tinggalkan jejak anda di sini

How Old I am ^_^

Daisypath Happy Birthday tickers

The Age Of MY Opened Dairy

Daisypath Happy Birthday tickers

Salam kerinduan buat semua 'reader' blog hazirah..
rasanya kemesraan kurang di rasai jika hazirah membahasakan diri hazirah sebagai 'ana'..he3..
ok.. starting today, i wanna use 'hazirah' as my self-language..



bila taqwa pakaian kita, semua duri2 kehidupan menjadi mudah untuk di hadapi..
senyuman dan tenang silih berganti kerna rahmat Allah mengiringi..
jika ada yang boleh hidup dengan tenang dan bahagia di samping ujian Allah yang sentiasa mengiringi, kenapa tidak kalian..???

sayang buat semua, 
kenapa perlu mengeluh di saat diri kalian di uji..
pernah ada yang utarakan pada hazirah
'kenapa hazirah terlalu kuat...?? kami tak sekuat hazirah'
begitulah bicara kasih sahabiah-sahabiah tersayang..

sekadar tersenyum mendengar ungkapan sedemikian.. jujur, hazirah tidaklah kuat sangat tapi berbekalkan keyakinan kepada janji Allah dan bertauladankan sirah anbiya' dan sunnah baginda yang menjadi sebab kenapa hazirah jadi tenang dan bahagia saja ketika di uji..

bukan bertindak untuk riak diatas kurniaan Ilahi bila hazirah nyatakan dan kongsikan di laman ini, tapi hazirah juga nak orang-orang di sekeliling hazirah turut kuat.. tak mudah mengalah bila menghadapi ujian-ujian Ilahi..

hazirah bukan ingin memandang rendah kepada mereka yang 'tak kuat' tapi, hazirah nak bakar semangat mereka.. itu saja..jika hazirah boleh berhadapan dengan ujian-ujianNya dengan tenang dan menyambut dengan senyuman, kenapa tidak kalian..

sahabat yang di cintai,
sakit adalah satu ciptaan Allah yang di amanahkanNya untuk menemani kita buat seketika didunia ini..
bukan saja sakit, bahkan, ujian-ujian lainnya juga begitu.. 'mereka' semua singgah dalam kehidupan kita kerana di amanahkan Allah kerna Allah nak lihat apakah ada keluhan yang lahir dari bibir kita tatkala diri kita di uji..
ataukah kalimah syukur yang bernyanyi di bibir sebagai tasbih cinta kepada Ilahi..

jika keluhan yang lahir, maka kita bukanlah hambaNya yang pandai bersyukur dengan apa yang di kurniakanNya.. hidup tak selalunya harus berada dalam kebahagiaan yang begitu terzahir di mata semua orang, hidup itu akan lebih indah jika berselang dengan dugaan kerana jika bahagia dan derita berselang, baru kita berasa nikmatnya dan baru kita sebagai manusia yang biasa dan tidak maksum, akan bersyukur..

ada kalanya kita melihat seseorang itu, kelihatan secara zahir macam sedih je tapi tak siapa yang tahu betapa tenangnya hatinya.. betapa kuatnya jiwanya.. betapa bahagianya imannya.. semuanya disambut secara sederhana..tidak keterlaluan jika bahagia dan tidak keterlaluan jika bersedih.. kerna, jika terlalu bahagia, khuatiri akan melupakan akhirat, dan jika terlalu bersedih, dikhuatiri menyalahkan takdir..

jadi, ambik jalan tengah iaitu bersederhana saja...
hazirah nak kongsi satu cerita..

ceritanya begini, ketika itu hazirah berada di hospital sultanah nur zahirah di wad 4A iaitu wad orthopedik.. beberapa hari di dalam wad, mata hazirah di sapa dengan satu bed yang melintasi kawasan hazirah.. hazirah hanya memerhati dengan pandangan yang kosong.. ketika itu, hazirah tidak berapa nampak patient yang ada atas bed tu..

ketika hazirah ingin menunaikan solat asar, hazirah terpandang pesakit berkenaan.. ketika itu, pelbagai tanda tanya yang hadir di minda hazirah, tapi hazirah abaikan dahulu kerna yang penting ketika itu adalah solat takut bila dah waktu melwat, susah dah nak solat.. keluar dari kwasan solat, hazirah amati dari jauh sekujur tubuh yang sangat kecil dan halus.. kalau di ikutkan ketinggian, adik itu lebih tinggi daripada hazirah tapi, badannya hanya menampakkan tulang saja..

hazirah teringin untuk bertanya tapi hazirah tak sampai hati untuk bertanya melihatkan adik itu dalam keadaan yang kelihatan.
hari kedua adik itu di wad yang sama dengan hazirah, ketika hazirah nak pergi solat asar, hazirah di sapa kakak adik berkenaan.. umurnya 27 tapi, wow! awet muda.. jealous hazirah.. nampak macam 22 je umur dia..he3

kakak patient tu tanya hazirah sakit apa sebab adiknya tertanya tanya hazirah sakit pe.. nak kata patah kaki, kaki nampak ok je tapi yang musykil berjalan guna tongkat dan terkadang guna wheelchair, di sebalik niqab yang menutupi, hazirah cuma mampu tersenyum mesra dan Alhamdulillah bertuah jadi niqabis sebab hazirah ada dua senyuman iaitu di mata dan di bibir.. tapi, senyuman mesra di bibir hanya hazirah simpan untuk tatapan pemilik cinta hazirah selepas Allah dan Rasul kelak.. insyaAllah...

dalam nada yang antara dengar dan tidak hazirah hanya menjawab 'cronic back pain'.. he3.. tak tahu macam mana nak bercakap kuat. kemana mana hazirah pergi pasti ada ulang ayat..he3.. 
ok.. sambung..
ketika itulah hazirah tergerak hati untuk bertanya adik kakak sakit apa.. wajahnya berubah.. kedengaran sebak untuk menyatakan.. spontan, tangan ana mengosok-gosok lembut belakang kakak itu berselang dengan kalimah 'bersabarlah'..

dalam kepayahan untuk mengungkapkan, kakak itu memandang hazirah lalu menyatakan bahawa adiknya penghidap kanser tulang tahap tiga.. badannya kurus kerana an effect daripada kimoterapi yang di jalankan tetapi adik itu tak pernah putus asa dalam meneruskan kehidupannya malah, dia juga seperti hazirah tidak ingin orang mengasihani kami bahkan sempat berpesan kepada hazirah "jika kak yus rasa saya dah teruk, cubalah kak yus pergi dekat kubang kerian tempat saya kimo, lagi ramai yang jauh lebih teruk dari saya.." begitulah ungkapan adik itu.. subhanallah.. bagaikan berhenti degupan jantung hazirah mendengarnya.. bila hazirah bertanyakan umur dan bila dikesan, kakak itu kata adiknya pelajar tingkatan empat sebuah sekolah sains. terpaksa tangguh setahun tempoh pengajian kerana sakit yang di hadapinya..

penyakit itu baru saja di kesan kerana kecuaian dan sikap acuh tak acuh sebuah hospital kerajaan yang mengambil mudah keadaan pesakit telah membuatkan penyakitnya hanya di kesan ketika berada pada tahap antara mampu untuk sembuh dan tidak.. keadaannya hampir sama dengan keadaan hazirah.. bila dah teruk baru dapat kesan.. so disappointed..!

hazirah menghampir adik manis yang tabah menghadapi duri duri kehidupan yang memeritkan, hazirah sapa semesra yang boleh.. pada awalnya, dia tidak begitu ingin di sapa hazirah mungkin kerna emosinya tidak begitu stabil tapi bila melihat hazirah sering melawatnya sepanjang di hospital, dia semakin mesra dengan hazirah bahkan ketika hari di mana hazirah dan dia sama2 discharge, dia sempat senyum dan berjanji akan sentiasa kuat dan yakin akan sembuh suatu hari nanti.. insyaAllah..

ok.. berdasarkan cerita nie, hazirah nak rungkaikan bahawa di saat kita rasa kita sudah cukup menderita, ada lagi yang jauh lebih menderita dari kita.. jika adik manis yang tabah ini cukup kuat dalam mengharungi dugaan Allah, kenapa tidak kita yang jauh lebih bernasib baik daripada adik manis ini..???

jika di tanya kenapa ujian kita seberat ini..??? jawapannya

" Allah tak akan membebani seseorang itu melainkan dengan kesanggupannya" (al-baqarah:286)

kenapa kita rasa kecewa..??? jawapannya

"janganlah kamu bersikap lemah dan janganlah kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya , jika kamu orang-orang yang beriman" (ali imra:139)

bagaimana harus kita hadapi dugaan ini..??? jawapannya senang saja

" dan mintalah pertolongan dengan jalan sabar dan mengerjakan solat dan sesungguhnya solat itu amatlah berat kecuali bagi orang-orang yang khusyu'"(al-baqarah:45)

what'll we get from all this..????

"sesungguhnya Allah telah membeli daripada orang yang orang-orang mukmin dari harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka" (at taubah:111)

i cant stand anymore...! the answer is

'dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah.. sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah  melainkan kaum kafir " (yusuf:87)

la tahzan innallah ma'ana...!

jelas bukan penjelasan hazirah kali ini..???
jadi, mengapa perlu ada sebab lagi untuk kita mengeluh.. tempuhi dugaanNya dengan sabar dan tenang kerana balasannya sangat nikmat untuk kita rasai...

usah mengeluh tatkala di uji tapi sambutlah dengan kalimah Ilahi..
usah bersedih di saat sepi, tapi turuti dengan cinta yang hakiki...

jangan mengeluh ye sayang..
kuat3..! semua orang boleh kuat...
ingat ya, bila kita diuji, kita sabar, maka iman kita juga akan turut bertambah.. jadi, sabarlah sayangku semua...








1 comments:

Mujahidah Al-Hafizah said...

salam..akaq this is me.....your adik...

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...