tinggalkan jejak anda di sini

How Old I am ^_^

Daisypath Happy Birthday tickers

The Age Of MY Opened Dairy

Daisypath Happy Birthday tickers
Assalamualaikum w.b.t.

bulan ramadhan yang mulia nie, hazirah nak update kisah tauladan je.. boleh..???
lau nak tahu what were be happened to me, juz waiting for in december keyh..???

bismillahirahmanirahim..

alkisah disebutkan bahawa di kota Array terdapat Qadhi yang kaya-raya. suatu hari kebetulan hari as-Syura', datanglah seorang miskin meminta sedekah.
berkata si miskin tadi,

"wahai tuan Qadhi, adalah saya seorang miskin yang mempunyai tangguungan keluarga. demi kehormatan dan kemuliaan hari ini, saya meminta pertolongan daripada tuam, maka berikan saya sedekah sekadar berupa sepuluh keping roti, lima potong daging dan duit dua dirham."

Qadhi menjawab

" datanglah selepas waktu zohor!"

selepas menunaikan solat zohor, orang miskin itu pun datang demi menuntut janjinya. sayangnya Si Qadhi yang kaya-raya  itu tidak menepati janjinya dan menyuruh si miskin datang lagi selepas solat asar. apabila dia datang selepas waktu yang dijanjikan buat kali kedua itu, ternyata si Qadhi tidak memberikan apa-apa. maka beredarlah si miskin dari rumah si Qadhi dengan penuh kecewa.

di waktu si miskin jala mencari-cari, ia melintas di depan seorang kristian yang sedang duduk-duduk di hadapan rumahnya. kepada  orang kristian itu si miskin minta sedekah

"tuan, demi keagungan  dan kebesaran hari ini, berilah saya sedekah untuk menyara keluarga saya."

si kristian bertanya

" hari apakah  hari ini..???"

"hari nie hari as-syura'"

kata si miskin, sambil menerangkan keutamaan dan kisah-kisah hari asyura'. rupanya orang kristian itu sangat tertarik mendengar cerita si peminta sedekah dan hatinya berkenan untuk memberi sedekah.

berkata si kristian

"katakan apa hajatmu padaku..!"

berkata si peminta sedekah,

"saya memerlukan sepuluh keping roti, lima ketul daging dan wang dua dirham saja."

dengan segera ia memberi si peminta sedekah semua keperluan yang dimintanya. si  peminta sedekah pun pulang dengan gembira kepada keluarganya. adapun Qadhi yang kedekut telah bermimpi di dalam tidurnya.

"angkat kepalamu..!"

kata satu suara dalam mimpinya. sebaik saja ia mengangkat kepala, tiba-tiba tersergam di hadapan matanya dua buah bangunan yang cantik. sebuah bangunan diperbuat dari batu bata bersalut emas dan sebuah lagi diperbuat daripada yaqut yang berkilau-kilauan warnanya. ia bertanya,

"ya Tuhan, untuk siapa bangunan yang sangat cantik ini..??"

terdengar jawapan

"semua bangunan ini untuk kamu andaikan saja kamu mahu memenuhi hajat si peminta sedekah itu. kini bangunan itu dimiliki oleh seorang kristian.."

apabila Qadhi bangun dari tidurnya, iapun pergi kepada kristian yang dimaksudkan dalam mimpinya.

Qadhi bertanya kepada si kristian,
"amal apakah gerangan yang kau buat semalam hingga kau dapat pahala dua buah bangunan yang sangat cantik..??"

si kristian itu pun menceritakan tentang amal yang di lakukannya bahawa ia telah bersedekah kepada fakir miskin yang memerlukannya pada hari ayura' itu.

kata Qadhi

"juallah amal itu kepadaku dengan harga seratus ribu dirham."

kata si kristian

"ketahuilah wahai Qadhi, sesungguhnya amal baik yang diterima Allah tidak dapat diperjual-belikan sekalipun dengan harga bumi dan seisinya."

kata Qadhi

"mengapa anda begitu kedekut, sedangan anda bukan seorang islam.."

ketika itu juga orang kristian itu membuang tanda salibnya dan mengucapkan kalimah syahadat serta mengakui kebenaran agama yang dibawa oleh Nabi Muhammad S.A.W.

kesimpulannya di sini, janganlah kita menjadi terlalu kedekut dan sayangkan harta yang kita ada sehingga tidak mahu berkongsi dengan yang memerlukan..
ingatlah, setiap rezeki yang Allah kurniakan kepada mungkin di dalamnya ada amanah ALlah yang inginkan kita berkongsi rezeki itu dengan yang memerlukan..
ingatlah, harta yang kita ada tidak akan pernah boleh dibawa ke liang lahad..

Wallahua'lam...

0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...