tinggalkan jejak anda di sini

How Old I am ^_^

Daisypath Happy Birthday tickers

The Age Of MY Opened Dairy

Daisypath Happy Birthday tickers
Bismilahirahmanirahim...
MALU ITU PERISAIKU...

tersenyum,tersipu..ntah.. jemari bergetaran disaat ingin menaipkan bait luahan kata untuk perkongsian mujahadah pada kali ini...
ntahkan kenapa sejak kebelakangan ini malu itu semakin menjadi jadi... 
malu itu bagus tapi perlu kena pada tempatnya...

macam mana boleh ana ukirkan di kanvas elektronik ini tentang kisah yang berlaku...
mungkin juga salah ana kerna kecuaian ana menyebabkan seorang rijal yang x sepatutnya melihat wajah ana 'terlihat' tanpa di sengajakan...




malu bersulam debaran..
takut bertukar getaran..
ehem.. senyuman y dipamerkan buat ana semakin tersipu...
rona semulajadi memerah di pipi tatkala di tegur teman di sisi...
Allahuakhbar...

sesungguhnya apa y berlaku adalah tanpa disengajakan...
ana bertamu di rumah sahabiah ana bersama beberapa orang sahabiah ana yang jua berjilbab...
sahabiah ana y umahnya kami kunjungi ada berkata kepada bahawa di umahnya hanya dia yang ada dan yang lain tiada di rumah saat itu...

oleh kerana mereka rasa keadaan itu 'selamat' bagi seorang niqabi macam ana,mereka meminta ana agar menarik niqab hingga ke bawah dagu agar senang untuk mereka mendengar suara ana yang agak 'perlahan' pada pendengaran mereka...


ana memerhati kiri,kanan,depan dan belakang.. gelagak ana membuatkan sahabiah2 tergelak kerna gelagak itu bagaikan sedang memerhatikan 'peragut'.. empunya rumah menepuk2 bahu ana dan meyakinkan ana bahawa di rumahnya hanya ada dia saja...


glurppp.. perit rasanya tekak menelan liur, nk atau x ye.. itu yang berlegar legar di benak fikiran ana..
hati ana bagaikan di ketuk2.. isyarat awal sebenarnya seandainya diperhatikan betul2 selepas kejadian itu...


akhirnya, selepas di pujuk,ana beralah dan menarik niqab itu perlahan lahan.. pada peringkat awal, tiada apa y berlaku.. ana semakin selesa dengan suasana yang ana yakin 'tiada' muslimin di rumah itu...
seorang sahabiah bercerita kisah sahabatnya.. cerita itu sungguh menggelikan hati.. slalunya ana lebih gemar mengawal ketawa dengan hanya tersenyum,tapi ntahla mengpa ceritanya itu bagaikan menggeletek hati ana... mahu ataupun x,akhirnya ana tergelak.. tapi masih pada batasannya.. di saat ana tergelak, sahabiah ana memberi sesuatu isyarat yang ana tidak mampu tangkap pada peringkat awalnya...



berkerut dahi ana.. di saat sisa ketawa masih ana, baru ana ternampak abg sahabiah ana rupanya sudah pun balik.. glurrrpp..

ana terpaku tanpa gerak... sehinggala abg sahabiah ana meng'hadiah'kan satu senyuman yang membawa musibah kepada seorang nisa' seandainya hatinya tidak kuat dalam berdepan dengan dugaan dunia 'khayalan'... tertunduk ana sehingga melahirkan rona semulajadi pada pipi...


sahabiah2 mula mengusik.. Allah...
berdebar,takut n rasanya ingin menangis...
ana terus menundukkan wajah sehingga ana yakin abg sahabiah ana benar2 sudah berlalu pergi ke dalam rumah... 



"hazirah, merahnya muka.. malu ye"


itulah antara usikan yang ana dapat selepas itu...
ustazah ana pernah berpesan,walau dimana pun kita berada,malu itu perlu ada kerna  malu itulah perisai seorang muslimah agar ia mampu mengawal batasan diri kita agar x menjadi seorang yang 'ligat'...
seandainya malu itu tiada, seorang nisa' itu akan dengan mudahnya terjeremus ke kancah maksiat dengan batasan yang x terjaga dan sebagainya...
tapi dengan adanya malu yang bertempat,nisa' itu akan menjadi sangat bernilai kerna ia sukar di dekati kerna dirinya di pagari dengan perasaan malu kepada Allah...
semua yang ingin dilkukan akan dipertimbangkan terlebih dahulu...


tipu seandainya ana katakan yang ana x takut dengan senyuman itu kerna dengan satu senyumanlah semuanya boleh berlanjutan sehingga berlakunya 'percintaan haram'...
namun, even hati bergetar, malu menyelubungi, rona menjadi bukti, ia x bermakna ana sudah jatuh cinta... 
Alhamdulillah... Allah masih memegang hati ana agar tidak 'terlanjur'..


debaran dan getaran itu hanya kerna ana takut..
ia boleh menjadi fitnah kepada ana sebagai seorang niqabi...
ana tidak mahu...
sudah cukup rasanya ana dikaitkan dengan mana2 rijal hanya kerna fitnah yang ntah apa2...


apa yang berlaku benar2 membuatkan ana sedar bahawa Allah sememangnya telah menanam dalam ke dalam hatiku 'perisai' itu...
memegang hatiku jua menjaga setiap tingkahku...
ana tahu, disaat Dia memegang dan menjaga semuanya,kelak Dia akan menguji pula ana sejauh mana ana berwaspada dengan perkara2 yang boleh melalaikan...
mudah2an ana mampu kekal kuat dalam mujahadah untuk soal hati ini kerna ujian yang melibatkan hatilah yang paling teruk dan berat sekali untuk ditangani....


semoga sahabiah2 yang lain jua turut meletakkan MALU itu sebgai PERISAI diri kalian...



0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...