tinggalkan jejak anda di sini

How Old I am ^_^

Daisypath Happy Birthday tickers

The Age Of MY Opened Dairy

Daisypath Happy Birthday tickers
Bismillahirahmanirahim...

Salam penghujung ramadhan buat semua..
pejam celik pejam celik,rupa2nya dah beberapa bulan berlalu...
skop ingatan semakin mengecil dan semakin ramai yang tidak dikenali..
tapi, hazirah cuba mencabar minda untuk mengingati kembali sahabiah2 yang sentiasa bersama hazirah dari dulu sehingga sekarang..



sebak hati hazirah, saban hari ada panggilan dan mesej yang masuk bertanyakan khabar hazirah dan bertanyakan kepada hazirah sama ada hazirah masih mengingati mereka ataupun tidak.. hazirah tak boleh terlalu mencabar minda hazirah untuk ingat balik the past tapi hazirah akan cuba untuk ingat..
hazirah tahu, ramai yang dah menintiskan airmata bila hazirah mengatakan 'tidak ingat'..
walaupun kalian cuba sembunyikan, namun pendengaran hazirah masih boleh mentafsirnya dengan baik cara kalian bersuara.. kehampaan hati kalian juga hazirah boleh baca bila hazirah cakap hazirah tak ingat apa2 tentang memori lalu kita bersama..

hazirah sedang mencuba dari semasa ke semasa.. nerve hazirah terganggu, sebab itu ia menganggu ingatan hazirah.. percayalah dengan kekuasaan KEKASIH yang AGUNG, hazirah akan ingat kembali kalian walaupun masanya masih tidak diketahui bila..
hazirah banyak merujuk dairy hazirah.. and i found my old dairy that has said a lot about the past..
when i readen back about the past, i'm tried to been understood why must been like that also like that..
somememory made me been embrassed with myself.. oh.. begitu rupanya hazirah dulu.. teruk juga tu..hehehee
dah tak nak ulang dah.. enough.. enough... bila hazirah buat perbandingan perwatakan dulu dan sekarang, bagai langit dengan bumi..hu3..
Allahurabbi.. mudah2an, sikap hari ini lebih baik dari semalam, dan esok lebih baik dari hari ini dan begitulah seterusnya..

hurrmm.. beberapa hari lepas, hazirah dapat incall dari jordan.. pada awalnya hazirah ingat mak sdara hazirah yang call, cerialah hazirah jawap panggilan tu tapi rupa2nya bila suara di belah sana kedengaran, ianya bukan mak saudara hazirah..! hazirah tak tahu kenapa, dah tak mampu bersuara dah bila dengar suara orang lain yang hazirah tak kenal..

dia muslimah tapi cara dia bercakap buat hazirah terkejut dan gubra.. hazirah tak tahu nak mencelah kat mana.. tak tahu titik noktah kat mana.. bila hazirah diam seribu bahasa baru dia senyap n bagi laluan pada hazirah untuk cakap pula.. hanya masa tu je hazirah bagitahu direct yang hazirah tak ingat banyak orang dah dan hazirah juga tak ingat dia walaupun dia kata dia salah seorang sahabiah yang rapat dengan hazirah...
mungkin hazirah bertindak tak beradab sikit masa tu, hazirah tak tahan di paksa, jadi hazirah tutup macam tu phone..

hazirah cuba ingat.. tapi tetap tak ingat.. beberapa hari selepas tu, ada mesej masuk dari seorang kawan yang hazirah juga tak berapa nak ingat tapi banyak rujuk pada dairi.. dia cuba buat hazirah ingat tentang sahabiah dekat jordan.. minta hazirah angkat jika sahabiah itu call.. dia kata hazirah sangat rapat dengan sahabiah hazirah.. hazirah inginkan kebenaran..! sejak hazirah tak ingat bermacam macam jenis orang yang muncul.. hazirah keraguan tentang statements tu.. jalan terbaik, hazirah rujuk dairi hazirah.. benarlah.. dia sahabiah hazirah yang rapat dengan hazirah dan yang paling awal nikah.. banyak yang tercatat dalam dairi hazirah mengenai pernikahannya.. 
perkongsian hari bahagianya lebih banyak bersama hazirah daripada suaminya sendiri.. semuanya kerana dia berkahwin atas pilihan keluarga.. tapi kejap je tak suka tu,lepas akad nikah terus fallen in love dengan suami dia..





subhanallah..! walaupun hazirah tak ingat tapi hazirah dapat rasakan sesuatu..dia 'diambil' dengan cara yang terhormat dan terus kepada restu ibubapa, bukan membelakangkang ibubapa.. hazirah juga ingin 'diambil' dengan cara yang terhormat juga kelak(jika peluang itu ada ^_^).. tak nak 'diambil' secara membelakang ibubapa..he3.. berangan pula hazirah niekan..
Alhamdulillah.. sahabiah hazirah dah ada anak kembar dah.. dia call hazirah buat kesekian kalinya, hazirah angkat dan cuba untuk bermesra dengannya.. Alhamdulillah..dia tak banyak memaksa kali ni tapi lebih menceritakan memori kami bersama dulu.. sangat indah..!
sempat hazirah dengar pekikan dari anak kembarnya.. katanya anak2 kembarnya nak phone, nak cakap dengan hazirah.. kata sahabiah, dorang panggil hazirah dengan gelaran 'ummi' sebab hazirah mak angkat si kembar..oh begitu rupanya.. hazirah dah ada anak angkat rupanya... ^_^
ok pe dah ada anak tu walaupun bukan dari rahim sendiri.. comel pula tu..! tak sabar nak jumpa anak2 hazirah if dorang balik melaysia..

hari2 sahabiah hazirah dari jordan menghantar sms kepada hazirah dengan harapan hazirah akan ingat kembali tentang dia.. insyaAllah sayang,, yus akan cuba untuk balik.. berkat bulan ramadhan, siapa tahu akan ingat balik dalam masa terdekat.. kan4...??
sahabiah2 yang lain juga ramai yang menghubungi hazirah.. ada yang menangis dari pagi lepas baca blog hazirah dan dapat tahu hazirah dah tak ingat apa2.. hazirah minta maaf.. usahlah bersedih.. hazirah tak meninggal tau hazirah cuma tak ingat.. kalian nangis macam hazirah dah nak mati pula.. ^_^.. insyaAllah.. nanti akan ingat... maaf andai ada yang hazirah tak layan.. menurut sahabiah hazirah, hazirah tak kawan dengan lelaki, tapi sejak hazirah tak ingat, ramai pula kaum muslimin mesej hazirah cakap kawan hazirah.. gprrrrppp...~~~~~~

semalam, kakak hazirah mengutarakan 3 nama muslimin.. hazirah sedang menidurkan baby ammar ketika tu.. hazirah kepelikan.. hazirah hanya angkat kening saja tanda tak faham kenapa nama 3 orang muslimin tu harus di sebut2kan.. kak tanya, dalam 3 nama nie, hati hazirah lebih memberat kepada siapa..???
hurmmm...??? macam mana nak memberat sedangkan tuannya hazirah tak kenal dan tak ingat sama sekali.. kakak hazirah kata hazirah pernah berkongsi sesuatu dahulu.. like kakak cuba menguji daya ingatan hazirah.. 
pada awalnya hazirah hanya masuk telinga kanan keluar kiri jadi nama2 yang di sebut hany sepintas lalu..

bila di mention kali kedua, dua nama awal yang di sebut, tak memberi kesan apa2 pada hazirah namun nama yang ketiga, sekali disebut cukup memberi getaran hebat pada jantung hazirah..huh.. curious.. kenapa ya..??
ada rasa bahagia menyelinap ke seluruh ruang hati bila nama itu di sebut juga ada rasa tenang yang sangat.. hazirah tertanya-tanya kenapa rasa macam nie.. hazirah belek dairi hazirah balik..




subhanallah.. begitu rupanya.. menurut diari hazirah, hazirah tak terlalu mengenalinya namun hazirah kenal seungkap nama miliknya.. agama yang ada padanya membuatkan hazirah rasa sesuatu.. tapi, bagaimanakah rupanya..?? hazirah tak tahu...  hazirah pernah buat istikharah dan ianya memberat pada seungkap nama yang hazirah tak kenali/tak ingat bagaimana tuannya..

banyak yang tercatat dalam dairi hazirah mengenainya.. ada hazirah cuba untuk ingat2 tapi tetap tak ingat.. biarlah.. pasti ada hikmahnya.. cukuplah andai nama itu saja yang hazirah tahu pada masa ini.. belum masa yang tepat untuk hazirah cuba ingat sesuatu yang lebih jauh...

KU TUNGG KAU DI BATAS WAKTU, DI SAAT AKU SUDAH BERSEDIA DAN KEADAANKU SUDAH JAUH LEBIH BAIK DARIPADA SEKERANG..

sama2 berjuang di medan ILMU, moga kehidupan mendatang akan tersuluh dengan cahaya ILMU...
mungkinkah 'dia' jodohku..??
ha3.. hazirah ingin gelak.. namun satu suara berbisik

 " ingatan semakin lupus, namun kata hati tak dapat menipu.. percaya pada istikharah yang lalu..tetap menanti dengan kalimah ILahi dan mengharapkan kerdhaan dariNya"

banyak yang mula terungkai dan mula memberi jawapan..
kalau boleh, hazirah tak nak ingat memori yang pahit2 tapi hazirah nak ingat sahabiah2 jew... ^_^

0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...