamkan hazirah yang hati seorang wanita yang dah ada anak dengan yang belum ada anak ni berbeza.. bila dah ada anak, seorang ibu sanggup buat apa saja asalkan anaknya selamat.. sanggup berhenti belajar, asalkan anak2nya mendapat perhatian yang eksklusif dari insan bergelar ibu..

Allahurabbi...
semoga di kau kuat sohabiahku..
yus rindu sangat dengan nani.. nak sangat dengar suara nani sebelum yus exam.. tapi xpew.. yus faham.. kuat semangat ye sayang... insyaAllah.. aqil farhan dan anisya farhah takkan apa2.. yakinlah.. kekuatan anak2 datang dari kekuatan ibunya.. jangan nangis depan anak2 ye.. ^_^
insyaAllah.. u can do it...

hazirah terdidik dan terinspirasi..
hazirah teringat, pada date birthday hazirah baru2 nie, ramai yang mengusik hazirah bahawa usia hazirah sudah layak untuk berkahwin dan layak untuk jadi ibu...>.<
terasa segan bila di usik begitu..

FIRST THINGS FIRST...

hazirah tidak sehebat kalian mampu untuk memegang status 3 in one times..
hazirah perlu selangkah demi selangkah.. once i choose for study, i must to be it completely..
situasi sekeliling banyak mendidik hazirah untuk berfikir dan bermuhasabah...
banyak mengetuk ruangan minda agar fikir dan ukur kemampuan diri berada di tahap mana..

hazirah cuba untuk letakkan situasi hazirah sebagai seorang ibu, dengan kehadiran anak2 buah yang comel nie, adalah satu package untuk hazirah cuba menilai kemampuan diri berada di takat mana.. yes.. i could be a mom, but not 3 status in one times.. 
sebabnya, jika hazirah memilih untuk berkahwin n punya anak sendiri di saat masih belajar ni, pelajaran akan terabai..

betul keputusan dan nasihat mama yang untuk hazirah, adalah lebih baik sekiranya habiskan ijazah pertama hazirah dahulu..^_^
untunglah saya tidak bercinta, menjaga pandangan.. hati saya masih terjaga dan boleh bertahan untuk 'menyingle' untuk beberapa tahun lagi..

terasa kosong dan sepi..??
itu normal  sebab fitrah yang sedang menuntut haqnya..
tapi, sebagai seorang hambaNYa, kitalah yang kena bijak menguruskannya agar hati dan minda tidak terus2an berfikir tentang ingin mencinta dan di cintai... ^_^

hazirah memilih untuk belajar terlebih dahulu..
hazirah mohon bantuan syabab2 agama.. tolong jangan mendekati ana.. ana perlukan masa ana untuk ber khalwat dengan Allah..
ana perlukan masa untuk bercinta dengan Allah..
ana belum bersedia untuk 'bercintta' dengan manusia..

punca ketenangan hati ana adalah DIA..

walaupun ramai yang psycho hazirah dengan cakap kahwen muda boleh bagi keputusan peperiksaan hazirah kat universiti kelak mencapai dekan, hmm.. itu pandangan kalian.. hazirah tidak mampu.. insyaAllah.. as long as hazirah mampu menjaga pandangan mata hazirah dan hati hazirah, single itu ok sahaja daripada berpunya.. ^_^

bila hazirah memilih untuk belajar, maknanya belajarlah dahulu jawapannya.. 
hazirah inginkan suatu 'kebebasan' untuk merantau mencari ilmu dunia dan akhirat.. 
kehidupan masih jauh di hadapan.. (masih belum terdesak untuk berkahwin)

cumanya, hazirah mohon doa kalian moga2 hazirah mampu bertahan dengan tidak bercinta sebelum berkahwin.. 
mohon doa kalian agar hazirah tidak terlibat dengan zina2 kecil..
mohon doa kalian agar hazirah kekal menjadi seorang akhowat yang sukar di dekati syabab2..
kadang2 hazirah risau sebab iman manusia turun dan naik..
hmmm..

how ever, untuk kawan2 yang selalu psycho hazirah tentang perkahwinan, fahami yus ye.. nak belajar dulu...^_^

jom figthing

doakan yus yee...

pecutan terakhir sedang berlangsung.. semoga pecutan ini berakhir dengan keputusan dan pointer yang cemerlang.. ameen...
doakan ye....


0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...