tinggalkan jejak anda di sini

How Old I am ^_^

Daisypath Happy Birthday tickers

The Age Of MY Opened Dairy

Daisypath Happy Birthday tickers

Bismillahirahmanirahim..
Assalamualaikum w.b.t. kepada semua follower blog hazirah..


rindu kalian semua.. ^_^
Alhamdulillah.. setelah lama menyepi, akhirnya masih berkesempatan untuk menulis dan membuang 'habuk-habuk' dari open dairy hazirah nie..he3


jatuh,bangun, jatuh dan bangun...
itulah yang ana alami selama hampir empat bulan ini..
phisiotheraphist yang treat ana pernah cakap yang ana nak berjalan balik sangat mengambil masa yang agak lama..
mungkin bertahun-tahun..
nak2 setelah mereka menguji jemari ana yang mula ada an effect dari penyakit yang menjadi teman setia ana..
dari situ, phisiotheraphist hanya mampu mengeleng-gelengkan kepalanya dan menyatakan bahawa ana akan semakin susah untuk berjalan jika kesannya sudah mula kena pada bahagian tangan...


ana hanya mendengar tenang saja..



tak ada apa yang perlu ana sedihkan kerana semua itu hadir kerana amanat dari Allah..
kini, diari adalah teman setia ana setiap hari.. sebelum terlelap, pasti ana akan menulis satu helaian sekurang-kurangnya..
walaupun dah sepanjang hari ana menulis, tapi rehabilitation penulisan dalam diari tetap akan di teruskan..


dulu, phisiotheraphist pernah bagitahu apa-apa kesan yang akan ana alami.. jika dulu tidak ana alami lagi kecuali kesukaran untuk berjalan, tapi kini semuanya sudah pun ana alami..
menitis airmata ini apabila mengenangkan semuanya telah ana lalui.. adakah keadaan ana semakin teruk..??
ana menangis bukan kerana tidak redha, cuma ana terkejut sebab kesan begitu cepat sekali..
dulu hanya kehilangan upaya untuk berjalan,
selepas dari itu, ana mengalami kesukaran untuk menulis dan memegang sesuatu(pada part2 tertentu), lepas tu, ana mula jadi lambat pick up apa yang ana belajar.. pada awalnya ana buat tak endah je tapi bila subjek yang minat pun ana semakin sukar untuk faham, ana mula merasai ana mula lambat untuk faham apa yang ana belajar..
bila belajar sorang2 kat rumah, ana jadi depression.. jika dulu ana belajar sorang2 tanpa gangguan mudah saja ana nak faham, tapi kini, semua itu tidak lagi.. ana rasa begitu tertekan bila tak boleh nak faham dengan baik.. 


dua minggu yang lepas, ana mula mengalami masalah hilang fokus ketika belajar.. 
sewaktu ana fokus pada skrin LCD, pada awalnya mata ana dapat melihat dengan jelas, tapi semakin lama, ana semakin tak mampu untuk melihat apa yang dipancarkan sehingga sahabiah di sebelah yang membacanya untuk ana..
pelbagai cara ana lakukan untuk kembalikan pengelihatan ana tapi tetap tak nampak..
ana hampir menangis, tapi sahabiah yang duduk di tepi ana cuba tenangkan ana dengan mengatakan mungkin mata ana letih..


ana terima apa yang di ucapkan.. ana tahan diri.. walaupun ianya terlalu sukar untuk melalui kehidupan tanpa mata yang mampu fokus dengan baik.. keesokkannya, mata ana kembali seperti sedia kala.. tapi feedbacknya macam apa yang berlaku pada tahap kefahaman ana..
ada tempohnya mata hilang fokus secara mengejut dan ada masanya ia tidak nampak..


ana hanya mendiamkan diri saja..
ana tahu, Allah sedang menguji kesabaran ana..
walaupun mata hilang fokus, telinger ana pasang sebaik mungkin agar setiap patah penerangan daripada pengajar dapat di serap dengan baik ke minda untuk ana kembali mengulangkaji di rumah...


walaupun semua kesannya ana lalui, tapi ana tahu Allah nak bagi ana satu kenikmatan.. apa dia..??? cuba teka...he3...


baiklah.. Alhamdulillah.. setelah mengalami demam panas pada minggu lepas, sembuh dari demam, ana tergerak hati untuk menggunakkan crosier sebelah kiri saja.. tak ana sangka, jika sebelum ini ana akan jatuh jika menggunakan sebelah saja, kini, selepas demam, dah tak jatuh dah.. dah ringan sedikit.. Alhamdulillah...


pun begitu, ana kadang2 terasa rendah diri.. cara ana jalan nampak pelik.. pernah ada remaja lelaki dalam lingkungan usia 14 dan 15 tahun gelakkan ana kerana melihat cara ana berjalan yang agak pelik.. ana sempat menangkap apa yang mereka ucapkan.. mereka cakap ana berjalan macam robot..



hampir menangis ana di buatnya tapi ana tahan sebab ana tak nak menangis di hadapan sahabat2..


dalam keadaan ana macam nie,
ana dapat merasai dengan jelas sekali apa yang orang kelainan upaya alami selama ini..
kemana sahaja pergi, orang pasti melihat dengan pandangan penuh tanda tanya dan pelik.. tak kurang jugak ada yang melemparkan pandangan kurang senang..


nak2 jika mereka melihat ana..
dengan berniqab, mereka semakin pelik dan sering memandang ana..
jika ana pergi ke kedai makan dengan keluarga, sebaik saja ana melangkah ke dalam kedai, pasti semua mata akan tertumpu pada ana.. terasa sangat kerdil ketika itu..
rasa ingin lari saja..


melihatkan situasi itu, apabila ana mengikuti abah dan mama pergi ke bandar, ana lebih senang untuk tetap di dalam kereta saja walaupun berjam-jam..
ana tak nak mama dan abah mendapat malu bila berjalan dengan ana walaupun ana tahu bahawa hati mama dan abah tak pernah rasa malu jika berjalan dengan ana..


ana juga berjalan agak lambat, ana tak nak membazirkan masa mereka yang perlu menunggu.. walaupun abah sering bertanya "nak keluar tak..???"


hanya ungkapan 
"tak pe lah.. orang tunggu dalam kereta je.."


itu saja yang mampu ana jawap..
kadang2 tersentuh hati ini.. 
mungkin sudah lumrah mereka yang berkeadaan macam ana bertemankan airmata..
tapi guguran airmata itu membuatkan kami semakin kuat..


dengan keadaan sedemikian, tanpa pengetahuan sahabat2 dan keluarga, ana berusaha untuk berjalan tanpa tongkat..
walaupun dah banyak kali jatuh, tapi tetap mencuba untuk bangun kembali setelah jatuh..
ya..! ana tahu jika ana semakin kerap jatuh, semakin sukar untuk ana kembali berjalan.. tapi, ana takkan berpegang pada itu sebab ana tahu semakin banyak ana jatuh, semakin mudah untuk ana kembali berjalan..


pernah ana jatuh meniarap, terduduk, dan banyak lagi..
tapi, dari kesakitan akibat jatuh membuatkan ana semakin nekad untuk tak nak jatuh lagi, justeru itu, ana perlu kuat untuk bangun dan berdiri kembali..


kerana tak menampakkan harapan untuk ana kembali berjalan, phisiotherapist meletkkan temu janji selama selang 2 minggu sekarang ini..
ana terkejut dengan apa yang di katakan ahli phisiotheraphist lelaki tu.. ana tak pula bagitahu mama dan abah sebab ana tak nak mereka sedih..


kerana itu, ana semakin kuat untuk berjuang agar ana boleh buktikan pada ahli phisiotheraphist tu yang ana akan boleh berjalan.. bertentangan dengan apa yang dia cakapkan..


hakikatnya, lihatlah sekarang, setelah demam, ana boleh berjalan dengan menggunakan sebelah tongkat saja walaupun ianya kelihatan pelik pada pandangan orang2..


walaupun kerap demam sejak sakit2(selang seminggu atau dua minggu sekali), tapi ana tahu ada hikmah yang bersembunyi di sebaliknya..
yakin pada janji Allah adalah yang terbaik..





doa pada Allah takkan pernah putus di ungkapkan dibibir juga di hati yang sentiasa pasrah dengan ketentuan yang telah di tetapkan... 


sayang kalian kerana Allah..

2 comments:

۩۞yUmieNa۩۞ said...

assalamualaikum wbt .. semoga akak kembali sembuh .. kuat kan semangat .. sangat ramai yg sayangkan akak .. kuat ye .. ^^

Ummu Furqan said...

syukron sayang... akaq sangat menghargai itu..doakan akaq ye syang... hanya berbekalkan keyakinan pada Allah saja membuatkan akaq kuat semangat untuk sembuh...

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...